Saturday, September 4, 2010

doaku sebelum tidur....

bismillahirrahmanirrahim

sebelum mata ini terlena teringatkan seseorang bila mana kita jauh pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya...

adakah aku bertuah lahir di bumi ini?
andai malam ini aku tidur dan esok aku tidak bangun lagi mungkin ini pena terakhirku di sini. Namun andai masih ada lagi diberi sisa keampunan dan kemaafan izinkan aku untuk terus berdamai di bumi ini, mencari sahabat-sahabat sebagai peneman diri ini yang sentiasa sepi....

saban hari teman baru hadir mana mungkin sama dengan teman lain,
saban waktu teman ini pengubat duka lara sepi mana mungkin teman lain mampu buat seperti teman itu,
hari-hari dilalui penuh duri bila teman tiada di sisi...

hanya diri yang tahu siapa teman dicari,
mengembiraka diri setiap waktu dan saat,
bahagianya sampai ke mana-mana,
aku harap biarlah sampai ke syurga,
tapi mana mungkin aku bisa mendapatkannya?

kerana aku ini insan biasa...

buat teman yang penuh menyayangi aku merindui,
tika diri ini sendiri tiada sesiapa menemani,
hanya ilmu senipis helaian rambut mana mungkin cukup untuk berdamping denganmu,


buat teman yang terbaca hal ini sudikah kiranya menjadi temanku,
untuk duni dan akhirat kelak?
sentiasa membantuku tika aku rindu?

DATANGLAH TEMAN ITU...
KERANA AKU MENUNGGUMU...

BUAT TEMANKU : HIDAYAH ILLAHI

No comments:

Post a Comment


Followers