bolehkah aku kekalkan prestasi yang sama seperti dulu???? kenyataan hidup yang semakin mencabar membuatkan aku terus leka dalam arus menjadikan prestasi penilaian akhir aku ini suatu yang boleh dibanggakan...BOLEHKAN AKU?
jadi seperti dulu yang aku kenali aku adalah seorang yang mampu mengingati setiap fakta kesihatan yang aku utarakan didalam kelas seperti selalu?????
dalam hidup ini aku terlalu leka dan lena>>> tapi dimana aku letakan semua lena dan lekaku itu????aku selalu ingin yang terbaik dalam hidup ini,,,aku mampu buat yang terbaik seperti insan lain yang telah dipilih oleh-Nya,,,,aku ingin jadi seperti insan itu yang selalu mendambakan kasih kekasihnya...tapi mampukah aku? tika angin berbicara tentang rendang daunan pokok yang makin tumbang olehnya,,,adakah aku mampu bertahan lagi???
persoalan demi persoalan yang kian gelap bermain di benak fikiranku ini...makin aku tahan makin kuat ianya menghimpit sanubari ini...akukah yang bersalah semuanya...adakah masih ada lagi runag dan kesempatan untuk aku bertahan menghadapi semua ini???
tika hati bertanya lagi...
Ya Allah hanya pada-Mu sahaja yang mampu aku ajukan apa yang tersembunyi di sebalik semua ini..hanya pada-Mu sahaja yang dapat aku luahkan apa yang terbuku di hati kecilku ini...aku hanya insan lemah...
tika aku jatuh Kau berikan aku kekuatan mengatasi onak dan ranjau ini...berikan aku kekuatan Ya Allah...jadikan aku yang terbaik antara yang terbaik...aku cuma insan yang paling lemah...aku wanita ,,JUA Hamba-Mu yang paling hina....
<<<< ya Allah, aku insan yang paling lemah..oleh itu bantulah aku menghadapi semua ini....berikan aku kejayaan di dunia dan akhirat....
aku hanya inginkan KAU membantuku dalam apa jua keadaan ...izinkan aku untuk terus maju untuk kedua ibu dan bapaku....untuk pensyarah2 ku, untuk sahabat2 ku, dan semua insan yang ingin melihat aku berjaya...ampunilah aku ya Rabb andai aku tertalu lena sehingga aku melupakan -Mu walau seketika......amin ya rabbal a'lamin......
-WARKAH TULISAN HATI YANG GENTAR.....-