hari yang makin singkat, masa semakin suntuk,
masa yang berlalu tak mungkin akan berpaling lagi,
pencarian hidup makin singkat jua, adakah aku masih mampu untuk mengecap hari-hari yang makin singkat ini?
andai esok ada lagi insyaallah aku ingin berubah menjadi yang lebih baik dari semalam dan menjadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumku...
semakin difikir kita semakin baik semakin itulah lagi banyak dosa yang di rasa menghantui fikiran.
Kuterjah hari semalam supaya aku mendapat pengajaran daripadanya..
benar hidup ini makin singkat!
semalam aku biarkan ia berlalu,
namun aku tak akan lupa hari semalam
kerana hari semalam membawa aku pada satu kenangan yang mengajar aku erti...
SEBUAH KEHIDUPAN...
'menerjah malam Ramadhan yang terakhir'
DIARI DARI DIRI SENDIRI~