Sunday, September 25, 2011

KASIH INI MENGGANGGUKU...

Assalamualaikum Sufi,

Lantaran hidup ini yang semakin di rasa bagai menjalani liku-liku bahagia, benar kata orang pabila kita telah bekerjaya tanggungjawab semakin melebar di bahu. Banyak amanah yang harus dipikul lantaran tanggungjawab yang semakin dirasa sukar untuk dipikul. Namun hati iniakan terus bertahan untuk memikul sepenuhnya amanah yang telah dipertanggungjawabkan untukku. Kerana aku telah dipilih untuk menjadi sebahagian dari tanggungan itu.

Mungkin hari ini aku rasa bahagia kerana ada insan yang aku sayangi berada di depan mata. Semestinya wajah ibu dan abah yang bermain di benak dan kelopak minda. Mereka telah banyak bersusah payah untuk hidupku selama ini. Apa yang ku minta tidak pernah tidak tertunai, cuba mereka dapatkan secukupnya tanpa pernah aku fikir kemampuan mereka dahulu. Terima kasih sayangku...

Kerna aku kini berjauhan dengan mereka pastinya lebuh dekat terasa di hati. Tiba-tiba kasih itu menggangguku malam ini. Lenaku terjaga dek kerinduanku pada mereka. Bagaimana keadaan mereka di sana?

Aku pasti setiap niat dan perbuatan yang baik bakal diterima dan akan dibantu Allah swt setiap masa. Bukankah para malaikat itu sentiasa bertasbih dan bersama mereka yang sering ingin menuju jalan kebaikan? Ya Allah, jadikan aku di antara hamba-Mu yang seiring meuju kebaikan, Jauhkan aku dari riak dan takbur dengan rezeki kurniaan-Mu...

Aku yakin kebaikan yang dilakukan seiring pahala bertaburan untuk ibu bapaku. Jangan kita jadi insan yang takbur. Kerna aku percaya Allah sering mendengar luahan hati hamba-Nya, kerana kita adalah makhluk-Nya yang paling mulia...

Untuk kesedihan yang bersarang di hati, jangan sekalipun pernah pandang pada masa silam yang hanya merobek kembali luka yang pernah berdarah, teruslah pandang ke hadapan kerana hari ini adalah hadiah buatmu dan hari esok adalah penantian yang amat membahagiakan! Cubalah untuk hidup seperti hari ini Allah akan menjemputmu...

Allah itu terlalu dan amt sayangkan kita, jadi kita tidak pernah merasa keseorangan, bahkan kita perlu bahagia kerana CINTANYA sentiasa ada dalam diri kita dan KASIHNYA tak pernah pudar walau sesaat pun!

Andai tiba-tiba kasih ini menggangguku, ingatkan pada CINTA YANG MAHA ESA, basuhkan dirimu dengan segarnya wangian wudhuk dan alunan takbir memuji-Nya, cinta terasa dalam dan amat jauh mensuk ke kalbu. Seriap hari andai kehidupan terasa diganggu dan dibelenggu, yakinlah ALLAH ingin mengujimu dengan mereka, SAHUT CABARAN HARI ITU UNTUK KEJAYAAN MASA DEPANMU! tidak rugi kita di hina di dunia andai kelak kita bangkit dengan penuh KEYAKINAN dan KEBERANIAN....


selamat malam dunia, malam ini ini Lia menutup tirai untuk HADIAN ynag paling bermakna... selamat malam ibu dan ayah! selamat malam penghuni malam dan selamat mengembara ke alam mimpi yang pasti menjadi realiti..

-NOTA KAKI LIA-

Followers