....Aku Ingin Andai Ilmu Ini Tersebar Tanpa Diketahui Siapa Pemiliknya....
Friday, December 31, 2010
Monday, December 27, 2010
Jika saya punyai.....
hanya 1 ruang,
akan saya buka ruang itu
hanya untuk seseorang yang bisa
menemani saya di suatu tempat
yang semua orang ingin pergi kepadanya...
Jika saya diberi 1 peluang,
hanya 1 peluang,
saya akan buka peluang itu,
untuk diberi pada dia
yang menginginkan peluang yang
saya beri itu untuk
mengisi peluang yang saya beri itu
sebaik mungkin...
Jika saya diberi 1 tempat,
hanya 1 tempat,
saya akan isikan tempat tersebut
dengan satu kedudukan yang mulia,
semulianya dia hanya untuk saya...
Jika saya diberi 1 hati,
hanya 1 hati,
akan saya beri hati saya
pada sesuatu yang paling mulia,
untuk saya sayang,
untuk saya dakap,
dan untuk saya rindu
Tapi, kini hati itu memang ada dalam diri saya...
Jika saya punyai 1 akal,
akan saya guna akal itu
untuk saya ingatkan pada sesuatu
yang saya rindu itu...
dan saya akan selalu mengingatinya...
bagi saya 'dia' tetap istimewa dan 1...
dialah peneman saya dan penawar kedukaan saya..
jangan cemburu jika saya miliknya,
kerana awak juga boleh turut sama menyayanginya...
sama macam saya...
Marilah sama-sama saling menyintainya...
'dia' itulah...
YANG MAHA ESA...
Thursday, December 23, 2010
10 Wasiat Asy - Syahid Imam Hassan Al-Bana
di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir. Pada usia 12 tahun, Hasan
al-Banna telah menghafal separuh isi al-Qur'an. Ia adalah seorang mujahid
dakwah, peletak dasar-dasar gerakan Islam sekaligus sebagai pendiri dan
pimpinan Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Muslimin).
Ia memperjuangkan Islam menurut visinya hingga dibunuh oleh penembak
misterius yang oleh banyak kalangan diyakini sebagai penembak 'titipan'
pemerintah pada 12 Februari 1949 di Kairo.
Kepergian Hasan al-Banna pun menjadi duka berkepanjangan bagi umat Islam.
Ia mewariskan 2 karya monumentalnya, yaitu Catatan Harian Dakwah dan Da'i
serta Kumpulan Surat-surat. Selain itu Hasan al-Banna mewariskan semangat
dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah saat ini. Ikuti pesanan
Asy - Syahid kpd kita semua umat Islam ..
1. Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar
azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di
situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada
sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan
dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Allah mensyariatkan
solat... juga di medan perang. Walaupun... di saat genting dan cemas.
2. Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah
berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak
bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber
hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.
Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu
berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini
ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3. Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama
bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham.
Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai
bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu
lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4. Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah
jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada
unsur lain membisikkan? Syaitan namanya !!!
5. Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !
Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena
pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap
agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh
Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu
juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa
berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6. Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa
serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata
seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan
berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau
Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7. Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh
pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit
hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak
pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam
solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara
keduanya.
8. Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan
pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!!
Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan
daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang
telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat.
Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang
umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
· untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
· untuk menghapuskan kemungkaran
· kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
· kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9. Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun
mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk
semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah
salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa
datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai
darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak
mengenali tapi tak sepi.
10. Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang
lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup
berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak
segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa
saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara
meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.."
1 cerita
bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam
mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda
Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada
Rasulullah s.a.w...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat
berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad
s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos
2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika
berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi
harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka
menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau
mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain.
Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di
sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan
Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari
kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu.
Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan
dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga
badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk
pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik
mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di
merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam
ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di
sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali
beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk
solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik
air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu
membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh
tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu
beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik.
Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik
tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan
spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku
redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar
kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar
dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari
arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau.
Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati
beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan
seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.
Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana
Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah
putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau
nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda,
kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi
katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid
Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala;
"InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg
sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa
bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda
sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi
katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi,
dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini,
dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah
bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi,
terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya
Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah,
memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.."
Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan
beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata
Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi
melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.."
tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah
bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan
ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana
rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat
akhir zaman ini? wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan
kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam
Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran
rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada
Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita
sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar
yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima
anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat
diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr
Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya.
Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit
masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan
menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan
dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu,
beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu
beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat
Baginda Nabi s.a.w.."
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau
katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg
hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin
Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah
s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa'
ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan
dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan
ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg
amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina
Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk
membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat
itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn
isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn
sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang
mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh,
mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu,
nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh,
sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir,
sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr
mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang
sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi
meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada
di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air
untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada
Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun
belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah
Engkau berikan.."
Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi
yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi
rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup
berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk
beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi
menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi
Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang
sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat
agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak
mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya
Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi
kita bersabar..."
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari
semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah
mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda.
Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari
yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu
sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul
sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para
sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah
Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda
mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar
sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?"
Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku
adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan
sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar
yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum
ini..)
sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua
akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah
pengajaran kisah ini.
9 akal vs 1 nafsu!
Allah
telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki.
Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya.
Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu.
Rasulullah
s.a.w bersabda: "Siapa yang mengajak ke jalan kebenaran maka dia memperolehi pahala sebanyak pahala yang diterima oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikit pun. Dan siapa yang mengajak ke jalan kesesatan, maka dia memperolehi dosa sama banyak dengan dosa orang-orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikit pun."- Riwayat Muslim
Oleh itu tolong sampaikan kepada mereka yang lain tapi jangan sampi menyakitkan hati mereka
"Allah menguji bkn sengaja,ttp sbg latihan utk diri supaya lbh kental menempuhi semua ujian2 Nya yg lain"
"Bila
engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu… Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia… Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya…"
——————————
thanx to cikgu shuhaida
BACAlah...
are two thieves which are stealing our present...
Trust in GOD and face the challenges before you
The day will be yours..................................................
Something good to share and important to read dear…….
9C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI
dari Dr Fadzilah Kamsah,TOCAN.
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.
Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje.
Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
C9 C-POT
Perangai mcm c-pot.Ia lbh kurang c-pot sedut lah.
Masak lemak cili api pun sedap.Tapi yang tak sedap nyer bile isteri tak pandai masak.
Kene pulak masak pki C-put tuutttttt....ader ker patut..wah kah kah..
Renung2kan..
Selamat beramal…..huhuhu.
kasihnya Allah pada WANITA
Selawat dan salam ke atas
junjungan mulia kita nabi Muhammad SAW.
Tidak lupa juga
selawat dan salam kepada
kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang di kasihi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
KASIHNYA Allah PADA WANITA
"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya".
"Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan'
istimewa terhadap wanita dalam Islam.
Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka.
Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband'
manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri.
Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman.
Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
1. . "Syurga di bawah telapak kaki ibu."
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki"
dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
2. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."
3. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."
(Hadis
riwayat Ibnu `Asakir)
4. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan.
Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
5. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'.
Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka.
Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.
oleh: Azlan Mohamad
Wednesday, December 22, 2010
bila nak kawin?
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak atau bujang lapok Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ bini kau, baru padan muka)
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa) Andai memilih suami/isteri semudah bershopping di pasar malam Atau semudah membeli VCD cetak rompak Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)
Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..) Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
Isteriku bercakaran di syurga...
Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa?
Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang sangat cintai.
Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja?
Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita.
Aku: Betul tu, tetapi bukankah itu bahaya, sudah tentu Ayang akan bercakaran bertarik rambut bergaduh dengan mereka kerana cemburu, tak gitu?
Sayang: Abang, di syurga nanti sudah tidak ada sifat-sifat negatif pada diri kita, yang ada cuma sifat asal manusia yang penuh dengan taqwa dan bersyukur pada Allah Subhanawataala. Tiada sedikit pun perasaan negatif seperti cemburu, iri hati, kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya, semua Allah keluarkan dari diri kita ni.
Aku: Pandai isteri Abang ni berhujah, tetapi jika kita semua dapat buangkan sifat-sifat negatif tersebut semasa kita hidup sekarang ini, bukankah kita boleh cipta keadaan seolah-olah kita sudah disyurga?
Sayang: Betul tu Bang, jika semua manusia boleh bersifat begitu sudah tentulah dunia ni seolah-olah di syurga, terutamanya orang lelaki, kerana mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin membimbing isteri dan anak-anak kearah mendapat keredhaan Allah.
Aku: Pandai sungguh isteri Abang ni, kita semua lelaki mahupun wanita harus menuju kearah itu, hidup tanpa sifat-sifat negatif, hidup yang penuh dengan sifat-sifat positif seperti selalu bersyukur kepada Allah, penyayang, pengasih, pemurah, riang gembira, yakin, sabar, pemaaf dan macam-macam lagi, sudah tentu dunia ini akan aman, seolah-olah kita sudah disyurga.
Pendapat Abang la, Allah menguji kita didunia ini dengan semua sifat-sifat negatif ni, terpulang pada kita untuk mengawalnya, jika kita boleh kuasainya, insyaallah syurga balasannya, jika sifat-sifat negatif ini yang menguasai kita, nerakalah alamatnya. Disebabkan dunia sekarang penuh dengan manusia dengan sifat-sifat negatif ini lah dunia sekarang seolah-olah di neraka bagi sesetengah orang....
Sayang: Ayang setuju sangat Bang.
Aku: Jadi bila agaknya sifat cemburu Ayang boleh berkurang ni? Abang teringin nak cipta "syurga" di dunia ni.
Sayang: Sabar lah Bang, berdoalah kita padaNya, Inysaallah suatu hari nanti terbuka hati Ayang meredhakan Abang kahwin lagi... Ayang tau itu maksud "syurga" Abang tu....
Aku: Terimakasih Sayang.... Abang akan sentiasa berdoa dan Abang berjanji akan menjadi suami yang lebih cemerlang lagi. Sayang... love u so much..
Isteriku berlalu meninggalkanku, sempat dia memaling, tersenyum manis dan berkata..
Sayang kat Abang juga... selamanya..
.
Tuesday, December 21, 2010
DUA BELAS AURAT WANITA
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka
(perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Saturday, December 18, 2010
Pakaian ahli syurga adalah menutup aurat...
HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.
Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.
Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.
Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)
Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.
Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.
Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.
Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.
Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.
Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.
Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.
Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.
Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.
Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.
Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.
Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.
Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.
Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.
Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'
Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.
Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat
hak aku dalam hidup!
Dalam dunia ini memang aku mahukan sesuatu yang terbaik untuk aku. Namun, aku sedar yang terbaik untuk aku yang aku cari selama ini, tak akan selamanya baik untuk aku kerana Allah telah takdirkan sesuatu yang lebih baik untukku.
Ramai orang inginkan rupa paras yang cantik,bergaya,rumah yang besar, kereta yang mewah, harta yang bertimbun, suami / isteri yang sempurna, sesempurna manusia. Tapi, perlu aku ingat bahawa tiada seorang manusia pun yang sempurna di buka bumi ini melainkan pencipta-Nya sahaja yang tahu siapa yang paling sempurna pada pandangan mata-Nya sahaja.
Aku?
Aku yang membaca tulisan ini juga memang tidak dilahirkan sempurna. Aku memang dilahirkan dalam kekurangan yang banyak. Tapi, aku selindungkan kelemahan yang aku miliki dengan terus meminta pada penciptaku agar dianugerahkan cinta-Nya supaya kelemahan yang aku miliki dirasakan terlalu istimewa. Bukankah aku sememangnya telah istimewa sejak dituliskan dari azali bahawa aku memang dilahirkan sebaik-baik kejadian? Jadi, mengapa mesti aku mengeluh berkeluh-kesah atas setiap kekurangan yang aku miliki? Alhamdulillah…inilah aku yang sedang membaca tulisan ini…
Tidak aku pinta untuk perfect cukuplah sempurna….
Jika aku ingin melihat dari kekurangan,memang aku terlalu banyak kurangnya.Mengapa tidak aku melihat pada kelebihan yang aku miliki? Sesuatu yang tidak ada pada orang lain dan sesuatu itu berada padaku itulah yang dikatakan keistimewaan yang aku miliki. Jika aku mengatakan rupaku tidak indah,hidungku kemek,mataku sepet tidak bulat,bibirku begini dan begitu,aku pendek, gemuk dan penuh keluhan aku lontarkan hanya pada diri aku sendiri bila aku berada di depan cermin…Tak malukah aku mengutuk orang yang sama berada di dalam cermin itu…Ya itu aku yang dikutuk!
Aku marah bila orang lain mengutuk aku, tapi diri aku sendiri tak pernah marah bila aku mengutuk diri aku sendiri. “Kelebihan” yang aku rasakan kekurangan itulah sebenarnya penyelamat aku nanti bila di sana kelak.
Bila aku tak cantik dan tak setampan mana mesti tiada siapa yang ingin mendekati aku secara tidah sah, maka aku bersyukur kerana aku bebas dari cengkaman maksiat yang kian mengheret semua mangsa baru ke lembah penzinaan. Dengan itu, aku akan lebih mendekatkan diri aku dengan Yang Maha Pencinta yang lebih memahami aku dari ‘dia’. Aku juga lebih relaks untuk berfikir siapa yang lebih layak mendekati aku. Biarlah aku tidak tahu, dan aku memang tidak perlu tahu pun. Sebab semua itu telah tertulis untuk aku. Jadi, mengapa aku perlu mengeluh? Sabar adalah jawapan paling tepat dalam hidup aku.Aku bebas dari cengkaman cemburu orang lain terhadapku. Manusia tidak perlu cemburu bersaing untuk dapatkan aku. Kerana, mereka inginkan aku hanya kerana aku dikatakan ‘cantik’@ ‘handsome/macho’, kelak pabila suatu hari nanti aku tidak lagi cantik @ handsome mesti aku akan ditinggalkan… Bukan aku berdoa, tapi bukankah itu reality dunia hari ini yang menjadikan mentality aku juga begitu? Pada aku sajalah jawapan itu ada…
Aku juga tidak inginkan sesuatu yang mewah.Cukuplah sempurna. Andai aku ada rumah yang besar dan indah namun, di sebalik keindahan itu, tersimpan sejuta kepahitan dan kesukaran lebih baik aku buang jauh impian itu… Rumah mewah itu tidak indah jika tiada suara keluarga yang sentiasa merangkul erat tali persaudaraan aku dan mereka. Andai aku cuma ada rumah kosong,perabot yang tidak seindah mana dan ruang sempit menghimpit kehidupanku, aku terlalu gembira kerana di dalamnya penuh dengan keriangan dan gelak tawa aku dan mereka semua. Di rumah yang kecil dan usang itu, setiap ahli keluargaku mendengar alunan ayat Al-Quran yang aku baca,agar semuanya mendapat manfaat bersama, kami saling makan hanya di dalam satu ruang dan di situ walaupun rezeki keluarga aku Cuma sedikit, dan aku saling berebut rezeki itu aku tetap juga bersyukur. Kerana hikmahnya aku dapat mengeratkan hubungan antara aku dan ahli keluarga yang lain. Interaksi berlaku antara kami,menjadikan aku dan semuanya saling mengingati antara satu sama lain. Indahnya nikmat ‘kekurangan’ yang aku rasakan sebagai satu ‘kelebihan’ yang tidak orang lain rasa selain aku.
Aku juga bayangkan, bila aku di rumah yang besar dan mewah, masing-masing punyai ruang sendiri, segala kelengkapan sendiri, dan punya rezeki yang cukup, mesti masing-masing akan lakukan hal sendiri.Sampailah besar, tiada ikatan dan rasa sayang antara mereka sehingga mereka cemburu melihat aku dan keluargaku… Bukankah manusia perlu ruang kasih sayang dalam himpitan hati mereka?
Aku pasti ada antara kita yang tinggal di rumah besar dan punya kereta mewah merasa kekurangan di sebalik kelebihan yang mereka ada kan? Jadi bersyukurlah, walaupun kita tiada kereta mewah dan rumah besar. Bukankah kita juga masih ada mereka yang kita sayang di rumah kecil kita itu yang sentiasa mendoakan dan merindui kita berbanding urusan kerja mereka?
Tidak aku pinta andai hidupku penuh derita…Namun, jika itu terbaik untukku maka aku redha…
bukan hak aku untuk memilih kehidupan, tapi kehidupan memberikan aku hak untuk terus hidup!
Friday, December 10, 2010
Sepucuk surat layang untukku...
Muslimahku, kau terlalu istimewa pada pandanganku, aku menyintaimu kerana cintamu pada agamamu,tika lenyap cintamu pada agama itu, maka pudarlah cintaku padamu...
Aku ingin mengenalimu dengan sempurna,
Tanpa ada pertemuan asing yang saat ini sedang asyik orang lain lakukan. Cukuplah aku mengenalmu melalui murabbi, keluarga, ataupun lingkungan dakwah yang kita lalui bersama. Sejatinya aku tak akan pernah boleh mengenalimu, kerana pernikahan adalah proses pengenalan yang berkesinambungan. Pernikahan bukanlah akhir tujuan perkenalan, namun sesungguhnya ia adalah awal dari proses sebuah perkenalan. Aku memang tidak mengenalimu, namun aku akan berusaha mengenalimu semampuku, setelah kita telah dinyatakan halal untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Aku ingin melamarmu dengan sempurna,
Tanpa pertukaran cincin yang menetukan kau adalah milikku.Tapi di saat itu kau masih belum lagi layak untukku. Cukuplah aku mengenalkan diri dan keluargaku pada keluargamu. Hingga tercipta keharmonisan awal yang sejatinya tercipta kerana menghormati kesucian pernikahan. Aku memang tak sanggup memberikan banyak harta untuk melamarmu, namun di jalan dakwah yang akan aku jalani denganmu, aku berjanji untuk berusaha mencari harta semampu kita. Harta yang halal untuk kita pakai bersama.
Aku ingin menikahimu dengan sempurna,
Tanpa terlalu banyak kemeriahan yang mendekati kenikmatan dunia. Cukuplah rasa bahagia yang menyelimuti keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, serta kita berdua khususnya, menjadi keriangan tersendiri dalam haru yang tercipta kerana telah sah-nya untuk menjalani alam rumah tangga. Aku memang tak mampu untuk memberikan kebahagiaan berlimpah di hari pernikahan kita, namun aku berjanji akan selalu membuatmu bahagia di hari-hari pernikahan kita nantinya. Sejatinya pernikahan bukanlah akhir dari perjalanan hidup kita, namun gerbang awal untuk membuka salah satu jalan menuju redha-Nya.
Aku ingin mencintaimu dengan sempurna,
Tanpa banyak kata yang membalut kebohongan belaka. Cukuplah rayuan dan gurauan senda untuk menghiasi pernikahan kita. Aku memang tak pandai merangkai kata romantis untuk selalu menyenangkanmu, namun aku tahu bagaimana menyanjung dan mengangkat kedudukanmu. Kau bukan berada di atas kepala hingga selalu haus untuk disanjung dipuja, bukan pula berada di bawah kaki untuk dipijak dan dihina. Kau adalah tulang rusuk kiriku, dekat dihatiku untuk selalu kucinta. Aku tidak berani berjanji untuk mencintaimu sepenuhnya, namun aku berani berjanji untuk selalu belajar mencintaimu sepenuhnya. Cinta sejati yang membuat kita semakin mencintai-Nya.
Aku ingin hidup bersamamu dengan sempurna,
Tanpa banyak terpengaruh hal-hal yang menimbulkan perselisihan antara kita berdua. Cukuplah atas nama Allah segala tingkah laku kita, disertai Al-Qur’an penerang jalan hidup kita, dan Al-Hadits pengiring liku hidup kita. Aku juga tak bisa membuatmu bahagia selalu, namun aku berjanji untuk selalu ada dalam setiap suasana dan kondisi perasaanmu. Aku ingin menyediakan pundak dalam kesedihanmu, menjadi ubat penenang dalam kegundahanmu, serta melebarkan pangkuan di saat kelemahanmu.
Aku ingin memperoleh keturunan darimu dengan sempurna,
Tanpa ego yang menaungi diri masing-masing, kita berdua membicarakan persetujuan dalam perencanaan. Cukuplah kita berdua yang tahu akan keinginan dan kemampuan kita. Melaluimu, terlahirlah para mujahid kecil pelengkap hidup kita. Yang menjadikan aku seutuhnya bangunan pemikiran mereka, serta menjadikanmu madrasah berilmu yang tak kehabisan sumbernya. Kita ciptakan generasi terbaik bangsa yang akan mengukir sejarah peradaban, setidaknya yang akan mampu membuat kita bangga, kerana telah memiliki penerus dakwah seperti mereka.
Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita terlihat sempurna, meski hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.
Wallahua'lam...
Bingkisan dariku untukmu...
Suatu masa dahulu yang pernah memendam rasa padamu,namun hanya DIA yang tahu perasaanku sehingga engkau dicipta untuk menghiasi kamar hatiku sekian kini...
**** *********** ************ =)
tahukah dikau?
Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau..
Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……
InsyaAllah…..
*Hanya untuk awak...
Saturday, December 4, 2010
SAYA TAK KISAH AWAK ANAK DATO' MANA PUN!
"Saya tak kisahlah awak anak dato' mana pun! Tapi, tolonglah jangan halang jalan saya macam nie! Kalau awk ni berakal sangat macam ni ke kelakuan awak? Awak nilah orang paling teruk sekali pernah saya jumpa dalam dunia ni tau!"
Fuhh...kata-kata pedas yang pernah aku terima selama aku kat U ni. Ntah macam mana aku boleh pergi hadang satu girl ni masa aku dah habis kuliah otw nak pergi cafe'. Selama aku kat sini kalau ade jea aku nak tackle awek-awek kat U nie senang jerk! Asal aku hadang je laluan corridor ke,apa kea dengan lengan atau kaki aku nie, bertemankan member-member yang selalu setia dengan aku dan duit aku memang mudah jerk mane2 awekz yang sangkut tu aku kaut bawak keluar! Hehehe..Macam tulah aku seharian kat U nie. Kalu bab-bab mengusik memang serah je lah kat aku. Dengan kehenseman dan kekayaan yang aku ada nie buatkan ramai yang mudah sangkut dan ada jugak yang cair dengan aku. Huh, asal nama pun perempuan! Kalau dengan duit, nampak kereta lebih siket cair!Girl sekarang ramai meterialistik, plastik! Bukan aku cakap tapi hakikat.Korang sure agree punya dengan aku kan?
Ntah r, aku nie memang lah nampak 'kenakalan' bila kat luar tuh! Tapi, kalau kat dala diri ni, mungkinlah aku jerk yang tahu.Aku memang suka poya-poya,tapi aku tahulah jugak nak jaga batas-batas dia kan.Bodohlah aku kalau aku nak humban diri aku ni sewenang-wenangnya dalam neraka tuh!Nauzubillah beb! Aku tak sanggup... Aku kesian gak tengok mama ngan papa aku tuh cari duit, bisnes sana sini semata-mata nak besarkan aku. Dah lah aku ni pulak anak tunggal diaorang. Jahat-jahat jugak beb, tapi kalau libatkan mak bapak aku memang tak sanggup!
Aku nie, suke tengok girlz2 lawa-lawa. Ko pun tahu kan sekarang nie girls pun banyak yang dah cun melecun.Tengok tu kat fb aku, berlambak girls dengan pakai gitu gini ntah pebende lagi fesyen pakaian pun aku tak tahu lah. Tapi lawa beb! Tu aku tak heran lah sgt beb, sebab benda ni dah jadi perkara biasa dah kat dunia ni! Aku rasa macam realiti dunia akhir zaman pulak...Tapi tak kurang jugak ada girls yang sopan tu, tutup bende2 sepatutnya diorang kene tutup aku memang tabik springlah! Chewah, ustaz aku siot hari ni! Huhu...
Tapi ada betulnya kan, aku tengok girls ni comey, nak-nak gilrs2 Malay ni, aish, memang lawa ngan cunlah.Tapi sayang, susahlah nak cari yang betul-betul jadi pujaan hati aku ni.Ye lah, aku nak crite kat kengkawan takut nanti comformlah diorang gelakkan aku! Pergh, hampeh punya kawan. Sama je bila aku ada duit memanglah kawan, kot2 nanti bila aku dah terlepuk atas katil member pun hilang! Aku tahu sangat dah perangai diorang ni.Cuma ada jugak lah sorang dua (tapi memang tak bnyak) yg aku rasa boleh jadi 'kawan' sebenar aku sepanjang aku kat U ni. Ridzuan dengan Hakim(sorry lah beb kalau korang terbaca,hehe). Tapi sejahat-jahat aku ni pun aku jugak manusia biasa. Nak jugak ada tempat untuk aku luahkan pendapat ngan perasaan aku. Betul tak?
Malam ni hujan,aku pulak tak de mood nak kuar. Member aku jea semuanya keluar mlm nie. Tinggal aku sorg layan mood aku sendri...Biasalah kalau dah kat KL nie, mana-mana tempat boleh merewang lagi kalau dah puku 2-3 pagi pun. Tempat lepak aku? Biasalah kalau tak pub,kelab aku pun jadi! Korang rasa aku nie memang jahat kan? Aku pergi tempat cam tu.Tapi just nak relax2 ja. Happy2, take fun baru hidup ni enjoy beb! Tapi aku tak de lah pulak sampai telan air setan tue, dance ngan awekz murahan kat situ! Lagilah aku tak nak! Dah la org lain pegang pas tu pas aku plak!Aku tak ske 'barang' second hand!Low class beb macam aku ni dah tak berduit dah!huhu..Dadah? Pergh orang bodo' jerk ambik menatang tueh! Aku just pesan coke' lepak 2-3 jam dah muak tengok duk situ aku blah lah rumah sewa aku semula...Dah duduk jauh dr mama ngn papa aku, enjoylah aku beb! Tapi aku fikir gak sampai bila aku nak duk macam ni...Nasib baiklah aku ada kesedaran sivik sikit.Kalau tak comfirm aku pun melayang cam member2 bangang aku tuh!
Aku adea gak rasa nak berubah. Nak jadi tak bnyak baik sikit pun ok gak! Dari tak baik terus...Sebab ...hmm...mungkin sebab girl yang sound direct kat aku tu kot! Ntah, aku pun tak tahu. Tetibe jea aku teringat kata-kata dia tuh. Pas tu aku tengok free jea letop aku nie. Tangan aku nie plak bersangkut kat hati nie rasa ada jea nak hiaskan blog aku ni wpun dah lama aku tak menulis.Aku keep blog aku nie dr aku skolah lagi. Hidup lagi rupanya.Kesian blog aku nie, dah lama menyepi...Aku sedar mungkin selama ni aku bnyak habiskan hidup aku macam tu jerk. Kata hati aku yg sebenar aku tak pernah peduli.Ya Allah adakah pintu hati aku ni semakin terbuka untuk-Mu?
Hmm...lantaklah korang nak cakap pe pown. Aku dah tak kisah. Sekarang dah nak genap 4 tahun aku kat U ni. dah nak habis pow degree aku.Papa ada gak suggest kat aku suruh smbg terus, dia nak tanggung semua. Tapi aku kesian kat dia, semua dia tanggung. Dari skolah lagi tanggung aku.Aku tak mintak apa yang dia nak bagi tapi aku syukur lah jugak bisness papa aku makin maju. Aku tak de siblings ramai pown.Just aku sorang je.Mama dah tak boleh nak pregnnt lagi bila aku tahu dr Doc yg treat mama dia ckp mama ada jangkitan kat rahim dia.So mama dah tak boleh pregnt lagi lepas lahirkan aku. Masa aku dlm kndungn mama pun aku ni 'tidak dibenarkan' hidup sebenarnya. Sebab maybe aku boleh mati. Tapi,, aku sedar Allah tu sayangkan aku. DIA tetap nak lahirkan aku kat dunia ni.Sebab tu kot mama dengan papa tak pernah nak marahkan aku.Tapi bagi apa ja yang aku nak.Tapi, pernah ke aku balas yang terbaik untuk diaorang? Sedih plak tetiba aku rasa...
Actually, aku ske sgt nak tulis pasal girl yang sound aku tuh!Aku tak tahu kenapa..Dari tempoh dia sound aku tuh, sejak hari tu je aku terus follow ngan usha dia.Dia comel,comel sangat. Mata dia bulat sikit tapi sepet-sepet sikit.Hidung dia kecik ja tapi mancung sikit.Dia tu aku tengok kadang-kadang pakai spek, kadang-kadang tak.Make-up? Dia ni naturall...Bibir dia yg memang dah merah dengan kulit dia warna putih kuning langsat tu memang cantik.Nampak real sangat,kecantikan dia semulajadi, tak de plastik celup pun!Hehe.. Yang menarik lagi aku suka sangat tengok dress-up dia.Dia suka pakai jubah,kadang-kadang baju kurung. Banyak jugak kot stok baju 'solehah' dia tu. Paling banyak aku tengok dia pakai baju warna coklat. Corak lain-lain.Hehe...Aku tak sangka sampai tahap ni aku usha dia. Tapi satu ja aku tak dapat lagi. Aku tak tahu apa nama dia.Mesti cantik macam tuannya kan? Dia ambik course apa kat sini yea? Dah tahu brape agaknya? Sayang nyer kenapalah aku jumpa dia masa last2 aku kat sini...hmm...
Mulai sangat ini, aku nak janji dengan diri aku yang aku akan terus nak usha dia.Sebab dia dah berjaya tawan hati aku nih.Selama ni hati aku ni sepi jea.Tapi, nak ke dia kat aku nih??? Walaupun aku ramai girlfriends tapi itu tak bermakna langsung bg aku! Semua diorang nak puaskan kehendak diaorang aje.Wpun ramai jugak nak ambik aku buat coupling ke, couple date ke aku tak layan...Sebab hati aku tak pernah nak terbuka untuk diorang.Aku bukan nak hina diorang, sebab aku ada jugak terbaca kat sebuah buku nie, wanita ni patut dihormati bukan disakiti. Hey girls, you all cantik kalau perangai korang pun cantik!
................................................................................
HARI INI...
Weh...lama gak yea aku tinggalkan blog aku nih.Ada jugak lah sebulan lebih + +... Aku bz sikit dan lepas final ni rasa relax sikit.Banyak bende aku nak cerita pasal diri aku nih.Aku rasa lebih relax sikit bila aku tulis kat sini.Semua cerita aku aku sorang je yang tahu.Start dari aku tulis bende ni tinggal brape bulan jea sebelum aku get out dr U ni.Dan masa akhir-akhir nilah jugak baru aku sedar yg selama ni aku bnyak buang masa aku.Wpun pointer aku tak lah teruk mana dr 1st sem sampailah sekarang tapi aku masih boleh berbangga dengan result hasil titik peluh aku tu,huhu. Yelah bisnes ni bukannya senang jugak nak blajar yea.Papa dah offer tempat dia nak bg kat aku. Tapi aku rasa biarlah aku mula dr bawah.Aku tak nak langsung ambik kesempatan atas apa yg dah ada.Dan buat pertama kalinya, papa setuju sangat dengan keputusan yg aku ambik ni.Aku rasa papa ngn mama pun ada terperasan jugak kot dengan perubahan aku ni...Alhamdulillah..:)
Sem 8, menceritakan peristiwa yg sgt bermakna dlm hidup aku sebagai seorang lelaki dan muslim. Aku sedar, hiburan yang aku cari selama ni salah.Apa aku buat semuanya salah.Jauh dari landasan agama yang sebenar.Apalah nak jadi dengan aku ni.Hidup aku yang mewah buat aku jauh dr mama papa aku dan landasan hidup aku yang sebenar.Aku tak tahu apa sebenarnya yg aku cari.2 bulan lagi untuk aku habiskan sisa hidup aku kat U ni dan dalam 4 tahun nie inilah kali kedua aku tulis kat blog aku ni.Tapi aku harap sangat penantian aku selama ni akan berakhir.Tuhan temukan kembali aku dengan DIA kerana satu peristiwa yang tak pernah aku jangka...
Masa tu lepas kuliah, ada kumpulan junior rasanya aku yg lalu depan kitaorg masa kami tengah lepak2 kat satu tempat duduk nie semntara tu kawan2 lain sampai nak lunch sama2.Maklumlah,kan study dah nak hbs, so kami nak habiskan sisa2 hidup kami kat sini sama2.Aku plak dah kurang dlm bab2 ngejas mengejas ni.Aku dah tak macam dulu lagi.Bab2 cam tu aku dah kureng sikit!So, aku duduk situ buat macam tak tahu je benda yg berlaku,macam aku dgn hal aku jea. Dan pada masa yg sama, aku tak tahu pulak hari tu junior ada program sekali dengan senior.Program apa aku pun tak tahulah.
Nak dijadikan cerita, si solehah yang aku usha tu pun ada sekali dlm group tu.Aku memang tak tahu pun. Dia duduk paling belakang dalam barisan student2 yg lalu tu.Aku tak berani nak pandang dia. Jiwa aku bergetar jerk bila tiap kali aku nampak dia. Gugup jantung aku nih.huhu,real punya. Tak kan aku nak tipu lagi!Dia jalan laju sgt maybe sebb dah faham dengan perangai group tu kot.Kuat mengusik! Dalam tengan jalan tu dia tak perasan langsung satu buku dia tercicir jatuh dari beg dia masa dia nak simpam sesuatu dlm beg dia tuh.Kebetulan pulak time tu, Ridzuan ngan Hakim lalu kat situ terjumpa buku tu.Dan pass buku girl tu pada aku.Aku tak pelik pun kalau Hakim dengan Ridzuan buat mcm tu, sebab aku ada jugak cerita perihal girl solehah tu kat diorang.Mungkin diorang faham...
'HAMPARAN HATI SEORANG KEKASIH'-Dahlia Yuzalina Balkis,2010.
Dahlia Yuzalina Balkis.Indah namanya, seindah tuannya.Aku terasa berat sangat nak pulangkan balik buku dia tu.Terasa ringan saja tangan aku ni nak bukak buku dia.Tapi aku tak mampu, patutkah aku...?So, aku just keep in saja buku ni kat atas katil, bawah bantal aku ni. Lama jugaklah aku 'simpan' buku dia ni.Nak buka, aku tak punya kekuatan lagi, sampailah suatu hari ni...
Lepas solat Jumaat, aku rebahkan badan aku kat katil sambil tgn aku letak bawah bantal.Aku meraba2 bawah bantal tu macam ada benda keras jea.Aku lupa time tu aku keep in buku si solehah ni tadi.Aku terus ambik, buka dan baca part 1 dia.Menarik, memang menarik apa yg dia tulis. Aku rasa bertuah sangat dpt baca buku dia.Buku dia tu kecil dan tebal, lagi satu kandungan dalamnya padat dan terlalu padat sangat.Tinggal 3 pages lagi helaian kosong yg dia tinggalkan.
Saban hari, asal je free aku mesti baca buku hasil karangan Balkis.Aku panggil panggilan Balkis sebab dalam buku tu tertulis panggilan untuknya Balkis.Bila aku dah betul2 berani nak jumpa dia nanti, aku nak mintak maaf banyak2 sebab baca buku dia ni tanpa kebenaran dia. Tapi, kerana buku inilah yg 'kenalkan' aku pada dia. Ya, Balkis gadis yg amat istimewa bg aku dan Balkis juga lain dari perempuan lain.Dalam bukunya tu, tersimpul semua tentang kehidupannya dan masa depannya.Semuanya berkisar tentang Islam. Harapan Balkis banyak bergantung pada kehendak Illahi. Itu yg buatkan aku mengaguminya dalam diam. Aku juga bnyak belajar tentang 'erti hidup' melalui kata-kata yg Balkis tulis sendiri dlm bukunya itu.Bait-bait terakhir yg dinukilkan Balkis dalam helaian terakhir buku itu berbunyi...
"Andai atas kehendak Illahi,titipanku ini hilang dari pandangan mataku, aku rela.
Namun, aku pinta hilangkanlah ia pada satu tempat yang boleh mendekatkan aku pada cinta-Mu Ya Rabb,
Andai ilmu yg ada dlm titipanku ini bisa memberi manfaat pada makhluk-Mu yg lain, maka aku izinkan ilmu ini tersebar,
Pintaku terakhir, janganlah pula ia jatuh pada tangan-tangan yang bisa menjatuhkan aku pada sesuatu perkara yang bisa menjauhkan aku dari-MU..."
Biarlah aku sahaja yg mengetahui kandungan sebenar kandungannya yang lain, kerana aku semakin berani menyatakan bahawa aku semakin 'berhak' ke atas dirinya...
DAHLIA YUZALINA BALKIS, aku semakin menyanjungi pekertimu...
.............................................................................
ESOK & SETERUSNYA...
Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum aku melangkah keluar dari U ini.Konvo pula telah ditetapkan 2 minggu nanti.Aku semakin berubah dan terus aku akan berubah.Walaupun aku bukanlah pandai mengarang sehebat karangan Balkis namun aku dapat rasakan penulisan blog aku ini ada juga perubahannya. Ya,semester terakhir di tahun terakhir ini menemukan aku dgn hidup dan kehidupan sebenar yg aku cari.Aku semakin dekat dengan Tuhan dan aku dapat rasakan nikmatnya hidup bertuhan.Alhamdulillah. Aku juga tak sangka Balkis juga pelajar tahun akhir sama seperti aku. Cuma dia di dalam bidang yang lain.Kami hanya bertemu pada waktu-waktu kuliah tertentu yang melibatkan pensyarah yang sama sahaja.Tapi tak lama. Waktu itulah aku dapat melihatnya sedangkan Balkis tidak tahu.
Aku akan bercuti selama 2 minggu sebelum datang kembali untuk menghadiri majlis konvokesyen.Buku Balkis telah aku pulangkan bersama sepucuk surat.Isi surat itu biarlah aku sahaja yang menengetahuinya. Aku malu andai rasa cinta aku ini terbaca orang lain. Dan dihujung surat itu juga aku sertakan nombor telefon ibu bapaku agar hasrat aku yang mulia ini dipermudahkan lagi. Walaupun nombor telefon Balkis ada dalam genggaman aku,tapi aku tak tergamak hendak menelefon atau bersms dengannya. Semuanya kerana buku Balkis itu...
Malam ini,malam terakhir aku di kampus ini. U yg tersergam indah akan aku tinggalkan bersama kenangan pahit dan hanya sikit manisnya.Aku percaya apa yang terjadi padaku ada hikmahnya.Aku banyak berdosa pada diri sendiri dan pada mama papa aku.Biarlah semuanya menjadi kenangan walaupun hanya sedikit dapat aku coretkan disini sepanjang semester terakhir aku sebagai pelajar.
Melalui nota Balkis aku belajar sedikit menjadi seorang puitis walau aku tidak sehebatnya...
'Aku cuma Adam, yang meinginkan Hawa menjadi peneman sepi, sehinggakan Adam ini salah dalam membuat penilaian mencari peneman sepi.Allah telah menciptakan Hawa yang jauh lebih sempurna dari apa yang aku cari. Tapi cinta dunia yang membutakan Adam ini sehingga Adam ini tercampak ke dunia ciptannya sendiri.Kini, Adam ini semakin hampir kepada dunia realiti yang dia cari, cuma Hawa masih jauh menyepi tanpa berita yang Adam pinta. Adam ini masih bersabar menunggu Hawa, dan cinta yang mula berputik datangnya dari hati kurniaan Illahi...'
Selama ini Allah 'tutupkan' Balkis dr pandangan mata aku.Sehingakan hiljab itu terbuka saat hidayah Allah mula melimpahi aku.Ya Allah, ampuni aku diatas khilahku selama ini...Kau berikan aku sekhilas cinta-Mu dan aku gapai walau ranjau yg aku tempuh menusuk pedih...
Tuhan seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku
Maka satukan hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan…
Ya Allah aku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana kau tahu segala isi hatiku maka pelihara daku dari kemurkaan-Mu…
Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan dan juga harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepada-Mu
Kurniakanlah padaku pasangan yang beriman bisa menemani aku…
Supaya aku dan dia dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai…
Ya Allah…
Seandainya dia milikku ..maka satukanlah…
Ya Allah ku mohon apa yang telah kau takdirkan,
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaan-Mu
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku,
Dengarkanlah rintihan hamba-Mu ini
Jangan Kau biarkan diriku sendiri
Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya
Gantilah yang hilang tumbuhkanlah yang telah padam
Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat
Pada-Mu Tuhan ku mohon segala…
MUHAMMAD WAFEE'ZARITH BIN DATO' HJ KAMARUDZAMAN
SEGALA KETENTUAN JODOH, AJAL DAN MAUT SEMUANYA DI DALAM GENGGAMAN YANG MAHA ESA...
Wallahua'lam
p/s:Korang mesti nak tahukan antara aku & Balkis kan?Tak bolehlah aku nak bagi tahu sebab baru je td aku sent balik buku dia dgn surat tu melalui org tengah yg boleh dipercayai...huhu
Wednesday, December 1, 2010
Mahar Sebuah Kasih Sayang

Sunday, November 28, 2010
apalah dosa saya? Wajah Suci- MESTICA
2010/02/19
APALAH dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan.
Apa sudah jadi dengan remaja kita tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi. Lebih menyedihkan lagi, media melaporkan ada bayi yang didagangkan semata-mata mahu mengejar kekayaan duniawi yang sementara ini.
Kes itu dipercayai antara ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.
Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).
Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja?Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, "Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (Riwayat Bukhari).
Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada 83 kes berkenaan, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Manakala empat kes pembuangan janin.
Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu adalah untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas melakukan perzinaan.
Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.
Pada zaman jahiliah, mereka membunuh kerana khuatir anak mereka diperkosa atau berzina. Bagaimanapun, pada zaman jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan. Kemudian menambah bilangan dosa dengan menyeksa bayi berkenaan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.
Firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah patut bagi manusia apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka." (Surah al-Ahzab ayat 36). Kepada remaja, sedarlah hidup pada zaman remaja hanya sementara. Pilihlah kehidupan yang baik. Pilihlah kawan yang baik. Anda sudah cukup bijak memilih. Anda bertanggung jawab ke atas perbuatan anda. Jangan salahkan sesiapa atas tingkah laku anda.
Kepada ibu bapa jika berlaku perkara yang tidak diingini, sama-sama pikul tanggungjawab. Jangan biarkan remaja bersendirian. Sedangkan Nabi maafkan umatnya. Jangan pula ditambah dosa dengan membiarkan remaja melakukan pembuangan bayi yang dilahirkan. Jika anda rasa bayi berkenaan malu dan menyusahkan, anda berhubunglah dengan anggota kebajikan masyarakat yang bertanggungjawab dan memahami masalah anda. Ramai ibu bapa lain yang memerlukan bayi untuk dijadikan anak angkat.
satu cinta~KAU selamanya cinta yang aku cari~
kala aku letakkan sesuatu pada yang belum pasti semuanya bakal sia-sia,
hanya manusia memahami hati manusia yang lain namun jangan dilupa bukankah Allah yang mencipta kita? Bukankah Dia Yang Maha Mengetahui segala yang berada dalam lubuk jiwa kita?
Bukankah Dia yang menenangkan kita apabila kita resah, menderita tentang hidup?
Hidup bukannya lama, esok lusa mungkin kita bakal dijemput-Nya meninggalkan dunia ini...
Pohonlah dalam sujudmu kepada-Nya, Jangan halangi cinta dan kasih sayang yang terus menerus dianugerahkan kepada kita dan mintalah semuanya pada-Nya... walaupun permintaanmu sukar...
'Jauhkan kita semua dari hidup yang sia-sia'
lupakah kita pada SATU nyawa yang hanya pinjaman Allah pada kita?
lupakah kita pada SATU jantung yang hanya berdetik dengan izin-Nya dan akan berhenti pabila tiba waktu seru-Nya jua?
lupakan kita pada SATU jasad yang menjadi perantara roh antara kita dan Maha Pencipta?
lupakah kita pada SATU penglihatan dari dua mata yang sering melihat anugerah alam?
lupakah kita pada SATU anugerah kesihatan dan kekayaan hati yang sering merindui perkara terpuji?
lupakah kita walaupun pada SATU waktu dalam lima kali sehari yang sering Allah pinta untuk sujud pada-Nya?
lupakah kita pada SATU anugerah ibu bapa yang tiada tandingan dan tiada nilainya dalam duni ini?
lupakah kita juga pada SATU CINTA yang sentiasa mekar dari atas singgahsana firdausi yang Allah ciptakan buat maklhuknya yang disayangi?
pasrahkan hidupmu hanya pada SATU landasan bertunjangkan agama berlandaskan syariat dan agama...pasti hidupmu lebih indah dari sekarang.....
SATU CINTA yang aku cari semakin aku temui....
Friday, November 26, 2010
...Bidadari Syurga Impian Wanita Dunia....

Daripada Anas bin Malik r.a , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :" Kalau sekiranya perempuan ahli syurga datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disnarinya dunia antara langit dan bumi dan terpehuninya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya,"
Wanita, umpama bidadari. Indah dipandang namun sukar disentuh kecuali pada pemilik hati bidadari yang telah suci buat dirinya. Sifat-sifat bidadari syurga begitu sempurna sehingga boleh dijadikan pengajaran buar wanita dunia....
hubungan antara pandangan mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat disembunyikan . Apa yang berdetak di hati akan kelihatan di mata. Selamanya hati dan mata punyai hubungan yang erat.Jadilah umpama Bidadari Qaashiraattut-tharfi - bidadari yang menundukkan pandangannya.
Bidadari juga tidak akan berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya, Dia juga tidak akan membiarkan lelaki yang bukan halal baginya memegang tangannya kerana dia tahu Bidadari itu punyai harga diri yang tiada ternilai harganya.
Bidadari juga tersimpan di sebaik-baik hiasan.Maqshuuratun fil-khiyani - tersimpan didalam khemah-khemah, iaitu 4 tiang yang ditegakkan lalu diberi atap berupa sesuatu dari tumbuh-tumbuhan yang hidup di tanah. Wanita yang terpuji sentiasa berada di rumah jika tiada hal yang mengizinkannya untk keluar, menunjukkan terjaganya kehormatan bakal bidadari syurga ini...
wahai para Bidadari, hindarilah dirimu dari bertabarruj untuk keluar rumah tanpa tujuan dan tanpa muhrimmu. Yang demikian itu akan menyelamatkan agamamu. Sebagaimana Allah menciptakan Bidadari dengan segala kecantikan dan kesempurnaan sifat-sifatnya di dalam khemah, sehingga terjaga dan tidak pernah disentuh atau dilihat oleh makhluk manusia atau pun jin.
Takutlah pada ancaman wanita yang bertabarruj(bersolek) sebagaimana khabar Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :
'Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya melihatnya. Kaum yang membawa cabuk seperti seekor sapi yang dipakai untuk memukul orang. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang. dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, sedangkan rambut mereka bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya....' HR MUSLIM
Bidadari juga amat memuliakan cinta dan kasih sayangnya. Dia tidak sewenang-wenagnya menyerahkan cinta dan kasih sayangnya pada orang lain melainkan insan bernama SUAMI. Nabi SAW pernah menyatakan kepada anaknya Fatimah r.a :
'Mana-mana wanita yang melayani suaminya: menyisir rambutnya, menyikat janggutnya, menggunting misainya mengerat kukunya maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah SWT dari air syurga dan ia diringankan seksaan semasa sakaratul maut , di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang lepas daripada seksaan neraka dan selamat merentasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.'
CEMBURU? Bidadari juga punyai sifat cemburu. Kerana cemburu itu datangnya daripada Allah...
'Ada cemburu yang dicintai Allah dan ada pula yang dibenci-Nya. Adapun cemburu yang dicintai Allah adalah cemburu dalam keraguan. Sedangkan cemburu yang dibenci Allah adalah cemburu dalam ketidakraguan...'
(HR Nasa'i Ahmad dan Ibnu Hibban)
Wanitaku, Muslimahku Bidadari rinduan syurga...
Jadilah umpama telur yang tersimpan rapi tanpa ada sesiapa pun tahu,
Menjadi telur yang tidak tersentuh oleh tangan dan terpecahkan kulitnya,
Perumpamaan mutiara yang tersimpan di dalam lokan yang indah,
Lokannya belum pecah dan mutiaranya kekal utuh suci,
Seakan-akan bidadariku ini telur burung yang tersimpan dengan baik-baik,
Tidak pernah pula tersentuh oleh tangan manusia,
Bagaikan pula telur burung unta yang dilindungi oleh bulu induknya,
Sehingga tidak ada debu pun yang melekat padanya,
Sesungguhnya bidadari-bidadari itu dalam keputihan warnanya dan sedikit kekuning-kuningan,
Sebagaimana telur-telur yang tersimpan pada sarangnya yang tidak pernah tersentuh atau disentuh tangan dan debu sedikit pun,
Warna seperti inilah yang dirindui,
Wahai gadis putih pingitan,
yang tidak pernah didatangi orang tempat persembunyiannya,
Sedangkan 'aku' dapat bersenang-senang dengannya tanpa tergesa-gesa...