Friday, August 12, 2011

NOTA kaki LIA

Dia menyuruh hamba-Nya berdoa,
Agar Dia memakbulkannya,
Maka kuselitkan impianku dlm doa saban hari tiap ketika,
Ingin ku melihat mereka bahagia,
Ku ingin impian mereka tdk dibalas kecewa,
Ku ingin mereka tsenyum pabila
IMPIANNYA BUKAN MIMPI....

Alhamdulillah 5 hari kita mengislahkan diri menjadi hamba yang setia berbakti kepada Yang Maha Esa, dan atas nikmat dan kurniaanNya Lia masih di sini. Syukur alhamdulillah... tautan hati kian bercambah lantaran keikhlasan inginkan kehidupan bahagia sebagai insan yang menginginkan peneman...

Bagaimana inginku mulakan bicara tatkala hati ini dilanda hujan yang tiba hadir tanpa tandanya awan mendung. Kunjungan Lia ke Temerloh mengingatkan Lia pada arwahyarhamah Nadia, sahabat dunia akhiratku yang sama-sama menjunjung amanah untuk berbakti dalam masyarakat. Namun Allah terlebih dahulu menjemputnya. Semoga rohnya senantiasa dicucuri rahmat bersama para solihin. Al-Fatihah...

Lia rindukan suasana kampung yg penuh mendamaikan & penuh dengan ketenangan. Lia terlalu merindukan kehangatan kasih sayang daripada semua insan di buka bumi.Berkasih sayang lantaran pinjaman sifat Ar-Rahman & Ar-RahimNya. Alhamdulillah kerana sifatNya itu Lia amat menyayangi makhluknya. Kunjungan Lia ke halaman arwahyarhamah yg jg telah Lia abadikan keluarganya sbg keluargaku sendiri terlalu menyentuh hati. Kehangatan bara kasih sayang seorang ibu terlalu kuat dipertahankan.

Diri ini dibelai umpana anak jagaan mereka sendiri. Ibu bapa keluarga ini begitu baik. Akukah pengganti yg Allah amanahkan untuk menggantikan tempat arwahyarhamah? Insyaallah jika ‘amanah’ ini yang dipertanggungjawabkan untukku rela aku seikhlasnya menjadikan diri ini anak yg terbaik.

Di sana tiada kemewahan namun terdampar 1001 keistimewaan. Lautan sayang dan hamparan kasih terdampar luas. Syukur Lia panjatkan dalam dapat mengenali dan menjadi sebahagian dari keluarga ini. Alhamdulillah...

Perjalanan ke rumah keluarga ini dan melalui kawasan perkuburan sahabat yg pernah berjuang bersama amat menyentuh hati. Namun segala hikmah yang berlaku ku pasti penuh hikmahnya.Satu Peristiwa yg ingin ku kongsi untuk dijadikan pengajaran bersama...

...Di perhentian bas itu Lia melihat ada seorang wanita yang lengkap berpakaian mundar mandir mencari ‘sesuatu’.Diringkaskan cerita menurut abah(panggilan ayah angkat Lia) wanita itu sering ke situ menunggu anak-anak dan suaminya pulang setelah dirinya diceraikan bertahun-tahun dahulu. Mulanya wanita itu seorg yg normal menjalani kehidupan ini dgn adanya. Namun, setelah mengetahui dirinya diceraikan dia nekad untuk bersama-sama anak-anaknya. Tapi, apakan daya kudrat sbg seorang wanita tidak mampu mengatasi batasan tenaga seorang lelaki.

Kesemua anak-anaknya diambil. Tinggallah wanita ini keseorangan merintih saban hari merindui anak-anak yang dikandungnya 9 bulan, diberinya susu dibelai dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Kejutan emosi dan penderaan mental yang melanda wanita ini begitu teruji sehinggalah wanita ini terseksa dalam nafas ombak kerinduan yang menyala dan menebal.

‘Ibu merindui anak-anak ibu,’ deraian air mata yang jatuh mungkin didengar dalam hatinya sendiri.
Sebak memikirkan nasib ibu ini. Bagi Lia, wanita ini begitu hebat, namun bukan silapnya perkara sedemikian terjadi keatasnya. Wanita hebat ini bukannya ‘gila’ sebagaimana diperkatakan orang. Tetapi di terlalu hebat dalam kasih sayangnya sehingga ibu ini menjadi begitu. Dia terlalu menebal dalam sayangnya terhadap anak-anak dan suami yang telah menceraikannya.Lia yakin Allah amat menyayangi ibu hebat ini...

“Makcik yang dikasihi, andai bingkisan ini dapat dirimu baca aku rasa bertuah. Daripadamu aku melihat kukuhnya sebuah perasaan yang tidak dapat aku dambakan dgn kata-kataku ini. Riak wajahmu adalah cerminan ibuku. Aku tahu kelak nasibmu bakal terbela. Ujian hidupmu getir namun ingatkah kita pada insan lain yg lebih dasyat lagi ujiannya?

Dirimu diuji dgn kasih sayang, begitu juga aku dan mereka... Kerana hebatnya mahar kasih sayang perpisahan menjadi taruhan kepada nilaian itu, untuk menguji adakah kita ini makhluk yang kuat? Tidak, kita insan yang lemah namun kita punyai tali untuk berpaut pd pautan yang Maha Perkasa...

Bingkisan ini jua buat sahabatku yang sedang membaca atau terbaca bingkisan ini. Sedarlah bahawa kita perlu dalam berkasih sayang bukan permusuhan dan perpecahan. Jangan padamkan harga pertalian yang telah dibina kerana hati yang telah dikotori. Jangan pernah cemarkan hubungan keikhlasan dengan tangan-tangan yang menzalimi... ”

NOTA KAKI DARI LIA –ku melihat dunia atas dasar hati melalui hayunan kaki yang melangkah pergi-

‘aku ingin ilmu ini tersebar tabpa diketahui siapa pemiliknya...’

Followers