Tuesday, December 6, 2011


Assalamualaikum..

Nice season today…lamanya tak berblog! Ya Allah, kesuntukan waktu antara tanggungjawab dan amanah dlm kerjaya buat Lia jauh dari insan2 yang disayangi, tapi tak bermakna kita perlu jauh dari Allah bukan?

Meninjau kehidupan yang amat jauh untuk dituruti, perlukan kita meminggirkan insan lain yang menyayangi diri ini?

Terdetik utnuk menjawab persoalan TENTANG 'DIA', mungkinkah 'secret admire' anda? ;)

Bisikan hati pernah menduga, 'Ya ALLAH, sepertinya dia milikku, namun mengapa semakin aku mendekatinya semakin jauh pula dia dariku? Jika aku khuatir jodohku masih jauh lagi untuk diseru aku pasti yakin jodoh Allah yang lebih utama semakin dekat untuk aku sahutkan!'

Sahabatku,
persoalan cinta dan perasaan sukar untuk diungkapkan. Mengapa persoalan jodoh menjadi perbualan utama kalangan kita?
memang, kerana JODOH itu adalah rahsia di luh mahfuz yang sering diintai oleh makhlukNya... NICE...:)

SUBHANALLAH... tiba-tiba kamu manyintainya..

KERANA ‘HILANG’ ITU INDAH, ‘PERGI’ ITU SUATU KENYATAAN, KEHILANGAN & KEPERGIAN ITU HAKIKAT HIDUP YANG CUKUP INDAH!

Sampai suatu masa ‘kehilangan’ pasti dirasai.
Keperitan bukan permainan untuk memendam rasa.
Tangisan bukan juadah meratap hakikat kehilangan.
Air mata bukan tumpahan indah yang perlu dirimu zahirkan.
Apatah lagi ratapan yang dusta yang perlu dirimu jauhkan…

Kau tahu tika saat ini waktumu bersamanya telah cukup Allah tentukan,

Kerana DIA Maha Mengetahui bahawa ‘kehilangan’ itu membuatkan dirimu dan dirinya bahagia
DIA rindu untuk bersama insan yang kau sayangi sewaktu di dunia
DIA juga rindu untuk bermain dengan insan yang kau tatapkan sebagai tempat bermanja
DIA cemburu kerana kau terlalu ikhlas menyayangi makhluknya itu

Ketahuilah dirimu telah terdidik penuh terjaga dalam jagaannya
Kerana sampai waktunya itu amanahnya telah terlaksana
Maka dirinya perlu pergi untuk aman dan gembira bersama Penciptanya…

Kerana air matamu tidak akan mengembalikan dia ke hidup realiti
Kerana kesedihan duka di hatimu tidak memaksa dia untuk kembali
Kerana kau teringatkan kenangan lalu bersamanya tidak mungkin dia akan wujud di depanmu
Kerana semuanya adalah hakikat yang penuh bahagia
Dia kini tenang bersama Yang Maha Esa…

Aku tahu kau dikagumi kerana ketabahanmu
Kau diuji kerana redupnya hatimu melingkari indahnya iman
Kau sempurna sebagai hamba yang patuh pada Penciptanya
Keredhaanmu pada perjuangan hidup bukan pada pangkal tapi pada puncaknya
Ketaqwaan wajah terzahir dalam senyuman hambar
Tapi ikhlasnya pada hati kecilmu
Itulah dirimu…

Kerana kau Allah takdirkan sebagai sahabatku,
Doaku tidak putus menadah ke langit agar kau sentiasa dikuatkan,
Agar dirimu gagah membina benteng pertahanan berlandas iman dan ikhsan

Kau si wardah berpurdah yang malumu adalah semalu
Durimu nan tajam mampu menusuk ujian yang bertandang
Kerana itu benteng pertahanan si sutera halus tenunan sang bidadari
Pingitan penghuni syurga yang dikasihi…

Bukankah rentetan hidup ini penuh duri ?
Setiap insan diuji dengan keperitan dan perjuangan harga diri
Meninggikan martabat kita setanggi pandangan anbiya’ dan para wali
Lupakah kita tentang hebatnya ujian yang mereka tempuhi ?
Kerana Allah ingin roh mereka tersenyum bahagia walau jasad menanggung seksa...
Tidah terujikah dirimu menyahut ujian yang tidak pantas untuk dirimu keluhkan ?

Sahabatku…
Kerana Allah terlalu menyayangimu
Dan kerana itu kau perlu tersenyum
Kau perlu gembira
Kau penuhi hidupmu dengan penuh ceria
Aku yakin, dia pasti tersenyum bahagia di sana…

Maafkan aku mengingkap tirai dari hatimu
Izinkan aku untuk memandang hatimu pada sudut yang paling indah untuk ku ungkap ;
Genggaman jemarimu adalah kekuatanmu
Ketabahan hatimu adalah anugerah Allah yang berbisa dimiliki sesiapa
Basah lidahmu menitip doa adalah kata-kata yang dirindui-NYA
Penglihatanmu tidak terhad melihat kejadian Allah yang sentiasa menguji manusia
Tadahan telingamu adalah alat untuk mendengar keluhan insan lain yang lebih menderita
Acuan bibirmu biarkan basah memuji Yang Maha Berkuasa:

“ SESUNGGUHNYA HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH SWT ”

Insyaallah, dengan izin-Nya hidungmu terhidu bauan syurga
Idaman pemilik hati-hati Si Jannah yang zuhud penuh rela…

Sahabat-sahabatku,
Kerana ilham ini hadir dari Allah Yang Maha Bijaksana mengatur rentetan hidup,
Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui segala tersembunyi,
Selayaknya Dia Yang Maha Berkuasa atas hidup dan mati,
Sepantasnya Dia Yang Maha Mengurnia anugerah untuk kita,
Seadilnya Dia Yang Maha Adil menghakimi diri ini,

Sebenarnya, DIA YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG yang memberi dugaan dan minta kita berkasih sayang mengadu kepada-Nya…

Akhiri keindahan ilham dengan penuh harapan :

KERANA ‘HILANG’ ITU INDAH, ‘PERGI’ ITU SUATU KENYATAAN, KEHILANGAN & KEPERGIAN ITU HAKIKAT HIDUP YANG CUKUP INDAH !

Nukilan|Nurlianna Muhammad
31 Oktober 2011@11am
Al-Fatihah untuk allahyarham ayahhanda Nurfathin Azwa yang telah kembali ke rahmatullah, semoga ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh…amin

KERANA CINTA ITU INDAH

Merungkap persoalan sebuah pertanyaan…

Andai diri jauh dari merebah diri ke dalam jurang yang penuh dusta

Kerjaya ini perlu pada suatu tempat yang paling mulia

Permudahkanlah apa yang terasa sukar untuk aku pikul

Dan jauhi aku dari khilafku sendiri

Perangi apa yang telah jauh dari genggaman dan pencapaian kita

Perangi apa yang kita benci

Dan permudahkanlah apa juga jalan yang belum kita ketahui

Letakkan diir ini pada suatu kedudukan yang terpuji

Iaitu jalan yang amat aku ingin kan untuk mencapai jalan keluar

Retaknya perjalanan cinta itu hanya pada diri ini

Walau penat Allah bakal membalas rasa cinta itu pada sesuatu yang mudah untuk aku lakukan

Percayalah aku amat merinduiMu

MULIANYA WAJAH ITU.....MASYAALLAH

Meniti perjalanan hidup yang makin panjang namun semakin sukar untuk meniti di atas bara yang semakin membara,
Langkah hidup ini perlu diteruskan untuk melangkah dan menapak pada satu arah yang semakin sukar untuk dilalui,
Perjalanan hidup yang tidah pernah diatur telah lama tertulis dalam alam ghaib dalam genggaman Yang Maha Esa,
Ya Allah, akukah ini yang semakin hari merinduiMu?
Ya.. inilah aku, hambaMu yang Engkau ciptakan dulu...

Ya ALLAH,

Aku rindu pada sesuatu yang amat Kau Rindu,
Aku cinta pada sesuatu yang amat Kau Cinta,
Aku percaya pada sesuatu yang amat Kau Percaya,
dan aku redha pada ketentuan yang amt Kau redha...

Percayalah Tuhanku,
tika kalam ini berkalam,
aku merinduiMu,
Namun aku takut rindu ini bakal bertaut pada rindu yang lain..
Walaupun aku tahu Kau sentiasa ada di ruang di dalam hatiku,
Namun aku bimbang kerana Kau selalu mengujiku dengan cinta-cinta yang lain dan kerinduan yang membida...

Ya Tuhanku,
Tangan ini menadah agar Kau memberiku kekuatan dalam mengharungi dugaan ini
Kau letakkan aku pada tempat dan sesuatu yang amat aku takuti,
Namun kau berikan aku kekuatan dari secebis kekuatanMu
untuk aku mengharunginya dengan penuh sabar

Kau selalu memberiku kebahagian yang tersembunyi di balik kesulitan yang aku tanggung
Namun Kau juga yang memberiku jalannya untuk aku keluar,
Lantas aku membalasnya dengan deraian air mata kesedihan,
Ya Rabbi, malunya aku membalas kebaikanMu itu...

Sampai suatu ketika tika aku jatuh dalam dakapan ujianMu,
Tiada siapa yang hadir memelukku cuma hanya diri dan jasad ini sahaja,
Kerana aku yang menanggung segalanya...
Hanya aku...

Kekuatanku hanya aku dengan adanya Kamu yang sentiasa tersembunyi tapi melihatku amat dekat dalam kejauhan,
Patutkah aku untuk merasa keseorangan lagi?
dengan itu dengan memuji keagungan dan kehebatanMu buat aku makin kuat
KERANA ITU UNTUK APA AKU MESTI MENGALAH PADA MANUSIA YANG KAU CIPTAKAN SAMA SEPERTIKU???
yang mereka juga punyai rasa dan perasaab yang sama sepertiku juga

mereka juga menangis
mereka juga tertawa
mereka juga tersenyum
mereka juga pernah merasai sakitnya derita
dan pendaam sebiah perasaan...

untuk diri ini
tersenyumlah :) walau dirimu disakiti
kerana ALLAH SENTIASA BERSAMA MEREKA YANG DIkhianati
ALLAH BERSAMAMU SELAMANYA dengan ghaibnya yang MULIA
PERCAYALAH JIKA ALLAH MEMBUKA PANDANGAN MATAMU UNTUK MELIHATNYA PASTINYA KAU TERPUKAU
sedangkan nabi Rasulullah saw terkejut sehingga pengsan melihat wajah ALLAH ....

MULIANYA WAJAH ITU.....MASYAALLAH

nota kaki dari LIA.. :)

Followers