assalamualaikum sufi...
doa adalah senjata orang mukmin, penghubung kita dan pencipta-Nya...
setiap huruf di dalam al-Quran ada penjaganya..Seluruh huruf dalam al-Quran ada malaikat yang menjaganya..
alangkah malunya kita andai tidak mendengar kalamullah...
mendengar Al-Quran bakal mendapat rahmat dari Allah...
jangan andai kta telah berada di pintu kubur, kita minta untuk pulang ke dunia untuk mengucapkan subhanallah sahaja...alangkah ruginya andai di dunia kita tidak pernah membaca al-quran...
SESUNGGUHNYA BERBUAT KEBAIKAN LEBIH BAIK UNTUK MENGHAPUS DOSA-DOSA LALU.....
....Aku Ingin Andai Ilmu Ini Tersebar Tanpa Diketahui Siapa Pemiliknya....
Thursday, September 9, 2010
PENYAMAN RASA HATI....
….dakwah adalah penerusan dan kesinambungan misi dan visi abadi daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat.
Mempertikaikan mesej dakwah dengan berselindung di sebalik perbezaan persatuan dan kesibukan belajar bererti meneruskan sikap anarkis terhadap hidayah dan kebenaran. Sebagai mahasiswa apatah lagi sebagai wakil pelajar ,perlu untuk lebih berani
dalam menyatakan pendirian menegakkan al-haq.
perlu sentiasa diingat, kekentalan dalaman akan melahirkan keberanian. Solat tahajjud dan al-Quran jangan sesekali dianggap asing dalam kehidupan seharian. Pada dua senjata pejuang ini tersirat rahmat dan kasih sayang yang agung dari Allah S.W.T.
Ingatlah tanpa iman, ilmu, amal, istiqomah dan mujahadah perjuangan yang kita laung-laungkan sebenarnya tiada wawasan dan arah. Tanpa rasa cinta pada ukhuwwah dan jemaah usah namakan diri sebagai penyokong dan pendokong wehdah.
Persefahaman dan kesatuan adalah sangat penting untuk mewujudkan jemaah yang quwwah. Pengorbanan adalah lumrah. Jalan dakwah yang kita pilih ini tidak pernah menjanjikan hamparan permaidani merah malah penuh ranjau dan duri kerana ketahuilah jalan menuju ke neraka itu indah dan mengasyikkan sebaliknya jalan menuju ke syurga adalah menyakitkan.
Selagi Allah adalah matlamat utama hidup kita
dan selagi tiap tingkahlaku kita berteraskan fardi Muslim, selagi itulah kita masih di jalan yang benar ini. Wawasan kita adalah jelas dan pasti bukannya setakat wawasan 2020 tetapi wawasan kita nun lebih jauh ke hadapan mengejar wawasan akhirat yang kekal abadi…………………

Pengemis cinta Ilahi…
“Ya Allah…aku tak pasti samada Kau benar-benar meredhai cintaku pada-Mu ataupun tidak dengan mendatangkan ujian demi ujian cinta silih berganti. Aku sedih dengan suasana hatiku yang sering berbolak-balik dan kadang-kadang hampir ditewasi cinta
******. Jahatnya hati sebegini! Ya Allah, andai hati yang ada ini jauh dari-Mu, maka
tukarkanlah hati ini dengan hati yang mencintai-Mu. Aku tidak sanggup hidup tanpa cinta-Mu…”. Teringat pula pada madah Abdul Ghani, penyair sufi yang fasih di lidahnya.
Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

Khazinatul Asrar{Khazanah segala kerahsiaan}.
Indah namamu seindah dirimu!
Kau memang menyimpan kerahsiaan…rahsia sekeping hati yang takut pada Ilahi. Di sebalik tabir dirimu, rahsia itu terus tersembunyi agung. Lantaran rahsia keindahan yang cuba kau pertahankan itu membuatkan aku rasa tercabar untuk memilikimu.
Siapa yang tidak sukakan keindahan yang terpelihara? Jikalau kau diciptakan sebagai sebutir mutiara. Kau adalah mutiara yang
bersinar gemilang jauh di dasar lautan. Bukanlah mutiara yang terdedah menjadi perhatian umum. Jatuh nilainya. Jikalau kau diciptakan sebagai sekuntum bunga.
Sudah tentu kau adalah bunga mawar yang mempunyai syauqah (duri). Dari kejauhan sudah bersinar gemerlap keindahan bersama gemersik aroma yang harum mewangi. Sentiasa menjadi angan- angan setiap kumbang meskipun gentar dan sukar untuk didekati.
Khazinatul Asrar, kaulah wanita pertama yang bertakhta di hatiku ini. Insan yang menjadi idaman untuk menjadi teman hidupku semulia Khadijah, lambang sebuah kecintaan. Kau ibarat mawar yang sedang mekar di Taman Islam. izinkan aku
menyunting dirimu kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Aku diciptakan untuk menjadi seorang doktor yang merawat fizikal manusia. Oleh itu, ingin sekali untukku memiliki seorang permaisuri yang juga seorang doctor…doctor yang merawat keperibadian insan.
Khazinatul Asrar…sudilah kiranya kau menerimaku untuk menjadi teman hidupmu dalam meredah musafir hidup yang masih panjang menuju negeri yang abadi. Di situlah destinasi cintaku yang pasti. Aku melamarmu…
PELAMAR HATIMU...

Subscribe to:
Posts (Atom)