Monday, July 30, 2012

TANGISAN HAMBA

TANGISAN HAMBA… Tika malam sunyi sepi, ketika insan tenggelam dalam mimpi, Musafir yang malang ini pergi membasuh diri untuk menghadap-Mu Ya Tuhan, Lemah lututku berdiri dihadapan-Mu tangisan ku keharuan, Hamba yang lemah serta hina, Kau terima juga mendekati, Bersimpuh di bawah duli kebesaran-Mu….. Keampuanan-Mu Tuhan lebih besar dari kesalahanku… Tuhanku, hamba belum pasti bagaimana penerimaan-Mu dikala mendengar rayuanku Dan Kau berjanji sudi mengampunkan aku dari segala dosa yang aku lakukan Ampunan-Mu Tuhan lebih besar dari kesalahan insan, Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan Bukan tidak redha dengan ujian Cuma hendak mengadu pada-Mu Tempat hamba kan kembali nanti di sana….

RAMADHAN BERTAMU

…..RAMADHAN BERTAMU….. Alhamdulillah… Syukur pada-Mu Illahi pada kesempatan ini sempat aku bersyukur pada-Mu mengharungi harum syurga Ramadhan ini, Ya Rabbi, tautan mataku yang Kau beri indah sekali buatku tatap waasilah cinta yang Kau titip dalam qalam-Mu untuk aku baca setiap hari, Kerana Kau terlalu sayang padaku melebihi makhluk-Mu menyintaiku kau titip ujian aku sentiasa rindu mengadu pada-Mu, Tatkala basah qalam-Mu dengan deraian air dari kelopak mataku, aku lagi rindu untuk terus mengetahui isi hati-Mu dan utusan kekasih-Mu untukku… Ya Allah, Kerana aku hamba yang Kau hidupkan dari tiupan roh kecil, Lalu Kau jadikan aku semulia-mulia insan, Namun, kerana ego dan nafsu terkadang aku lalai dari mengingati-Mu, Kau pula tidak pernah lupa untuk mengingati aku… Ampuni aku…. Ya Allah… Jadikan aku ini dalam kalangan hamba-hambaMu yang selalu mendapat petunjuk dari-Mu, Berilah kesempatan buat kami meraih kekayaan dalam Ramadhan-Mu ini… Kerana itu, jadikan bulan berkah ini bulan yang selalu kami rindui… Jadikan tangisan kami di bulan ini sebagai penyejuk kami di barzakh nanti… Sujud kami jadikan ia sesuatu yang paling berharga yang pernah kami lewati…

Followers