Sunday, November 28, 2010

apalah dosa saya? Wajah Suci- MESTICA



2010/02/19

APALAH dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan.
Apa sudah jadi dengan remaja kita tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi. Lebih menyedihkan lagi, media melaporkan ada bayi yang didagangkan semata-mata mahu mengejar kekayaan duniawi yang sementara ini.

Kes itu dipercayai antara ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.

Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja?Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, "Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (Riwayat Bukhari).

Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada 83 kes berkenaan, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Manakala empat kes pembuangan janin.

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu adalah untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas melakukan perzinaan.

Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.

Pada zaman jahiliah, mereka membunuh kerana khuatir anak mereka diperkosa atau berzina. Bagaimanapun, pada zaman jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan. Kemudian menambah bilangan dosa dengan menyeksa bayi berkenaan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.

Firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah patut bagi manusia apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka." (Surah al-Ahzab ayat 36). Kepada remaja, sedarlah hidup pada zaman remaja hanya sementara. Pilihlah kehidupan yang baik. Pilihlah kawan yang baik. Anda sudah cukup bijak memilih. Anda bertanggung jawab ke atas perbuatan anda. Jangan salahkan sesiapa atas tingkah laku anda.

Kepada ibu bapa jika berlaku perkara yang tidak diingini, sama-sama pikul tanggungjawab. Jangan biarkan remaja bersendirian. Sedangkan Nabi maafkan umatnya. Jangan pula ditambah dosa dengan membiarkan remaja melakukan pembuangan bayi yang dilahirkan. Jika anda rasa bayi berkenaan malu dan menyusahkan, anda berhubunglah dengan anggota kebajikan masyarakat yang bertanggungjawab dan memahami masalah anda. Ramai ibu bapa lain yang memerlukan bayi untuk dijadikan anak angkat.

Izinkan aku lena dalam pelukan CINTA-Mu



satu cinta~KAU selamanya cinta yang aku cari~




kala aku letakkan sesuatu pada yang belum pasti semuanya bakal sia-sia,
hanya manusia memahami hati manusia yang lain namun jangan dilupa bukankah Allah yang mencipta kita? Bukankah Dia Yang Maha Mengetahui segala yang berada dalam lubuk jiwa kita?
Bukankah Dia yang menenangkan kita apabila kita resah, menderita tentang hidup?
Hidup bukannya lama, esok lusa mungkin kita bakal dijemput-Nya meninggalkan dunia ini...

Pohonlah dalam sujudmu kepada-Nya, Jangan halangi cinta dan kasih sayang yang terus menerus dianugerahkan kepada kita dan mintalah semuanya pada-Nya... walaupun permintaanmu sukar...

'Jauhkan kita semua dari hidup yang sia-sia'

lupakah kita pada SATU nyawa yang hanya pinjaman Allah pada kita?

lupakah kita pada SATU jantung yang hanya berdetik dengan izin-Nya dan akan berhenti pabila tiba waktu seru-Nya jua?

lupakan kita pada SATU jasad yang menjadi perantara roh antara kita dan Maha Pencipta?

lupakah kita pada SATU penglihatan dari dua mata yang sering melihat anugerah alam?

lupakah kita pada SATU anugerah kesihatan dan kekayaan hati yang sering merindui perkara terpuji?

lupakah kita walaupun pada SATU waktu dalam lima kali sehari yang sering Allah pinta untuk sujud pada-Nya?

lupakah kita pada SATU anugerah ibu bapa yang tiada tandingan dan tiada nilainya dalam duni ini?

lupakah kita juga pada SATU CINTA yang sentiasa mekar dari atas singgahsana firdausi yang Allah ciptakan buat maklhuknya yang disayangi?

pasrahkan hidupmu hanya pada SATU landasan bertunjangkan agama berlandaskan syariat dan agama...pasti hidupmu lebih indah dari sekarang.....

SATU CINTA yang aku cari semakin aku temui....

Friday, November 26, 2010

...Bidadari Syurga Impian Wanita Dunia....




Daripada Anas bin Malik r.a , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :" Kalau sekiranya perempuan ahli syurga datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disnarinya dunia antara langit dan bumi dan terpehuninya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya,"

Wanita, umpama bidadari. Indah dipandang namun sukar disentuh kecuali pada pemilik hati bidadari yang telah suci buat dirinya. Sifat-sifat bidadari syurga begitu sempurna sehingga boleh dijadikan pengajaran buar wanita dunia....

hubungan antara pandangan mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat disembunyikan . Apa yang berdetak di hati akan kelihatan di mata. Selamanya hati dan mata punyai hubungan yang erat.Jadilah umpama Bidadari Qaashiraattut-tharfi - bidadari yang menundukkan pandangannya.

Bidadari juga tidak akan berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya, Dia juga tidak akan membiarkan lelaki yang bukan halal baginya memegang tangannya kerana dia tahu Bidadari itu punyai harga diri yang tiada ternilai harganya.

Bidadari juga tersimpan di sebaik-baik hiasan.Maqshuuratun fil-khiyani - tersimpan didalam khemah-khemah, iaitu 4 tiang yang ditegakkan lalu diberi atap berupa sesuatu dari tumbuh-tumbuhan yang hidup di tanah. Wanita yang terpuji sentiasa berada di rumah jika tiada hal yang mengizinkannya untk keluar, menunjukkan terjaganya kehormatan bakal bidadari syurga ini...

wahai para Bidadari, hindarilah dirimu dari bertabarruj untuk keluar rumah tanpa tujuan dan tanpa muhrimmu. Yang demikian itu akan menyelamatkan agamamu. Sebagaimana Allah menciptakan Bidadari dengan segala kecantikan dan kesempurnaan sifat-sifatnya di dalam khemah, sehingga terjaga dan tidak pernah disentuh atau dilihat oleh makhluk manusia atau pun jin.

Takutlah pada ancaman wanita yang bertabarruj(bersolek) sebagaimana khabar Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :

'Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya melihatnya. Kaum yang membawa cabuk seperti seekor sapi yang dipakai untuk memukul orang. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang. dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, sedangkan rambut mereka bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya....' HR MUSLIM

Bidadari juga amat memuliakan cinta dan kasih sayangnya. Dia tidak sewenang-wenagnya menyerahkan cinta dan kasih sayangnya pada orang lain melainkan insan bernama SUAMI. Nabi SAW pernah menyatakan kepada anaknya Fatimah r.a :
'Mana-mana wanita yang melayani suaminya: menyisir rambutnya, menyikat janggutnya, menggunting misainya mengerat kukunya maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah SWT dari air syurga dan ia diringankan seksaan semasa sakaratul maut , di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang lepas daripada seksaan neraka dan selamat merentasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.'

CEMBURU? Bidadari juga punyai sifat cemburu. Kerana cemburu itu datangnya daripada Allah...

'Ada cemburu yang dicintai Allah dan ada pula yang dibenci-Nya. Adapun cemburu yang dicintai Allah adalah cemburu dalam keraguan. Sedangkan cemburu yang dibenci Allah adalah cemburu dalam ketidakraguan...'
(HR Nasa'i Ahmad dan Ibnu Hibban)


Wanitaku, Muslimahku Bidadari rinduan syurga...
Jadilah umpama telur yang tersimpan rapi tanpa ada sesiapa pun tahu,
Menjadi telur yang tidak tersentuh oleh tangan dan terpecahkan kulitnya,
Perumpamaan mutiara yang tersimpan di dalam lokan yang indah,
Lokannya belum pecah dan mutiaranya kekal utuh suci,
Seakan-akan bidadariku ini telur burung yang tersimpan dengan baik-baik,
Tidak pernah pula tersentuh oleh tangan manusia,
Bagaikan pula telur burung unta yang dilindungi oleh bulu induknya,
Sehingga tidak ada debu pun yang melekat padanya,

Sesungguhnya bidadari-bidadari itu dalam keputihan warnanya dan sedikit kekuning-kuningan,
Sebagaimana telur-telur yang tersimpan pada sarangnya yang tidak pernah tersentuh atau disentuh tangan dan debu sedikit pun,
Warna seperti inilah yang dirindui,

Wahai gadis putih pingitan,
yang tidak pernah didatangi orang tempat persembunyiannya,
Sedangkan 'aku' dapat bersenang-senang dengannya tanpa tergesa-gesa...

Ayatul Kursi Full - Beautiful Recitation

sebatang pen dan sehelai kertas...


SEBATANG PEN DAN SEHELAI KERTAS...

sudah cukup untuk melakar apa yang bermain di minda dan jiwa manusia. Pergolakan hati selalu menipu manusia.Apakah benar manusia selalu menipu dalam melahirkan sebuah kata-kata yang bermain dalam benak jiwa dan akal pemikiran manusia?

Mengapa kita selalu menipu untuk menutup kelemahan diri sendiri?
kita mempermainkan perasaan diri sendiri semata-mata untuk memenangi hati orang lain / hati orang yang kita minati...

Adilkah kita untuk mendapatkan sesuatu yang ingin dimiliki setelah berjaya menipu diri sendiri?

hak milik tidak akan kekal semuanya hanyalah bersifat sementara...
sebenarnya, lihatlah dengan pandangan mata halus cerminan dirimu yang paling dalam, bukan kah sesuatu yang istimewa itu telah berada di depan matamu?

janganlah menipu untuk mendapatkan yang kau rasa baik untukmu, tapi lihatlah cermin yang ditunjukkan sesuatu yang kau minati itulah sebenarnya kelemahannya...kau tak kan mampu melihat kelemahan itu sekarang sehinggalah suatu hari nanti kamu bakal terpesona melihatnya...

semuanya itu sekadar pinjaman, sekarang cuba kau bayangkan sesuatu yang kau ingin dapatkan dalam hidupmu...teman wanita istimewa? / teman lelaki istimewa? / kereta idaman? / rumah besar dan mewah? / apa-apa sahaja yang kau sedang fikirkan sekarang...Bayangkan seketika...

lantas pegang sekeping kertas dan sebatang pen...Lakarkan apa kemahuanmu itu pada hamparan kertas itu. Tidak kiralah walaupun tika ini kamu sedang membaca blog ini...Jika kamu sedang impikan bakal isterimu, maka lakarkah wajahnya walaupun kamu tidak pandai melukis...begitu juga sebaliknya....

andai kau puas melukis idamanmu itu, maka lihatlah kembali.Adakah ia sama seperti yang kamu bayangkan atau apa yang kamu bayangkan itu jauh lebih cantik dari lukisan itu? atau yang realiti lebih cantik?

hmmm...sesiapa pun akan berkata bahawa yang diimpikan dan realiti jauh lebih baik berbanding di dalam lukisan hasil tangan kamu sendiri. Maka, lihatlah apa yang kamu bayangkan untuk hidupmu kelak tak akan sama dengan apa yang kamu mahu lakukan dalam hidupmu....bukankah itu tanda penipuanmu seterusnya?

bukan untuk mengajar peneman blog in menipu, sebaliknya memang benar pen dan kertas mampu mentafsir pemikiran seseorang melalui tulisannya.
Tulislah pada tiap kali kamu marah!
Tulislah sesuatu pada kertas tiap kali kamu sedih!
tulislah tiap kali pada kertas tiap kali kamu telah jatuh cinta(mood gembira mungkin)!

lalu layangkanlah hasil tulisanmu itu pada sesiapa sahaja yang kamu ingin tujukan mood tulisanmu itu...tidak kira siapa termasuk saya...

melalui tulisanmu itu, sesiapa mungkin aka tetarik padamu,
tika kamu sedih pasti dia akan menemanimu memberi semangat pasamu,
tika kamu gembira dia mungkin akan gembira w'pun ianya musuhmu sekalipun pasti senyum tawar hinggap di bibirnya...
percayalah...di dalam hati setiap manusia pasti ada sekumit belas ihsan...

kenapa?

kerana apa yang kamu tulis itu ikhlas dari lubuk hatimu...
datang dari hati memerangkap di minda untuk meluahkan kata 'indah' datangnya dari jasad manusia berpunca dari Yang Maha Esa....

tak percaya, cubalah...
tulisan tidak akan pernah menipu kita jika kita tidak menipu diri kita sendiri...

ANDA, PENULIS YANG HEBAT!

Thursday, November 25, 2010

KOSMO! ~ TERIMA KASIH ATAS PENGANUGERAHAN ITU~


-sila klik saya-

Bakal Jururawat dirai Dalam Majlis Makan Malam

untuk ibu dan ayah....

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_01.htm

Monday, November 22, 2010

Rintihan Jiwa Yang Terpenjara

Ya Allah,Ya Malik, Tuhan Yang Maha Memiliki segala apa yang ada di antara langit dan bumi, hatta diriku, diri ibu bapaku, diri kawan-kawanku dan diri jiran tetanggaku.

Aku sedar Ya Allah, aku hanyalah ciptaan-Mu yang Kau ciptakan dari tanah yang hina, dan kemudian Kau pinjamkan kepada diriku ilmuMu, hartaMu, wang ringgitMu, rumahMu, keretaMu, serta ibu bapa, kawan-kawan yang semuanya adalah ciptaan-Mu sebagai amanah dan pinjaman kepada aku agar aku dapat mengabdikan diri kepada-Mu dan juga melaksanakan amanah sebagai khalifah-Mu di dunia ini. Ampunilah aku kerana selama ini sering lupa asal usulku

Ya Allah,
aku lupa dicipta dari tanah dan tiada apa-apa kecuali yang diamanahkan dan dianugerahkan oleh-Mu, Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah kerana aku sering mengaku semuanya itu hakku, sedangkan semuanya itu hak-Mu semata-mata Ya Allah.


Ya Allah,
Tuhan yang Maha Agung dan Maha Suci,
aku sering membaca 'lailahaillah' yang membawa erti Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau Ya Allah, namun aku sedar ianya hanya di bibir mulutku sahaja, ianya tidak mampu ku ucapkan dengan hatiku kerana sesungguhnya dalam hatiku ini masih banyak lagi Tuhan-Tuhan lain selain Engkau Ya Allah.


aku selama ini bertuhankan nafsuku kerana aku lebih menurutkan nafsuku daripada -Mu Ya Allah. Ampunka aku Ya Allah. Selama ini aku bertuhankan dunia, wang ringgit dan harta benda Ya Allah dan seringkali aku mengabaikan perintah-Mu dan melanggar larangan-Mu Ya Allah.

Aku juga Ya Allah lebih mengutamakan kata-kata manusia, kehendak manusia, makhluk ciptaan-Mu jua Ya Allah dan tidak mengutamakan Engkau Ya Allah. Ampunilah YA Allah segala dosa-dosa aku kerana selama ini ...kerana bertuhankan selain daripada-Mu Ya Allah....

sesungguhnya jiwaku selama ini menjadi hamba nafsu, hamba dunia dan hamba manusia Ya Allah. Jiwaku tersempit, terpenjara dan menderita kerana mengabdikan dan menghambakan diri kepada makhluk-Mu yang lemah dan tidak kekakl Ya Allah. Selama ini jiwaku dikurung, tidak bebas melakukan apa yang jiwaku ingin lakukan iaitu mengabdikan diri semata-mata kerana-Mu YA Allah.

aku sering melakukan sesuatu untuk manusia dan mengharapkan ganjaran dan pujian manusia, tetapi sebaliknya Ya Allah, aku hanya mendapat kekecewaan dan penderiataan.

sesungguhnya kasih dan cinta manusia itu tidak kekal tidak abadi dan tidak suci.
Ya Allah, kini kami sedar cinta-Mu Ya Allah Ya Waddu' Allah Yang Maha Pencinta cinta-Mu kekal abadi. Tak pernah padam dan Engkau sentiasa mengasihiku dan memeliharaku serta memberi rezeki kepadaku.

Engkau sentiasa berada di sampingku ketika orang lain meninggalkanku.
Engkau sentiasa memberi kepadaku ketika orang lain tidak mempedulikanku
Engkau sentiasa melindungi ketika orang lain sering menyakitiku

YA Allah, kini jiwaku tenang dengan kesedaran dan hidayah-Mu ini Ya Allah. bimbinglah aku ke jalan-Mu ke jalan taqwa-Mu Ya Allah.

Ya Allah merdekankan jiwaku dari menjadi hamba dunia, manusia dan nafsu Ya Allah.
Sesungguhnya jiwaku ingin kembali kepda fitrah kejadianku yang sebenar iaitu menjadi hamba keoada-Mu YA Allah tuhan yang mAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG DAN MAHA PENCINTA..

SEMOGA KEMERDEKAAN JIWAKU INI AKAN MEMBUAHKAN SATU KEHIDUPAN YANG BERLANDASKAN KEHENDAKMU DAN SEMOGA JIWAKU MERDEKA DAN DAMAI SERTA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT.......

WASSALAM...

LIWAUNNASRI HAMMIMI ~ Panji Kemenangan Teman Karibku


COMING SOON!!!!

LIWAUNNASRI HAMMIMI ~ Panji Kemenangan Teman Karibku

" Dalam terang jalan salah yang aku pilih kerana jalan terang yang bersuluh kelam pada pandangan mataku.... "
new story telling....waiting for the truth life story....

sharing is caring

*intipati dari kuliah agama yang insyaallah boleh kita kongsi bersama

bagi mereka yang suka menonton video lucah:
*kunci segala kelemahan kita adalah ALLAH swt,kerana mungkinkah DIA yang mencipta kita?
berdoalah kepada-Nya,
ajarkan diri kita rajin berpuasa, sesungguhnya berpuasa bagi orang muda adalah perisai yang terbaik....

*wajib bagi kita membangunkan orang lain / sahabat kita untuk solat subuh

*minum berdiri adalah makhruh

*sebaik-baik kamu adalah orang yang berbuat baik kepada isterimu...

*HUKUM GANTUNG GAMBAR DALAM RUMAH
-gambar tak boleh dipamerkan sebenarnya, seeloknya disimpan sebaiknya.

*wanita haid dilarang terus ke masjid, jika ke surau harus dipastikan darah tidak akan menitik

Edcoustic - Muhasabah Cinta

Sunday, November 21, 2010

MACAM AWAK!





awk....nak dengar satu cerita tak?

sebenarnya saya banyak berbohong pada diri saya. Saya janji dengan mak bapak saya bila saya masuk U saya nak blajar rajin-rajin, tak nak ada apa-apa pun yang akan ganggu saya dan pelajaran saya... Matlamat saya cuma satu.. UNTUK BERJAYA...macam awak!

Tapi, awk nak tahu sesuatu tak? mak bapak saya bangga sangat bila dapat tahu saya dapat masuk U. ye lah saya anak sulung mereka, jadi sayalah harapan keluarga saya...Adik-adik saya ramai awk tahu tak... Hidup saya pulak bukannya senang macam orang lain. Saya susah, bapak saya petani sawah je, mak saya pulak tolong cuci kain rumah orang-orang kaya, macam keluarga awk...


tapi saya tak pernah nak malu dengan keluarga saya. Walaupun hidup kami menumpang di tanah pusaka orang lain, saya tetap bersyukur, saya masih lagi ada keluarga...saya tengok keluarga orang lain happy semacam jea, apa yang mereka nak semua dapat. kasut baru, jam baru , beg baru, basikal baru...semualah....pendek kata cakap jea semua dapat.... Tapi saya? untuk bermimpi sekali pun belum tentu dapat!
ye lah macam awak!

awk...saya tak cemburukan awk, langsung pun tidak! tercubit di hati ini pun tidak. Saya tak pernah nak menyimpan niat utnuk cemburukan sesiapa walaupun setiap hari saya berkaki ayam ke sekolah, baju saya tercompang camping tidak bergosok macam baju awk....sebab saya tahu saya tak mampu macam awak...


awak....maafkan saya selalu menipu awak...saya tahu walaupun awak anak orang kaya, ayah awak ketua kampung, orang terhormat kat kampung kita tapi awk baik...awak selalu cari jalan nak kawan dengan saya tapi saya nak mintak maaf saya tak boleh berkawan dengan awak....saya tak sesempurna orang lain....ye lah macam awk!

tapi awak tak pernah putus asa, selalu awk datang pondok buruk saya ajak saya bermain, sampaikan mak awak marah-marah awak suruh balik. Masa tu saya tipu awak, saya cakap saya nak buat kerja sekolah, Saya tipu awk lagi...maafkan saya yea awak..sebenarnya saya kene jaga adik-adik saya yang masih kecil. Mak saya kene kerja kuat sebab kita kan nak periksa besar, jadi perlu duit banyak nak bayar yuran sekolah. Saya kene masakkan u ntuk adik saya...kalau saya keluar bermain dengan awk mesti adik saya lapar...kesian kan awk kat adik saya, makan pun tak cukup. bukan macam awak...


awak kehidupan saya tempuhi dengan berani..kalau dinihari awak tengan nyenyak tidur, saya kene turun sawah...tarik kerbau Pak Ali yang ayah saya pinjam untuk membajak...ingat tak masa dulu mana ada mesin macam sekarang...kalau kami tak pinjam kerbau Pak Ali awal-awal tentu nanti susah pulak dia nak guna...saya tahu ayah saya tak nak menyusahkan orang lain...tapi hidup kami terpaksa awak...sebab tu kalau awak selalu tanya saya kenapa saya selalu mengantuk tersengguk-sengguk dalam kelas, saya akan bohong awak lagi.. saya cakap semalam saya ulang kaji..tapi hakikatnya tidak...saya tiada masa untuk buat itu walaupun hati saya memang nak ulangkaji, buat latihan tambahan...sebenarnya awak,malam-malam tulah jugak saya buatkan kuih untuk dihantar ke sekolah esok pagi, semua nya nak bantu keluarga saya...awak...maafkan saya yea, sebab saya bukan macam awak...


awak, saya ingt lagi bila kita sama-sama berjaya dalam peperiksaan, saya dapat tinggi jugak 4A tp awak 5A, semua org puji awak...tahniah awak..awak dah lah cantik, bijak , baik hati pulak....beruntung awak...teringin saya nak jadi awak, tapi saya pikir kalau saya jadi awak, awak kene jadi sayalah! hmmm, tak nak lah saya, saya tak suka jari halus awak tu kotor dengan tanah sawah...biarlah awak di rumah mewah awak....saya redha,mungkian ada hikmah semua ini...

masa last kita sekolah tiba-tiba awak datang kat saya...saya terkejut! saya tak suka awak buat macam tue.Awak bagi saya sebuah kotak...awak cakap ambillah..saya segan nak terima, maklumlah selama ni mana ada orang pernah bagi hadiah kat saya. Kalau ada pun awak sorang je lah.. tu yang saya musykil sangat dengan awak nih....mana mungkin orang kampung miskin macam saya nak berkenalan dengan awak.....


awak sebab awak cakap barang yang awak bagi tue amanah seseorang untuk saya..jadi saya terpaksa terima...sebab amanah tak boleh main-main..mak saya selalu pesan, amanah kene jaga, janji kena terpatri.....awak pesan barang tue jangan buka dan mesti simpan elok-elok sampailah saya habis belajar. Kalau saya pergi mana-mana pun barang tue kene bawak sama...awak sunguh-sunguh bagi tau saya...awak menangis depan saya sebab saya tak nak ambik...saya serba salah...jadi saya pun terima, walau hakikatnya saya berbohong pada awak sebab sebenarnya kerana pesanan mak saya tulah saya ambik kotak tu....awak..sampai sekarang saya masih simpan....saya harap awak dapat ambik balik amanah awak nie....kotaknya masih elok lagi...


awak....saya tak pernah nak tahu pun apa yang ada dalam kotak tu, lagipun tukan amanah awak...awak, lepas UPSR dulu awak dapat masuk MRSM, bangganya mak ayah awak...tapi saya tak boleh pergi jauh, mak dan ayah saya perlukan saya. Saya cuma sambung belajar tingkatan 1 kat sekolah menengah berdekatan ni je...tak pe, walaupun awak jauh saya doakan awak akan terus berjaya....

masa semakin kian berputar, saya macam biasalah kerana kemiskinan, saya tiada kawan dan tiada siapa pun yang nak berkawan dengan saya... Tapi saya tak pernah ambik kisah pun semua tue, sebab saya masih ada awak, walaupun kita jauh, masa tu awak kat Seremban dan saya pulak kat kampung ni aja, awak tetap hantar surat. Tapi kadang-kadang ada surat awak tak terkirim pada saya. Hmmm, tak apalah saya tak kisah pun, mungkin awak exam kot masa tu....saya pulak cuma dapat hantar beberapa keping ajea surat pada awak, maafkan saya yea sebenarnya duit untuk beli setem tu saya guna untuk beli makanan keluarga saya, saya harap awak faham...lagipun awak tak kisah pun, terima kasih awak kerana memahami saya...awak tahu kan saya tak macam awak...


awak...setiap kali peperiksaan saya selalu dapat yang terbaik, alhamdulillah...awak tahu kan cita-cita saya bukan untuk makan gaji tinggi tapi saya nak jadi seorang yang bercita-cita...saya selalu kene gelak dengan kawan-kawan dalam kelas sebab orang cakap saya tak ada cita-cita, tak pe saya bersabar...bukan ke awak jugak pesan pada saya supaya terus banyak bersabar?

hmm....hidup saya mula berubah bila saya sambung belajar sekarang, kat U awak...tapi saya sedih tengok mak ayah saya, kalau boleh saya tak nak berpisah dengan mereka, tapi untuk kebaikan keluarga saya, saya terpaksa pergi....Jauh awak...bukan kat dalam negara kita ni, tapi kat luar negara...Alhamdulillah awak saya jadi pelajar terbaik SPM negeri saya...ini semua hadiah yang paling bernilai pernah saya bagi kat keluarga saya dan tak lupa awak!

awak pulak tak kurang hebat kan! awak dapat masuk U jugak...Dulu saya ingat lagi awak minat sangat tolong rawat orang sakit...awak cakap kalau tak jadi jururawat, jadi doktor pun boleh jugak....tak pun pembantu doktor jea,tapi time kite dulu MA mana ada pempuan kan...tak apalah saya doakan awak berjaya dalam apa juga bidang yang awak pilih, awak cakap doa orang sakit ni makbul,sebab tu awak nak rawat mereka dan awak tak kan lupa untuk mintak mereka doakan hidup awak selalu. Awak, saya kagum dengan awak, sebab awak memang baik hati, tentu ramai yang akan doakan awak termasuk saya....hmm..tak ramai orang macam awak!

awak...duduk di tempat orang banyak tak sam macam duduk kat tempat sendiri kan? kat sini macam-macam budaya ada, tapi tak perlulah saya bagi tahu kat mana yea, biarlah menjadi rahsia antara saya sahaja...awak ingat tak lagi masa saya nak berangkat pergi, saya rahsiakan pemergian saya dari awak, yang tahu cuma keluarga saya dan penaja saya saja. Lagipun saya tahu, tak akan ada sesiapa yang ingin tahu perihal kehidupan saya...tak macam awak! Saya mintak maaf yea pada awak sebab lepas jea dari hari result SPM tu keluar saya terus menghilang, sampaikan mak saya cakap awak datang rumah saya senyap-senyap nak tahu result saya...

mungkin awak kecewa dengan saya, tapi bukankah kita semakin matang...Saya mesti pergi jauh dari awak lagipun kita tak ada ikatan...Maafkan saya, saya buat semua ini kerana sesuatu, ianya lebih agung dari segalanya...Tapi saya akan bawa semua semangat yang pernah awak bagi pada saya,satu masa waktu kita kecil dulu...


awak...suasana kat sini lain sangat,tapi walau jauh mana saya duduk sekarang nie saya tetap cintakan negara saya, nikmat Islam dan iman dalam negara kita terlalu indah...Sujud syukur dan mohon supaya dipermudahkan segala urusan saya selalu saya panjatkan pada-Nya, bagi saya Dialah perancang hidup saya sebenarnya, dan saya hanya melakonkan watak atas rancangan-Nya... saya rasa bertuah dan bangga dapat lahir menjadi watak saya sekarang...Alhamdulillah.

awak.... saya akan tamat belajar tak lama pun lagi....dah lama saya rindu untuk tengok wajah mak ayah dan keluarga saya...Saya nak pulang ke kampung yang lama saya rindu.... balik nanti pun saya dah dapat kerja, alhadulillah saya bakal bekerja di syarikat di Kuala Lumpur, dalam bahagian pembangunan..insyaallah saya nak bina banyak bangunan dengan ciri-ciri islamik yang indah dan unik...Cita-cita saya untuk jadi orang yang bercita-cita akan tercapai tak lama lagi, biarlah apa juga pekerjaan saya sekarang,apa yang saya mampu dengan izin-Nya saya berjaya menggengam kejayaan yang saya idamkan selama ini.Hidup keluarga saya juga berubah....Adik-
adik saya juga berjaya mengejar cita-cita mereka...


awak....hidup saya sekarang sangat gembira, walaupun tanpa kawan-kawan....tapi saya ada seorang 'kawan' yang setia menemani saya sepanjang hidup di dunia ini iaitu awak...saya harapkan lagi awak bakal menemani saya lagi di sana...risikan daripada keluarga saya mengharukan awak...awak ingat saya dah lupakan kawan seperfahaman saya nie yea?saya ingat lagi masa saya belajar dulu, di tahun akhir saya menyuarakan pendapat saya meminang awak pada ibu bapa saya. walaupun tanpa saya pertunangan itu berjalan lancar...Biarlah saya tak dapat melihat awak, saya tak ingin gambar-gambar pertunangan awak dikirim pada saya,biarlah ibu bapa saya yang melihat kecantikan yang awak miliki...bagi saya wanita sememangnya diciptakan Tuhan dengan indahnya cantik!ya..macam awak!


awak...tarikh pernikahan kita pun tak lama lagi kan...3 hari jea dari tarikh saya sampai ke tanah air kita...saya akur tarikh keramat tu, sebab itu pilihan ibu bapa kita....segala persiapan kita mungkin sekarang ibu bapa kita juga yang aturkan...terima kasih awak sudi menjadi suri hidup saya! saya tak akan cari orang lain selain awak sebab awak macam awak!


masa saya balik nanti saya akan pulangkan balik barang amanah awak ni yea...
.....................................................................................

maafkan saya awak,saya mesti ruangkan waktu disini seketika...Dah lama saya tinggalkan cerita saya ni,sebab ada orang lain nak tahu apa barang amanah awak tu...tapi awak cakap barang itu amanah,jadi tetap menjadi amanah untuk saya...

sekarang, saya dah ramai kawan, tapi awak tetap 'kawan hati' saya sampai bila-bila...awak tetap sah untuk saya walaupun di sini awak tiada suara dan tiada berita tentang awak...biarlah saya sorang jea yang tahu, sebab saya kan suami awak!

kerja awak berat kan, kesian saya tengok awak balik petang selalu.Ye kerja doktor memang payah, tapi awak bijak,bahagikan masa awak dengan saya...terima kasih ye awak...saya harap nanti anak-anak kita bakal mengekori awak yang indah, cantik dan sempurna pada pandangan saya...

awak.....saya renung kotak amanah awak tue sekarang, cantik lagi...saya tak sangka rupanya awak lagi pandai mengintai hidup dari saya,amanah awak terlalu indah, saya bertuah dapat jaga amanah awak tu walaupun ke mana saya pergi pun saya bawa, amanah tu dah jadi sebati dengan jiwa saya nie....

terima kasih awak,selain ibu bapa saya awak juga amat berharga pada saya, sekarang saya dah tak malu dengan awak lagi. Saya dah punyai banyak waktu untuk bersama awak...saya sayang dan cintakan awak sampai akhir hayat saya...Izinkansaya untuk menjadi suami yang selalu bertakhta di hati awak...

sekarang, saya nak buka amanah awak nie...sebab masa untuk saya menyimpannya makin hampir...saya nak buka yea depan awak nanti...biar kita sama-sama terkejut....

AWAK...saya nak buka nie barang amanah awak dulu...dah hampir 10 tahun kot dengan saya nie..sekarang saya nak buka...

1...2...3....YA ALLAH!

ALLAH TAUTKAN HATI KITA KERANA-NYA

-TAMAT-

Friday, November 19, 2010

DOSA ITU SAYATAN LUKA...4

“Kedua orang tua itu diberi perhiasan mahkota dari cahaya, sinarnya laksana matahari. Lalu berketa mereka, ‘mengapa kami diberi perhiasan sepert ini?’ Malaikat pula menjelaskan, ‘kerana anak kalian telah menghafaz al-Quran’..”

Saudaraku,


Pandanglah anak-anak kita tatkala mereka nyenyak tidur, cetuskanlah dalam hati bahawa mereka patut mendapat tempat yang aling tinggi. Mereka layak duduk dalam posisi yang paling penting dalam darjat hidup ini. Tahukah kita bahawa Rasulullah saw menyatakan anak-anak yang solleh yang membaca al-Quran dapat menjadi sebab dicabutnya bala dan azab yang sudah Allah tentukan atas sebuah keluarga atau masyarakat?


Semoga kita berada dalam orang-orang yang bakal meraih kebahagian akhirat disebabkan anak yang solleh…amin

“Kita tak pernah menduga bagaimana keadaan kita diakhirat kelak, semua daripada kita berharap bakal mendapat rahmat drpd Allah dan diperkenankan masuk syurga-Nya, Sebaik amalan kita tak dapat dibandingkan dengan keistimewaan syurga, Ketahuilah syurga itu sangat mahal…”

Saudaraku,


Semua daripada kita pasti mendambakan rahmat dari Allah swt supaya boleh dimasukkan ke dalam syurga. Itulah kemenangan, kebahagian dan ketenangan yang tiada tandingannya. Kenikmatan agung yang membuatkan sesiapa pun tak kan pernah berhenti untuk sampai ke puncaknya yang paling tinggi, SYURGA FIRDAUS.


Bersyukurlah kita memiliki keinginan untuk menyeru Islam dan menyebarkan dakwah Rasulullah saw. Kerana ingin mendapatkan syurga tertinggi di akhirat, seseorang perlu berada dalam posisi tertinggi di dunia iaitu dengan menyeru manusia ke jalan Allah dan mengerjakan amalan baik…



Allahumma ‘allimhul Qur’an… Ya Allah ajarkan ia al-Qur’an ”


Saudaraku tersayang,


Sungguh, memang ada kebahagian tulus dalam hati, iaitu saat kita bisa memberi petunjuk kepada orang lain yang terombang-ambing. Benar-benar dalam sebuah kebanggaan, saat kita berhasil menolong mereka kembali ke jalan Allah.


Saudaraku, jalan ini panjang,


Memerlukan waktu yang lama dan pengorbanan yang sangat banyak. Tetapi tidak ada jalan lain lagi yang lebih selamat. Semoga Allah menghantar kita ke puncak kemuliaan di dunia dan mengizinkan kita untuk menghirup kenikmatan syurga Firdaus…amin…


“ MASA, cepat sekali berlalu mengalir tak pernah berhenti. Jam demi jam, detik demi detik, minit demi minit, berputar. Waktu tak dapat ditunda,tak dapat ditahan dan tak akan dapat diulang. Dan itu ertinya, usia kita semakin berkurang.KITA…semakin dekat ke liang lahat ”


Saudaraku,sahabatku, semoga Allah memberkati sisa usia kita,


Ketika jiwa kita masih muda ingatlah kita pada dosa.Darah muda yang mengalir bisa mencetuskan gelombang hawa nafsu yang memberontak untuk melakukan itu dan ini. Ingatkah kita akan mati? Usia yang tidak terbatas itu tidak akan berfungsi lagi sebagai pelindung diri dari penderitaan yang abadi di akhirat kelak…


Sesungguhnya jiwa ini hanya milik Allah dan kepada-Nya jua jiwa ini akan kembali ”
Saudaraku,


Ingin aku bertanya padamu…Adakah ada orang yang tidak mempunyai dosa? Atau merasa mampu untuk menebus dosa dan kotoran yang telah kita calitkan pada hati kita? TIDAK!

Bukankah telah kita tahu Allah itu sangat sayang pada hamba-Nya. Bahagian dari pintu-pintu rahmat Allah selalu menghantar dan mengingatkan kita pada TAUBAT! Mari menagguk pahala, meraih rahmat dan keampunan dari Allah, dengan memperbanyakkan zikir, bersedekah, berniat baik sentiasa dan sebagainya…bukankah sebelum ini kita memang dilahirkan secara fitrah sebagai orang yang baik-baik?


Dengan CINTAku kepada-Mu, Engkau pasti akan menemaniku tika saat aku ketakutan…La Ilaa ha illallah…”

Saudaraku,

Allah selalu menggantikan sebuah amal yang taat dilakukan hamba-Nya, dengan suseatu yang menyenangkannya. Misalnya, Allah menjanjikan hamba-Nya yang menahan pandangan yang haram bakal mendapat kesejukan dalam hatinya…


‘pandangan adalah salah satu anak panah beracun di antara anak panah iblis. Barang siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah maka ia telah diberi Allah keimanan yang akan diberikan Allah rasa lazat di dalam hatinya..’


“ Harta tidak akan pernah menjamin kebahagian dalam hidup, yang membahagiakan kita adalah rasa cukup itu”


Saudaraku,kesayanganku,


Sedekahkanlah apa yang kau mampu. Walau sedikit, walau tidak mendapat pengiktirafan orang lain mahupun walau tidak ada sesiapa yang mahu melihatmu. Infakkanlah sebahagian dari apa yang kamu ada…


Allah yang memberikan kamu rezeki, maka Dia tahu kecukupan yang kamu mahu. Bukankah Dia yang menciptamu?

Penggantiaan yang Allah berikan pada mereka yang selalu bersedekah bukanlah bentuk material semata-mata. Bahkan dalam kita tidak sedar Allah membalasnya dengan menjamin hidup dalam keadaan yang serba cukup, diberi petunjuk pada kebenaran, ditolong untuk melakukan kebaikan, ketenangan batin, cinta orang lain kepada kita akan tumbuh dengan mekar dan harum di sudut hati,dan sebagainya. Itu adalah kuasa balasan sedekah di dunia. Di akhirat kelak apatah lagi…



“ Seandainya manusia itu tahu tentang aibnya sendiri nescaya tidak ada orang yang mahu mencela aib orang lain ”

Saudaraku,


Demi Allah, jiwa kita belum tentu diredhai Allah, lalu untuk apa kita mencela orang lain? Hidup kita terlalu singkat. Jadi, untuk apa kita sanggup menahan penyesalan terhadap keburukan dosa-dosa yang telah kita lakukan?Dalam tidak sedar, kita kerap melakukan dosa.


Beristighfarlah saudaraku,Rasululullah saw juga menggambarkan ;


“ Sebuah dosa seperti noda hitam di dalam hati. Kian banyak noda hitam dalam hati, maka hati boleh menjadi hitam legam, kelam. Sinarnya bukan sahaj redup bahkan gelap. Cahayanya tertutup oleh titik-titik noda yang menjadikannya tidak mampu lagi memandang dan menerima kebenaran…”

Lepaskanlah diri kita dari dosa, beristighfar dan bertaubatlah, semoga hati kita akan cemerlang seperti semula…

“ barang siapa yang memalingkan pandangan dari sesuatu yang haram, maka Allah akan berikan satu titik cahaya dalam hatinya… ”

Saudaraku, pintalah pertolongan kepada Allah;


“ ya Allah, jadikanlah keadaan rahsiaku lebih baik dari keadaan lahirku. Jadikanlah batinku lebih baik dari lahirku.
Ya Allah aku berlindung dari-Mu, dari menganggap diriku besar, tapi Engkau menganggapku kecil,
Ya Allah aku berlindung dengan redha-Mu dari kemarahan-Mu…”

“ syukur dan sabar adalah senjata yang menjadikan apa pun keadaan menjadi baik…”

Saudaraku,


Gelombang hidup selalu menguji iman. Syukur segala kurnia, kenikmatan, kemudahan, dan kelapangan dari Allah yang memberikan segala nikmat. Sabar terhadap segala kepahitan, kesulitan, dan keadaan yang tidak sesuai dengan harapan.

DOSA ITU SAYATAN LUKA...3

“ Ya Allah, kurniakan kami dengan menjadikan isteri serta anak kami penyejuk mata…”

Saudaraku,

Ayat ini setidaknya mempunyai cermin , kita sangat ingin memperoleh keturunan yang sangat baik. Saya yakin, seorang penjahat, penzina, penipu atau sesiapa pun pastinya ingin anak keturunannya menjadi orang ynag baik-baik.Itulah suara rohani…


“ Manusia tetap akan menjadi manusia, bukan malaikat”


Saudaraku,


Rasulullah saw sebagai hamba Allah juga manusia, bukannya malaikat. Baginda tetap memiliki tabiat kemanusiaan. Kerana itu, andai suri tauladan untuk manusia itu bukannya dari kalangan umat manusia maka saya pasti tiada siapa pun yang akan mengikutinya.


Sesungguhnya kita marah sebagai seorang manusia, kita kuat sebagai seorang manusia, kita lemah pun sebagai seorang manusia, kerana kita bukannya sesiapa, Cuma sebagai seorang insan yang hidup atas nama manusia. Siapa kita untuk menghukum orang lain yang juga manusia seperti kita? Layakkah kita sebenarnya?


“ terdapat 4 kebaikan tertentu yang paling berat dilakukan iaitu memaafkan ketika marah, menderma ketika senang, menjaga diri dari dosa ketika bersendirian, dan menyampaikan kebenaran pada orang yang ditakuti atau diharapkan…”


Saudaraku,


Syaitan adalah pemangsa orang yang lemah semangat, tidak percaya pada diri,premistik, dan tidak kuat kemahuannya. Orang seperti inilah yang mudah terjebak dengan bisikan syaitan. Perasaan seperti ini mudah membuka celahan untuk syaitan menyelinap masuk ke dalam hati seraya membisikkan kata-kata dusta, membuat pengkhianatan untuk mengkhianati diri kita sendiri!


Kau yang aku sayangi,


Dirikanlah diri kita dengan pendirian yang teguh, didiklah jiwa kita agar bercita-cita tinggi, maka syaitan akan gusar untuk menyesatkan kita. Tanamkan kepercayaan dalam diri bahawa Allah akan sentiasa berada dan setiap yang berlaku telah dijanjikan Allah akan nada hikmahnya.


“ Keikhlasan adalah kunci terhadap segala ketenangan jiwa, ikhlaslah tika kamu disakiti, ikhlaslah tika kamu melakukan sesuatu sesungguhnya dengan ikhlas semua pekerjaanmu dipermudahkan-Nya…”

Saudaraku,


Keihlasan membawa seseorang mudah memaafkan di kala marah. Ikhlas juga menjadikan seseorang ringan memberi meski ia dalam kesusahan. Ikhlas juga membuat seseorang tak memandang situasi dalam beramal dan menjauhi maksiat, meski tak seorang pun melihat.Keihlasan juga membuat orang tak memandang risiko apa pun dalam menyampaikan kebenaran. Itulah rahsia di balik keikhlasan.

“ Bila engkau miliki 3 ciri ini iaitu kekuatan iman, kebersihan hati & keihlasan ka engkau akan mula berfikir tentang kehidupan, Allah akan mengilhamimu dengan petunjuk dan bimbingan jika engkau beramal, Allah akan mendukungmu dengan kemampuan dan keberhasilan…”

Saudaraku,


Dengan ikhlas kita tidak mudah diperdaya oleh nafsu. Rasa sakit yang ditimbulkan oleh pengikut hawa nafsu lebih dasyat daripada kelazatan yang dirasakan seseorang kerana memperturutkan hawa nafsu…

DOSA ITU SAYATAN LUKA...2

Kelemahan adalah sumber kepada kekuatan jiwa, rohani dan akal…”
Bergantunglah pada Allah setiap masa,


Saudaraku,

jangan pabila kita sudah terlalu sempit, sangat terancam dalam bahaya dan pabila nyawa ibarat di hujung tanduk ketika itu barulah kita mengingati Allah. Jangan begini, kerana Allah sangat mahu hamba-Nya sentiasa berada pada-Nya setiap masa dan ketika. Berdoalah selalu kepada-Nya supaya dengan berdoa itu kita dapat mengeratkan lagi jurang antara kita dengan Maha Pencipta…


Mungkin muncul pertanyaan lain apa gunanya menjalin hubungan dengan Allah dan memohon pengawasan Allah yang luas, jika ternyata hamba-Nya yang dekat dengan-Nya tidak selamat dari segala bentuk kezaliman, dan tak terlepas dari segala bentuk penipuan?


Sebenarnya, manusia memang lemah. Allah lah yang membuatkan kelemahan itu menjadi kuat. Sebuah prinsip Turki yang berbunyi, ‘kanzi ajzii’, sumber kekuatanku adalah kelemahanku. Kerana pada kelemahan itu, sandaran kepada Allah terlalu kuat dan semakin kuat sehinggakan kekuatan dan kayakinan kita pada Allah bertambah…



“ Orang yang keliru menggunakan pandangan, beerti ia terancam bahaya paling besar kerana mata adalah pintu paling luas yang bias memberi banyak penaruh pada hati…”

Bicara hati kepada mata ;

‘ kaulah yang telah mengheretku ke arah kebinasaan dan mengakibatkan penyesalan kerana aku mengikutmu beberapa saat sahaja. Kau lemparkan kerlingan matamu ke taman dari kebun yang tidak sihat.


Kau salahi firman Allah, ‘hendaklah mereka menahan pandangannya’.

Kau salahi sabda rasulullah saw, ’memandang wanita adalah panah beracun dari berbagai macam panahan iblis. Barang siapa yang meninggalkannya kerana takut pada Allah, maka Allah akan beri balasan iman padanya, yang akan didapati kelazatan iman pada hatinya.’


Tapi, mata berkata kepada hati ;

‘ kau zalimi aku sejak awal hingga akhir. Kau kukuhkan dosaku zahir dan batin. Padahal aku hanyalah utusanmu yang selalu taat dan mengikuti jalan yang engkau tunjukkan. Rasulullah saw bersabda, ‘sesungguhnya dalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik maka seluruh tubuh akan baik pula. Dan jika ia buruk maka rosak pula seluruh tubuh. ’ ketahuilah segumpal darah itu adalah hati…’


“ Bersyukurlah kita Allah mewajibkan solat 5 waktu. Solatlah tempat kita menumpahkan segala perasaan, menjadi tempat mengadu dan waktu mencurah harapan…”

Solat adalah satu supplemen rohani dan mental. Tanpa solat jiwa manusia mungkin saja tak mampu menanggung beban dalam menjalani hidup. Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang merasakan nikmatnya solat.


Melihat ciptaan Illahi, hati merasakan kebesaran Allah. Melihat peristiwa apapun semakin menyuburkan ingatan pada Allah. Pabila mendapat nikmat hati akan menyatakan ‘syukur pada Allah tidak menjadikan aku menderita’. Hati tersentuh dan malu pada Allah bila melakukan ketidaktaatan. Bila ditimpa musibah, hati pula menyatakan ,’mungkin saya berdosa pada Allah’. Sikap-sikap seperti inilah yang semakin menambah pendekatan hati kepada Illahi…’



“ Ambisimu adalah tergantung sebesar apa cita-citamu. Keinginanmu adalah bahagian dari ambisimu. Perhatian seseorang terhadap sesuatu, adalah petunjuk apa yang terpendam dalam jiwanya, baik berupa tekad mahupun kelemahan…”



Saudaraku,

Laksanakanlah hak-hak kamu yang tertentu, terutama yang tidak dapat diganti dengan waktu yang lain. Terlalu banyak hak waktu yang harus ditunaikan. Usia pula adalah satu hembusan nafas yang sangat terbatas. Yang sudah pergi berlalu tak akan kembali. Kini, yang dikejar dan ingin dikecapi harus didahulukan agar jangan biarkan ia menjadi satu memori duka yang tak bisa sembuh lagi…


“ Allahumma arrifnii nafsii…Ya Allah kenalkanlah aku pada diriku…”



Saudaraku,
Di antara ciri-ciri kebahagiaan seorang hamba ialah ;

Bila ilmu pengetahuannya bertambah, bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnya. Setiap bertambah amalan solleh yang dilakukannya, bertambah pula rasa takut dan berhati-hati dalam menjalankan perintah Allah. Semakin bertambah usianya, semakin berkuranglah perkara keduniaan. Ketika bertambah hartanya, bertambah pula dermawan dan pemberiannya sesame manusia. Jika bertambah tinggi kemampuan dan kedudukannya bertambah pula kedekatannya pada manusia dan semakin rendah hati kepada mereka…

Adakah kita berada dalam salah satu kelompok ini?

Riya’ pula tak mungkin kita sedari, kecuali oleh orang yang ikhlas. Orang yang merasa manisnya keihlasan , pasti akan mengetahui pahitnya riya’. Sebaliknya, orang yang tak pernah merasakan nikmatnya ikhlas tak mungkin mengenali pahitnya riya’.

DOSA ITU SAYATAN LUKA ......1

assalamualaikum....

"perjalanan hidup makin panjang, mulakan dengan langkah alunan Bismillahirrahmanirrahim...."


“Jangan melangkah di jalan keputusasaan, di alam ini terdampar berjuta harapan. Jangan pergi kearah kegelapan, di alam ini terdapat banyak cahaya…’’


Semoga Allah masih menyatukan hati kita, wahai saudaraku,


Putus asa adalah satu simbol kesesatan yang nyata. Satu rahsia tentang sumber kebahagian hidup adalah selalu bersama dengan ‘Allah’. Orang yang memiliki sumber kebahagian itu akan menjadi raja di dunia dan akhirat.


Saudaraku,

Tanamkan keyakinan bahawa Allah itu akan selalu bersama dengan kita setiap masa, saat dan ketika. Orang yang memiliki ketenangan, ketenteraman, kebahagian dan kelazatan dengan iman tidak akan merasa gelisan ketika orang lain gelisah, tidak takut ketika orang lain takut, tidak menangis ketika orang lain menangis. Wajah dan hati mereka bersinar kerana Allah, lisan mereka tidak lepas berzikir kepada Allah , hati mereka tatap terpaku dengan masjid bukan sebagai rumah kedua, tapi sebagai rumahnya yang pertama…



“Iman dalam hati kita ibarat pelita, bila cahayanya merudup beerti kita akan larut dalam gelap dan kehilangan petunjuk dalam menjalani kehidupan, dan semakin cahayanya menyala kita semakin indah melihat sesuatu di hadapan dengan jelas…’’

Saudaraku,

Pernahkah suatu ketika, kita pernah berfikir, betapa beratnya perjalanan hidup ini. Suatu ketika kita tak mampu lagi bertahan dengan pelbagai masalah yang melanda, kita merasa lemah, longlai dan kadang-kadang terasa berat untuk melangkah kaki. Kita juga tidak kuat untuk menghadapi pelbagai situasi yang dirasakan terlalu berat. Ketika itu kita merungut mengapa kita di uji begitu dan begini…


Subhanallah, bukankah Allah telah berjanji tidak akan menimpakan beban masalah kepada seseorang melainkan Allah Yang Maha Mengetahui batas dan kemampuan hamba-Nya untuk memikul masalah tersebut. Bersyukurlah pabila ujian datang kepadamu…


Memang ada orang pintar yang hidupnya miskin, orang bodoh yang hidupnya kaya-raya, pembela keamanan hidupnya tersohor, orang kafir memiliki harta benda namun orang Islam hanya menjadi penyapu jalanan..”

Saudaraku,

Lihatlah pengorbanan nabi-nabi kita terdahulu, perit getir pejuang Islam suatu ketika dahulu mengharungi ujian yang telah Allah bekalkan buat mereka kini menjadi pengajaran kita sebagai umat Islam. Namun, pernahkah mereka mengeluh? Sesekali pun tidak! Kerana mereka yakin bahawa keimanan terhadap Allah memerlukan perjuangan dan perjuangan menghendaki ketulusan hati.


Sekali lagi,

Jangan pernah kalah dan terseradung jatuh kerana beratnya cubaan hidup. Tidak semua permintaan kita harus ditunaikan kerana Allah lebih mengetahui lebih mengenai batin kita daripada diri kita sendiri. Teka-teki hidup ini sangat banyak. Jangan menyangka Allah lemah menolong hamba-Nya…

Monday, November 1, 2010

JANGAN HALANGI CINTA & KASIH SAYANG-NYA ~ find out the true of L.O.V.E

4 october 2010, 8.08pm,on the sea side far away from heart…


“Sesungguhnya ada cinta dan kasih-sayang antara kita, carilah erti cinta yang sejati, carilah cinta yang paling agung iaitu bukan dimiliki tapi jadilah engkau yang memiliki…CINTA ILLAHI…”

Bismillahirrahmanirrahim…

Kalamku masih lagi jadi hiasanmu Sufi, syukur aku panjatkan kita masih lagi di sini untuk hidup dalam dunia ini menumpang hidup menghirup udara berbekalkan usia yang semakin berbasi. Mungkin ada duka antara kita,yang sakit, yang ditimpa bencana mahupun yang diuji dengan pelbagai bencana. Alhamdulillah, semoga ujian ini menjadi penguat hubungan cinta dan kasih sayang Illahi pada hamba-Nya,itu tandanya CINTA, Sufi….


Sufi, banyak tanda cinta-Nya pada aku…tapi aku sebagai manusia, hamba-Nya selalu alpa…Aku meraih cinta manusia yang padaku hanya sia-sia.Aku lupa untuk meraih cinta yang paling agung.Layakkah aku Sufi? Insan sehina ini ingin meraih cinta Illahi?


Ditubuhku ini banyak tanda cinta-Nya padaku.Kerana cinta-Nya aku mampu menatapmu Sufi dengan mataku, aku mampu menaip bait-bait yang aku rasa hina untuk aku luahkan, aku mampu mendengar hebatnya kalam indah dari alunan novel panduan hidupku, al-Qur’an kitabullah…Subhanallah, agungnya segala ciptaan Tuhan pinjaman yang diamanahkan untukku ini…


Tidak cukup dengan itu,di sekelilingku banyak lagi perlambangan kasih sayang-Nya padaku.Seolah-olah aku lupa bahawa semua ini kurniaan-Nya yang hadir tanpa aku sedari. Aku mungkin dikatakan pandai, namun masih lagi kurang ilmuku menilai antara nikmat hidup berasaskan iman…Aku lupa aku masih lagi punyai ibu bapa yang masih hidup menyerikan hidupku dengan tawa dan nasihat daripada mereka, sungguh aku rindu suara mereka, aku punyai adik-beradik yang saling bertingkah laku merapatkan hubungan kami,walau sering kali kami berdebat tentang perdebatan kosong, ianya indah Sufi… tidak cukup dengan itu aku mampu melihat alam menghijau walau tidak banyak lagi kehijauan yang bersisa. Ada hujan yang setia membasahi tanah kering setia menunggu untuk disimbahi hujan, ada pelangi yang tercipta indah wujud tanda setianya pada pencipta-Nya…Alangkah luas tanda cinta dan kasih sayang Allah setia mengingatkan kita…Tak dapat aku hitung walau dengan jari comel dan mulus pinjaman Illahi ini buatku….Subhanallah….

Sufi,
Tetapi ada yang lebih dari itu. Ada cinta dan kasih sayang yang sangat diperlukan manusia, iaitu keampunan Allah terhadap hamba-hamba-Nya,aku perhatikan sedalamnya bagaimana Rasulullah meggambarkan besarnya cinta & kasih sayang Allah kepada hamba-Nya bahkan telah melakukan kesalahan. Asalkan mereka mahu bertaubat.


Apa yang terlintas di benak kita, andai orang yang kita cintai dan kita kasihi ditawan musuh? Kita tak boleh melihat dan mendekatinya, padahal kita tahu kekejaman musuh itu.Mungkin ia akan menyeksa orang yang kita cintai itu. Tapi, kemudiannya orang yang kita cintai itu dapat melepaskan diri dan hadir pada kita.Bukankah ketika itu kita rasakan sebagai orang yang paling bahagia dan gembira?


Semestinya, aku tahu.Kita tidak boleh menyamakan bahagia manusia dengan bahagianya cinta Illahi. Kerana hal itu jelas terlarang. Tetapi yang pasti orang yang bertaubat kepada Allah dari lumpur dan dosa kezaliman terhadap cinta yang bukan halal sama seperti orang yang membebaskan diri dari tawanan syaitan dan hawa nafsu!Ia bebas lalu kembali pada jalan yang sepatutnya iaitu jalan yang paling indah untuk dinikmati…


Sufi,
Terkadang fikiranku terganggu dengan panggilan insan bernama Adam.Hanya batas iman dan sedikit belahan ihsan aku persembahkan untuk membataskan hubungan ini. Tapi adakah itu cukup untuk aku menyingsing dari pujuk rayu makhluk ke-3? Allah mengetahui bagaimana keji dan buruknya syaitan. Makhluk itu akan menyimpangkan kita ke jalan hidup yang penuh derita dan kepedihan. Tapi, bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang? Sebagai bukti cinta-Nya, Dia anugerahkan kita bagaimana tabiat syaitan itu lalu tunjukkan pada kita bagaimana untuk menghadapinya. Dan Allah juga menghamparkan kepada kita , pintu taubat-Nya bagi yang tergelincir oleh godaan itu…Masyaallah agungnya CINTA Illahi…mana mungkin aku boleh berpaling dari cinta itu, Sufi?


Aku yakin dan ingat selalu, besarnya cinta dan kasih sayang Allah itu. Allah amat menyintai orang-orang yang sering bertaubat kepada-Nya. Allah senang bila hamba-Nya kembali pada-Nya dan berdiri di ambang pintu-Nya. Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan keburukan di siang hari . Allah jua membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan keburukan di malam hari. Siang dan malam pintu rahmat dan taubat itu terbuka. Sufi, malunya aku andai perasaan ini selalu menunggu panggilan insan lain cuma untuk seketika sedangkan panggilan-Nya menyeruku untuk bertaubat selamanya terbentang di depan mata! Astaghfirullah…..


Sufi,
Aku terpesona tatkala mendapatkan hadiah yang tidak aku sangkakan, namun sepatah sajak mengungkapkan perasaan cinta juga buat aku terpesona.Namun, kau tahu Sufi, Penciptaku juga punyai sajak dan kata-kata yang lebih indah dari insan yang menyintaiku. Penciptaku itu lebih memahami hatiku berbanding pencintaku di dunia. Penciptaku itu menyintaiku untuk bekalanku di akhirat kelak sedangkan pencintaku hanya bekalkan aku dengan pautan dosa untuk aku galas sejak di dunia lagi. Sesungguhnya aku tidak mampu Sufi merangkul rasa cinta manusia…Kau ingin tahu apa yang Penciptaku lakukan padaku tatkala pencintaku tiada di depan mataku?


‘Jika malam sudah berbaur dengan kegelapan dan tabir malam sudah menjulur, maka Allah zat Yang Maha Agung berfirman ;


Siapakah yang lebih murah hati dari Aku? Meski semua makhluk derhaka kepada Aku, maka Aku tetap mengawasi mereka.Aku melindungi mereka di tempat tidur, seakan mereka tak pernah derhaka kepada-Ku. Aku menjaga mereka seolah mereka tak pernah berbuat dosa. Aku limpahkan kurnia pada orang yang derhaka dan orang yang melakukan keburukan.


Siapa yang berseru kepada-Ku dan Aku tidak menerimanya?Siapa yang meminta kepada-Ku dan aku tidak memberinya? Siapa yang mengetuk pintu Aku lalu Aku mengusirnya? Aku adalah kurnia dan dari Akulah datang-Nya kurnia. Aku adalah kemurahan dan dari Akulah datangnya kemurahan. Akulah Yang Maha Mulia dan dari Akulah datangnya kemuliaan. Di antara kemuliaan Aku, Aku memberi keampunan terhadap orang yang derhaka meskipun dia melakukan bermacam kedurhakaan, Aku memberi apa yang diminta Hamba Aku meskipun Aku juga member apa yang tidak dipintanya. Di antara kemulian Aku adalah Aku memberi ampun kepada orang yang bertaubat seakan dia tidak pernah derhaka terhadapku. Kemanakah makhluk yang lari meninggalkan aku? Kemanakah orang yang derhaka meninggalkan aku? ’ (Hilyatul Aulia 8/92-93).


Sufi,
Aku sebenarnya malu untuk memohon maaf. Sedangkan Yahya bin Muadz pernah berkata, ‘MAAF Allah itu bisa meneggelamkan dosa-dosa. KEREDHAAN Allah pula bisa memenuhi semua harapan, CINTA Allah pula boleh mengalahkan logika, KASIH SAYANG Allah bisa membuatkan manusia tidak perlukan apa-apa, maka barang siapa yang mencintai selain Allah (lebih dari cintanya kepada Allah atau cinta yang dilarang Allah), itu kerana kebodohan dan kependekan pengetahuannya tentang Allah…’ . Indahnya….Saudaraku,


Kita semua pasti senang disayangi dan dikasihi Allah. Ini bukan pilihan sukarela kerana memang kita perlukan kasih sayang itu. Maka jangan halangi turunnya cinta dan kasih sayang Illahi. Kita, kau dan aku terlalu banyak melakukan kesalahan. Segeralah kita untuk kembali kepada Allah. Ucapkanlah istighfar,memohon ampun pada Allah. Mintalah juga orang lain untuk mendoakan kita.


Sufi,
Aku ingatkan aku dan insan yang aku sayangi kerana aku terlalu menyayangi insan yang aku cintai. Namun aku perlu percaya sedalam mana aku cinta pada insan yang aku sayang itu, tak dapat aku bayangkan betapa dalamnya cinta dan kasih sayang Illahi kepada aku. Kerana aku hanya melihat cinta manusia sedangkan cinta Illahi lebih tinggi setingginya langit di bumi dan seluasnya lautan biru di bumi. Namun, setinggi dan sedalam apa yang ada di bumi, infiniti aku melihat seluas mana cinta dan kasih sayang Allah kepada aku.Aku hanya boleh bayangkan apa yang aku lihat, namun tak dapat aku luahkan apa yang aku rasa. Sesungguhnya apa yang tersembunyi di langit dan di bumi hanya Allah yang mengetahui, begitu jugalah dengan perasaan dan rasa cinta ini, Dia yang mengetahui siapa penakluk hati ini duniawi dan ukhrawi…



Kedua tangan aku tadahkan moga Allah sentiasa mengampuni dosa dan khilafku sepanjang hidup ini. Andai bingkisan ini bisa mengguris hatimu maafkanlah aku. Buat Sufi, terima kasih kerana selalu menjadi peneman aku sepanjang hidup ini…Menjadi sahabat setia aku mengukir hasrat yang tersimpul untuk dijadikan panduan, dan renunganku…Semua ini hadir dari hati, kerana hati tak bisa membohongi, hati juga tak bisa menipu dan tertipu…terima kasih Tuhan kerana anugerahkan aku dan mereka sekeping hati ini…Akan aku jaga sebaiknya supaya sentiasa bersih dari sisa dosa yang ingin aku tinggalkan di dunia ini menuju cinta halal yang indah buatku kelak!
‘Ya Rabb, ampuni aku, andai khilafku bisa membunuhku, aku mohon Kau curahkan setiap perasaan cinta dan kasih sayang-Mu padaku, agar hidupku sentiasa bersinar terang , selagi aku diberi waktu ampuni aku setiap detik waktu….Astghfirullah hal a’zim….

Subhanallah, besarnya kurniaan cinta dan nikmat cinta-Mu itu’…..amin…


~biarlah bingkisan ilmu ini tersebar tanpa siapa tahu siapa pemiliknya~

NURANNI HATI SUCI ITU

Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah swt.Aku, sebagai hamba-Nya yang hina sering lupa dan selalu ingkar dalam penghambaanku yang masih lagi compang-camping ini. Namun aku sebagai insan yang paling lemah Allah sentiasa menghidangkan nikmat dan lorongan ilham sehingga aku terpandu untuk menghasilkan bingkisan sederhana ini buat tatapan semua yang sering bersamaku.Terima kasih Tuhan.

Serumpun kasih dan sayang buatku untuk sahabat-sahabatku saudara dan saudari yang sentiasa bersamaku sepanjang rencah kehidupanku yang penuh onak ranjau dan duri.Mungkin hari ini hari terakhir aku untuk menatap bersama Sufi dan berbicara soal hati pegangan Illahi.Wallahua’alam…Hanya Allah yang tahu jodoh, ajal dan mautku…Ya Allah matikanlah aku dan semua dalam iman.AMIN….

Aku Cuma ingin menumpang di pinggiran pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, keyakinan, bantuan dan segala teguran yang amat membantu dalam membangkitkan rasa cinta aku kepada Penciptaku.

Percaturan alam sering kita salah erti. Kita dibekalkan dengan seribu satu macam dugaan dan amanah.Dalam itu, kita diciptakan pula dalam keadaan yang serba lemah dan kekurangan. Malah tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini melainkan nabi-nabi Allah swt.

Namun, Allah swt Maha Adil dan kasih pada hamba-Nya.Kita tida sesekali dibiarkan bersendirian dalam menelusuri kota dunia yang kelihatan sempurna.Namun, hakikatnya tersorok jutaan kepincangan dan kesengsaraan. Melalui takdir-Nya, kita masih diberi peluang dan ruang untuk meminta itu dan ini dalam setiap sorok detik hidup. Malukah kita, kadangkala kita lupa pada DIA,namun bila suatu masa kita perlukan-Nya, DIA selalu hadir setiap pada waktu DIA diperlukan….

BUKAN AKU PILIH UNTUK DERHAKA
Sembah salam penuh kasih dan sayang bersulam keampunan aku titipkan buat insan yang bagiku jiwa dan nyawa untuk aku bertaut pada dahan mereka yang utuh dan kukuh yang aku rasakan diri ini umpama racun yang bias ‘membunuh’ mereka…Satu pada mereka umpama nyawa satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit dan jerih membesarkan seorang insan yang sehina aku di dunia ini. Kerana redhamu yang menjadi jambatan aku untuk melangkah merentasi bumi Tuhan dalam mencari seribu satu kerahmatan yang tidak terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan.
Aku sayang mak!
Aku jua sayang ayah!

Pernah kau hitung berapa banyak air mata mak yang jatuh keranamu? Pernah kau hitung keringat titisan peluh ayahmu yang mengalir dari tubuh tuanya menyimbah bumi untuk kau dan adik-beradikmu? Anak mana yang tidak pernah menyayangi ibu dan ayah.Biar sehitam mana pun arang yang dicalit pada wajah kedua orang tuamu, aku yakin jauh di sudutmu, merekalah ratu merekalah raja dalam hatimu. Jangan kau berbohong apatah lagi soal hati….

Aku sebagai anak perempuan, engkau pula anak lelaki.Kita sama-sama melayari bahtera hidup yang semakin singkat ini. Setiap kali solat tertunai, setia kau dan aku panjatkan doa buat kedua-dua mereka semoga Allah swt sentiasa merahmati dan melindungi mereka setiap masa, saat dan ketika.Sesungguhnya aku tak mampu untuk menjaga mereka melainkan Allah swt yang mempunyai sifat yang paling sempurna.Aku? izinkan aku untuk meminjam sedikit sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Mu untuk kedua ibu bapaku…

Pernah suatu ketika dulu, bila mana saat kau pejamkan mata teringat rentetan duka aku dan engkau pernah mengguris perasaan mereka. Walau sudah jauh dari ingatan masa lampau Allah swt sentiasa hidupkan bayangan itu dari kau dan aku. Mengapa? Kerana kau dan aku seolah-olah telah merobohkan jambatan untuk sampai kepada-Nya. Jadi DIA ingin mengingatkan kita tentang ini….

Mungkin kalau dulu, pertengkaran bersama ibu bapamu suatu perkara kecil.Lantas kemahuan yang tidak mampu ibu dan bapamu turuti aku dan engkau menjadi seumpama binatang bernafsukan syaitan.Makhluk itu berjaya menakluki hatimu walau seketika. Ya Allah, lindungi kami dari pujuk rayu syaitan dan iblis laknatullah….


Bertengkar dengan emak suatu perkara remeh,bertekak dengan ayah suatu perkara lumrah. Anak muda seperti kau dan aku memang berdarah panas, tidak akan lari dari tersadung langkah.Kadang-kala kita tersungkur pada tempat yang kita cipta untuk jatuh. Selalunya, pertengkaranlah yang menjadi pilihan bagi menyelesaikan sesuatu isu. Namun, bukan aku pilih untuk itu! Biar siapa pun ibu kita, biar sejahat mana pun ayah kita, merekalah ibu dan ayah yang menjadi jambatan kita untuk bertemu Maha Pencipta. Andai jambatan itu tidak kita jaga,kita sayang maka runtuhlah titian kita bertemu-Nya.Redha Allah swt bergantung pada redha kedua ibu bapa kita.


Kita, anak Adam dan Hawa. Indah bila mana penyatuan cinta itu bersatu sehingga aku dan engkau di sini. Kita semakin tua,maksudku semakin matang dalam menyelesaikan urusan dunia.Kita ibarat pengembara, yang masih jauh mengembara dalam bumi yang semakin tua.Kita makin matang, bumi pula makin tua. Seharusnya, ada batas pemikiran yang waras untuk kita membezakan bagaimana untuk melentur hati insan mulia ini, agar kita terhindar dari melukai mereka.SIAPA PUN IBU BAPA KITA DI PENTAS DUNIA INI,ADALAH URUSAN TUHAN. KITA SEBAGAI ANAK TIDAK PERLU MENGHUKUM MEREKA DENGAN SEGALA DERITA YANG TIDAK MEREKA PINTA.

Tiada yang lebih bahagia bagi insan yang bergelar ibu dan ayah selain berbahagia di samping anak yang dikandung dan dibesarkan. Sebagaimana kita amanah Allah swt kepada mereka, begitu jugalah mereka amanah dan tanggungjawab Yang Maha Berat dari Allah swt buat kita. Berdoalah selalu agar kita kembali terpandu tatkala iblis dan syaitan galak memainkan peranan masing-masing hingga kita hilang pertimbangan, bahawa ibu tidak sepatutnya kita kasari dan ayah tidak sepatutnya kita lukai.

Semakin nikmat kerahmatan makin aku rasai, amarah terhadap mak, ibu dan abah bukan kepalang besar dosanya padaku. Aku semakin belajar menilai kehidupan. Erti cinta hanya untuk mereka. Tuhanku, tambahilah aku dengan rahmat-Mu, berikan aku nilai kasih sayang. Aku semakin jauh di perantauan, semakin aku jauh semakin dekat hati ini merindui kekasih hatiku,permaisuri dan raja yang bertakhta di hati sepanjang usiaku kini. Tinta penaku tak akan habis disini, namun peruntukan waktu membataskan aku untuk bersama mengisi luahan ilmu dan rasa. Allah swt memanggilku untuk sujud pada-Nya tika ini. Mari semua…

Sebelum berakhir, ibu ayah, BUKAN AKU PILIH UNTUK DERHAKA…..

Followers