Friday, October 18, 2013

Hanya KAU yang satu…



Ya Tuhan,
Terpancar bening dari sang suria,
Menyinggah dalam ufuk hatiku,
Terdetik, untuk aku meminta dan memohon keampunan daripada-Mu,

Ku tahu dosa  anak-anak Adam ini terlalu  banyak dan berat untuk dihitung,
Dan ku mahu Kau mengampuni dosa-dosaku ini,
Kerana aku antara anak Adam ini yang memikul dosaku sendiri,
Ku mohon,
Ampunilah aku dengan rahmat dan kasih sayang-Mu,

Lantaran aku hanyalah seorang  hamba,
Ampunilah aku,
Berikan aku kekuatan agar hatiku ini teguh berdiri bersama harapan,
Untuk terus sujud dan patuh pada perintah-Mu,
Serta hanya mendengar khabar berita daripada-Mu,

Pertolongan dan kesembuhan hanya ku pinta dari-Mu,
Kau Yang Maha Berkuasa pada tiap-tiap sesuatu,
Tiada  kuasa yang selayak-Mu…

Tenangkan hati ini Ya Rabb,
Beserta hati-hati insan yang telah Kau pilih,
Untuk bernaung di bawah arasy-Mu…

Subhanallah…




Followers