Kuselami dasar cinta paling dalam
Kepada cinta paling agung
Sedalam lautan setinggi langit nan biru
Hingga mencecah ufuk timur
Seluas daratan melimpahi khayalan fikiranmu
Begitu jauh aku selami dasar cinta kita
Sebatas sabarku menunggumu
Tatkala aku jatuh cinta tidak pernah aku duga
Akhirmu bersamaku
Sayangku,
Bait nan indah aku taburkan,
Di atas kamar persinggahan pernikahan ini,
Janji aku tunaikan melafaz akad penuh hikmah,
Aku kini suamimu, kau pula isteriku
Bersama kita melayari bahtera rumahtangga dengan iman dan takwa,
Jua restu ayahanda & bonda,
Cintaku hanya untukmu
Hanya kau yang halal bagiku
Bantuku mendidik zuriat warisan Rasul
Kerana hanya itu harta bekalan kita andai maut menjelma,
To be continue…
lieyanna
....Aku Ingin Andai Ilmu Ini Tersebar Tanpa Diketahui Siapa Pemiliknya....
Monday, May 2, 2011
bisa kisah lama
BISA KISAH LAMA….
Mengapa kenangan itu bermain di benak ini,
Setelah sekian lama aku pendam & aku biarkan hal itu berlalu bersama angin malam,
Aku pudarkan sejarah lama dalam diam,
Cuma aku dan hati ini yang tahu
Peritnya erti sebuah perpisahan…
Cuma insan yang jerih mengerti betapa hebat pengorbanan dalam kasih sayang,
Memahami tulusnya hati insan yang rela berjuang mengorban kasih,
Hanya untuk insan lain yang memendam naluri yang sama,
Perit menjerut mencengkam sengsara bertautan…
Bisa kisah lama menggamit memori ,
Membuka kembali relung kepedihan dalam hati
Terobek pedih lukanya berdarah kembali,
Sakitnya menghiris bukan satu malah banyak hati…
Tika berbicara persoalan hati, kasih sayang & kemahuan diri,
Mengapa harus pertelingkahan menjadi mainan,
Sangsi pada keinginan yang penghujungnya tiada pasti ?
Ku biarkan itu berlaku kerana hikmahnya aku dalam genggaman Tuhan…
Bisa kisah lama itu
Aku pendamkan malah aku pertahankan
Jika kerana keegoaan & keangkuhan kuturutkan telah lama aku gadaikan maruah yang tersimpan,
Namun hati kecil ini suci selalu berpesan,
Jangan diturutkan amarah yang marah
Kelak bukan kasih sayang malah kebencian dan celaan
Menjadi mainan…
Buat insan terluka
Aku memahamimu & hatimu yang suci itu
Bisa menarik hati lain untuk mendekatimu
Bukan kau tidak layak berbahagia
Malah kau lebih mulia dari itu
Bahagiamu bukan sekadar ucapan bibir
Kerana bahagiamu adalah kebahagiaan mutlak
Yang hanya kau dapat merasainya kelak
Itu bukan janjiku tapi janji pencipta-Mu
Akurlah dengan perjanjian ini
Kerana kita hanya insan biasa
Berpijak di bumi nyata…
Bisa kisah lama aku lenyapkan… :)

Subscribe to:
Posts (Atom)