Tuesday, October 12, 2010

ANTARA 2 ?

assalamualaikum Sufi,

antara harapan dan impian?
mana satu yang perlu kita kejarkan dulu?
antara idaman hati dengan harapan menggunung?
mana satu yang perlu kita reda untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup?

segalanya mungkin terjadi bila doa dipanjatkan kepada Illahi semoga apa yang di cari di dunia membantu amalan kita di akhirat kelak.
hanya Allah jua Maha Mengetahui segalanya apa yang terbuku, dan apa yang bakal terjadi...

''Ya Allah, aku memohon petunjukmu, teladani aku dengan suri tauladan yang baik, agar diri ini dapat memimpin diriku sendiri dan orang lain untuk menjadi yang lebih baik sebaik dan semulianya manusia...Namun, layakkah aku?
impianku hanya angan-angan kosong yang boleh rapuh bila-bila masa sedangkan apa yang telah Kau tulis jauh lebih kukuh dan utuh, bersemadi atas setiap jasadku, kerana jika benar itu takdir yang telah Engkau tentukan, maka jadilah ia... Namun, aku percaya, semuanya boleh diubah...

Engkau juga pernah berjanji bahawa sekuat-kuat apa yang ada di bumi ini adalah doa. Itu tanda kekuatan aku bersama-Mu...Aku mampu mengubah takdir yang telah Kau tulis padaku dengan 'doa', kalimah iklas dari hati yang tulus suci...

Sufi..

hari indah yang aku lewati terlalu penat memikirkan ke mana haluan diri... menyiakan waktu bukan aku! maafkan aku andai apa yang tertulis telah aku ingkari...
hanya doa mampu aku panjat...

bila berbalik ke alam realiti, meniti titian mencari ilmu atau menerjah ke alam kerjaya?
hanya pada-Mu aku panjatkan pilihan aku untuk berbakti pada ibu bapaku, bangsa, agamaku dan negara....

jika pilihan aku bukan ini, tentu yang itu...yang mana satu pun hidup perlu diteruskan dengan rentaknya...kita yang merencanakan lakonan di pentas dunia...pengarahnya kita, hakimnya juga kita, jasad kita semuanya... yang mengadili Allah jua yang Maha Esa...kembalilah kepada fitrah..

bahawa kita sememangnya lemah, sekuat mana serancak mana kita merencanakan hidup kita tetap terlintas berfikir tentang fitrah.
sampai bila untuk aku terus begini?

pengajianku akan aku sambung 1 tahun lebih dari sekarang itu pilihanku Sufi...jadikan cita-cita dan impianku termakbul -Bc.biomedic & science tunggu panggilanku menyahut cabaranmu!

Followers