'Biarkan air mata berbicara tentang hakikat sebuah cinta Agung, penyelamat pemilik si air mata...'
Insyaallah, titipan kasih dari sanubari utuk menghasilkan tulisan tangan yang dirasa begitu sukar. Daripada-Nya segala ilham terbina, terlantun menjadi satu suara hati yang amat sukar ditafsir. Daripada-Nya Ilham berkumandang hadir di minda mengatur lukisan tangan menghayun pena mencipta lembaran pada tulisan ilham lalu terlontarlah hasil mainan sebuah perasaan.
Bukan tragis episod cinta, bukan juga tangisan duka berakhirnya episod cinta buatan manusia. Khayalan yang bermain di minda, percayalah manusia cinta yang kita bina ini dusta semata pabila tunjang nafsu menguasai akal meminggirkan Penciptanya!
Ku khuatir suatu ketika nanti, bila angin senja sudah jenuh melabuhkan bahtera damai,
bila kumpulan burung sudah letih mengicau lagu, tiada lagi kenikmatan cinta dapat dirasakan. Masyaallah, segala kenikmatan ini cuma sementara...
Rasaku, nikmat cinta-Mu terlalu indah untuk dikata, tak terkata pada lidah, tidak terlantun pada bibir, bukankah pada mata dapat mentafsir segala?
Mata ini indah dengan air mata yang sejuk membasahi pipi, meleraikan kekusutan lantas mendamaikan hati yang duka...Ketenanganku ada padanya. Kerana fitrah kita semua adalah makhluk-Nya, insan teristimewa...
Air Mataku, bercucurlah kerana mata airku rindu untuk melihatmu mengalir kerana-Nya...
(Insyaallah, jika didizinkan Allah, nukilannya bakal diterbitkan namun jika Dia juga mentakdirkan dengan sesuatu yang lebih baik maka Lia akan postkan berkala...)
-SELAMAT MENGHAYATI-
"aKU INGIN ILMU ini tersebar tanpa diketahui siapa pemiliknya..."