Tuesday, January 18, 2011

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan
dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah
beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan
dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan
utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan
jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat
tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum
solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu
syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan
Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM
hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di
sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang
yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka
tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak
baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung
dengar…rasa2 macam dapat
pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran
sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca
al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak
sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5
minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun
bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah
disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam
sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu
baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg
tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham
sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri
sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati,
tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan
susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah
berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula
dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat
anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat
dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan
solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi
kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya
dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa
dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan
syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya
salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap
bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:
"Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf
z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan
kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di
sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah
dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat
ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu.....lagi satu yg selalu mesti
diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby
siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat
akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg
kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke
rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita
selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah
lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana
Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,
contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah
nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape
la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat,
menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2
sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R
ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita
kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak
pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu
utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita
kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih
utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah,
tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan
tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah
tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun
selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat
ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai
menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita
gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2
sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak
dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah
...





--
السلام عليكم وارهمتو الله هيوابركتاوه < Success is to be measured not
so much by the position that one has reached in life , as by the
obstacles that one has overcome while trying to succeed >Time is like a
river, you cannot touch the same water twice, because the flow that has
passed will never pass again, Enjoy every moment of life.

Cara betul memberi salam

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah
Rasulallah s..a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat

LUAHAN HATI SEORANG AYAH...

Anakku sayang,
Maafkan ayah, terpaksa luahkan perasaan ini pada rentetan tinta, bertemankan pena peneman ayah kala malam yang dingin ini.
Masih ayah ingat, tika kau masih kecil ayah selalu menemanimu sehingga kau tertidur. Tika itu, dirimu sungguh lincah anakku. Wajahmu yang montel dan gebu selalu mengingatkanku tentang dirimu sungguhpun tika itu ayah sibuk bekerja.

Keletahmu menghilangkan penatku,
Ketawamu menggugurkan keletihanku,
Riak wajahmu menenangkan ayah...

Tapi, itu semuanya berbelas tahun yang lalu,
Kerana kini yang berada di hadapan mata ayah adalah seorang gadis yang lembut wajahnya dan masih lagi menenangkan hati ayah...
Itulah dirimu anakku...

Anakku permata hati ayah,
Maafkan ayah buat kau tidur dalam basahan air matamu.
Bukan niat ayah untuk mengguris hati dan perasaanmu saat ini. Kemahuanmu telah banyak ayah turuti, kau pun tahu bukan dirimu ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Abang-abangmu dan semuanya amat menyayangi dirimu selamanya.

Anakku,
Maafkan ayah kerana bukan niatku untuk menghalang impian dan cita-citamu yang ayah tahu melangit luas. Ayah sungguh bangga kerana punyai seorang anak sepertimu, punyai misi dan visi yang jelas serta kau pula menjadi contoh pada sahabatmu yang lain.

Kau tahu bukan, pada usiamu kini yang usai 20-an. Kini kau bebas memilih haluan hidupmu sendiri. Tapi sungguh ayah takut. Ayah takut pada diri ayah sendiri tidak dapat menyempurnakan hidup ayah sebagai seorang ayah yang baik...Anakku sayang, maafkan ayahmu ini.

Anakku,
Pencapaianmu selama ini amat ayah kagumi. Kau bebas memilih panduan arah hidupmu sendiri. Di sini, ayah bersyukur dan berbangga padamu kerana hanya yang terbaik kau pilih sebagai pemandu arah menjadikan akal fikiranmu lebih matang dari peribadi sebenarmu sayang...

Sehingga kini, keletahanmu yang manja dan menyejukkan hati ayah pasti akan ayah rindui selalu...
Ayah akan merindui saat kau selalu bergaduh dengan adik-adikmu di dalam bilik sebelum tidurmu,
Ayah akan merindui saat kau merenget manja terkena usikan ayah,
Ayah pastinya juga merindui saat dirimu menangis dan merajuk saat permintaanmu tidak dapat ayah penuhi...
Semunya ini hanya bakal menjadi kenangan bersama mungkin sehingga ayah telah tua keseorangan menerjah arus duniawi.

Anakku,
Telah ayah cuba untuk menjadi seorang ayah yang terbaik dalam hidupmu,
Telah ayah cuba untuk menjadi pemandu peribadi sulitmu tika kamu sesat,
Telah ayah cuba untuk menjadi badut terhormat agar dirimu senantiasa dipenuhi oleh riang dan tawa,
Telah ayah cuba untuk menjadi Hakim yang seadil-adilnya mengadili dirimu dan anak-anak ayah yang lain,
Telah ayah cuba untuk menjadi Doktor terbaik merawat jiwamu yang terluka dan menjadi jururawat terhebat yang sentiasa memastikan rehatmu terpelihara,
Telah ayah cuba untuk menjadi Chef yang terhebat memastikan makanmu terjaga,
Dan telah ayah cuba untuk menjadi HERO paling macho pernah kamu ada agar tiada 'hero' lain dalam hatimu...
Semuanya telah ayah lakukan hanyalah semata menenangkan hatimu...

Tapi sayangku, anak ayah...
Kini ayah sedar bahawa 'bunga' indah yang ayah pelihara sebaiknya di dalam kebun ayah sudah dipindakan ke tempat persuntingan tanpa ayah sedari.
Amat berat hati ayah untuk melepaskan dirimu pergi anakku.
Tapi, perjuanganmu melintasi onak dan duri sepanjang hidup ini telah ayah bekalkan ke dalam jiwamu.
Pergilah berjuang anakku, telah ayah sambut 'suntingan' perjuangan yang telah menyuntingmu dari hidup ayah,
Kini, dirimu telah menjadi sebahagian dalam masyarakat...
Ayahmu kini merestui perkongsian 'kasih' yang telah tercipta antara dirimu dan mereka,

Walaupun kini, dirimu semakin jauh dari ayah dan masamu bersama ayah telah banyak dicuri oleh mereka, buat ayah semakin bangga...
Tak mengapalah anakku,
Sungguh begitu, dirimu tetap ayah ingati dalam setiap saat doa ayah ke hadrat Illahi...

'Sujud syukur padamu Tuhan, jadikan anakku yang membaca tinta ini seorang anak yang solehah, tempatkan dia dalam kalangan serikandi-serikandi-Mu yang senantiasa mengingati-Mu setiap saat dan ketika. Berikanlah anakku ini kekuatan menempuh kehidupan ini sebagai pengembara yang sentiasa dahagakan restu dan kasih-sayang dari-Mu yang Maha Esa. Kau tunjukkan dia jalan yang lurus iaitu jalan yang sentiasa menghalanya menuju KEJAYAAN, hamba-Mu ini tahu Ya Rabb, anakku itu terlalu menginginkan kejayaan sebagaimana hamba-hamba lain yang telah Engkau pilih. Berikanlah dia sesuatu yang sentisa menjadikannya seorang hamba-Mu yang gembira...'

Andai keputusanku ini mengembirakan hati anakku, maka aku redhai pemergiannya menuju puncak kejayaan dan kemenangan...

'SELAMAT BERJUANG SAYANGKU'

~Ikhlas dari Hati Ayah~
AKU INGIN ANDAI ILMU INI TERSEBAR TANPA DIKETAHUI SIAPA PEMILIKNYA....-LIA-

Followers