CALON CINTAKU SELEPAS ALLAH & RASUL
Tak pernah aku bertanya pada hati,
Siapa insan yang bakal bertakhta di dalamnya,
Siapa aku kepada pemilik rusuknya itu,
Siapa dia untuk aku…
Tidak pernah aku merenung di jendela,
Berfikir untuk apa dia diciptakan untuk aku,
Berkhayal bahagiakah aku dengannya,
Bermain-main di minda sempurnakah aku nanti dengannya…
Aku mohon apa yang telah Engkau takdirkan,
Biarlah dia yang terbaik untukku,
Kerana hanya Kau yang tahu segala isi hatiku
Yang memelihara aku dari kemurkaanMu dan tidak menjauhkan aku dari cinta rasulMu…
Tidak pernah aku pendamkan perasaan ini,
Kerana aku rahsiakan dalam pengetahuanMu yang luas,
Kerana aku tahu petunjukMu menerangi jalanku yang kabur,
Biarlah di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu bahawa aku merinduinya
Kerana aku hanya mendambakan kasih insan yang ku sayang
Tulus dari hati ini menantikan hadirnya kerana…
hanya dia pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
Ya Tuhan,
Kerana fitrah cinta itu adalah aku sebagai manusia
Aku menginginkan cinta setulusnya melaluiMu
Yang menjadikan aku sempurna sebagai seorang wanita dan hamba…
Ya Allah,
Atas sujudku menghadapMu,
Hadirnya dihidupku memberikan berjuta makna
Karungkan aku dengan dua hati agar terungkap makna
Mengisahkan berjuta cerita…
Dengan berkahMu Illahi,
Dengarkan rayuanku kerana hati ini mula berbicara…..
Bila lidahku telah kelu meluahkan
Bila pena laju lantas menguraikan cinta…
….Bismillahirrahmanirrahim….
“ Tuhanku, tidak aku minta yang terlalu sempurna tapi cukuplah yang mecukupi bagiku,
Menjadi pelengkap dalam setiap urusanku,
Menjadi bahu untukku bersandar,
Menjadi penghiburku tika hatiku berkelana…
Tuhanku,
Bawakan untukku hambaMu yang mengingatiMu lebih dari aku
Dan mengajakku menyeru jalan redhaMu,
Menjadi imam sepanjang sujudku bertemuMu,
Jadikanlah dia pemimpin paling agung dalam darjah kebesaranMu,
Sabarkan dia melayan karenahku sepanjang hidup dengannya,
Ya Allah,
Titipkan aku seorang ahli syurga yang membajai rumah tanggaku dengan haruman kasih sayangnya,
Mendidikku menjadi si solehah yang sering dirindui syurga,
Yang melontarkan kata-kata kiasan ahli-ahli syurga,
Dan hemah menjaga hati ini seikhlas hatinya…
Jadikan sentuhannya padaku sedingin ikhlas wudhuknya,
Ya Allah,
Tidak aku pinta yang rupawan, bukan juga aku mohon yang hartawan,apatah lagi kedudukan,
Cukupkanlah padaku insan yang paling sepadan dari pandanganMu,
Yang mencukupkan aku dengan keperluan menuju redhaMu,
Sebagaimana hebatnya dia sebagai pahlawan Islam sebelumnya
Dan tidak gentar bersamaku menghadapi badai rintangan…
Di kala aku keseorang dia bakal menjadi penghiburku dan penemanku hingga penghujung nyawaku,
Ya Allah,
Aku ini bukanlah seorang yang sempurna untuknya,
Tapi biarkan kesempurnaannya mencantas kelemahan diriku untuk menjadi sempurna dimataMu,
Aku hanya ingin menjadi diriku yang difahami oleh dirinya,
Sebagaimana berdirinya aku sebagai serikandi setabah solehah terdahulu,
Aku hanya ingin dihormati jauh sekali untuk disanjung tinggi,
Menjadikan aku isteri selayaknya untuk suami…
Ta Tuhan,
Hadirnya tanpa aku sedari berputik cintaku anugerah Illahi,
Lembut tuturnya menarik hatiku mendekatinya
Menjadi penenang hatiku bersamanya…
Mungkin dialah perwiraku yang ku cari,
Selama ini telah aku temui
Dalam kegelapan aku tegarkan harga diri,
Harga diri ini hanya untuk perwiraku yang ku kasihi,
Harapku agar cinta ini bukan berlandas nafsu yang memagari …
KepadaMu Tuhan,
Dalam serpihan kaca aku mencari permata
Yang tidak kupasti benarkah silaunya…
kepadaMu Tuhan aku beserlah segalanya,
Kerana ku tahu KAU terlalu menyintaiku sedasyatnya…
Kurniakanlah aku pahlawan sejati
Yang kasihnya bukan terpaksa bukan juga kerana dunia
Tapi mendambarkan akhirat abadi,
Kurniakanlah aku dia bakal pemimpin permata Islam
Yang aku impikan…
Hanya Kau penentu jodoh dan pertemuan,
Seandainya dia memang milikku hadirkahlah dia untukku…
Seandainya pula kini dia ku titip sebagai mujahid tertangguh
Kau lengkapkanlah dulu dirinya
Agar kelak aku bangga memilikinya…
Bersabarlah duhai calon suamiku,
Istikharah cintaku hadir bersamamu,
Doaku mengiringi kau dipermudahkan jalan untuk menjemputku
Sebagai BIDADARI dalam hidupmu…
Puas kucoretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara …
Dilemma cinta ini merunsingkan hatiku
Hanya ku dambar rahmat darimu
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tidak pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami…
Mengharap persimpangan idaman hati...”
Nukilan : Qasehqushairah_Lia
malam ini dan seterusnya....
No comments:
Post a Comment