Wednesday, October 10, 2012

AKU INGIN 'CUTE' DAN 'CANTIK' DALAM KEHIDUPAN.....

Bismillahirrahmanirrahim....

Tinta penaku terus berkarya meskipun tautan tanggungjawab merampas sedikit masaku untuk melepas idea ke pena...
Melepas lelah pada empuknya nikmat kurniaan Illahi... Ya Rabbi besarnya nikmat yang Engkau kurniakan buat kami dan kerana itulah untuk apa kami perlu ingkar dan menjauhi segala amanat yang telah Engkau amanahkan buat kami?

Dalam khayalan kelelahan mataku terpejam dek lena menjemputku untuk kembali ke alam khayalan dan mimpi yang sebenarnya pasti...Kepenatan ku ubati dengan menerjah mimpi yang bukan khayalan lagi....

“Assalamualaikum diriku sendiri,

Apa khabar diriku ini untuk hari ini? Berapa banyak kalimah syukur yang diri ini panjatkan untuk Illahi? Apakah nilai dan nikmat hidup yang diberi yang telah diri ini manfaatkan untuk insan lain?

Untukku diri sendiri, kau hadir sebenarnya bermula dari mimpi, mimpi dua orang insan yang ingin melihatmu gembira di dunia dan akhirat...Kau ingin terus hidup di dunia juga bemula dari mimpi, iaitu mimpi yang kamu ingin menawan segala kenikmatan yang diri ini miliki agar kelak mereka berbanggga dengan apa yang engkau miliki, itulah dia DIRIKU SENDIRI...

buatku Diriku sendiri,
mimpi tidak selalunya bila kita pinta, mimpi itu akan datang. Buat diriku mengerti bahawa mimpi itu akan hadir bila-bila masa sahaja tanpa engkau minta...kerana itu BERMIMPILAH, kerana mimpi itu membuatkan kita terus bersemangat dan terus rasa ingin bangkit dari lena untuk mencipta sebuah mimpi yang pastinya REALITI!!!......

MIMPI yang indah bermula dari fikiran yang sentiasa ingin berjaya dalam hidup....bangkitlah dari lena! Buktikan mimpimu bakal menjadi kenyataan!!!!”


Thursday, August 9, 2012

i'm A LEADER!!!!

It takes courage to become a leader as you must learn to also serve as a humble follower.

The moulding process is never easy - in fact , it can be painful. I have learned to make sacrifices – TIME, MONEY, EFFORT – as well as selfless decision.


I have learn that serving does not mean making less of me, but just thinking less of me and more of others. As a leader I need to set an example to my peers so I can influence and help them to see the important things eg, responsibility.


Recently, I took the lead in organizing a nurses and photography program also a few things. In the process I have learned a few things, eg self confident, communication skills, leadership skills, values, etc. These are all very important traits that tell others about my character and level of maturity.

It wan indeed challenging to lead my peers. WHY SHOULD THEY LISTEN TO SOMEONE JUST AS GOOD AS THEY ARE? Leading them force me to be more organized., prepared and ready at all times.

IM AM NOW A MORE DECISIVE, CONFIDENT, OUT-SPOKEN, AND POSITIVE PERSON! With a strong can do attitude to motivate not only myself, but others as well…

I have also learned that a leader has to be ready to pick up a project when someone else drops the ball. It can be difficult, but this is the route a leader has to take!


E.M KELLY said, “ A BOSS SAYS ‘go’ a LEADER SAYS ‘LETS GO’ ”. I always keep this dictum in mind whenever I am leading! These qualities are all built from being diligent in doing what in entrusted me!!!!

“if you are faithful in little things, you will be faithful in large one”

I AM LIA..............

LAILATUL QADAR yang ku nanti....

Tanda kedatangan Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:


"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."


Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

i. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;

ii. Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;

iii. Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;

iv. Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);

v. Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;

vi. Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;

vii. Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan

viii. Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:

i. Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;

ii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;

iii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan

vi. Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Bagaimanapun, pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu .

Wednesday, August 1, 2012

KAU ISTIMEWA TIADA DUA…


Oh Tuhanku,

Tiada indah di malam yang hening melainkan dengan bermunajat kepada-Mu…
Tiada indah suatu hari yang aku lalui kecuali dengan patuh kepada-Mu…

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia,
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu….
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi,
Kecuali dengan keampunan-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku yang aku rindui
Tetapkanlah hatiku
Semoga sentiasa dalam agama-Mu juga sentiasa taat akan perintah-Mu

Tuhan,
Usah bebankan kami dengan bebanan yang berat,
Seperti yang pernah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami
Tuhan, jangan pikulkan kami dengan apa yang tidak kami terdaya

Maafkanlah salah dan kesilapan…
Ampunkahlah dosa-dosa dan rahmatilah kami….

NOTA KAKI LIA

TIKA MATA BERTAMU

TIKA MATA BERTAMU

Tika mataku diuji dengan manisnya senyumanmu,
Terpamit rasaku menyubur harapan…
Dan seketika terlontarku ke dunia khayalan sehingga terlupa singkap perjalanan,
Tersedar aku dari terlena dan lamunan dibuai lembut belaian cinta….

Rela aku pendamkan impian yang tersimpan menganggu keasyikan…
Pusaka keagungan itu,
Merampas rasa cinta pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hambar
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Kerana tak upaya ku menghalangnya
Andai lukanya menghukum leka….

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana….
Semoga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Agar tidak sepi dari kasih-Nya
Kerana sesungguh hakikat cinta
Hanya DIA YANG ESA…..

Sarungkan hati ini dengan cinta hakiki
Agar dapat ku merasai nikmatnya
Dan agungnya
CINTA-NYA……


EPILOG SEBUAH RINDU

EPILOG SEBUAH RINDU


Bunga-bunga kelayuan berguguran…
Bagaikan pelangi selepas hujan reda…
Indah berseri mewarnai alam,
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam…

Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam…
Lembut tutur bicara tersusun bahasa terhapus sudah titis air mata,

Kenangan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Jernihkan kekeruhanmu,
Warna amarah jangan pernah dinyalakan…

Kasih dan sayang membentuk titian rindu,
Menghubungkan erti yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah yang lama telah terbina

Bahagia dalam margfirah indahkan kasih sayang…
Dengan ikatan kasih redha-Nya

Tidak sempurna iman ,tidak bernama insan
andai ukhuwah penuh keegoaan….

salam rindu buat sahabatku
NOTA KAKI LIA

SEBELUM MATAKU TERLENA....



SEBELUM MATA TERLENA….



Sebelum mataku terlena,
Dibuaian malam gelita, tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri yang kerdil , lemah dan bersalut dosa,
Mampukah aku mengharungi titian sirat nanti….
Membawa dosa yang menggunung tinggi, terkapai ku mencari limpahan hidayah-Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini,
Sekadar air mata tak mampu membasuh dosa ini…



Sebelum mataku terpejam..
Dengarlah rintihan hati ini,
Tuhan, beratnya dosaku…
Tak daya aku pikul sendiri



Hanyalah rahmat dan kasih-sayangMu
Yang dapat meringankan hulurkan makhfirah-mu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi….


Sebelum berangkat pergi ke daerah sana,
Lepaskan beban ini yang mengcengkan jiwa dan ragaku
Selimuti diriku.
Dengan sutra kasih sayang-Mu
Agar lena nanti ku mimpikan syurga yang indah..dan abadi….


Pabila ku terjaga, dapatkah lagi ku rasai
Betapa harumnya wangian syurga Illahi

Disepertiga malam, sujudku menghambakan diri akan ku teruskan pengabdianku pada-Mu…

Monday, July 30, 2012

TANGISAN HAMBA

TANGISAN HAMBA… Tika malam sunyi sepi, ketika insan tenggelam dalam mimpi, Musafir yang malang ini pergi membasuh diri untuk menghadap-Mu Ya Tuhan, Lemah lututku berdiri dihadapan-Mu tangisan ku keharuan, Hamba yang lemah serta hina, Kau terima juga mendekati, Bersimpuh di bawah duli kebesaran-Mu….. Keampuanan-Mu Tuhan lebih besar dari kesalahanku… Tuhanku, hamba belum pasti bagaimana penerimaan-Mu dikala mendengar rayuanku Dan Kau berjanji sudi mengampunkan aku dari segala dosa yang aku lakukan Ampunan-Mu Tuhan lebih besar dari kesalahan insan, Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan Bukan tidak redha dengan ujian Cuma hendak mengadu pada-Mu Tempat hamba kan kembali nanti di sana….

RAMADHAN BERTAMU

…..RAMADHAN BERTAMU….. Alhamdulillah… Syukur pada-Mu Illahi pada kesempatan ini sempat aku bersyukur pada-Mu mengharungi harum syurga Ramadhan ini, Ya Rabbi, tautan mataku yang Kau beri indah sekali buatku tatap waasilah cinta yang Kau titip dalam qalam-Mu untuk aku baca setiap hari, Kerana Kau terlalu sayang padaku melebihi makhluk-Mu menyintaiku kau titip ujian aku sentiasa rindu mengadu pada-Mu, Tatkala basah qalam-Mu dengan deraian air dari kelopak mataku, aku lagi rindu untuk terus mengetahui isi hati-Mu dan utusan kekasih-Mu untukku… Ya Allah, Kerana aku hamba yang Kau hidupkan dari tiupan roh kecil, Lalu Kau jadikan aku semulia-mulia insan, Namun, kerana ego dan nafsu terkadang aku lalai dari mengingati-Mu, Kau pula tidak pernah lupa untuk mengingati aku… Ampuni aku…. Ya Allah… Jadikan aku ini dalam kalangan hamba-hambaMu yang selalu mendapat petunjuk dari-Mu, Berilah kesempatan buat kami meraih kekayaan dalam Ramadhan-Mu ini… Kerana itu, jadikan bulan berkah ini bulan yang selalu kami rindui… Jadikan tangisan kami di bulan ini sebagai penyejuk kami di barzakh nanti… Sujud kami jadikan ia sesuatu yang paling berharga yang pernah kami lewati…

Tuesday, June 19, 2012

Rintihanku yang MENGHARAP....

Bismillahirrahmanirrahim.... Dengan lafaz yang ku ucap aku mohon dari kejauhan dan dari dekat mata hati yang penuh harapan, Ya Allah, aku mohon jangan pernah KAU sentuh duka dari ibu bapaku, aku mohon berikan hanya kegembiraan dan keceriaan dalam hati-hati mereka, adakah 'tanda' yang KAU berikan padaku sebagai peringatan untuk aku terus menyayangi mereka.... Ya Allah, bagaimana untuk aku gambarkan hidupku tanpa mereka? walau aku tahu KAU lebih menyayangi mereka lebih daripada diriku, namun ternyata sayangku tidak setanding kasih dan sayang-MU... Ya Allah, ujian itu untukku, andai mereka tidak mampu menanggungnya izinkan KAU kuatkan hati dan iman ini untuk aku menggalasnya... sudah terlalu banyak mereka galas perih untuk aku, apa salahnya pula setitik pengorbanan aku untuk mereka... Ya Allah, ampuni dosa-dosa mereka selayaknya syurga untuknya... hidayahkan mereka makrifat-Mu... aku mohon kekuatan dari-MU... BANTU AKU.... amin

Monday, May 7, 2012

kenapa ADANYA CINTA?

ALLAH, jagakan dia untuk saya...insyaallah... bila cinta datang... jauhilah... bila cinta pergi... jangan pernah ingin berpaling mencarinya kembali... bila cinta bertandang dengan tiba-tiba...

jangan pernah untuk pandang, biarkan berlalu seperti air yang mengalir laju... bila hati berdetik cinta... ketahuilah ujian telah hadir padamu... jangan pernah ungkap cinta... bila tidak pernah seikhlas hati merela...

untuk apa ada cinta.. jika hidup bertulang dusta... lupakan cinta... lupakan tentang menyintai dan dicintai... ketahuilah cinta yang hakiki bila.... kau tahu ALLAH MENYINTAIMU SEDASYATNYA CINTA ILLAHI... :)



terima kasih Allah tentang rasa ini... palingkan aku dari cinta manusia melain cinta si suami......

Sunday, May 6, 2012

jangan pernah percaya!

Assalamualaikum... percaya atau tidak, wanita itu sangat kuat dari lelaki! dan wanita itu amat hebat Allah ciptakan... Allah sangat menyintai dan menyayangi insan bernama wanita... MENGAPA? kerana wanita itu lumrahnya sangat lembut mudah dilenturkan... tapi mengapa ada hari ini wanita yang kasar sikapnya? wanita itu sangat manja dan penuh keanak-anakan.... tapi mengapa sikap amarah dan lantang bersuara meneggelamkan manja wanita itu? wanita itu sikapnya setia... tapi adakah rapuhnya kepercayaan insan bernama lelaki melunturkan kesetiaan seorang wanita? wanita itu terlalu menyayangi... sayangnya...tidak semua lelaki pernah mengerti sayang seorang wanita kepada lelaki... yang ada mungkin tidak seberapa.... wanita itu sikapnya memujuk dan menyenangkan lelaki... tapi mengapa hari ini sikap rajuk yang menguasai diri wanita sendiri? wanita ... wanita.... wanita.... wanita itu cukup istimewa... wanita itu amat bermakna... wanita itu terlalu menghargai... wanita itu cantik... ANDAI WANITA MENGHARGAI DIRINYA SEBAGAI WANITA... MENJADIKAN DIRINYA SEBAGAI SRIKANDI MULIA, MENDIDIK JIWANYA SEBAGAI BIDADARI DUNIA MENJADI SI SOLEHAH PERINDU SYURGA MENAHAN DIRINYA SEBAGAI PERAWAN MULIA WANITA... KAU SANGAT CANTIK BILA... WAJAHMU BASAH DENGAN WUDHUK itu... BIBIRMU MERAH MeNYERLAH bila kau basah dengan zikir memuji Allah... KAU ROMANTIS BILA ALLAH SELALU DALAM HATIMU... MENGINGATI BAIT-BAIT CINTA PADA-NYA... KAU PERINDU YANG ALLAH RINDUKAN... BILA KAU SELLAU MENGINGATI-NYA... YA ALLAH, 'jadikan wanita itu AKU' !

Sunday, April 15, 2012

Bisikan Hati...Al-Fatihah buat insan tersayang yang pergi...

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah,
telah sampai waktunya KAU menjemput insan yang disanjungi mengadap-Mu,
Pemergiannya buat aku terpaku dan tergaman seketika,
Patutlah aku sering teringatkannya sebelum ini,
Pesannya yang semakin aku ingin ingkari...

Hayatnya di dunia ini terlalu besar maknanya buat kami anak-anak yang dahaga ilmu darinya,
Kerana dia ikhlas mendidik kami
menjadi anak-anak celik qalam suci
dan jasanya besar buat kami...

Didikannya menjadikan kami sayang untuk mendakapi kalam itu,
maksudnya selalu menitir di bibir mengingatkan kami,
jadikan al-quran itu teman,
jadikan al-quran itu tempat curahan hatimu tika gembira apatah lagi ketika sedih,
kerana kalam itu adalah kekasihmu yang Allah lakarkan sebagai warkah cinta paling bermakna....

ambillah nasihatnya,
contohilah tauladannya,
turutilah kemahuannya,
jauhilah segala larangannya....

Ya Allah,
rahmatilah insan ini yang telah KAU jemput sebelum kami,
titiplah sebagai hamba-Mu yang syahid....
Aku bersyukur dengan nikmat hidup bersamanya,
menghirup ilmu yang ada padanya...

AL-FATIHAH

Tuesday, April 3, 2012

JAWAPAN GEMBIRA UNTUK KESEDIHANMU…






Bismillahirrahmanirrahim…



Tuhanku,

ujian hati itu terlalu berat untuk dipikul,

Lebih dasyat untuk dirasakan,

Keterlaluan terlalu naïf untuk insan seperti ini…



Maafkan dari aku pada sekeping hati yang mendatang,

mendekatkan aku kepada jiwa yang sepi,

aku takut andai hati ini mula bersatu padamu

kerana atas satu aturan nafsu…



benar perpisahan itu kekecewaan yang pahit ditelan,

penolakan penerimaan itu sesuatu yang takut didengarkan,

tapi untuk hatimu yang bersedih,

bukankah dengan berpisah itu menggamit sebuah rindu yang bersulam penuh kesetiaan buatku nanti?

Bukankah dengan penolakan itu menghadiahkan cara yang lebih halal buatku?



Kerana hati ini selalu mengiyakan perasaan itu yang terbaik hanya dari-Nya,

Gelisah, khuatir, takut , dan bimbangku hilang kerana Dia sentiasa menutup cintamu untukku,

Yang aku pasti hijabnya terbuka mengiringiku suatu masa nanti,

Tuhan…..

Mengapa linangan di pipi ini laju menerjah bumimu ?

Adakah azamku hanya sekadar janji yang tidak pernah aku tepati?

Atau diri ini berkalung penuh noda yang teraniaya?

Tuhan…aku tidak mampu menanggung siksa-Mu..



Aku akui kejahilanku ini menjauhkan jalan menuju redha-Mu,

Kelemahan dan kekurangan ini aku kesali kerana aku hanya hamba-Mu

Yang tidak membawa apa-apa pun semenjak aku dipinjam untuk duniawi…





Kerana aku puteri yang kesepian,

Ingin sekali aku mengutip cinta-Mu yang Maha Agung

Untuk aku dakap sebagai cinta yang Maha Hebat…



Kerana aku puteri kesayangan,

Aku tahu KAU menyintaiku sedasyatnya,

KAU menyayangiku sedalamnya,

KAU merinduiku menyebutMU setiap saat berdetik,



Tuhanku,

Khabar padanya pada angin  yang  berlalu,

Itu rinduMU dariku buatnya…

Kau titipkan dia sebagai hambaMU yang paling hebat mengalung dirinya dengan cintaMU,

Agar dirinya tenang dalam pelukan rahmat dan sayangmu…



Sesungguhnya kasih sayangku tidak sedasyat sayangMU padanya…

-NOTA KAKI LIA-
















Friday, March 2, 2012

TENTANG SEORANG AYAH.....

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Wednesday, February 22, 2012

CALON CINTAKU SELEPAS ALLAH & RASUL

CALON CINTAKU SELEPAS ALLAH & RASUL


Tak pernah aku bertanya pada hati,
Siapa insan yang bakal bertakhta di dalamnya,
Siapa aku kepada pemilik rusuknya itu,
Siapa dia untuk aku…


Tidak pernah aku merenung di jendela,
Berfikir untuk apa dia diciptakan untuk aku,
Berkhayal bahagiakah aku dengannya,
Bermain-main di minda sempurnakah aku nanti dengannya…


Aku mohon apa yang telah Engkau takdirkan,
Biarlah dia yang terbaik untukku,
Kerana hanya Kau yang tahu segala isi hatiku
Yang memelihara aku dari kemurkaanMu dan tidak menjauhkan aku dari cinta rasulMu…


Tidak pernah aku pendamkan perasaan ini,
Kerana aku rahsiakan dalam pengetahuanMu yang luas,
Kerana aku tahu petunjukMu menerangi jalanku yang kabur,

Biarlah di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu bahawa aku merinduinya
Kerana aku hanya mendambakan kasih insan yang ku sayang
Tulus dari hati ini menantikan hadirnya kerana…
hanya dia pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul


Ya Tuhan,
Kerana fitrah cinta itu adalah aku sebagai manusia
Aku menginginkan cinta setulusnya melaluiMu
Yang menjadikan aku sempurna sebagai seorang wanita dan hamba…


Ya Allah,
Atas sujudku menghadapMu,
Hadirnya dihidupku memberikan berjuta makna
Karungkan aku dengan dua hati agar terungkap makna
Mengisahkan berjuta cerita…

Dengan berkahMu Illahi,
Dengarkan rayuanku kerana hati ini mula berbicara…..

Bila lidahku telah kelu meluahkan
Bila pena laju lantas menguraikan cinta…

….Bismillahirrahmanirrahim….


Tuhanku, tidak aku minta yang terlalu sempurna tapi cukuplah yang mecukupi bagiku,
Menjadi pelengkap dalam setiap urusanku,
Menjadi bahu untukku bersandar,
Menjadi penghiburku tika hatiku berkelana…


Tuhanku,
Bawakan untukku hambaMu yang mengingatiMu lebih dari aku
Dan mengajakku menyeru jalan redhaMu,
Menjadi imam sepanjang sujudku bertemuMu,
Jadikanlah dia pemimpin paling agung dalam darjah kebesaranMu,
Sabarkan dia melayan karenahku sepanjang hidup dengannya,



Ya Allah,
Titipkan aku seorang ahli syurga yang membajai rumah tanggaku dengan haruman kasih sayangnya,
Mendidikku menjadi si solehah yang sering dirindui syurga,
Yang melontarkan kata-kata kiasan ahli-ahli syurga,
Dan hemah menjaga hati ini seikhlas hatinya…
Jadikan sentuhannya padaku sedingin ikhlas wudhuknya,


Ya Allah,
Tidak aku pinta yang rupawan, bukan juga aku mohon yang hartawan,apatah lagi kedudukan,
Cukupkanlah padaku insan yang paling sepadan dari pandanganMu,
Yang mencukupkan aku dengan keperluan menuju redhaMu,
Sebagaimana hebatnya dia sebagai pahlawan Islam sebelumnya
Dan tidak gentar bersamaku menghadapi badai rintangan…
Di kala aku keseorang dia bakal menjadi penghiburku dan penemanku hingga penghujung nyawaku,



Ya Allah,
Aku ini bukanlah seorang yang sempurna untuknya,
Tapi biarkan kesempurnaannya mencantas kelemahan diriku untuk menjadi sempurna dimataMu,
Aku hanya ingin menjadi diriku yang difahami oleh dirinya,
Sebagaimana berdirinya aku sebagai serikandi setabah solehah terdahulu,
Aku hanya ingin dihormati jauh sekali untuk disanjung tinggi,
Menjadikan aku isteri selayaknya untuk suami…



Ta Tuhan,
Hadirnya tanpa aku sedari berputik cintaku anugerah Illahi,
Lembut tuturnya menarik hatiku mendekatinya
Menjadi penenang hatiku bersamanya…


Mungkin dialah perwiraku yang ku cari,
Selama ini telah aku temui
Dalam kegelapan aku tegarkan harga diri,
Harga diri ini hanya untuk perwiraku yang ku kasihi,
Harapku agar cinta ini bukan berlandas nafsu yang memagari …



KepadaMu Tuhan,
Dalam serpihan kaca aku mencari permata
Yang tidak kupasti benarkah silaunya…
kepadaMu Tuhan aku beserlah segalanya,
Kerana ku tahu KAU terlalu menyintaiku sedasyatnya…


Kurniakanlah aku pahlawan sejati
Yang kasihnya bukan terpaksa bukan juga kerana dunia
Tapi mendambarkan akhirat abadi,
Kurniakanlah aku dia bakal pemimpin permata Islam
Yang aku impikan…


Hanya Kau penentu jodoh dan pertemuan,
Seandainya dia memang milikku hadirkahlah dia untukku…
Seandainya pula kini dia ku titip sebagai mujahid tertangguh
Kau lengkapkanlah dulu dirinya
Agar kelak aku bangga memilikinya…


Bersabarlah duhai calon suamiku,
Istikharah cintaku hadir bersamamu,
Doaku mengiringi kau dipermudahkan jalan untuk menjemputku
Sebagai BIDADARI dalam hidupmu…

Puas kucoretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara …


Dilemma cinta ini merunsingkan hatiku
Hanya ku dambar rahmat darimu
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tidak pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami…
Mengharap persimpangan idaman hati...”


Nukilan : Qasehqushairah_Lia
malam ini dan seterusnya....

MUNGKIN KITA TAK AKAN SAMA DAN TAK AKAN PERNAH SAMA

CINTA bagiku adalah satu keindahan yang paling luar biasa. Seseorang tak akan pernah mengganggap apa yang pernah berlaku dalam dirinya seakan ada sesuatu yang luar biasa. Mampukah aku unutk terus bertahan dan meraih cinta-Nya yang Maha Hakiki?

Ternyata kita tidak pernah menduga bila cinta itu akna tiba…Bila cinta itu akan hadir memaksa diri kita untuK hadir di saat tibanya waktu itu.

TAUTAN HATI… PADA SANG RABBI…

Ya Allah, aku hanya manusia biasa,
Yang tidak betah membantah setiap suruhan, dugaan dan ujian yang Kau timpakan untukku,
Namun tika tiba suatu saat Kau mentakdirkan sesuatu untukku
Dan hanya untukku sahaja
Aku redha Ya Allah…

Ya Allah, kerana aku hanya manusia biasa yang kau titipkan dari ayah dan ibu
Aku mohon agar Kau membimbing aku menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur
Menghargai setiap apa yang ada di sekelilingku
Walau aku tahu tak selamanya hal itu menjadi milikku….

Ya Allah, aku hanya manusia biasa yang mudah rapuh hati ini
Aku tak kuat untuk belayar menuju bahtera bahagia keseorangan,
Jika tiada kekuatan dan kasih sayang dariMu
Hanya itu yang aku rindu…

Ya Allah,
Kuatkan aku menuju hari-hari mendatang,
Jauhkan aku dari lembah penghinaan,
Dekatkan aku dengan kekuatan rahmat perlindungan,
Letakkankan aku dekat melalui hati-hati yang merinduiMu…

_NOTA KAKI LIA_

AKU ANAK GADIS ABAH YANG TAK PERNAH KALAH!

10111989|KELAHIRANKU KE DUNIA!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Kerana aku anak abah yang ditungu-tungu. Aku sebagai bayi perempuan,gemok!gebu!montel! . Abah mabik cuti seminggu sebab nak jaga saya ni baru lahir…Dari kecil kerana abah selalu memanjakan diri ini. Bila ada yang mengusik pasti abah menjadi benteng pertahananku. Patung Barbie Doll yang sentiasa cantik dan teddy bear Doraemon dan bear yang lain sentiasa menemaniku dengan hiasan yang baru. Semua itu abah yang beli…

Sekolahku tidak pernah tiada yang baru. Kasutku, baju sekolahku, beg sekolahku semuanya abah yang beli. Pagiku yang hening selalu dibingit suara halus abah yang menggilku bangun ke sekolah. Pagiku membingit dengan manja abah yang mengeletekku untuk bangun, menarik ibu jari kakiku untuk bangun tak kurang menggigit telingaku untuk bangun…Rupanya susah juga anak perempuannya ini untuk bangun ke sekolah! Sama macam abah, kalau aku yang bersemangat bangun dulu sure abah comfirm tak bangun lagi! Aku tak suka lambat ke sekolah hari Isnin sebab ada perhimpunan, pernah lewat sampai abah hantar ke tengah perhimpunan, satu perhimpunan tengok termasuk cikgu-cikgu…. Hmmm malu..tapi sweet kot!

Abah suka anaknya ni simpan rambut panjang-panjang.Tapi aku tak berapa suka, aku cakap kat abah biar abh je yang simpan rambut panjang macam perempuan! Abah gelak..hehehe..lepas tu kene geletek lagi...  Masa sekolah aku nak buat abah happy..abah selalu datang masa hari anugerah sekolah, tengok aku menyanyi, menari, berjoget-joget dan paling best tengok aku dapat anugerah,kalau tak no 1, no2, tak pun no 3….Alhamdulillah, dulu nombor-nombor ni sangat penting untuk aku berbanding nombor-nombor lain! Masa ambik hadiah tu abah datang depan stage then..clik”’ abah ambik gambar sekeping..hehehe… yang paling best lepas dapat hadiah sekolah, comfirm abah bawak g jalan-jalan atau makan sedap-sedap lepas tu…Masa kecik-kecil dulu saya sangat suka makan dengan banyaknya…

Abah tak bagi sangat berkawan dulu, sebab abah selalu pesan kawan tak selalunya terbaik untuk kita, tapi kita buat terbaik untuk kawan…sebab tulah kawan-kawan saya semuanya abah kenal…Abah suka saya main kat kawasan rumah je,kalau lebih 0.5km pun abah terus cari….Rumah kami selalu riuh dengan gelak tawa buda-budak nakal macam kami! ;) kadang-kadang abah join jugak sekali, anak-anak orang lain pun abah buat macam anak sendiri…Abah saya sangat istimewa…

Abah tak kan pernah bantah untuk beri peluang pada apa yang saya suka. Abah selalu beri ruang dan peluang untuk saya cuba dan buat sesuatu yang baru. Lepas tu abah komen, komen abah tak pernah meruntuhkan hati, selalu beri saya semangat! SAYA MESTI CUBA UNTUK BUAT YANG TERBAIK!

ABAH YANG SAYA ADA ADALAH SEORANG ABAH YANG TERBAIK DALAM DUNIA!
TIADA TERNILAI DAN TERBANDING HARGANYA...
AMARAH ABAH ADALAH SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI MENJADI SAYA YANG TERBAIK!

ABAH ADALAH ABAH TERHEBAT, DAN ANAK ABAH ADALAH PENYUSUL KEHEBATAN ABAH!
ALHAMDULILLAH.....

'Y a Allah, biarlah aku diberi kesempatan ruang dan waktu untuk aku terus berbakti kepada kedua orang tuaku, biarlah sempat mereka menangis gembira keranaku...'

PUISI UNTUK GADIS ASING…

Aku,
Tidak terlintas untuk memilih jalan ini,
Adakah Aku sudah dipilih oleh-Nya?
Di kalangan hamba-hamba,
Yang masih mencari kenikmatan hidup ini,
Dengan harapan sinar mentari akan muncul kembali,

Aku,
Tidak pasti adakah ini jalan yang perlua aku lalui?
Jalan yang bakal menjadi penentu hidupku nanti,
Sedangkan insane lain leka dibuai mimpi
Namun aku pernah berjanji..
Tidak berundur walau sekali,

Pengorbanan…
Tanpanya kita tidak akn tahu apa yang pernah kita miliki,
Sayangnya…hanya aku yang merasai
Betapa indahnya pengorbanan ini,

Pengorbanan…
Perlukah aku hebahkan betapa hebatnya hidup ini?
Ataupun betapa daifnya manusia kini,
Hanya menganggap ilmu ini tidak bererti,
Akan ku buktikan kebenaran yang tersembunyi,
Sayangnya, hanya aku yang merasai betapa indahnya
pengorbanan ini,

aku…
fikirku sentiasa berpesan kepada hatiku,
tidak mahu digelar munafif,
menipu diri sendiri,
kerana impian menggunung tinggi,
sanggup ku redah,
walau sejuta halangan terpaksa ditempuh,
kerana inilah lumrah duniawi,

aku…
akan tetap meneruskan perjuangan ini,
walau badai dating menguji,
dengan harapan yang suci,
membina kehidupan bererti,
menuntut redha Illahi…

dari : JALAN JAUH KE KAMPUS…
17 JANUARI 2012

SURAT CINTAKU BUAT YANG MAHA PENCIPTA

Jika hari ini aku menerima hakikat ujian yang aku terima amat hebat, aku dapat rasakan ada lagi insan lain yang lebih hebat ujiannya daripada aku. Sangkaku, ujian itu mematahkan semangat namun disebaliknya aku akui terlalu banyak anugerahnya yang terselit disebalik kepayahan itu…


“ Ya Allah, dengan rasa rendah dirinya warkah doa ini kutitip buat-Mu. Harapanku walau tidak berbalas, ku pohon agar impianku ini dimakbulkan oleh-Mu Kekasihku. Alhamdulillah syukur aku panjatkan kerana dengan kurniaan kasih dan rahmat-Mu aku masih bernafas menghitung sisa-sisa hidupku yang berbaki. Pena dari kotak fikiranku pantas menaip bait-bait indah yang ingin sekali aku alun menjadi warkah yang paling merdu pernah ku titipkan.


Ya Allah, aku kini kian dewasa. Akur khuatir semakin meningkat umurku saban waktu makin banyak dosa yang aku lakukan pada-Mu, sedangkan aku selalu memohon agar aku dijauhkan dari mengalun dosa. Namun, aku hanyalah hamba-Mu yang hina, tidak cerdik terkadang menilai intan dan permata. Ya Allah, untuk itu Kau kuatkanlah aku melawan hawa nafsuku sendiri yang ku khuatiri bisa menjunam aku ke lembah hina.


Ya Allah, kerana Kau mentakdirkan aku dari kedua ibu bapaku, aku ingin mengucapkan syukur kehadrat-Mu, aku bangga memiliki keduanya dengan penuh kasih sayang. Aku bersyukur ayah yang Engkau anugerahkan buatku adalah ayah yang terbaik pernah aku ada. Aku bangga insan itu menjadi ayahku, kerana didikannya menjadikan aku seorang manusia yang mempunyai pemikiran, akal dan semangat!


Ibuku pula Kau beri bukan satu tapi gantinya bertalu-talu. Aku lahir dari seorang ibu yang ku panggil mak, namun Kau berikan aku seorang lagi ibu yang Kau pinta untuk membesarkan aku dari aku tidak mengenal apa itu erti hidup hingga sekarang. Tuhan, aku tahu hal ini bukan mudah untuk Kau atur, untuk itu aku selalu menerima takdir perpisahan itu sebagai sesuatu yang membahagiakan aku. Dengannya, aku pandai menilai erti pengorbanan, erti kasih sayang dan erti PENGERTIAN! Subhanallah, penciptaan-Mu meliputi seluruh hidupku. Izinkan aku cari maksud tersirat disebaliknya…


Ya Allah, hidupku yang Kau atur terlalu indah. Kelahiranku sebagai puteri tidak pernah mematahkan semangatku menggapai impian seluas langit dan bumi. Dari kecil Kau telah tiupkan api semangat yang tidak pernah padam. Sedari kecil hidupku Kau atur terlalu indah. Dari seorang budak perempuan yang comel Kau gubah untuk menjadi aku yang sekarang. Aku menikmati hidup ini dengan pahit manis lumrah asam garam kehidupan.


Ya Allah, terkadang lidahku kelu bila membicarakan tentang manisnya bicara tentang remaja dan dewasa. Aku ingin sekali bicara hidupku ini menjadi rahsia yang amat kukuh tersimpan tentang persoalan siapa pemilik hatiku. Cintaku adalah selepas Allah dan Rasul-Mu. Cintaku pada ibu dan ayah, Cintaku pada ilmu-Mu melebihi cinta segalanya. Aku mahu hanya Kau sahaja yang mengenali siapa pemilik hati kecilku ini. Kerana aku tahu pengetahuan-Mu melebihi setiap sesuatu.


Ya Allah, bisa air mata ini menitis mengenang keagungan-Mu terhadap diriku. Dari saat ini, aku tahu Kau selalu ada untukku. Kau tidak pernah jemu mendengar keluhanku, Kau tidak pernah memalingkan hati-mu bila aku terlalu merindui-Mu, Kau selalu membantuku tiap masa dan ketika. Namun, kadang-kala aku rasakan Kau seperti lupa padaku bila waktu butuh aku perlukan. Astaghfirullah…ampuni aku…
Ya Allah, kerana Kau tahu cintaku pada ilmu tidak tertara nilainya, untuk itu Kau mempermudahkan segala urusanku saban waktu. Terasa Kau selalu di sisi…”

_NOTA KAKI LIA_

Wednesday, January 4, 2012

Hati dan CINTA

YA ALLAH BILA HATI MERUNTUM SEGALA.....




Followers