Monday, November 11, 2013

SELAMAT HARI LAHIR..

Assalamualaikum...

Mesti saya tahu yg hari ini hari lahir saya kan?
mesti saya jua tahu berapa banyak amal yg tlh saya lakukan sepanjang umur yang Allah anugerahkan kpd saya ini kan?

insyaallah,
semoga ulang tahun kelahiran saya ini akn membawa sejuta makna dlm hidup saya dan
amalan saya akan mmpengaruhi kehidupan manusia sejagat yg lain.

TERBAIK...
 Ya Allah,
kuatkan saya dlm mnghadapi ujian hidup yg makin mncabar ini,
bantulah saya untuk terus kuat dalam membantu insan lain yang perlukan pertolongan dan bantuan dr saya,
permudahkanlah jalan saya menuju bahagia,
lenakanlah saya dlm dakapan iman dan ihsan-Mu,

tiada jalan yang paling pantas dan terbaik,
selain dari terus mengingati Yang Maha Esa,
bantulah saya,
kuatkanlah saya,

sepanjang hidup, kedewasaan mncerminkan ujian hidup yg tlah dilalui,
alhamdulillah,
ujian itu mematangkan kita,
ujian itu menguatkan kita,
dan ujian itu meningkatkan ketaqwaan kita pada Pencipta,

saya ingin kuat,
dan terus kuat mnghadapi apa juga rintangan dari Yang Maha Berkuasa,
yakin dgn kuasa-Nya,
Yakinlah,
usaha itu tanda kekuatan iman dan taqwa,
uasaha itu mncerminkan siapa kita di sisi-Nya,
 selamat ulang tahun.. 10/11

' SENYUMLAH, WALAU DIRIMU DISAKITI..."




Sunday, October 20, 2013

‘dia’ bukan milik kita


~ dari luahan hati seorang insan bernama SAHABAT~

Pengajaran yang paling berharga dan bermakna ku petik dari seoran insan bernama ‘manusia’. Bila berbicara tentang hati yang tidak pernah menilai semahal harganya. Keprihatinan pada bibit sebuah pertemuan yang menyatukan dua rasa sayang…

Di awal pertemuan dia mengharapkan kau akan menjadi seorang yg melengkapkan hidupnya. Semua sikapmu mnyenangi hatinya, malah keprihatinanmu membuat dia selesa untuk kau bersama dengannya. Dia cuba menjaga pergaulan itu agar semuanya tidak melampaui batas dan tatasusila agama. Layakkah hanya dia seorang sahaja yg berfikir begitu lantaran bagaimana pula denganmu?

Kau yang bernama…
Pantas jika tika ini dia menjauhkan dirinya darimu, sedangkan hakikat dan bukti telah Allah tunjukkan di depan mata. Perit hatinya bila kau mendustai perjanjian yang telah kau ucap. Mungkin kau dicipta sempurna dan ingin dimiliki insan lain. Namun, sedarilah hati itu berpasangan, dan bila kau cantum pasti akan menyatu. Tidakkah kau sedar hakikat itu? Ku pasti hatimu pasti hanya untuknya…

Sahabatku,
Allah menyayangimu, lantas itu doamu dimakbulkan Yang Maha Esa atas apa yang dipohon. Biarkan dia. Doakan dia akan berbahagia dengan seseorang yang bakal membahagiakan dia. Bukankah kecewa itu tanda dirimu tidak menghargai apa yang Allah hadiahkan untukmu?


Percaya, asalnya dia kau kenali adalah atas aturan Illahi, kau bertemu dengannya juga dari aturan yang telah ditetapkan. Maka ingat, kau berpisah dengannya juga dari kebaikan yang telah Allah tetapkan untukmu. Redhalah dengan kehendak ini…
Ambillah ikhtibar,

Dari pengalaman ini akan mengajarmu untuk lebih menghargai dirimu sendiri,
Menguatkanmu untuk jadi lebih berani. Walau siapa pun dia , dia tetap bergelar sebagai hamba Allah. Pohonlah kesejahteraan dan kehidupan terbaik untuk dirinya. Terimalah kenyataan apa yang sedang kau alami sekarang tanda Allah ingin dirimu bersama denganNYA, mungkin kau semakin jauh denganNYA?

-semoga hidup kita semakin tenang...-





Friday, October 18, 2013

Hanya KAU yang satu…



Ya Tuhan,
Terpancar bening dari sang suria,
Menyinggah dalam ufuk hatiku,
Terdetik, untuk aku meminta dan memohon keampunan daripada-Mu,

Ku tahu dosa  anak-anak Adam ini terlalu  banyak dan berat untuk dihitung,
Dan ku mahu Kau mengampuni dosa-dosaku ini,
Kerana aku antara anak Adam ini yang memikul dosaku sendiri,
Ku mohon,
Ampunilah aku dengan rahmat dan kasih sayang-Mu,

Lantaran aku hanyalah seorang  hamba,
Ampunilah aku,
Berikan aku kekuatan agar hatiku ini teguh berdiri bersama harapan,
Untuk terus sujud dan patuh pada perintah-Mu,
Serta hanya mendengar khabar berita daripada-Mu,

Pertolongan dan kesembuhan hanya ku pinta dari-Mu,
Kau Yang Maha Berkuasa pada tiap-tiap sesuatu,
Tiada  kuasa yang selayak-Mu…

Tenangkan hati ini Ya Rabb,
Beserta hati-hati insan yang telah Kau pilih,
Untuk bernaung di bawah arasy-Mu…

Subhanallah…



Saturday, October 12, 2013

DenganMU aku masih kuat…


Assalamualaikum  & selamat bergembira…


Duhai hati yang kuat,
Teguhlah berdiri bersama janjimu dengan PenciptaMu suatu masa  dahulu,
Teguhkan dengan pendirianmu,
Untuk menyatakan kebenaran dan menepis kekalahan,
Tegakkan panji kemenanganmu,
Bahawa engkau HAWA yang kuat, Allah ciptakan…



Duhai hati yang kental,
Kerana hati ini KAU beri terlalu kuat,
Akan aku selalu menjadi seorang yang tabah,
Haluanku KAU atur untuk menjadi si solehah yang dirindu sahabat-sahabat dari syurga…
Tabah itu kuat,
Redha itu ikhlas,
Pasrah? HATI…itu jawapan mereka yang menyerah!



Duhai hati yang menemani,
Tika leka itu kita pernah khilaf,
Mana yang kau pilih intan, mana yang kau cari permata,
Kerana keduanya bernilai…
Ku akui, hati ini muda…. Melakukan apa sahaja dengan paksi yg akan membinasa,
Hati…dengar ini kalamku,
Bukankan DIA selalu ada???



BersamaNYA kau tetap akan bergembira,
MengenaliNYA buat kau tetap ingin mendampingiNYA,
MentafsirNYA buat kau semakin dekat,
MenyayangiNYA buat hatimu selalu terhibur,
Apatah lagi bila kau dapat bersemuka denganNYA…?



BANGKITLAH HATI!!!
Kerana hatimu masih lagi bernyawa,
Banyak janji dan amanah dariNYA perlu kau tunaikan,
Bangkitlah… dengan kelembutanmu dan  kehalusan budimu,
Bahawa sekeliling menyanjungimu dengan ikhlas,


Duhai hati,
Bantulah mereka …. Di luar sana banyak lagi yg lebih menderita,
Jangan kau biarkan sahaja,
JANJI ALLAH, DIA TETAP BERSAMAMU…

_saya gembira dilahirkan sebagai HAWA_

-NOTA KAKI LIA-



Tuesday, September 17, 2013

Perangkap Hati...

Mengingkap kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan dan keasyikan...

hye Sufi...
lama tak bertinta denganmu, rindu padamu kerana sibuk menguruskan kehidupan peribadi yang selalu memaksa diri ini melupakanmu seketika...
tahukah kamu,
banyak pengalaman yang ditempuh sepanjang usiaku ini,
namun cukupkah pengalaman itu menjadikan aku ini seorang yang matang dan berjaya dalam kehidupan ini?

bagiku aku percaya kita semua ada kekuatan yang sama dan kita masih ada banyak ruang untuk mmperbaiki diri ini untuk menjadi seorang yang lebih baik , maju dan berjaya dalam kehidupan masing-masing...

Sahabatku semua di luar sana,
diri kita adalah peluang terbaik yang pernah kita ada...
diri kita sendiri adalah pemenang pertama untuk setiap ujian dan pertandingan dalam kehidupan ini..
ya..kita adalah pejuang yang berjaya di dunia dan akhirat...
semoga kita semua beroleh kejayaan yang berlipat ganda..
dan kita menjadi sebagai ahli masyarakat yang maju dan berjaya senantiasa...

kita adalah pejuang diri, sedia membantu mereka yang memerlukan..

bye Sufi..
SELAMAT MALAM :-*


Followers