....Aku Ingin Andai Ilmu Ini Tersebar Tanpa Diketahui Siapa Pemiliknya....
SATU PANDANGAN MENGENAI CINTA
PERJUANGAN CINTA
KUTEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan. Ketika dia masih tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade, aku lantas menghulurkan bantuan. Barangkali dia tersilap informasi sehingga tersasar haluan di pekan Aberystwyth itu.
"Mahu ke mana?" sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang minggu dalam musim bunga.
"University of Wales!" jawabnya sambil menyebak rambut perang yang melitupi wajah pucat. Bebola matanya biru nipis galak memandang kami yang sawo matang. Kehairanan mungkin.
"Baru tiba?!"
"Emm...!!"
"Dari mana?"
"Tel Aviv!"
Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan. Namun, kami cepat-cepat berlakon selamba. Seperti tidak ada apa-apa. Walaupun sebenarnya di antara aku, Firman dan Akashah dengan gadis itu seperti langit dengan bumi. Perbezaan kami bukan dari warna kulit, akan tetapi lebih jauh daripada itu. Dia Yahudi totok barangkali. Bagaimana harus aku melunasi kerak kebencian terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.
"Saya tersesat! Barangkali saudara boleh membantu!" ada nada merayu simpati dalam ungkapannya. Dia orang baru yang bakal menjadi warga Aberystwyth untuk beberapa waktu, mungkin empat tahun.
Aku hanya bersetuju walau dalam hati ada rasa kejengkelan. Dia Yahudi totok, musuh sejak lama. Kami tidak punya hubungan apa-apa. Terlalu jauh beza bangsa, budaya, apatah lagi agama. Permusuhan ini termaktub dalam kitab-kitab utama. Dan hingga ke hari ini api itu masih marak seperti bumi Palestin yang terbakar.
Aku melaksanakan tugas kemanusiaan, tanpa mahu berlama-lama mengiringi sekujur tubuh yang membawa jiwa permusuhan. Selesai saja masalahnya, aku segera beredar, sambil membuang segala ingatan tentangnya. Minta dijauhkan daripada bertemu lagi. Keturunannya tidak ada hubungan apa-apa dengan keturunanku, apatah lagi agamaku. Negaranya tidak ada hubungan diplomatik dengan negaraku.
Tidak kuduga, dia tinggal sekolej denganku. Ah, kebetulan. Waktu makan malam hari berikutnya, aku disapa dari belakang. Malah dia mendesak aku untuk duduk semeja. Barangkali mahu mencari perlindungan daripada terjahan mata galak senior. Aku yang sudah dua tahun di sini mungkin selamat untuk didampingi.
"Saya Abigail Netanya," tangan putihnya pantas dihulur. Aku teragak-agak menerima salam perkenalan itu. Aku berasa diperhatikan oleh seribu mata, terutama mata dari rakan-rakan senegara. Malah semua mata di tanah air seakan-akan menjegil ! tunak ke arahku. Kedinginan musim bunga di Aberystwyth tiba-tiba saja berubah pijar.
"Saya Firdaus!" aku tidak menyambut salam perkenalan itu. Aku hanya meletakkan tangan di dada tanda menghormatinya. Agama melebihi garisan kebudayaan. Fikiriku. Dan malam itu aku duduk dan makan semeja dengan seorang gadis Yahudi totok. Aku lebih banyak diam daripada bercakap. Jiwaku masih belum dapat menerima bahawa aku akan duduk di depan seorang yang berjiwa permusuhan.
Sekali lagi aku bertekad untuk berbuat sesuatu. Aku tidak mahu bertemu lagi dengan gadis bermata biru itu. Sepanjang malam aku terbayang kerakusan serangan di Ramallah. Aku terbayang ledakan-ledakan maut yang mewarna bumi Nablus dan Jenin. Sepanjang malam itu terbayang wajah Yasser Arafat yang terketar-ketar bibirnya diasak peluru kereta kebal sehingga meruntuhkan pertahanan terakhir. Yang tinggal hanya kamar sempit, terlalu sempit bagi seorang yang bergelar pemimpin negara.
Esoknya, dia datang lagi. Dan kami duduk semeja lagi. Sehingga suatu petang dia memintaku menghantarnya ke Queen's Avenue. Aku tidak dapat menolak. Petang itu kubawa dia melalui Portland Street, Bath Street sehingga ke Queen's Avenue. Aku mula merasakan sesuatu.
"Abigail...!
"Panggil aku Girl...!"
"Tidak perlu aku.."
"Itu nama manjaku. Hanya ibu yang memanggilku dengan nama itu,"
"Maksudku..."
Hilang. Kata-kata itu hilang tanpa sempat aku meluahkannnya. Aku tidak mahu berterusan berkawan dengan seorang yang berjiwa permusuhan. Sebenarnya aku sedang bermusuh dengannya. Aku tahu yang dia cukup mengerti tentang itu. Lebih-lebih lagi apabila aku memberitahu bahawa aku beragama ! Islam, datang dari sebuah negara Islam di Asia Tenggara.
"Aku sayang kamu Fir...!"
"Ti.. tidak! Tidak mungkin...!"
"Cinta tidak mengira agama Fir...!"
"Tetapi, kita tidak boleh meneruskannya..."
"Siapa kata tidak?!"
"Semuanya akan berkata tidak! Kita tidak boleh begini...!"
Dalam tidak mahu itu, aku semakin terbabas ke dalam medan musuh. Dia sebenarnya musuh yang tidak seganas bangsanya meragut nyawa rakyat Palestin. Tetapi dia tetap berlabel musuh. Aku semakin terpengaruh dengan musuh itu. Aku amat takut suatu hari nanti dia akan menjadi musuh dalam selimutku sendiri.
Aku perlu bertindak pantas. Aku berpindah dari Student Village di Pentre Jane Morgan ke Seafront Residences Brynderw berhadapan dengan Cardigan Bay. Biarpun kucekalkan hati, aku sebenarnya mula berasa kehilangan seketika. Sehingga suatu hari pintu kamarku diketuk.
"Kaulari daripada aku Fir?"
"Tidak! Tidak Girl. Cuma aku..."
"Kaumembenci aku! Hanya kerana aku Yahudi,"
"Susah... susah untuk kuterangkan kepadamu,"
"Fir, aku kebetulan dilahirkan dalam keluarga Yahudi. Tetapi aku manusia biasa seperti kamu, seperti Firman dan Akashah. Di Tel Aviv aku menyertai pertubuhan antikeganasan. Kautidak boleh membuat generalisasi terhadap aku!"
"Kita hanya layak berkawan saja. Itupun atas dasar kebetulan, Girl. Tidak lebih daripada itu. Ada sempadan besar yang merentang di antara kita,"
"Aku mahu berhijrah ke seberang sempadan itu!"
Aku bungkam dengan penyataan yang keluar dari bibir merah gadis berambut perang itu. Aku buntu, tetapi aku tidak harus kalah dalam permainan perasaan ini. Aku tidak harus menyerah.
Langkah terbaik hanya kunantikan saat kami berpisah. Aku akan menyelesaikan pengajian sarjana dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu akan pulang ke tanah air. Barangkali ini saja cara yang dapat membebaskan musuh yang kudampingi semakin hampir ini. Semakin hampir sehingga tidak dapat kubohongi hati dan perasaanku.
Akhirnya, saat yang kunantikan tiba juga. Setelah dua tahun aku berdepan dengan musuh keturunan dan agama, aku menunggu saat untuk berangkat. Biarkan dia di tanah Aberyswyth itu. Dia sudah lama di sini dan punya ramai kenalan. Tidak lama lagi dia juga akan menamatkan pengajian komputernya. Dia akan balik ke Tel Aviv. Dia akan membantu membunuh umat Islam di bumi Palestin. Itulah yang ada dalam fikiranku.
Dia Yahudi totok. Yahudi tetap Yahudi. Aku tidak mahu bersubahat lagi dalam perkara ini. cukuplah. Aku hanya menantikan saat untuk pulang. Dia tetap musuhku biarpun sebenarnya sebagai manusia aku semakin sayang kepadanya.
"Fir, boleh kukatakan sesuatu kepadamu..."
"Katakan Girl. Yang pasti aku mahu pulang ke tanah airku!"
"Aku mahu ikut kau pulang ke Malaysia!"
Darahku seperti berhenti mengalir sejenak. Kerongkongku seperti disumbat kain yang basah oleh darah rakyat Palestin. Kita tidak ada hubungan apa-apa. Tiada hubungan diplomatik. Tiada hubungan agama. Aku ingat ketika pasukan kriket negerinya datang ke Malaysia, keadaannya amat kecoh. Ramai yang berdemonstrasi menentang kedatangan itu. Mustahil aku akan membawa balik seorang gadis Yahudi totok.
"Itu sesuatu yang sangat mustahil, Girl,"
"Aku sudah buat keputusan...!"
"Itu keputusan kamu, bukan aku!"
"Aku telah ke musalla kampus minggu lepas,"
"Buat apa?"
Soalan itu tidak terjawab. Aku masih diserang kegugupan yang serius. Dalam hati ini, aku tidak dapat menafikan bahawa jiwa lelakiku telah mula memuja wajah lembutnya, rambut perang keemasannya, mata birunya dan semua yang ada pada dirinya. Akan tetapi aku masih mampu bertahan. Ini soal besar, membabitkan negara, lebih-lebih lagi agamaku yang suci.
Musim bunga di Pekan Penglais itu bakal menjadi yang terakhir buatku. Beberapa musim yang lalu, aku sering bersama Girl berjalan dari kampus University of Wales ke pusat bandar. Tidak jauh, hanya lima belas minit dalam keadaan biasa. Tetapi aku dan Girl akan mengambil masa yang lebih. Terutamanya apabila Aberystwyth disirami hujan kerana kedudukannya yang hampir dengan pantai barat, berdepan pula dengan Cardigan Bay. Kami berjalan melalui Old College yang menempatkan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan dan Jabatan Pendidikan.
Sering juga aku dan Girl menghabiskan cuti hujung minggu di North Beach, mengambil angin segar di sepanjang Marine Terrace sehingga ke Victoria Terrace di hujung sebelah utara. Atau kami berpeleseran di stesen bas di Alexandra Road. Semuanya menjadikan aku dan Girl seperti sepasang kekasih. Tetapi dia tetap musuh kepadaku. Aku tidak harus percaya dengan mudah segala kata manisnya.
"Aku serius Fir...!"
"Maksud kamu Girl?"
"Aku mahu terus berada di sampingmu..."
"Hanya untuk itu?"
"Tidak Fir! Aku sudah lama mahu melakukannya di negeriku. Tetapi keadaan tidak mengizinkan!"
"Sukar untuk kupercaya, Girl!"
"Terpulang! Tapi aku akan buktikan kepadamu Fir,"
Mata birunya kulihat basah. Tangisan itu masih meragukan hatiku. Benarkan dia ikhlas dengan semua yang diperkatakan. Atau dia sengaja mahu memerangkap aku, sementelah kami sememangnya musuh yang panjang sejarahnya. Adakah aku akan tewas dengan air mata itu.
Aku pulang penghujung musim bunga setelah selesai majlis konvokesyen sarjanaku. Hingga ke saat perpisahan kami di Heathrow, Girl masih merayu aku dengan permintaan yang sama. Akan tetapi aku terpaksa bertegas, walaupun pernah sekali kulihat dia bertelekung, seperti baru selesai solat ketika aku ke kediamannya. Bagiku musuh boleh berbuat apa saja untuk memerangkap lawan.
Ketika aku mula bertugas di ibu kota, aku mula mendapat surat elektronik daripada Girl. Dalam e-melnya, dia masih merayu agar aku berbuat sesuatu. Katanya dia akan menjadi seorang muslimah sejati sekiranya aku memberikan kata putus. Katanya kalau boleh dia tidak mahu pulang ke Tel Aviv. Katanya dia sudah terlalu jijik melihat kekejaman manusia. Dan aku masih tidak percaya.
Dua tahun selepas aku pulang, Girl menamatkan pengajiannya. Kami terus berhubung melalui siber. Dan malam itu apabila aku membuka kotak e-mel, aku terperanjat dengan isi kandungannya.
Fir, aku merayu untuk sekian kalinya kepadamu. Namun aku sedar kau seorang yang sangat kuat pendirian dan kukuh pegangan agama. Aku hormat pendirianmu. Aku sudah mengubah pendirianku untuk tidak pulang ke tanah air. Aku tidak menyalahkanmu. Kini aku sebenarnya sudah berada di tanah tumpah darahku sendiri. Maafkan aku Fir. Halalkan segala kenangan kita di tanah Aberystwyth. Seperti yang kujanjikan padamu, aku sudah berhijrah dan akan terus berhijrah.
Untuk e-mel terakhir ini, aku nyatakan sekali lagi dan terakhir bahawa aku
benar-benar mencintaimu. Selamat tinggal Fir. Akan kubawa cinta suciku hingga mati.
Dariku,
Habibah Firdaus Abdullah @ Girl
Malam itu aku terkedu separuh mati menonton berita lewat Cable News Network. Seorang gadis yang bernama Abigail Netanya meletupkan dirinya dalam sebuah disko dan membunuh tidak kurang daripada dua puluh remaja rakyat Israel yang sedang bersuka ria. Dialah Abigail yang kukenali. Abigail yang benar-benar telah berhijrah.
Malam itu juga aku berzikir panjang, bertahlil seorang diri untuk roh seorang yang pernah hadir dalam hidupku. Semoga rohnya diterima dalam kelompok mereka yang syahid....
KOMENTAR
Ni kawan saya forward kat saya. Ending tu buat saya mengigil. Ntah, cam ala-ala Sekam Cinta je . tapi agak sedey untuk karekter Girl . Silalah komen psl tindakan karakter tu saupaya jadi pengajaran buat semua.
Wajarkah Firdaus buat camtu yakni tidak mahu menerima Girl.
Adakah sebegitu sekali permusuhan Islam danYahudi sehingga kita langsung tdk blh menerima Yahudi yang interested ngan Islam.
Seandainya anda Firdaus, mahukah anda bimbing cinta Girl kepada dirinya kepada cinta Allah. Kalau Umar ( Hatiku MilikMu) dia mintak sahibah ( Asiah Yusra) tolong Shafika. Itu dah already muslim kalau non-muslim bagaimana??
Harap persoaln ni dijwb dengan penuh ketelitian dan rasional serta sbb2 yang releven dan bkn pakai harung. Manalah tahu benda ni mungkin atau akan berlaku. Nothing Impossible..
Youth For Palestine!
Be the one to make the difference!
The child and her diary
June 17, 2002
She wrote in her diary every night
When bullets passed by her window… she wrote
When Israeli soldiers killed her mother she wrote
She wrote of the horrors she sees
And the nightmares of flames and destruction
She the Palestinian child
Writes in her diary every night
To ease her enormous pain
To sedate her fears and nightmares
That little Palestinian child
Had died while writing in bed
From Israelis bulldozing her home
And now she lies in her tomb
Forgotten…as if she never existed
But her diary will carry on
The suffering of every Palestinian child
And now on her tomb Israeli children play
And sing with no worries of tomorrow
Where she once lived is confiscated
What are left from her family are refugees
And we continue to support Israel
With 10 million dollars a day!
And we continue to say
All humans are created equal
But continue to send to Israel
10 million dollars a day!
ROQ 05
.:To know, to love, to save OUR Aqsa! :.
Maryam Abu Ahmad Ibrahim
My Blog I My Blog II
Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak
sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya.
Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan
kekecewaan. Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....
Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!".
"Kalau abang nak.....adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya.
"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,".
Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu hari-hari kubisikkan kepadanya kata-kata yang baik.
Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang
menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan
mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas
pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan
setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.
Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.
Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi
selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.
Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat
suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain.
Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke
Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.
Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biar pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan
bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang
jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala
suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.
Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik
semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.
Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang
mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah
kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana Cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma,
pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur
Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.
Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.
Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar
agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama.
Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura
selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri.
Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu,
kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang.
Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya
mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.
Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan
letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya
lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.
Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat Cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku
berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!
Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam..... pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.
Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong.
Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!
Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang
lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!
Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada
rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.
Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya
semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang
penjajah!'.
Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku.
Suamiku meronta- ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,
suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.
Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!
Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini?
Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air
kita.. Sedarlah!!! Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.
MALAYSIA khasnya.
PELAMINAN SYURGA, MAHARNYA ADALAH NYAWA!
PELAMINAN SYURGA, MAHARNYA ADALAH NYAWA!
mereka memperolehi motivasi agung dari kisah jihad yang benar, hati mereka sangat tersentuh dengan motivasi ganjaran buat para syuhada' yang terus hidup walaupun telah mati, mereka sanggup bermati-an mempertahankan agama dan tanah suci yang dijanjikan untuk orang-orang beriman.....walau pelaminan dunia jadi korban, walau janji khitbah terpaksa dilepaskan...segalanya demi pelaminan syurga--janji buat mereka yang dimuliakan hidup dan matinya, disebut2 dilangit dan dibumi....biar NYAWA jadi taruhan...
Syahidnya Calon Mempelai
Jumat itu dia bangun jauh lebih awal dari biasanya. Padahal, menurut ibunya, semalaman ia nyaris tidak tertidur. Sampai tengah malam dia masih membaca Alquran. "Tatkala saya terjaga, dia sedang asyik shalat malam. Dia baca ayat-ayat An-Nabaa sambil menangis!"
Usai Shubuh, Ayat Al-Akhras (16) --remaja shalihah itu-- kembali membaca Alquran. Ayat-ayat jihad dibacanya berulang-ulang dengan nada bergetar. Sesekali ia terhenti, menahan isak tangis. Menjelang pukul 06.00 waktu Palestina, dia menulis sesuatu di meja belajar. Sejurus kemudian Ayat sudah berseragam dan bergegas menuju dapur untuk menemui ibundanya.
Kepada Ny Al-Akhras, dia pamit hendak pergi ke sekolah. "Ada pelajaran dan tugas tambahan. Hari ini boleh jadi merupakan saat terpenting dalam hidup ini. Saya mohon doa restu Ibu," ucapnya dengan mata berbinar.
Ny Al-Akhras tercekat. Dia sedikit bingung, heran, dan kaget melihat tingkah putrinya. "Semoga Allah selalu melindungi dan merahmatimu, Anakku. Tapi, bukankah Jumat adalah hari libur?"
"Doa itulah yang nanda harap, Bu," jawabnya. Ayat tak lagi berkata-kata. Dia hanya tersenyum dikulum, cium tangan, kemudian memeluk erat sang ibu yang masih kebingungan. Dan, dengan tetap tersenyum, dia menarik tangan adiknya, Samaah (10). Mereka, tulis Muslimedia, pun sama-sama bergegas ke sekolah.
Beberapa jam kemudian, Jumat 22 Maret 2002 sekitar pukul 10 waktu setempat, Radio Israel memberitakan ledakan bom di supermarket Nataynya, dekat Yerusalem. Peristiwa ini menyebabkan tiga orang tewas dan lebih dari 40 orang luka-luka. Pelakunya diduga kuat seorang putri Palestina.
Jantung Ny Al-Akhras berdegup kencang menyimak kabar itu. "Jangan-jangan dia ..." bisiknya saat itu. Pirasatnya menguat manakala dia mendapatkan Samaah pulang sendirian sambil terisak-isak. Dia mengaku tak tahu persis ke mana sang kakak bergi. Ayat, kata dia, hanya berpesan, "Jangan cemas dan takut. Allah selalu bersama orang-orang beriman. Sampaikan salam buat semua, dan berdoalah. Mudah-mudahan Allah memberi pengampunan dan kemenangan!"
Tinggal di kamp pengungsian, Ny Al-Akhras mengaku sempat cemas dengan nasib anaknya. Batinnya bertanya-tanya, "Ke mana dia pergi? Apakah dia sudah mewujudkan impiannya untuk menjadi syahidah?" Pertanyaan lain terus bermunculan di benaknya. "Bagaimana dengan impiannya yang lain? Soal pinangan, rencana pernikahan, dan pakaian pengantin yang sudah dijahitnya sendiri? Bukankah dia juga bercita-cita untuk melahirkan anak-anak, kemudian membina mereka menjadi mujahid-mujahid tangguh?"
Sementara pikiran liarnya bertanya-tanya, kalbunya mendapat isyarat bahwa calon mempelai itu telah gugur dalam aksi bom syahid. Dan, begitu laporan resmi mengidentifikasi jenazah Ayat, Ny Al-Akhras hanya berkata, "Inna lillaahi wainna ilaihi raji'un. Semoga Allah mencatatnya sebagai shahidah. Mudah-mudahan dia juga bisa menjadi pengantin Palestina yang bisa melahirkan kehormatan dan kemerdekaan bagi umat dan bangsanya."
Jumat siang itu Ayat Al-Akhras pergi mengikuti jejak Issa Farah dan Saa'id, dua kerabatnya, yang gugur diterjang helikopter Israel.
Lahir 20 February 1985 di kamp Dheishes, Ayat adalah anak keempat dari 11 bersaudara. Dia punya tiga saudara laki-laki dan tujuh saudara perempuan. Di akhir hayatnya, dia tercatat sebagai siswa kelas tiga sekolah menengah atas.
Ayat, menurut ABC News, termasuk anak cerdas dan rajin belajar. Sampai saat-saat menjelang syahidnya, dia masih rajin menasihati teman-teman untuk terus belajar dan belajar. "Penguasan ilmu dan teknologi amat penting dan diperlukan untuk mendukung perjuangan kita, apa pun bentuknya."
Hayfaa, teman baiknya, berujar, "Dia selalu menasihati kami bahwa belajar harus tetap berjalan, meski rintangan dan bahaya mengancam di sekeliling kita."
Tentang jihad, Ayat selalu berkata, "Jihad itu kewajiban setiap Muslim. Termasuk wanita. Mengapa kita harus membiarkan nyawa kita terenggut sia-sia oleh kebiadaban zionis Israel." Kematian seorang mujahid, kata dia, akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid lain, bukan sebaliknya.
Hayfaa tak menyangka Ayat syahid secepat itu. Dalam hari-hari terakhirnya, dia rajin mengumpulkan foto-foto mujahid Palestina. Di meja belajarnya berjejer slogan-slogan jihad dan kepahlawanan. "Dia pergi untuk bergabung dengan barisan syuhada lainnya."
Ayat, menurut catatan Islamic Movement Crescent, kini tercatat sebagai syahidah kedua di Palestina atau yang keenam dalam barisan pelaku aksi bom syahid sepanjang tahun 2002. Syahidah pertama adalah Wafa Idris (27), janda kembang yang berporfesi sebagai paramedis di Ramallah. Dia gugur dalam aksi menjelang akhir Januari 2002 yang menimbulkan seorang Israel tewas dan melukai 100 orang lainnya.
Di Palestina, aksi bom syahid sendiri telah berlangsung setidaknya dalam 21 bulan terakhir dan melibatkan sedikitnya 250 mujahid, umumnya berusia di bawah 30 tahun.
Meski tahu bahwa syahidah adalah cita-cita tertinggi anaknya, Ny Al-Akhras tetap saja merasa kehilangan. Dengan mata berlinang, dia mengulang kata-kata sang anak ketika berdiskusi soal kewajiban jihad bagi setiap warga Muslim Palestina. "Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan atau gugur di medan jihad."
Samaah, adik sekaligus teman terdekat Ayat, merasakan hal yang sama. Sambil menangis, dia berkisah tentang saat-saat akhir bersua dengan kakaknya. "Saya lihat cahaya di mukanya dan sebuah rona kebahagiaan tak pernah dilihat sebelumnya." Sambil memberi sepotong coklat manis, lanjutnya, Ayat berkata lirih, "Shalat dan doakan agar kakak sukses melaksanakan tugas suci ini."
"Tugas apa?" Samaah bertanya. "Hari ini kamu akan mendengar satu berita baik. Mungkin inilah hari terbaik dalam hidup saya. Inilah hari yang lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya kepada Akh Shaadi," tutur Ayat sambil memberikan secarik kertas.
Shaadi Abu Laan (20), calon suami Ayat, termangu beberapa saat ketika kabar itu sampai padanya. Dia nyaris tak percaya Ayat pergi begitu cepat mendahuluinya. Padahal Juli ini, jelas Shaadi, "Kami sudah berencana untuk resmi berumah tangga. Begitu Ayat lulus ujian, kami akan menempati rumah sederhana yang belum didekor." Mereka, tulis Azaalcity, sudah satu setengah tahun ber-khitbah (saling meminang). Keduanya bahkan telah menyiapkan nama 'Adiyy untuk bayi pertamanya.
Mereka bertekad mendidik si kecil sebaik-baiknya dengan harapan kelak menjadi seorang mujahid yang akan membebaskan Al-Aqsa dan Palestina dari pendudukan Israel.
"Allah ternyata punya rencana lain," ucap Shaadi kepada Islamicline. "Semoga kami bisa bertemu di syurga kelak, seperti harapan Ayat dalam surat terakhirnya. Saya tahu dia gadis berkepribadian kuat, tegar, dan cerdas. Dia mencintai negara dan agamanya lebih dari apa pun."
Setiap saat, lanjut Shaadi, Ayat memang selalu memimpikan operasi syahid. "Kami pun pernah bercita-cita untuk syahid bersama-sama. Ternyata Allah telah memilih dia duluan. Kalau ada kesempatan, saya akan menyusulnya segera. Semoga Allah mengabulkannya," ucap pemuda Palestina yang baru saja meraih gelar sarjana muda hukum ini.
http://groups.yahoo.com/group/hadith40/message/368
HATIKU MILIKMU-fatimah Syarha
(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro... aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyeksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan. Entah bila.....
"Umar, kau nak beli sim card baru, kan?" soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset. "A'ah!" Umar mengangguk ringkas. "Beli yang aku punya jelah," tawar Fathil. "Separuh harga?" acah Umar. "Beres. Kau nak sekarang ke?" "Tak nak..." Umar acuh tak acuh. "Cis, buang karen je!" bentak Fathil. "Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?" Umar meragui. "Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?" Fathil berwajah serius. "Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,""Tak sampai pun sebulan..." Fathil membetulkan fakta. "Habis tu, nak beli yang lain pulak?" "Mmm... dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari makwe aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku." "Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?" "Biasalah... lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm... tak kena selera gadis idaman akulah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar... tak pernah bermakwe," Fathil meluahkan. Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu..... dan, kau tahu Umar... kaulah lelaki itu!) "Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau..." Umar menyindir. "Eleh...nak kutuk akulah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah." "Ish, awek malang manalah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni... Dasar playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum."Dengkilah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari makwe. Sampai sekarang tak der makwe. Dayus! Penakut!" Fathil pula mengenakan Umar. "Penakut?! Sikit pun aku tak takutlah....aku malas je!"
"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku. Aku cabar kau tackle Maziah," Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya. "Maziah mana pulak ni?"
"Classmate aku. Sombong betul dia... buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku." "Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau jelah tackle dia."
"Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan...Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau." "Hey, aku beranilah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan…" Umar menolak cabaran.
"Kau ulanglah kata kau berani seribu kali. Aku takkan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun..." wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat. (Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik jugalah...) bisik Fathil.
Umar tercabar. Dia mendengus. Sim card baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi. "Hello! Fathil..." suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar. "Err, hello. Fathil takde," Umar gugup berhadapan suara itu."Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah..." suara itu mendesak. "Betul...dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan."Dah dekat seribu kali Fika call, kenapa dia tak angkat?" "Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya.""Fika dah agak dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika... semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan," suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar. "Tapi, tak semua..." Umar membela kaumnya. "Fika tak pernah jumpa pun..... semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap." "Err, suatu hari nanti jumpalah..."
"Huh, entah bila..." "Berdoalah pada Allah." "Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar. (Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru."Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!" gadis itu melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro' di sekolahnya dulu. Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran. (Merdu sungguh suaranya, tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?) (Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni....)
Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi. "Hello, Fika ni!" Gurlp! Umar menelan liur. "Hello!" balas Umar.
"Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun," Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya. "Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?" "Err...Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti," "Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho..." "Ish, takderlah. Biasa je..."
"Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?"
"Abang?!" Gurlp!!! "A'ah...tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!" "Err..." kelu lidah Umar. "Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah... miss you my hero! Ummmwah..." Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri. "Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?" Fathil mengajak. Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi dia diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya. "Tak minat!" balas Umar. Ringkas.
"Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni... Jomlah Umar, aku bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apa malam ni.... bosanlah!"
"Aku tak nak!!" tegas Umar."Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?"Fathil tahu kelemahan Umar, seterusnya cuba menjerat."Tapi...Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni..." "Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku seganlah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!" "Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu...Tapi Hanif ngan Faizi bukan! Mereka kawan baik aku." "Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku..." "Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya." "Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah..." Fathil ragu-ragu. "Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!"
"Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan. Macam ni lah yang aku nak..." Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara Umar dan Fika.
"Eh.. eh.. Maziahlah!" Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah."Yang mana?"
"Tu, tu, baju putih..." Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma."Nampak tak?" suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.
"Sikit-sikit je... kau bawa motor laju sangat," balas Umar. "Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau..." Fathil bertindak seperti apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal. "Maaaziaaahhhh.....!" Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yang dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover. (Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar. Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada seseorang.
(Eh, Asiah Yusro?!) Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya. (Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gila-gila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh, biarkan. Boleh blahlah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu... kaulah wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!) Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti. Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.
"Lawa si Maziah, kan?!" "Kau memang...cari orang lawa je!" "Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!" "Buktinya?" "Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga..." "Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa kau terseksa," Umar belajar daripada pengalaman.
"Orang tak de makwe cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan." "Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku boleh cari makwe." Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam. "Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!" marah gadis itu. Comel.
(Fika?! Gurlp!!) "Umar, kau bertuah malam ni... memang sesaat pun!" Fathil separuh berbisik. Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu. "Err, takde lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar Al-Mujahid. Dia boleh jadi pakwe baru Fika," pandai Fathil menyusun ayat. Dia memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini. Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan matanya.
Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadis itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah. (Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar. (Wow, sepuluh kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun turut terpegun dengan ketampanan Umar. Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis jelita. Teknologi sms 'dimanfaatkan' sepenuhnya sebagai penghubung saban hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms. (Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)
Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah, siangnya teruja dek warna-warni cinta. Cinta itu indah. (Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini... Fika, bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika...)
Tok!Tok! Assalamualaikum.... Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya diketuk. "Umar ada?" seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabattangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok. "Saya Banna... Hassan Al-Banna," lelaki itu memperkenalkan diri. "Kenal...selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej sebelah, kan?!"
"Mmm... awak?"
"Aku Fathil,". Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.
"Umar, kawan kau datang!" Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula berirama minta diangkat.
"Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergilah ni,". Fathil tergesa-gesa mengikat tali kasut.
"Umar tertidur, kot. Pergilah jenguk dalam compartment dia tu!" Ujar Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali kasutnya kemas diikat.
Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu mesej yang tertera di skrin handset.
Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak? Bolehlah bang...plizzzzzz....luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak percaya.
(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
(Tertinggal agaknya...) Banna memandang Fathil dengan senyuman.
"Dia tak bangun lagi ke?" Fathil sempat menjenguk Banna di dalam compartment Umar.
"Emm… tak lagi!" balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu menggoyang-goyangkan bahu Umar.
"Woii, bangunlah... kawan kau datang ni!" tengking Fathil. Umar menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian pantas menutupnya.
"Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun susah sekarang ni," leter Fathil. Hati Banna makin curiga dengan Umar.
"Err, nak ke mana tu?" Banna sempat bertanya.
"Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil ngorat mujahidah..." Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna turut tersenyum.
"Chow dulu..." Fathil melemparkan senyuman ramah.
(Bagus dia, mudah masuk ngan orang...) hati Banna memuji Fathil.
Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan da'wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik. Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang berhajat kepada Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh lengkap-melengkapi dan kuat-menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.
(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro.... Aku dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku mendengarnya!)
"Banna, ana ada hal lah esok," Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
"Hal apa yang lebih penting dari smart group?"
"Err... nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar," Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
"Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami semua boleh tolong nta siapkan assignment..." Banna menawarkan pertolongan.
"Eh, tak yah lah... ana boleh buat sendiri," Umar menolak.
"Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau nta datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment. Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda main-main, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat nta. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!"
(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan dengan smart group...)
"Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dah janji?!" Banna melontarkan persoalan.
"Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia. Tak sempat nak hantar mesej kat nta."
"Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok..."
"Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana banyak assignment,"
"Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam. Dia kata puas dia contact nta tapi tak dapat-dapat,". Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang tarbiyyah dan da'wah. Tarbiyyah, da'wah? Pergi jahanamlah... aku dah meluat. Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
"Ana dah tukar sim card," jawab Umar bersahaja.
"Kenapa tak inform?"
"Ana nak rahsiakan nombor ana," Umar tak berselindung.
"Kenapa ni Umar?" hairan Banna dibuatnya.
"Ntah?! Bosan..." getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
"Bosan? Bosan dengan apa?"
"Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betul-betul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya smart group. Tolonglah... ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da'wah, tarbiyyah... ahh, meluat!" terpancul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh... biarkan... biarkan... dah lama benar ia terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
Banna terpaku.
(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
"Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?" Banna mengungkap.
(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
"Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu… diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah," Banna menyambung lagi.
"Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?"
"Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya," jiwa Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
"Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?" Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.
(Ahhhhhhhhh....bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
"Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group," jiwa Umar terusik. Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.
"Ana akan tunggu nta. Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas'ul kita, Dr Azmin."
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
"Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni..." Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
"Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap. Assalamualaikum. Jumpa lagi," Banna bangun beredar. Umar membalas salam. Selang seketika, handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot...) hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai mereka.
(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah....) hati Banna berbisik. Dia mengakui hatinya resah tiap kali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan da'wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah.
Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
"Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa jap," Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
"Kertas apa tu?" Banna menjeling.
"Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..." Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
"Lelaki ke?"
"Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang..."
"Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti..." nasihat seorang abang.
"Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah... Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang?!"
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
"Mmm.Sama-samalah kita berdoa..." Banna mengangguk setuju.
"Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pakwe," bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
"A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pakwe dia pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pakwe dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil," tambah Joe.
"Dating depan orang ramai pulak tu," darah Fathil mendidih.
"Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pakwe dia tu," gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
"Siapa?"
"Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro', tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu."
"Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit."
"Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dahlah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali."
"Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat," Joe makin mengapi-apikan kemarahan Fathil.
"Joe, malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?"
"Malam ni? Kenapa lambat sangat... sekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu."
Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
"Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna?"
"Hanif mana ni bang?"
"Alah, Hanif... kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak ada rupa sangat tapi agamanya, insyallah."
"Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?" Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.
"Tak, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang sama dengan abang.,."
"Maziah ingat... zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam."
"Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikitlah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, nobody is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?"
"Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da'wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya."
"Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah..."
Tiba-tiba....
"Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii..." laung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.
"Fathil...dengar sini..."
"Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan..."
"Fathil..." Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.
"Tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je," Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga.
Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
"Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik."
"Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mulalah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain," luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.
"Maziah, pandanglah semua orang dari kaca mata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak?" Maziah mengangguk.
"Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da'wah bil hikmah dengan izin Allah," Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah. Dia berzikir memuji Allah.
Banna datang menghampiri adiknya.
"Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham," Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
"Insyallah, bang! Err, abang... dialah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!" Tanya Maziah.
"Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya," Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.
"Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umarlah yang membonceng motor dia?" Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.
(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan da'wah...) Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara.
"Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da'wah."
Banna terdiam dengan kata-kata itu.
(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na'uzubillah. Astargfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)
Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
"Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?" tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.
"Aku bengang betul lah!"
"Bengang apa?"
"Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang?"
"Orang dah ada pakwe, cari lain je...."
"Huh, tak semudah tu! Ni Fathil... dia belum kenal lagi siapa Fathil!"
"Kau nak buat apa?" Umar ingin tahu.
"Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku."
"Belasah perempuan?" (Gila!) bentak hati Umar.
"Bodoh! Belasah pakwe dia lah..."
"Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang."
"Kau memang penakutlah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas makwe aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? "
"Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau kau yang rampas awek orang?" Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.
" Kau tahu apa Umar?! Tu lah asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?"
Umar akhirnya mengalah.
"Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu," Fathil menunding jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.
Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk. Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.
(Kau Banna? Ah...kasihan kau!) kesal hati Umar.
"Cis, mampuslah korang berdua!" Fathil meradang melihat drama itu lalu cuba menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang mencederakannya.
"Woii!!" seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka. Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.
(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
"Woii. Korang gaduh ye?"
"Tak, kami berlatih taekwando!" Fathil berdalih.
"Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?" Pak Guard menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena penumbuk Joe.
"A'ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej," tambah Joe.
"Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak ade orang yang berlatih sampai berdarah cam ni," Pak Guard masih curiga lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga mulutnya.
"Betul pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja," Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.
"Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court. Yang korang berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!" Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.
"Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?" api kemarahan Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat di hala ke arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
"Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku, hah?" Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.
"Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas makwe aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!"
Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan mereka petang tadi.
(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)
"Fathil, awak salah faham…" Banna bersuara, cuba menjelaskan keadaan. Fathil segera memotong.
"Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu makwe aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik belasah kau."
"Bodoh! Memang kau salah faham..." Umar menengking lagi. Dia tak dapat menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.
"Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri..." Fathil menguatkan kenyataannya.
"Aku pun tengok!" tambah Joe.
"Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dialah, bukan makwe!" Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam mukanya.
(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)
Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sana lagi sekali.
"Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana salah faham, bukan salah sesiapa,"ujar Banna dengan lembut sambil menghulurkan tangannya.
(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.
"Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?" sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi.
Umar merenung wajah Banna.
"Banna, cedera nta teruk ke?"
"Sikit je," balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.
"Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat."
"Lupakanlah... Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta boleh bagitahu Fathil hal ni."
" Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah nta tadi," Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya berdarah.
"Tak ape, Umar. Lupakan... Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap hari bulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!!" Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.
"Banna, ana minta maaf!" Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama sekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima.
Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang...luv U!!
Umar serba-salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.
"Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart group."
"Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan, Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat siap, nta datanglah. Kejap pun tak pe," balas Banna. Mengharap.
****************************************************
Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cuba memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.
"Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!" iman di dada Umar bersuara. Fika mencebikkan bibir.
"Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kan sayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikit dengan abang," Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok ke sana- sini kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika.
Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya ke bahu Umar.
"Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut abang marah Fika."
"Tunjuk apa?"
"Abang kena janji takkan marah?"
"Kenapa abang nak marah pulak?"
"Janjilah dulu sayang..."
"Okey,abang janji takkan marah Fika,"
Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.
"Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut Fika? Abang suka tak?"
Gurlp! "Fika, pakai balik tudung tu!" arah Umar.
"Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?" Fika bersuara merajuk.
"Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!"
"Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang..." Umar makin lemas dihambur kata-kata manis Fika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.
"Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,"ungkapan kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.
Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilas pandang.
"Gurlp! Diorang?" Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ.
Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang berlawak untuknya.
"Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!" Fika mencubit paha Umar.
"Fika, apa yang kita buat ni berdosa!" Umar bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.
(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.
"Tapi...ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika sayang abang."
"Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?" Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.
"Jom balik!" Umar mengajak pulang.
"Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puas lagi bersama abang!" wajah Fika penuh keliru.
"Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!"
"Abang nak balik..." Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.
"Abang Umar, pulangkan tudung Fika!" Fika menjerit kuat membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.
Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cuba menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi.
(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)
"Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!" Umar meluahkan. Suaranya sebak.
"Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada di mana sahaja!" Dr. Azmin bersuara.
"Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah Allah," Dr. Azmin bersuara lagi.
"Ana rasa berdosa. Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!" luah Umar penuh kesalan.
"Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar... kembali bersama kami," Banna memujuk.
"Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta," lembut kata-kata Hizbi.
"Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu?" Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.
Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da'wah dan tarbiyyah.
"Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkkan semula maksiat tu di padang mahsyar nanti," Umar betul-betul menyesal.
"Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita sangat berhajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorang-sorang," Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin, Syamil, Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.
(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua...Aku bosan dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang menjadikan korang sebaik ini...)
*************************************************************
"Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah... Bertuah nti kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak kahwin lagi semata-mata menanti pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak bersama orang yang boleh membawa mereka terus istiqomah di atas jalan tarbiyyah dan dakwah," Asiah Yusro tumpang gembira dengan berita yang terpancul dari mulut Maziah namun berita itu membawanya terkenang kepada beberapa orang sahibah sefikrah yang masih belum berumah-tangga.
"Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin oleh keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan da’wah," tambah Maziah.
"Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya sekarang ni. Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana kesalkan, tak ade sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dah lama dibangkitkan," Asiah Yusro bersuara kesal.
"Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam bab a'mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil Islam secara menyeluruh. Yang cantik je menjadi pilihan, yang kurang cantik dipinggirkan," Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.
"Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada hadith yang menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihi kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu akan pudar dan hilang kecuali iman si gadis," Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.
" Tapi, tak semua sahabat begitu... nak tak nak, kita kena baik sangka juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina baitul da'wah mereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara orang yang dilahirkan daripada baitul da'wah. Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitul da'wah," Asiah Yusro berbaik sangka.
"Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah..." Asiah Yusra mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.
"Astargfirullah! Lagho ana nanti..." Maziah membulatkan mata.
"Maaf, ana gurau je..." Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram diusik. Dia berfikir sesuatu...
"Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat," Maziah pula yang mengusik.
"Ish, tak de lah. Siapalah ana..." Asiah Yusro merendah diri.
"Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba sahabat tapi nti menolaknya," Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.
(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah menolak. Aku cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham bahawa diam itu tanda setuju)
"Mana nti tahu?" dia terkejut bila rahsianya terbongkar.
"Umi nti kan kawan baik umi ana. Umi nti yang cerita...
Baru-baru ni pun, mas'ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan gambar nti, kan?! Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti tu," Maziah tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang mula tertunduk malu.
Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar Al-Mujahid pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik sahaja mereka dipertemukan kembali dalam universiti yang sama. Tetapi, mesej Umar terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan berani Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut kerana dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembung dengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro tak dapat lagi menipu diru. Dia juga turut merasakan bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah dan da'wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro terlampau menjaga hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta adalah ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja. Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.
(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang? Masihkah dia setia menantiku? Ahh, kutepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta biodataku dari Dr. Sal sebab tu aku takkan tanya Dr. Sal tentang hal ni. Moga, Allah memudahkanku untuk membina baitul da'wah idaman bersamanya...) Asiah Yusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelak daripada berfikir tentang Umar.
Maziah menyergahnya.
"Tiba-tiba berkhayal, ye?! Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, nti wanita solehah, tentu mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di kalangan sahabat," Maziah mengusik. Dia pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr. Sal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka berkawan baik dengan Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna. Namun, ianya di luar pengetahuan Asiah Yusro. Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh hati terhadap teman baiknya sebelum abangnya itu berani menyuarakan hasrat hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan biodata Asiah Yusro daripada mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr Sal.
"Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika kenali dulu," Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa berirama dengan mesej dan panggilan daripada gadis itu.
"Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap."
"Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika? Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?" terdengar suara tangisan Fika. Hati Umar terusik.
"Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah menaruh harapan tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya Fika silap. Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan Fika?" Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan Nur Syafika. Berbisa sungguh tangisan seorang wanita di hati seorang lelaki.
"Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima bila perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai. Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak nak peristiwa tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika sayangkan perhubungan ni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita sama-sama mencari Allah, barulah kita masih ada peluang untuk hidup bersama."
"Abang, bimbinglah Fika," Fika terus merayu.
"Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita adalah mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah seorang pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak silap abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin setiap Ahad malam di department abang."
*********************************************************
"Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat dia. Ana rasa nak kahwin dengan dia," Umar meluahkan kepada Banna ketika menziarahi Banna di biliknya.
"Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas'ul kita tentang masalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin datang. Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur perkongsian dengan mas'ul kita. Insyaallah dia boleh bantu," Smart group minggu ini diadakan di bilik Banna. Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang. Mereka bersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan sahabat-sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar, masing-masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.
"Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul da'wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi da'wah kita ini," Syamil berhujah matang.
"Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin lagi?" Faizi menduga.
"Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia," wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.
"Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui. Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi dengan perantaraan mas'ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro' dan boleh diterima olehnya," Banna menasihatkan.
"Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu." Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.
"Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana tak jadi macam ni," sesalan Umar tidak sirna.
"Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem," Syamil tak lupa memainkan peranannya.
"Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari sahibah," Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.
"Apa pendapat Dr.?" Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.
"Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah dan da'wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da'wah daripada zuriat kami," mas'ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.
"Walau bagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da'wah kita lebih berat dalam baitul da'wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?" Dr Azmin berkongsi pengalaman berharga.
"Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da'wah kalau bukan kamu semua?" Masing-masing terdiam.
"Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orang tuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya tak de rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah... Ada yang sanggup?"
"Ana!"serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.
"Bagus. Ramai yang sanggup”. Ramai sahibah yang kan terselamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?’’ Dr Azmin membuka minda mereka.
‘’Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi…’’ Hanif meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.
‘’Teruskan Hanif….’’ Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.
‘’Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak percaya bila ana kena jadi suaminya,’’ Hanif mengkritik tanpa berselindung.
(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.‘
’Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut paut langsung dengan maslahah da’wah. Itu zaman kecil. Nta pun apa kurang nakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau sekarang ni pun nta masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan Maziah, nta perlu selidik dan nta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin adik ana boleh menerima teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana boleh menjadi perantaraan nta dan Maziah,’’ Banna membetulkan persepsi kolot Hanif terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi itulah hakikat yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.
‘’Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana rasa suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat dia. Terus ana rasa tak de mood nak cari sahibah,’’
‘’Nta ni Hanif…kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar nta kata mustahil. Nta kan ada mas’ul. Kenapa tak bagitahu ana? Ana boleh aturkan,’’Dr Azmin bersuara.
‘’Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak. Dia putih, ana hitam. Dia….’’
‘’Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu nta, Hanif,’’
‘’Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah sebutkan….malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedar ana tak layak untuknya,’’ Hanif membela hujahnya.
‘’Siapa?’’ Dr Azmin ingin tahu.
‘’Asiah Yusro…’’ Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan Umar terbeliak.
(Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya.
Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunya bahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpun berbincang perkara itu dengan mas’ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.
Jam menunjuk tepat angka 11 malam. Kuliyah Tazkiyatul Nafs yang dikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir. Mata Fika sejak tadi liar memerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri kuliyah itu. Seorang lelaki yang duduk di sebelah Fathil menarik perhatiannya. Dia menjeling beberapa kali wajah lelaki itu dan kemudian menjeling wajah seorang gadis di sebelahnya.
(Wah, mirip benar! Dah lah sama hensem dan cantik. Adik beradik kembar ke ni?) fikiran Fika jauh mengelamun sejak tadi. Sedikit pun pengisian Dr. Azmin tidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi hatinya tak hadir sama, akibatnya tarbiyyah tak berjalan.
(Entahlah kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana Umar… atau kerana Asiah Yusro yang Umar katakan .Aku sorang je yang pakai seluar. Ni bukan tempat yang sesuai untuk orang macam aku!!!)
(Eh, nampak intim je Fathil dengan lelaki tu. Kalau dulu aku kenal Umar kerana Fathil, kali ni, aku mesti goda Fathil supaya kenalkan aku dengan lelaki ni pulak. Bolehlah lelaki ni jadi back up andai satu ketika Umar tinggalkan aku)
Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas peristiwa pergaduhan mereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau hatinya terpaut dengan peribadi mulia Banna?
Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri kuliyah itu mula bangun beredar , Fika memberanikan diri menegur gadis di sebelahnya.
‘’Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal Asiah Yusro dalam bilik kuliyah ni?’’ Maziah tersenyum.
‘’Saya Maziah. Asiah Yusro….hah, yang baru bangun dari kerusi depan tu,’’ Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak lekang. Gembira dapat menolong.
‘’Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?’’
(Err, macam ustazah!)
‘’A’ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya..’’
‘’Err, tak pe lah. Saya….’’ Fika segan melihat perwatakan Asiah Yusro. Namun hatinya mendesak untuk berhadapan.
‘’Alah, jangan risau. Dia baik, jom…’’
(keranamu Umar…) Fika akur dengan ajakan Maziah. Maziah lantas mempertemukan Fika dan Asiah Yusro.
Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan yang tidak disangka itu. Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin berjumpa abangnya Banna kerana ada urusan peribadi.
‘’Tak sangka boleh jumpa awak…’’ Fika memulakan perbualan selepas saling berkenalan.
‘’Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya. Semua ni aturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?’’
(Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis. Patutlah Umar tak berapa nak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau, perempuan perampas!)
‘’Awak kenal Umar Al-Mujahid?’’ Fika bertanya, mengabaikan persoalan Asiah Yusro.
" Kenal," ringkas jawapannya. Asiah Yusro kehairanan.
" Macam mana boleh kenal?" lagak Fika bagaikan seorang peguam sedang menyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.
" Dia satu sekolah dengan saya dulu,"
" Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah je kot..awak bercinta dengannya?"
" Err.." Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan itu. Pelik!
" Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak wajah awak pun saya tahu awak memang bercinta dengannya..". Asiah Yusro menafikan tuduhan yang tidak berasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama baiknya.
(Ya, aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah bercinta..)
Fika terus bertindak berani melemparkan tuduhan yang dicipta oleh mindanya. Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah, dihamburkan dengan kata-kata berbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu dan curiga dengan gadis itu. Baginya, perempuan yang terpancul namanya di mulut Umar ini telah meracuni cintanya. Kehadirannya boleh mengancam kebahagiaan.
(Cis, kau suruh aku mendapat bimbingan daripada si perampas ni, Umar?! Mustahil! Aku tak perlukan bimbingan sesiapa hatta diri kau sendiripun, Umar. Aku sudah seronok dengan gaya hidupku. Tak ada sesiapa berhak mengajarku!) Fika sebenarnya langsung tidak berminat untuk mendapat bimbingan sesiapa. Kata-katanya di hadapan Umar cumalah madah berhelah semata-mata. Pada malam itu, Asiah Yusro dijadikan mangsa untuknya melepaskan tekanan perasan yang meluat-luat dengan kerenggangan perhubungannya dan Umar. Asiah Yusro tenang menghadapi semua itu. Walaupun teruk dihina dan dinista namun dia masih mampu tersenyum kerana meyakini Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
(Kasihan dia. Entah dari mana didengarnya cerita yang bukan-bukan ni. Tak mengapalah, aku yakin Allah sengaja datangkan semua ni untuk mengujiku. Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku) Asiah Yusro terus tabah. Hatinya tak putus-putus berzikir, berbaik sangka dengan ujian Allah.
(Gila perempuan ni! Kenapa kau senyum pula? Kerana kau puas merampas Umar daripada aku? Huh, jangan mimpi lah perempuan. Umar tetap akan jadi hak aku)
" Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika ajak abang jumpa kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-jarang je jawab panggilan Fika. Abang dah benci Fika ke?"
" Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang. Abang rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba tinggalkan mereka tapi hidup abang jadi tak tenteram,".
" Mereka lebih penting daripada Fika?". Umar terdiam. Sukar bibirnya melepaskan ucap.
" Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,".
" Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?"
" Ya, Fika!" terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar.
" Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh jadi gila kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri."
" Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu boleh selesaikan masalah? Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika cakap, Fika nak berubah dan perlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro seperti yang abang suruh?"
" Abang, kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika tahu, kawan yang lebih penting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah dia. Abang tak perlu berdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati Fika. Abang suruh Fika mencari orang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau Fika cari pun, Fika akan ajar dia!" hati yang sarat dendam tersurat daripada kata-kata Fika.
" Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang bukan-bukan. Abang cuma berharap agar Fika boleh menerima bimbingan darinya...untuk kebaikan Fika juga,"
" Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak abang?"
(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah. Dia ada niat lain. Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab untuknya menerima hidayah. Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)
" Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak kebaikan. Ini bukan nokhtah bidayah atau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat tak menghalalkan cara. Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah bagi hati abang dan Fika jauh lebih hebat nanti. Jalan ni tak syaro'. Kita juga yang terhijab dari hidayah Allah, rugilah kita!"
" Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia tak sanggup terima Fika untuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada pandangannya. Macam-macam dihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat pakaian Fika. Fika tahu Fika tak semulia dia, tapi salahkah Fika mengharapkan bimbingannya? Bang, hati Fika benar-benar terguris dengan sikapnya. Fika tak nak jumpa dia lagi. Fika serik," Fika berbohong dengan esak tangis yang dibuat-dibuat untuk mencairkan hati Umar.
(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.
" Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar ikhlas perlukan bimbingan. Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan apa saja yang abang suruh. Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam Asiah Yusro pun, Fika akan pakai. Fika hanya perlukan bimbingan abang!"
" Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal kena ikhlas kerana Allah. Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu dengan ilmu dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,"
" Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu. Bagaimana Fika boleh berubah tanpa bimbingan orang seperti abang? Bang, tolonglah.. Fika rasa Fika perlu sangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam buku-buku agama yang abang miliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan biarkan Fika hanyut. Kasihanilah Fika.."
Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar. Dia tewas untuk kesekian kalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.
(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka Banna dan yang lain-lain je. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam pula, selalu kedengaran kat telinga ni. Ada apa-apa yang akan berlaku ke nanti? Allah redho ke tak ni?)
(Alah, aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada kebaikan. Sekejap je. Bukan nak buat apa-apa yang tak baik)
Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara syaitan dan malaikat.
Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang ramai berselerak di sungai Ulu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah jam Umar menanti. Dia membuka beg galas yang disandangnya, mencari handset. Dia ingin membuat sms kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.
(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat berfikir. Dia cuba mengimbas kembali kali terakhir dia memegang handsetnya. Memang sah, dia meletakkannya di dalam beg itu.
(Peliknya..macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk saku kah?)
(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset tu selalu aku gunakan untuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan teknologi sms. Allah Maha Halus ujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat lagi...mungkin inilah tanda cinta-Nya) Umar terkenang akan dosa-dosanya. Di saat-saat susah begitu, Umar pantas teringatkan Allah. Dadanya sebak mengenangkan cinta Allah yang sentiasa hadir bersamanya walaupun dia cuba menderhaka lagi. Penyayang-Nya Allah.
" Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku..
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu.." Lidah Umar mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar termenung di tepi sungai Ulu Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi terfikir untuk mencari Fika. Wajahnya kelihatan risau.
(Handset hilang. Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih. Ahh, bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini ketika aku cuba lari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun hidupku tak keruan. Aku tak menyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang nak bayar harga kerugian itu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana aku sendiri cuai menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayah Allah di Taman Islam. Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta Asiah Yusro daripada cinta Allah. Aku remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah yang ada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia merebak dan meracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya seketika. Azab rasanya! Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara. Mujurlah, Dia masih sudi memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak pernah bertepi. Cuma aku yang tak menghargai.Cukuplah...aku tak mahu kehilangan lagi. Ya Allah, Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa kehambaan berkunjung datang. Rahmat Tuhan.
Tiba-tiba...
Tiba-tiba...
" Uwarghhhhhhhh...." Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria. Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi bahu, diwarnakan perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu Umar. Umar segera menepis kasar.
"Hey, tak boleh sentuh lah!"
"Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju je," Fika merengek manja.
" Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?" suara Umar meninggi. Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua Pengawas di Sekolah Taman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi.
" Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh diri!" Fika terus bertindak melompat ke dalam sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai meminta tolong. Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun untuk menyelamatkan Fika. Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil ketawa berdekah-dekah.
" Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha.. Hari tu abang kata Fika bodoh sebab nak bunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab percaya Fika lemas. Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh lemas!".
Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu kali ini. Dia cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.
"Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang kali ni. Tak de lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur Syafika. Ha ha ha ha ha haâ" pelukan Fika semakin erat. Mereka bergelut di dalam air.
" Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan," Umar memberi amaran.
" Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati..abang bahagia dipeluk Fika macam ni, kan?! Ha ha ha ha ha". Umar hilang kawalan. Dia geram lalu menampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya membuatkan mulut Fika berdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya. Umar segera mencari daratan.
"Mulai saat ni, aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!" Umar mampu berkata 'tidak' kepada nafsunya kali ini.
"Abang.."Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air lantas mengejar Umar. Pakaiannya yang agak ketat semakin melekat di badan kerana basah kuyup. Tergoda iman lelaki.
Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat mungkin. Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan langkah. Dia tidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Di tambah pula dengan tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada berkasar lagi. Dia menyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu menjadi tarikan pelawat-pelawat yang lain. Fika tidak menghiraukan mata-mata yang asyik memerhati. Dia masih menangis dan terus memujuk rayu.
" Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat macam tu!" Umar melembutkan suara.
" Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika sekalipun, Fika akan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang. Abang, dengarlah suara hati Fika ni, Fika cintakan abang.." tangisan Fika terus berlagu hiba.
(Ahh, aku kena kuat untuk berkata 'tidak'.)
" Fika, bangunlah..." Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya menyangka Umar telah termakan pujukan.
" Fika, dengar sini..abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta Fika dan cinta Allah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang akan bebas dari bayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi. Cukuplah dengan dosa-dosa kita selama ni. Pesan abang yang terakhir, ingatlah...cinta Allah takkan mengecewakan!" Umar berlalu meninggalkan Fika.
Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.
" Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai bila-bila" laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar memejam mata seketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.
(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju melangkah tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
" Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang..." Fika menjerit tak keruan. Bagaikan orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah Umar terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah kembali kepada Fika. Adakah Umar kan tewas lagi?
Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik menuju ke arahnya. Bibirnya cuba mencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi cuba ditahan.
"Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika. Cinta kita cinta sejati.." Fika tak nak kehilangan abang lagi." Fika terharu. Tangannya dibuka untuk menyambut kepulangan Umar ke sisinya.
" Abang...baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!" lidahnya terus merayu. Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata dan tanganya masih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam dakapannya.
" Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung tak mengenali Fika yang buruk perangainya seperti ini. Abang harap Fika boleh berubah menjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta Allah...di situlah Fika kan temui cinta sejati yang Fika cari-cari selama ini.." selepas itu langkah Umar tidak terhenti lagi.
"Arghhhhhhhhhhh. Abang..Fika cintakan abang!" Fika menjerit sekuat hati. Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai. Umar tidak menghiraukan.
(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat pada tarbiyyah berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlalu dusta dan menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dari murka-Mu. Ya Allah, aku takut mengahdapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan, aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkan jalan tarbiyyah dan da'wah ini seperti dulu. Cukuplah sekali aku pernah tertipu dek nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan sebagai seorang mujahid laksana garangnya Umar di medan perang. Akulah Umar Al-Mujahid!)
Umar, Dr. Sal kirim surat kat nta," Banna menghulurkan sepucuk surat. Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan rancak berbual-bual. Persahabatan Banna dan Fathil makin erat terjalin saban hari. Umar mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka lipatan surat itu dengan berhati-hati.
(Apasal pulak Dr. Sal tulis surat kat aku?)
KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU
Kau maukan seseorang
Memenuhi hatimu
Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu
Dulu kau disekat dijaga
Maka kau pun boleh jaga juga
Tetapi kini kau bebas
Tak boleh jaga nampaknya
Satu demi satu tersungkur
Atau sekurang-kurangnya tumbang
Atau sekurang-kurangnya kecundang
Tidak ramai yang boleh jaga
Cinta bermaharajalela
Tiada tujuhala
Ingatlah kau dari sekolah mana
Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi
Kami mempunyai impian
Yang kami mahukan kamu semua memahaminya
Kami mahukan anak-anak semua
Meneruskan kegigihan kami
Menegakkan kalimah itu
Jangnlah leka nak
Janganlah kau ikutkan nafsu nak
Kau belum tahu penanganan dunia ini
Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu
Telah lupakah kau?
Semuanya?
Kan belum lama kau keluardarinya
Di merata tempat
Disana sini
Ramai wakil-wakil kami
Yang ingin membantumu
Apakah responmu semua?
Positivekah?
Atau kau yang mengelak?
Hati Mama luka
Jika kau tidak memikirkan DIA
Dalam melayani nafsu muda yang menggila
Mama lakukan yang terbaik
Kerana mencari kerethoan NYA
Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama
Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu
Anak-anak Mama sayang
Letaklah DIA dalam hatimu
Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA
Bukan cinta kepada dia yang sementara
Yang digelar infatuations
Tidak bermakna
Cinta kepada dia
Jika membelakangkan DIA
Mama Sal...
Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.
"Terima kasih Mama..." hatinya mesra dengan panggilan itu buat seorang mas'ulah yang amat dikagumi. Umar menatap lagi sajak itu. Kemudian dia melipat helaian itu dan dimasukkan ke dalam sampul.
"Eh, masih ada tulisan lain?" dia mendapati di dalam sampul itu masih terselit satu lipatan kertas.
Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup kencang...
Assalamualaikum…
Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati,
Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.
Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur Syafika selepas selesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah merampas nta daripadanya. Ana keliru denagn kenyataanya dan ana yakin nta pun akan turut keliru. Hanya Allah dan kita berdua yang tahu hakikat sebenarnya kita tak pernah bercinta.
Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu mendalam cintanya kepada nta. Ana takkan sesekali menghalang jika dialah pilihan terbaik untuk nta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul da’wah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana mendoakan nta dimiliki oleh seorang sohibah yang faham tarbiyyah.
Justeru, ketahuilah…
Ana menghargai kehadiran risikan nta dalam hidup ana. Ana tak sangka diri ana mempunyai tempat di hati nta. Entahlah samada tempat ana itu telah sedia dipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama nta tak pernah berubah. Maafkan ana kerana terlalu lama membiarkan nta dalam penantian. Ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat memberi jawapan. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik….
ASIAH YUSRO.
Umar membaca surat itu berulang kali. Dia bagaikan tidak percaya. Setelah bertahun-tahun lamanya, baru sekarang Asiah Yusro memberi jawapan untuk risikannya. Selama ini, Asiah Yusro benar-benar membuatkan dirinya terseksa dibebani beribu persoalan dan penantian. Sehinggalah baru sekarang penantiannya berakhir. Dalam menanti jawapan itu, dia pernah tersungkur di pintu cinta Nur Syafika. Nur Syafika menjadi penawar untuk mengubat beban penantiannya. Namun, cinta Fika mencampakkannya jauh dari hidayah Allah. Jiwanya sering diburu bisikan-bisikan iman yang masih berbaki. Bisikan itu merupakan kesan daripada tarbiyyah yang pernah dilalui di Taman Islam. Suara iman itulah yang menyelamatkannya daripada terus kehilangan hidayah Allah.
(Ya Allah! Cinta-Mu tak mengecewakan… Kau terlalu Maha Penyayang. Aku yakin, kehadiran cinta Asiah Yusro adalah tanda hadirnya cinta-Mu. Aku hamba yang derhaka namun Kau tak putus-putus memberikan rahmat-Mu. Ya Allah, layakkah aku yang penuh dosa ini untuk insan semulia Asiah Yusro? Sedangkan Hanif merasakan dirinya tidak layak, inikan pula diriku? Asiah Yusro, kau bintang agama sedangkan aku, lumpur yang hina. Aku masih merangkak mencari kemulian seperti mana yang kau raih di sisi-Nya. Hatiku milik siapa?Ya Allah, hatiku milik-Mu!)
’Bang Fathil, Fika nak tanya sikit…’’ Fika berjaya mencari nombor baru handset Fathil setelah puas mencuba pelbagai cara. Akhirnya, dia mendapatkannya setelah memujuk Joe.
‘’Kau nak tanya apa lagi Fika? Kita dah tak de apa-apa…’’ keluh Fathil.
‘’Abang masih sayangkan Fika?’’Fika cuba memujuk Fathil.
‘’Aku tak berminat dengan perempuan murahan. Kau ingat aku tak tahu kau pernah puaskan nafsu kau dengan berpuluh lelaki? Aku menyesal kerana libatkan kawan aku sendiri menjadi mangsa kau,’’ Fathil bertegas. Ketika itu, Umar masuk ke compartment Fathil sambil membawa sebuah majalah Haluan. Apabila melihat teman sebiliknya itu sedang bercakap melalui telefon, dia keluar dan kembali masuk ke compartmentnya.
‘’Abang, itu dulu. Fika dah berubah. Bagilah Fika peluang. Fika dah kecewa dengan cinta Umar sebab jiwa Fika tetap rindukan abang. Bang Fathil tetap satu-satunya lelaki di hati Fika,’’ madah berhelah Fika cukup beracun.
‘’Sudahlah Fika. Aku dah cukup muak dengar tu semua. Aku tak nak lagi jadi lelaki bodoh yang boleh terpedaya dengan kau. Perempuan murahan!’’ Fathil semakin matang.
‘’Woii, jaga skit mulut kau tu Fathil! Kau ingat kau tu mahal sangat? Aku sebenarnya tak ingin pun dengan kau. Aku dah muak dengan perangai playboy kau tu. Saje je nak test tadi…’’. Fika pula yang mengenakan Fathil.
‘’Dah puas cakap? Ada apa-apa lagi?’’ Fathil menyindir. Fika menarik nafas panjang-panjang.
‘’Err, izinkanlah Fika tanya sesuatu…’’ suara Fika kembali dilunakkan.
‘’Fika janji ini soalan Fika yang terakhir, Fika takkan ganggu kau err abang lagi lepas ni,’’ .Fathil terfikir seketika.
‘’Boleh percaya ke dengan janji kau!’’
‘’Sumpah, bang. Ni soalan terakhir Fika!’’
‘’Apa dia?’’
‘’Err, boleh Fika tahu serba sedikit tentang lelaki yang duduk sebelah abang malam tu. Alah, malam kuliyah Dr. Azmin tu?’’ Fika ingin mencuba mangsa barunya. Fathil ketawa menyindir.
‘’Fika, aku nasihatkan kau bertaubatlah….kau tak bosan hidup jadi playgirl ke? Aku dah bosan jadi playboy…tak de faedahnya!’’ Fathil sudah pandai memberi nasihat.
‘’Eh, siapa kau nak ajar-ajar aku? Mak bapak aku pun tak ajar, kau memandai pulak suruh orang bertaubat…’’. Fathil mengakhiri perbualan dengan tiba-tiba. Malas dilayannya lagi gadis itu. Dia masuk ke compartment Umar. Dia tahu Umar masuk ke biliknya tadi untuk mengajak berbual. Fathil menceritakan gelagat Fika yang merimaskannya. Umar cuma mendengar tanpa menyampuk. Kemudian, Umar menyerahkan majalah Haluan kepada Fathil.
‘’Tadi kat café, aku jumpa Banna. Dia kata nak datang sebab nak hadiahkan kau buku ni, tapi tiba-tiba dia ada urusan lain pulak. Dia kirim kat aku je lah,’’
‘’Majalah apa ni? Tak pernah pun aku dengar…’’
‘’Ini majalah kegemaran Banna. Isinya boleh membantu membina peribadi Muslim,’’
‘’Patutlah Banna baik. Aku memang tak pernah jumpa orang baik macam dia,’’
‘’Habis tu, aku ni tak baik?’’ Umar mengacah.
‘’Kau? Masa mula-mula aku kenal kau, aku ingat kau waro’ tapi rupa-rupanya gila-gila macam aku jugak. Sekarang ni, aku tengok kau jadi waro’ balik. Aku pun tak faham dengan kau,’’ Umar tersenyum. Fathil yang dikenalinya dulu juga banyak perubahan sejak dia intim dengan Banna. Memang benar, seorang kawan terlalu mempengaruhi hidup seseorang. Sebab itulah Rasulullah menyuruh berhati-hati memilih kawan.
‘’Oh, ya. Banna juga kirimkan kad jemputan kahwin ni,’’. Fathil mencapai kad wangi yang diserahkan oleh Banna. Dia mendengus. Umar faham perasaan Fathil ketika itu lalu mengalih topik perbualan.
‘’Fathil, cuba kau tengok sajak kat cover belakang majalah tu. Aku sukalah…’’. Fathil lantas membelek.
Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman
Khazinatul Asrar, Taman Islam.
‘’Umar, aku pun suka…’’ Fathil berkeringsing. Kali pertama dalam hidupnya menyukai sajak. Sebelum ini, baginya, sajak terlalu puitis, sesuai untuk jiwa perempuan sahaja
’Nti dah sedia menerima rombongan meminang minggu depan?’’ Asiah tertunduk malu dengan soalan Dr. Sal. Wajah solehah seorang mas’ulah di depannya tak berani direnung.
‘’Insyallah!’’ Ringkas jawapan Asiah Yusro.
‘’Ana dengar, sebulan bertunang nti akan terus kahwin. Umi nti yang cakap. Baguslah tu! Bertunang lama-lama pun banyak mudhoratnya,’’
‘’ Dr. Sal, janganlah sentuh hal ni lagi. Ana malu. Dengan umi pun ana malu nak bualkan hal ni. Biarlah hal ni menjadi hal orang tua. Ana pasrah saja…’’ pipinya menjadi kemerah-merahan.
Tepat seperti hari yang dijanjikan, Asiah Yusro kelihatan berseri-seri mengenakan baju pertunangan serba pink. Tudung labuh kain satin dengan jubah potongan moden menjadi pilihan umi. Nampak ringkas tapi tetap menawan. Terserlah gaya anggun seorang muslimah di hari bahagia. Menutup aurat dengan sempurna pun masih nampak jelita.Pakaian Islam tak pernah lapuk menyusuri zaman.
Hati Asiah Yusro kian dilanda debaran. Sanak-saudara dan jiran-jiran terdekat sudah siap sedia menyambut ketibaan.
(Ramai sangat tetamu yang umi jemput padahal ni majlis tunang je. Tak pe lah, apa salahnya meraikan semua jiran dan sanak-saudara)
Tidak lama kemudian, tujuh buah kereta tiba di perkarangan rumah Asiah Yusro. Rombongan lelaki itu disambut dengan solawat. Debaran makin bertambah apabila umi dan kakak mula memimpinnya keluar daripada bilik. Ruang dalam rumahnya sudah dipenuhi rombongan lelaki.
Asiah Yusro mengangkat wajah mencari Maziah. Maziah memberitahu bahawa dia akan datang bersama rombongan lelaki. Tatkala itu, dia bertembung mata dengan Umar Al-Mujahid yang duduk di tepi Hassan Al-Banna dan Dr. Azmin. Fathil pun ada sekali. Cepat-cepat dielakkan pandangannya.
(Astargfirullah. Aku dan dia tak kahwin lagi, mana boleh main-main mata. Mungkin dia pun tak sengaja. Astargfirullah)
(Hah, itu pun Maziah disisi Hanif. Wah, makin ceria lepas balik berbulan madu di Mekkah. Tak sangka dia mendahului abangnya. Fathil tentu pasrah…) Asiah Yusro gembira dapat melihat temannya di celah rombongan lelaki. Inilah kali pertama dia bersua muka selepas Maziah berumah tangga.
Sejurus kemudian, wakil keluarga Banna tampil menyuarakan hasrat menyunting mawar di taman larangan. Suasana ceria ketika itu. Namun, Asiah Yusro terkejut besar.
(Kenapa ayah Maziah yang melamar, kenapa bukan ayah Umar Al-Mujahid?) Baru sekarang dia tahu bahawa rombongan meminang itu adalah daripada keluarga Banna bukan Umar seperti sangkaannya. Air matanya menitis tanpa disedari.
(Umar, sekian lama kutepis rindu ini. Kunantikan syariat menghalalkan untuk kuluahkan segala kerinduan. Hatiku milikmu, Umar!) Hatinya pedih merintih. Dia cuba mengumpul segenap ketabahan namun tidak terdaya. Air matanya terus membanjiri pipi. Asiah Yusro sudah jatuh cinta. Cinta yang kudus terpelihara untuk Umar rupanya bukan milik Umar. Sukar untuknya menelan pahitnya realiti. Air matanya meluahkan segala…
‘’Bagi pihak kami, insyaallah tiada halangan. Tapi, kena tanya juga empunya diri,’’ suara ayah Asiah Yusro kedengaran bersulam keceriaan. Semua mata beralih fokus kepada Asiah Yusro. Senyuman yang tadinya ceria sudah pudar di wajah itu. Air mata Asiah Yusro memberi jawapan. Namun mempunyai dua tafsiran di minda tetamu, sedih atau terharu. Wajahnya diangkat dan memandang Umar Al-Mujahid seketika. Ada sinar pengharapan di matanya. Kemudian dia menunduk lagi, melayan murahnya tangisan. Hati Umar terusik, jiwanya bergetar.
(Tidak!Tidak!Tidak! Aku mesti ada kemampuan berkata tidak! Maafkan aku Asiah Yusro. Aku memang tak layak untukmu. Kau memang bertuah kerana bakal dimiliki oleh Banna, lelaki soleh yang kukagumi. Pilihan Allah Maha Adil untukmu. Banna 1000 kali jauh lebih baik dariku)
‘’Perempuan ni, bila diam tanda setuju, bila menangis tanda terharu. Tapi, berkatalah walau sepatah samada suka atau tidak,’’ mudah ayah Asiah Yusro mencipta pepatah. Hati umi Asiah Yusro pula dirundum resah melihat keadaan puterinya. Jiwa seorang ibu lebih memahami emosi anaknya. Itu teori psikologi yang banyak dibuktikan oleh realiti.
(Takkan tangisan terharu sampai cam ni sekali. Ish, pelik!)
‘’Kalau malu, bolehlah berbisik kepada umi. Setuju ke tidak?’’ ayahnya bertanya lagi. Dia berusaha mengekalkan keceriaan suasana. Namun, tangisan Asiah Yusro mula berlagu hiba bila soalan itu ditanya lagi. Semua tetamu kehairanan. Ayah Asiah Yusro juga baru dapat menduga kelainan anaknya. Sebelum ini, bila ditanya soal perkahwinan, anaknya itu sering mengelak dan menjawab ringkas,
’’Yusro pasrah je. Tak kira lah siapa yang masuk dulu…’’
Asiah Yusro sedar dia mencipta persoalan. Persoalan yang menyebabkan semua orang keliru. Persoalan yang pernah menyiksa hidup Umar suatu ketika dulu. Sebaknya cuba ditahan. Dia tak berdaya lagi menahan sedu-sedan, irama sebuah tangisan. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan dalam situasi begitu. Baginya, ini soal hidup dan mati, rumahtangga yang bakal dibina bukan barang mainan.Dia bingkas, melangkah sopan masuk ke biliknya. Suasana bagaikan dipukau seketika. Suspen sekali…
" Err, mungkin saya kena betulkan kata-kata tadi, perempuan bila diam, kita masih tak tahu, bila menangis, mungkin tanda tak setuju…’’ sempat ayah Asiah Yusro berlawak. Tetamu di sekitarnya ketawa kecil. Pandai dia menghidupkan suasana. Banna memandang Umar penuh tanda tanya.
‘’Umar, dia pandang nta tadi.Mungkin hatinya untuk nta. Kalau antum berdua sudah suka sama suka, ana rela gantikan nta di tempat ana. Ana takkan menyesal, malah ana akan bangga dapat menyatukan dua hati yang bercinta kerana Allah,’’ Hassan Al-Banna cekap mentafsir suasana. Umar terdiam.
(Ah, baiknya kau Banna!)
Sementara Asiah Yusro cuba melawan perasaan sedaya upaya. Air matanya tumpah juga, tak henti-henti. Dia perlukan ketenangan. Penawarnya ada di sisi. Al-Quran tafsif dibukanya dengan memejam mata. Mata yang makin sarat dengan tangisan. Air mata itu terus menitis laju membasahi satu ayat di dalam al-Quran. Asiah Yusro mengesat air matanya yang menodai lembaran suci al-Quran. Baris ayat yang basah itu memikatnya. Dia membaca ayat itu berulang kali sambil diperhati oleh umi yang berada di sisi, menemani.
(Masyallah. Indahnya ayat 216, Surah Al-Baqoroh ini. Kurasakan seolah-olah Allah sedang berinteraksi denganku. Mungkin, inilah keajaiban al-Quran. Terima- kasih Tuhanku, Kau hadir saat aku memerlukan.Ku pasrah pada ketentuan-Mu. Dengan cinta-Mu, Kau akan beri yang terbaik untukku. Aku yakin dengan-Mu Tuhan. Hatiku milik-Mu) Resah di hati Asiah Yusro terubat sudah. Allahlah teman yang menghiburkannya.
Umi keluar dengan wajah ceria. Hampir sejam tetamu menanti. Masing-masing masih tercengang, tertanya-tanya. Namun, tiada seorang pun yang bangun mengundur diri. Semuanya bagaikan sabar menanti bagaimana episod itu akan berakhir. Sebentar kemudian, Asiah Yusro keluar dengan wajah yang tenang. Tangannya mendakap al-Quran. Tiada air mata lagi bersisa di kelopak mata.
‘’Yusro, kalau tak setuju, katakan tidak. Abi dan ummi takkan sesekali memaksa,’’ Ayahnya cuba mendalami perasaan puteri tercinta. Asiah Yusro tidak memberi sebarang jawapan. Dia sedang mengumpul kekuatan untuk berbicara.
Tiba-tiba Banna memecahkan kesunyian.
‘’Maafkan saya. Mungkin kita boleh lupakan rombongan pinangan yang tadi. Anggaplah saya datang sebagai rombongan kedua untuk menyunting si mawar berduri yang mekar di Taman Islam rumah ini buat Umar Al-Mujahid,’’. Berani Banna menyusun bicara. Umar sendiri terkejut dengan tindakannya.
‘’Bagaimana di pihak perempuan?’’ ayah Asiah Yusro memandang anaknya sarat harapan. Moga-moga, lamaran kedua ada jawapannya.
‘’A’uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,’’ Asiah Yusro membacakan kembali tafsiran ayat 216, Suroh Al-Baqoroh. Allah telah memberikannya jawapan.
‘’Abi, Yusro terima lamaran Hassan Al-Banna,’’ jawabnya. Namun, jawapan itu masih sarat tandatanya.
‘’ Pinangan pertama untuk Hassan Al-Banna. Pinangan kedua, dari Hassan Al-Banna untuk Umar A-Mujahid. Yang mana satu maksud diberi?’’ayahnya minta kepastian. Asiah Yusro terdiam lagi. Beratnya menjawab soalan itu. Oh, Tuhan! Dia menatap sekali lagi ayat 216. Jiwanya nekad membuat pilihan.
‘’Hati saya rasa, Allah ingin jodohkan saya dengan Hassan Al-Banna…’’ Asiah Yusro tertunduk malu selepas membuat pengakuan itu. Berakhirlah sebuah episod tanda tanya…
‘’Alhamdulillah..’’ suasana ceria kembali. Majlis pertunangan kembali berjalan lancar. Kata-kata Asiah Yusro sangat berbekas di hati Umar. Biarlah ia meninggalkan parut kenangan buat selamanya.
(Pergilah…pergilah cinta Asiah Yusro! Aku tak perlukan cintamu. Ya Allah, hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan makhluk-Mu. Hatiku hanya milik-Mu) Umar memujuk hatinya agar tenang menerima suratan. Luka lamanya membengkak kembali. Dia cuba menyembunyikan segala kepedihan dan kekecewaan di hati. Cinta Fika sesekali melambai datang, ditepisnya sejauh mungkin. Cinta Asiah Yusro yang menjadi idaman, hadir ketika dirinya teraba-raba mencari jalan pulang.
(Cukuplah selama ini aku telah banyak menzalimi diri sendiri. Asiah Yusro tak patut dimiliki orang sepertiku. Potensi da’wahnya akan terhalang! Demi Islam, kuredho kau bukan milikku. Ku sedar, sekalipun kita tidak berada di atas penyatuan cinta namun kita tetap berada di atas penyatuan cita-cita. Ya, kita takkan selamanya rebah dalam kemelut rasa. Kita akan sama-sama bangkit kembali memikul beban tarbiyyah dan da’wah yang sarat perjuangan ini).
’Umar, sohibah tu lah yang dipaksa kahwin oleh keluarganya. Kasihan dia. Usianya dah menjangkau lebih 30 tahun. Ibubapa mana yang tidak risau?’’ Dr. Azmin mematikan lamunan Umar. Tangannya menunjuk kepada seorang sahibah. Mata Umar melirik kepada arah yang ditunjukkan. Seorang sahibah berwajah gelap dengan pipinya dipenuhi parut-parut bekas jerawat, sopan bersimpuh di satu penjuru. Tudung labuh dan jubahnya tetap memikat kalbu daripada kacamata iman seseorang.
‘’Dia wanita yang ditarbiyyah, wanita mulia! Layakkah dia untuk ana?’’ Umar berbisik kepada Dr,Azmin.
‘’Umar, selamatkanlah dia….’’ Balas Dr. Azmin menyebabkan Umar tersenyum, senyuman yang tersirat makna.
‘’Err, saya pun boleh jadi hero penyelamatnya,’’ terjulur kepala Fathil yang tiba-tiba muncul di celah Dr. Azmin dan Banna. Mereka tersenyum ceria.
(Fathil tak pandang kecantikan lagi ke? Mungkin imannya dah boleh berbicara)
Umar Al-Mujahid takjub dengan kuasa iman. Iman mengubah hati insan, menjadikan pemikiran seseorang tunduk pada kebenaran. Jalan tarbiyyah dan da’wah ini lah yang banyak memberi bekalan iman.
(Cinta tarbiyyah da’wah,hatiku milikmu!)
-Tamat-
“Apa ni ibu? Macam budak-budak pulak main tarik-tarik” Wajah Haikal mula berkerut. Dah besar-besar macam ni tak kan nak main tarik tali pulak kot? “Tu! Tu! Cuba tengok kat sana tu!” Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tengok apa?
“Tak ada apa-apa pun kat sana? Ibu mimpi ek?” Ketawanya mula meledak. Hajah Endon mula menarik muka masam. Orang cakap betul-betul dia main-main pulak! “Ok! Ok! Sorry ye! Ok, Kai dah nampak! Budak perempuan tu ke?” Tubuh gempal ibunya dipeluk erat. “Haah! Itulah budaknya yang ibu selalu sebut-sebut tu?”
“Aina Nabila ke?” Hajah Endon mengangguk laju. “Budak yang tangan kudung tu?” Sebuah cubitan singgah di peha Haikal. Berkerut keningnya menahan rasa perit. “Tak baik Kai cakap macam tu. Dia cucu Tok Ayah yang dok ajar mengaji tu. Budak tu pun pandai mengaji. Suara dia sedap sungguh!” Huh! Ibu kalau bab memuji memang terlebih-lebih!
“Macam mana? Setuju tak?” Setuju? Betul ke aku nak kahwin ni? Dah biasa selama 35 tahun ni hidup membujang. Lebih senang! Nak kawan dengan siapa pun tiada siapa yang melarang. Balik lewat malam pun tak siapa yang kisah. Bukan ke best hidup macam tu?
“Ibu tak kisah ke menantu ibu tu cacat?”
“Kenapa nak kisah? Dia pun orang jugak. Cuma tangan kanan dia je yang kudung. Yang lain-lain sempurna sifatnya. Lemah lembut pulak. Bukan senang nak cari gadis pingitan macam Aina tu.” Haikal terdiam. Ibu memanglah tak kisah, tapi … aku kisah!
“Kamu ni Kai, ibu tengok macam tak setuju je? Kalau tak setuju cakap betul-betul. Ibu bukannya memaksa. Ke…. Kai dah ada calon?” Calon? Adoi! Ibu ni! Kawan perempuan memang ramai tapi calon belum ada. Kenapalah ibu susah hati sangat kalau aku tak kahwin ? Lainlah kalau aku ni perempuan!
“Kalau dah kahwin nanti, nak ke dia ikut Kai ke KL? Dia dah biasa dengan kampung. Lagi pun mesti Tok Ayah tak bagi dia keluar dari kampung ni!” Punggungnya dilabuhka di atas kerusi rotan buatan tangan. “Mana kamu tahu Tok Ayah tu tak bagi? Belum apa-apa lagi, dah ke situ fikirnya!” Hajah Endon mendengus geram. Ada-ada je alasannya!
“Macam mana? Nak ke tak nak? Kalau setuju, sebelum kamu balik KL nanti kita terus langsungkan kenduri kahwin!” Haikal ternganga.
”Hah! Merisik tidak, bertunang pun idak, terus kahwin. Mengapa express sangat ibu?” Hai! Siapa yang terdesak sangat nak kahwin ni? Aku ke ibu?
Hajah Endon tergelak. “Merisik dengan bertunang tu adat je. Yang penting nikah tu! Ibu bukannya apa, kalau tunggu Kai balik KL nanti nak bagi jawapan, alamatnya sampai ibu mati pun belum tentu Kai setuju”
“Nantilah Kai fikirkan dulu. Tengok muka pun belum lagi, ibu dah suruh Kai nikah dengan dia. Entah-entah tak ada mata ke, hidung ke? Hah sapa yang kena? Kai jugak yang susah ibu” Dia segera bangun menuruni anak tangga menuju ke dapur. Malas nak melayan ibu pasal bab-bab ni. Kang mahunya dia menerima dalam keterpaksaan !
Haikal membongkokkan kepalanya. Dari celah daun tingkap dia mencuri pandang gadis itu. Aina Nabila yang selalu di sebut-sebut. Lagaknya seperti orang dulu-dulu. Kepalanya di litup dengan kain batik sarung. Baju kurung kedah berbunga biru itu pun sudah agak lusuh warnanya. Terkial-kial dia hendak memotong batang serai. Jika orang lain mengambil masa kurang dari seminit tetapi tidak dia. Daun serai itu di kepit dengan ketiaknya dan tangan kirinya pula bersusah payah memotong lebihan akar serai.
Kesian! Timbul naluri itu di benaknya. Hendak di tolong ke tidak? Dia teragak-agak. “Aina! Biar abang yang buatkan!” Gadis itu nampaknya tersentak. Cepat-cepat dia bangun memberi laluan kepada Haikal.
“Aina nak banyak mana?” Soal Haikal sambil menjeling sekilas wajah yang berselindung itu. 4 batang! Hanya ditunjuk dengan isyarat jarinya. Ah! Sudah! Bisu pulak ke budak ni?
Haikal mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Panas terik matahari begitu membahang. “Nah! 4 batang serai kan? Aina nak masak apa?” Dia menyoal lagi. Sengaja ingin mendengar suaranya. Hampa! Aina Nabila sekadar memberi tunduk hormat kepadanya sebelum berlalu pergi. Wajahnya pun tidak sempat untuk dipandang.
Kata ibu suaranya merdu, jadi mesti dia tidak bisu, tapi……… kenapa senyap? Mana suaranya? Aku nak dengar! Merdu sangat ke sampai teguran aku pun tidak bersahut.
Haikal menumpang dagu di kaki tangga. Pandangannya dilemparkan jauh di tengah sawah. Sayup mata memandang dengan panorama indah liuk lentok Si Daun padi. “Laaaaaa! Menung lagi? Tadi kata nak pergi rumah Tok Ayah?” Ibu, ibu, selalu sangat menganggu lamunan aku.
“Malas lah ibu. Segan pulak nak ke sana” Dia menjawab perlahan. “Pergilah jumpa Tok Ayah tu dulu. Lepas tu baru buat keputusan nak ke tidak kahwin dengan Aina.”
“Jangan pulak kamu terburu-buru buat keputusan sebelum kamu berjumpa dengan Tok Ayah. Nah! Ibu ada bekalkan lepat pisang. Nanti bagikan pada Tok Ayah” Aduh! Berbekal-bekal pulak! Ni yang aku malas ni!
“Lepat pisang? Ish! Tak kan Kai pulak yang nak bawa bekal lepat pisang ni ? Ibu je lah yang bagi nanti!” Buat jatuh saham aku aje kalau orang kampung nampak lelaki macho macam aku ni, menjinjing tupperware biru ibu!
“Dah! Dah! Jangan nak mengada-ngada. Pergi cepat! Nanti minta sikit daun limau kasturi dengan Mak Som kamu tu. Ibu nak buat tom yam. Kamu jugak yang beria-ia nak makan semalam” Ah! Sudah ibu ni! Nak aku pergi rumah Mak Som ambil daun limau kasturi pulak! Ni yang aku malas kalau balik kampung. Ada aje benda bukan-bukan yang ibu suruh. Kalau dengar dek geng-geng aku kat KL, mati aku di gelakkan!
Walaupun sudah puas dia memecut laju tetapi motor buruk itu tetap begitu geraknya. Kalau boleh nak je motor buruk arwah babah ni di tukarkan menjadi kapal terbang. Supaya senang dia meluncur laju di udara, jadi tak adalah sapa-sapa nampak dia terkial-kial membawa motor cabuk ni.
Dah puas meminta ibu buangkan saja motor buruk ni, tapi ibu berkeras membantah. Katanya, itulah kenangan manis dengan arwah babah. Kata ibu lagi, dengan motor buruk itulah aku dikendong ke klinik bila ditimpa sakit demam. Dengan motor buruk itu jugalah, aku dikendong ke bandar membeli baju setiap kali tiba musim sekolah atau hari raya.
Sayang betul ibu dengan babah! Tentulah sayang bila kahwin dengan orang yang kita cintai tapi aku ni macam mana? Boleh ke hidup bahagia jika Aina menjadi isteri aku. Dunia aku dan dia jauh berbeza. Aku seorang yang lasak, minat berlumba motor berkuasa besar dan suka mountain climbing. Aina pulak, gadis bertangan kudung yang lemah lembut. Macam kata ibu, gadis pingitan! Boleh ke keras dengan lembut bersatu?
Sedar tak sedar motor buruknya sudah menjengah ke laman Tok Ayah. Rumah kayu yang sudah usang tapi meriah dengan suara anak-anak kecil belajar mengaji. Langkahnya terhenti di situ tatkala terdengar suara merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Surah Yassin! Biarpun ilmu agamanya cetek, tapi dia yakin itu adalah petikan dari Surah Yassin. Lebih-lebih lagi dia selalu mendengar ibu mengalunkannya setiap malam Jumaat. Sedekah buat babah dan nenda yang telah pergi.
“Hang ni Usop, dah berapa kali Atok habaq tapi tak mau dengaq! Bila huruf nun mati atau huruf baris dua bertemu dengan huruf iqfa’ kena bunyi dengung. Awat atok tak dengaq pun bunyi dengung hang ni!” Suara nyaring Tok Ayah mula kedengaran.
Tegasnya masih sama macam dulu. Haikal tersengeh! Dulu aku pun selalu kena marah dengan Tok Ayah. Selalu terbalik antara huruf Iqfa’ dengan huruf Izhar. Yang paling dia ingat cuma huruf Iqlab sebab hanya ada satu huruf. Huruf Ba’. Itu je yang dia ingat dari dulu sampai umur dah masuk 35 tahun ni!
Suara merdu itu beralun lagi. Hatinya bagai dicarik-carik tatkala suara itu beralun. Merdunya! Kalau masuk pertandingan menyanyi, mesti kalah Siti Norhaliza dengan Mawi. Hehehe….
Itu ke suara Aina Nabila yang ibu selalu cakap tu ? “Hang ni sapa?” Alamak! Bila masa pulak Tok Ayah dah terconggok kat sini? “Assalamualaikum Tok!.Saya Haikal anak Hajah Endon” Tangannya dihulurkan.
“Ooooooo….Hang ka Kai! Anak Endon dengan Hazmi kan?” Haikal mengangguk laju. Ingatan Tok Ayah masih kuat rupanya. “Kalau hang, memang atok tak boleh lupa punya. Budak nakal yang paling susah atok nak ajaq mengaji. Hah! Sekarang ni lagu mana? Selalu tak hang mengaji Quran?”
“Errr…Ada, ada tok! Selalu lah juga mengaji” Hehehe…. Hidup, hiduplah Tok Ayah kena tipu dengan aku! Sembahyang pun selalu tuang, inikan pula nak membaca Al-Quran.“Eh? Awat hang dok tercegat tang tu? Mai lah masuk!”
“Ni hah Tok, ibu kirimkan lepat pisang” Tupperware berwarna biru itu dihulurkan. “Terima kasih na! Lepat pisang mak hang memang sedap.” Haikal tersengeh.
“Bila hang balik sini?”
“Dua hari lepas tok!” Tok Ayah sekadar menganggukkan kepalanya. “Atok ni dah tua Kai. Entah esok lusa dah nak pi. Hang jagalah Aina elok-elok na!” Hish! Aku setuju pun belum lagi. Cara Tok Ayah cakap ni macam dah confirm jek! Ni mesti ibu yang tolong setujukan untuk aku.
“Aina tu kesian! Cacat! Banyak yang kurang kat dia. Bila atok dengaq mak hang habaq pasai hang nak menikah dengan Aina, atok memang suka sangat. Lapang hati atok kalau ada orang yang boleh tolong tengok-tengokkan dia” Haikal terdiam.
“Aina! Aina! Bancuhkan kopi kat bakal suami hang ni. Bawak piring sekali. Mak Endon hang ada bagi lepat pisang!” Adoilah! Dah sahlah ni!
Sebentar kemudian, kelibat Aina muncul dengan menatang dua cawan kopi. Hemmm…..Sedap bau kopi ni! Bau dia tak sama macam kopi yang selalu dia minum.
“Jemputlah minum Kai! Kopi ni Aina bakar dan mesin sendiri. Atok tak suka kopi yang kedai jual tu. Banyak sangat benda tiruan yang ditambah. Hang cubalah! Rasa dia mungkin tak sama dengan kopi yang hang selalu minum” Memang dia hantu kopi. Sehari tanpa kopi dalam hidupnya, bagaikan tidak lengkap!
Haikal minum seteguk. Dua teguk dan berteguk-teguk! Hehehe…sedap! Memang sedap! Rasa macam nak secawan lagi. Tapi segan pulak nak minta tambah!
“Hang nak pi mana tu Aina? Mai duduk sini sat. Sembang-sembang dengan bakal suami hang ni.” Ujar Tok Ayah tatkala melihat Aina yang mula mengatur langkah.
Gadis itu duduk bersimpuh di sebelahnya. Haikal mencuri pandang dengan ekor matanya. Comel! Anak mami berkulit kuning langsat. Tangan kudungnya disembunyikan di sebalik kain batik sarung yang menutupi kepalanya.
“Atok nak ke dalam. Hang pa berdua sembang lah na! Tapi jangan lama-lama sangat. Dah kahwin esok tak pa!” Haikal tergelak kecil. Tegas-tegas Tok Ayah pun pandai juga berlawak.
Aina Nabila masih tunduk merenung lantai. Entah apa yang menarik sangat kat lantai tu sampai muka aku yang handsome ni pun engkau tak nak pandang.
“Aina setuju ke nak jadi isteri abang?” Lama terdiam dia membuka bicara. Gadis itu mengangguk perlahan. “Bukan kerana terpaksa?” Dia menyoal lagi. Tingkah Aina masih sama seperti tadi. Kepalanya di anggukkan lagi. Adoilah! Macam mana nak hidup sebumbung kalau macam ni, dok main bahasa isyarat je.
“What??? Engkau dah kahwin? Biar betul ko ni Kai?” Haikal menjauhkan gagang telefon dari telinganya. Mak aiii! Kuat benar mamat sekor ni menjerit. “Minah malang mana yang jadi isteri ko tu?” Terdengar kekekkan ketawa di hujung talian.
“Mangkuk! Amboi sedapnya mulut ko cakap kat aku ye?” Ketawa Zamri masih bersisa. Angin tak ada, ribut pun tidak, alih-alih dah kahwin! Sabar jelah dengan budak Haikal ni. Penuh dengan kejutan.
“Aku bukannya apa Zam, tak sampai hati tengok ibu aku. Dia yang beria-ria. Kesian pulak aku tengok”
“Ye ke tu? Ke ko tu yang dah gian nak kahwin. Diam-diam je ko ni ye!” Lahabau betul budak ni! Tak habis-habis lagi nak mengenakan aku. “Oit! Aku serius ni. Esok aku balik KL. Tapi aku ada hal sikit nak minta tolong ko ni!”
“Minta tolong apa? Jadi pengapit ko ke? Tapi ko dah selamat dah, malam pertama pun dah lepas kan? Hehehe…..Nak minta tolong apa lagi?” Ceh! Memang nak kena betul budak Zamri ni! Nasib baik dalam telefon kalau tak dah arwah aku kerjakan.
“Hal ni cuma engkau sorang je yang tahu. Aku nak kau rahsiakan dari semua orang. Kalau aku dengar rahsia ni bocor, aku memang tak cari orang lain lagi dah!” Ketawa Zamri tiba-tiba mati. “Ngapa ko ni Kai? Benda baik nak berahsia buat apa?”
“Ah! Kau tak akan faham punya. Alah! Buat je lah apa yang aku suruh. Lagi satu, aku ada bagi kunci rumah pada Samad. Aku rasa mesti dia bawa balik member-member dia lepak kat rumah aku. Kau tolong aku halau budak-budak tu. Kunci tu kau simpan. Nanti aku cari kau!” Amboi! Mengarah bukan main lagi. Zamri mendengus perlahan. Apa nak buat, ikut jelah. Dia boss aku. Kang kena potong gaji pulak!
**************
“Cepat sangat dah nak balik KL. Tinggallah sehari dua lagi” Hajah Endon mula sebak. Air jernih mula bertakung di kelopak matanya. Haikal tersenyum. Ibu dan air mata memang tak dapat dipisahkan .”Dah lama Kai cuti ibu. Lagi pun mesti kerja Kai kat office tu dah berlambak-lambak.” Tangan ibunya dicium lembut.
“Jaga Aina baik-baik Kai. Dia tak biasa hidup di bandar besar macam KL tu.. Amanah Allah ni, jagalah dengan elok. Lagi satu, jangan lupa sembahyang.” Haikal sekadar mengganggukkan kepalanya.
“Abang dan Aina datang dari dunia yang berbeza. Kita berdua perlukan masa antara satu sama lain. Abang harap Aina faham dan jangan salah sangka, abang tak bermaksud menghina Aina. Apa pun yang berlaku, Aina tetap isteri abang yang sah!” Teringat kembali kata-katanya sewaktu malam pertama bersama Aina.
Rasa bersalah tetap timbul di hatinya tetapi entahlah. Perasaannya bercampur baur. Dia masih lagi teringat ketika Aina bersalam dan mencium tangannya sewaktu majlis membatalkan air sembahyang tempoh hari. Sejuk! Lembut! Tatkala tangan kudung milik Aina bersentuhan dengan tangannya. Dia terkedu! Tangan kanan Aina hanya sampai ke siku. Bukan dia tidak biasa melihat orang cacat sebelum ini tetapi, memiliki seorang isteri yang cacat adalah suatu perkara yang berbeza. Dan aku, lelaki gagah di mata wanita, akhirnya tersungkur di kaki gadis bertangan kudung?
**************
“Apa ni Zam? Kan aku dah suruh kau halau budak-budak ni dari rumah aku? Kenapa dia orang masih ada kat sini?” Suara Haikal separuh berbisik. Dia merenung motor dan kereta yang berselerak di laman rumah teres dua tingkat miliknya. Mesti tengah syok tengok film blue lah tu!
“Aku dah call Samad semalam. Manalah aku tahu dia orang masih stay kat sini!” Haikal mula menggaru-garu kepalanya. Dia menjeling sekilas pada Aina yang masih di dalam kereta. Mati aku kalau mat-mat motor tu nampak. Apa aku nak jawab kalau budak-budak tu tanya?
“Kau tunggu sini kejap. Tolong aku tengok-tengokkan Aina!” Ujar Haikal sebelum melangkah masuk. Peh! Busuknya! Haikal menutup hidungnya. Bau asap rokok dan minuman keras bercampur-campur. Habislah kalau Aina nampak semua ni. Pastu, lagi satu bala pulak kalau dia pergi cerita dengan ibu. Sah! Ibu akan di serang sakit jantung!
“Oii! Oii! Blah! Blah cepat! Dah berapa lama korang berkubang kat rumah aku ni?” Haikal menjerit kuat. “Ala rileks lah Kai. Macam tak biasa pulak! Selalu engkau tak kisah pun!” Samad yang sudah lalok dengan minuman keras bersuara malas.
“Alah! Blah je lah! Banyak pulak songeh kau! Aku penat ni! Nak rileks sorang-sorang. Cepatlah!” Dia menepuk tubuh Samad beberapa kali. “Oit! Nanti jap! Ni hah! Cd blue ni kau ambik sekali.” Beberapa keping cd di campak ke arah Samad. “Eh? Ni kau punyalah Kai! Aku tak bawa cd pun datang sini!”
“Alah! Ambil jelah. Aku sedekah kat kau. Nanti kalau nak tengok, tak payah susah-susah datang rumah aku lagi. Ni hah! Satu lagi! Tin-tin minuman ni kau bawa balik sekali. Ingat rumah aku ni tong sampah ke?” Samad terdiam. Apahal pulak mamat ni? Selalu dia tak kisah pun!
Aina berkerut-kerut memandang ramai lelaki yang keluar dari rumah Haikal. Sesetengah yang melintasi di hadapannya, mengenyitkan mata. Samad yang masih terhoyong-hayang mendapatkan motor Harley Davidson nya. “Oooooooo… Patutlah suruh kita orang balik cepat-cepat! Ada awek cun rupanya!” Ujar Samad tatkala pandangannya jatuh kepada Aina. “Eh? Sejak bila kau ada awek alim macam ni? Kau share dengan Zam ke?”
Sebuah hentakkan singgah di rusuk kiri Samad. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit. “Adoi! Apa ni Kai? Aku tersalah cakap ke?”
“Diamlah kau! Ini orang gaji aku lah! Lain kali jangan bawa member kau tu kat sini lagi. Dah blah cepat! Kang dapat lagi penumbuk aku pulak?” Zamri yang berada di sisinya terdiam. Orang gaji? Dia menoleh memandang Aina di tempat duduk belakang kereta. Tapi Gadis itu sudah menundukkan wajahnya.
“Aku pun nak blah ni Kai. Budak-budak tu pun dah blah! Malam esok ada race. Kalau kau free,datanglah!” Bahu Haikal ditepuknya beberapa kali. “Thanks Zam! Esok? Tengoklah! Aku tak janji!”
Zamri tersenyum. “Kenapa cakap orang gaji?” Dia berbisik ke telinga Haikal. “Tu je jawapan yang ada dalam kepala hotak aku masa tu! Aku tak ada pilihan!”
“Ada! Kau tu je yang tak nak!” Zamri bersuara sambil tersengeh. Dia mengangkat tangan sebelum memecut laju motornya. Haikal terdiam.
“Jomlah masuk Aina. Beg-beg tu biar kat dalam kereta dulu. Kejap lagi abang angkat” Dia membuka pintu kereta untuk Aina.
"Aina!" Langkah Aina terhenti. "Aina marah ke abang cakap kat budak-budak tu yang Aina ni orang gaji abang?" Wajah bujur sirih itu di renung tanpa berkelip.
"Tok Ayah cakap, syurga seorang isteri terletak di atas redha seorang suami. Jika itu adalah redha abang buat Aina, Aina terima dengan hati yang ikhlas" Haikal terkedu! Terpana dengan bait-bait indah bicara dari bibir Aina. Mohon ampun ibu! Haikal terpaksa!
Bau harum kopi semerbak menusuk hidungnya tatkala memasuki rumah. Tali leher yang melengkar tengkuknya direntap kasar. Dia tersandar keletihan di atas sofa.
2 minggu bercuti, kerja-kerja di pejabat begitu menyesakkan. “Bersih rumah aku ni sejak ada Aina” Haikal tersenyum-senyum. Sekurang-kurangnya suasana rumah yang kemas dan bersih dapat me releasekan tensionnya.
“Eh? Abang dah balik? “ Aina yang berkemban keluar dari bilik air, kelam kabut menutup badannya. Haikal tersengeh nakal. Memang dia masuk menggunakan kunci pendua yang ada padanya.
Muka Aina merona merah. Hendak berjalan pun dia jadi serba salah, melihatkan Haikal yang tidak berkelip merenungnya. Dan dia terus terpaku di situ tatkala Haikal mula bangun menghampirinya. “Rambut Aina yang basah ni, buat Aina nampak comel sangat!” Rambut Aina dielus lembut. Geram pulak aku tengok!
Tok! Tok! Tok! “Kai! Kai! Bukak pintu ni cepat!” Hish! Siapa pulak yang kacau daun memalam buta ni! Haikal mendengus geram. “Pergi naik atas!” Aina mengangguk laju. Dia segera berlari menaiki anak tangga ke tingkat atas.
“Oit! Sabarlah! Kang pecah lak pintu rumah aku nih!” Haikal membebel marah. Apa ni? Haikal ternganga melihat Samad yang berlumuran darah dipapah masuk ke dalam rumah. “Woii! Woii! Apahal lak ni?”
“Samad accident masa race motor tadi” Khairul budak bertubuh kurus kering itu tergagap-gagap menjawab. “Habis tu? Apasal bawa rumah aku pulak? Hantar hospital lah bodoh!” Apasal lah bengap sangat budak-budak ni! Ni yang buat aku angin nih!
“Kami race tadi tapi bukan kat tempat biasa.”
“Korang race kat mana?!!!” Masing-masing menikus bila Haikal mula menengking. “Highway Sg. Besi. Pastu polis nampak. Samad accident masa nak lari dari kena kejar dengan polis!”
“Bawa jelah dia pergi hospital! Korang bukannya buat apa pun, cuma lumba haram je. Bukannya jual dadah!” Haikal mula panas. Kipas angin yang berputar ligat pun tidak terasa sejuknya.
“Tapi…. Kai…” Kata-kata Khairul terhenti. Dia menyeluk ke dalam poket jaket yang di pakai oleh Samad. Beberapa bungkusan kecil dihulurkan ke arah Haikal.
Haikal terdiam. Dahinya ditepuk beberapa kali. “Menyusahkan orang! Apasal tak mampus je tadi!” Sheila, makwe Samad yang sejak tadi menangis, makin kuat meraung tatkala mendengar kata-kata Haikal.
“Bak sini hand phone kau!” Khairul kelam kabut mengeluarkan telefonnya. “Zam! Aku ni! Adik kau ada rumah tak?” Nafasnya turun naik tatkala bercakap. “Hah eloklah tu! Kau bawa Ziela datang rumah aku jap! Kau pun ikut sekali. Alah! Datang jelah! Ada hal ni!” Klik! Talian terus dimatikan.
“Nah! Ambik balik hand phone kau. Kau boleh blah sekarang! Suruh budak-budak kau kat luar tu blah sama. Pasal Samad ni, biar aku uruskan!” Khairul kelam kabut mengangguk. Tidak berani membantah perintah Haikal.
“Rul! Nanti jap! Ni hah! Budak pompuan ni pun kau bawa balik sama. Asyik menangis je! Pening kepala aku!” Menyusahkan betul minah ni! “I tak nak balik! I nak duduk sini dengan Samad!” Sheila meronta-ronta cuba melepaskan cengkaman tangan Haikal. “Ish! Engkau ni nak makan penampar aku ke? Balik!!” Jeritan Haikal bergema ke seluruh ruang.
Aina yang baru menuruni anak tangga terhenti. Terkejut mendengar suara pekik Haikal sejak tadi. Dia tergamam bila semua mata tertumpu ke arahnya. “Aina! Kenapa turun? Kan abang suruh naik atas tadi? Naik!” Panas baran Haikal kian menjadi. Dan sekarang, tempiasnya turut mengenai Aina.
Aina yang tergamam dengan tindakan Haikal masih kaku di situ. Terpinga-pinga tanpa tahu apa yang berlaku. “Hish! Perempuan memang menyusahkan!” Haikal mendengus geram. Dia melangkah laju menghampiri Aina yang masih tidak berganjak.
Tangan Aina diraihnya untuk di bawa ke bilik. Namun, dia tersilap bila tangan kudung itu pula yang disentuhnya. Kali kedua menyentuhnya, perasaannya tetap sama seperti pertama kali dulu. Terkedu di situ! “Maafkan abang!” Macam mana aku boleh silap pegang nih! Pelik? Panas barannya tiba-tiba surut tatkala menyentuhnya!
*******************
"Kenapa abang Kai tak bawa dia ke hospital je?" Ziela yang baru siap merawat Samad membuka bicara. Haikal terdiam. Kepalanya digaru beberapa kali . Dia menjeling Zamri yang berdiri di sebelahnya. Zamri sekadar menjungkitkan bahunya beberapa kali. Tidak mahu campur tangan atas apa yang berlaku.
Samad dan geng motornya memang perangai gila-gila sikit! Dah banyak kali dia nasihatkan Haikal agar tidak terlalu rapat sangat dengan budak-budak tu, tapi Haikal memang jenis yang tak makan dek saman. Dan, inilah akibatnya!
Ziela tersenyum lembut. Faham benar dengan perangai Haikal. Tak usah di tanya banyak kali jika soalan tidak berjawab. Itu bermakna hal itu terlalu peribadi.
"Tak apalah! Ini ubat untuk luka. Nanti abang Kai bagi dia makan ye! Tak ada apa yang patah cuma luka je. Tapi pergelangan kakinya terseliuh sikit. Lepas berehat seminggu, sembuhlah!" Seminggu? Mak aii! Lamanya aku nak kena jaga hantu ni! Memang menyusahkan!
"Dengar kata, abang Kai dah ada orang gaji. Mana dia? Ziela tak nampak pun!" Mata comel gadis itu mula melilau mencari.
"Errrrrrr....." kata-kata Haikal terhenti. Zamri yang berada di sisinya meledak ketawa. "Orang gaji dia cantik sangat Ziela. Tu sebab lah abang Kai kau ni sorok!" Haikal tersengeh! Kecoh je Zamri ni!
Masing-masing terdiam bila Aina tiba-tiba muncul menatang dulang di tangannya. "Ini ke orang gaji abang Kai tu? " Haikal serba salah. Dia menjeling sekilas wajah Aina yang terselindung di sebalik tudungnya yang berwarna hitam. Gadis itu tiada apa-apa reaksi cuma senyumannya sahaja yang terus menguntum di biibir.
"Hai! Saya Ziela!" Tangannya dihulurkan kepada Aina. Aina tergamam. Dia menoleh memandang Haikal. "Errr...Ziela..., Aina ni cacat. Errr....Tangan dia kudung" Zamri tersentak. Patutlah Haikal tidak mahu orang mengetahui tentang statusnya dengan Aina. "Maafkan saya ye. Saya tak tahu" Ziela mula serba salah. Bimbang jika perlakuannya tadi menyinggung hati gadis itu. Aina sekadar tersenyum. Sudah biasa begitu! Dia tidak pernah ambil kisah lagi.
Haikal yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja, tersentak bila menyedari Aina tiba-tiba berada di belakangnya. “Kuss semangat! Aina ni buat abang terkejut.” Dadanya diurut beberap kali.
“Abang kerja?” Haikal mengangguk beberapa kali. “Aina nak ikut” Hah? Kenapa pulak ni? “Aina takut duduk berdua je dengan kawan abang tu.” Wajahnya saja sudah cukup menggambarkan kerisauannya. Haikal tergelak. “Dia kan tengah sakit tu.? Mana lah dia larat nak apa-apakan Aina.” Aina terdiam. Lelaki tu tak boleh di percayai. Raut wajahnya sahaja sudah cukup menakutkan
“Dah 3 hari abang cuti semata-mata nak tolong jaga mangkuk ayun sekor tu. Hari ni abang mesti kena kerja. Aina call je abang kalau ada apa-apa ok!” Briefcase hitam di atas katil dicapainya tanpa menghiraukan Aina yang sedang gusar.
Dia menuruni anak tangga ke ruang tamu. Sebelum melangkah keluar, pintu bilik Samad dikuaknya. Lelaki itu masih nyenyak tidur. “Oiii! Bangunlah!” Tubuh Samad digoncangnya beberapa kali. Terpisat-pisat dia bangun. Sesekali dia menyeringai menahan sakit yang masih bersisa. “Aku nak pergi kerja nih! Kau tu duduk rumah diam-diam. Jangan nak buat tak senonoh dengan Aina pulak! Kalau aku dapat tahu, nahas kau aku kerjakan!” Samad mengangguk laju. Tengah sakit ni! Tak kan nak kacau orang lak!
Aina resah di dapur. Sesekali dia menjeling pintu bilik tempat Samad berada. Kenapa lah lambat sangat masa berjalan. Cepatlah Haikal balik. Dia benar-benar takut!
Berderau darah Aina. Bagaikan tersirap naik ke muka tatkala terdengar bunyi ketukkan di muka pintu. Baru tengah hari, tak mungkin Haikal sudah balik. Dia hanya mendiamkan diri., mengharapkan agar bunyi itu akan berhenti sendirinya. Namun ketukkan itu terus bertalu-talu berbunyi.
“Hish! Sapa yang bodoh sangat tu!” Samad tiba-tiba keluar dari biliknya. Terjengket-jengket dia menuju ke muka pintu. “Hah! Kau rupanya Mail! Macam nak runtuh pintu ni kau kerjakan!” Mail yang tersembul di pintu sekadar tersengeh..
Punggungnya dihenyak kasar di atas sofa. “Sheila call aku. Dia cakap kau accident. Gila kau! Apasal tak gi hospital?” Asap rokoknya dihembus perlahan-lahan. “Kita orang race bukan kat tempat biasa!”
“Apasal lak?” Wajah Mail mula berkerut. “Kai tak ada malam tu! Malas lah pergi kat sana. Kau pun tahu kan? Kai tu “kepala” , kalau dia tak ada, budak-budak ni malas nak pergi sana. Dah lah jauh lak tempat tu!” Rokok ditangan Mail dicapainya, disedut dalam-dalam. Ketagih beb! Dekat seminggu tak hisap rokok. Si Haikal tu kedekut siot! Rokok sebatang pun berkira!
“Kai tak ada? Uiks? Pelik seh!Apahal lak mamat tu tak pergi. Selalunya tak pernah miss!” Wajah Samad yang tengah asyik menyedut asap itu direnung lama. Samad menjungkitkan bahunya. “Entah! Buang tebiat kot mamat tu! Sekarang ni hah! Dah ada orang gaji pulak dah. Entah budak cacat mana yang dia kutip! Tapi comel siot! Anak mami beb!” Ayat yang terakhir itu separuh berbisik bunyinya. Ketawa Mail dan Samad meledak kuat.
Aina yang berada di dapur makin kecut dibuatnya. Tawa mereka yang menjadi-jadi makin menambah rasa takut yang mencengkam hatinya sejak tadi.
“Aku tahu kau mesti tengah boring gilanya. Ni hah! Aku ada bawa cd baru.” Sekeping cd dilemparkan ke arah Samad. “Wuiyoo! Seksi gila!” Kedua-duanya makin galak ketawa.
Sejam berlalu, mereka masih asyik melayan film blue di kaca tv. Sesekali mereka bertepuk tampar sesama sendiri. “Aku tak leh tahan lah Samad! Kalau aku “main-main” sikit dengan orang gaji Kai tu, ok tak?” Matanya dikenyit beberapa kali.
“Kau jangan Mail! Aku ni hah! Pagi-pagi lagi dah kena warning dek Kai. Aku tak berani beb!” Samad mengangkat tangannya tinggi-tinggi. Mail mengekek gelak. Nama je anak jantan tapi baru sekali kena gertak dah takut!.
“Dia warning kat kau, bukannya aku! Dan kalau mulut engkau tu duduk diam,Kai tak akan tahu punya!” Mail mula bangun. Matanya melilau mencari kelibat Aina. “Oit! Janganlah Mail! Kang tak pasal-pasal aku pulak yang kena!” Samad mula resah. Si Mail ni memang otak sewel. Selalu sangat buat benda yang bukan-bukan!
Hampir terlepas cawan di tangan Aina bila melihat kelibat lelaki yang tiba-tiba muncul di depannya. Aina berundur perlahan-lahan. Mail tersenyum nakal. Matanya meleret memandang tubuh Aina tanpa berkelip. Budak ni mesti tak pernah kena usik!
***************************
Haikal yang sedang leka mengadap skrin komputernya, tersentak. Deringan telefon di mejanya dibiarkan lama sebelum menjawab. “Assalamualaikun Kai! Ibu ni!” Suara Hajah Endon kedengaran sayup di hujung talian.
“Waalaikumsalam ibu. Lamanya tak dengar suara ibu, rindunya Kai!” Dia tersengeh. Lapang hatinya setiap kali mendengar suara ibu.
“Ye lah tu! Patutnya Kai yang telefon ibu bertanya khabar!” Haikal ketawa kecil. Ibu ni, belum apa-apa dah serang aku!
“Aina macam mana? Semalam Tok Ayah tanyakan pasal Aina. Dia rindukan cucunya tu agaknya. Hujung minggu ni baliklah kampung. Mungkin Aina pun rindukan atok dia” Haikal terdiam. Macam mana nak balik? Kerja kat office ni berlambak-lambak belum siap!
“Tengoklah dulu ibu. Kai tak janji. Errr…kenapa ibu tak call kat rumah Kai ? Bolehlah ibu bertanya khabar sendiri dengan Aina”
“Asyik engaged je dari tadi! Dah puas ibu cuba call tadi. Ke telefon kamu tu yang rosak?” Engaged? Rosak? Tak mungkin! Pagi tadi rasanya masih elok! Hatinya mula terasa tidak sedap.
Dia bingkas bangun. “Kathy! I half day hari ni.” Setiausahanya yang berambut perang itu memandang hairan. “But U ada meeting kejap lagi Kai!” Langkah Haikal terhenti.
“Cancel kan saja. Animation untuk iklan baju tu dah siap ke?”
“Yusri yang buat. Cuma tinggal untuk final touch je. Rasanya by tomorrow morning can submit” Haikal mengangguk laju sebelum melangkah pergi.
Mujur juga dia tidak membawa keretanya ke tempat kerja. Motor TZM nya lebih senang bergerak di celah-celah kesesakkan lalu lintas.
*****************
Gedegammmmmm!!!!! Samad hampir melompat bangun, hinggakan terlupa kakinya yang sedang sakit. Dia tergamam di situ tatkala melihat kelibat Haikal di muka pintu. Adoi! Kantoi! Matilah aku kali nih!
“Motor sapa kat luar tu? Aina mana?!!!!” Haikal mula menyinga. “Errr…..Motor…..Mail. Aina…..ada kat atas. Mail dah usung dia masuk bilik” Terketar-ketar Samad menjawab. Haikal tersentak. Helmet hitamnya dibaling ke lantai sebelum berlari laju menaiki anak tangga ke tingkat atas.
“Celaka!” Haikal menjerit geram. Sebuah penumbuk hinggap di perut Mail. Lelaki itu tersungkur ke lantai. “Apa ni Kai? Rilek lah!” Mail menekan perutnya menahan sakit.
“Apa yang kau dah buat dengan dia hah?” Ya Allah Aina! Dada Haikal bergetar tatkala melihat Aina yang sudah terkulai layu.
"Alah! Minah ni lembik sangat! Aku belum buat apa-apa lagi dah pengsan!" Haikal mendengus geram.
Mail tergelak melihat tingkah Haikal. "Engkau ni kenapa Kai? Macam tak biasa pulak!"
"Setan! Apa yang tak biasa ?!!!! Aku usik pun tidak perempuan ni, kau pulak yang lebih-lebih!" Sebuah lagi penumbuk hinggap di perut Mail. Lelaki itu mengerang kesakitan
“Kau tu yang bodoh Kai! Ikan besar depan mata pun kau tak nak makan. Kau nak biarkan sampai busuk ke?” Mail bersuara geram. Kesabarannya mula hilang.
“Celaka kau Mail!!!!!!” Lampu meja di sebelah katil dicapainya. Mail segera berlari keluar sebelum sempat Haikal membalingnya. Pecah berderai lampu itu tatkala jatuh terhempas ke lantai.
Kedengaran bunyi ngauman motor Mail berdesup keluar ke jalan raya. Huh! Tahu pun kau takut!
Samad membetulkan duduknya. Pandangan tajam Haikal begitu menakutkan. Macam singa kelaparan. “Aku nak kau blah sekarang! Call awek kau suruh ambil! Tak kenang budi langsung!” Samad terkebil-kebil.
“Apa lagi yang tercegat tu? Aku nak naik atas sekarang. Bila aku turun, aku nak kau hilang! Kalau aku tengok engkau masih ada sini, mati kau aku kerjakan!!!” Samad bingkas bangun. Terjengket-jengket menuju ke biliknya. Sial kau Mail! Tak pasal-pasal aku yang kena!
***********************
Haikal menekur di tepi katil. Aina masih pengsan. Hendak menelefon Ziela agar ke mari, dia serba salah. Nanti apa kata Ziela? Lebih-lebih lagi kalau Zamri pun dapat tahu.
Wajah comel itu direnung lama. "Tok amanahkan Aina pada Kai. Jaga dia elok-elok macam menjaga nyawa sendiri. Isteri letaknya di hati bukan di kaki." Tergiang-giang kata-kata Tok Ayah di telinganya.
Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Pandangan jatuh pada tangan kudung milik Aina. Perlahan-lahan dia menyentuhnya. Tangan kudung itu lembut bagaikan tidak bertulang. Hujungnya bulat membentuk bagaikan siku. Matanya jatuh pada kesan melecet pada hujung tangan itu. Mesti kesan itu dia dapat kerana bergelut dengan Mail agaknya.
Haikal meraup wajahnya perlahan-lahan. “Kau tu yang bodoh Kai! Ikan besar depan mata pun kau tak nak makan. Kau nak biarkan sampai busuk ke?” Kata-kata Mail pula bermain-main di telinganya. Tubuh Aina dipandang lama. Dia lelaki. Bernafsu! Apatah lagi Aina adalah isterinya yang sah. Tetapi, setiap kali dia cuba mendekati gadis itu, perasaannya bercampur baur.
Aina terlalu naif!
Haikal tersentak. Terdengar sayup-sayup alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berkumandang. Matanya digosok beberapa kali. Mana Aina? Bacaan ayat-ayat suci itu berkumandang lagi. Tetapi kali ini lebih dekat bunyinya.
Dia sebak! Sebak mendengar suara merdu Aina mengalunkan bacaan itu atau mungkin sebak kerana semua itu telah lama dia tinggalkan. Dan, dadanya kian sebak tatkala melihat Aina tiba-tiba sujud semula di atas sejadah. Kedengaran esak tangis gadis itu memecah keheningan subuh.
Aku kah yang bersalah? Hinggakan gadis tabah itu mengalirkan air matanya. Atau, aku kah yang kejam? Meletakkan status mulia seorang isteri di hujung kaki aku? Haikal kembali memejamkan matanya. Berpura-pura masih tidur bila menyedari langkah Aina menghampirinya.
Hatinya tersentuh tatkala tangan Aina membelai lembut ubun-ubun kepalanya. Jiwanya bagaikan tersentap tatkala ciuman hangat Aina singgah di dahinya. Haikal terkedu! Ya Allah, ampunilah aku! Baru dia perasan, setiap pagi bila dia bangun, badannya akan dilitupi dengan selimut. Selama ini, dia memang tidak pernah tidur menggunakan selimut. Lebih selesa tanpa selimut dan tidak berbaju. Mungkin Aina yang menyelimutinya setiap hari dan mungkin juga Aina akan membelai ubun-ubun kepalanya dan menghadiahkan sebuah ciuman setiap pagi. Aku je yang tidak sedar, atau pura-pura tidak sedar. Aduhai hati! Akan goyah kah ego ku nanti?
Puas sudah dia cuba memejamkan matanya. Memaksa untuk kembali menyambung tidur, namun matanya makin kuat bersengkang. Ah! Bangunlah! Sudah lama subuh tidak ku sapa, sudah lama sejadah tidak ku cium. Haikal bingkas bangun.
Bau harum kopi yang dibakar menggamitnya untuk turun ke bawah. “Abang dah bangun. Awalnya?” Wajah itu nampak pucat. “Aina sakit ke? Pucat je muka abang tengok” Tangannya sudah menjamah ke dahi Aina. Panas! Demam terkejut agaknya? "Aina demam ni! Abang bawa pergi klinik ye”
“Sikit je ni. Lepas makan panadol nanti, mungkin panas ni akan surut” Aina tersenyum lembut namun masih gagal menyembunyikan wajahnya yang kian pucat. “Abang pergilah kerja. Tak payah risaukan Aina. Insya-Allah tak ada apa-apa” Haikal terdiam. Kata-katanya mati. Tak reti hendak memujuk. Bab pujuk memujuk ni dia memang selalu fail!
Haikal yang baru selangkah menaiki anak tangga tergamam! Bunyi benda jatuh di dapur mematikan langkahnya. “Ya Allah! Aina!” Tubuh Aina yang sudah terkulai di pangkunya. Digoncang-goncangnya beberapa kali. Tangannya terasa berkuap akibat bahang panas badan Aina yang kian memuncak.
Kelam kabut Haikal dibuatnya. Tubuh Aina dicepung ke dalam kereta. “Alamak! Kunci kereta aku mana pulak ni? Adoi! Time-time ni pulak dia nak hilang!” Dia mendengus geram. Habis bersepah barang-barang dipunggahnya. Nasib baik jumpa, kalau tak, mahunya tunggang langgang rumah ini dikerjakannya.
Keretanya dipecut laju. Meskipun masih awal pagi, kenderaan sudah mula bersesak memenuhi jalan raya. “Hampeh! Jam pulak!” Puas di honnya kereta di depan agar dia diberi laluan, namun sia-sia. Masing-masing mengejar masa dan eggan beralah.
Sepatutnya kurang setengah jam dia sudah boleh sampai di hospital. Tubuh Aina dicepungnya memasuki perkarangan hospital. Tidak dihiraukan mata-mata yang hairan merenungnya.
"Ziela! Ziela! Tolong abang!" Mujur dia ternampak kelibat Ziela, kalau tidak masanya banyak terbuang di kaunter pendaftaran. "Eh? Abang Kai? Kenapa ni?" Wajah Ziela berkerut. "Aina tiba-tiba pengsan!"
"Panas sangat badan dia ni. Bawa dia masuk bilik Ziela!" Haikal mengangguk laju. Kelam kabut dia mendukung Aina ke dalam bilik.
Dia memeluk tubuh memerhatikan tingkah Ziela. Sesekali kerutan di wajah Ziela mengundang resahnya. Teruk sangat ke keadaan Aina? "Dia cuma demam tapi suhu badan dia terlalu tinggi. Ziela akan cuba kurangkan panas badan dia sekejap sebelum abang Kai bawa dia pulang." Haikal sekadar mengangguk. Buatlah apa saja Ziela! Aku tak peduli asalkan Aina selamat!
"Eh? Abang buat apa berdiri kat sini? Ziela nak buka baju Aina ni, tak kan abang Kai nak tengok kot?" Hehehe....Haikal tersengeh. Kepalanya digaru beberapa kali. "Sorry! Abang tunggu kat luar." Ziela tersenyum menguntum. Lelaki gagah ini sering mengundang senyumnya.
Setengah jam menanti, Haikal kian resah. Dan, dia kian pelik bila banyak mata yang menjelingnya sejak tadi. Apa yang tak kena? "Macam mana Ziela?" Haikal terus meluru sebaik terlihat kelibat Ziela. Gadis itu ketawa kecil. "Abang Kai ni, risau sangat! Macam lah Aina tu isteri abang!" Adoi! Memang dia isteri aku pun!
"Nah! Ambil ni! Ziela pinjamkan pada abang" Sehelai jaket hitam dihulurkan kepada Haikal. Kening Haikal berkerut. Apahal lak ni? "Tu lah abang! Kelam kabut sangat, sampai baju pun terlupa nak pakai!" Laaaaaa! Patutlah semua orang dok perhatikan aku sejak tadi. "Alamak Ziela! Abang tak perasan lah. Nak cepat sangat tadi" Ketawa Haikal meledak. Baru dia perasan, dia hanya memakai jeans lusuh tanpa baju.Adoi! Macam manalah aku boleh terlupa? Ziela ketawa mengekek. "Nasib baik body abang solid! Tu yang orang dok pandang tu. Kalau tak dengan Ziela sekali pun lari!" Ketawa gadis tadi masih bersisa.
"Aina macam mana?" Soalannya diulang kembali. "Tunggu sekejap lagi. Abang Kai ni kenapa? Nak bawa Aina balik cepat-cepat sangat kenapa? Tak kan sehari tak minum kopi yang Aina buat dah tak senang duduk kot?" Haikal tergelak.
"Jom kita pergi minum dulu. Ziela belanja abang" Haikal serba salah. Tak kan nak dibiarkan Aina kat situ sorang-sorang. "Tak apalah Ziela. Abang nak tunggu Aina. Lagipun jaket yang Ziela bagi ni tak muat untuk abang. Malaslah abang nak ke hulu ke hilir dengan badan tak berbaju ni!"
"Hemmmm.....Kalau macam tu tak apalah. Tapi janji lain kali abang mesti belanja Ziela minum" Haikal mengangkat tangannya tinggi-tinggi tanda janji yang telah dipersetujui. “Jom lah kita masuk dalam! Nanti ada orang yang tak lena tidur bila tengok abang Kai yang tak berbaju ni!” Adoi! Sabar jelah minah ni! Asyik kenakan aku je dari tadi!
******************
“Oit! Mangkuk! Akulah ni!” Hampeh punya member! Sedap-sedap je panggi aku mangkuk! “Engkau ni tak reti nak bagi salam ke Zam?” Kedengaran tawa Zamri di hujung talian. “Amboi sejak bila dah jadi alim ni? Hahaha…Alim taik kucing!” Sabar! Sabar! Haikal mengetap bibirnya beberapa kali. “Hah! Kau nak apa ni? Aku busy ni, kejap lagi ada meeting”
“Sorry lerr Kai! Aku gurau je. Ziela beritahu aku kelmarin, dia kata Aina pengsan. Macam mana sekarang?” Haikal terdiam. Pen di jarinya dipusing beberapa kali.
“Dah ok dah. Demam panas hari tu. Tetiba je demam. Terkejut aku dibuatnya!” Ketawa Zamri pecah lagi. “Sayang juga kau kat dia yek? Risau punya pasal sampai baju pun kau tak pakai yek?” Adoi! Budak Ziela ni, benda tu pun dia pergi cerita kat mamat ni! Haikal tersengeh.
“Engkau ni Zam, call aku sebab nak tanya pasal Aina ke sebab nak mengenakan aku?” Hahaha…Ketawa Zamri makin kuat. Sial betul mamat ni! Kalau pasal gelakkan orang , nombor satu!
"Kai! Engaku nak join kita orang tak?"
"Join apa lak ni?"
“Budak-budak ni nak buat konvoi. Tapi tak tahu nak gi mana. Kan ke minggu depan tahun baru cina. Cuti lama beb! Tak kan nak lepak kat rumah je!” Haikal terdiam. Konvoi? Memang dia suka sangat tapi dulu boleh lah, sekarang ni, susah lah sikit! Aina tu aku nak letak mana? Mustahil dia nak bertenggek atas TZM aku tuh!
“Aku rasa cam tak dapat join lerr…”
“Eh? Apasal pulak? Budak-budak tu semuanya nak pergi. Tengah tunggu kau je! Kalau kau on mesti dia orang pun on sama!” Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. “Aina macam mana?” Soalnya perlahan. Zamri terbatuk-batuk kecil. Ye tak ye kan? Lupa pulak yang mamat ni dah kahwin. “Bawak je lah! “
“Gila kau! Aina bukannya cam awek-awek aku yang dulu. Belum ajak dah bertenggek atas motor aku!” Biar betul budak Zamri ni! Mati hidup balik pun belum tentu Aina tu nak ikut sekali. "Zam, lain kalilah kita bincang. Aku dah nak masuk meeting ni."
"Ok! Ok! But make sure kau join tau! Ziela tu beria-ria nak kau pergi sama. Lagi pun aku tak boleh tahan tengok muka seposen budak-budak tu kalau kau tak pergi!" Haikal tergelak kecil. Pandai jelah kau Zam!
Aina yang baru selesai memasak kelam kabut ke ruang tamu tatkala pintu diketuk kuat. Haikal ke? Selalunya dia memberi salam. Dia serba salah di muka pintu. Takut peristiwa dulu berulang kembali. Pintu diketuk lagi. Aina kian resah.
“Errr….. Nak cari siapa?” Soal Aina takut-takut. Daun pintu dikuaknya cuma sedikit. “Kak long, kami dah janji dengan Kai. Dia suruh kami lepak sini jap sementara tunggu dia sampai” Lelaki berambut panjang itu tersengeh memandangnya. Betul ke? Aina masih teragak-agak.
Masing-masing menoleh ke jalan tatkala deruman enjin TZM milik Haikal menjengah masuk. Aina menarik nafas lega. “Aina ! Bagi dia orang masuk!” Jerit Haikal kuat. Aina mengangguk laju.
“Zam mana?” Soal Haikal. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Khairul. “Kejap lagi sampai lah tu!” Haikal sekadar mengangguk. “Macam mana Kai?”
“Apa yang macam mana?” Nafasnya dilepaskan keras. “Zam tak citer kat kau ke? Pasal nak konvoi tu lerrr” Haikal terdiam. Matanya melirik pada beberapa tin minuman di atas meja. “Sapa yang bawak ni!!!!” Tungkah Haikal keras. Khairul terdiam. Habislah! Mamat ni dah start mengamuk! “Sorry lah Kai! Aku lupalah!” Tin minuman itu segera disimpannya kembali. Haikal bingkas bangun. “Korang duduk lah kejap! Aku nak mandi! Nanti bila Zam datang baru bincanglah!” Masing-masing mengangguk laju. Tengah angin tu! Ikut jelah! Kang tak pasal-pasal kena!
“Aina buat apa?” Soal Haikal sebaik menjengah ke dapur. “Buat air untuk kawan abang” Haikal tergelak kecil. Baik sangat budak nih! “Tak payah! Pandai-pandai dia oranglah kalau nak minum!” Aina terdiam. Tangannya tadi yang ligat mengacau air, terhenti.
“Abang bukannya marahkan Aina” Haikal bersuara lembut tatkala terlihat riak di wajah Aina berubah. “Banyak benda dalam hidup abang yang Aina tak akan faham. Dan kalau boleh, abang tak ingin Aina faham”
“Oit! Bercenkarama kat dapur ke?” Jerit Zamri kuat! Entah bila masa mamat ni sampai entah! Suka sangat kacau daun! Haikal mendengus geram. “Sabar je lah aku dengan kau nih! Bila kau sampai?” Zamri tersengeh. Kopi yang sudah dibancuh oleh Aina, dietguk rakus. Hemmm….Sedap!
“Orang tengah sibuk bercinta! Mana nak sedar bila aku datang!” Sebuah penangan singgah di rusuk kiri Zamri. Terbatuk-batuk kawan tu dibuatnya. Aina menggigit bibir beberapa kali. Terkejut melihat cara mereka bergurau.
“Aina naik atas! Jangan turun bawah selagi abang tak panggil!” Arahan Haikal agak keras bunyinya. Zamri yang berdiri di sisinya sekadar tersenyum. Hairan dengan sikap Haikal. Mengapa dia melayan Aina sebegitu? Atau kerana keadaan Aina yang tidak sempurna? Jika tidak suka, mengapa dikahwini gadis itu?
“Tak baik kau buat kat Aina macam tu Kai! Kesian aku nengok!” Ah! Sejak bila pula budak ni jadi penceramah bebas ni! “Kenapa? Kau suka ke? Kalau kau nak, ambillah!” Haikal mula kurang senang. Sesekali menegur, memang pedas juga penangan Si Zamri ni!
“Dah jadi bini kau! Tak kan aku nak ambil pulak!” Tahu tak apa! Haikal melangkah ke ruang tamu meninggalkan Zamri sendirian. Huh! Tak boleh ditegur langsung!
Haikal menghenyak punggugnya di sofa. Puntung rokok di jarinya, disedut dalam-dalam. “Macam mana Kai? Zam dah datang tu! Jadi ke tak?” Khairul menggaru-garu kepalanya. Apa punya lambat nak buat keputusan daaa… “Aku ikut korang jelah! Nak pergi mana-mana pun boleh!” Haikal akhirnya bersuara. Pergi mampuslah dengan Aina! Entah mengapa, teguran Zamri tadi menaikkan rasa marahnya. Tetapi, mengapa Aina pula yang menjadi mangsa? Gadis itu tiada sebarang kesalahan walau sekelumit pun!
Khairul tersengeh. Akhirnya! “Aku ingat nak gi Lentang. Kita berkhemah semalam dua kat sana!” Zamri tergelak. “Lentang? Dekatnya! Carilah jauh sikit, cuti lama beb!” Khairul tersengeh. Kata ikut je nak pergi mana ! Bila aku bagi cadangan, bangkang pulak! Tak faham seh !
“Susah-susah gi kampung kaulah Kai! Boleh jugak makan buah! Kan ke mak engkau ada kebun” Haikal tersedak! Terbatuk-batuk mendengar cadangan Zamri. “Gila kau Zam! Tak de tempat lain lagi ke kat Malaysia ni! Kampung aku jugak yang korang nak pergi!” Zamri mengekek ketawa. “Habis tu, susah sangat tak tahu mana nak pergi!” Haikal mengetap bibir menahan geram. Tak habis-habis lagi nak kenakan aku! Minuman Carlsberg di dalam plastik direntapnya kasar. Berdeguk-deguk bunyinya setiap kali dia menelan. Zamri dan Khairul berpandangan sesama sendiri.
Apa kena mamat ni? Tadi dia yang beria-ria marah aku! Khairul mula menggaru-garu kepalanya. Zamri merentap kasar tin minuman di tangan Haikal. “Apahal ni Kai? Kau kata dah stop minum, apasal minum balik ni!”
“Korang peduli apa!” Haikal mula menyinga. Khairul segera angkat punggung. “Zam aku blah dulu. Bab ni aku tak nak masuk campur!” Khairul menggoyangkan tangannya beberapa kali. “Oit! Jom gang, kita blah. Angin ribut dah start tuh!” Masing-masing faham dengan maksud Khairul. Semua mula bergerak keluar.
“Kau ni kenapa Kai? Tetiba je angin? Kau marah aku pasal Aina tadi ke?” Tubuh Haikal digoncang beberapa kali. Haikal hanya mendiamkan diri. Minuman itu sudah 3 tin habis diteguknya. Tubuh Haikal digoncangnya sekali lagi “Kai! Say something!”
“Ah! Sudahlah! Blah lah Zam! Aku malas nak cakap dengan kau!” Haikal menjerit kuat. Zamri tersentak. Kenapa ni? Tak kan tegur sikit dah melatah? Haikal makin galak meneguk minuman itu. Lepas satu tin ke satu tin. “Kai! Sudah lah tu. Yang kau angin sangat ni kenapa? Rileks ok!” Dia menepuk bahu Haikal beberapa kali. Berusaha menenangkan Haikal.
Haikal menepis kasar tangan Zamri. “Kalau kau nak aku rileks, baik kau blah! Selagi kau ada sini, makin teruk angin aku nanti!” Zamri terdiam. Perlahan-lahan dia bangun meninggalkan Haikal yang kian galak dengan minuman keras tersebut.
Haikal terhoyong-hayang menaiki anak tangga. Tin-tin mnuman itu dibiarkannya bersepah-sepah di ruang tamu.
Gedegammmm!!!!! Aina yang baru selesai menunaikan solat isya’ tersentak. Pandangan Haikal yang merenungnya agak menakutkan. “Abang, kenapa ni?” Soal Aina lembut. Cuba berlagak biasa biar pun kecut melihat perubahan tingkah Haikal.
“Adakah abang lelaki dayus? Atau ego abang yang menjulang tinggi?” Aina tersentak. Haikal tiba-tiba memeluknya erat. Bau hamis minuman keras menusuk hidungnya.
“Abang, kenapa ni?” Aina mengulangi soalannya. Dia sedaya upaya menolak tubuh Haikal yang jatuh menghempapnya. “Aina…..Kejam sangat kah abang? Teruk sangat kah tindakan abang terhadap Aina?” Wajah Aina dipegang erat. Aina kian sesak. Kenapa dengan Haikal ? “Abang……” Kata-kata Aina mati tatkala bibirnya dicium rakus oleh Haikal.
Haikal terus asyik, melaksanakan tanggung jawab yang sepatutnya dia lakukan pada malam pertama dahulu. Dalam keadaan yang tidak sedar. Dalam keadaan yang dia tidak sangka. Dan tanpa Haikal sedari, air mata Aina berlinangan. Sedih! Haikal bermesra dengannya dalam keterpaksaan. Sedih! Haikal menghampirinya dalam keadaan tidak sedar. Bagai mana bila dia sedar nanti ? Akan pandang kah dia pada gadis bertangan kudung ni? Ya Allah! Andai ini redhanya padaku, andai ini memberi kebahagiaan padanya, maka, aku redha! Gadis itu terus menangis!
Haikal membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran matahari yang mencuri masuk di celah-celah langsir, menyilaukan pandangannya. “Aduh!” Haikal menyeringai menahan rasa sakit di kepalanya yang masih bersisa. Mesti banyak aku minum malam tadi!
Apa aku buat kat sini? Matanya melilau memerhati sekitar bilik. Ini bilik Aina! Haikal termenung panjang. Pandangannya jatuh di atas tilam tempat dia berbaring. Kerutan cadar dan bantal yang bergelimpangan, mengundang tanda tanya di wajahnya. “Apa yang aku dah buat pada Aina?” Haikal berbisik sendirian. Dia bagaikan sudah dapat mengagak apa yang berlaku namun jauh di sudut hatinya berdoa, bukan itu yang terjadi!
Pukul 11 pagi? Lewatnya aku bangun. Mujur juga hari ini dia sememangnya tidak bekerja. Haikal melangkah longlai menuruni anak tangga. Terasa lemah seluruh badannya. “Ya Allah! Baru bangun ke tuan putera ni?” Haikal tergamam. Adoi! Bila masa ibu datang ni? Tok Ayah pun ada?
“Ibu? Eh? Bila sampai?” Hajah Endon mendengus geram. Mesti budak ni dah lupa! Dah banyak kali dia menelefon mengingatkan tentang kedatangannya ke sini. “Bila sampai? Bukan ke sepatutnya Kai datang jemput ibu kat pudu raya? Mujur juga ibu dan Tok Ayah menumpang kereta Si Razak yang kebetulan nak datang ke KL. Kalau tidak, sampai berjanggutlah ibu menunggu!” Haikal tersengeh. Kepalanya di garu beberapa kali. Sakit kepala pun masih belum hilang, ibu dah serang aku! Adoilah! Makin bertambah beratlah kepala aku nih!
“Muka pun masih belum berbasuh! Ni mesti sembahyang Subuh pun dah terbabas!” Kena lagi! Sabar jelah! To Ayah yang duduk di sofa hanya menguntum senyum. “Bila ibu nak balik?” Soal Haikal. Punggungnya dilabuhkan disisi Hajah Endon. “Aik? Baru je ibu sampai dah tanya bila nak balik.” Haikal tergelak. Tak habis-habis lagi ibu ni!
“Kami singgah sat je Kai. Sat lagi si Razak tu mai sini jemput tok dengan mak hang. Atok tak boleh nak dok lama-lama kat sini, budak-budak tu nak belajaq mengaji.” Lama terdiam, Tok Ayah bersuara.
“Hang pa berdua lagu mana la ni ?” Haikal terdiam. Macam mana nak jawab? “Errrr…..Kami berdua elok je Tok! Bahagia. Alhamdulillah!” Bahagia? Adoi! Menipu lagi aku dengan Tok Ayah. Hajah Endon tersenyum. Eloklah kalau macam tu! “Aina sakit ke Kai? Pucat je muka dia! Tak bawa Aina jumpa doctor ke? Manalah tahu kot-kot pucat tu pucat ‘berisi’ pulak!” Haikal tersengeh. Amboi ibu! Dah tak sabar nak menimang cucu nampak! Aku jugak yang teruk!
Aina muncul menatang minuman. Haikal segera melarikan pandangannya. Entah apa perasaannya saat itu! Malu ke aku dengan Aina setelah apa yang berlaku malam tadi? Entah apa anggapan Aina pada aku agaknya? Ah! Lantaklah! Peduli apa aku!
“Kai! Kai!” Semua mata terarah ke muka pintu. Samad! Hampeh! Apa pulak mangkuk tu buat kat sini? Kelam kabut Haikal bangun. “Engkau nak apa nih!” Tubuh Samad ditolaknya kasar. Samad tersengeh. “Orang tua aku ada kat dalam! Kau nak apa nih? Cepatlah cakap! Yang ko dok tersengeh tu apa hal?” Angin je aku dengan mangkuk nih! Kalau setakat nak tunjuk gigi engkau yang rongak tu baik tak yah! “Errrr…… Kita ada masalah besar Kai!” Masalah besar? Muka ko tu cam tak de masalah je! Sengeh memanjang! “Apa halnya?”
“Pasal Mail! Dia berdendam dengan kau sejak hari tu! Semalam, habis budak-budak kita dikerjakannya. Tempat yang kita selalu race tu, rosak teruk! Entah apa entah yang dia buat!” Termengah-mengah Samad bersuara. Teruk betul Kai ni! Tak nak pelawa aku masuk ke? Dah penat aku berdiri nih! Bau harum kopi menggamit-gamit hidungnya.
Haikal terdiam. Apa lagilah Si Mail tu, tak habis-habis lagi ke? “Sapa tu Kai? Awat tak suruh dia masuk!” Kedua-duanya tersentak. Hajah Endon sudah berdiri di muka pintu. “Errr……Kawan Kai ibu!”
“Makcik! Apa khabar?” Samad tersengeh sambil menghulurkan tangannya. “Baik nak! Eh? Masuklah! Boleh kita minum sama-sama” Sengeh Samad makin melebar. Heh! Tak sia-sia buat baik dengan mak Haikal. Dapat minum free! Haikal mengetap bibir menahan geram. Budak Samad ni memang nak kena agaknya!
“Ibu! Kai keluar kejap ye!” Aik? Aku belum sempat duduk lagi dah nak keluar? Minum pun belum! Dahi Samad mula berkerut. “Jom! Samad!”
“Nak pergi mana pulak ni?” Hajah Endon merenung lama. “Ada hal sikit! Ibu tak payah tunggu Kai. Hujung minggu ni Kai bawa Aina balik kampung!” Hajah Endon terdiam. Kenapa dengan Haikal ni? “Kenapa dengan Kai, Aina?”
“Mungkin abang ada hal agaknya. Tak pelah ibu, abang dah janji nak bawa Aina balik kampung. Nanti esok bolehlah kita sembang lama-lama” Aina tersenyum lembut.
****************
“Kai! Sudahlah tu!” Jerit Zamri kuat. Tubuh Haikal ditariknya ke belakang. Cuba menjauhkan dari Mail yang sudah lembik dikerjakannya. Haikal termengah-mengah menahan nafas. Tangannya dipekup pada rusuk kiri yang sudah berlumuran darah akibat dari tikaman Mail tadi. “Kai! Dahlah! Mati pulak budak tu kang!!!!” Jerkah Zamri geram tatkala melihat Haikal yang masih cuba bangun untuk memukul Mail.
“Samad! Kau hantar Mail gi hospital ! Pasal Haikal biar aku yang uruskan!” Samad mengangguk laju. “Cepat geng! Tolong aku!” Masing-masing sibuk menolong Samad mengangkat Mail ke dalam kereta.
Zamri menarik nafasnya dalam-dalam. Apalah nak jadi dengan kau ni Kai! Dia mendail laju nombor telefon Ziela. “Ziela tolong abang kejap. Abang on the way gi rumah Kai. Ziela pergi sana sekarang ye! Cepat sikit!” Klik! Talian telefon dimatikan segera.
“Kai! Kai! Kau sedar tak ni?” Tubuh Haikal yang kian lemah digoncangnya beberapa kali. “Aku sedarlah bodoh! Aku bukannya nak mati lagi!” Zamri mengetap bibirnya. Geram! Huh! Tak serik-serik budak nih!
Aina resah memandang jam di dinding. Ibu dan Tok Ayah dah lama pulang, namun kelibat Haikal masih belum kunjung tiba. “Assalamualaikum!” Aina menerpa ke muka pintu. Ya Allah! Gadis itu kaku berdiri tatkala melihat Haikal yang longlai dipapah oleh Zamri dan Ziela. “Aina! Tolong ambilkan saya kain bersih dan air suam! Cepat sikit!” Ziela bersuara tegas. Tangannya sudah ligat membuka t-shirt yang membaluti tubuh Haikal.
Aina kelam kabut ke dapur. Terketar-ketar tangannya menggagau barang yang diminta oleh Ziela. Tuhanku! Lindungilah suamiku, nyawaku! Bibirnya tidak putus-putus berdoa. Sesekali Haikal mengaduh menahan sakit setiap kali lukanya disentuh. Dan setiap kali bunyi suaranya mengaduh, hati Aina bagai dicarik-carik.
Ziela menarik nafas lega sebaik selesai menjahit luka di rusuk Haikal. Balutan kain diikatnya dengan kemas. Wajah Haikal yang masih berkerut menahan sakit itu, dipandangnya penuh belas. Tak perasan kah lagi Haikal tentang perhatian yang dia tunjukkan? Ah! Sukarnya menduga hati lelaki ini!
Aina tergamam! Zamri pula terkedu melihat perlakuan Ziela yang tiba-tiba mengucup dahi Haikal. Ah! Sudah! Biar betul budak Ziela nih! Zamri menarik nafasnya dalam-dalam, menahan sesak di dadanya. Dan, Haikal yang masih sedar itu, tersentak!
Wajah Aina yang berada dihadapannya, di curi pandang. Ternyata riak di wajah gadis itu berubah! “Abang Kai rehat lama-lama sikit ye. Luka tu perlukan masa untuk sembuh. Nanti Ziela datang lagi but U can call me anytime, if U need me!” Wajah Haikal dibelai lembut. Dia bagaikan terlupa mata yang terbuntang memandang tingkahnya!
“Sudah lah tu Ziela! Jom balik!” Tangan Ziela segera di raihnya. Bimbang perlakuan Ziela akan pergi lebih jauh. Kot ye sukakan Si Haikal pun, cover-cover lah sikit. Hish! Budak-budak perempuan zaman sekarang ni tak tahu malu ke?
Ziela tersenyum malu. Baru perasan tindakannya tadi menjadi perhatian. “Aina, nanti bagi abang Kai makan ubat ni tau! 3 kali sehari. Ubat ni mesti dihabiskan. Kalau ada apa-apa yang berlaku, jangan lupa call saya!” Aina menganggukkan kepalanya. Sedaya upaya memberi senyuman buat Ziela biar pun hati bagaikan dihiris!
“Aku blah dulu Kai! Kau tu berehat kat rumah! Dah tahu diri tu sakit, jangan buat benda yang bukan-bukan lagi!” Kepala Haikal ditunjalnya beberapa kali. Sial kau Zam! Mentang-mentanglah aku sakit! Zamri tersengeh! Sengaja dia berbuat demikian. Kalau masa sihat jangan harap nak menunjal kepala budak ni! Siapa tak kenal Haikal, pemegang tali pinggang hitam taekwando.
Haikal cuba memejamkan matanya, namun rasa sakit bagaikan menucuk-nucuk tubuhnya. Haikal tergamam tatkala tangan Aina menjamah lembut lukanya. Lama tangan gadis itu di situ. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Baca jampi ke? “Aina buat apa ni? Apa yang Aina jampi kat abang?”
“Bukan jampi tapi Aina baca ayat-ayat dari surah Al-Fatihah dan Al-Imran. Moga-moga luka abang cepat sembuh!” Haikal terdiam. “Aina tak sepandai Ziela yang boleh merawat luka abang. Hanya itu yang Aina mampu lakukan untuk abang.” Lirih suara Aina bagaikan menikam hatinya. Haikal melepaskan nafasnya perlahan. Marah kah gadis itu dengan aku? Tetapi bukan salah aku! Ziela yang mengada-ngada nak mencium aku!
Aina berteleku di sisi Haikal. Air matanya yang mula turun, disekanya cepat-cepat. Bimbang jika air matanya terlihat oleh Haikal. Sesekali Haikal mengerang kesakitan meskipun matanya terpejam. Hati Aina makin pilu.
Haikal makin kuat mengerang. Mulutnya juga mula meracau-racau. Sebaknya hati! Kepala Haikal dipangku di atas riba, dipeluk erat rapat ke dadanya.
Tidurlah sayang……..Jika kesakitan mu itu boleh dikongsi, percayalah! Bukan sebahagian yang aku pinta tetapi semua!
Kadang-kadang
Ingin ku gapai gumpalan awan
Buat hamparan tidur malam mu
Tapi sayang,
Aku tak punya sayap untuk terbang
Kerna sayap ku cuma satu!
Adakalanya
Ingin ku lerai lebatnya hujan
Agar menjadi butiran mutiara
Namun sedih
Aku lebih daif dari mu
Mana mungkin ku genggam lebatnya hujan
Justeru ku tahu lemahnya diri
Maka izinkan aku di sini
Menumpang ruang di sudut hati mu
Biar ku ruku’ di situ
Biar ku sujud di situ
Taat ku pada Ilahi
Adalah hadiah buat mu………
*******************
Hampir sebulan dia berehat. Luka di rusuk kirinya juga sudah berparut. Haikal mengeliat perlahan-lahan. Tangannya di depang tinggi-tinggi ke atas. “Abang…..” Haikal menoleh ke belakang. Wajah Aina nampak pucat! Hairan juga dia dibuatnya. Sejak akhir-akhir ini gadis itu nampak tidak bermaya.
“Aina nak balik kampung. Rindu dengan Tok Ayah” Suara Aina agak perlahan. Haikal terdiam. Baru dia teringat janjinya dengan ibu untuk membawa Aina pulang ke kampung. Namun janji cuma tinggal janji. Sejak pergaduhannya dengan Mail tempoh hari, janji-janjinya sudah lama dia lupa. “Bila Aina nak balik?”
“Terpulang pada abang. Kalau boleh hujung minggu ni. Aina asyik sakit-sakit kebelakangan ni, mungkin sebab Aina rindukan Tok Ayah.” Haikal terdiam lagi. Salah aku membiarkan gadis itu! “Tapi….Abang ada konvoi dengan budak-budak motor!” Baru dia teringat rancangan yang telah dipersetujui dengan Zamri. Gadis itu terdiam seketika. “Tak mengapalah kalau macam tu. Bila abang senang baru hantar Aina.” Aina sudah berlalu ke dapur. Haikal melepaskan nafasnya. Kesian Aina! Tapi aku dah janji dengan budak-budak tu!
Haikal melangkah masuk menuju ke dapur, mencari kelibat Aina. “Kenapa ni?” Soal Haikal cemas tatkala melihat Aina yang terbatuk-batuk di sinki. Belakang Aina ditepuk-tepuk beberapa kali. Haikal kian panik melihat Aina yang kemudiannya termuntah-muntah. Tiada apa pun yang keluar, cuma sekadar air.
“Nah! Minum air ni! Aina salah makan ke? Pagi tadi makan apa?” Soalnya. Segelas air suam dihulurkan pada Aina. Gadis itu sekadar menggelengkan kepalanya. “Tak makan? Kenapa tak makan? Patutlah Aina muntah, angin agaknya!”
“Nak pergi klinik tak?” Soalnya lagi. Wajah Aina memang ketara pucat. Risau juga dia dibuatnya. “Tak payahlah ! Mungkin betul cakap abang tadi, perut Aina dah masuk angin agaknya, tu sebab muntah. Mungkin lepas Aina makan nanti, rasa mual tu akan hilang” Suara Aina tersekat-sekat bunyinya. Haikal terdiam. Dahi Aina dijamah sekilas. Tak panas pun! “Abang call Ziela suruh dia datang sini tengok Aina ye!”
“Eh? Tak payah! Tak payah! Jangan susahkan Ziela. Aina bukannya sakit teruk” Cepat-cepat Aina menjawab. Kalau boleh dia tidak mahu Ziela datang dan kalau boleh dia tidak mahu Ziela dekat dengan Haikal. Dia juga berperasaan! Melihat keletah Ziela, cemburunya mengundang juga!
***************
Zamri memeluk tubuh. Sejuknya! Budak-budak ni pun satu! Dah tahu susah nak bangun pagi tapi set time pagi-pagi nak start bergerak! Menyusahkan aku je nak kena tunggu korang!
“Sorry Zam! Lama ke tunggu?” Amboi mak aii! Boleh ditanya lama ke tidak aku menunggu. Kulit aku ni dah naik kecut dari tadi dok berembun. Samad tersengeh. “Rul mana? Yang lain-lain dah siap ke? Cepatlah sikit! Kata nak bergerak lepas subuh!” Bergerak lepas subuh? Macam lerr memasing sembahyang subuh!
Samad menggosok-gosok tangannya menahan rasa sejuk. Sejuk seh! Sejuk sampai ke tulang! “Jom kita gerak Zam. Semua dah siap! Baik kita cepat, kang budak Kai tu angin lagi!” Samad menepuk bahu Zamri beberapa kali.
“Aina dah siap ke? Budak-budak tu dah sampai!” Aina mengangguk perlahan. “Kai! Budak-budak tu dah bising kat luar tuh! Cepat lah sikit!” Zamri yang tiba-tiba menjengah di muka pintu bersuara.
“Jomlah!” Lengan Aina diheret mengikuti langkahnya. Dahi Zamri berkerut. “Eh? Kau bawa Aina sama ke?” Dia berbisik perlahan ke telinga Haikal. “Haah! On the way kita nak pergi sana, kita singgah jap kampung aku. Aku dah call ibu aku kat kampung. Kita bermalam kat sana sehari dua sebelum bergerak!” Zamri terdiam. Sabar jelah aku dengan mamat ni! Ikut sedap hati dia je nak ubah rancangan!
“Tapi Kai, budak-budak tu nak ke ikut kau balik kampung?”
“Suka hati dia oranglah! Nak ikut, ikut! Tak nak, sudah! Aku nak hantar Aina balik kampung dulu sebelum pergi sana!” Haikal bersuara keras. Zamri menggaru-garu kepalanya.
“Habis tu, Aina nak naik apa?” Wajah Haikal direnung lama.
“Engkau kan bawa kereta! Naik dengan kaulah!” Apalah yang susah sangat hantu sekor nih!
“Ziela macam mana?” Soalnya lagi. Haikal mendengus geram! Kenapalah bengap sangat dia ni! “Kereta kau kan besar. Tak kan tambah sorang lagi dah sempit kot? Dah lah tu! Macam mak nenek lah kau ni! Banyak benar songeh!” Aku banyak songeh? Memanglah banyak songeh! Aku pulak yang bersusah payah bawa bini dia, tapi dia sedap-sedap dengan TZM nya!
“Abang Kai! Ziela nak naik dengan abang!” Haikal dan Zamri berpandangan sesama sendiri. Ah! Sudah! Buat hal pulak budak Ziela ni! “Ziela naik dengan abanglah! Bukan ke abang bawa kereta? Lagi pun Aina pun tumpang kita sekali!” Zamri menarik lengan Ziela yang sudah melingkar di pinggang Haikal. “Tak mahu! Ziela nak naik dengan abang Kai jugak!” Gadis itu mula berkeras.
“Tak apalah Zam. Biarlah dia naik dengan aku!” Aina tersentak mendengar persetujuan Haikal. Dia menundukkan wajahnya perlahan-lahan, cuba menyembunyikan rasa kecewa yang mula bertandang.
“Apa ni Kai? Kau tak kesian dekat Aina ke?” Suara Zamri separuh berbisik. “Sebab aku kesian kan Aina lah aku suruh dia naik dengan kau! Aina tu tak sihat, tak kan nak suruh dia membonceng motor dengan aku pulak! Lagipun, aku cuma bawa Ziela bukannya buat apa-apa pun!” Amboi senangnya kau cakap Kai! Memang betullah engkau ni tak punya perasaan. Hati batu agaknya. Egonya itu jugak yang hendak didaulatkan! Lantaklah! Esok, kemudian hari berlaku apa-apa, aku tak campur! Zamri melepaskan nafasnya agak keras. Geram!
“Jomlah Aina! Budak-budak tu semua dah bergerak” Aina sekadar mengangguk. Matanya sayu melihat Ziela yang memeluk erat tubuh Haikal. Dia terus menghantar pandangan meskipun motosikal Haikal sudah berdesup laju ke jalan.
*********************
Menjelang tengah hari mereka semua tiba di kampung Haikal. Hajah Endon kelam kabut menuruni anak tangga menyambut kedatangan tetamunya. “Mana Aina?” Matanya melilau mencari kelibat menantunya.
“Kejap lagi sampailah ibu” Wajah Endon berkerut. “Ibu ingat perempuan tu Aina! Kenapa biarkan Aina naik dengan orang lain?” Adoi! Ibu ni! Apa aku nak jawab?
“Errrr……Aina tak berapa sihat kebelakangan ni ibu. Sebab tu Kai suruh dia naik kereta” Hajah Endon mendengus geram. “Kot ye pun, janganlah bawa perempuan lain naik motor sekali. Jangan lupa yang Aina tu isteri Kai!” Haikal tersengeh. Memang aku tak pernah lupa!
Mana budak Zam ni? Sudah setengah jam tapi masih tak nampak batang hidung. Haikal mundar mandir di laman rumah. Sesekali kepalanya terjengok-jengok ke jalan raya menanti kelibat Aina dan Zamri. Risau juga dia dibuatnya!
Dia mendail laju nombor telefon milik Zamri. “Oiii mangkuk! Kau kat mana ni? Dah lama aku tunggu, tapi tak jugak sampai-sampai! Apa halnya?”
“Aku on the way lah ni! Kejap lagi sampailah! Kenapa? Kau risau aku bawa lari Aina ke? Tahu pun takut! Suruh jaga elok-elok, tak nak!” Sial kau Zam! Kau kenakan aku ye!
“Banyaklah kau punya takut! Cepatlah sikit! Ibu aku dah bising tu!”
“Ye lah! Aku tahulah! Kejap lagi kami sampai! Aina ni asyik muntah-muntah je dari tadi, tu sebab lambat.” Muntah lagi? Apa kena dengan Aina ni? Teruk sangat ke sakitnya? Sampai ke hari ini sakitnya masih berlarutan. Habislah aku! Kalau ibu nampak keadaan Aina macam tu, tentu teruk aku di marahnya!
Samad menjilat jarinya. Sampai licin pinggannya dikerjakan. Memang sedap betul masakan mak Kai ni! Samad menjeling Khairul yang duduk di sebelahnya. Kedua-duanya saling berpandangan sebelum tersengeh. Kalau selalu, jangan haraplah nak makan makanan sesedap ini. Hari-hari menunya cuma maggie mee atau paling best pun cuma nasi bungkus kat warung Mak Kiah tepi jalan tu!
Haikal menyedut asap rokoknya dalam-dalam. Dia berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Sekadar mengambil angin. Lagipun, malas nak bersesak-sesak makan nasi dengan budak-budak kat dalam rumah! Bunyi suara riuh mereka sahaja dah buat dia pening kepala. Nasib juga ibu begitu sporting yang sanggup melayan kerenah si “kacang hantu” semua tu!
Langkahnya terhenti. Pandangannya jatuh pada sekujur tubuh yang terkial-kial di tepi telaga. Bersusah payah Aina menarik kendi yang penuh berisi air. “Aina nak buat apa ni?” Soal Haikal. Tali putih yang mengikat kendi buruk itu diambil dari tangan Aina. “Aina nak cuci batang keladi ni” Wajah Haikal berkerut. Batang keladi yang masih diselaputi lumpur itu direnung lama.
“Abang suka makan asam pedas keladi kan? Masa pergi jengok Tok Ayah tadi, Aina tengok keladi kat paya belakang rumah tu gemuk-gemuk sangat. Geram pulak Aina tengok!” Aina ketawa kecil. Merdu seh suara itu! “Siapa yang ambil keladi tu? Tok Ayah?”
“Aina yang ambil sendiri. Tok Ayah tengah mengajar mengaji” Haikal terdiam. Sorotan matanya tertumpu pada lengan Aina. Habis merah bercalar-balar. Lengan Aina diraih lembut. “Kenapa Aina susah-susah? Tengok tangan Aina dah jadi macam ni hah! Kalau ibu nampak, tentu teruk abang kena marah” Aina sekadar tersenyum. Mungkin abang saja yang tak tahu, demi abang, ke hujung dunia pun Aina sanggup!
Haikal tergamam melihat Aina yang tiba-tiba jatuh terduduk. “Aina! Kenapa ni?” Kepalanya tiba-tiba berpinar-pinar. Haikal kian panik melihat mata gadis itu yang kian layu. Kelam kabut tubuh Aina dicepung naik ke rumah.
“Ya Allah! Kenapa ni Kai? Aina! Aina!” Hajah Endon mula tidak keruan. Tubuh Aina yang lembik itu digoncangnya berkali-kali. “Aina tiba-tiba pengsan ibu!”
“Zam! Adik kau mana? Panggil dia cepat! Tolong tengokkan Aina ni!” Zamri terkocoh-kocoh berlari ke depan mencari kelibat Ziela. Mana pulak budak ni? Tadi ada kat sini!
Aina masih tidak sedarkan diri. Ombakkan dadanya agak perlahan. “Aina bangun nak! Kenapa ni?”
“Sabar ibu. Aina cuma pengsan je. Kita tunggu Ziela periksa keadaan dia ye” Tubuh tua itu diusap lembut.
“Samad! Zam mana? Aku suruh dia cari Ziela, tapi dia lak yang hilang. Kau pergi cari! Sekarang!” Arahan keras Haikal disambut laju oleh Samad. Kena cepat! Haikal bukannya jenis yang reti bersabar!
“Kenapa ni abang Kai?” Ziela yang baru muncul, duduk bersimpuh di sebelah Haikal. “Aina ni hah! Tiba-tiba jatuh pengsan.” Haikal kian resah melihat Aina yang masih belum sedar. Sesak nafasnya melihat muka comel itu yang kian tidak bermaya.
Ziela menjamah dahi Aina. Hendak memeriksa secara terperinci pun, peralatannya tidak di bawa sekali. Jemarinya singgah pada pergelangan tangan Aina. Ziela tersentak! Nadi dipergelangan tangan Aina diperiksanya lagi. Tak mungkin! Ada dua nadi yang bergerak sekali. Satu gerakkan adalah nadi milik Aina, dan satu lagi? Mana mungkin Aina mengandung! Atau mungkin dia yang tersilap. Ya! Dia yakin dia yang tersilap. Cara ini masih belum dapat membuktikan kesahihannya. Kesimpulan yang dia buat sendiri biarpun jauh di sudut hati dia sendiri yang meraguinya.
“Aina ni tak ada apa-apa. Dia cuma keletihan je. Mungkin sebab penat akibat perjalanan jauh tadi” Ziela tersenyum memandang Haikal. “Biarkan dia berehat. Kejap lagi sedarlah dia tu!” Hajah Endon tersenyum lega. Air matanya yang sudah menuruni pipi, diseka dengan hujung lengan bajunya.
Malam kian berlabuh. Suara azan maghrib, sayup-sayup kedengaran. “Kai, tadi Tok Ayah pesan dengan ibu, dia suruh datang ke rumah. Sembahyang maghrib berjemaah!” Haikal menelan air liurnya berkali-kali. Adoi! Mesti Tok Ayah nak aku jadi imam tu! Ish! Bacaan tajwid aku pun masih tunggang langgang, macam mana nak jadi imam. Sementelah pula, bacaan doa pun dia dah lupa. Kalau baca doa dalam bahasa melayu boleh lah!
“Malaslah ibu! Mesti Tok Ayah suruh Kai jadi imam!”
“Hah! Eloklah tu! Apa yang susah sangat mengimamkan sembahyang? Selama ni Kai tak pernah berjemaah dengan Aina ke?” Haikal tersengeh. Kepalanya digaru beberapa kali. Sembahyang pun macam dah lama tak buat, inikan pula nak mengimamkan Aina. Itu pun nasib baik ada Aina yang sentiasa memakmurkan rumahnya dengan sembahyang dan bacaan Al-Quran. Kalau tidak, tentu malaikat pun tidak menjengah masuk!
“Oit! Korang buat apa lagi tu? Cepat pergi mandi. Pastu ikut aku pergi rumah Tok Ayah!”
“Rumah Tok Ayah? Rumah sapa tu kai?” Soal Samad dengan wajah berkerut. “Rumah datuk Aina. Kita semua sembahyang berjemaah kat sana.” Masing-masing berpandangan sesama sendiri.
“Aku tak payah pergilah Kai!” Samad tersengeh. “Kenapa pulak?”
“Aku tak bawa baju bersihlah! Lagipun kain pelekat pun aku tak ada ni!” Khairul dan Zamri tergelak sesama sendiri.
“Dah! Jangan banyak korang punya alasan! Aku punya kain pelikat berlambak kat rumah ni. Baju pun ada! Cepat! Kang habis pula waktu maghrib!” Samad melangkah malas. Adoi! Mati aku! Rasa-rasa macam dah lupa macam mana niat sembahyang maghrib! Berdosanya aku!
Haikal cuba melelapkan matanya. Suasana sudah sunyi sepi. Masing-masing sudah hanyut dibuai mimpi. Jam kayu didinding rumah, lama direnungnya. Dia mengereng tubuh ke kiri. Kemudian ke kanan. Namun masih gagal melelapkan mata.
Macam mana keadaan Aina agaknya. Selepas sembahyang berjemaah di rumah Tok Ayah tadi, kelibat Aina langsung tidak kelihatan. Haikal bingkas bangun. Terjengket-jengket menuju ke bilik. Di sebalik celahan daun pintu dia mencuri pandang.
Haikal tergamam memandang! Aina sedang menukarkan pakaiannya. Biarpun Aina adalah isterinya dan hidup sebumbung, namun belum pernah melihat gadis itu tanpa seurat benang. Peristiwa hari tu pun dia cuma ingat-ingat lupa. Hehehe…Tengah mabuk, apa pun tak sedar!
Maha suci Allah! Indahnya ciptaan tuhan! Susuk tubuh itu begitu mengiurkan! Daun pintu ditolaknya. Aina tersentak. Tidak sangka Haikal tiba-tiba masuk. Sudah tengah malam, rasanya semua orang sudah masuk tidur. Tapi mana tahu………..
Kelam kabut Aina mengenakan pakaiannya, namun pergerakkannya mati tatkala tangan Haikal sudah melingkar di tubuhnya. Aina isteri aku! Tiada salahnya! Segala-gala miliknya adalah halal bagi aku!
Dan tanpa Haikal sedari ada sepasang mata yang merenungnya sewaktu dia melangkah masuk ke bilik Aina. Kolam air mata itu juga sudah bergenang!
**********************
Zamri yang baru bangun tidur kelam kabut ke ruang tamu. Bunyi bising dan esak tangis Ziela bercampur-campur.
“Abang Kai teruk! Jahat! Binatang!” Dada Haikal dipukulnya berkali-kali. Mata Zamri terbeliak memandang. “Eh? Kenapa dengan Ziela ni!” Tubuh Ziela ditarik ke tepi. Mujur ibu Haikal tiada di rumah. Kalau tidak, buat malu muka dia je!
Ziela terus tersedu menangis. “Ziela tak sangka abang Kai macam tu! Walau pun Ziela tahu abang Kai kasar, tapi Ziela rasa hati abang baik! Tapi malam tadi Ziela nampak dengan mata Ziela sendiri! Abang Kai memang sama dengan jantan-jantan lain!” Ziela menjerit dalam tangisan. Tubuhnya terhinggut-hinggut menahan tangis.
Wajah Zamri kian berkerut. Dia memandang Samad yang tercongok di sebelahnya meminta penjelasan. Samad sekadar menjungkitkan bahunya. Manalah aku tahu!
Haikal yang diam membatu makin menambah kerutan di wajahnya. Apahal lak ni! “Kenapa ni Ziela? Menjerit-jerit macam perempuan hilang laki ni, kenapa?” Dia mengusap lembut rambut Ziela.
“Agaknya selama ni, abang Kai selalu buat macam tu kan? Dah duduk serumah! Mesti abang Kai selalu meniduri Aina kan? Ziela tak sangka abang Kai sejijik ini!” Aina yang berada di belakang Haikal menundukkan wajahnya.
“Dan perempuan ni!” Jarinya ditunding tepat ke arah Aina. “Nampak je alim tapi perangai macam setan!” Pang!!!!!!! Sebuah penampar hinggap di pipi Ziela. Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Belum pernah seumur hidupnya memukul seorang wanita.
Zamri terdiam tanpa kata. “Tengok! Abang sanggup pukul Ziela sebab perempuan tu! Mesti abang nak cover dia kan? Sebab perempuan tu dah mengandungkan anak abang kan! Dua-dua macam sundal!!” Haikal tersentak! Aina mengandung? Anak aku?
“Sudah Ziela!!” Zamri pula menjerit kuat. Kenapalah dengan kau Ziela! Tubuh Ziela ditolaknya hingga jatuh. Maafkan abang, dik! “Mereka memang halal bersama! Aina tu isteri Haikal!” Ziela terdiam! Samad dan Khairul ternganga, berpandangan sesama sendiri. Patutlah Haikal mengamuk sangat bila Mail cuba nak usik Aina!
“Sorry Kai! Amanah kau berat sangat untuk aku simpan! Benda baik kenapa nak sorok? Sekarang kau tengoklah! Apa yang dah jadi?” Haikal terdiam. Dan Aina kian sebak. Kenapa Zamri yang beritahu hal sebenar? Kenapa bukan Haikal?……
“Ziela nak balik hari ni jugak! Sama ada abang nak hantar atau tidak, Ziela tetap nak balik. Berjalan kaki pun Ziela sanggup!” Zamri terdiam. Wajah murung Ziela direnung lama-lama. “Kata nak ikut abang pergi Pulau Tioman”
“Malas!” Ziela berpaling. Dia merenung jauh melalui tingkap yang terbuka luas. Zamri menggaru-garu kepalanya. Ini semua kaulah punya pasal Kai! Habis semua orang tak ada mood nak pergi bercuti! Zamri mendengus geram.
Haikal duduk menumpang dagu di anak tangga. Lepas satu batang ke satu batang rokok dihisapnya. Berkepul-kepul asap rokok itu setiap kali dilepaskan. Bagai diharapkan segala yang berlaku juga boleh hilang seperti asap rokok yang dihembusnya. Berkepul-kepul terbang hilang di udara.
“Kai!” Panggilan Zamri tidak bersahut. Haikal masih seperti tadi. “Aku tak jadi nak ikut sekali. Ziela berkeras nak balik hari ni juga. Dia adik aku, dan aku pun tak ada banyak pilihan!” Punggungnya dilabuhkan di sisi Haikal.
“Kai,……….Kau marahkan aku ke?” Haikal sekadar menggelengkan kepalanya. Bukan salah kau Zam! “Kai, aku pun tak suka nak masuk campur tangan dalam kehidupan peribadi kau cuma sebagai sahabat aku tak nak kau berterusan buat silap!” Haikal tunduk!
“Tak akan kurang walau sedikit pun maruah kau sebagai lelaki jika ego kau tu, kau letak di hujung kaki! Percayalah cakap aku! Engkau akan di pandang tinggi jika Aina kau mulia kan sebagai seorang isteri!” Haikal terkedu! Terdiam tanpa kata!
“Aku selalu dengar orang cakap. Kata orang, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Itu yang aku hairan tu! Macam mana lelaki macam kau ni, yang perangainya mengalahkan hantu setan, boleh memiliki isteri semulia Aina!” Zamri mengekek gelak. Sial kau Zam! Aku tengah layan blues ni, kau masih sempat kenakan aku ye! Tapi Zam……….. Terima kasih! Kaulah sahabat aku dunia akhirat!
*****************
Tok Ayah baru selesai menunaikan solat zohor. Sejadah berwarna hijau tua itu dilipat cermat. Kopiah putih yang sentiasa berada di kepalanya, dibetulkan beberapa kali.
Dia melangkah perlahan menuju ke dapur. Masih ada banyak masa lagi sebelum waktu untuk mengajar mengaji. Kebiasaannya selepas asar hingga membawa ke isya’ dia akan sibuk dengan rutin hariannya. Tok Ayah mengajar mengaji dengan ikhlas, tidak pernah meminta sebarang upah. Dan dia bersyukur, rezekinya tidak pernah putus malah kehidupan hari tuanya tidak pernah sunyi. Rumah usangnya sentiasa meriah! Sakit peningnya sentiasa ditanya. Dia tidak perlu gusar tentang semua itu!
Langkah Tok Ayah terhenti. Tangisan Aina walaupun perlahan namun masih dapat ditangkap oleh telinganya. “Aina….” Lembut suara Tok Ayah menyapanya. “Awat ni? Tok dengaq Aina dok nangeh dari tadi.” Kepala cucunya diusap lembut.
“Aina gaduh dengan Kai ka?” Soalnya lagi. Tangan tuanya menyeka lembut butiran mutiara di pipi Aina. “Tok…… Apa yang Aina perlu buat lagi? Apa yang perlu Aina korbankan lagi?” Lirih suara gadis itu. “Hina sangat ka gadis cacat lagu Aina ni?” Sedunya masih bersisa. Tok Ayah tersenyum.
Tangan kudung Aina diraih lembut. “Tangan yang cacat ni adalah rahmat Allah buat Aina. Awat pulak di anggap hina?”
“Aina tak pernah anggap hina. Aina juga tak pernah kecewa. Tapi…… “ Kata-katanya mati. “Tok faham Aina. Sabaq lah! Sabaq adalah ubat bagi segala penyakit. Ganjarannya besaq di sisi Allah!” Aina terdiam. Aina memang sabar Tok! Tak pernah jemu bersabar. Namun adakalanya, kesabaran Aina tercalar jua!
Sayang……Kerdilnya aku! Bila dekat engkau lari! Bila jauh engkau menghilang! Sesekali, pandanglah aku!………..
************************
Percutian ke Pulau Tioman, dibatalkan begitu sahaja. Masing-masing sudah hilang mood untuk bersuka ria. Lepak kat KL lagi best!
Haikal sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Entah mengapa, sukarnya untuk berdepan dengan Aina. Bukan dia tidak kesiankan gadis itu, lebih-lebih lagi bila mengetahui Aina mengandungkan zuriatnya. Dia perlukan masa!
Pulang dari pejabat Haikal melangut di depan tv. Budak-budak lain semua sudah keluar. Bujanglah katakan! Pandangannya berbalam. Siaran hiburan yang disiarkan, sedikit pun tidak menghiburkan hatinya. “Aina!” Rintihnya perlahan. Ada rindu yang berlagu. Ada sendu yang mendayu. Kedua tangannya dipekup ke muka. Nafasnya berat dilepaskan.
Akukah yang buta sebenarnya? Leka mengilap kaca di tangan hingga kan kerlipan mutiara di riba tidak ku perasan?…………….
“Kai! Kai!” Lamunannya terhenti. Khairul menjengah masuk. Termengah-mengah lelaki itu. Nafasnya turun naik menahan lelah. “Engkau ni kenapa Rul? Kena kejar hantu ke?” Wajah Haikal mula berkerut seribu. Itulah! Maghrib-maghrib nak keluar, dah kena sakat!
“Kai! Baik engkau balik rumah sekarang!” Kenapa pulak mamat ni! “Aku dapat sms dari budak-budak Samad tadi! Mail mengamuk sakan! Dia masih berdendam lagi dengan kau lah!” Khairul menarik nafasnya dalam-dalam. Adoi! Penat seh!
“Dia on the way gi rumah kau!” Kening Haikal terjungkit. Pergi rumah aku? Aina!!!!
Haikal bingkas bangun. “Rul! Call Zam sekarang! Panggil Samad dengan budak-budaknya sekali. Suruh dia orang bergerak pergi rumah aku cepat!” Khairul mengangguk laju. Tangannya kelam kabut menyeluk poket mencari telefon bimbitnya.
*************
Aina berundur ke belakang. Badannya menggigil-gigil ketakutan. “Kai mana!!!!” Jerkah Mail kuat. Matanya membutang merenung wajah Aina. Gadis itu terdiam tanpa kata.
“Bodoh! Dah bisu pulak!” Tubuh Aina ditolak kuat hinggakan gadis itu terdorong ke tepi. Mail berlari laju menaiki anak tanga. “Kai! Mana kau! Keluar cepat! Hari ni aku nak buat perhitungan dengan kau.! Engkau mesti mampus hari ni!” Bagaikan singa yang kelaparan, Mail terus menyinga marah.
Pasu bunga yang terletak di tepi sudut, dihempas hingga pecah. Wajah Aina kian pucat. Dia terduduk ketakutan. Melihat Mail yang kian dekat menghampirinya, tubuhnya mengeletar hebat. “Heh! Aku tak dapat kau hari tu kan? Ikut aku!” Tangan Aina dicengkam kasar, diheretnya menuju ke tingkat atas.
“Lepaskan saya….” Aina merayu. Dia meronta-ronta memohon belas. “Diam! Kalau kau nak selamat, ikut je cakap aku!” Jerkah Mail. Mata terjegil kemerahan. Aina makin kuat meronta-ronta. Sedaya upaya cuba meloloskan diri dari cengkaman lelaki itu.
“Apasal engakau ni tak duduk diam hah? Kau nak sangat aku lepaskan? Nah! Ambik kau!” Mail mula hilang sabar melihat Aina yang enggan mengikutnya. Tubuh Aina di tolak kasar. Gadis itu ternyata gagal mengimbangi badannya. Tergolek-golek tubuh itu sebelum terjelepuk di kaki tangga.
“Abang…….Tolong Aina !” Aina merintih lemah. Kelihatan darah pekat yang mengalir di hujung kakinya!
Dan saat itu, dada Haikal bagaikan tersentap kuat. Aina! TZM nya dipecut makin laju. Berdesup-desup di celah-celah kenderaan yang berpusu-pusu bergerak.
Mail bagaikan dirasuk lagaknya. Habis semua barang-barang disepahkan. Dihempas dan dibaling sesuka hatinya. Setiap kali barang-barang itu pecah berderai, dia ketawa berdekah-dekah.
Dia menoleh ke muka pintu sebaik kedengaran bunyi enjin motor yang masuk ke laman rumah. Heh! Datang juga kau akhirnya! Dia tersengeh.
“Mail!!!!!!” Pekik Haikal. Suaranya bergema memecah hening maghrib yang kian ke penghujung. Mail tergelak. Suara Haikal sedikit pun tidak menakutkannya.
Pandangan Haikal jatuh pada sekujur tubuh yang sedang terbaring. Ya Allah! Aina! Bagaikan tercabut nyawa dari badan tatkala melihat gadis itu yang kian lemah. Dan sewaktu terlihat darah pekat yang mengalir di kaki Aina, marahnya makin membuak.
“Celaka kau Mail!!!!!!!”
Dia menerkam ke arah Mail. Sebuah penumbuk dilepaskan namun tersasar ke tepi. Lelaki itu lebih cepat mengelak. “Aku tak macam dulu lagi Kai! Aku lebih hebat dari kau sekarang! Mampus kau hari ni!”
Haikal membongkok memegang perutnya. Tendangan Mail tepat mengenai perutnya. Dia berkerut menahan rasa sakit. “Hahaha…” Ketawa Mail makin kuat. Puas hatinya melihat Haikal yang tersungkur.
“Apa lagi yang kau nak hah? Aku ingat semua dah settle!” Haikal bersuara keras. Hairan dia, mengapa dendam Mail padanya masih tidak berkesudahan.
“Banyak benda yang aku berbulu dengan kau Kai! Banyak! Kalau nak cerita satu perstau, sampai esok pun tak habis!”
Haikal menarik nafasnya menahan sesak di dada. “Kau berbulu dengan aku tapi bukan dengan Aina! Kenapa kau sakitkan Aina!” Mail ketawa lagi. Makin galak tawanya
“Aku tahu kau sayangkan perempuan tu! Sebab kau tak bagi aku usik dia cam awek-awek kau yang lain! Kalau dia sakit, mesti kau pun sakit kan?” Haikal mengetap bibir menahan geram
“Sial !!!!!!” Bagaikan dirasuk, Haikal meluru ke arah Mail. Dan kali ini, dia tidak memberi walaupun sedikit ruang buat Mail untuk membalas. Bertalu-talu pukulan hinggap di tubuh Mail.
Mail yan makin lembik itu tidak dihiraukannya. Haikal terus memukul hinggakan buku limanya melecet kemerahan. Ini semua untuk Aina!!!
“Kai! Sudah!” Zamri memeluk tubuh Haikal cuba meleraikan tindakannya yang makin liar. “Sudah Kai! Jangan buat silap lagi! Polis dah sampai. Biar mereka yang uruskan hantu ni!”
Nafas Haikal turun naik. Pelukkan Zamri direntap kasar. Dia meluru ke arah Aina yang sudah tidak sedarkan diri. “Panggil ambulans cepat!” Haikal menjerit cemas.
Tubuh Aina dipangku di atas riba. Dikucup dahi gadis itu berkali-kali. Bangun sayang! Bangunlah!
**********************
Haikal resah menanti. Macam mana dengan Aina? Dia mundar mandir. Penat ke hulu ke hilir, dia duduk kembali. Namun masih gagal menghilangkan resahnya. “Bawa bersabar Kai! Tengok Kai macam tu, buat ibu makin risau!” Hajah Endon menggosok lembut bahu Haikal. Tok Ayah yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Wajahnya nampak tenang.
Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Ya Allah, lidungilah Aina! Dia bingkas bangun tatkala kelibat Ziela kelihatan.
“Ziela! Macam mana keadaan Aina?”
“Dia selamat. Tapi masih belum sedarkan diri” Haikal menarik nafas lega. Anak aku? “Macam mana dengan kandungannya?” Dada Haikal kembali berdebar.
“Setakat ni kandungan Aina masih selamat. Tetapi sokongan badannya lemah. Tak tahu dia mampu bertahan atau tidak. Kalau boleh bincang dengan Aina untuk gugurkan kandungan ini demi keselematannya.” Haikal terduduk! Aina! Matanya dipejam rapat. Sebak!
“Boleh abang masuk tengok Aina?” Suara Haikal bergetar.
“Boleh tapi cuma abang seorang dan jangan terlalu lama” Haikal mengganguk perlahan. Dia melangkah longlai.
“Kai! Nanti sat!” Panggilan Tok Ayah mematikan langkahnya.
“Masa balik kampung hari tu, Tok tengok Aina dok bungkus benda ni. Mungkin dia terlupa nak bawa masa balik KL hari tu. Ambil ni! Rasanya untuk Kai!” Bungkusan kecil itu dihulurkan pada Haikal. Apa ni? Lama dia membelek bungkusan itu.
Pintu bilik dikuaknya perlahan. Sekujur tubuh yang terbaring itu di renung, sebak! Mata Aina terpejam rapat. Dahi Aina diusap lembut. Sejuk tatkala tangannya menjamah dahi itu. Sama seperti hati Aina, sejuk, lembut. Tidak pernah melenting biar pun sering tidak aku hiraukan.
Bungkusan yang berada digenggamannya dibuka. Matanya terpaku di situ. Barang itu! Telah lama dia mencari. Dulu sewaktu benda itu hilang, dia mengamuk bagai nak rak. Habis bersepah rumah ibu dia kerjakan hanya semata-mata benda itu. Penunjuk Al-Quran! Bulu landak pemberian arwah babah itu sentiasa digunakan setiap kali dia mengaji di rumah Tok Ayah. Dan dia berbangga kerana penunjuk Al-Quran kepunyaannya adalah yang paling cantik. Kawan-kawannya yang lain sekadar menggunakan kayu atau lidi daun kelapa untuk dijadikan penunjuk Al-Quran.
Tetapi penunjuk Al-Quran itu hilang. Mungkin Aina yang menjumpainya, mungkin Aina ingin memulangkannya tetapi gadis itu tidak punya keberanian menemuinya! Dada Haikal berombak kuat menahan sebak di dadanya.
Sehelai kertas tiba-tiba jatuh dari renyuk kertas pembalut. Surat! Mungkin Aina yang tulis. Tulisan tangan yang ditulis denga huruf jawi. Mujur juga dia masih boleh membaca tulisan jawi meskipun terpaksa merangkak-rangkak untuk mengeja setiap baris ayat;
Macam mana hendak Aina mulakan? Gadis cacat ini tidak pandai bermadah. Tidak pandai berpuisi.....
Abang,
Mungkin abang tak perasan agaknya, anak kecil yang selalu mengintai abang setiap kali abang mengaji Al-Quran di rumah Tok Ayah.
Dan mungkin abang tak sedar agaknya, anak gadis yang sering meminta serai dari ibu setiap kali abang pulang ke kampung.
Aina menjadi penyinta sepi. Memendam rasa cinta sewaktu usia masih kecil. Malu pada dhaifnya diri, maka rasa itu tersimpan di sudut hati.
Gadis cacat ini sering mencuri pandang pada abang, dengan harapan kewujudan Aina akan abang sedari. Namun pasrah pada pada diri, puas Aina menanti jangankan memandang, menjeling pun abang tidak mahu.
Entahkan ujian, entahkan rahmat yang Allah berikan, tiba-tiba diri menjadi isteri abang. Dalam resah, syukur Aina panjatkan.
Taat Aina berikan. Setia Aina sandarkan. Kasih Aina renjiskan. Moga-moga semua yang Aina berikan dapat menutup kekurangan diri. Tapi sayang kekurangan ini terlihat jua.......
Haikal melipat surat itu kembali. Tidak sanggup untuk terus membaca. Matanya dipejam rapat. Terasa hangat pipinya. Perlaha-lahan disentuh rasa hangat itu, rupa-rupanya air matanya yang mengalir.
"Aina.... Siapa kata Aina dhaif, siapa kata Aina kurang? Aina gadis hebat, hinggakan mampu mengalirkan air mata seorang lelaki seperti abang" Haikal tersedu.
Ziela melepaskan nafasnya perlahan. Pandangannya jatuh pada Haikal yang masih berteleku di sisi Aina.
“Abang Kai” Panggil Ziela perlahan. Dan dia tersentak sewaktu Haikal menoleh ke arahnya. Mata lelaki itu merah! Abang Kai menangis? Ziela sebak!
“Abang baliklah dulu. Nanti kalau Aina dah sedar, Ziela akan call abang ye” Gadis itu memujuk lembut. Haikal menundukkan wajahnya. Kedua tangan diraup ke muka.
“Tak apalah Ziela. Abang nak tunggu sampai Aina sedar” Ziela terdiam. Lirih suara Haikal. Ada getar yang beriring. Haikal kembali memandang Aina. Diperhatikan dada Aina yang berombak lemah.
Tidak! Kali ini tidak akan ku tinggalkan Aina biarpun sesaat. Jika diminta aku melutut di sini untuk seribu tahun lagi pun, aku sanggup!!!
Jari jemari Aina yang kaku, digenggam erat. Diusap lembut pipi bersih itu. Matanya asyik memerhati wajah Aina. Kening Aina lebat. Bibirnya kecil kemerahan. Dan yang paling dia suka, hidungnya. Kecil, mancung. Comel sangat! Nafasnya dilepaskan berat.
“Aina cantik! Cantik sangat! Tapi semua itu abang tak nampak kerana terlalu asyik memandang tangan yang satu itu. Yang kurang itu jugaklah yang nampak di mata abang!” Desis Haikal perlahan. Perasaan bersalah makin bernanah di hati!
Tuhanku……..Tak terampun dosa ku! Tak terhapus perasaan bersalah ku! Jangan dibawa Aina pergi sebelum dia menghukum ku.!
Tangannya beralih pula pada perut Aina. Dibelainya lembut. “Anak ku! Berilah kekuatan pada ibu mu!” Haikal makin merintih. Dia menangis lagi!
Biarlah! Aku tidak malu menangis! Sekiranya tangisanku mampu menyedarkan Aina, akan ku raung sehingga kehabisan nyawa!!
Sejuk dingin pagi. Kicauan burung sesekali bersahut-sahutan terdengar. Mata Haikal kaku berbalam. Entah apa yang direnungnya, dia pun tidak pasti. Dia masih berteleku di atas kerusi simen yang di sediakan di luar perkarangan hospital. Rasa dingin sejuk pagi langsung tidak dihiraukan.
“Kai!” Haikal menoleh. “Puas aku mencari, kat sini rupanya engkau!” Zamri melabuhkan punggung di sisi Haikal. “Tadi, aku pergi jenguk Aina kejap. Nampaknya dia dah sedar. Kenapa engkau tak temankan dia?” Haikal masih mendiamkan diri. Kedengaran nafas berat dilepaskan.
“Kenapa ni Kai? Ada masalah ke? Apa kata adik aku tentang Aina?” Meskipun soalannya tidak berjawab, Zamri masih terus bertanya.
“Entahlah Zam! Tak tahu macam mana aku nak ceritakan.” Bergetar suara Haikal menyusun kata. “Ziela cakap, rahim Aina tidak cukup kuat untuk menampung janinnya yang bakal membesar. Pergerakkan yang agak kuat mungkin akan menyebabkan Aina keguguran dan sekaligus mengancam nyawanya.” Kata-kata Haikal terhenti. Nafasnya ditarik dalam-dalam bagaikan mencari kekuatan untuk menyambung bicaranya.
“Abang…….Izinkan Aina mengandung dan melahirkan anak kita” Kata-kata Aina pula yang tergiang-giang di telinganya. Haikal makin sebak. Tangannya diraup ke muka.
“Habis tu, macam mana sekarang?” Wajah Haikal direnung tanpa berkelip. “Jika Aina ingin mengandungkan bayi itu, dia hanya boleh berbaring di atas katil sehingga masa kelahiran bayi tiba.”
“Apa keputusan kau? Aina pulak macam mana?” Soal Zamri yang kian mendesak ingin tahu.
“Aina mahukan bayi itu!” Zamri terdiam. Dia juga merasa sesak, bagaikan terkena tempias Haikal.
“Aku serba salah Zam. Mengizinkan Aina mengandungkan bayi itu, bagaikan aku menghantar dia pergi! Menidakkan permintaannya……….. Sedangkan selama ini, dia tidak pernah meminta apa pun daripada aku!” Wajah Haikal kemerahan menahan sebak. Air matanya bagaikan hendak terbit namun ditahan sedaya upaya.
Zamri terdiam lagi. Wajah Haikal direnung lama. “Heh! Betul lah kata budak-budak tu! Baru aku perasan!” Kata-kata Zamri mengundang kerutan di wajah Haikal. “Perasan apa?”
“Muka kau!” Zamri tersengeh. “Kenapa dengan muka aku pulak?!”
“Budak-budak ni selalu cakap kat aku, muka kau tu macam Ariel penyanyi kumpulan Peterpan tuh! Dari tadi aku dok renung muka kau, memang betul lah apa yang budak-budak tu cakap!”
Haikal tergelak. “Kau ni Zam! Time-time ni pulak kau nak buat lawak! Tapi kan, aku rasa, aku lagi handsome dari Ariel. Badan aku lagi gagah dari dia!”
“Aku dah agak dah! Engkau mesti cakap macam tu punya Kai!” Kedua-duanya serentak ketawa. Sekurang-kurangnya aku tahu, kau masih mampu ketawa Kai!
Ketawa Haikal tiba-tiba mati. “Aku rasa bangga bila ramai wanita yang melutut, merayu cinta dari aku. Aku gah bila setiap kali musuh ku tersungkur di hujung kaki! Tapi bila tentang Aina,……… aku kalah, aku gagal! Aku mati kata!” Sendunya kembali menjengah di hati. Dia tunduk merenung rumput hijau di kaki. Masih basah akibat berembun, sama macam hatiku yang basah dengan tangisan!
*****************
Aduhai sayang…. .. Seksanya hati abang, deritanya batin abang mengizinkan Aina mengandungkan zuriat kita. Namun, mengenangkan selama ini, tiada apa pun yang pernah abang lakukan untuk Aina maka abang relakan biarpun abang tahu abang bakal kehilanganmu bila-bila masa!………….
Mengapa peluang ini yang hadir buat abang? Kenapa tidak di saat senyuman yang terukir di bibirmu? Sakitnya hati abang hendak merebut peluang ini sedangkan ketika ini hanya kerutan kesakita yang melakar di wajahmu. Hikmah apa kah ini wahai tuhanku?………
*****************
Motor TZM kesayangannya sudah diberikan pada Samad. Dia tidak perlukannya lagi. “Eh? Betul ke kau bagi kat aku Kai? Macam tak caya jek! Terima kasih bayak-banyaklah Kai! Kau memang kawan aku yang paling best!” Haikal tersengeh mengenangkan kata-kata Samad tempoh hari.
Dia ingin berubah! Mahu membetulkan segala kesilapan lalu. Enjin turbo yang dipasangkan pada Waja hitamnya juga sudah dibuang. Tidak perlu laju atau pun mengaum bunyinya. Yang penting, biarkan kenangan lalu luput dari ingatannya.
Haikal membuka kembali bungkusan yang diberikan oleh Aina. Penunjuk bulu landak itu direnungnya lama. Memang cantik! Warna hitamnya berbelang mengukir corak pada penunjuk tersebut. Al-Quran milik Aina dibukanya dengan tangan bergetar!
Bismillahirrahmahnirrahim………….. Yassin….walquran nilhakim…….innaka lamirnarmursalim……. Air mata Haikal bergenang.. Ya Allah! Merdunya kalimah mu! Syahdunya menusuk hingga ke tangkai hati!
Surah Yassin ini sedekah buat babah! Maafkan Kai babah, lamanya pusara babah tidak Kai renjis dengan bacaan Yassin. Dan surah Yassin ini untuk nyawa ku Aina. Sayang abang……. Moga selamat melahirkan anak kita!
**************
Haikal tersentak! Terkejut bila lenanya tiba-tiba diganggu dengan deringan telefon bimbitnya. Jam di tepi katilnya dijeling sekilas. 1.00 pagi?
“Hello” Rasa mengantuknya masih bersisa. “Abang Kai! Ziela ni! Datang hospital cepat! Aina dah sakit nak bersalin!” Suara cemas Ziela mematikan rasa mengantuknya. Haikal bingkas bangun.
Keretanya dipecut laju. Mujur masih awal pagi. Tiada kenderaan yang bersesak menghalang perjalanannya. Cepatlah sampai! Hatinya tidak henti berbisik.
“Ziela!” Jeritannya bergema memecah hening pagi. “Shhhhhh….Abang Kai ni, janganlah kuat sangat menjerit. Nanti ganggu pesakit kat sini” Haikal tersengeh. Aku tak peduli semua tu!
“Aina mana?” Soalnya kelam kabut. “Kat dalam bilik bersalin!”
“Abang nak masuk!” Kening Ziela terjungkit. “Are you sure?” Bimbang Haikal pula yang pengsan. Haikal mengangguk laju.
Dada Haikal sebak tatkala menjengah masuk. Wajah Aina yang berkerut menahan rasa sakit begitu pilu dilihat. “Abang…..” Lemah suara Aina kedengaran.
Tangannya mengagau mencari tangan Haikal. “Ampunkan dosa-dosa Aina selama ini pada abang…… Halalkan segala makan minum Aina atau apa yang Aina terhutang dengan abang…” Sayu suara Aina mengundang takungan air jernih di matanya. Aduhai sayang…..janganlah diucapkan kata-kata itu!
Dahi Aina diusap lembut. Dikucupnya berkali-kali “Jangan cakap macam tu! Insya-Allah
Aina akan selamat.” Kata-kata itu dibisik lembut ke telinga Aina.
Aina masih mengerang kesakitan. Sejuk tangannya terasa dalam genggaman Haikal. Matanya dipejam rapat. Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh Aina. Beginilah agaknya ibu melahirkan aku! Bersabung nyawa demi memberi aku peluang melihat dunia!
“Tarik nafas Aina! Tarik nafas! Bila saya kata push, baru push!” Tegas suara Ziela memberi arahan. Aina mengangguk lemah. Khudratnya makin kurang namun demi buah cintanya, digagahkan jua.
“Abang….” Sesekali Aina merintih memanggil Haikal. Nafasnya berombak kencang. Turun naik bersama lelah dan kesakitan. Haikal kian resah. Sesak nafasnya melihat Aina yang kian lemah.
“Kena buat operation ni abang Kai! Badan Aina terlalu lemah. Tenaganya tidak kuat untuk menolak bayi keluar. Ziela takut bayi akan mati kelemasan!” Ziela memandang wajah Haikal meminta persetujuan.
“Jangan! Aina masih kuat! Beri peluang pada Aina!” Suara Aina bergetar. Peluh sejuk memercik di wajahnya. “Tapi Aina terlalu lemah. Abang tak sanggup melihat Aina terus menanggung kesakitan” Haikal sebak. Genggaman tangan Aina juga tidak sekejap tadi.
Ziela terdiam. Masa terlalu suntuk. “Oklah Aina! One more try! Lepas ni kalau tak boleh juga, saya akan buat pembedahan”
Mulut Haikal terkumat kamit membaca surah Maryam. Dihembus lembut pada ubun-ubun kepala Aina. Ya Allah! Ringankan kesakitan isteri ku! Lindungilah dia!
“Allah hu akbar! Allah hu akbar!” Suara Aina tenggelam timbul. “Push Aina! Push!” Ya Allah! Terangkat badan Aina menahan rasa sakit. Berketap giginya.
Dan sebaik azan Subuh berkumandang, suara tangisan bayi kedengaran memecah bening pagi.
“Alhamdulillah” Terpacul ucapan itu dibibir Haikal. “Dapat baby boy! Tahniah abang Kai! Sempurna sifatnya seperti bayi normal yang lain!”
Haikal melonjak kegembiraan. Tubuh Aina dipeluknya, namun nafasnya bagaikan terhenti disaat melihat Aina yang terkulai lemah dipangkuannya. “Aina!” Jeritan Haikal mengejutkan Ziela.
“Aina! Bangun sayang!” Haikal kian tidak keruan. Ziela segera mendapatkan Aina. “Aina pengsan. Keadaan dia terlalu lemah!” Topeng oksigen diletakkan pada mulut Aina.
“Abang Kai keluar dulu!” Haikal masih kaku di situ. “Nurse bawa bayi ni keluar. Selepas bersihkan bayi ni, serahkan pada bapanya” Arahan Ziela disambut dengan serta merta. Namun Haikal masih tercegat memandang Aina. Matanya terarah pada dada Aina. Memerhati ombakkan di dada itu yang kian lemah. Janganlah berhenti!
*********************
Hajah Endon kelam kabut mendapatkan Haikal yang berteleku di kerusi. Gembira hatinya bukan kepalang melihat seorang bayi di riba Haikal namun kegembiraannya mati tatkala wajah sugul Haikal menjengah di matanya.
“Kai! Kenapa ni nak? Aina macam mana?” Bahu Haikal di usap lembut. Haikal menoleh memandang ibunya. Air matanya sudah lama mengalir di pipi. Murahnya air matanya kebelakangan ini!
“Aina masih tidak sedarkan diri ibu” Rintihnya pilu. Hajah Endon terkedu. Sebak memikirkan nasib Aina. Dugaaan buat gadis itu datang bertali arus!
Haikal bingkas bangun sebaik terlihat langkah Ziela yang datang menghampirinya. “Macam mana dengan Aina?” Soal Haikal tidak sabar. Janganlah berita buruk yang engkau khabarkan!
“Aina cuma pengsan. Keadaan dia terlalu lemah dan banyak kehilangan darah. Tapi sekarang keadaan Aina dah stabil” Alhamdulillah. Syukur! Tangannya diraup pada muka.
“Boleh abang jenguk Aina?”
“Boleh tapi jangan lama. Dia perlu banyak berehat” Ujar Ziela sebelum berlalu pergi.
Pintu bilik dikuaknya perlahan-lahan. Luluh hatinya melihat sekujur tubuh yang lemah terbaring. Diusap lembut dahi Aina.
Bayi yang berada di dalam pelukkannya diletakkan di sisi Aina. "Ini umi mu anakku! Wanita mulia yang abi cintai!" Desisnya sayu. Sayang janganlah lena mu terlalu lama!
Wajahnya dibenamkan di birai katil. Menahan rasa sebak yang kian bernanah. Dia tersentak bila terasa rambutnya tiba-tiba diusap. "Aina!" terpacul nama itu sebaik mata Aina bercahaya merenungnya.........
Sayang....
Abang jua seperti mu tidak pandai bermadah, tidak bijak berpuisi. Namun tatkala merasa manisnya cinta mu, ilham itu tiba-tiba bertamu.....
Rahmat apakah ini? Yang hadir buat insan yang sentiasa lupa mensyukuri nikmat-Nya. Dugaan apakah ini? Yang hadir buat manusia yang sering alpa pada perintah-Nya. Abang sering tertanya.
Manusia apakah diri mu? Masih gagah mengendong cintamu, masih memahatkan setia mu padaku. Padahal akulah yang sering memijak kasih mu itu!... Dan abang tertanya lagi
Semurni cinta Aina..
Ah! Rupa-rupanya itulah jawapannya. Jauh abang berkelana mencari. Puas abang menyelam ke dasar. Tak perasan jawapannya ada di sisi!......
@@@@@@@ TAMAT @@@@@@@
KOMENTAR
Kesabaran dan ketabahan seorang wanita suatu yang cukup ampuh.
Seperti air,
Lembut bersatu dengan istiqamah,
Lebih perkasa daripada kekuatan tanpa penerusan.
Tajuk: HATI SEORANG ISTERI…
“ Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…”
An-Nissak : 1.
Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.
Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya… Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro… Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu… Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya. Rasulullah pernah bersabda, “ Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu.”
“ Umi… Abu ingat abi.”
“ Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu.”
Abu Bakar… Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq… Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Hanan. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah. Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.
Fatimah… Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas… Perginya ke mana-mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.
“ Ayang nak letak nama apa?”
“ Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah.”
“ Sumayyah?”
“ Abang suka?”
“ Entahlah. Apa kata… Fatimah Az-Zahrah.”
Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.
Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.
“ Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?” Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
“ Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak.”
“ Bagaimana pula dengan rotan?”
“ Jika layananku tidak memuaskan hatinya, aku rela dipukulnya.”
“ Adakah dia sering memukulmu?”
“ Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya.”
“ Kamu memang layak masuk syurga,” bisik hati Fatimah.
Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,
Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung.
Abang.
Abang,
Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu.
Kakak.
Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad tidak pernah mahu mengerti?
“ Ayang… Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari.”
“ Pergilah bang. Orang dah jemput.”
“ Macam mana anak-anak?”
“ Abu… Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah.”
“ Ayang… Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?”
“ Emmm….”
Abang,
Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Hanan ingin selalu di sampingmu.
Hanan serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Muhammad bergegas ke pejabat. Malamnya, jika ada jemputan, Muhammad perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Muhammad tidak tidur langsung. Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Muhammad tidak pernah meluahkannya, Hanan tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, “Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. ” Ibrahim : 7. Ya… Hanan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Seperti biasa, Hanan menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Hanan begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Hanan mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, “ Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhadah.” Hanan mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Hanan cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Muhammad akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.
“ Kakak… Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik.”
“ Abang Muhammad tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak nak keluar rumah?”
“ Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik.”
“ Nanti kakak telefon abang Muhammad.”
Telefon Muhammad? Mana mungkin Hanan mengganggu Muhammad waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Hanan tahu, suaminya tidak akan marah. Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Hanan tidak mahu menghalang gerak kerja Muhammad. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Muhammad gelisah. Hanan yakin, Muhammad pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Hanan mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Hanan tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Hanan mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. Ibu juga tidak boleh ambil tahu. Hanan banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit…
“ Kakak... Nenek dah meninggal.”
“ Innalillahiwainnailahirajiun.”
Hanan senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.
Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Hanan sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Hanan tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.
“ DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali.”
“ Kak Hanan.”
“ Ya saya. Siapa di sana?”
“ Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad.”
“ Ooo… Ustaz tiada. Dia belum pulang. Nona nak pesan apa-apa?”
“ Em… Akak... Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu,” talian sunyi sebentar.
“ Akak… Saya mencintai ustaz Muhammad. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua.”
“ Ustaz tahu hal ni?” Hanan cuba menahan getar di hatinya.
“ Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa.” Diam lagi…
“ Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak... Pinanglah dia untuk saya.”
Hampir terjatuh gelas putih itu. Hanan tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Hanan tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua… Tiga… Empat… Hanan yakin Muhammad mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi…
Hanan tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
“ Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,”
Al-Baqarah : 286. Hanan juga tahu firman Tuhan, “ Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.” Tapi…
Macam mana dengan Nona? Nona mencintai suaminya. Mengapakah Muhammad yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran. Nanti… Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Hanan memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Hanan yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.
Hanan teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Hanan tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi…
Kan ketaatan itu juga satu ibadah?
“ Kenapa lain macam je ayang sekarang? Ada masalah ke?” Muhammad mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.
“ Tak adalah bang. Ayang letih je,” kata Hanan menahan sebak di dada.
“ Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?” Sangkal Muhammad lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Hanan… Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan mendudukkan dia di sisinya.
“ Ceritakanlah… Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita.”
“ Abang…” Hanan makin sebak.
Tiba-tiba…
“ Umii… Tengok abang ni. Dia kacau Imah.”
“ Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main je.”
“ Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi.”
Tak sanggup Hanan membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Muhammad. Nona! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Muhammad yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Muhammad bersetuju? Tak sanggup Hanan menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan pasti menangis suka. Tapi, jika Muhammad menerima? Hanan menangis juga. Dia menangis kedukaan. Muhammad pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Hanan tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Muhammad yang diharapkannya.
Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Hanan melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Hanan manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup meresahkan Muhammad. Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Muhammad. Sesungguhnya…
“ Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…” At-Taubah : 24.
“ Abang…” Hanan bersuara satu malam.
“ Yang...”
“ Baru-baru ni, pelajar abang telefon.”
“ Ya.”
“ Nona namanya,” Hanan cuba melihat reaksi Muhammad tapi tiada perubahan pada wajah itu.
“ Ya.”
“ Katanya...” Diam seketika.
“ Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang.”
“ Jadi?” Begitu tenang lelaki ini.
“ Kahwinilah dia,” lantas Hanan menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Hanan menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
“ Sebab inikah kamu berubah isteriku?” Bisik hati Muhammad. Diangkat muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Muhammad mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
“ Kalau ayang suruh abang kahwin, kenapa menangis?” Diam…
“ Ayang tak sanggup?” Diam lagi…
“ Kalau tak sanggup, kenapa suruh abang kahwin?” Lidah Hanan kelu.
“ Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nazihatul Hanan namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang.”
Lagi seminggu Hanan akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Muhammad tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Hanan terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Muhammad melihat Hanan. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.
“ Abang… Takut rasanya kali ini.”
“ Kenapa? Kan abang ada.”
“ Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk.”
“ InsyaAllah, segalanya akan selamat.”
“ Abang...”
“ Ya.”
“ Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…”
“ Tak akan ada apa-apa yang berlaku.”
“ Kalau-kalau…”
“ Semua akan selamat,” pintas Muhammad.
“ Kalau-kalaulah… Abang nikahilah Nona sebagai pengganti ayang.”
Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Muhammad mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Hanan juga tidak terkecuali. Percayalah Hanan. Cinta abang untuk Hanan seorang.
“ Encik Muhammad… Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu.”
“ Selamatkan keduanya,” Muhammad seolah memberi arahan.
Muhammad memegang erat isterinya. Muka Hanan pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Hanan. Diciumnya pipi itu. Muhammad ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Hanan sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Hanan sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Muhammad itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Aku tergamam sebentar, mataku kaku melihat buku Kak Siti, roommateku, yang terdapat di atas mejanya, ”111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH”. Rasulullah? Nama yang sudah janggal untukku ungkap. Entah sudah berapa kurun bibirku tidak menyebutnya. Aku juga sudah lupa apa maksud ‘SAW’. Tidak semena-mena ungkapan lagu nasyid kumpulan Hijjaz ketika aku menyertai pertandingan lagu nasyid sewaktu di sekolah rendah terngiang-ngiang di telingaku.
“Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuri limpahan sirahmu, dan kami sanjung pengorbananmu... Engkau taburkan pengorbananmu Buat ummatmu.......”
Ah, aku sudah lupa apa sambungannya. Lagu itulah yang telah menaikkan nama sekolahku. Dan paling penting ketika itu aku menjadi penyanyi solo. Bagaikan terpukau mataku terus memandang buku itu. Entah sudah berapa hari aku merenung buku itu setiap kali Kak Siti tiada. Entah apa istimewanya hingga menarik tanganku untuk mengambilnya. Kubelek-belek kemudian kubaca satu persatu isi kandungannya, masih tak kutemui bab yang menarik hatiku. Akhirnya mataku terhenti bila terbaca wasiat ke 5: Jangan buat dosa besar, nak baca tapi ada rasa secebis ketakutan.
Takut pada balasan yang bakal aku terima. Lebih-lebih lagi bab sebelumnya mengenai ketaatan kepada suami. Apakah pantas aku meletakkan perasaanku pada lelaki yang bukan suamiku? Apakah pantas aku menyerahkan sepenuh jiwaku terhadap insan yang bukan suamiku? Apakah pantas aku memberi ketaatanku pada insan yang bukan selayaknya? Kepalaku cuba membayangkan semula adegan-adegan romantis antara aku dan Syam.
Cinta pertama yang berputik gara-gara tersalah ambil beg ketika minggu suai mesra untuk pelajar tahun satu. Syam, lelaki pertama yang mengisi ruang kekosongan hatiku. Dialah insan yang banyak memberiku semangat. Dialah insan yang mengeluarkan aku dari kongkongan kisah silam yang telah menghancurkan keyakinanku. Dialah insan yang membalut luka-luka dihatiku. Dialah segalanya.......
Pertemuan kami dua hari lepas di kafe Sri Samping berulang tayang lagi. Mataku masih ingat senyuman manisnya. Tanganku masih merasai belaian tangannya. Telingaku masih ingat setiap huruf yang dilafazkan. Eh, terlalu bahagia. Terlalu indah hingga aku tidak tahu apa ayat yang harus kuungkap untuk menggambarkannya. Biarlah pertemuan itu milik kami. Aku tak ingin mengiktiraf kewujudan insan lain di kafe itu. Sekalipun aku dapat merasakan semua mata menjeling tajam ke arah kami. Ingin rasanya kuajak Syam ke tempat lain yang lebih sunyi dan jauh dari mata manusia tapi aku tak ingin mencacatkan setiap pertemuan kami.
Mujurlah Kak Siti tak pernah melihat kami bercengkerama di kafe. Peribadinya dan caranya bergaul dengan lelaki membuatku malu jika dia tahu. Rasa cemburu kadang-kadang menerpa ruang hatiku. Cemburu bagaimana dia boleh hidup tanpa boyfriend. Kadang-kadang aku ingin seperti dia tapi....eh, lupakan sahaja soalan ini. Apa yang nak dicemburukan, dia tu yang rugi sebab tak merasa betapa indahnya dunia percintaan. Dan aku selalu saja memberi alasan berjumpa untuk membuat asignment, untuk buat program. Aku tidak tahu sampai bila aku harus menipu Kak Siti. Kak Siti memang tak setuju berjumpa berdua dengan lelaki. Sudah acap kali menasihatiku. Eh, biarlah manusia mengutuk kami sebab mereka tak merasa apa yang kami rasa....!
Tapi untuk apa matlamat cintaku pada Syam? Untuk berkahwin? Soalan yang hingga kini masih tiada jawaban. Aku juga seperti wanita lain mengimpikan seseorang yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar. Syam memang lelaki yang membahagiakan tapi aku tak pasti adakah dia boleh membimbingku. Habis tu, untuk apa? Sekadar suka-suka? Atau mengisi kekosongan duniaku? Lalu meragut kesucianku? Eh mana mungkin Syam setega itu! Aku percaya....! Tapi bagaimana pula jika nasibku seperti Ina. Kerana cinta pada Danish sanggup berkorban. Dan kerana cinta dan pengorbanan itu jugalah yang akhirnya melahirkan seorang baby sebelum sempat mereka bernikah. Bagai pembalasan, Ina dibuang keluarga. Danish pula hilang entah ke mana. Tak cukup dengan itu, Ina sekarang terpaksa berdepan dengan penyakit tibi yang berjangkit melalui Danish. Tabahkah aku jika nasibku serupa dengannya? Ya Allah, betapa besarnya pembalasan-Mu di dunia, bagaimana pula di akhirat nanti?
Aku seperti terdengar suara batinku meraung-raung kesakitan meminta untuk dikeluarkan dari penjara dosa. Dosa yang telah merantai hatiku. Dosa yang gelap dan suram. Masih adakah cahaya untukku? Tapi aku memerlukan dahan untuk berpaut. Aku memerlukan pondok untuk berteduh. Lalu kepada siapakah aku harus mengadu? Hatiku menangis lagi sekalipun zahirnya air mataku tidak jatuh.....
*******************************************************************************
Tut..tut..tut.... Handphoneku berbunyi nyaring di dalam kelas, aku lupa untuk silentkan. Semua mata memandang ke arahku. Lecture Dr. Asyraf juga tergendala seketika. “Minta maaf dokter”. Aku cuba menenangkan keadaan. Cemas. Takut dimarah. Kuambil handphone yang kuletak di dalam poket kecil beg hijau mudaku. Beg pemberian Syam ketika hari jadiku yang lepas. Rupanya mesej dari Syam. Bibirku mengukir senyuman. Senyuman yang tak dapat kupastikan maksud hatiku. “I BALIK KAMPUS ESOK. BEST JUGAKLAH LABUAN NI. I BELIKAN SAYANG COKLAT. I NAK JUMPA SAYANG PETANG ESOK, FREE TAK? RINDULAH... : ) ADA SUPRISE UNTUK SAYANG.“ Aku terpempan. Senyuman tadi kutarik semula. Tidak tahu apa yang harus kutaip. Memang aku juga bagai nak gila kalau tak berjumpa dengannya walau sehari. Kalau boleh aku ingin berkepit dengannya ke mana sahaja dia pergi. Tapi buku semalam bermain lagi dikotak fikiranku.
Entah kenapa, hatiku cukup terkesan dengan wasiat Rasulullah Subhanahu..eh, aku masih tak dapat mengingati apa maksud SAW. Aku buntu dan keliru di antara dua jalan yang harus kupilih. Jumpa atau tidak? Dapat kurasakan iman dan nafsu sedang cuba bertarung merebut hatiku. Dan walaupun akalku bertindak sebagai pengadil, aku keliru untuk menentukan siapa pemenangnya.
********************************************************************************
Seperti biasa, selepas solat subuh bersama kak Siti, kami ke padang untuk berjoging. Satu bilik dengan budak masjid ni, membuatkan tidurku selalu terganggu. Masuk jer waktu solat mesti dikejutkan terutama time subuh dan asar. Jadi terpaksalah aku buat-buat pandai sembahyang. Bukannya susah, ikut saje cara Kak Siti, yang penting tahu setiap solat ada berapa rakaat. Di rumah? Huh…Jangan mimpi aku sembahyang. Apa tidaknya, sejak kecil aku hanya kenal solat adilfitri, adiladha dan solat jumaat untuk orang lelaki. Hipokritkah aku? Atau inikah yang dikatakan dengan riak?
Aku terpandang lagi buku semalam yang masih ada di atas meja kak Siti. Teringin sekali kubaca hingga habis. Tapi rasa malu pada kak Siti mengunci mulutku untuk meminta izinnya. Rasa malu itu jugalah yang selalu menyekat tanganku untuk mengambilnya di depan Kak Siti. Mesej Syam semalam masih belum berbalas. Iman dan nafsu masih bertarung. Tak pasti bila pertarungan ini tamat. Hatiku hanya mampu menjadi penonton sedang akalku menjadi pengadil tapi aku tak pasti apa keputusannya. Setelah memakai kasut dan mengunci pintu bilik, kami berlari-lari kecil menuju stadium. Fikiranku masih melayang memikirkan buku semalam. Perlukah aku meninggalkan Syam? Jika tidak, perlukah aku terus membiarkan kami hanyut? “Kak, boleh tak saya tanya satu soalan” Dia memandangku. Tersenyum. Kemudian mengangguk kecil.
“Kenapa kakak tak nak bercinta” Dia ketawa kecil. Eh, salahkah soalanku? “Kakak pun ada perasaan. Semua orang pun ada perasaan. Tak salah bercinta. Islam tak suruh kita matikan nafsu. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Silapnya bila kita gunakan pendekatan barat untuk menyalurkannya. “Pendekatan Barat, maksud kakak?” “hm...Bercinta sebelum kahwin. Itu pendekatan barat. Sedangkan Islam memberikan kita jalan yang paling mulia iaitu pernikahan. Hari Valantine tu siapa yang anjur? Islam tak pernah suruh sambut apa-apa hari percintaan. Tapi sebaliknya kita disuruh meraikan pernikahan.” Pernikahan? Jadi salahkah percintaan kami?
Telingaku seakan panas. Mulutku tak mampu bersuara. Seakan kerongkongku tersekat. “Maksud kakak, mana ada lelaki normal yang suka pada wanita yang dah dipegang-pegang oleh lelaki lain, yang dah dibawa ke hulu ke hilir. Tapi tengoklah kita sekarang, suami tak rasmi lagi orang lain dah merasa.....” Jantungku berdegup kencang. Sakit. Pedih. Apa yang akan aku persembahkan pada suamiku kelak? Tanganku? Tangan ini entah sudah berapa ramai yang menyentuhnya. Tubuhku? Tubuh ini juga sudah tercemar. Rambutku? Rambut ini juga sudah berapa kali dibelai. Suaraku? Suara ini apatah lagi. Lalu, apa? “Ala...macam kereta. Bayangkan perempuan tu macam kereta yang diletakkan di show room, display only. Tapi ada juga yang boleh ditest drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,bawalah ke hulu ke hilir. Lelaki ini memang suka kalau dilayan. Tapi kalau diberi pilihan, mestilah lelaki normal nak rasmi kereta yang belum disentuh, yang belum terusik, yang belum diguna, kan?”
Kali ini dadaku, jantungku, hatiku, benakku semuanya seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat. Amat perit. Aku tertekan. Namunku cuba control. Tak mahu Kak Siti perasan. Ada suara berbisik, aku ini kategori kereta yang mana satu? “Tapi sebagai seorang muslim, kita kena faham matlamat kita hidup. Kakak tak bermaksud niat kita jaga diri ni untuk suami tapi tubuh badan kita ni pinjaman dari Allah SWT. Amanah Allah SWT. Kita kena jaga baik-baik dan salurkan ke tempat yang diredhoi Allah SWT. Ingat tak, bila mana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW tentang seseorang di antara sahabat tu ada yang menuruti nafsu syahwatnya, apakah dia mendapat pahala? Tahu tak apa Rasulullah SAW jawab?” Aku sedikit gugup untuk menjawab soalan Kak Siti. Mana mungkin aku mengingatinya. Bahkan cerita tentang sahabat tu pun aku tak pernah tahu. Sahabat yang kuingat pun hanya Abu Bakar Al-Khattab, Usman As-Siddiq, Umar bin Affan dan Ali Bin....ah, aku sudah lupa. Nama sahabat-sahabat tu pun aku sudah ingat-ingat lupa. Kepalaku menggeleng perlahan. Kak Siti tersenyum. Kuharap senyuman itu mencerminkan dia faham keadaanku yang kurang pengetahuan. Kemudian dia bersuara semula.
“Rasulullah SAW pun jawab: “Bagaimana pendapat kamu kalau dia meletakkan syahwatnya itu pada sesuatu yang terlarang, berdosakah dia? Begitulah. Tetapi kalau dia meletakkannya pada sesuatu yang halal, pasti dia dapat pahala.” (HR. Muslim)
Sebab tu kakak tak nak bercinta. Sebab tu kakak selalu pesan dengan diri kakak, jangan pandang lelaki lebih dari seorang kawan selagi dia bukan suamimu....! Kakak takut amanah Allah SWT ni kakak salah gunakan. Suami tu dah lah halal, berkat pula. Lebih-lebih lagi mahkota kita ni adalah sedekah buat suami kita.” Amanah?Aku terlopong. Betapa gentarnya aku mendengar perkataan tersebut dari mulutnya. Aku teringat ketika di Matrikulasi dulu, ustaz Redzwan pernah kata amanah tu adalah yang paling berat. Serta merta aku menakup mukaku erat-erat. Air mataku akhirnya tumpah. Tanganku terasa basah. Betapa hinanya diriku. Selama ini aku tidak menjaga amanah Allah SWT. Perlukah aku memutuskan hubunganku dengan Syam?
Tapi hanya dia sahaja yang membahagiakanku. Bagaimana aku harus hidup tanpa belaiannya? Apakah aku buta kerana tidak menghargainya kasih sayangnya? Nafsu dan akalku kembali bertarung. Kali ini pertarungan lebih sengit. Masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing mahu menang. Dan aku menjadi mangsa pertarungan ini.... ********************************************************************************
“Sayang, kenapa diam saja..? Syam yang tadinya hanya merenung kebisuanku mula bersuara sambil tangannya cuba merangkul tubuhku. Secara refleks aku mengelak tangannya daripada menyentuh tubuhku walau seinci. Dia agak terkejut dengan tindakanku. Matanya terbeliak besar. Aku kembali kaku. Nafasku keras. Tunduk memandang sky juice yang masih tak kusentuh. Tak ingin rasanya kupandang wajahnya. Wajah yang membuat aku lupa diri. Wajah yang membuat aku lupa agama. Namun wajah ini jugalah yang pernah memberikan aku kebahagiaan. Aku tersepit antara dua cinta yang harus kupilih…! Kalau diikutkan hati, ingin aku lari dari pertemuan ini. Pertemuan yang hanya membawaku ke lembah dosa. Pertemuan yang hanya mengheretku ke neraka. Tapi aku tak dapat menipu diriku. Bahkan kehadiranku di sini kerana aku masih menyayanginya. Kata-kata sayang dan rindu yang sering dilafazkannya membuatkan aku rasa bersalah menolak pelawaannya untuk berjumpa. Siapa lagi yang akan melafazkan kata-kata seindah itu padaku.
Coklat yang dijanjikannya ada di atas meja. Besar. Menyelerakan. Ada sebuah kotak kecil lagi di atas meja. Comel dan berbentuk hati. Dibalut kemas dengan warna pink. Warna kegemaranku. Inikah hadiah suprise yang ingin diberikan kepadaku? Inikah nilai cintaku? Tapi aku masih tak dapat menipu diriku. Aku memerlukannya sebagai tempat mengadu. Aku masih memerlukannya sebagai tempat bermanja. Aku tak punya siapa di dunia ini. Ibu bapaku? Huh….nama mereka pun aku tak tahu dan tak ingin aku tahu. Aku dibuang macam sampah. Mujurlah masih ada dua insan yang mulia memungut aku. Merekalah tempatku bermanja. Namun mereka telah tiada, meninggal dunia di dalam kemalangan semasa hendak mengambil aku di matrikulasi. Pada masa itulah aku mengetahui sejarah hidupku. Aku bingung, hilang keyakinan dan rasa terhina, pada siapa harus mengadu? Keluarga? Mana mungkin aku dipedulikan lagi. Hadirnya Syam memberikan sinar baru dalam hidupku. Hati yang kelam kembali bercahaya. Hati yang sunyi kembali ceria. Hati yang bingung kembali terurus. Lalu tegakah aku meninggalkannya? Tapi Sampai bilakah kami akan terus berdosa? Sampai bilakah aku terus membiarkan tubuhku dijelajahi? Dan sampai bilakah hubungan ini berterusan?
Syam masih merenung wajahku. Masih setia menanti jawabanku. Aku pula masih tunduk mencari kekuatan untuk bersuara. Tanganku bermain-main dengan sky juice yang kupesan tadi. Masih sejuk. Dingin. Sedingin salju di Boston ketika aku melancong bersama keluargaku empat tahun lalu. Sama seperti keadaan kami sekarang. Tiada belaian. Tiada kemesraan. Dengan mengumpul kekuatan yang semakin menipis, perlahan-lahan kutarik nafas dan kuangkat muka. Aku memberanikan diri untuk memandang wajahnya. Anak matanya yang sejak tadi cuba menangkap pandanganku akhirnya kubalas. “Maafkan aku Syam…aku rasa kita patut berhenti di sini…”. Suara wanita siapakah itu? Suara akukah itu? Betulkah apa yang telingaku dengar? Atau lidahku tersasul? Tapi antara kami tiada siapa lagi wanita selain aku. Akukah? Benarkah aku? Dengan ayat yang terakhir itu, aku undur kerusi. Ingin pergi. Dia terpinga-pinga. “Kenapa ni, sayang? Sayang ada masalah ke?” Sayang? Perkataan yang keluar dari lidahnya yang lembut itu tiba-tiba bertukar menjadi sembilu yang menikam-nikam hatiku. Tajam. Sekaligus membangkitkan rasa perit yang belum pernah aku rasakan sebelum ini. Serta merta aku mengatup bibir. Antara geram, marah dan sedih. Pintu hatiku kuhempas kuat. Biar ia tertutup rapat. Tak ingin kubuka lagi. Lalu kucuba memadamkan bait-bait perkataan yang berkumandang di telingaku sebentar tadi.
“Syam, aku bukanlah wanita yang layak menerima panggilan itu. Simpanlah buat isterimu, jangan terlalu murah memberikan perkataan itu pada orang yang bukan selayaknya. Aku pergi bukan untuk menafikan naluri ini. Tapi kita ummat Muhammad yang punya cara teragung mengurus fitrah ini. Islam yang dibawa Baginda sudah cukup jelas. Akhlak dan peribadi yang ditunjukkan tiada keraguan. Lalu mengapa kita begitu tega meninggalkan suruhannya? Tentu dia sedih melihat ummat seperti kita. Kembalilah Syam..” Syam memandangku dengan pandangan tajam. Anak matanya tidak bergerak. Kaku. Macam anak patung kena sawan. Di dalam matanya, dapat kulihat ada warna-warna kecewa. Ada warna-warna duka. Ada warna-warna luka. Nafsuku berbisik, tariklah ayatmu tadi.... Aku menarik nafas dalam-dalam. Tekanan. Ada rasa bersalah. Tak pernah aku menyakiti hatinya. Tak pernah aku mendukakan hatinya. Tak pernah aku melukakan hatinya. Kerana hati itulah yang pernah menghadiahkan aku secebis cinta. Segunung kebahagiaan. Lalu kerana cinta itu, kukorbankan ketaatanku. Kukorbankan diriku. Kukorbankan segalanya. Aku memandang semula wajahnya. Wajah yang mengharap simpati seorang wanita. Namun wajah ini jugalah yang penah memberikan aku selautan dosa. Lalu dengan nada sayu, kukuatkan hati untuk membuka mulut. “Maafkan aku Syam...” Aku bingkas bangun dan berpaling. Kemudian kakiku bergerak perlahan. Terasa lemah meninggalkannya tapi kali ini aku sudah nekad mencari cinta yang lebih suci dan mulia. Cinta yang tidak berdosa. Cinta yang selamat. Cinta yang mendamaikan.
Syam, kenangan bersamamu masih melekap kuat diingatanku. Mana mungkin aku melupakannya. Tapi ini tekadku. Kita perlu berhenti melakukan perkara bodoh ini dan melepaskan segalanya. Tiada guna mengharap sesuatu yang tak pasti. Syam, aku akui sememangnya sukar untukku menghentikan hubungan ini tapi biarlah jiwa ini beku dan kaku tanpa kehangatan kasih sayang itu andai ianya hanya singgah buat sementara. Kasih sayang yang hanya membawaku ke alam khayalan yang terlalu indah namun hakikatnya semua itu hanyalah noda bersulam dosa. Syam, biarlah jodoh menentukan kita. Yakinlah pada takdir, andai ada jodoh maka tak ke mana. Andai tiada jodoh antara kita, itulah yang terbaik untuk kita. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat. Kita harus akur pada ketentuan-Nya. Sama-samalah kita bina diri, perbaiki setiap kelemahan. Kita masih belum terlambat. Jadikan kesilapan semalam pengajaran di hari esok. Maafkan aku Syam, hubungan ini perlu dihentikan. Suka atau tidak, ia perlu ada penutup sekaligus pembuka tirai episod yang baru pula. Mudah-mudahan di episod baru masih ada ruang untuk kita. Masih ada cahaya untuk kita. Masih ada title ummat Nabi Muhammad SAW untuk kita. Doaku, moga kau menemui kebenaran selepas ini....
Air mata yang sejak tadi kutahan mula bertakung menggaburi pandanganku. Namun mata hatiku dapat melihat ada cahaya di sebalik kesuraman yang selama ini menghuni segenap ruang hatiku lantaran dosa yang kulakukan. Di sudut lain, aku melihat ada benih cinta lain sedang tumbuh di dasar hatiku. Menanti kehadiranku. Cinta yang pasti. Cinta yang tiada penghujungnya. Abadi lagi kekal. Itulah cinta Allah dan Rasul-Nya. Layakkah aku....?
********************************************************************************
Salahkah hubungan ini? Keliru bertandang lagi diruang fikiranku. “Cubalah cari sejarah Rasulullah SAW. Ada tak kes Nabi kita Bercinta dengan Khadijah sebelum berkahwin? Ataupun dengan mana-mana isteri Baginda yang lain?.” Aku mengangguk. Berpura-pura faham. Sejarah Rasulullah? Ingatanku cuba mencari semula setiap saat di sekolah. Cuba mengingat wajah ustaz-ustazah yang mengajar ketika itu. Cuba mengingat buku-buku sejarah yang pernah aku baca kot-kot aku boleh ingat semula sejarah Nabi Muhammad Subhanahu..eh aku lupa lagi apa maksud SAW. Akhirnya aku harus akur ingatanku agak limited untuk kembali mengingati sejarahnya. Tarikh lahirnya pun aku lupa-lupa ingat, 20 Rabiulawal, 12 April kot, yang pasti tahun Gajah...! “Rasulullah SAW tauladan terbaik. Lelaki terbaik. Tak pernah sejarah yang mencatatkan percintaan Baginda sebelum kahwin melainkan yang diceritakan semua percintaan selepas kahwin. Jadi bercinta sebelum kahwin tu datang dari mana? Kalau dilakukan oleh Rasulullah SAW, bermakna kita yang bercinta sebelum kahwin ni pun mesti dapat pahala sebab mengikuti sunnah Baginda SAW. Mesti para sahabat dan ulama-ulama juga berlumba-lumba untuk bercinta sebelum kahwin. Ingat tak hadis Nabi SAW?
“Wahai orang muda, sesiapa pun di antaramu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin, kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia Dan sesiapa yang tak mampu, hendaklah berpuasa kerana puasa melemahkan nafsu” (Bukhari wa Muslim)
Rasulullah SAW tak sebut pun pasal bercinta, tak suruh pun kita bercinta. Tapi pernikahan yang dianjurkan. Kalau tak mampu ada cara lain. Sejajar dengan isi kandungan Al-Quran:
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.” Surah Ar-Ruum, ayat 21.
Jadi kalau kita buat apa yang Nabi tak suruh, kita ikut sunnah siapa? Sedangkan perkahwinan itu adalah amalan Rasul-Rasul terdahulu.
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan......ilaa akhir ayat.” Surah Ar-Ra’ad, ayat 38.
Panjang lebar penjelasannya. Aku seolah-olah disindir secara halus. Pedih untukku rasa. Pahit untukku telan. Tapi itulah kebenaran yang harus kuterima. “Kalau lelaki tu baik, pertama sekali, dia akan selamatkan kita dari maksiat. Selamatkan kita dari dosa. Dia takkan pegang-pegang kita sebab dia tahu tangan kita hanya untuk suami. Dia takkan ajak kita berjumpa berdua sebab dia tahu apa hukumnya. Kalau sebelum kahwin lagi dia tak boleh pimpin kita, bagaimana esok lusa? Boleh percaya ke mereka boleh bimbing kita? Dan kalau wanita itu baik, dia akan pastikan lelaki pertama di Hatinya adalah suaminya. Lelaki pertama selain mahramnya yang menyentuhnya adalah suaminya. Bukan senang-senang je bagi kat lelaki yang entah apa-apa. Dan lelaki ni, walau sejahat mana pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia mesti nak juga memilih wanita yang baik.” Aku tunduk. Mukaku merah. Malu. Tapi pada siapa? Pada Kak Siti atau.....? Ada rasa bersalah. Ada rasa berdosa tapi pada siapa...? Air mataku cuba kutahan. Tak ingin kulepaskan di depan Kak Siti. Biar ia bertakung di tasik hatiku yang kering kontang dilanda kemarau lantaran dosa yang kulakukan. Masih adakah setitis embun yang sudi bertakung di dalamnya? Kupandang langit hatiku. Gelap. Suram. Tiada bercahaya. Masih adakah mentari yang sudi menyinari segenap ruang hatiku? “Jadi Kak, perempuan yang bercinta tu jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?” “Tentulah. Mana ada lelaki normal yang suka pada barangan ‘second hand’,sedangkan barang baru masih ada. “ Dadaku bergetar mendengar suaranya. Tegas tapi berhikmah.
Hasil nukilan, Mukhlisah_nur@yahoo.com
..::UnTuKmU::..
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kata saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya budak-budak perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk sama-sama pujuk-pujuk..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awak bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awak terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada
kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa..
Saya mesti nak tegur.
Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~
Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat
kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya terdiam lagi.
"Pasal dia pula, cuba nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuanlain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
Quote:
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
Quote:
[SENDING..]
Quote:
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ada juga yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
Quote:
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
Quote:
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
Quote:
[SEND]
Quote:
[SENDING..]
Quote:
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah.
Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
TAKKAN..BUAT SELAMA-LAMANYA...
"Tolong sampaikan pada si dia
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
"
"Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....
Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. �Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,� terang beliau.
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, �Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,� jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.
Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)