Tuesday, February 1, 2011

HIDUP INI INDAH...

Coming on February 2011...

Assalamualaikum Sufi,

Selamat tahun baru dan Selamat menempuh perjalanan yang panjang walaupun kelihatan masa semakin singkat berlalu.
Mengapa baru sekarang Lia persoalkan azam tahun baru, setelah sekian sebulan berada pada tahun 2011?

JANUARI Bulan untuk bermuhasabah diri, mengenangkan kembali apa yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu.Terima kasih Ya Rabb, Engkau masih menghidupkan aku tika aku masih mampu menapak di sini, menghidup secebis udara-Mu...ALHAMDULILLAH...

~2011~
Mungkin menjadi tahun yang amat bermakna bagi diri ini. Segala kegembiraan dan kesyukuran hanya mampu Lia panjatkan pada Yang Maha Esa. Terlalu banyak kenangan manis yang telah terpahat dalam ingatan ini. Semuanya dikenangkan sebagai memori terindah pernah tercipta antara Lia dan kehidupan.

Sufi,
kenangan indah terpahat tika Lia berjaya menamatkan pengajian di Perak. Berada jauh di perantauan mengingatkan Lia tentang perlunya tabah dan lebih bersyukur tentang hidup. Bertahun-tahun berada dalam perantauan orang banyak yang telah Lia pelajari. Erti hidup, kehidupan susah dan senang, erti pegorbanan dan perjuangan yang tak pernah kenal penat dan lelah Lia semadikan dalam satu jasad yang dipanggil HARAPAN.

Lia berharap untuk menggapai harapan yang menggunung tinggi, dan terus berjuang mencapai hasrat dan dengan itu Lia terus memacu panah menggunus keris malah senjata apa pun untuk memacu panahan Lia yang berbisa itu sampai ke titik puncak yang dituju. Alhamdulillah, panahannya hampir sampai ke sasaran.

Cuma sekarang Lia hanya perlu bersabar menanti peluang yang semakin terbuka di depan mata. Biarlah orang sekeliling berkata yang Lia gila. Tapi bagi Lia 'ORANG YANG HEBAT AKAN SENTIASA GILA bukan?'

Lia cuma ingin menjadi seorang yang gila bercita-cita. Kata Lia sendiri, hidup orang yang berjaya adalah hidup orang yang mempunyai cita-cita bukan? Tapi, nasihat Lia untuk diri Lia sendiri andai jatuh terpelosok di mana-mana celah negeri ingatlah bahawa kejayaan yang dicari tak akan berbaloi andai tiada parut yang menghiasi diri!

PARUT!
Argh...Parut lama yang bisa merobek kembali luka yang semakin sembuh.


Pernah suatu ketika Lia terjatuh. Akibat cita-cita yang Lia harapkan menggunung itu telah menjatuhkan Lia ke dalam gaung yang dicipta oleh Lia sendiri. Kerana mnegharapkan impian Lia terlaksana, Lia telah banyak korbankan masa dan remaja Lia hanya kerana mengajar cita-cita! Bodohkan Lia ini?
~Ini hanyalah bisikan suara halus yang banyak mengahsuti fikiran dan hati seorang manusia bernama LIA~

Untuk apa dikenangkan lagi parut itu, biarkan ia berbekas dan lama-kelamaan menjadi kenangan untuk ditanya pada mereka yang perasaan akan kehadirannya. Jika ia tertutup dan dilitup rapi, parut itu pasti tidak akan mengganggu hidupmu lagi...

Remajaku tidak pernah rasa dikongkong dengan penatnya aku berada di hadapan mejaku bertemankan nilon putih dan seberatnya buku falsafah teori praktikal perubatanku, hingga masih Lia ingat hampir beberapa kali Lia dihempap buku itu semasa tidur... :)

Remajaku juga tak pernah rasa lentur dengan kemunduran facebook , twitter dll sewaktu kuliahku berlangsung, aku juga remaja inginkan kebebasan bersosial di laman sembang, mencari kenalan dan merapatkan jurang perhubungan.
Ada juga ketikanya tika insomnia melanda tiba, hanya itu yang menjadi peneman di kala dingin hari. Hanya suasana sekitar kamarku sahaja yang masih cerah menyala. Mungkin sahabatku sangka aku bersengka mata menelaah pelajaran yang masih sisa berbaki. Senang cerita, ketika itu Lia ber'fb' sampai ke pagi. Sedar, sedar pagi tu, dah tengok leptop jatuh terpelosok atas lantai! aih, macam mana tak sedar lep top jatuh masa tidur! Hampeh, nasib baik tak ada apa-apa...huhu

~Bila pagi menjelang, berterbanganlah rezeki melebarkan sayapnya untuk diagih-agihkan kepada pemiliknya yang sentiasa menyerunya,
Ya Allah berikanlah aku kekayaan rezeki yang mecukupi...amin~



Pagi-pagi, semestinya jadual kuliah tidak begitu padat kadang-kala membangkitkan Lia seawal sesubuh pagi. Persediaan awal sebelum melangkah kaki menuju kuliah telah Lia sebatikan ke dalam diri. Bangun awal, iron uniform awal, siapkan assignment awal, macam2 lagilah awal tapi yang peliknya orang yang keluar hostel paling last adalah LIA! Hampeh... :P -Ye lar sebab masa tu duk ralit kemas buku, cek buku sebab malam tadi bersepah, ngantuk sangat sampai tak sempat nak kemas..hehehe-

Memang benar, jika hidup ini kita hanya sedalam-dalamnya banyak tafsiran indah yang tercipta untuk dikenang di dalam memori yang tidak dihitung berapa banyak 'GITT' nyer kan...?

~Kehidupan Lia yang paling indah saat ketika itu saya sedang gembira dalam tangisan,
dan Kehidupan Lia yang paling sedih adalah ketika itu saya sedang menangis dalam kesedihan~


EXAM?

Itu adalah teman yang paling TERUK tapi terBAIK pernah Lia ada...
DIA hanya hadir bila sampai waktunya Lia langsung tak perlukannya,
DIA tiba saat Lia belum bersedia menghadapinya,
DIA selalu buat Lia tergopoh gapah mengahadapinya,
DIA juga menaikkan paras hormon Lia dan kerana DIA juga habis jerawat naik! :P
Sebab DIA, Lia juga pernah menangis pagi hari esok tu dah nak exam!
Sebab kehadiran DIA juga tidur malam Lia tak pernah lena langsung! Masa tu baru inagt time bestnyer tidorrrrrrr.....

Tapi yang paling BAIKnya sahabat Lia ini DIA tak pernah pun mengeluh walaupun ramai orang tak suka DIA!

Yang baiknya tentang DIA ni,
DIA akan hadir bila waktunya hanya akan terpangil,
DIA akan keluar memberi harapan yang menggunung tinggi pada pengharap,
DIA juga akan terus menusuri hidup LIA bila sampai waktu yang terakhir,
bukankah DIA yang mematangkan Lia dalam setiap UJIAN hidup?
~HANYA ORANG-ORANG YANG BERANI MENGHARUNGI 'DIA' BISA MENJAWAB SETIAP PERSOALAN HIDUP DAN MATI DALAM KEHIDUPAN!~

Antara kenangan yang paling indah tercipta adalah sepanjang Lia di hospitalisasi. Kehidupan dengan bauan yang kurang menyenangkan dan bunyian yang mengasyikkan acap kali terdengar tiba kaki melangkah memasuki mana-mana bahagian 'pintu' keampunan dosa...itulah HOSPITAL!

Sepanjang latihan praktikal banyak kehidupan Lia terokai. Menyusuri kehidupan orang lain mengingatkan Lia pada si ceritera hikayat manusia dan alam bahawa kita saling memerlukan antara satu dengan lain.

Manusia memang diciptakan dengan 2 tangan, 10 jari beserta 2 lengan untuk membantu dalam proses menggenggam. Dan tak kecuali Lia dan kamu... Jadi, mengapa tidak dengan tangan itu kita saling menggenggam jari mereka yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada kita? Mengapa kita biarkan kasih sayang itu jauh pergi meninggalkan kita sedangkan kita sering menginginkan dia... Sayang, sahabat Liaku, kasih sayang yang anda cari bukankah dari hati seorang kekasih, tetapi sayang itu lebih agung bila anda melihat dunia dalam genggaman anda...

Alhamdulillah, kasih sayang yang tercipta antara Lia dan pasakit Lia masih terus kekal hingga sekarang. Allah itu memang Maha Adil dan Maha Pengasih... Dia tidak pernah menciptakan kesengsaraan tetapi kita yang menciptakan sendiri.

Sakit itu semuanya ada penawarnya, cuma hati itu rawatnya hanyalah dengan kasih sayang dari Rahmat Illahi yang ada dalam setiap jiwa kita...Mengapa tidak kita pergunakan hati yang sekeping itu hanya untuk memberi secebis harapan pada mereka?

Adik-adikku, ikhlaslah merawat mereka dengan hatimu yang ku tahu begitu luhur dan murni...Minta mereka mendoakan kejayaanmu sentiasa, dan beri mereka harapan bahawa Allah akan selalu bersama dengan mereka...

~KENANGAN MASH TERCIPTA~

26 JANUARY 2011

Hari bersejarah itu juga tiba.
Bahagianya abah dan ibu melihatku mendukung genggaman kejayaan buat mereka. Semua itu hanya untukmu...

Riak wajahmu selalu Lia ingat bila helaian buku pertama Lia selak,
Alunan suaramu yang mengharapkan sesautu dariku selalu Lia dengar tika mata ini mula terpajam,
Permintaanmu dari Lia selalu Lia dengar walaupun kau tak pernah menyuarakannya,
Hasratmu yang selalu kau pendam manjadi nokhtah bila kejayaanku hari ini kau kongsi bersamamu,
Ibu dan Abah,
Izinkan anakmu ini berjunag ke medan perjuangan yang telah dicipta untuk aku...

Ku akhiri kalam terindah 2010 ini dengan selamat kembali umurku yang baru... ;)

~SEBARKAN ILMU INI ANDAI TIDAK DIKETAHUI SIAPA PEMILIKNYA...~

Followers