Saturday, April 30, 2011

Selamat Tinggal Hati Berduka...

Aku benci pada perhubungan sebuah ikatan
Mulanya lahir dari hati yang suci
Kemudian dicemari setelah dikotori
Oleh hati yang buta menilai makna apa itu cinta…

Mengapa dicemari sekeping hati itu,
Bukankah kau tahu hati itu tidak dilahirkan berpasangan ?
kerana sekeping lagi hati terletak padamu
untuk kau lengkapkan
untuk kau sempurnakan…

Rapuh sungguh ikatan hubungan yang kita sama simpulkan,
Terlerai sudah gantungan impian
Musnah harapan terdetik episod penderitaan
Akukah yang memohon atau kau yang meminta ?
Pasrah aku panjatkan andai kebahagiaan tercipta di sebalik perpisahan…

Aku biarkan derita menjerut kehidupan ini
Demi kerelaan membiarkan kebahagiaanku dalam dakapan mereka
Jiwa yang rakus merebut hak yang yang bukan miliknya
Dengan rakusan tajam menghiris naluri dan perasaan…

Maafkan aku dunia…
Hati ini terluka terus sepi
Hanya sekejap masamu berlalu untukku
Mengecap bahagia kenikmatan yang hanya sementara
Hanya aku tahu hati ini memang dilahirkan untuk menyendiri
Mengecap kebahagiaan milik sendiri
Selamat kembali hati yang berduka…

LilyNurlieyanna89
0016/5 April 2010

hati yang terluka...

2244/10 April 2010

Mengapa diharap pada sesuatu yang tidak pasti?

Mengapa didamba oleh rantaian satu kenangan terindah yang mungkin tidak terlintas di fikiran untuk tercipta?

Semua itu terlintas dan tercipta dilubuk hati ini. Tapi mana mungkin hati ini mampu menipu untuk berbicara sendiri tanpa sedikit pun relung di hati…

Hati ini berbicara sendiri, mana pergi keindahan yang sepatutnya aku miliki?

Mana hilangnya kenangan terindah yang tercipta antara aku dan kehidupanku suatu ketika dahulu?

Semuanya hilang…hilang dimamah kenangan yang berselitkan penipuan dan pendustaan.

Hakikatnya walaupun kenangan itu memang ditakdirkan untuk aku namun harus aku agihkan demi kepentingan insan lain…

Egokah aku?

Berharap kepentinganku hanya milikku seorang?

Berharap tiada yang lain hadir memetik kebahagiaan yang aku miliki?

Aku mahu kenangan indah hanya tercipta untuk aku lantas aku ketepikan orang lain…

Maafkan aku kehidupan kerana egonya aku dalam perit menanggung derita aku rindu teramat pada kenangan yang mungkin tak dapat aku sentuh lagi….

Jika kesempatan bisa aku curi izinkan aku untuk pergi jauh dari ketegangan dan impian insan lain

Agar aku tidak dapat merasa secubit pun rasa bahagia mereka

Kerana jiwaku memberontak sengsara…

Dengan tenang hatiku berbisik sepatutnya bahagia itu milikku….

Deraian deras air mata ku seka tak akan kubiar ia jatuh lagi…



Hati yang terluka….

pilu mencengka!m!

13 April 2011/2204

Entah mengapa malam ini hanya deraian air mata yang menjadi peneman setia di sisi. Tiada kata dan lafaz yang bisa diungkap. Hanya doa dan iringan restu yang amat aku harapkan. Ya Allah kuatkan aku menempuh cubaan yang Engkau anugerahkan buat aku…

Kanser! Musuh yang amat aku benci. Kehadirannya tidak aku pinta ke dunia. Tapi kerana Allah itu Maha Mengetahui, telah menjanjikan sesuatu yang tiada tolok banding hikmah-Nya. Kuatkan aku untuk menempuh segalanya Ya Rabb…

Derita itu tidak pernah aku rasa tapi cuba aku fahami. Oleh kerana kuatnya perasaan dan gagahnya semangat seorang yang amat mulia untuk aku di dunia ini, aku ingin terus hidup dan berjaya sepertinya. Kalau bukan kerana ‘semangat’ yang ada di dalam tubuh yang mengalir mengikut alunannya telah lama aku turutkan rasa sememangnya binasa!

Bondaku, Allah terlalu menyayangimu. Kerana itu dirimu yang mulia itu selalu Dia uji. Begitu juga anakmu ini tempiasnya selalu mengena hingga aku rasakan rapuh untuk hidup tanpa kehadiranmu di sisiku. Aku terlalu merinduimu bonda. Bonda, saban hari aku memerhati sahabat-sahabatku kehilangan ayahanda dan terkadang bonda mereka. Aku tahu mereka kuat untuk mengharung hidup tanpa mereka. Fikiranku ligat berputar memikir apakah aku juga bakal menerima nasib seperti mereka?

Ya Allah, aku pinta panjangkan umur ayahanda dan bondaku dan seluruh mereka yang aku sayangi…Amin.

Bonda, aku kesal terkadang kau menanggung sengsara kesakitan keseorangan tanpa anak-anak dan suamimu tersayang. Hanya kau keseorangan di sana. Tapi, hatiku kuat menyatakan adanya Allah yang selalu menemani dan menolongmu sentiasa. Allah selalu bersama insan yang teraniaya, itu pesanmu yang selalu aku dengar dan masih basah sayup kedengaran terngiang di telinga ini.

Bonda, aku rindu pada gelak tawamu. Aku rindu pada gurauan manjamu, aku rindu pada pelukanmu yang aku rasakan hanyalah sekejap sahaja. Aku rindu untuk bersama lagi denganmu sehingga akhir hayatku. Bonda, berat sekali ayunan jemariku untuk meneruskan luahan ini kerana aku tidak sekuatmu. Aku masih lagi perlukan dirimu walaupun kita semakin berjauhan.

Bonda, mengapa takdir itu yang memisahkan kita? Mengapa ketentuan itu yang menjauhkan aku dengan dirimu? Mengapa semakin aku ingin mendekatimu semakin banyak halangannya? Adakah aku tidak layak untuk meraih kasih sayangmu?
Bonda, tika insan lain gembira bersama ibunda mereka aku hanya di sini, melihat dari jauh kehangatan kasih antara mereka. Aku cemburu melihat mereka! Hanya tinta sebagai pena, gambaran sebagai khayalan untuk aku melepaskan rasa rindu yang terbit dari lubuk hati. Aku terlalu merinduimu bonda…

Entah bagaimana keadaanmu sekarang bonda. Jika keadaan mengizinkan aku kini, ingin sekalli aku terus ke sana bersamamu. Bonda, maafkan aku bila saat kau memerlukan aku tiada untukmu. Terima kasih kerana telah menjagaku sejak dari kandunganmu lagi. Kerana aku terlalu nakal kau tegar melayani aku. Tapi itu semua kenangan lalu. Kenangan yang tak daya aku ingatkan lagi kerana sampai pada satu kenangan ingatanku pasti teringat kisah pahit dulu… Nostalgia itu buat aku trauma!!!

Followers