Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan di mata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak di kala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana
SYAHADAH BERSATU DI NAJAF
Terik mentari menggigit-gigit epidermis kulitnya. Kasar dan kejam.Dia mendongak ke langit luas. Silau mentari memaksanya kembali menundukkan kepala ke lantai bumi. Benarlah! Dia ini hamba Tuhan nan lemah. Terlalu! Khalayak yang berihram tengah hari itu berpusu-pusu menghampiri telaga Zamzam. Bahang kepanasan yang mencengkam trakea pantas disiraminya dengan air barakah itu. Hampir dengannya, sekumpulan wanita berniqab sedang berbual sambil melepaskan lelah.
Mujahid minum seteguk lagi sambil bibirnya kumat-kamit melafazkan kalimah tayyibah- Alhamdulillah. Mentari di atas kepala semakin garang memercik bahang. Dia gesit ke Makam Ibrahim yang nampak lengang. Dia bersolat sunat 2 rakaat lalu mengakhirinya dengan doa nan panjang. Panas mentari semakin kejam menikam tubuh. Serasa dia bagai menerima suatu hukuman maha hebat. Mukanya diraup lalu matanya
dipejamkan.
" Demi Allah! Selagi kezaliman menjadi peganganmu, seluruh hidupmu
akan dilaknat-Nya!"
Mujahid terkesima. Matanya serasa berpinar-pinar. Kelihatan sekumpulan pemuda dari Pakistan sedang bersolat sunat. Dia meraup kembali wajahnya yang berkumis nipis. Nalurinya terhiris. Acap benar kata-kata itu mengganggunya. Dia memandang kedua-dua tangan dan kakinya lalu menangis semahu-mahunya. Kumpulan pemuda dari Pakistan itu merenungnya. Dia memejamkan semula matanya.
" Malam ini kita akan melancarkan serangan balas di Fallujah. Seruan jihad yang disampaikan oleh Imam Masjid Syeikh Abdul Rahman bin AbdulAziz telah berjaya membangkitkan roh jihad di kalangan pendudukFallujah. Mereka telah membunuh ramai tentera-tentera kita. Darah harus dibayar dengan darah. Fallujah harus diajar!"
Dia menangis lagi. Kali ini air matanya lebih deras mengalir.
"Aku arahkan Pasukan Divisyen Infantri Ke-2 mengepung Fallujah lewat petang ini. Bandar ini terpisah dari bandar Romadi dan Ba'qubahdengan padang pasir. Sukar untuk mereka mendapat bantuan luar. Jadi tiada sebab mengapa kita harus gagal dalam operasi malam ini."
Mujahid tersentak. Sayup-sayup suara azan mematikan lamunannya. Dia tidak sedar, hari sudah santak ke senja. Rona langit jingga senja itumengembalikan ingatannya kepada malam itu. Ya! Malam ketika Fallujah digegarkan dengan tembakan roket yang dilakukan oleh pesawat perang F 16. Bagai hujan api, tembakan roket itu telah membumi hanguskan Fallujah. Dalam masa seminggu, serangan itu telah membunuh 700 orang syuhada dan Fallujah dibanjiri darah dan air mata.
"Bunuh! Bunuh! Mereka ini bangsa yang harus diajar tentang dominasi dan kuasa. Tentang kekuatan dan keagungan bangsa kulit putih. Ha..ha..ha.."
Mujahid menangis. Dia sedang melihat dirinya yang dirasuk kegilaan
kuasa. Memori hitam itu merentap-rentap nalurinya. Pedih dan ngilu.
"Siapa yang merancang serangan di khemah markas divisyen Najaf semalam, ha!?"
Pemuda berjambang tebal yang menamakan dirinya Saif itu menggeleng.
"Huh! Degil ya?" David menendang perut Saif lalu hujung laras senapang dihentakkan ke muka dan kepalanya. Darah membuak keluar dari mulut dan hidung. Merah dan likat.
"Ini rahsia aku dan Jaes Al Mahdi." Saif menjegilkan matanya lalu meludah ke muka David.
David berang. Suatu tamparan singgah di pipi Saif. Darah memancut keluar dari hidung Saif.
"Cakap!" Suara David meninggi. Dia mencekup muka Saif sambil merenung
tajam ke bola mata pemuda yang berasal dari Najaf itu.
Saif mendiamkan diri. Demi Allah, rahsia itu pastikan terkulum kemas bersamanya. Dia sudah berjanji dengan Sara juga berbaiah dengan Jaes Al-Mahdi, walau apa pun yang terjadi, pelan rancangan mereka untuk menawan khemah markas divisyen tidak akan terbongkar.
"Mati… atau bekerjasama dengan aku."
Mujahid menarik nafas dalam-dalam lalu berhasrat untuk melakukan
tawaf sunat. Pilu dan sayu menjalari tangkai jiwa. Hatinya hancur.
Dia malu pada dirinya. Dia malu pada Tuhan yang Maha Kuasa. Dia ini
berbangga dengan kegagahan dan kekuasaan yang dimilikinya namun tidak
pernah mengingati bahawa dia sebenarnya sangat kerdil di hadapan
Tuhan yang Maha Hebat. Ya Allah!
"Ini kerja gila, Sara!" David merenyuk artikel tulisan Sara yang
mengutuk tentang kekejaman tentera U.S di Abu Gharib.
Wajah Sara tiba-tiba menerpa memori. Anak gadisnya nan manis itu
bekerja sebagai koresponden Washington Post ke Baghdad. Merakam
segala-segalanya melalui lensa kamera dan hujung penanya.
"Ayah lebih gila. Membunuh dan meragut nikmat kehidupan orang lain
tanpa belas ihsan. Saya menulis tentang keadilan dan kebenaran meski
yang terpaksa saya hukum itu adalah bapa saya sendiri!"
Dadanya bergoncangan. Dia melafazkan bacaan Surah Al-Rahman yang
dihafalnya sebelum berangkat ke Tanah Haram ini. Air matanya menitis.
"Mereka pengganas dan pemberontak yang harus dihapuskan."
"Anak-anak kecil, wanita, orang-orang tua itu pengganaskah?"
Bibir Mujahid terketar meneruskan lafaz bacaan. Pawana menampar kasar
wajahnya. Hatinya disayat resah. Dia menyesal!
" Lepaskan Saif, ayah. Dia tidak tahu-menahu tentang serangan di Najaf."
" Kau dikuasai cinta pemuda Iraq itu sehingga tidak tahu membezakan
antara pengganas dan penegak keadilan!"
"Saya pencinta keadilan dan kebenaran, ayah! Beribu-ribu orang mati
di tangan tentera U.S, seluruh tanah Iraq berantakan, saban hari
berlaku pengeboman di sana sini, mereka inikah yang dinamakan penegak
keadilan di mata ayah?"
"Kau mahu menjadi penentang bangsamu sendiri lalu menjadi pembela
bangsa durjana ini?" Suara David keras meninggi. Rona wajahnya berubah
"Bangsa durjana? Siapa lagi yang lebih durjana selain bangsa yang
tiada malu menceroboh bumi hak milik orang lain semata-mata kerana
ingin menguasai kekayaan minyak rantau Asia Barat lalu mengorbankan
beratus-ratus ribu nyawa?" Sara merenung tajam ke muka David. Hatinya
membara.
Ingin rasanya dia memberitahu ayahnya bahawa dialah yang sebenarnya
menjadi perisik rahsia Jaes Al-Mahdi untuk laluan ke khemah markas
divisyen Najaf selama ini. Ya! Di Najaf ini, syahadah dan perjuangan
kemanusiaannya bersatu. Dia sudah ketemu suatu perjuangan berpaksi
keadilan dan kebenaran jua bertemu suatu agama suci yang mengajar
manusia apa itu erti keamanan dan kesejahteraan hakiki. Ketika
pertemuan pertamanya dengan Saif yang telah membantunya dalam suatu
serangan mengejut di Najaf beberapa bulan yang lalu, Sara semakin
mengakrabi erti perjuangan sebenar rakyat Iraq. Mereka hanya mahukan
kebebasan dan kedamaian kembali menjernih di tanah air mereka. Mereka
terlalu mengingini nikmat kebahagiaan yang sudah lama terlupus dalam
jerlus pasir kezaliman. Mereka hanya mahu nikmat kedamaian dan
keharmonian, tidak yang lain.
"Hentikan tulisan-tulisanmu yang mengutuk tentera-tentera U.S atau…."
David terhenti. Amarahnya tertahan. Di hadapannya adalah anak gadis
yang mengalir dalam tubuhnya darah yang sama dengan darahnya.
"Atau…ayah mahu bunuh saja saya?" Kesabaran Sara terusik. Wajah Saif
terbayang di pelupuk matanya berganti dengan wajah-wajah rakyat Iraq
yang menderita dalam azab peperangan maha dahsyat ini.
"Kau sudah gila, Sara!" David menengking. Keras dan kasar.
Mujahid menekup muka. Langkah kakinya terasa berat. Mujahid
terjelepuk. Dia menangis lagi. Di hadapan Kaabah dia bermunajat
memohon restu. Dia menyesal. Terlalu!
"Kita semakin ditekan. Stesen televisyen CBS telah menayangkan gambar-
gambar penderaan di Abu Gharib. Washington Post, lebih-lebih lagi.
Sejarah ketika tentera-tentera kita menyerbu perkampungan My Lai,
Vietnam dibangkitkan semula, sejarah tahanan Afghanistan didera di
Guantanamo Bay diselongkar semula. Anakmu, Sara sudah melampaui
batas. Terlalu berani menentang kita!"
Ayat-ayat Al-Quran berkumandang merdu di Masjidil Haram. Ramai orang
sudah berpusu-pusu untuk menunaikan solat. Dia melangkah perlahan
sambil mulutnya kumat-kamit menitir Asmaullah. Terasa dirinya antara
manusia terhina di celahan puluhan ribu manusia di Masjidil Haram
kala itu. Ya Allah!
"Aku mahu kita pindahkan Saif dari Umm Qasr ke Humvees. Seksa dia di
tengah-tengah bahang padang pasir Humvees sehingga dia mahu membuka
mulut tentang serangan di Najaf dan beberapa siri rancangan
pengeboman lain oleh Jaes Al-Mahdi."
David memerhati tepat ke retina Saif lalu menghadiahinya satu
tumbukan di muka. Saif lesu. Tangan dan kaki yang terikat tidak
membenarkannya untuk melawan. Dia menjerit. "Demi Allah! Selagi
kezaliman menjadi peganganmu, seluruh hidupmu akan dilaknat-Nya!"
Mujahid tersentak. Rona wajah Saif menghantui mimpinya dan kalimah
yang terpantul keluar dari mulut pemuda itu mengetuk-ngetuk gegendang
telinganya saban waktu. Bayu dingin menyucuk-nyucuk sumsum tulangnya.
Dia disayat pilu.
"Kita diserang hendap. Saif dapat melarikan diri. Aku menjangkakan
Jaes Al-Mahdi bertanggung jawab dalam serangan kali ini. 5 anggota
tentera kita terbunuh."
"Najaf bakal bergegar. Kerahkan helikopter penggempur Cobra dan 3
pesawat tentera melepaskan peluru berpandu ke arah bandar Najaf.
Pengikut-pengikut Muqtada Sadr harus tahu bahawa mereka sedang
berdepan dengan penguasa teragung. Ha..ha..ha.."
Mujahid mendongak ke langit malam. Serasa bintang-bintang yang
bergentayangan seolah-olah mencemuhnya. Dia memerhati tapak tangannya
lalu serasa hanyir darah menerpa sinus. Sekilas, dia menoleh
pandangan ke arah Kaabah yang dibaluti kiswah. Ya Allah! Aku mohon
diberi pengampunan.
"Aku pembunuh anakku sendiri!"
"Kita tidak menjangkakan Sara juga turut berada di Najaf bersama Saif
dan pejuang Jaes Al-Mahdi, David."
"Aku pembunuh anakku sendiri!"
Mujahid dirasuk galau. Bayangan Sara muncul di benak memori. Anak
gadisnya itu sedari remaja sudah menulis artikel-artikel tentang
kemanusiaan dan keadilan. Lantas setelah tamat pengajian dalam bidang
Komunikasi Media, dia bekerja sebagai wartawan di Washington Post
sehingga ditawarkan menjadi koresponden Washington Post ke Baghdad.
Dia menghalang namun semangat Sara ternyata lebih hebat. Sara ke
Baghdad sebagai pejuang kemanusiaan yang menyelongkar segenap peri-
laku tentera U.S dan dia pula ke Baghdad sebagai Ketua Divisyen
Infantri Ke-2 U.S.
"Ayah harus merasa kehilangan seperti mana rakyat Iraq turut merasa
kehilangan anggota keluarga mereka. Selepas itu ayah pasti tahu
betapa bernilainya harga sebuah nyawa dan keamanan "
"Sara…Sara…"
"Saya tidak menyesal mati di tangan tentera ayah kerana saya sudah
melaksanakan tanggungjawab saya sebagai insan yang waras. Meletakkan
kemanusiaan dan keadilan di tempatnya."
David menggenggam tangan Sara. Air matanya meluncur laju. Darah
membuak-buak keluar dari dada dan perut Sara. David meraung.
"Aku pembunuh anakku!"
Mujahid tersentak. Dia mengesat air matanya. Ya Allah. Ampunkanlah
daku, Tuhan.
Kalimah terakhir yang menitir keluar dari bibir Sara ternyata
menambah galau di hati David. Kalimah syahadah. Ya! Syahadah seorang
gadis yang di dalam tubuhnya mengalir darah David. Arghh! Dia buntu!
Mujahid gesit ke petak Hijir Ismail. Dia bersolat sunat dua rakaat di
situ. Terbayang pengorbanan Nabi Ismail dan ketabahan Nabi Ibrahim
menyembelih anaknya sendiri demi melaksanakan suruhan Tuhan. Mungkin
inilah semangat pengorbanan yang hadir dalam jiwa Sara, dalam jiwa
Saif, juga dalam setiap jiwa dan hati rakyat Iraq yang merindukan
kedamaian menjernih di bumi mereka.
"Terangkan padaku tentang Islam."
Tahanan itu termangu.
"Bercakap tulus daripada hatimu nan jujur. Aku ingin mengenali agama
yang pernah menjadi anutan anak gadisku." David bersuara.
"Islam itu agama keamanan, kesejahteraan dan keselamatan. Islam itu
sendiri berasal daripada perkataan Salam, bermaksud sejahtera." Dia
terhenti sambil menghela nafas panjang.
"Islam menganjurkan agar manusia hidup dalam keadaan aman dan
harmoni, terhindar daripada hiruk-pikuk kezaliman dan penindasan.
Islam menentang keras segala bentuk pencabulan hak asasi manusia.
Islam itu agama sejahtera." Dia tersedu. Manik-manik jernih menitik
jatuh dari birai mata.
Islam. Mujahid memerhati pesona Kaabah sambil mengingati detik-detik
dia mempelajari Islam daripada seorang tahanan Iraq, air mata
kesyukurannya menitis. Saban hari dia mengulang ke kem tahanan
tersebut semata-mata untuk belajar tentang agama yang menjadi pilihan
anaknya, Sara. Benarlah! Islam telah menemukan Sara dengan perjuangan
kemanusiaan hakiki yang menjadi pegangannya selama ini lantas
syahadah dan perjuangan kemanusiaannya bersatu.
Di pinggir Masjidil Haram, di bawah langit malam yang disimbahi
cahaya purnama, seakan wajah Sara tersenyum memerhati dia bermunajat.
"Anakku Sara, bumi Najaf telah menjadi saksi penyatuan syahadahmu dan
syahadah ini."
SUNNAH ORANG BERJUANG
Saat jemari saya mula menitip button lap top ini , jam menunjukkan pukul 4.50 pagi . Sebetulnya saya baru sahaja sampai dari perjalanan jauh yang mencecah jarak 300 km ( memakan masa 4 jam setengah ) , dari kediaman saya di Balok Kuantan ke selatan negara.
Entah mengapa , air mata ini mengalir di pagi hening , menyulitkan lagi percubaan saya untuk masuk tidur. Memandangkan blog saya ni pun sudah 4 hari ‘terbengkalai’ , maka kesempatan ini saya gunakan sepenuhnya untuk menemui sahabat – sahabat dengan titipan terbaru ini.
Pagi hening ini telah mengimbau sejuta kenangan silam , menerjah masuk mengambil tempat dan ruang yang masih kosong dalam kepala saya . Barangkali inilah yang menjadikan air mata saya mengalir dengan sentuhan syahdu di dinihari . Biarpun badan masih letih memandu dalam jarak sedemikian jauh , saya bagaikan diserap tenaga tambah ( energy plus ) untuk terus bersengkang mata dihadapan lap top ini.
Segalanya bermula dengan kerinduan yang mendesak untuk saya kembali bermusafir menunai tanggungjawab perjuangan dan dakwah bagi menyampaikan mesej jamaah setelah saya banyak menghabiskan masa di Hospital Tengku Ampuan Afzan menemani Afif Syaikhani yang tertahan di wad , ekoran jangkitan kuman di paru – parunya .
Setelah 3 lagi abang dan kakaknya ( Afif Syairazi , Afif Syaibani & Iffatul Widad ) telah kebah dari demamnya , Saya mula mengaktifkan diary harian saya untuk terus keluar guna menyampaikan risalah perjuangan suci yang tertunggak .
Kelmarin , jam 3 petang saya terus memulakan perjalanan untuk meneruskan misi dakwah ini ke Negeri A . Dalam jaraknya yang agak jauh , saya meminta jasa baik Ustaz Sanusi untuk menemani saya dan beliau bersetuju . Lalu saya terus ke Keratong untuk mengambil beliau . Sejurus saya melintasi kawasan Timbang JPJ di Chini , saya terserempak dengan Ustaz Fadhil Noor yang dalam perjalanan pulang ke Inderapura , lalu saya mengajak beliau menyertai rombongan kami ke Negeri A.
Jam 11.30 malam , majlis ceramah selesai dan saya berlepas pulang . Bermula detik inilah , berlaku satu kejadian yang sangat menyentuh hati saya , sebagai seorang yang sememangnya kerja mengajar , ceramah agama , ceramah politik menjadi darah daging dan sebati dengan cara kehidupan saya sejak 19 tahun yang lalu .
Kerinduan yang agak tebal terhadap program jamaah , memaksa saya meminjam terlebih dahulu wang sahabat untuk mengisi minyak dan kegunaan di perjalanan . Secara kebetulan bulan ini , saya terpaksa banyak menggunakan wang untuk urusan awal persekolahan 3 orang anak di Sekolah Islam Al Irsyad Balok , ditambah pula pembiayaan kos perubatan semasa mereka terlantar sakit seminggu yang lalu . Memang berat hati untuk pergi sehingga terpaksa meminjam wang sahabat , tapi tak tergamak pula untuk menghampakan permintaan sahabat dari negri A agar saya hadhir berceramah di tempat mereka. Lagipun mereka berkali – kali menghubungi saya untuk confirm program dan kehadhiran saya .
11.50 malam , saya berhenti di sebuah stesen minyak , untuk mengisi keperluan WIRA saya yang cukup setia menemani saya mengurus amanah perjuangan ini saban hari dan saban waktu .
Seperti biasa keperluan sang WIRA ini , saya gunakan wang pembiayaan yang diberikan oleh pihak penganjur ceramah . Terima kasih kepada pihak penganjur yang bersusah payah membekalkan sedikit wang buat saya biarpun jumlahnya hanyalah Rm 50.00 .
Ustaz Sanusi dan Us Fadhil Noor menggeleng kepala dan saya hanya senyum melihat mereka terpinga – pinga .
Ustaz ! tak kan RM 50 sahaja ? demikian perkataan pertama yang terpacul dari mulut ustaz Fadhil Noor . Saya kata : “ alhamdulillah , Fadhil ! ada tempat ceramah yang saya pergi , hanya pulang tanpa apa – apa .
“ Ana pernah pergi ke Negeri B , yang jauh ke utara negara , malah terpaksa menaiki bot untuk sampai ke tempat ceramah . Ana terpaksa pulang pada malam itu juga ke Pahang kerana Isteri Ana sakit dan keadaannya agak kritikal pada waktu itu . Peringkat awal Ana memang nak balik esok , kerana bot tak ada pada malam itu .
………tetapi Hj. Mahfuz mendesak Ana agar pulang mendampingi isteri saat isteri sakit begitu . Lalu Ana minta agar pihak penganjur menguruskan kepulangan Ana pada malam itu . Kebetulan beberapa AJK perhubungan PAS negeri B ada meeting keesokkan harinya , maka kami sama – sama meredah lautan pada malam itu .
…….sampai di Jeti , penganjur memberikan wang sebanyak RM 50 untuk membiayai perjalanan Ana yang jauh , memakan masa 8 jam non stop ke Kuantan . Ana terima dengan senyum ya akhi !!.... walhal anta pun tahu berapa kos minyak dan tol sebab anta pun orang utara "
Saya menceritakan pengalaman ini kepada Us. Fadhil Noor , sebab beliau adalah “pendatang baru” ke pentas dakwah ini secara pembabitan langsung setelah beliau pulang dari Yaman dan Mesir .
“ Akhi…anta jangan patah semangat berhadapan dengan situasi seperti ini . Ana pernah pergi ke negeri C , nun jauh di seberang laut , bagi memenuhi undangan ceramah politik di sana . Perjalanan ke sana terpaksa menggunakan flight . Ana ambil flight air asia , kerana harganya murah .
…..masa tu Ana pergi dengan akhil Fadhil Shafiee dari Kuala Krau . Sampai kami di negeri C . 4 jam kami tunggu di airport . Tiada siapa datang menjemput kami , sehingga akhirnya kami berjaya menghubungi penganjur .
….malangnya , penganjur pada waktu itu berada di Brunei dan meminta maaf kerana terlupa untuk menganjurkan ceramah yang beliau sendiri mengambil tarikh dari Ana sebulan sebelum itu .
….kami ambil sikap untuk terus pulang malam itu ke Kuala Lumpur tetapi malang sekali lagi , tiket sudah full . MAS ada , tapi kami kena tambah RM 300 ( kalau tak silap Ana ) lagi untuk mendapatkan 2 seat ke Kuala Lumpur . Manalah kami mampu dan mana pula nak cari duit sebanyak itu dalam waktu yang demikian terdesak .
….mujurlah ada sahabat yang simpati pada waktu itu lalu membawa kami ke penginapan sementara menunggu turn flight pagi esok untuk pulang ke Kuala Lumpur."
Panjang lebar saya menceritakan pengalaman itu kepada Us. Fadhil Noor dan Us. Sanusi memecah kesunyian malam membelah kabus . Akhirnya mereka diam . Entah apa yang difikirkan mereka .
Sementara saya pula teringat satu lagi pengalaman indah menghiasi perjuangan ini , apabila saya bersama isteri sebagai teman ke negeri D . Saya sampai seawal jam 11 pagi ke negeri tersebut . Saya telah cuba menghubungi penganjur berkali – kali tetapi gagal . ( yang akhirnya saya tahu bahawa telefon bimbitnya rosak .)
Saya menghubungi ketua ( DPP negeri D ) untuk bertanya mengenai program ceramah pada malam itu . Beliau menjawab program anta tak ada malam ni !. Mendengar jawapan itu , lalu pada jam 4.30 petang saya terus pulang ke Pahang dengan hampa setelah 10 jam memandu untuk destinasi program .
( beberapa hari kemudian baru saya tahu , bahawa Ketua DPP negeri D tu silap faham . Dia sangka saya Us. Azman Syafawi yang menghubunginya sedang saya perkenalkan diri sbg Us. Nasrudin Tantawi . ) Memang program saya ( tantawi ) dalam pengetahuan dia , sementara ( syafawi ) tak ada .
Saya tersenyum terkenang peristiwa silam , namun air mata mengalir tanpa sedar . Entah lah , perasaan saya berbaur dalam keletihan memandu dalam perjalanan yang jauh begini .
Ya Allah …tabahkan hati hambaMu ini untuk terus gagah berpaut didahan hidayahMu sementara arus begitu deras menghanyutkan apa sahaja yang bersifat lemah .
Tiba – tiba saya teringat hutang saya dengan sahabat sewaktu nak berlepas ke negeri A tadi. Macam manalah saya nak jelaskan hutangnya . Kos minyak , RM 120 , tolak RM 50 yang penganjur bagi , baki lagi RM 70 . Mana saya nak cari RM 70 nih , sedang sahabat nih nak duit tu pada hari Rabu nih , kerana hari sabtu nih beliau akan berlepas ke Mesir untuk melanjutkan pelajarannya.
Persoalan itu terus bermain dalam benak saya . Us. Fadhil telah hanyut dalam mimpinya indahnya . Ustaz Sanusi terus jalankan tugas setianya , memandu sehingga akhir kami sampai ke keratong . Setelah turunkan Ustaz Sanusi , Ustaz Fadhil ambil alih untuk memandu hinggalah ke Gambang . Giliran saya pula memandu dan setelah turunkan Us. Fadhil di Inderapura , saya terus meluncur pulang seorang diri ke Balok .
Antara perjalanan saya dari Inderapura ke Balok inilah , perasaan saya sukar dikawal , air mata meluncur laju tanpa mampu saya sekat lagi . saya pun tidak memahami kenapa perasaan saya dinihari ini begitu sentimental , apa lagi nak menafsirkanya .
Yang pasti , saya hanya memohon tanpa putus agar Allah memberkati usaha dakwah saya dan menjadikan ini sebahagian daripada amal yang soleh dan diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua cabaran perjuangan ini .
Ya Allah , selagi badanku sihat begini , akan ku teruskan perjuangan suci ini biar 1001 halangan merintang di hadapan. Apa yang ku harap , Kau berikanlah kekuatan kepadaku . Amin Ya Rabbal A’lamin .
Ya Allah …bagaimanalah sahabat – sahabatku yang lain , pasti mereka juga menghadapi situasi yang sama malah jauh lebih perit dan sukar memandangkan diary mereka jauh lebih ketat dan padat .
Ya ….…saya kenal mereka . Yb. Salahudin ( KDPPP ) , Hj. Mahfuz , Abg Mat ( Sabu ) malah Tok Guru Hj. Hadi dan pimpinan PAS yang lain . Tentu sahaja masa rehat mereka tiada bertanda dalam diary perjuangan .
Apa yang saya alami ternyata , sejumlah kecil dari apa yang mereka alami . Ya Allah…ku tahu , inilah SUNNAH ORANG BERJUANG !
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi at 8:19 AM | 3
* ana harap artikel ini tidak dipublishkan di mana2 kerana ana terikat dengan pembayaran honorium
MUHASABAH SEORANG SUAMI
Oleh:
Izwan A.H
Watikah Dari Langit
Seorang lelaki seharusnya menyedari bahawa dirinya menjadi pemimpin kepada kaum perempuan. Lelaki menjadi pemimpin kepada perempuan bukanlah atas perlantikan kaum perempuan yang dipimpinnya, tetapi perlantikan ini adalah dari Yang Maha Esa. Allah SWT telah pun memberi watikah perlantikan itu menerusi wahyuNya sebagaimana diawal surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum perempuan….”
Jika semua perempuan telah terpikul sebagai tanggungjawab kepada seorang lelaki, apatah lagi perempuan yang mendampinginya iaitu isteri. Sudah tentu isteri menjadi tanggungjawab yang khusus kepada seorang lelaki bergelar suami. Boleh jadi adil untuk mengatakan bahawa jika tanggungjawab terhadap isteri tidak terlaksana dengan sempurna apatah lagi diharapkan untuk bertanggungjawab kepada seluruh kaum perempuan. Kerana isteri boleh menjadi cerminan untuk menilai seorang lelaki.
Bagi seorang isteri pula ia seharusnya memahami betapa besarnya tanggungjawab yang telah Allah SWT amanahkan kepada suaminya sebagai seorang lelaki.
Tiga Peringkat Keperibadian Hawa
Pra-kepimpinan seorang suami terhadap isterinya adalah mengenali sifat keperibadian isteri. Al-Qur’an meletakkan tiga peringkat keperibadian seorang hawa.
Peringkat pertama ialah:
• anak-anak perempuan (al-Baqarah:49)
• semua perempuan di dunia (ali-‘Imran:42)
• golongan perempuan (an-Nisa’:23)
• saudara perempuan (an-Nur:31)
• lunak suaranya (al-Ahzab:32)
• suka mempamerkan diri (al-Ahzab:55)
• boleh melakukan hubungan kelamin (al-Baqarah:187)
• haid, monopous & idah (at-Thalaq:4)
• perbuatan emosi (al-Hujurat:11)
Peringkat kedua:
• dilibatkan dalam pembahagian harta peninggalan (an-Nisa’:12)
• dilibatkan dalam masalah kalaalah (an-Nisa’:176)
• perbincangan suami isteri (an-Nisa’:128)
• isteri Imran (ali-‘Imran:35)
• isteri Al-Aziz (Yusuf:30)
• isteri Nabi Zakaria (adz-Dzariyat:29)
• ibu Maryam (Maryam:28)
• memerintah negara (al-Naml:23)
• pengembala kambing (al-Qasas:23)
Peringkat ketiga:
• amar maaruf nahi mungkar (at-Taubah:71)
• mendirikan solat (at-Taubah:71)
• memberi zakat (at-Taubah:71)
• taat kepada Allah, taat kepada Rasul (at-Taubah:71)
• menyekat pandangan, memelihara kehormatan (an-Nur:31)
• tidak memperlihatkan perhiasan tubuh (an-Nur:31)
• tidak menghentak kaki untuk menunjuk perhiasan kaki (an-Nur:31)
• taat, benar, sabar, merendah diri, bersedekah, memelihara kehormatan, banyak berzikir (al-Ahzab:35)
• berhijrah, diuji dan berbaiah (al-Mumtahanah:10&12)
• membelanjakan harta pada jalan Allah (al-Baqarah:262)
Dari peringkat pertama kita diperkenalkan dengan sifat keperibadian umum yang ada pada semua kaum hawa. Seterusnya ada hawa yang mencapai tingkat kedua atas sebab hak perundangan (hukum) yang diberikan kepada mereka. Mereka juga mungkin memperolehi keistimewaan atau kedudukan tertentu kerana mengahwini suami yang berkedudukan. Malah ada dikalangan mereka ini yang mampu mentadbir organisasi atau yang berkerjaya, dalam erti kata mudah; mereka yang mempunyai kekuatan pada akal dan ilmu. Tingkat ketiga adalah hawa yang tunduk patuh pada perintah dan larangan Allah SWT, melakukan amal soleh serta berkorban untuk agamaNya.
Hala Tuju Kepimpinan Suami
Terpulang kepada suami tingkat keperibadian yang mana ingin dicapai untuk isterinya. Semuanya terletak pada kepimpinanan suami, insya’Allah. Jika suami menginsafi tanggungjawab kepimpinan yang dianugerahkan kepadanya, sudah tentu tingkat keperibadian yang ketigalah yang perlu dicapainya, lebih-lebih lagi kepada isteri sendiri.
Apabila seorang lelaki selesai berijab qabul bermakna dia sudah bergelar suami, lalu isteri yang bersamanya adalah satu amanah dalam ujian kepimpinannya. Siapa pun isteri yang diterima, tidak kiralah dia dari tingkat keperibadian pertama, kedua mahupun ketiga, suami tetap mempunyai tanggungjawabnya iaitu memimpin.
Bagi suami yang menerima isteri yang memiliki tingkat keperibadian pertama dan kedua, amanahnya memimpin isteri menuju ke peringkat keperibadian ketiga. Pada yang menerima isteri yang memiliki tingkat keperibadian ketiga, jangan merasa diri beruntung atau boleh ambil mudah, kepimpinannya lebih berat lagi iaitu untuk mengekalkan isteri sentiasa istiqamah ditingkat itu. Malah jangan dilupai, biarpun isteri ditingkat ketiga atau kedua, keperibadian tingkat pertama adalah sesuatu yang fitrah berada dalam diri si isteri. Kerana hakikatnya, tingkat mana pun yang dicapainya, kesemua peribadian itu berada dalam diri yang satu.
Al-Qur’an dan As-Sunnah Silibus Teragung
Al-Qur’an sebagai silibus teragung memberi panduan untuk rujukan suami dalam menjalankan amanah kepimpinannya. Kepimpinan suami boleh dianggap berjaya jika telah memimpin isterinya mencapai dan / atau mengekali peringkat keperibadian ketiga. Namun jika sebaliknya, suami mungkin menghadapi perkara-perkara yang akan menguji kepimpinannya. Allah SWT memberi panduan berdasarkan ayat berikut:
“…..Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka jangan kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesunggguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(an-Nisa’:34)
Tahap dalam menghadapi permasalahan isteri itu ada 3:
1. menasihati dengan segala cara sebagai usaha untuk melembutkan hatinya;
2. berpisah tempat tidur sebagai suatu dugaan kepada perasaan dan jiwa isteri agar ia kembali kepada kebenaran;
3. pukul secara maaruf yakni tidak mencederakan atau meninggalkan bekas di badan isteri juga mengelak dari memukul muka, dada atau perut.
Tahap ini tidak bermaksud dilakukan kesemuanya. Jika isteri boleh dihadapi dengan tahap pertama, maka tidak perlulah untuk tahap seterusnya. Kerana itu Allah memberi ingatan buat suami bahawa perkara yang sudah diselesaikan jangan suami pula menjadi penyebab permasalahan itu boleh berulang semula.
As-Sunnah Rasulullah SAW juga penting sebagai contoh ikutan yang terunggul. Beberapa kisah dari sirah Rasulullah SAW dapat dijadikan pengajaran yang perlu diambil si suami. Paling banyak adalah kisah-kisah Rasulullah SAW menghadapi pertanyaan demi pertanyaan dari kaum perempuan berhubung masalah kewanitaan mereka termasuk hal-hal yang pada kita terlalu sulit untuk dibicarakan sebagaimana kisah yang diriwayatkan sendiri oleh Saiyidatina Aisyah RA berikut:
Seorang wanita bertanya Nabi SAW: “Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya?” Perawi Hadith berkata: Kemudian Aisyah menyebutkan bahawa Baginda mengajarkan cara mandi kepada wanita tersebut. Di antara sabda Baginda: “Kemudian kamu ambil kapas yang disapu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya.” Perempuan itu berkata: “Bagaimana cara bersuci dengannya?” Baginda bersabda: “Maha suci Allah! Kamu bersucilah dengannya.” lalu Baginda pun bersembunyi. Sufian bin Uyainah memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya. Perawi Hadith melanjutkan ceritanya: Aisyah berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi SAW. Lalu aku berkata kepada wanita tersebut: “Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu.”
Begitu juga terdapat kisah tuntutan-tuntutan kaum perempuan agar Rasulullah mengadakan kuliah khusus buat mereka. Dalam satu kisah yang mahsyur Rasulullah menghadapi seorang wanita tua yang selalu mengejeknya tatkala Rasulullah menggunakan jalan berhampiran rumah wanita tua itu. Hinggalah satu hari wanita tua itu tidak lagi mengejek Rasulullah ketika Baginda lalu dijalan yang sama. Rupanya wanita tua itu jatuh sakit dan Rasulullah menziarahi wanita tua itu. Dengan penuh kasih sayang, Baginda menyuapkan makanan kepada wanita tua itu yang sedang sakit itu sehingga menimbulkan keinsafan dihati wanita tua itu. Dan banyak lagi kisah Rasulullah dalam menghadapi kerenah kaum perempuan termasuk cubaan membunuh Baginda, namun Rasulullah tetap tampil bertindak sebagai seorang pemimpin yang unggul.
Rasulullah SAW juga tidak ketinggalan menghadapi kerenah isteri-isteri Baginda dalam menguruskan rumahtangga. Malah ada hal ehwal rumahtangga Baginda yang mendapat ‘perhatian’ hingga diturunkan wahyu sebagai pengajaran untuk sekalian umat. Antaranya surah at-Tahrim ayat 1-5 yang mengisahkan Rasulullah SAW pergi ke rumah Zainab al-Jahsyi dengan Baginda diberi minum madu lebah dan dikatakan bahawa duduk agak lama disitu. Hal ini mendatangkan rasa cemburu kepada Hafsah lalu menceritakan hal ini kepada Aisyah. Maka merekapun berpakat dengan satu jawapan yang sama. Maka apabila Rasulullah SAW mendatangi isterinya itu, dia mengatakan bahawa Rasulullah mulutnya berbau maghaafir (sejenis minuman yang berbau). Rasulullah menafikan, dan menjelaskan bahawa Baginda meminum madu di rumah Zainab.
Ini menyebabkan Rasulullah bersumpah tidak mahu minum madu lagi dan supaya Hafsah rasa senang hati dan minta Hafsah merahsiakan sumpah Baginda. Namun Allah tidak memperkenankan sumpahan itu. Barangkali Hafsah yang tidak tertahan kerana seronok terhadap janji Nabi SAW itu terus mengkhabarkan rahsia itu kepada Aisyah, lalu Allah memberitahu hal ini kepada Nabi SAW. Maka diriwayatkan bahawa Nabi SAW memboikot mereka selama sebulan.
Tunaikan Hak, Jauhi Penganiayaan
Isteri bukan sahaja perlu dipimpin, tetapi hak-hak insani seorang isteri juga perlu ditunaikan suami. Allah SWT mengisytiharkan hak-hak berikut sebagai tanggungjawab yang mesti dilaksana dan ditunai serta disempurnakan oleh suami:
• menggauli isteri (al-Baqarah:187)
• memberi makan dan pakaian (al-Baqarah:233)
• upah penyusuan (al-Baqarah:233)
• wasiat nafkah (al-Baqarah:240)
• pemberian mut’ah (al-Baqarah:241)
• menunaikan wasiat dan membayar hutang isteri (an-Nisa’:12)
• menggauli dengan cara yang baik (an-Nisa’:19)
• membayar mas kahwin (an-Nisa’:24)
• saling berkasih sayang (ar-Rum:21)
• bercerai mengikut masa ‘iddah (at-Thalaq:1)
• menyediakan tempat tinggal (at-Thalaq:6)
• nafkah dan upah penyusuan (at-Thalaq:6)
Tidak kurang juga ayat-ayat pertegasan agar suami menjauhi perbuatan penganiayaan terhadap isteri. Jika isteri diambil dan dihalalkan dengan nama Allah, maka Allah juga berbicara soal suami isteri dengan pengakhiran tentang kebesaran dan kekuasaanNya. Bentuk-bentuk penganiayaan kepada isteri yang mesti dijauhi adalah seperti ringkasan berikut:
• mengambil harta isteri (al-Baqarah:229)
• tidak adil dalam kasih sayang (an-Nisa’:129)
• ziharkan isteri (al-Mujadalah:2)
• rujuk dengan maksud memberi mudharat (al-Baqarah:231)
• menghalau keluar rumah (at-Thalaq:1)
Mengelak Dari Fitnah Dunia dan Api Neraka
“…Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu….”
(at-Taghabun:14)
Dalam al-Qur’an juga Allah SWT merakamkan peringatanNya buat para suami berhubung pentingnya mendidik isteri untuk menjauhi kemewahan dunia yang keterlaluan lagi mengundang kepada fitnah. Firman Allah SWT:
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasan (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (al-Ahzab:28)
Termasuk dalam perkara ini adalah peringatan kepada isteri dan kaum hawa agar menjaga penampilan diri sebagaimana yang terkandung dalam ayat berikut:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…” (al-Ahzab:59)
Malah pada penegasan dalam ayat yang lain, Allah SWT mengingatkan tentang kehidupan di dunia menjadi penentuan balasan di hari pembalasan sebagaimana firmanNya dalam ayat berikut:
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…” (at-Tahrim:6)
Juga dari hadith Rasulullah SAW yang memperincikan perkara tersebut:
“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda s.a.w ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah s.a.w menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumah tangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”
Perlu menjadi ingatan kepada isteri bahawa kebanyakan punca golongan mereka ke neraka hanyalah kerana perkara-perkara kecil yang tidak sewajarnya mereka lakukan terhadap suami. Malah kepada suami ini juga menjadi pengajaran bahawa pentingnya dia sentiasa memimpin dalam ruanglingkup yang ditetapkan oleh Allah SWT
* ana harap artikel ini tidak dipublishkan di mana2 kerana ana terikat dengan pembayaran honorium
MUHASABAH SEORANG SUAMI
Oleh:
Izwan A.H
Watikah Dari Langit
Seorang lelaki seharusnya menyedari bahawa dirinya menjadi pemimpin kepada kaum perempuan. Lelaki menjadi pemimpin kepada perempuan bukanlah atas perlantikan kaum perempuan yang dipimpinnya, tetapi perlantikan ini adalah dari Yang Maha Esa. Allah SWT telah pun memberi watikah perlantikan itu menerusi wahyuNya sebagaimana diawal surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum perempuan….”
Jika semua perempuan telah terpikul sebagai tanggungjawab kepada seorang lelaki, apatah lagi perempuan yang mendampinginya iaitu isteri. Sudah tentu isteri menjadi tanggungjawab yang khusus kepada seorang lelaki bergelar suami. Boleh jadi adil untuk mengatakan bahawa jika tanggungjawab terhadap isteri tidak terlaksana dengan sempurna apatah lagi diharapkan untuk bertanggungjawab kepada seluruh kaum perempuan. Kerana isteri boleh menjadi cerminan untuk menilai seorang lelaki.
Bagi seorang isteri pula ia seharusnya memahami betapa besarnya tanggungjawab yang telah Allah SWT amanahkan kepada suaminya sebagai seorang lelaki.
Tiga Peringkat Keperibadian Hawa
Pra-kepimpinan seorang suami terhadap isterinya adalah mengenali sifat keperibadian isteri. Al-Qur’an meletakkan tiga peringkat keperibadian seorang hawa.
Peringkat pertama ialah:
• anak-anak perempuan (al-Baqarah:49)
• semua perempuan di dunia (ali-‘Imran:42)
• golongan perempuan (an-Nisa’:23)
• saudara perempuan (an-Nur:31)
• lunak suaranya (al-Ahzab:32)
• suka mempamerkan diri (al-Ahzab:55)
• boleh melakukan hubungan kelamin (al-Baqarah:187)
• haid, monopous & idah (at-Thalaq:4)
• perbuatan emosi (al-Hujurat:11)
Peringkat kedua:
• dilibatkan dalam pembahagian harta peninggalan (an-Nisa’:12)
• dilibatkan dalam masalah kalaalah (an-Nisa’:176)
• perbincangan suami isteri (an-Nisa’:128)
• isteri Imran (ali-‘Imran:35)
• isteri Al-Aziz (Yusuf:30)
• isteri Nabi Zakaria (adz-Dzariyat:29)
• ibu Maryam (Maryam:28)
• memerintah negara (al-Naml:23)
• pengembala kambing (al-Qasas:23)
Peringkat ketiga:
• amar maaruf nahi mungkar (at-Taubah:71)
• mendirikan solat (at-Taubah:71)
• memberi zakat (at-Taubah:71)
• taat kepada Allah, taat kepada Rasul (at-Taubah:71)
• menyekat pandangan, memelihara kehormatan (an-Nur:31)
• tidak memperlihatkan perhiasan tubuh (an-Nur:31)
• tidak menghentak kaki untuk menunjuk perhiasan kaki (an-Nur:31)
• taat, benar, sabar, merendah diri, bersedekah, memelihara kehormatan, banyak berzikir (al-Ahzab:35)
• berhijrah, diuji dan berbaiah (al-Mumtahanah:10&12)
• membelanjakan harta pada jalan Allah (al-Baqarah:262)
Dari peringkat pertama kita diperkenalkan dengan sifat keperibadian umum yang ada pada semua kaum hawa. Seterusnya ada hawa yang mencapai tingkat kedua atas sebab hak perundangan (hukum) yang diberikan kepada mereka. Mereka juga mungkin memperolehi keistimewaan atau kedudukan tertentu kerana mengahwini suami yang berkedudukan. Malah ada dikalangan mereka ini yang mampu mentadbir organisasi atau yang berkerjaya, dalam erti kata mudah; mereka yang mempunyai kekuatan pada akal dan ilmu. Tingkat ketiga adalah hawa yang tunduk patuh pada perintah dan larangan Allah SWT, melakukan amal soleh serta berkorban untuk agamaNya.
Hala Tuju Kepimpinan Suami
Terpulang kepada suami tingkat keperibadian yang mana ingin dicapai untuk isterinya. Semuanya terletak pada kepimpinanan suami, insya’Allah. Jika suami menginsafi tanggungjawab kepimpinan yang dianugerahkan kepadanya, sudah tentu tingkat keperibadian yang ketigalah yang perlu dicapainya, lebih-lebih lagi kepada isteri sendiri.
Apabila seorang lelaki selesai berijab qabul bermakna dia sudah bergelar suami, lalu isteri yang bersamanya adalah satu amanah dalam ujian kepimpinannya. Siapa pun isteri yang diterima, tidak kiralah dia dari tingkat keperibadian pertama, kedua mahupun ketiga, suami tetap mempunyai tanggungjawabnya iaitu memimpin.
Bagi suami yang menerima isteri yang memiliki tingkat keperibadian pertama dan kedua, amanahnya memimpin isteri menuju ke peringkat keperibadian ketiga. Pada yang menerima isteri yang memiliki tingkat keperibadian ketiga, jangan merasa diri beruntung atau boleh ambil mudah, kepimpinannya lebih berat lagi iaitu untuk mengekalkan isteri sentiasa istiqamah ditingkat itu. Malah jangan dilupai, biarpun isteri ditingkat ketiga atau kedua, keperibadian tingkat pertama adalah sesuatu yang fitrah berada dalam diri si isteri. Kerana hakikatnya, tingkat mana pun yang dicapainya, kesemua peribadian itu berada dalam diri yang satu.
Al-Qur’an dan As-Sunnah Silibus Teragung
Al-Qur’an sebagai silibus teragung memberi panduan untuk rujukan suami dalam menjalankan amanah kepimpinannya. Kepimpinan suami boleh dianggap berjaya jika telah memimpin isterinya mencapai dan / atau mengekali peringkat keperibadian ketiga. Namun jika sebaliknya, suami mungkin menghadapi perkara-perkara yang akan menguji kepimpinannya. Allah SWT memberi panduan berdasarkan ayat berikut:
“…..Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka jangan kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesunggguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(an-Nisa’:34)
Tahap dalam menghadapi permasalahan isteri itu ada 3:
1. menasihati dengan segala cara sebagai usaha untuk melembutkan hatinya;
2. berpisah tempat tidur sebagai suatu dugaan kepada perasaan dan jiwa isteri agar ia kembali kepada kebenaran;
3. pukul secara maaruf yakni tidak mencederakan atau meninggalkan bekas di badan isteri juga mengelak dari memukul muka, dada atau perut.
Tahap ini tidak bermaksud dilakukan kesemuanya. Jika isteri boleh dihadapi dengan tahap pertama, maka tidak perlulah untuk tahap seterusnya. Kerana itu Allah memberi ingatan buat suami bahawa perkara yang sudah diselesaikan jangan suami pula menjadi penyebab permasalahan itu boleh berulang semula.
As-Sunnah Rasulullah SAW juga penting sebagai contoh ikutan yang terunggul. Beberapa kisah dari sirah Rasulullah SAW dapat dijadikan pengajaran yang perlu diambil si suami. Paling banyak adalah kisah-kisah Rasulullah SAW menghadapi pertanyaan demi pertanyaan dari kaum perempuan berhubung masalah kewanitaan mereka termasuk hal-hal yang pada kita terlalu sulit untuk dibicarakan sebagaimana kisah yang diriwayatkan sendiri oleh Saiyidatina Aisyah RA berikut:
Seorang wanita bertanya Nabi SAW: “Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya?” Perawi Hadith berkata: Kemudian Aisyah menyebutkan bahawa Baginda mengajarkan cara mandi kepada wanita tersebut. Di antara sabda Baginda: “Kemudian kamu ambil kapas yang disapu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya.” Perempuan itu berkata: “Bagaimana cara bersuci dengannya?” Baginda bersabda: “Maha suci Allah! Kamu bersucilah dengannya.” lalu Baginda pun bersembunyi. Sufian bin Uyainah memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya. Perawi Hadith melanjutkan ceritanya: Aisyah berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi SAW. Lalu aku berkata kepada wanita tersebut: “Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu.”
Begitu juga terdapat kisah tuntutan-tuntutan kaum perempuan agar Rasulullah mengadakan kuliah khusus buat mereka. Dalam satu kisah yang mahsyur Rasulullah menghadapi seorang wanita tua yang selalu mengejeknya tatkala Rasulullah menggunakan jalan berhampiran rumah wanita tua itu. Hinggalah satu hari wanita tua itu tidak lagi mengejek Rasulullah ketika Baginda lalu dijalan yang sama. Rupanya wanita tua itu jatuh sakit dan Rasulullah menziarahi wanita tua itu. Dengan penuh kasih sayang, Baginda menyuapkan makanan kepada wanita tua itu yang sedang sakit itu sehingga menimbulkan keinsafan dihati wanita tua itu. Dan banyak lagi kisah Rasulullah dalam menghadapi kerenah kaum perempuan termasuk cubaan membunuh Baginda, namun Rasulullah tetap tampil bertindak sebagai seorang pemimpin yang unggul.
Rasulullah SAW juga tidak ketinggalan menghadapi kerenah isteri-isteri Baginda dalam menguruskan rumahtangga. Malah ada hal ehwal rumahtangga Baginda yang mendapat ‘perhatian’ hingga diturunkan wahyu sebagai pengajaran untuk sekalian umat. Antaranya surah at-Tahrim ayat 1-5 yang mengisahkan Rasulullah SAW pergi ke rumah Zainab al-Jahsyi dengan Baginda diberi minum madu lebah dan dikatakan bahawa duduk agak lama disitu. Hal ini mendatangkan rasa cemburu kepada Hafsah lalu menceritakan hal ini kepada Aisyah. Maka merekapun berpakat dengan satu jawapan yang sama. Maka apabila Rasulullah SAW mendatangi isterinya itu, dia mengatakan bahawa Rasulullah mulutnya berbau maghaafir (sejenis minuman yang berbau). Rasulullah menafikan, dan menjelaskan bahawa Baginda meminum madu di rumah Zainab.
Ini menyebabkan Rasulullah bersumpah tidak mahu minum madu lagi dan supaya Hafsah rasa senang hati dan minta Hafsah merahsiakan sumpah Baginda. Namun Allah tidak memperkenankan sumpahan itu. Barangkali Hafsah yang tidak tertahan kerana seronok terhadap janji Nabi SAW itu terus mengkhabarkan rahsia itu kepada Aisyah, lalu Allah memberitahu hal ini kepada Nabi SAW. Maka diriwayatkan bahawa Nabi SAW memboikot mereka selama sebulan.
Tunaikan Hak, Jauhi Penganiayaan
Isteri bukan sahaja perlu dipimpin, tetapi hak-hak insani seorang isteri juga perlu ditunaikan suami. Allah SWT mengisytiharkan hak-hak berikut sebagai tanggungjawab yang mesti dilaksana dan ditunai serta disempurnakan oleh suami:
• menggauli isteri (al-Baqarah:187)
• memberi makan dan pakaian (al-Baqarah:233)
• upah penyusuan (al-Baqarah:233)
• wasiat nafkah (al-Baqarah:240)
• pemberian mut’ah (al-Baqarah:241)
• menunaikan wasiat dan membayar hutang isteri (an-Nisa’:12)
• menggauli dengan cara yang baik (an-Nisa’:19)
• membayar mas kahwin (an-Nisa’:24)
• saling berkasih sayang (ar-Rum:21)
• bercerai mengikut masa ‘iddah (at-Thalaq:1)
• menyediakan tempat tinggal (at-Thalaq:6)
• nafkah dan upah penyusuan (at-Thalaq:6)
Tidak kurang juga ayat-ayat pertegasan agar suami menjauhi perbuatan penganiayaan terhadap isteri. Jika isteri diambil dan dihalalkan dengan nama Allah, maka Allah juga berbicara soal suami isteri dengan pengakhiran tentang kebesaran dan kekuasaanNya. Bentuk-bentuk penganiayaan kepada isteri yang mesti dijauhi adalah seperti ringkasan berikut:
• mengambil harta isteri (al-Baqarah:229)
• tidak adil dalam kasih sayang (an-Nisa’:129)
• ziharkan isteri (al-Mujadalah:2)
• rujuk dengan maksud memberi mudharat (al-Baqarah:231)
• menghalau keluar rumah (at-Thalaq:1)
Mengelak Dari Fitnah Dunia dan Api Neraka
“…Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu….”
(at-Taghabun:14)
Dalam al-Qur’an juga Allah SWT merakamkan peringatanNya buat para suami berhubung pentingnya mendidik isteri untuk menjauhi kemewahan dunia yang keterlaluan lagi mengundang kepada fitnah. Firman Allah SWT:
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasan (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (al-Ahzab:28)
Termasuk dalam perkara ini adalah peringatan kepada isteri dan kaum hawa agar menjaga penampilan diri sebagaimana yang terkandung dalam ayat berikut:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…” (al-Ahzab:59)
Malah pada penegasan dalam ayat yang lain, Allah SWT mengingatkan tentang kehidupan di dunia menjadi penentuan balasan di hari pembalasan sebagaimana firmanNya dalam ayat berikut:
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…” (at-Tahrim:6)
Juga dari hadith Rasulullah SAW yang memperincikan perkara tersebut:
“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda s.a.w ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah s.a.w menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumah tangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”
Perlu menjadi ingatan kepada isteri bahawa kebanyakan punca golongan mereka ke neraka hanyalah kerana perkara-perkara kecil yang tidak sewajarnya mereka lakukan terhadap suami. Malah kepada suami ini juga menjadi pengajaran bahawa pentingnya dia sentiasa memimpin dalam ruanglingkup yang ditetapkan oleh Allah SWT
Assalamualaikum...
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la
tu..tapi
mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tibamasuk dua orang lelaki yang menutupi seluruhtubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cumadua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salahseorang lelaki tu bertempik :
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralahbertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja
yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam
sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit,sekarang bolehlah Pak Imam mulakan
sembahyangJumaat".... sambil kedua lelaki tersebut bersediauntuk sama-sama bersembahyang berjemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita diatas. selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islamhanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawak kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg
dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggusahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyatsetahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apayang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanyasementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapiberlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriendatau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoakepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak
jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
Lawak kan???
Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca
benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang
yang akan buka thread ni untuk luangkan masamembaca? berapa banyak????
Wallahualam
Komentar
He..ni copy paste jer, amik kat doc lat dlm pc nih.. saper punya? Ntah.. tapi boleh diambil iktibar.Namun, satu persoalan… camne nak solat jumaat kalo jemaahnya 20 orang jea???? Ha..haa… lawak..lawak…
RATU KOSMETIK
OLEH FAISAL TEHRANI
(Cerpen ini tersiar di majalah URTV 15-31 Ogos 05)
(Hak Cipta Terpelihara)
1.
NENDA Puteri Gunung Ledang yang amat dicintai,
Suka benarlah hati cucunda kerana nenda sudi menerima hamba yang tidak seberapa ini untuk berkursus hal-hal kosmetik Melayu. Adapun orang Melayu kita sekarang entah apa-apa, ditepek dilepuk krim entah ususnya babi ataupun uri ungka. Kadang kala hamba naik ngeri juga, apa disuguh atas nama kecantikan diterima sahaja. Baiklah yang datang itu orang putih tidak berbahasa,
atau nasrani Manila, atau sahaja nyonya dari Hainan semuanya diambil tanpa tolak sorong bawa ketepi. Justeru inilah hamba ingin memanjatkan harapan supaya generasi perempuan Melayu sekarang terpelihara dari meletak bahan-bahan tidak suci pada muka, nak dihulur telekung buat bersembahyang pun tidak lut dek air, jenis lemak binatang biawak apa agaknya.
2.
Cucunda Che Gayah yang amat kita sayangi,
Benarlah perkiraan cucunda itu, moleklah bertanya orang yang tahu. Ramai sungguh mahu tahu rahsia keayuan perempuan Melayu, perlukah bertapa menjadi seperti kita. Malam keluar sedang siang bersembunyi dalam belukar. Apakah itu rahsia kecantikan Melayu?
Tidak cucunda Che Gayah. Biarlah kita jelaskan beberapa tahap untuk mendapat kecantikan sejati itu. Moga-moga cucunda akan memahami bahawa tujuan kita menjadi cantik untuk memuliakan Allah jua. Kerana Allah itu cantik dan suka yang cantik. Bahkan kalau kita ini isteri orang, mendapat pahala bercantik-cantikan untuk suami. Biar sampai suami tak senang duduk memandang rupa kita. Umpama bidadari jua. Inilah rahsia nenda, diberi untuk tatapan cucunda sahaja. Jangan sampai sesiapa pun tahu. Adapun yang pertama itu sirih. Di zaman dahulu kala sirih itu banyak gunanya. kalau saintis zaman cucunda tentu sahaja mengatakan piper beetle ini boleh diperah pati minyaknya. Sampai mendapat bahan kimia yang namanya jika tidak silap nenda ialah cuginol dan kavikol, juga bahan flavornoid dan polyphenol. Serasi sekali gunanya untuk menegangkan kulit muka. Habis hilang kedut-kedut yang ada. Macam anak dara sahaja parasnya. Itulah nenda, sudah berumur hampir 500 tahun tetapi masih berminyak berpati rupa. Kesannya awet muda. Inilah rahsia yang nenda kongsikan bersama Tun Teja sampaikan cantiknya meletup-letupan.
Janganlah ditaruh pada muka bahan kimia dari Barat entah apa. Sudahlah rosak muka, bendanya najis pula. Diharap menjadi cantik tetapi serupa burung hantu sahaja.
3.
Nenda Puteri Gunung Ledang yang ayu ke urat-urat tersembunyi, izinkan hamba bertanya, benarkah nenda ini puteri Jawa beragama Hindu? Pandai sungguh bermain mata dengan Tun Tuah sampaikan Sultan Melaka naik cemburu. Dikatakan sejarawan sekarang nenda ini cantiknya tidak terperi, serasa tak tertandingkan mana-mana wanita Melayu. Benarkah itu? Ada cucunda mendengar yang nenda ini kuat memakan jambu batu. Apakah rahsianya sampai begitu? Janganlah nenda menyimpan-nyimpan daripada cucunda, tak elok sekali. Moleknya biarlah nenda meleraikan segala yang ada buat pedoman kita khususnya, perempuan Melayu umumnya. Bolehkah nenda?
4.
Che Gayah, pandai sungguh cucunda mengampu nenda, serasa-rasa tak berpijak di bumi nyata pula.
Adapun dakwaan-dakwaan mengatakan nenda ini orang Hindu, orang Jawa dan gemar berkemban pula biarlah nenda katakan begini: Nenda ini khalifah Allah di muka bumi, tak mengapalah Jawa atau Rawa, Batak atau Sasak, semuanya makhluk ciptaan Tuhan. Akan tetapi hidup nenda memang abadi di sini, di Gunung Ledang ini kerana nenda mahu membersihkan diri. Di luar sana terlalu banyak kekotoran, kehodohan yang amat menakutkan sampaikan nenda tidak lalu untuk menjengah muka. Anak-anak gadis kita cantik apa? Urat pun tidak bertutup, alur terjulur, peribadi jauh dari mulia, adab tidak ada akhlak pula terlontar entah ke mana. Inilah kehodohan yang amat nenda geruni. Sudah dekat dengan kiamat kita ini. Biarlah nenda duduk berzikir sahaja, ingin mendapat taraf wali.
Adapun apakah benar nenda ini suka berkemban sahaja? Jawapannya, issyyy cucunda ini, masakan boleh nenda berkemban di tempat yang banyak nyamuk begini? Nanti habis dilatam ditalu tubuh nenda yang putih gebu ini. Janganlah cucunda percaya apa-apa yang karut itu, buat mendatangkan dosa sahaja.
Adapun apakah benar nenda ini suka benar dengan jambu batu. Taklah nenda nafikan. Malah nenda mahu iyakan dan memberitahu bahawa ada rahsia besar di sebaliknya. Jambu batu atau nama saintifiknya psidium guajava itu amat bagus dan banyak sekali khasiatnya. Daun dan pucuknya mengandungi bahan anti microbial bak kata orang nasrani, sifatnya lembab dan anti bau. Paling baik untuk kulit muka. Lain dari itu buah jambu batu elok dikering dan digiling, janganlah cucunda malu, setelah keping jambu itu panas di bawah matahari sentallah di bawah ketiak cucunda tersebut. Gunanya untuk menghilangkan bau masam peluh. Jangan sampai ketiak berbau semacam dua, atau lebih hina dina berbau bermacam-macam membuat orang terasa loya. Kalau bulu ketiak tidak dicukur lebih dahsyat lagi tak terkata. Jambu batu itu juga elok dimakan supaya menjadi sumber tenaga. Begitulah serba sedikit petua dapat nenda kongsikan bersama cucunda Che Gayah.
5.
Girang sungguh hati cucunda dapat petua menyental ketiak. Tak berkalimat nak didakwat kepada nenda, maklumlah banyak sungguh pelajaran dapat ditekuni. Moga-moga menjadi kebaikan untuk kita juga semua. Hebat sungguh orang Melayu ini, menyimpan banyak rahsia kecantikan tak terlawan dek bangsa lain, apatah lagi bangsa dari Barat. Tahu apa mereka itu?
Harapnya nenda janganlah berahsia-rahsia lagi. Cucunda merasakan nenda ada melindungi sesuatu. Tolonglah selamatkan perempuan Melayu, banyak mereka memakai benda yang merapu.
6.
Che Gayah cucunda kita, sungguh cucunda ini tak lelah mengecek ilmu. Baiklah biar nenda jelakan lagi inti sari yang mana perlu. Tumbuhan yang lain untuk keperluan kecantikan, dapat digunakan minyak zaitun dan air mawar. Tumbuhan ini rasanya sejuk dan sangat berkesan dalam melembutkan kulit. Tumbuhan lain yang mesti cucunda perhatikan tak lain tak bukan daun lidah buaya untuk memperhalus kulit serta pangkal batang pokok pisang untuk melembutkan kulit telapak kaki yang kasar diganding ketimun untuk merawat wajah. Campuran pati kentang kalau digaul dengan pati mengkuang dan air mawar dapat melembutkan dan memutihkan kulit. Sedang bayam boleh diusahakan menjadi serbuk ubat jerawat. Khasiatnya untuk menguncupkan jerawat dan menghilangkan rasa gatal di muka.
Cucunda memang bangsa Melayu hebat menampung ilmu pelbagai, sayang orang tak berapa mahu menjadi Melayu. Yang mereka gilakan yang Barat-barat itulah. Adapun tokoh kosmetik ada wujud dalam dunia Islam satu masa dahulu. Nama ilmuan ini al-Zahrawi, dalam bahasa Latinnya Albucassis. Hidup di Cordoba, Andalusia antara tahun 936 hingga 1013 masehi. Terdapat sebuah kitabnya bernama at-Tasreef 30 juzuk semua. Juzuk 19 itu yang wajar cucunda gali. Memang khusus tentang ilmu-ilmu menjaga kecantikan ini. Ada dibincangkan cara membuat deodoran, mencabut bulu roma, membuat losyen tangan, sampaikan kaedah mewarna rambut dengan inai pun ada. Dalam juzuk itu bab adwiyat al-zinah malah menerangkan cara membuat lipstik, dan sabun serbuk untuk mencuci pakaian. Cucunda Che Gayah, lihatlah peradaban 800 tahun Andalusia. Saat itu Eropah dalam kegelapan, kusam dan busuk, serta ahli masyarakatnya ramai yang bahlol bercampur tolol. Umat Islam sudah punya 600 buah masjid, 300 tempat mandi awam, 50 buah hospital, 70 buah perpustakaan dan jalanan digantung lampu untuk menerangkan laluan. Sampaikan ada penulis orientalis Stanley Lane Poole menulis dalam bukunya The Moors in Spain pada tahun 1887 bahawa sesudah kejatuhan peradaban Islam, Eropah mendapat cahaya dari pelita yang dipinjam. Sampai sekarang al-Zahrawi diabadikan di Cordoba. Cucunda Che Gayah andai sudah banyak menjual produk kosmetik melalui jualan langsung nanti pergilah melancong ke sana dan ziarahlah rumah nombor 6 di Calle Albucassis, tertera di hadapannya dengan plat gangsa: Di sini diamnya Abul Qasim. Itu sahajalah omelan nenda dahulu.
7.
Nenda Puteri Gunung Ledang,
Ada lagi disorok apa-apa? Janganlah diperam-peram.
8.
Cucunda Che Gayah, inilah petua utama. Tak ada lain lagi lebih utama. Peliharalah iman, dekatkanlah diri dengan Tuhan, sungguh wajah hodoh pun menjadi tampan, andai wajah buruk pun kelihatan manis di mata orang. Paling tidak cucunda, itu semuakan kosmetik-kosmetik dunia sahaja, hiaskanlah dengan akhlak mulia dan ramuan kosmetik akhirat. Pesan nenda, kalau Tuhan sudah suka memandang rupa kita, apa lagilah yang cucunda mahukan?
Part 1 : Bermimpi Matahari Turun Ke Rumahnya
Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda,bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.
Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kawin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu
ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke semua tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya. Mimpi itu diceritakan kepada anak bapak saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur
lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.Waraqah berkata:
"Takwil dari mimpimu itu ialah bahwa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman."
"Nabi itu berasal dari negeri mana?" tanya Khadijah bersungguh- sungguh.
"Dari kota Makkah ini!" ujar Waraqah singkat.
"Dari suku mana?"
"Dari suku Quraisy juga."
Khadijah bertanya lebih jauh: "Dari keluarga mana?"
"Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat," kata Waraqah
dengan nada menghibur.
Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: "Siapakah nama bakal orang agung itu, hai anak bapa saudaraku?"
Orang tua itu mempertegas: "Namanya Muhammad SAW.Dialah
bakal suamimu!"
Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa
gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.
Part 2 : Nabi Muhammad Berniaga
Muhammad, bakal suami wanita hartawan itu, adalah seorang yatim piatu yang miskin sejak kecilnya,dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu
Thalib, yang hidupnya pun serba kekurangan. Meskipun demikian, bapa saudaranya amat sayang kepadanya, menganggapnya seperti anak kandung sendiri, mendidik dan mengasuhnya sebaik-baiknya dengan adab, tingkah laku dan budi pekerti yang terpuji.Pada suatu ketika, Abu Thalib berbincang-bincang dengan saudara perempuannya bernama 'Atiqah mengenai diri Muhammad. Beliau berkata: "Muhammad sudah pemuda dua puluh empat tahun. Semestinyalah sudah kahwin. Tapi kita tak mampu mengadakan perbelanjaan, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat."
Setelah memikirkan segala ikhtiar, 'Atiqah pun berkata:
"Saudaraku, saya mendengar berita bahwa Khadijah akan memberangkatkan kafilah niaga ke negeri Syam dalam waktu dekat ini. Siapa yang berhubungan dengannya biasanya rezekinya bagus, diberkati Allah SWT. Bagaimana kalau kita pekerjakan Muhammad kepadanya? Saya kira inilah jalan untuk memperolehi nafkah, kemudian dicarikan isterinya."
Abu Thalib menyetujui saranan saudara perempuannya.Dirundingkan dengan Muhammad, ia pun tidak keberatan.'Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam.Khadijah, tatkala mendengar nama "Muhammad", ia berfikir dalam hatinya: "Oh...
inilah takbir mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal, bahwa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman."
Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya karena khuatir akan fitnah.
"Baiklah," ujar Khadijah kepada 'Atiqah, "saya terima Muhammad
dan saya berterima kasih atas kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita bersama.". Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan,menyembunyikan apa yang tersudut di kalbunya.Kemudian ia meneruskan:
"Wahai 'Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya."
Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan
wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira.
Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata: "Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya."
Muhammad SAW menuju ke rumah wanita pengusaha itu.Sementara akan keluar dari pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia mencucurkan air mata kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya dan menyertainya dalam kesedihan hati itu selain
para malaikat langit dan bumi.
Part 3 : Kesaksian Seorang Rahib
Tatkala kafilah niaga itu siap akan berangkat,berkatalah Maisarah, kepala rombongan: "Hai Muhammad,pakailah baju bulu itu, dan peganglah bendera kafilah.Engkau berjalan di depan, menuju ke negeri Syam!"
Muhammad SAW melaksanakan perintah. Setelah beriringan keluar
dari halaman memasuki jalan raya,tanpa sedar Muhammad SAW menangis kembali, tiada yang melihatnya kecuali Allah dan para malaikat-Nya. Dari mulutnya terucap suara kecil: "Aduh hai nasib! Mana gerangan ayahku Abdullah, mana gerangan ibuku Aminah. Kiranyalah mereka menyaksikan nasib anakandanya yang miskin yatim piatu ini, yang justeru lantaran ketiadaannyalah sehingga terbawa jadi buruh upahan ke negeri
jauh. Aku tidak tahu apakah aku masih akan kembali lagi ke negeri ini, tanah tumpah darahku."
Jeritan batin itu membuat para malaikat langit bersedih. Mereka memintakan rahmat baginya. Maisarah memperlakukan Muhammad SAW dengan agak istimewa,sesuai dengan wasiat Khadijah. Diberinya pakaian terhormat, kenderaan unta yang tangkas dengan segala perlengkapannya. Perjalanan mengambil waktu beberapa hari. Terik matahari begitu panas sekali. Tetapi Muhammad SAW berjalan sentiasa dipayungi awan yang menaunginya hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang Rahib Nasrani. Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh.Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah
dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu karena pernah dibacanya di dalam Kitab Taurat. Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka.
Semua anggota rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang diri yang tinggal untuk menjaga barang-
barang dan kenderaan. Ketika Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah, bertanyalah beliau: "Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir di sini?"
Maisarah menjawab:
"Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang."
Rahib pergi menjemput Muhammad SAW dan terus berjabat tangannya, membawanya ke majlis perjamuan. Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW,bertanya: "Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?"
"Dari Makkah".
"Dari qabilah mana?" tanya sang Rahib.
"Dari Quraisy, tuan!"
"Dari keluarga siapa?"
"Keluarga Bani Hasyim."
'Siapa namamu?"
"Namaku, Muhammad."
Serta merta ketika mendengar nama itu, Rahib berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan: "Laa IlaahaIllallaah, Muhammadar Rasulullah."
Ia menatap wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub,seraya
bertanya: "Sudikah engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan keyakinanku lebih mantap?"
"Tanda apakah yang tuan maksudkan?" tanya Muhammad
SAW."Silakan buka bajumu supaya kulihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!"
Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat
dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan."Ya....ya....tolong,tolong!" seru Rahib.
"Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!"
Rahib itu mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan:
"Hai hiasan di hari kemudian, hai pemberi syafa'at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!"
Dengan pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang muslim sebelum Muhammad SAW dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari langit.
Part 4 : Paderi-paderi Yahudi Gemetar Ketakutan
Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan
keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah.
Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran. Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang
menyebabkan paderi- paderi Yahudi gemetar ketakutan.
Seorang di antara mereka bertanya: "Alamat apakah ini?"
Semuanya hairan, cemas dan ketakutan.
"Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,"jawab pengerusi upacara. "Kita baca dalam Taurat bahwa alamat ini akan muncul
bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!"
Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil,dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang
berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di
tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk
ruangan.
Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian terselamatlah Muhammad SAW dari kejahatan orang- orang Yahudi
Part 5 : Nabi Muhammad Pulang Ke Makkah
Biasanya dalam perjalanan pulang, kira-kira jarak tujuh hari lagi mendekati Makkah, Maisarah mengirim seorang utusan kepada Khadijah r.a, memberitahukan bakal kedatangan kafilah serta perkara- perkara lain yang menyangkut perjalanan. Maisarah menawarkan kepada Muhammad SAW:
"Apakah engkau bersedia diutus membawa berita ke Makkah?" Muhammad SAW berkata: "Ya, saya bersedia apabila ditugaskan".
Pemimpin rombongan mempersiapkan unta yang cepat untuk dinaiki
oleh utusan yang akan berangkat terlebih dahulu ke kota Makkah. Ia pun menulis sepucuk surat memberikan kepada majikannya bahwa perniagaan kafilah yang disertai Muhammad SAW mendapat hasil laba yang sangat memuaskan, dan menceritakan pula tentang pengalaman- pengalaman aneh yang berkaitan dengan diri Muhammad SAW.
Tatkala Muhammad SAW menuntun untanya dan sudah hilang dari
pandangan mata, maka Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s .: "Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!"
Kemudian Allah SWT mendatangkan ngantuk kepadanya sehingga baginda SAW tertidur nyenyak dan tiba-tiba telah sampai di Makkah dalam tempoh yang cukup singkat. Saat terbangun, ia hairan mendapati dirinya telah berada di pintu masuk kota kelahirannya. Baginda SAW sedar bahwa ini adalah mukjizat Tuhan kepadanya, lalu bersyukur memuji Zat Yang Maha Kuasa.
Sementara baginda SAW mengarahkan untanya menuju ke tempat Khadijah r.a, secara kebetulan Khadijah r.a pada saat itu sedang duduk sambil kepalanya keluar jendela memandangi jalan ke arah Syam, tiba-tiba dilihatnya Muhammad SAW di atas untanya dari arah bertentangan di bawah naungan awan yang bergerak perlahan-lahan di atas kepalanya. Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan,padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di
sekitarnya:
"Apakah kamu mengenali siapa pengendara yang datang itu?"
sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.Seorang di antara mereka
menjawab:
"Seolah-olah Muhammad Al-Amiin, ya sayyidati!"
Kegembiraan Khadijah r.a terlukis dalam ucapannya: "Kalau benar Muhammad Al-Amiin, maka kamu akan kumerdekakan bilamana ia telah sampai!"
Tak lama kemudian muncullah Muhammad SAW di depan pintu rumah
wanita hartawan itu, yang langsung menyambutnya dengan tutur sapa tulus
ikhlas:
"Kuberikan anda unta pilihan, tunggangan khusus dengan apa yang ada di atasnya."
Muhammad SAW mengucapkan terima kasih, kemudian menyerahkan
surat dari ketua rombongan. Ia minta izin pulang ke rumah bapa saudaranya setelah melaporkan tentang perniagaan mereka ke luar negeri.
Part 6 : Khadijah Menawarkan Diri
Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata: "Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!" Suaranya ramah, bernada dermawan.Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu diharga dirinya, Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti. Katanya: "Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bahagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh
bagi anak saudaranya yang yatim piatu". Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu memandangnya dengan penuh ketakjuban.
"Oh, itukah....! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa- apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan," kata Khadijah r.a. "Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu". Ia berhenti sejenak, meneliti.Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandungi isyarat: "Aku hendak mengawinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik,kaya, diingini oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu". Khadijah tertunduk lalu melanjutkan: "Tetapi sayang, ada aibnya...! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mahu, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan
pengabdi kepadamu".
Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa mahu dijawab. Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al- Amiin itupun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a. Ia minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia menceritakan kepada bapa saudaranya: "Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu "anu dan anu...."Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu.
Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim.Katanya: "Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya".
Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya:
"Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?"
Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahwa kata- katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan
mendamaikan hati 'Atiqah:"Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja kukatakan kepadamu bahwa dirikulah yang kumaksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mahu, aku bersedia menikah
dengannya; kalau tidak, aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati".Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat 'Atiqah terdiam.
Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius.
"Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah dimaklumi oleh
anak bapa saudaramu Waraqah bin Naufah?" tanya 'Atiqah sambil meneruskan:
"Kalau belum cubalah meminta persetujuannya."
"Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan lamaran", Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan kerana dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.
'Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan 'Atiqah dengan Khadijah r.a.
"Itu bagus sekali", kata Abu Thalib, "Tapi kita harus bermesyuarat dengan Muhammad SAW lebih dahulu."
Part 7 : Janda Cantik Bermata Jeli
Sebelum dijemput oleh bapa saudaranya, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi Khadijah itu bertanya: "Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?" Muhammad SAW menjawab: "Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada."
"Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?"
"Siapakah dia?" tanya Muhammad SAW.
"Khadijah!" Nafisah berterus terang. "Asalkan engkau bersedia,
sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!"
Usaha Nafisah berjaya. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah r.a,menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW menerima pemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya. Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita
bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan utamanya pula kerana hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya.Kalau dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli.
Maka diadakanlah acara yang penuh keindahan itu. Hadir sama Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput. Abu Thalib dengan rasmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk berunding dengan wanita berkenaan.
Part 8 : Pernikahan Muhammad dengan Khadijah
Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada
Waraqah: "Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas".
"Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta",ujar Waraqah.
"Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak
memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya," demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.
Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan
bahwa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat mufakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan "Ash-Shiddiq" sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung,
apalagi kerana yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam.Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama 'Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih,disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut:"Alhamdu Lillaah,
segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma'ad, dari keturunan Mudhar.
"Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.
"Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah,
kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, niscayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri
dan saudara-saudaraku.
"Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahwa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman- pengalaman
hebat.
"Semoga Allah memberkati pernikahan ini".
Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan
perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.
Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: "Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah,barang- barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !"
Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan".(Adh-Dhuhaa: 8 )
Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu,sehaluan, serasi dan secita-cita.
Part 9 : Dijamin Masuk Syurga
Khadijah r.a mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam
tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai karena kematian. Tahun wafatnya disebut "Tahun Kesedihan" ('Aamul Huzni). Khadijah r.a adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika wahyu pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya.
Ketika Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama yang dihantar Jibril 'alaihissalam, dimana
beliau merasa ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s
dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil berkata: "Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah SWT yang menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh Allah bagi umat kita.
"Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang sentiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau sentiasa menyantuni anak yatim piatu,menghormati tetamu dan menghulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah?"
Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka
derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy.Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain iaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang dihantar oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu 'anha serta dihiburnya dengan syurga. Kesetiaan Khadijah r.a diimbangi oleh kecintaan Nabi SAW kepadanya tanpa terbatas.
Nabi SAW pernah berkata: "Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti 'Imran dan Asyiah binti Muzaahim,isteri Fir'aun".
Episod Terakhir : Wanita Terbaik
Sanjungan lain yang banyak kali diucapkan Rasulullah SAW. terhadap peribadi Khadijah r.a ialah: "Dia adalah seorang wanita yang terbaik, karena dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keingkaran; dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku; dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku; dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain".
Putera-puteri Rasulullah SAW. dari Khadijah r.a sebanyak tujuh
orang: tiga lelaki (kesemuanya meninggal di waktu kecil) dan empat
wanita.
Salah satu dari puterinya bernama Fatimah, dinikahkan dengan Ali bin Abu Thalib, sama-sama sesuku Bani Hasyim. Keturunan dari kedua pasangan inilah yang dibangsakan sebagai keturunan langsung dari Rasulullah SAW.
Daun pisang benggala itu sudah dikait. Buah jering itu sudah dilerai. Bunga melur dan bunga cempaka itu juga sudah dicucuk. Semuanya oleh Jarah. Cuma daun pisang benggala belum dilerang dari pelepahnya. Zabidah tidak boleh melerang, takut akan carik dan putus. Bedolah juga tidak boleh disuruh melerang, takut koyak dan punah.
“ Bidah, kau ikat tali bunga-bunga!”
“ Bedolah, kau buang tangkai-tangkai jering baik-baik.”
“ Adik, duduk baik-baik ye, kakak nak lerang daun!”
Ketiganya bekerja. Mereka bekerja dengan tekun dan tidak berkata-kata. Jarah dengan pisau siang sayur melerang daun pisang satu-satu. Makin lama makin banyak pelepah jadi permainan Hani. Hani ketawa-ketawa. Membedal kiri kanan. Kadang-kadang merangkak selutut dua. Duduk balik. Membedal belakang Bedolah. Bedolah ketawa-ketawa. Kadang-kadang Bedolah sergah nakal. Hani ketawa-ketawa, tergaru-garu. Nyamuk-nyamuk terbang dengan perut kembung. Dan Zabidah cepat cuba membunuh nyamuk jahanam yang mencuri darah adiknya. Mati satu ekor. Belakang Hani bertanda tiga bengkak-bengkak kecil. Merah bunga jambu.
Selesai melerang, daun pisang benggala itu dilipat Jarah. Empat belah satu lipat. Sudah lipat susun pula setinggi lutut. Lepas susun ikat pula dengan tali pelepah pisang kering. Dan habislah pekerjaan itu. Kalau emaknya akan bertanya dia akan menjawab:
“ Berkas ini dua puluh lipat.”
Dan emaknya akan berkata pula begini:
“Dua puluh lipat baru satu ringgit. Lima belas lipat baru tujuh puluh lima sen.”
“Dalam bakul ini ada lima ratus biji.Dalam raga ini dua ratus biji. Dalam sumpit ini seratus biji.”
Dan emaknya pula akan berkata begini:
“ Lima ratus biji baru dua ringgit setengah. Lima amas! Dua ratus biji baru serial. Seratus biji baru samas! Dapat empat riyal pawah bagi dua dapat dua rial!”
Lepas itu, Jarah menghitung bunga melur dan bunga cempaka pula. Jarah akan beritahu emaknya begini:
“ Papan itu dua puluh ikat. Papan ini dua puluh ikat. Empat puluh semua sekali.”
Dan emaknya akana berkata kepada Jarah begini:
“ Empat puluh ikat dua ringgit kalau laku semua. Pawah bagi dua serial seorang!”
Selepas itu daun-daun pisang benggala akan diangkat ke atas tangga . Bakul dan raga buah jering akan diangkat ke atas tangga. Raga bunga melur dan bunga cempaka akan diangkat ke atas tangga. Kalau ada ubi-ubi atau sayur-sayur lain juga akan diangkat ke atas tangga. Emaknya akan menjunjung bakul-bakul ubi itu. Isi bakul itu kadang-kadang luak ketika atas bas. Kadang-kadang luak ketika menunggu bas di tepi jalan raya. Dan bakul-bakul itu akan dibawa kembali oleh emaknya ke rumah. Dan raga-raga serta ranjang-ranjang itu akan dibawa kembali oleh ayahnya ke rumah. Kadang-kadang dalam bakul itu masih ada lagi baki isinya. Dalam raga masih ada lagi baki isinya. Dalam ranjang masih ada lagi isinya.
Sebelum turun rumah, emaknya akan mengerjakan tugas yang serupa. Ayahnya akan mengerjakan tugas yang serupa juga. Mula-mula emaknya akan ke dapur. Telunjuknya ditenyeh pada sepuntung arang di hujung kayu. Debu hitam melekat urat-urat telunjuknya. Dan debu-debu itu digosok pada gigi kiri kanan. Meludah sekali. Tenyeh lagi. Gosok lagi. Meludah lagi. Kemudian telunjuk itu disapu pada kain sarung. Menyanggul rambut. Mengebas-ngebas kedua belah tangan. Lepas itu berseru:
“ Jarah! Bawa adik.”
“Bidah; bawa adik.”
Kalau Jarah yang dukung adik, Jarah yang bawa kepada emaknya. Kalau Zabidah yang dukung adik, Zabidah yang bawa kepada emaknya. Emaknya akan mengambil Hani dengan kedua belah tangan. Hani akan dipangku atas riba. Dari leher baju kebaya lusuhnya, ibu itu akan keluarkan teteknya. Dan Hani menyusu dengan riang gembira. Hani mengangkat-angkat kaki yang kecil. Mengentel-ngentel puting tetek emaknya dengan tangan yang montel. Ketika ini Bedolah akan datang menghampiri dan selalunya akan berkata:
“ Adik tak malu, hisap tetek emak. Adik tak malu! Wooo hooo!”
Dan Hani berhenti sekejap.Berpaling kepada Bedolah. Ketawa-ketawa. Bedolah mengulang lagi :
“ Adik tak malu, hisap tetek emak! Adik tak malu! Wooo! Hoo!”
Hani tidak peduli. Menyusu lagi tetek emaknya dengan senang. Dan bila Hani tidak mahu lagi menghisapnya, emaknya akan berkata:
“ Dah kenyang, pergi dengan kak.”
Jarah dan Zabidah akan menyambut Hani. Kadang-kadang Hani merengek tak mahu lekang dari riba emaknya. Kadang-kadang menangis terus. Tetapi kadang-kadang saja. Acapkali dia ketawa puas-puas.
Lepas itu emaknya akan berpesan:
“ Ikan keli itu gulai lemak Jarah. Bubuh pucuk kandis. Ikan kering bakar. Jangan lupa mandikan adik. Kalau ada orang tanya emak kata emak pergi kedai. Kalau orang tak kenal datang, kata emak ada di kebun. Kata ayah ada dalam alur. Tutup pintu baik-baik. Jaga api lepas makan nasi. Jirus air.”
Hari-hari pesanan itu Jarah mendengarnya. Hari-hari kata-kata itu. Hari-hari suruhan itu. Tetapi tidak ada rasa jemu dalam hati Jarah. Tidak juga ada rasa marah. Tidak ada rasa bosan.
Ayahnya tidak banyak berkata sebelum pergi. Mungkin tidak ada perlu diperkatakan. Tetapi ayahnya memang tidak suka berkata-kata banyak. Seumur hidup Jarah dia belum pernah ditengking oleh ayahnya. Seumur hidup Bedolah tidak pernah dipiat oleh ayahnya. Dan seumur hidup Hani tidak pernah segala ini oleh ayahnya. Kepada emaknya Jarah tidak pernah dengar ayahnya bersungut-sungut itu ini. Cuma Jarah pernah dengar ayahnya mengeluh ketika ubi-ubinya dijual dengan harga paling murah. Atau ketika daun-daun pisang tidak laku sama sekali. Atau ketika buah-buah jering kecut tidak dibeli orang.
Hari ini emak dan ayahnya terpaksa pergi awal ke pekan. Terpaksa pergi awal meninggalkan dirinya dan adik-adik. Terpaksa membawa banyak barang-barang jualan. Daun pisang. Buah-buah jering. Buah sawa nila. Buah jambu dan bunga cempaka serta bunga melur. Kadang-kadang dalam satu bulan, hari-hari begini cuma datang dua atau tiga kali. Ghalibnya sekali saja.
Emaknya sudah hilang ditelan lorong kecil ke jalan raya. Ayahnya sudah hilang di balik rumpun-rumpun senduduk dan kapal terbang. Jarah kerah Bedolah suruh mandi. Perintah Zabidah ambil Hani bawa ke bendul. Dan dirinya mula membunuh ikan keli dalam tempayan. Lepas itu dibiarkan sampai ikan-ikan itu mati betul-betul. Dua liang beras disukat ke dalam periuk besi putih. Air beras itu tidak dibuang ke tanah, ditadah dalam besen besi. Air beras perlu untuk rendam ikan keli agar tidak hanyir. Begitu pesan emaknya.
Periuk sudah di atas dapur. Merah-merah matanya meniup api agar menyala. Jari-jarinya penuh abu dan arang. Sementara nasi mendidih Jarah mesti kukur kelapa. Sebelum kukur, kelapa perlu dikupas. Kalau ada tombong kelapa, itu pasti Hani atau Bedolah atau Zabidah yang empunya. Dirinya sendiri tidak perlu. Dirinya sendiri sudah besar. Dirinya sendiri sudah dewasa. Dirinya sendiri sudah tiga belas tahun! Sudah tidak perlu makan tombong lagi.
Matahari pagi panas terik. Memancar dari dahan-dahan pokok di halaman rumahnya. Jarah sudah selesai masak nasi. Sudah selesai gulai ikan keli. Sudah sempurna bakar ikan kering. Sudah siap kemas dapur. Dalam hatinya timbul rasa simpati untuk emaknya.Walaupun emaknya tidak berpesan, walaupun ayahnya tidak menyuruh, dia akan mengerjakannya dengan rela---kerelaan kudus sunti dara tiga belasan.
“Dolah, ke mari kejap!”
Bedolah pun datang. Berlari-lari sedikit. Dalam hatinya menyangka sudah boleh makan nasi!
“ Tolong kakak angkat tikar buruk.”
“Buat apa?”
“ Kita jemur padi. Gulung baik-baik, jangan kena kulit nanti gatal, miang.”
Bedolah patuh. Bedolah membuat dengan penelitian seorang anak kecil.
“ Bidah, kunci pintu depan. Mari turun ikut pintu dapur. Bawa kelubung mak teduh adik.”
Zabidah mengikut. Sehelai batik lepas yang tersangkut di dawai dinding dicapainya. Hani didukungnya. Pintu depan diselaknya
“Nah. Bawa badang ini Bidah. Jaga-jaga jangan kena adik. Miang.”
Jarah sukat padi satu bakul kecil. Bakul kecil itu diheretnya ke muka pintu.
“Bidah letak adik dulu. Tolong angkat bakul atas kepala kakak.”
Zabidah letak Hani atas jemuran. Bidah hati-hati cuba mengangkat bakul atas kepala Jarah.
“ Dukung adik. Baik-baik turun. Bedolah turun dulu. Tutup pintu rapat-rapat Bidah. Kelubung kepala adik, panas!”
Ketiga-tiganya berjalan beriringan. Bedolah dulu menjunjung tikar-tikar mengkuang buruk. Zabidah di tengah mengepit badang pada tangan kiri dan dukung Hani pada belah kanan. Jarah di belakang sekali menjunjung bakul padi. Kedua tangannya kukuh memegang bakul.
Tiba-tiba Bedolah terjerit. Jeritannya semacam perasaan girang.
“Aaaaaaa!!!”
Jarah terkejut. Zabidah juga terkejut, Hani pun terkejut.
Jarah mula memandang kiri kanan. Nampak di antara daun-daun getah kering yang luruh itu warna-warni merah jingga yang indah. Warna itu tidak ubah seperti buah-buah pinang masak yang bertaburan di bawah daun-daun kering. Kulat-kulat itu belum kembang lagi. Kuncup dan baik sekali untuk buat sayur pedas.
“ Kita jemur padi dulu. Balik nanti kita kutip.” Jarah perintah, Zabidah dan Bedolah patuh.
Tiba di tepi sawah Jarah cepat-cepat suruh Zabidah letak Hani. Zabidah tarik secekak penuh daun pisang kering. Diatur atas rumput. Dan Hani diletakkan. Bedolah mula bentang tikar buruk. Hatinya sudah tidak sabar-sabar lagi hendak bekerja cepat-cepat. Cepat-cepat kerja, cepat-cepat siap. Cepat-cepat siap, cepat-cepat dapat kutip kulat kaki tiung!
Jarah curah padi dari bakul atas tikar. Padi itu dilirai-lirai dengan tangan supaya rata dan nipis. Kalau tebal sangat lambat kering. Lambat pula boleh ditumbuk. Pipi Jarah merah diselar matahari. Matanya berair. Peluh memercik di dahi dan di belakang leher. Zabidah juga turut lirai padi. Tangannya gumit-gumit di antara biji-biji padi. Bedolah bermain dengan Hani.
Jarah menyapu-nyapu kedua-kedua belah tangan pada sarungnya. Padi itu sudah siap dilirai. Panas terik hari itu akan mengeringkannya dalam beberapa jam sahaja. Petang nanti padi akan diangkat. Kemudian padi itu akan ditumbuk. Hati emaknya akan senang. Hati ayahnya akan lapang.
Jarah menghulur tangan ke arah Hani. Hani terlonjak-lonjak. Sekali celapak, Hani sudah ada di atas dukungnya.
“ Kita kutip kulat,kak?”
Bedolah seperti sudah seperi tidak sabar menanti. Takut benar Jarah akan terlupa tentang kulat-kulat itu.
Ketiganya akan berjalan pulang. Bedolah melompat-lompat di hadapan. Zabidah berjalan cepat-cepat dan sembari tangannya merabut-rabut daun-daun yang melambai ke tepi denai. Jarah membetulkan kelubung atas kepala Hani.
“ Ha, cepat!!. Itu dia!” Bedolah menyeru girang.
“ Dolah, tanggalkan kain sarung kau, buat galas kulat. Bidah baik-baik nanti terpijak kulat-kulat itu. Punah.”
Dan ketiganya kutip. Hani juga rabut satu dua. Terbongkok-bongkok mereka. Jarah kutip cepat-cepat. Zabidah juga begitu. Bedolah pun sama-sama. Ketiga hati itu berbisik satu doa yang sama. Doa agar orang lain tidak akan lalu pada tempat itu. Doa akan orang lain tidak akan turut kutip kulat-kulat kaki tiung itu. Doa agar semua kulat-kulat kaki tiung jadi kepunyaan mereka
Berlonggok kulat-kulat itu atas kain sarung Bedolah. Segar-segar dan cantik. Zabidah dan Bedolah mengusung kain sarung yang sarat dengan kulat-kulat kaki tiung. Jarah tidak membenarkan digalas, takut akan rosak kulat-kulat. Mungkin akan hancur dan punah. Riang benar hati Bedolah. Gembiranya hati Zabidah. Senang sekali hati Jarah. Hani sedang membelek-belek sekuntum kulat yang agak mala. Hani sobek kecil-kecil. Bertaburan sepanjang jalan ke rumah.
Tiba di rumah tidak sabar-sabar lagi mereka terus bekerja. Jarah membuang bahagian kulat yang melekat tanah. Zabidah melihat-lihat ulat kalau ada. Bedolah membuang daun-daun dan sampah sarap.
“ Ambil kertas.” Perintah Jarah.
Zabidah bangun. Masuk dalam rumah. Mencari-cari kertas yang disuruh oleh Jarah. Tidak berjumpa.
“ Tidak ada kak! Mana satu kertasnya?”
Perasaan Jarah geram sedikit. Lekas-lekas Jarah bangkit. Tidak ada kata untuk Zabidah. Jarah meraba bawah rak dekat dinding. Ditarik keluar buku-bukunya lusuh. Buku-buku tidak berguna lagi untuk sesiapapun di dalam rumah itu. Baik untuk Zabidah. Baik untuk Bedolah. Baik untuk dirinya sendiri. Dirinya sudah tamat belajar. Zaman untuk belajar sudah berlalu hampir dua tahun.
Jarah keluar, Zabidah mengikut dari belakang. Tidak ada kata untuk sesiapa. Jarah duduk. Zabidah duduk. Jarah bekerja semula. Zabidah juga. Kotoran kulat kaki tiung berlonggok atas kertas.
Agak lama juga baru pekerjaan membersihkan kulat-kulat itu selesai. Tetapi bagi Jarah masih ada lagi tugasnya yang penting. Kulat-kulat itu mesti dimasak. Kulat-kulat itu mesti digoreng. Atau kulat-kulat itu mesti disayur pedas. Sayur pedas tidak payah pakai minyak. Hani boleh ratah. Zabidah boleh ratah. Emak juga boleh ratah. Ayah juga boleh ratah bila mereka balik dari pekan.
Kesemua kulat-kulat itu Jarah buat sayur pedas. Cair liur Bedolah terbau wanginya. Cair liur Bidah tercium lazatnya. Kadang-kadang Jarah sudah boleh mengatasi emaknya dalam perkara memasak sayur dan gulai. Ini sering disebut oleh ayah. Dan Jarah merasa bangga dengan kepandaiannya.
Jarah mencedok sayur pedas kulat kaki tiung itu ke dalam besen kecil. Bahagian yang mula-mula itu untuk emak dan ayahnya. Bahagian itu mesti diasingkan lebih dulu. Tidak baik kalau emak dan ayahnya merasai masakan yang menjadi sisa-sisa dia dan adik-adiknya. Sayur pedas yang selebihnya Jarah cedok dalam pinggan besar bergeluk. Nanti keempat-empat mereka akan makan bersama-sama. Pinggan bergeluk itu diletak atas lantai. Berkepul-kepul wapnya naik nipis ke udara.
Cepat saja Zabidah mencapai koleh besi. Koleh itu diisi penuh air dari tempayan. Bedolah membasuh tangan di jemburan. Tiga pinggan nasi telah siap disediakan oleh Jarah mengelilingi pinggan sayur kulat kaki tiung.
“ Mau gulai ikan keli, Dolah?”
“ Tidak mau. Mau makan dengan sayur kulat!”
“ Mau gulai ikan keli, Bidah?”
“ Tidak mau. Mau makan dengan sayur kulat dan ikan kering!”
Bedolah sudah tidak sabar lagi. Dia mencapai senduk dalam pinggan sayur kulat kaki tiung, sayur itu ditimba seberapa cepat memenuhi pinggan nasinya. Zabidah pun seorang saja. Hani terkapai-kapai tangan meilaht Bedolah timba sayur. Menjerit-jerit kecil Hani bagai membantah perbuatan Bedolah.
Jarah berpaling dari mengisi pinggan nasinya. Kekalutan itu mesti diselesaikan segera.
“ Dollah, ambil sikit-sikit dulu. Nanti tidak habis kau makan!”
Zabidah merasa bahawa sudah ada orang yang memihaknya. Lalu segera hendak merebut senduk dari tangan Bedolah. Bedolah mengelak. Zabidah bangun menjangkau senduk sayur. Suara Bedolah berungut-rungut. Suara Bedolah merungut-rungut. Hani menepuk-nepuk lantai buluh, meradang.
“ Hei!”
Sergah Jarah. Zabidah terkejut tertekan pinggan nasi Bedolah. Pinggan nasi itu terjungkit. Nasi di dalamnya separuh tumpah atas lantai buluh. Jatuh ke tanah melalui celah lantai buluh. Beberapa ekor ayam itik bawah rumah gegak berebut-rebut.
Bedolah melihat nasinya yang tumpah dengan rasa tidak percaya. Bedolah bangkit sebelum Jarah menerkam. Senduk di tangannya dilontar kepada Zabidah. Kena dahi Zabidah. Zabidah menangis. Hani terjerit. Jarah menerkam pantas.
Seperti kilat tangan Jarah hinggap pada telinga Bedolah. Gigi Jarah terkacip rapat. Geram sungguh. Bedolah meraung. Pinggan nasi yang dekat hujung kakinya disepak. Bertaburan nasi dan sayur kulat kaki tiung memenuhi lantai. Kemudian Bedolah lari dengan hentakan kaki yang kasar dan kuat keluar. Di luar Bedolah meraung sekuat hati.
Jarah berungut-rungut pada Zabidah. Tetapi tidak berbuat apa-apa. Zabidah masih teresak-esak. Hani terdiam.
Jarah ambil seberkas lidi. Nasi Bedolah dan sayur Bedolah disapu ke bawah rumah. Di luar raungan Bedolah semakin lanjut. Tetapi tidak terniat dalam hati Jarah hendak mengajak Bedolah makan bersama. Jarah sudah tahu. Bedolah tidak boleh dipujuk kalau menangis. Lama-lama dia akan senyap sendiri. Lama-lama dia akan datang makan dengan sendiri. Atau lama-lama dia akan tidur di mana-mana.
Mereka makan bertiga. Tidak ada kata-kata. Satu suap untuk Jarah. Satu suap untuk Zabidah. Satu suap untuk Hani. Sayur kulat kaki tiung memang lazat. Ikan kering bakar memang sedap. Kenyang betul rasa perut Jarah. Kenyang betul perut Hani.
Sudah makan Jarah angkat Hani ke tempayan. Hani dimandikan. Hani dikesat-kesat dengan kain basahan.
Zabidah kemas pinggan mangkuk. Ada sedikit sayur dalam pinggan bergeluk untuk Bedolah. Sayur itu ditaruh dalam tong lauk bersama untuk emak dan ayah. Zabidah basuh pinggan. Pinggan itu ditiarap atas rak pinggan yang usang. Jarah pula mendodoi adiknya.Hani sudah kenyang. Hani perlu tidur. Apabila Hani tidur nanti Jarah akan pergi membalik-balikkan padi yang berjemur. Dan Zabidah boleh tunggu Hani tidur di rumah.
“ Kakkkk!”
Jarah terdengar suara Zabidah tersekat di dapur.
“ Kenapa, Bidah?”
Senyap tiada jawapan.
“Bidah?”
Jarah cepat mengangkat Hani ke atas dukung. Berlari pantas ke dapur. Zabidah tergolek atas jemuran dapur. Lidi masih ditangan. Muntahnya berlambak atas lantai. Jarah segera mengurut-ngurut belakang Zabidah. Zabidah muntah-muntah lagi. Muntah-muntah lagi tidak henti-henti. Semua nasi yang Zabidah makan telah keluar. Semua sayur yang Zabidah makan telah keluar. Bercampur-baur. Jarah sendiri merasa tekaknya sudah panas dan loya.
Zabidah muntah-muntah lagi. Tapi muntah kali ini tidak lagi nasi. Muntah Bidah kali ini tidak lagi sayur kulat kaki tiung. Zabidah memuntahkan darah merah! Muka Zabidah telah mula biru lebam. Jarah serba-salah. Badannya sendiri telah mula gementar. Tekaknya makin panas. Dada dan perutnya makin bergelombang. Zabidah sudah terkulai.
Tiba-tiba Hani pula menjerit-jerit. Jarah tidak terus pergi kepada Hani.
Hani biar dulu. Biarkan dia terjerit-jerit di situ. Zabidah yang perlu ditolong. Bagaimana dia hendak tolong Bidah? Bagaimana dia hendak hentikan muntah Bidah? Bagaimana? Bagaimana?
“Ueekkk!”
Hani pula muntah. Jarah naik bingung. Seluruh badannya seram sejuk. Seluruh badannya gementar. Jarah cepat-cepat mendapatkan Hani. Hani muntah-muntah lagi. Muka Hani mula biru. Jeritan Hani tersekat-sekat dalam kerongkong. Jarah mula menangis. Bala apa yang menimpa adik-adiknya. Tubuh Bidah sudah lembik seperti kain buruk. Tubuh Hani juga lembik seperti kain buruk!
“ Kakkkkk air…”
Jarah berpaling kepada Zabidah. Belum sempat Jarah bangkit, Hani mencurahkan darah yang banyak atas ribanya. Merah likat!
“Makkk!!!”
Jarah terjerit. Tubuh Hani terkulai, atas ribanya.
“Kakk…airrr…!”
Jarah cuba bangkit untuk ambil air. Kain sarungnya penuh muntah Hani. Penuh dengan nasi yang belum hadam. Penuh dengan sayur kulat yang belum lumat. Penuh dengan darah likat dan panas. Tetapi dia mesti bangkit juga. Zabidah mesti diberi air.
Tangan Jarah belum dapat mencapai gayung. Dada Jarah mulai membara. Loya dan mual. Jarah pun muntah. Sekali. Dua. Tiga kali. Empat kali Jarah terduduk. Hani terjelepok atas paha. Jarah muntah lagi. Muntah lagi. Jarah rasa sudah tidak ada tenaga walau untuk mengangkat seruas jari. Lemah tubuh Jarah. Muntah Jarah memercik ke kepala Hani. Nasi dalam perut dalam Jarah sudah keluar. Berlambak atas lantai buluh. Jatuh bawah rumah. Dimakan ayam dengan gegak. Dimakan itik dengan riuh rendah.
“Mak……”
Suara jarah tersekat. Hani sudah lembik terkulai. Zabidah sudah tidak minta air lagi. Badan Jarah bergoncang setiap kali muntah. Muntah itu sudah tidak nasi lagi. Muntah itu sudah tidak sayur kaki tiung lagi. Muntah itu sudah bertukar menjadi darah pekat.
Jarah tersembam atas lantai buluh. Sekelompok sinar matahari rembang memancar atas belakang Jarah dan Hani.
Matahari ayun-temayun di barat. Kuning warnanya berkilat di daun-daun dalam kampung itu. Halimah berjalan duluan. Terlenggok-lenggok bakul kosong atas kepalanya. Samad berjalan di belakang. Raga besar berbuai-buai di hujung kandaran di belakang. Dalam raga itu ada kuih untuk Jarah. Dalam raga itu ada kuih untuk Zabidah. Dalam raga itu ada kuih untuk Bedolah. Dalam raga itu ada kuih untuk Hani.
Dari jauh Halimah mendengar suara Bedolah menangis. Samad juga mendengar suara Bedolah menangis. Dalam hati Halimah berkata anak lelaki nakal itu kena cubit lagi. Dalam hati Samad berkata anak lelaki nakal itu kena pulas oleh Jarah lagi.
“ Dengarnya Bedolah menangis ayahmu!”
“ Nakal. Tak kuasa Jarah nak layan.”
Langkah Halimah sudah hampir muka tangga. Langkah Samad sudah hampir muka tangga. Suara Jarah pujuk Hani tidak kedengaran. Suara Zabidah bercakap-cakap tidak kedengaran. Pintu depan tertutup rapat dan kemas. Tangisan Bedolah makin jelas.
“ Jarah! Jarah!!”
Halimah letak bakul kosong atas tangga. Samad berdiri saja. Samad menanti-nanti pintu dibuka.
“ Jarah!! Jarah!!”
Senyap sunyi. Suara Bedolah menangis lanjut-lanjut di dapur.
“ Bedolah! Bedolah! Bedolah….”
Samad sudah tiba di tangga dapur. Dua ekor ibu ayamnya tergolek dekat umbi pisang pulai. Terkejut hati Samad bukan main. Bangkai ayam itu dikuis-kuis dengan kaki.
“ Bedolah! Bedolah! Buka pintu.”
Suara tangisan Bedolah terhenti. Bunyi lantai-lantai gemertak dipijak. Dan pintu dapur terbuka. Samad naik. Mata Bedolah bengkak.
“ Mah!”
Terkeluar suara sepatah dari mulut Samad.
“ Kenapa ayam ni mati ayahmu?”
“ Naik cepat, Mah. Bala apa yang datang ni!”
Halimah naik gopoh-gopoh. Matanya liar. Dahinya berkerut-kerut.
“ Jarah!......Jarah!”
“ Bidah!...Bidah!”
“ Hani!...Hani…!”
Gopoh-gopoh Halimah menjamah tubuh-tubuh yang tergolek atas lantai buluh. Tubuh Jarah masih panas. Tetapi kaki tangannya telah agak kejang. Baju Jarah penuh darah dan muntah. Tubuh Hani panas sedikit-sedikit saja. Tubuh yang bogel itu mereng ke perut Jarah. Tubuh Zabidah juga panas sedikit-sedikit. Baju Zabidah bertompok-tompok darah dan muntah-muntah nasi yang hampir pekat kering.
Samad menundukkan telinga ke dada Jarah. Dada Jarah sudah tenang. Tidak ada gerak turun naik. Samad letak pula telinga di dada Zabidah. Dada Zabidah juga tenang. Tidak ada juga gerak turun naik. Samad tunduk melekap telinga pada dada Hani yang atas riba Halimah. Dada Hani juga tenang. Tidak ada gerak turun naik lagi.
Tangis Halimah sudah menjadi raungan. Dia duduk bersila di antara tiga tubuh anak-anaknya. Halimah tidak percaya ketiga roh itu sudah meninggalkannya. Satu demi satu tangan Halimah merasai nadi anak-anaknya. Tetapi nadi-nadi itu tidak juga berdenyut-denyut.
Samad angkat Jarah ke ruang tengah. Samad angkat Zabidah ke ruang tengah. Samad pimpin Halimah ke ruang tengah. Halimah masih lagi meriba Hani.
Tidak ada air mata dari kelopak mata Samad. Tidak ada sedu dari dada Samad. Tidak ada keluhan dari mulut Samad.
Bedolah masih bingung. Esakan Bedolah sudah reda. Raungan Halimah mengambil alih tangisan Bedolah.
Samad turun dari rumah. Mula-mula langkahnya menuju ke rumah Pakcik Isa. Kemudian langkahnya berbelok ke rumah Tuk Hassan. Lepas itu belok lagi ke rumah Pakcik Par. Belok lagi. Belok lagi. Untuk memberitahu orang-orang itu Samad terpaksa berjalan lebih dari tiga batu!
Pakcik Isa datang Halimah masih belum juga berhenti menangis. Tuk Hassan datang Halimah belum juga berhenti menangis. Pakcik Par datang Halimah belum juga berhenti menangis. Orang itu datang orang ini tiba Halimah tetap menangis.
Senja telah berlalu. Rumah Halimah dan Samad terang-benderang dengan bakaran karak daun kelapa. Makcik Miah terlatah ketika kakinya tersepak bangkai itik bawah rumah dalam gelap malam.
Samad dapati lima ekor ibu itik dan bapak itiknya telah mati. Empat ekor ibu ayamnya turut mati. Tiga belas ekor anak-anak ayamnya turut mati!
Samad mencari-cari tikar buruk yang sering digunakan untuk tabir jendela waktu malam. Tidak jumpa tikar-tikar buruk itu. Halimah sudah tidak boleh buat berkira lagi.
“ Tikar itu kakak buat jemur padi di bendang,” kata Bedolah.
Samad tidak sempat bertanya lebih lanjut. Samad mendengar Pakcik Isa sedang berkata dengan Tuk Hassan.
“ Kebun getah itu baru saja dibubuh racun lalang!” kata Pakcik Isa.
“ Nasib baik nasi Bedolah tumpah….,” balas Tuk Hassan.
Dan semua orang pun tengok Bedolah yang sedang tidur nyenyak tergolek tepi dinding pelupuh di ruang itu tertonggeng punggung kepada tetamu. Dan asap dari dupa bara pun mengeluarkan bau kemenyan dan bau tebu parut yang manis menerawang dalam rumah lalu mengharumi mayat Jarah, mayat Zabidah dan mayat Hani yang diatur sederet tengah ruang di hadapan tetamu ditutup oleh kain batik sarung Halimah dan kain pelikat Samad.
Ada selingkar dua asap dari pendupaan keluar ikut tingkap yang tergohong tidak dapat ditutup lagi kerana tikar tabirnya masih ada di bendang. Lalu asap-asap itu pun berbaur dengan angin malam yang murung dalam perkampungan yang kini sangat sepi.
KUCING GEMUK DI MASJID BIRU*
Oleh: Faisal Tehrani
BARANGKALI ini bukan cerita pendek. Mungkin ia sekadar satu catatan perjalanan yang membosankan. Agaknya ia adalah kedua-duanya sekali. Pada saya ia sekadar satu muhasabah yang ingin juga saya kongsi bersama. Ramai orang mulai bertanya, kerana mereka tidak punya segan silu untuk mengetahui mengenai orang lain. Saya sedari usia saya sudah meningkat.
Saya mahu mengingat semuanya kembali…
Salji turun maha lebat pada malam ketibaan saya di Istanbul. Barangkali malam musim dingin memang begini, warnanya hitam kusam dan cuaca dingin menyebabkan telinga jadi beku kaku. Saya berhati-hati menempuh jalanraya yang licin lantaran salji seperti ais sagat sudah keras di permukaan.
Sezgin yang memberitahu akan menjemput di lapangan terbang menepati janjinya. Malam sudah jam sembilan lebih apabila Metro tiba di kawasan berhampiran Sultan Ahmet. Di situlah pertama kali saya melihat Masjid Biru, di dalam malam kelam saat saya melangkah dengan sukar kerana beg serasa membebankan. Saya takut jatuh tersungkam kerana licin dan Istanbul yang sungguh lengang serasa mencengkam jiwa sekali, amat sunyi, cuma seorang pelancong Jepun yang menegur dan menyarankan hotel Emre tidak jauh dari perkarangan masjid. Saya lihat ada awan tebal warna kelabu merumbu di perut langit yang perlahan-lahan semakin hitam.
Kala mengharung timbunan salji itulah saya terpandangkan seekor kucing gemuk mengesip-ngesipkan mata, menggoyang-goyangkan ekor di bawah pohon gondol, bulunya tebal kembang tetapi ia masih menggodekkan tubuh kesejukan. Saya memberi salam kepada kucing gemuk itu yang kemudian terangguk-angguk. “Aleykumsalam, selamat datang…selamat datang…”
Saya mahu mengingat semula semua. Satu-satu.
Dua minggu sesudah malam yang dingin itu, Sezgin dan Hamza menemani saya merayau di Taksim, kami membuat keputusan untuk solat Asar di Masjid Biru. Kami berjalan kaki setelah bas berhenti di Eminonu. Jauh bukan kepalang tetapi saya yang menuntut begitu, untuk melihat-lihat, kata saya. Mereka ikutkan kehendak saya.
Untuk membunuh bosan Sezgin sering melakukan aksi meluncur di atas jalan yang lembab, sesekali semacam ingin menunjuk, “Hoca lihat!” Laungnya cuba menghela perhatian. “Berhati-hati, nanti tergolek.” Saya lebih mengingatkan. Hamza sesekali mengepal salji di jalanan dan sengaja melontar kepada saya. Pura-pura saya merungut marah, kemudian ketika ‘askar’ terleka, saya pula mengepal ‘peluru salji’ untuk menyerang hendap.
Apabila hampir tiba di Masjid Sultan Ahmet, saya melihat batu Iznik pada dinding dan kubah menyinarkan warna biru dalam celupan berwarna jingga petang Istanbul yang mempesonakan. Kami berlari-larian masuk ke perkarangan masjid. Saya terasa amat muda. Saya terlupa saya bukan sebaya dengan mereka. Tetapi jiwa saya seumur dengan mereka pastinya. Semakin dekat saya menghampiri pintu masuk semakin saya rasa Mehmet Aga memanggil, mari…mari…
Saya menanggalkan but, mengetuk sisa salji yang melekat di tapak dan mengambil plastik yang memang disediakan. Kumpulan pelancong Jerman menyesakkan pintu masuk. Hamza merungut-rungut kerana bisingnya mereka mengganggu kedamaian masjid.
Kami kemudian menunaikan solat bersama. Setelah solat kami terkelip-kelip melihat telatah pengunjung dan pelancong yang bergambar dan tertuding-tuding ke arah kubah dan tiang masjid.
Kami bingkas. Saat Sezgin dan Hamza terkial mengenakan kasut, ketika itulah saya terpandangkan kucing gemuk yang sama. Aneh saya ditemukan semula dengannya. Ia masih mengenyitkan mata bertanya khabar, menggodek ekor semacam riang betul-betul di tepi pintu masuk, bulunya lebih lebat dari dahulu, ia menggaru-garu tubuhnya dengan kuku yang mengembang.
Saya memberi salam. Kucing itu menjawab girang. Saya menghampirinya. Saya bukanlah penggemar kucing tetapi kucing gemuk ini mesti memiliki sesuatu hingga saya rasa amat dekat dengannya. Saya angkat kucing itu perlahan-lahan, mendukung hati-hati dan melekapkan pada dada. Saya agah dan acah-acahkan ia pula, seperti seorang bayi gebu yang menggeramkan. Ia menjilat tengkuk kiri saya.
‘Kerana cuaca, kita berdua sudah jadi terlalu gemuk.’
Kucing menggelitar di dalam pelukan saya. Jari jemari saya menggeletek perutnya.
“Kau rasa sedih barangkali kerana masih keseorangan. Hoca, jangan begitu. Kau telah datang jauh beribu batu untuk menerima kebaikan. Tuhan yang telah mengilhamkan perjalanan ini dan menemukan kau dengan anak-anak itu. Tidak semua orang memahaminya. Malah mungkin ada yang akan berprasangka atau mengecam tidak faham. Anak-anak yang kau bimbing itu satu kebajikan. Anak-anak yang mahukan ilmu sentiasa sarat dengan kebaikan.” Kucing gemuk memandang tepat mata saya setelah omelan panjang. Ada gigi bertaring putih mengilat. Matanya sebelah hijau sebelah biru. Barangkali inilah baka kucing dari Van yang sudah pupus itu.
“Bagaimana kau tahu semuanya kucing?”
Ia terkekeh. “Hoca…”
“Aku tidak layak digelar hoca.” Pintas saya.
“Hoca…jangan pernah putus dari rahmat Tuhan.”
Saya memeluknya, seperti bayi gemuk yang memerlukan kehangatan sambil menggetap bibir bawah. Dia tampak kemudian menggelisah dalam dakapan. Kucing, bukankah ia haiwan kesayangan di rumah-rumah kesufian? Malah kerap menunjukkan tanda kebesaran Tuhan dan keajaiban.
“Ada banyak jalan menemui Tuhan hoca. Fudhail ‘Iyad pernah mengatakan – kalau Tuhan mencintai hamba-Nya, Allah akan membuatkan ia menderita, dan kemudian jika Allah mencintainya, Allah akan menguasainya tanpa keluarga juga tanpa harta.”
Saya diam. “Ya kucing aku pernah mendengar kata-kata – Nikmat ‘Kecintaan’ yang dirasakan oleh para bujangan takkan dirasai oleh orang yang berkahwin.”
Kucing itu memasukkan kukunya, menjalarkan hujung kakinya ke pipi saya. “Setiap hamba Tuhan datang dengan tugas berbeza-beza. Hoca, barangkali engkau datang untuk berbuat kebaikan yang lain di dunia. Jangan bersedih lagi, tugasmu hoca, carilah tugasan yang telah diamanahkan Pencipta kita itu. Kau akan menemuinya. Misi khas yang diciptakan untukmu itu. Dengar baik-baik, misi setiap manusia lain-lain, berbeza-beza, takkan sama. Pedulikan kata-kata orang. Anak-anak itu akan menolongmu.”
“Nama kau kucing?”
“Rumi.”
“Hoca!” Sezgin separuh memekik. “Hati-hati nanti dicakar kucing gemuk itu.”
Hamza mengambil kucing gemuk dari pelukan, mengampunya kemas dan meletakkan semula di sisi pintu, “Tugasmu sayang menjaga pintu ini. Dengan izin Tuhan jadikan hati para kafir yang datang menziarah Masjid ini penuh dengan Cinta.” Ujar Hamza pula. Kucing itu mengiau teruja.
“Oh dia faham hoca!” Hamza keseronokan. Kucing gemuk menjilat bulu badan dan menguap, merenung Hamza pula. Kucing itu menggeliat seketika merenung saya dalam, “Nanti sampaikan salamku untuk Suleyman Hilmi”.
“Kucing ini faham…kucing ini faham…” Tambah Hamza tak putus.
“Ya dia faham.” Jawab saya lembut, menarik tangan Hamza. “Ayuh Sezgin, kita perlu tiba di Bakirkoy awal. Tidak lama sahaja lagi matahari akan terbenam. Cuaca akan menjadi lebih sejuk.”
Kami bergerak meninggalkan Masjid Biru untuk terus gagah indah beberapa lama. Pengalaman dengan kucing gemuk mengisi cepu kepala buat sementara. Di dalam tren antara kunyahan biskut coklat Ulker, sengau suara pada lagu a Allah icindir dendangan Yusuf Islam dan gurau Hamza saya disapa suara, garau lemak bagaikan suara kucing gemuk itu. Ia bagai berkumandang jauh dari Konya.
Sang pencinta
aku datang untuk mengebumikan hatiku
bukan di sisi jasadmu
tapi dalam pelajaran cintamu
aku datang, aku datang,
kau yang mengundang
aku datang setelah mengkhianati ratus janji
aku akan datang lagi
mencari –
bukan di taman-taman Meram
atau pada alun muzik mendayu
bukan pada butir tasbih atau rajut sajadah
aku datang aku datang
untuk bermula
barangkali aku nanti tak ke mana
tapi Cinta akan memimpinku
lambat-lambat tak mengapa
akanku simpan ia jadi rahsia
bila aku menemuinya
seperti si dahaga meneguk air dan
air kan memuas si haus.
Saya menekuni isi PDA, menyunting sendiri beberapa puisi. Saya tidak pandai menulis puisi. Sesekali melempar pandangan ke luar jendela. Gugus salji jatuh dari langit. Saya terlantar seketika ke alam lain. Adakah ini satu kausaliti yang aneh? Atau hidup telah memasuki satu fasa tanpa hukum sebab dan akibat seperti cerita ini?
Beberapa malam saya sudah bermimpi berada di hadapan pusara Suleyman Hilmi Tunahan. Saya nampak peta Bulgaria dan Romania terbalik melebar, melingkar membentuk peta Malaysia. Ia ibarat susu tumpah di atas lantai. Saya mendengar berkali-kali di hujung cuping kalimat hizmet. Saya ternampak-nampak pula kopiah putih di kepala berganti dengan kopiah berwarna biru tua.
“Hoca jatuh cinta dengan kucing betina.” Usik Hamza separuh menyergah.
Saya sengih mendiamkan diri bahawa kucing itu sebenarnya jantan bernama Rumi. Sezgin senyum terkulum seperti biasa. “Ayuh sedia, kita hampir tiba.”
Saya gigit bibir kemudian bersuara lembut, “Sezgin dan Hamza nanti bawakan saya ke Uskudar. Saya mahu menziarah makam Ustaz Suleyman Effendi. ”
Mereka berpandangan. Hamza mengenyit mata sebelah sementara Sezgin angguk tanda ‘tentu, tiada masalah’. Tren terus membelah pusat Istanbul yang kedinginan menuju Bakirkoy.
Saya mahu mengenang setiap lampir-lampir keanehan itu sendiri-sendiri hari ini.
Pada pagi yang semakin panas, pada awal ilkbahar yang mula tampak menggiurkan, beberapa bulan sesudah saya meminta untuk dibawakan ke makam Suleyman Hilmi Tunahan, saya kini berdiri di hadapan pusaranya. Saya rasa hati kembang, saya rasa mata merah memedih, saya rasa hidung berair, saya rasa diri mengerdil.
Suleyman Hilmi Tunahan, Suleyman Hilmi Tunahan, Suleyman Hilmi Tunahan. Nama itu bergema-gema menakluk gegendang telinga.
Suleyman Hilmi Tunahan. Nama itu mengasak pendengaran sehingga setiap yang terngiang seakan membawakan namanya. Suasana sunyi di perkuburan itu sesekali dimeriah kicau burung berzikir mengingat Allah dan deru lori atau bas di seberang jalan menyebabkan ia kedengaran saling tingkah meningkah. Bunga-bungaan telah mula berputik, mawar lambat-lambat menguntum dan desis beberapa pelajar mengundur hati-hati jangan sampai memunggungkan pusara ikut berkisar mengacah deria-deria saya. Hamza khusyuk berbisik melafaz surah Yaasin di sisi. Setelah mendapat tesbih saya perlu belajar mendapatkan nur. Saya perlu bekerja, bekerja, bekerja…
"Kita tidak punya urusan dengan wang, jawatan dan kedudukan, politik, perselisihan dan kekecohan. Kita hanya berazam untuk memberikan pendidikan kepada setiap anak orang-orang Islam tanpa sebarang pengecualiaan.” Slogan pelajar-pelajar Suleyman Hilmi Tunahan masuk bertakhta di dalam jiwa.
Rasa haru, sebak dan kasih sayang ini bukan kerana semata-mata beliau memiliki gelar seyyid dan sharif serentak tetapi kerana perjuangan berliku yang harus beliau tempuhi untuk membolehkan ajaran al Quran berkembang di saat-saat sekularisme merasuk jahat setiap isi rumah orang Islam. Tahunnya, tahun 1924, tahun umat Islam membenarkan sekularisme menceroboh hidup mereka. Kemal Attaturk mengemukakan undang-undang yang memusnahkan pembelajaran agama. Satu demi satu madrasah ditutup.
Suleyman Hilmi Tunahan berdiri seorang diri memperjuangkan supaya al Quran masih diajar kepada anak-anak orang Islam. Oleh kerana mara bahaya yang menyekat guru-guru agama, Suleyman hoca membawa murid-muridnya bersiar di dalam pengangkutan awam dan mengajar al Quran di dalam teksi, bas juga tren. Suleyman hoca juga berkitar di pasar-pasar sambil menanyakan buruh-buruh yang wajar, ‘Beritahu aku duhai anak berapa yang kau mahu?’, ‘Satu lira memadai untuk hari ini’, ‘Mari ikut bersamaku untuk mempelajari al Quran dan agama Islam, aku akan beri kamu tiga lira.’ Inilah asasnya khidmat, inilah dasarnya hizmet, Islam mesti terus berkembang, terus, dan mesti ada orang yang berkorban memilih untuk melakukannya, seperti Suleyman hoca.
Suleyman hoca. Suleyman Hilmi Tunahan. Inilah antara guru-guru yang belajar dan terasuh di sekolah yang menindas, graduan sekolah Yusuf . Suleyman hoca sudah terlalu tua saat dikurung di dalam penjara Kütahya, dia sudah terlalu tua saat diseksa di ibu pejabat polis Istanbul kerana mengajar al Quran dan difitnah memimpin gerakan agama untuk menjatuhkan kerajaan Turki saat itu.
Suleyman Hilmi Tunahan. Saya sedang menziarahi pusaranya dengan rasa rendah diri. Pada 16 September 1959, apabila hoca rebah kerana diabetes dan meninggal dunia, kebencian semasa hidup terhadapnya dilanjutkan saat pemergiannya. Pihak berkuasa malah menghalang haknya untuk dikebumikan di perkarangan masjid Fatih, kerana dendam kesumat itu jenazah Suleyman hoca dipindah ke sana ke mari sebelum dikebumikan di Karacaahmet, Istanbul sebelah Asia di bawah kendaliaan ketat polis.
Di sini saya berdiri, di hadapan Suleyman Hilmi Tunahan. Saya semacam terpandangkan hoca dengan tubuh besar dan wajah mendungnya, senyum yang melembutkan jiwa dan jambang nan memutih menambah karisma. Saya mendengar pesan hoca lembut mengingatkan – Islam yang paling utama. Kehidupan dunia dan politik jatuh tempat kedua. Kehidupan dunia dan politik boleh diperalatkan untuk Islam tetapi Islam tidak boleh digunakan untuk kehidupan dunia dan politik. Terkutuklah untuk mereka yang memperalatkan Islam untuk mendapat habuan.
Saya tidak sedar air mata mengalir di hadapan makam. Saya getap bibir. Rasa terharu itu menjalar kerana mengenangkan Suleyman hoca sanggup menggadai satu-satunya rumah yang beliau ada untuk mendanakan penulis-penulis berjiwa Islam di zamannya. Suleyman hoca juga yang banyak membantu penyair Necip Fazil yang kemudiannya tersohor itu. Wang gadaian rumahnya yang menyelamatkan majalah agama Büyük Dogu dari terkubur. Alangkah baiknya jika rezeki saya melimpah untuk membantu menyemarakkan lebih banyak penulisan Islam seperti yang beliau lakukan.
Hari ini ketika terlalu banyak anak muda Islam ibarat kayu digerigit anai-anai kebendaan dan hiburan kata-kata hoca adalah semangat buat kami: Ketika anak-anak muslim hanyut ibarat balak di sungai menuju ke neraka, menyelamatkan satu balak sudah menjadi bonus.
Saya mahu mengingat setiap cebis-cebis yang ada. Maka saya bergerak sendirian ke Kadikoy, naik feri hingga ke Eminonu merentas selat Bosphorus yang biru, lantas berjalan lambat-lambat ke kawasan Sultan Ahmet. Pelancong luar sudah kembali menyesakkan kota paling romantis di dunia ini. Jalanraya serasa amat padat.
Masjid Biru memanggil, memanggil saya.
Saya usai menunaikan sunat dhuha ketika kucing gemuk itu datang menggesel di paha. Ia mengiau perlahan, manja dan melompat dalam lipatan sila kaki saya. Ia meminta saya membelai bulunya, kucing itu menggeliat dan misainya saya lihat lentik bergerak-gerak. “Rumi…” Kata saya perlahan seraya mengusap bawah lehernya, Rumi memutar-mutar kepala kegelian.
“Hoca, aku bangga denganmu kerana hari ini kau datang sebagai seorang yang penuh isi. Kau telah menemui misimu. Misi yang baik Insya-Allah.”
“Elhamdulillah, Elhamdulillah aku adalah manusia yang mengenal nikmat iman dan Islam. Itu sahaja yang aku mahukan…”
Rumi menggelitar lagi, “Elhamdulillah aku adalah seekor kucing, Tuhan menjadikan aku dengan misi.”
Saya senyum, mengangkat tubuhnya yang berat, memeluknya dan berbisik. “Terima kasih kerana menunjukkan aku kepada Suleyman Efendi.” Rumi mengesip-ngesip mata.
Saya bangun, membetulkan seluar labuh, bergerak perlahan, mengenakan but dan sempat menoleh kepada kucing gemuk di Masjid Biru. Ia memandang saya dengan senyum, dengan senyum yang paling indah. Saya masih ingat senyum itu. Ia mengiau sekali, perlahan dan penuh dorongan, menggodekkan ekornya dan menjilat tepi bibir. Saya memberi salam. Ia membalas.
Itu kali terakhir saya melihatnya. Dua hari sebelum saya berangkat pulang saya cuba mencarinya di Masjid Biru. Tidak ada.
Saya bertanya kepada pengawal. Lelaki itu menggeleng kehairanan, sahutnya, “Tidak pernah ada kucing gemuk di sini.”
*CERPEN INI MUNCUL DI DEWAN SASTERA SEPTEMBER 2004 SEBAGAI: KUCING MONTEL DI MASJID BIRU (Hak Cipta Terpelihara)
KUCING GEMUK DI MASJID BIRU*
Oleh: Faisal Tehrani
BARANGKALI ini bukan cerita pendek. Mungkin ia sekadar satu catatan perjalanan yang membosankan. Agaknya ia adalah kedua-duanya sekali. Pada saya ia sekadar satu muhasabah yang ingin juga saya kongsi bersama. Ramai orang mulai bertanya, kerana mereka tidak punya segan silu untuk mengetahui mengenai orang lain. Saya sedari usia saya sudah meningkat.
Saya mahu mengingat semuanya kembali…
Salji turun maha lebat pada malam ketibaan saya di Istanbul. Barangkali malam musim dingin memang begini, warnanya hitam kusam dan cuaca dingin menyebabkan telinga jadi beku kaku. Saya berhati-hati menempuh jalanraya yang licin lantaran salji seperti ais sagat sudah keras di permukaan.
Sezgin yang memberitahu akan menjemput di lapangan terbang menepati janjinya. Malam sudah jam sembilan lebih apabila Metro tiba di kawasan berhampiran Sultan Ahmet. Di situlah pertama kali saya melihat Masjid Biru, di dalam malam kelam saat saya melangkah dengan sukar kerana beg serasa membebankan. Saya takut jatuh tersungkam kerana licin dan Istanbul yang sungguh lengang serasa mencengkam jiwa sekali, amat sunyi, cuma seorang pelancong Jepun yang menegur dan menyarankan hotel Emre tidak jauh dari perkarangan masjid. Saya lihat ada awan tebal warna kelabu merumbu di perut langit yang perlahan-lahan semakin hitam.
Kala mengharung timbunan salji itulah saya terpandangkan seekor kucing gemuk mengesip-ngesipkan mata, menggoyang-goyangkan ekor di bawah pohon gondol, bulunya tebal kembang tetapi ia masih menggodekkan tubuh kesejukan. Saya memberi salam kepada kucing gemuk itu yang kemudian terangguk-angguk. “Aleykumsalam, selamat datang…selamat datang…”
Saya mahu mengingat semula semua. Satu-satu.
Dua minggu sesudah malam yang dingin itu, Sezgin dan Hamza menemani saya merayau di Taksim, kami membuat keputusan untuk solat Asar di Masjid Biru. Kami berjalan kaki setelah bas berhenti di Eminonu. Jauh bukan kepalang tetapi saya yang menuntut begitu, untuk melihat-lihat, kata saya. Mereka ikutkan kehendak saya.
Untuk membunuh bosan Sezgin sering melakukan aksi meluncur di atas jalan yang lembab, sesekali semacam ingin menunjuk, “Hoca lihat!” Laungnya cuba menghela perhatian. “Berhati-hati, nanti tergolek.” Saya lebih mengingatkan. Hamza sesekali mengepal salji di jalanan dan sengaja melontar kepada saya. Pura-pura saya merungut marah, kemudian ketika ‘askar’ terleka, saya pula mengepal ‘peluru salji’ untuk menyerang hendap.
Apabila hampir tiba di Masjid Sultan Ahmet, saya melihat batu Iznik pada dinding dan kubah menyinarkan warna biru dalam celupan berwarna jingga petang Istanbul yang mempesonakan. Kami berlari-larian masuk ke perkarangan masjid. Saya terasa amat muda. Saya terlupa saya bukan sebaya dengan mereka. Tetapi jiwa saya seumur dengan mereka pastinya. Semakin dekat saya menghampiri pintu masuk semakin saya rasa Mehmet Aga memanggil, mari…mari…
Saya menanggalkan but, mengetuk sisa salji yang melekat di tapak dan mengambil plastik yang memang disediakan. Kumpulan pelancong Jerman menyesakkan pintu masuk. Hamza merungut-rungut kerana bisingnya mereka mengganggu kedamaian masjid.
Kami kemudian menunaikan solat bersama. Setelah solat kami terkelip-kelip melihat telatah pengunjung dan pelancong yang bergambar dan tertuding-tuding ke arah kubah dan tiang masjid.
Kami bingkas. Saat Sezgin dan Hamza terkial mengenakan kasut, ketika itulah saya terpandangkan kucing gemuk yang sama. Aneh saya ditemukan semula dengannya. Ia masih mengenyitkan mata bertanya khabar, menggodek ekor semacam riang betul-betul di tepi pintu masuk, bulunya lebih lebat dari dahulu, ia menggaru-garu tubuhnya dengan kuku yang mengembang.
Saya memberi salam. Kucing itu menjawab girang. Saya menghampirinya. Saya bukanlah penggemar kucing tetapi kucing gemuk ini mesti memiliki sesuatu hingga saya rasa amat dekat dengannya. Saya angkat kucing itu perlahan-lahan, mendukung hati-hati dan melekapkan pada dada. Saya agah dan acah-acahkan ia pula, seperti seorang bayi gebu yang menggeramkan. Ia menjilat tengkuk kiri saya.
‘Kerana cuaca, kita berdua sudah jadi terlalu gemuk.’
Kucing menggelitar di dalam pelukan saya. Jari jemari saya menggeletek perutnya.
“Kau rasa sedih barangkali kerana masih keseorangan. Hoca, jangan begitu. Kau telah datang jauh beribu batu untuk menerima kebaikan. Tuhan yang telah mengilhamkan perjalanan ini dan menemukan kau dengan anak-anak itu. Tidak semua orang memahaminya. Malah mungkin ada yang akan berprasangka atau mengecam tidak faham. Anak-anak yang kau bimbing itu satu kebajikan. Anak-anak yang mahukan ilmu sentiasa sarat dengan kebaikan.” Kucing gemuk memandang tepat mata saya setelah omelan panjang. Ada gigi bertaring putih mengilat. Matanya sebelah hijau sebelah biru. Barangkali inilah baka kucing dari Van yang sudah pupus itu.
“Bagaimana kau tahu semuanya kucing?”
Ia terkekeh. “Hoca…”
“Aku tidak layak digelar hoca.” Pintas saya.
“Hoca…jangan pernah putus dari rahmat Tuhan.”
Saya memeluknya, seperti bayi gemuk yang memerlukan kehangatan sambil menggetap bibir bawah. Dia tampak kemudian menggelisah dalam dakapan. Kucing, bukankah ia haiwan kesayangan di rumah-rumah kesufian? Malah kerap menunjukkan tanda kebesaran Tuhan dan keajaiban.
“Ada banyak jalan menemui Tuhan hoca. Fudhail ‘Iyad pernah mengatakan – kalau Tuhan mencintai hamba-Nya, Allah akan membuatkan ia menderita, dan kemudian jika Allah mencintainya, Allah akan menguasainya tanpa keluarga juga tanpa harta.”
Saya diam. “Ya kucing aku pernah mendengar kata-kata – Nikmat ‘Kecintaan’ yang dirasakan oleh para bujangan takkan dirasai oleh orang yang berkahwin.”
Kucing itu memasukkan kukunya, menjalarkan hujung kakinya ke pipi saya. “Setiap hamba Tuhan datang dengan tugas berbeza-beza. Hoca, barangkali engkau datang untuk berbuat kebaikan yang lain di dunia. Jangan bersedih lagi, tugasmu hoca, carilah tugasan yang telah diamanahkan Pencipta kita itu. Kau akan menemuinya. Misi khas yang diciptakan untukmu itu. Dengar baik-baik, misi setiap manusia lain-lain, berbeza-beza, takkan sama. Pedulikan kata-kata orang. Anak-anak itu akan menolongmu.”
“Nama kau kucing?”
“Rumi.”
“Hoca!” Sezgin separuh memekik. “Hati-hati nanti dicakar kucing gemuk itu.”
Hamza mengambil kucing gemuk dari pelukan, mengampunya kemas dan meletakkan semula di sisi pintu, “Tugasmu sayang menjaga pintu ini. Dengan izin Tuhan jadikan hati para kafir yang datang menziarah Masjid ini penuh dengan Cinta.” Ujar Hamza pula. Kucing itu mengiau teruja.
“Oh dia faham hoca!” Hamza keseronokan. Kucing gemuk menjilat bulu badan dan menguap, merenung Hamza pula. Kucing itu menggeliat seketika merenung saya dalam, “Nanti sampaikan salamku untuk Suleyman Hilmi”.
“Kucing ini faham…kucing ini faham…” Tambah Hamza tak putus.
“Ya dia faham.” Jawab saya lembut, menarik tangan Hamza. “Ayuh Sezgin, kita perlu tiba di Bakirkoy awal. Tidak lama sahaja lagi matahari akan terbenam. Cuaca akan menjadi lebih sejuk.”
Kami bergerak meninggalkan Masjid Biru untuk terus gagah indah beberapa lama. Pengalaman dengan kucing gemuk mengisi cepu kepala buat sementara. Di dalam tren antara kunyahan biskut coklat Ulker, sengau suara pada lagu a Allah icindir dendangan Yusuf Islam dan gurau Hamza saya disapa suara, garau lemak bagaikan suara kucing gemuk itu. Ia bagai berkumandang jauh dari Konya.
Sang pencinta
aku datang untuk mengebumikan hatiku
bukan di sisi jasadmu
tapi dalam pelajaran cintamu
aku datang, aku datang,
kau yang mengundang
aku datang setelah mengkhianati ratus janji
aku akan datang lagi
mencari –
bukan di taman-taman Meram
atau pada alun muzik mendayu
bukan pada butir tasbih atau rajut sajadah
aku datang aku datang
untuk bermula
barangkali aku nanti tak ke mana
tapi Cinta akan memimpinku
lambat-lambat tak mengapa
akanku simpan ia jadi rahsia
bila aku menemuinya
seperti si dahaga meneguk air dan
air kan memuas si haus.
Saya menekuni isi PDA, menyunting sendiri beberapa puisi. Saya tidak pandai menulis puisi. Sesekali melempar pandangan ke luar jendela. Gugus salji jatuh dari langit. Saya terlantar seketika ke alam lain. Adakah ini satu kausaliti yang aneh? Atau hidup telah memasuki satu fasa tanpa hukum sebab dan akibat seperti cerita ini?
Beberapa malam saya sudah bermimpi berada di hadapan pusara Suleyman Hilmi Tunahan. Saya nampak peta Bulgaria dan Romania terbalik melebar, melingkar membentuk peta Malaysia. Ia ibarat susu tumpah di atas lantai. Saya mendengar berkali-kali di hujung cuping kalimat hizmet. Saya ternampak-nampak pula kopiah putih di kepala berganti dengan kopiah berwarna biru tua.
“Hoca jatuh cinta dengan kucing betina.” Usik Hamza separuh menyergah.
Saya sengih mendiamkan diri bahawa kucing itu sebenarnya jantan bernama Rumi. Sezgin senyum terkulum seperti biasa. “Ayuh sedia, kita hampir tiba.”
Saya gigit bibir kemudian bersuara lembut, “Sezgin dan Hamza nanti bawakan saya ke Uskudar. Saya mahu menziarah makam Ustaz Suleyman Effendi. ”
Mereka berpandangan. Hamza mengenyit mata sebelah sementara Sezgin angguk tanda ‘tentu, tiada masalah’. Tren terus membelah pusat Istanbul yang kedinginan menuju Bakirkoy.
Saya mahu mengenang setiap lampir-lampir keanehan itu sendiri-sendiri hari ini.
Pada pagi yang semakin panas, pada awal ilkbahar yang mula tampak menggiurkan, beberapa bulan sesudah saya meminta untuk dibawakan ke makam Suleyman Hilmi Tunahan, saya kini berdiri di hadapan pusaranya. Saya rasa hati kembang, saya rasa mata merah memedih, saya rasa hidung berair, saya rasa diri mengerdil.
Suleyman Hilmi Tunahan, Suleyman Hilmi Tunahan, Suleyman Hilmi Tunahan. Nama itu bergema-gema menakluk gegendang telinga.
Suleyman Hilmi Tunahan. Nama itu mengasak pendengaran sehingga setiap yang terngiang seakan membawakan namanya. Suasana sunyi di perkuburan itu sesekali dimeriah kicau burung berzikir mengingat Allah dan deru lori atau bas di seberang jalan menyebabkan ia kedengaran saling tingkah meningkah. Bunga-bungaan telah mula berputik, mawar lambat-lambat menguntum dan desis beberapa pelajar mengundur hati-hati jangan sampai memunggungkan pusara ikut berkisar mengacah deria-deria saya. Hamza khusyuk berbisik melafaz surah Yaasin di sisi. Setelah mendapat tesbih saya perlu belajar mendapatkan nur. Saya perlu bekerja, bekerja, bekerja…
"Kita tidak punya urusan dengan wang, jawatan dan kedudukan, politik, perselisihan dan kekecohan. Kita hanya berazam untuk memberikan pendidikan kepada setiap anak orang-orang Islam tanpa sebarang pengecualiaan.” Slogan pelajar-pelajar Suleyman Hilmi Tunahan masuk bertakhta di dalam jiwa.
Rasa haru, sebak dan kasih sayang ini bukan kerana semata-mata beliau memiliki gelar seyyid dan sharif serentak tetapi kerana perjuangan berliku yang harus beliau tempuhi untuk membolehkan ajaran al Quran berkembang di saat-saat sekularisme merasuk jahat setiap isi rumah orang Islam. Tahunnya, tahun 1924, tahun umat Islam membenarkan sekularisme menceroboh hidup mereka. Kemal Attaturk mengemukakan undang-undang yang memusnahkan pembelajaran agama. Satu demi satu madrasah ditutup.
Suleyman Hilmi Tunahan berdiri seorang diri memperjuangkan supaya al Quran masih diajar kepada anak-anak orang Islam. Oleh kerana mara bahaya yang menyekat guru-guru agama, Suleyman hoca membawa murid-muridnya bersiar di dalam pengangkutan awam dan mengajar al Quran di dalam teksi, bas juga tren. Suleyman hoca juga berkitar di pasar-pasar sambil menanyakan buruh-buruh yang wajar, ‘Beritahu aku duhai anak berapa yang kau mahu?’, ‘Satu lira memadai untuk hari ini’, ‘Mari ikut bersamaku untuk mempelajari al Quran dan agama Islam, aku akan beri kamu tiga lira.’ Inilah asasnya khidmat, inilah dasarnya hizmet, Islam mesti terus berkembang, terus, dan mesti ada orang yang berkorban memilih untuk melakukannya, seperti Suleyman hoca.
Suleyman hoca. Suleyman Hilmi Tunahan. Inilah antara guru-guru yang belajar dan terasuh di sekolah yang menindas, graduan sekolah Yusuf . Suleyman hoca sudah terlalu tua saat dikurung di dalam penjara Kütahya, dia sudah terlalu tua saat diseksa di ibu pejabat polis Istanbul kerana mengajar al Quran dan difitnah memimpin gerakan agama untuk menjatuhkan kerajaan Turki saat itu.
Suleyman Hilmi Tunahan. Saya sedang menziarahi pusaranya dengan rasa rendah diri. Pada 16 September 1959, apabila hoca rebah kerana diabetes dan meninggal dunia, kebencian semasa hidup terhadapnya dilanjutkan saat pemergiannya. Pihak berkuasa malah menghalang haknya untuk dikebumikan di perkarangan masjid Fatih, kerana dendam kesumat itu jenazah Suleyman hoca dipindah ke sana ke mari sebelum dikebumikan di Karacaahmet, Istanbul sebelah Asia di bawah kendaliaan ketat polis.
Di sini saya berdiri, di hadapan Suleyman Hilmi Tunahan. Saya semacam terpandangkan hoca dengan tubuh besar dan wajah mendungnya, senyum yang melembutkan jiwa dan jambang nan memutih menambah karisma. Saya mendengar pesan hoca lembut mengingatkan – Islam yang paling utama. Kehidupan dunia dan politik jatuh tempat kedua. Kehidupan dunia dan politik boleh diperalatkan untuk Islam tetapi Islam tidak boleh digunakan untuk kehidupan dunia dan politik. Terkutuklah untuk mereka yang memperalatkan Islam untuk mendapat habuan.
Saya tidak sedar air mata mengalir di hadapan makam. Saya getap bibir. Rasa terharu itu menjalar kerana mengenangkan Suleyman hoca sanggup menggadai satu-satunya rumah yang beliau ada untuk mendanakan penulis-penulis berjiwa Islam di zamannya. Suleyman hoca juga yang banyak membantu penyair Necip Fazil yang kemudiannya tersohor itu. Wang gadaian rumahnya yang menyelamatkan majalah agama Büyük Dogu dari terkubur. Alangkah baiknya jika rezeki saya melimpah untuk membantu menyemarakkan lebih banyak penulisan Islam seperti yang beliau lakukan.
Hari ini ketika terlalu banyak anak muda Islam ibarat kayu digerigit anai-anai kebendaan dan hiburan kata-kata hoca adalah semangat buat kami: Ketika anak-anak muslim hanyut ibarat balak di sungai menuju ke neraka, menyelamatkan satu balak sudah menjadi bonus.
Saya mahu mengingat setiap cebis-cebis yang ada. Maka saya bergerak sendirian ke Kadikoy, naik feri hingga ke Eminonu merentas selat Bosphorus yang biru, lantas berjalan lambat-lambat ke kawasan Sultan Ahmet. Pelancong luar sudah kembali menyesakkan kota paling romantis di dunia ini. Jalanraya serasa amat padat.
Masjid Biru memanggil, memanggil saya.
Saya usai menunaikan sunat dhuha ketika kucing gemuk itu datang menggesel di paha. Ia mengiau perlahan, manja dan melompat dalam lipatan sila kaki saya. Ia meminta saya membelai bulunya, kucing itu menggeliat dan misainya saya lihat lentik bergerak-gerak. “Rumi…” Kata saya perlahan seraya mengusap bawah lehernya, Rumi memutar-mutar kepala kegelian.
“Hoca, aku bangga denganmu kerana hari ini kau datang sebagai seorang yang penuh isi. Kau telah menemui misimu. Misi yang baik Insya-Allah.”
“Elhamdulillah, Elhamdulillah aku adalah manusia yang mengenal nikmat iman dan Islam. Itu sahaja yang aku mahukan…”
Rumi menggelitar lagi, “Elhamdulillah aku adalah seekor kucing, Tuhan menjadikan aku dengan misi.”
Saya senyum, mengangkat tubuhnya yang berat, memeluknya dan berbisik. “Terima kasih kerana menunjukkan aku kepada Suleyman Efendi.” Rumi mengesip-ngesip mata.
Saya bangun, membetulkan seluar labuh, bergerak perlahan, mengenakan but dan sempat menoleh kepada kucing gemuk di Masjid Biru. Ia memandang saya dengan senyum, dengan senyum yang paling indah. Saya masih ingat senyum itu. Ia mengiau sekali, perlahan dan penuh dorongan, menggodekkan ekornya dan menjilat tepi bibir. Saya memberi salam. Ia membalas.
Itu kali terakhir saya melihatnya. Dua hari sebelum saya berangkat pulang saya cuba mencarinya di Masjid Biru. Tidak ada.
Saya bertanya kepada pengawal. Lelaki itu menggeleng kehairanan, sahutnya, “Tidak pernah ada kucing gemuk di sini.”
*CERPEN INI MUNCUL DI DEWAN SASTERA SEPTEMBER 2004 SEBAGAI: KUCING MONTEL DI MASJID BIRU (Hak Cipta Terpelihara)
isah Yang Menyayat Hati: Adik dan Israel
Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya.
Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi.
Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa
juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.
Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud. Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.
Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang.Mata adik
terbeliak.
Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.
"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"
Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut.
Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik Tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi.
Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk. "Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja.Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.
Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis,
orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk
pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik.
"Adik jaga ummi ya" pesan abang.
"Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh.
"Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.
Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. IsraelIsrael yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.
Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah
yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang
kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.
Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik
masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.
"Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.
"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan.
"Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum.
"Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.
Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.
Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.
"Bismillahirrahmanirrahim.."
Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam AlQuran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Umi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik
terhenti apabila pintu diketuk dan nama Umi dilaung-laungkan dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.
"Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel
Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak
walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.
Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak
suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal.
Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi
>terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....
"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah
korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.
"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripadajatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.
Ketika Sakura Berguguran
Posted on Wed 10 Aug 2005 (40 reads)
Hari masih pagi. Semburat merah sinar suria baru terlihat sedikit di ufuk timur. Raudah baru saja menyelesaikan solat subuh dan tilawah panjangnya. Biasanya dia kembali menyembunyikan diri disebalik selimut tebalnya. Entah mengapa, pagi ini dia ingin sekali menikmati indahnya mentari yang mulai menyapa bumi. Begitu menyenangkan, fikirnya.
Baru beberapa minggu dia meninggalkan gerbang asrama ada suara akrab yang menyapanya, "Raudah-san ohayo...." Tanaka-san melambai ke arahnya. Rancangan untuk jalan-jalan hilang seketika. Nenek tua ini memang sahabat baiknya. Tanaka-san tinggal berdua dengan anak perempuannya. Rumahnya hanya selang beberapa rumah dari asrama Raudah.
Jepun yang berkembang pesat membuatkan hampir semua penduduknya tenggelam dalam kesibukan. Termasuk Etsuko, puteri Tanaka-san yang bekerja seharian. Nenek ini kesepian di masa tuanya, Raudah selalu teringatkan neneknya di Malaysia menyebabkan dia bersahabat baik dengan Tanaka-san. Akhirnya pagi itu mereka menikmati cuaca pagi berdua. Taman besar di sudut jalan itu memang tempat yang menyenangkan bagi mereka.
Memandang hijaunya tanaman memberi kesejukan tersendiri buat Raudah. Apalagi sambil mendengarkan cerita-cerita nenek ini. Meskipun ada beberapa cerita yang sudah dihafalnya, tak apalah pikirnya. Nenek di Malaysia juga senang sekali mengulang cerita perjuangannya. Tanaka-san juga tak pernah bosan mengulang kenangannya ketika masih bersama-sama suaminya. Sepuluh tahun dipisahkan oleh ajal ternyata tidak membuatkan dia lupa akan memorinya. Semua kenangan itu masih hidup di benaknya. Raudah sering takjub dibuatnya. Bagaimanapun ada juga beberapa ceritanya yang membuat Raudah dapat belajar banyak didalamnya. Tentang keunikan budaya dan.sosialisasi mayarakat Jepun, misalnya atau tentang tips-tips mengharungi ranjau kehidupan.
Pohon sakura berjajar di tepi taman. Sayang bunganya masih belum berkembang, namun kuncupnya sudah mula nampak. Biasanya pada ketika sakura sedang bermekaran Raudah akan lebih suka bermain ke taman, tentu saja di manfatkannya waktu senggangnya. Dia suka memandang bunga bersemu merah jambu itu. "Allahu akbar, Allah maha besar....", gumamnya setiap kali memandang bunga yang cantik itu. Di taman itu juga awalnya Raudah mengenal Tanaka-san. Nenek tua yang sering menghabiskan waktunya di sana sambil memberi makan merpati-merpati liar di taman. Melihat burung-burung itu berebut-rebut makan roti membuatkan pandangan Raudah sungguh mengasyikkan sekali.
Raudah tidak mampu melupakan peristiwa ketika nenek ini terkejut sekali melihat penampilan berjilbabnya pertama kali. "Kenapa kau menutupi rambutmu yang indah itu?" tanyanya atau, "kenapa warna tudungmu berbeza dengan kemarin?" .Sulit bagi Raudah menceritakan bagaimana Kak Dini, senior kelas pelajar muslim satu-satunya di kampus mereka telah banyak membimbingnya menggapai hidayah itu. Unik sekali, di negara yang majoriti penduduknya non-muslim ini membuatkan Raudah menemukan cahaya itu. Sinarnya begitu indah. Entah mengapa dulu tidak diabaikannya hidayah itu.
Mama dan semua keluarganya di Malaysia juga sempat menentangnya ketika Raudah menceritakan keinginannya memakai tudung. Alhamdulillah, dengan berkat kesabarannya menjelaskan sedikit demi sedikit dalam surat-suratnya, dan usahanya melakukan sujud panjangnya ditengah malam. Mama luluh juga hatinya. "Terima kasih Ma.." esaknya di telefon ketika akhirnya ia mengizinkan. Mama memang menaruh harapan besar terhadap Raudah, puteri sulungnya. Apalagi ketika Raudah menang dalam pertandingan penulisan hadiah belajar bahasa Jepun yang telah diadakan di kampusnya sempena bulan Mencintai Bahasa Jepun. Kuliah semester dua di Fakulti Kedoktoran akhirnya ditinggalkan buat sementara waktu.
Raudah memutuskan untuk tidak pulang ke tanah air ketika kursusnya berakhir. Beberapa bulan dia sempat bekerja mengumpulkan dana untuk meneruskan kuliahnya di Jepun. Dia bekerja di sebuah restoren untuk menampung kos keperluan hidupnya. Hanya itu peluang yang ada. Musim dingin merupakan musim yang paling sukar dia hadapi, apalagi sambil berdiri sepanjang waktu melayani pembeli. Namun Raudah masih beruntung, tidak lama setelah itu permohonan biasiswanya diluluskan. Sekarang dia di semester 4 kedoktoran di sebuah universiti terkemuka di Jepun, dan setahun yang lalu dia memutuskan untuk menutup auratnya. Hidayah itu menembus seluruh relung-relung dalam hatinya.
Sejak itu juga, nenek ini bertanya banyak perkara tentang Islam kepadanya . Dia tidak mampu menyembunyikan kesusahannya ketika dia berada dalam bulan Ramadhan. Tepat di akhir Ramadhan nenek ini menelefonnya "Raudah-san apakah kamu susah dan memerlukan pertolongan?.." Raudah selalu tersenyum setiap kali dia ingat kejadian itu.
Ufs...Raudah cepat menarikkan selimutnya. Matahari sudah tinggi benar. Cahayanya masuk di celah-celah jendela menghangati setiap sudut yang ada. Membaca bahan-bahan kuliah semalam membuat dia terlalu letih. Apa boleh buat Raudah berhempas pulas lagi selepas solat subuh tadi. Pada hari minggu membuatkan matanya segera terbuka. Raudah teringat janjinya kepada nenek untuk menemaninya ke taman. Sakura sedang bermekaran bahkan sudah sejak beberapa watu yang lalu. Sayangnya sudah beberapa hari ini Raudah sibuk di kampusnya. "walaupun agak terlambat, hari ini dia berjanji, dan dia perlu tunaikan" ujarnya perlahan serentak membuka jendela kamar luas-luas. Dari jendela kamarnya di lantai 4, dia dapat melihat atap dan sebahagian kecil rumah nenek.
Tidak lama kemudian Raudah keluar. Rumah nenek yang biasanya sunyi dan lengang kelihatan agak ramai dengan orang berlalu lalang. Ada desir dalam dadanya. Cemas yang melintas di benaknya terjawab seusai dia mendengar suara ambulans dan deringan telefon Etsuko mengkhabarkan, nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa saat yang lalu. "Nenek....." Raudah tersedu disudut kamar. Ada sesal yang dalam, ada sesuatu yang hilang.
Musim semi masih mensisakan dinginnya. Pagi masih belum beranjak benar. Tudungnya melambai-lambai perlahan. Langkahnya longlai dan perlahan.. Hatinya perih dan tidak tertahan. Suara nenek terngiang di telinganya "Mengapa wajahmu teduh sekali sejak tudung itu engkau kenakan. Saya ingin menjadi Islam. Saya ingin sekali merasakan ketenteraman yang sering engkau ceritakan...".
Tiba di tepi taman, Raudah merasakan kekosongan hatinya yang tidak terkira. Semua kenangan bersama nenek terus muncul. Sesal dan sedih bertumpuk dalam hatinya. Dia tidak lagi mampu mencerna apa yang dia rasakan. Semua berkecamuk menjadi satu. Apalagi ketika Etsuko mengkhabarkan semalam tentang upacara pembakaran nenek yang telah selesai dilaksanakan.
Sakura sudah mulai berguguran. Satu demi satu kelopaknya berjatuhan ke permukaan bumi. Tanah yang basah kerana hujan semalam membuat bunga-bunga itu tidak lagi bersinar. Semuram Raudah yang menunduk dalam sambil meninggalkan taman. "Maafkan saya Nek....." bisiknya perlahan seraya mengusap sudut matanya yang basah.
Copyright © Paksi.Net 2004 All Rights Reserved
"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.
Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.
Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik.
Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.
Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk dipenjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.
Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.
Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang, Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid.
Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.
"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. AAdik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk dipenjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah
Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk. "Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.
Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam.
Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.
Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik.
Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh.
"Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara. Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.
Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.
Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.
Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.
Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik.
Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.
Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi.
Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.
"Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.
"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan.
"Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum.
"Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.
Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.
Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.
"Bismillahirrahmanirrahim.."
Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.
Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.
Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap.
Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.
Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji.
Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya.
Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel.
Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah.
Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....
"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa.
Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.
Note: kiriman : mizy"
Dipetik dr: http://www.palestinkini.info/
JAWAB TIGA SOALAN
Suatu hari seorang pemuda mendatangi Kiyai dan bertanyakan soalan yang dikhabarkan belum pernah mampu dijawab walau seseorang yang bertaraf Profesor sekalipun.
Pemuda: Anda siapa? Bolehkah anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya sayaakan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak dapat menjawab pertanyaaan saya.
Kiyai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada tiga persoalan. Pertama, kalau memang Tuhan ada,tunjukkan kepada saya.kedua, apakah yang dinamakan takdir dan ketiga kalau Syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api, sudah tentu tidakmenyakitkan buat makhluk itu sebab memiliki unsure yang sama. Apakah tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras. Sambil menahan sakit, pemuda itu bertanya: kenapa anda marah dengan saya?
Kiyai: Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya ke atas tiga soalan yang anda ajukan sebentar tadi.
Pemuda: Saya sungguh tidak mengerti.
Kiyai: Bagaimanakah rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu sahaja saya merasa sakit.
Kiyai: Jadi, anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai: Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu!
Pemuda: Mana mungkin
Kiyai: Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan adanya Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai: Adakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak
Kiyai: Apakah anda terfikir akan menerima tamparan daripada saya hari ini?
Pemuda: Juga tidak.
Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir
Kiyai: Terbuat daripada apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Terbuat daripada apa pipi anda?
Pemuda: Saman juga kulit.
Kiyai: Bagaimanrasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai: Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga diperbuat daripada api, jika Tuhan mengkehendaki maka neraka akan menyakitkan untuk syaitan.
Petikan; Relaks Sekejap, m/s 72 Fokus Januari 2006
KOMENTAR
Majalah ni baru sahaja saya beli pagi tadi 3/1/2005. Gara-gara kebosanan bahan bacaan seperti ini mampu mengisi ruang kosong saya sementara cuti tambahan akibat chicken pop.. hehh.. orang sibuk belajo kita dok umah. Ruangan baru seperti Relaks Sekejap daripada Mohd.Izranuddin Jelani (editor baru rasanya sbb sebelum ni takde plak) menambahkan variasi dan menambahkan keceriaan dan lawak berilmiah kepada para pembaca. Tu la kot excited typing part ni x sabo nak kongsi ngan sumer.
Mengulas tentang jenaka tersebut saya teringat kat Fizik yang diajar Mr. Che`ng. Daya tak boleh dilihat atau dikesan. Namun, apa yang kita tahu kewujudannya hanyalah melalui kesannya terhadap objek. Tenaga tidak boleh dicipta mahupun dimusnahkan tetapi boleh terabadi. Subhanallah macam mana tuh. Maka betulah bak kata saper ntah semakin kita belajar semakin bodoh kita rasa.
IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT,
SEKSISKAH KITA???
Persoalan mungkin, ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.
Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.
Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.
Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, " Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi."
Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.
Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini
1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, " Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!" Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil "warak berbungkus".
2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama 'meeting' ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
3. "Chop awal2" Untuk berkahwin
"Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Akhawat belum tamat belajar sehingga 'dichop' seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada 'chop awal' atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah 'kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.'
4. Telefon Tidak 'Urgent'
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku
5. SMS Tidak 'Urgent'
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da'wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.
6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang 'gentleman' dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.
7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak 'Urgent'
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da'wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.
Firman Allah Subhanahu Wataala :
Rasulullah s.a.w bersabda, " Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR. Ahmad)
Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.
Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.
Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.
Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu 'alam.
Holako bersama dengan bala tenteranya yang besar melanggar dan menyerang bumi ummat Islam, membunuh dan menghalau ribuan daripada mereka. Holako juga menyebabkan ketakutan dan kebingungan di seluruh bumi ummat Islam ketika itu.
Pada hari itu, beberapa orang pemerintah dan pemimpin telah membuka pintu dan sempadan bagi dimasuki oleh tentera Tartar yang zalim itu. Para pemimpin dan pemerintah itu merasakan bahawa mereka tidak mampu untuk menghalang serangan tentera Tartar yang menggila bagaikan taufan. Mereka berpendapat, Holako dan tentera Tartar adalah bahaya dan ancaman yang tidak boleh ditolak serta kemusnahan yang tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka juga berpendapat mereka tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali berdamai dengannya, atau bersikap hipokrit atau menyerah diri sahaja dan tunduk kepadanya dengan harapan agar Holako masih memberikan peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan, atau paling kurangpun ia menjadi sebab untuk mendapat kasihan belasnya, atau untuk memperoleh keampunannya. Seolah-olah mereka tidak percaya bahawa Holako dan bala tenteranya tidak sekali-kali akan kasihan terhadap bangsa Arab dan ummat Islam, yang hanya akan merampas hak mereka untuk hidup, yang hanya akan menguasai negara mereka dan mengecapi sumber kekayaan mereka dan seterusnya bergembira di atas mayat-mayat dan runtuhan rumah-rumah mereka.
Ketika itu, tiada seorangpun yang percaya dengan penuh yakin terhadap kudrat Ilahi untuk menghalang taufan bala tentera Tartar kecuali orang-orang yang benar-benar beriman dan percaya serta yakin terhadap pertolongan Allah yang telah memberikan janji yang benar. Firman Allah SWT (Ali Imran: 173) yang bermaksud:
"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya."Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)."
Mereka juga sedia untuk mengorbankan harta dan jiwa raga. Mereka percaya kepada kemampuan, kekuatan dan kuasa ummat mereka jika barisannya dapat disatukan dan para pemimpin dapat berada di dalam satu barisan dengan rakyat mereka, mempunyai keazaman yang satu bagi menuju matlamat yang satu iaitu menolak kehinaan dan berusaha memperoleh keredhaan tuhan serta bersungguh-sungguh untuk mendapat kemenangan dan balasan yang besar.
Realiti tragedi yang berlaku hari ini mengingatkan kita kepada realiti tragedi yang telah menimpa ummat ini dahulu.
Holako dan bala tenteranya yang ganas telah menyerang bahagian timur dunia Islam. Mereka menyerang Baghdad dan mengharungi sungai darah bangsa Arab dan ummat Islam. Mereka mengkhianati khalifah dan para menterinya. Mereka membunuh banyak jiwa dan menyeberangi Sungai Tigris di atas timbunan kitab-kitab yang pernah digunakan untuk mengimarahkan perpustakaan-perpustakaan di Baghdad. Kemudian mereka melanda pula bumi Syam. Tiada kawasan yang dilalui, melainkan mereka akan memusnah dan meruntuhkannya. Tiada kaum yang mereka temui, melainkan mereka akan membunuhnya. Kemudian dalam perjalanan ke Mesir, mereka menuju ke Palestin, sebuah tempat yang mempunyai peranan tersendiri dalam sejarah.
Presiden Bush hari ini samalah dengan Holako semalam. Dia mengutuskan para utusan untuk memberikan ancaman dan ugutan kepada para pemerintah ummat Islam dan negara mereka agar menyerah dan menerima segala undang-undang dan peraturan untuk digunakan kepada diri dan rakyat mereka. Ada di antara para pemimpin itu yang menerima dan tunduk kepada ugutan tersebut, maka akibatnya amat pahit dan jelek. Tetapi sebaliknya ada di antara mereka yang menolak dan bersiap sedia dengan segala kelengkapan dengan menyusun semula rumah tangganya sendiri dengan memerangi rasuah dan kezaliman, mengukuhkan persamaan, mendahului rakyatnya dalam mengorbankan harta, kekayaan dan batu-batu permatanya. Itu dilakukannya demi mengharapkan kemenangan. Dia juga menyatukan barisan dan mengukuhkan hubungan dengan rakyat. Oleh itu, dia selamat dan sejahtera dan merealisasikan kemenangan bagaikan mukjizat dengan bantuan Allah.
Antara kandungan surat Holako yang diutuskan kepada pemerintah Mesir, Sultan Qutz pada ketika itu ialah menuntutnya agar menyerah kerana dia tidak mempunyai pilihan lain lagi. Holako menyifatkan pedang tentera Tartar di dalam surat itu bagaikan petir dan lembing mereka bagaikan pemusnah. Holako juga menyifatkan tentera Tartar sebagai golongan yang tidak ada kasihan belas terhadap sesiapa yang mengadu dan hati mereka tidak akan menjadi lembut kepada sesiapa yang menangis.
Lalu Sultan Qutz yang beriman dan percaya kepada pertolongan tuhannya dan yakin kepada kekuatan iman rakyatnya, mengumpulkan para pemimpin, ulama dan cedikiawan. Ada di antara para pemimpin itu yang berpendapat bahawa mereka mesti berlembut dengan para utusan Holako, menunjukkan ketundukan dan mengambarkan persetujuan untuk membayar ufti. Lalu Sultan Qutz berkata kepada mereka yang lemah itu:
"Sesungguhnya pedang yang dimiliki oleh seorang yang pengecut daripada mengharungi peperangan adalah lebih layak untuk dipatahkan."
Kemudian beliau mengisytiharkan bahawa beliau menolak kehinaan, bahkan berazam mahu menghapuskan kejahatan dan meneguhkan kemuliaan serta kebanggaan dan membangkitkan semangat rakyat untuk melaksanakan amanah mempertahankan tanah air. Di samping itu beliau juga bertujuan membalas dendam terhadap ratusan ribu nyawa ummat Islam tidak berdosa yang telah dirampas hak kehidupan mereka oleh Holako di bumi dan negara mereka sendiri.
Sultan Qutz tidak mencuaikan kewajipannya. Beliau tidak gentar untuk menghadapi seorang yang gemar menjilat darah mangsa-mangsanya. Beliau juga tidak mundur berhadapan dengan ugutan. Beliau juga tidak digerunkan oleh barisan dan kumpulan musuh yang besar. Dalam masa yang sama, beliau tidak mengenepikan rakyatnya yang menjadi sumber kekuasaannya, penentu keputusan dan sumber pengorbanan. Anak-anaknya pula adalah terdiri daripada para tentera yang penuh percaya dan beriman serta mampu menghalang musuh.
Sultan Qutz bergantung kepada para ulama yang bagaikan bintang itu untuk menggerak dan menanam hakikat iman serta menggerakkan sifat memberi, berkorban dan berusaha. Para ulama itu diketuai oleh al-'Izz bin Abdul Salam yang telah memberikan fatwa kepada sultan dan rakyat bahawa jihad adalah wajib dan menolak kehinaan juga adalah wajib. Sultan Qutz juga telah menubuhkan satu jabatan yang besar bagi melakukan seruan ke arah jihad pada jalan Allah dan menghalang serangan tentera yang zalim itu. Beliau mengumpulkan para ulama dan khatib masjid untuk bergerak di seluruh negara Mesir. Mereka semua digerakkan oleh caj keimanan dan jihad untuk menyemarakkan semangat jihad di dalam hati rakyat jelata, hingga menjadikan seluruh bumi Mesir sebagai sel berdenyut yang sentiasa bergerak dan bersedia untuk mengharungi peperangan.
Sultan Qutz juga telah mengutuskan surat-surat kepada para pemerintah di Syam agar menyatukan barisan dan mengumpulkan seluruh kekuatan bagi menghadapi musuh bersama. Beliau juga menegaskan bahawa sekarang bukan masanya untuk berusaha menjatuhkan mana-mana pemimpin atau menentang pemerintahannya atau mengugutnya agar melucutkan dirinya daripada singgahsana pemerintahan.
Sultan Qutz juga melakukan reformasi dalaman dengan melebar luaskan keadilan dan mencabutkan segala akar umbi kerosakan serta kezaliman. Beliau berkata kepada sesiapa yang cenderung untuk berdamai dengan musuh atau haloba kepada harta:
"Pendirian paling keji adalah pendirian kamu. Demi Allah, pendirian ini kamu ambil hanya kerana kamu takut dan kecut kepada pedang-pedang tentera Tartar yang akan memotong kepala dan tengkuk kamu yang digemukkan oleh harta yang kamu ambil daripada rakyat. Tidakkah kamu tahu wahai pemimpin yang jahat bahawa apabila sesuatu kaum itu diperangi di dalam negara mereka sendiri maka mereka akan mendapat kehinaan?"
Sebelum melangkah ke medan perang, beliau berkata kepada para pemimpin:
"Wahai pemimpin ummat Islam! Kenapakah kamu sanggup memakan harta daripada baitul mal, sedangkan kamu bencikan jihad? Alangkah serupanya kamu dengan golongan munafiqin pada zaman Rasulullah (SAW)! Demi Allah, aku dan orang-orang yang bersamaku akan memerangi musuh Allah. Sesiapa yang memilih untuk berjihad dari kalangan kamu, maka ikutilah aku. Sesiapa yang tidak mahu, pulanglah ke rumah. Pemergiannya tidak akan ditangisi dan dikesali, dan Allah maha tahu apa yang ada di dalam dirinya."
Seruan beliau disambut dengan tangisan. Tentera Mesir bertakbir dalam pertempuran, lalu bumi menggegarkan tapak-tapak kaki pihak musuh yang zalim dan melampau batas, lalu mereka berjaya mengalahkan musuh dan mendapat kemuliaan. Sultan Qutz rebah melakukan sujud yang panjang kepada Allah. Kemudian beliau mengangkat kepala dengan air mata bercucuran keluar. Beliau berucap kepada tenteranya:
"Wahai tenteraku! Awaslah kamu daripada perasaan takbur terhadap kejayaan yang kamu peroleh. Tetapi bersyukurlah kepada Allah dan tunduklah kepada kekuatan dan kebesaranNya. Siapa tahu, mungkin doa yang diucapkan oleh saudara-saudara kamu di atas mimbar pada hari yang mulia ini, iaitu hari Jumaat dan di bulan Ramadhan yang mulia ini, ketika kamu menyerang musuh-musuh kamu, lebih tajam daripada pedang dan panah yang kamu gunakan untuk menikam dan memanah musuh kamu. Ketahuilah bahawa jihad kamu masih belum berakhir, tetapi kamu baru saja memulakannya, sehinggalah kamu dapat menunaikan hak Islam dengan menghalau musuh-musuhnya daripada seluruh tanah air kamu. "
"Dan pada ketika itu, orang-orang yang beriman bergembira, dengan kemenangan yang diberikan Allah. Dia memberikan kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani." (al-Rum: 4-5)
History of Constantinople: Latin rulers
Under the name of the Latins, the subjects of the pope, the nations of the West, enlisted under the banner of the Cross for the recovery or the release of the Holy Sepulchre. The Greek emperors were terrified and preserved by the myriads of pilgrims who marched to Jerusalem with Godfrey of Bouillon (1095-99) and the peers of Christendom. The second (1147) and third (1189) crusades trod in the footsteps of the first. Asia and Europe were mingled in a sacred war of two hundred years; and the Christian powers were bravely resisted and finally expelled (1191) by Saladin (1171-93) and the Mamelukes of Egypt.
In these memorable crusades a fleet and army of French and Venetians were diverted from Syria to the Thracian Bosporus; they assaulted the capital (1203), they subverted the Greek monarchy; and a dynasty of Latin princes was seated near three score years on the throne of Constantine.
During this period of captivity and exile, which lasted from 1204 to 1261, the purple was preserved by a succession of four monarchs, who maintained their title as the heirs of Augustus, though outcasts from their capital. The de facto sovereigns of Constantinople during this period, the Latin emperors of the houses of Flanders and Courtenay, provided five sovereigns for the usurped throne. By an agreement between the allied conquerors, the emperor of the East was nominated by the vote of twelve electors, chosen equally from the French and Venetians. To him, with all the titles and prerogatives of the Byzantine throne, a fourth part of the Greek monarchy was assigned; the remaining portions were equally shared between the republic of Venice and the barons of France.
Under this agreement, Baldwin, Count of Flanders and Hainault, was created emperor (1204-05). The idea of the Roman system, which, despite the passage of centuries devoted to the triumphs of the barbarians, had impressed itself on Europe, was seen in the emperor's letter to the Roman pontiff, in which he congratulated him on the restoration of his authority in the East.
The defeat and captivity of Baldwin in a war against the Bulgarians, and his subsequent death, placed the crown on the head of his brother Henry (1205-16). With him the imperial house of Flanders became extinct and Peter of Courtenay, Count of Auxerre (1217-19), assumed the empire of the East. Peter was taken captive by Theodore, the legitimate sovereign of Constantinople, and his sons Robert (1221-28) and Baldwin II (1228-37) reigned in succession. The gradual recovery of their empire by the legitimate sovereigns of the East culminated in the capture of Constantinople by the Greeks (1261). The line of Latin sovereigns was extinct. Baldwin lived the remainder of his life a royal fugitive, soliciting the Catholic powers to join in his restoration. He died in 1272.
The family of Courtenay, who for long laid claim to the sonorous title of Emperor of the East, survived in Edessa, France and England. The Earls of Devonshire could claim a right to the imperial crown. They still retain the plaintive motto (Ubi lapsus! Quid feci?) which asserts the innocence and deplores the fall of their ancient house. While they sigh for past greatness, they are doubtless sensible of present blessings; in the long series of the Courtenay annals the most splendid era is likewise the most unfortunate; nor can an opulent peer of Britain envy the emperors of Constantinople, who wandered over Europe to solicit alms for the support of their dignity and the defence of their capital.
From the days of the Emperor Heraclius the Byzantine Empire had been most tranquil and prosperous when it could acquiesce in hereditary succession. Five dynasties-the Heraclian, Isaurian, Amorian, Basilian, and Comnenian families-enjoyed and transmitted the royal patrimony during their respective series of five, four, three, six and four generations.
In the intervals of these dynasties the succession is rapid and broken, and the name of a successful candidate is speedily erased by a more fortunate competitor; but the imperial house of Comnenius, though its direct line in male descent had expired with Andronicus I (1185) had been perpetuated by marriage in the female line, and had survived the exile from Constantinople, in the persons of the descendants of Theodore Lascaris.
Michael Palaeologus, who, through his mother, might claim perhaps a prior right to the throne of the Comnenii, usurped the imperial dignity on the recovery of Constantinople, cruelly blinded the young Emperor John, the legitimate heir of Theodore Lascaris, and reigned until 1282. His career of authority was notable for an attempt to unite the Greek and Roman churches -a union which was dissolved in 1283-and his instigation of the revolt in Sicily, which ended in the famous Sicilian Vespers (March 30, 1282), when 8,000 French were massacred.
By the arts of his diplomacy he saved his empire by involving the kingdoms of the West in rebellion and blood. From these seeds of discord uprose a generation of iron men, who assaulted and endangered the empire of his son, Andronicus the Elder (1282-1332). Thousands of Genoese and Catalans, released from the wars that Michael had aroused in the West, took service under his successor against the Turks. Other mercenaries flocked to their standard, and, under the name of the Great Company, they subverted the authority of the emperor, defeated his troops, laid waste his territory, united themselves with his enemies, and, finally, abandoning the banks of the Hellespont, marched into Greece. Here they overthrew the remnant of the Latin power, and for fourteen years (1311-26) the Great Company was the terror of the Grecian states.
Their factions drove them to acknowledge the sovereignty of the house of Arragon; and, during the remainder of the fourteenth century, Athens as a government or an appanage was successfully bestowed by the kings of Sicily. Conquered in turn by the French and Catalans, Athens at length became the capital of a state that extended over Thebes, Argos, Corinth, Delphi, and part of Thessaly, and was ruled by the family of Accaioli, plebeians of Florence (1384-1456). The last duke of this dynasty was strangled by Mahomed II, who educated his sons in the discipline of the seraglio.
The long reign of Andronicus the Elder ended in his abdication (May 24, 1328) after three civil wars with his son, the younger Andronicus, whom he had associated with him in the purple. In 1341 Andronicus the Younger died. The minority of his son, John Palaeologus, enabled the regent Cantacuzene to receive the imperial power. Voluntarily, or perhaps under the pressure of circumstances, Cantacuzene abdicated in 1355, and lived in retreat during a portion of the long reign of the emperor.
IT was during the reign of John Palaeologus that the Eastern Empire was nearly subverted by the Genoese. On the return of the legitimate sovereign to Constantinople, the Genoese, who had established their factories and industries in the suburb of Galata, or Pera, were allowed to remain. They had received this honourable fief from the bounty of the emperor, and were indulged in the use of their laws.
In consideration of these benefits the republic of Genoa sealed a firm alliance with the Greeks, guaranteeing them the support of a prescribed naval armament in the event of war. During the civil wars the Genoese forces took advantage of the disunion of the Greeks, and by the skilful use of their power exacted a treaty by which they were granted a monopoly of trade and almost a right of dominion.
The Roman Empire (I smile in transcribing the name) might soon have sunk into a province of Genoa if the ambition of the republic had not been checked by the ruin of her freedom and naval power. Yet the spirit of commerce survived that of conquest; and the colony of Pera still awed the capital and navigated the Euxine till it was involved by the Turks in the final servitude of Constantinople itself.
Return to Outline of Great Books Volume I
________________________________________
We encourage linking to this site. Click here for an example.
DISCLAIMER: PLEASE READ - By printing, downloading, or using you agree to our full terms. Review the full terms by clicking here. Below is a summary of some of the terms. If you do not agree to the full terms, do not use the information. Since some of this information is from historical sources it may be outdated and/or contain errors. It is for research purposes only. The information is "AS IS", "WITH ALL FAULTS". User assumes all risk of use, damage, or injury. You agree that we have no liability for any damages. We are not liable for any consequential, incidental, indirect, or special damages. You indemnify us for claims caused by you. This site and all of its contents are © 2002-2003 by LoveToKnow, Inc. Click here for Privacy Policy
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya
sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam
keluarga Kristian.
Bapa
saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah
gereja disatu kawasan di
Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi
seorang paderi. Sejak
mula
PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha
kami mendapat sokongan
penuh
kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam
berbagai program. Selalunya
program
khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya
membekalkan wang tunai
sekitar
RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk
membantu orang kampong.
Kami
ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan
bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit
secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah
dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya
dengan beberapa kali
kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan
mereka. Paling berbaloi
kami
mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari
kalangan intelek.
Hasilnya
kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam
yang dimurtadkan. Bayangkan
pendapatan saya ketika masih dialam
persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan
mengambil m/pelajaran
Agama
Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa
hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3.
Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil
pelajaran Agama
Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan
memmudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan
yang saya kira tidak
mampu
dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari
sewaktu tingkatan Enam
bawah,
saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar
saya(saya panggil cikgu).
"cikgu
saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak
sesuai dikelas ini, bolehke
saya ke rumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa
rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara
ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama
Kristian,agama saya". saya
kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;- -
Mengapa orang Islam sembah kaabah -
Sebenarnya semua agama sama sahaja.
Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama
langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun
bersama Iman Mahadi
membebaskan
kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi
Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang
Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu
mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab
pertanyaan saya dan
kawan-kawan
dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati
akal. Kemudian saya
dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu
saya menjawab secara
tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan
dosa manusia lain.persoalan
ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep
ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan
beberapa orang
paderi,kawan-kawan
bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa
ustaz itu kerumah saya
dan
bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata
bapa saya juga tidak
mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh
ustaz itu. Sebaik ustaz itu
pulang, bapa saya memarahi saya kerana
bawa 'orang malaya' datang
kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.
Disamping
mengulangkaji
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan
ustaz
tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang
berjubah. Seorang berjubah
hitam membawa salib. Seorang berjubah putih
membawa bendera bertulisan
jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta
saya membuat pilihan.
Yang
berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik
saya mengikuti
mereka.
Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati
yang berjubah hitam
semakin
tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.
Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya
mendengar suara azan dan
ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"
mengapa Johanis....awak
mengigau...."
Saya pegang tangan ustaz itu, saya
katakan,"Cikgu Islamkan
saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk
dia uruskan dengan
pihak
tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di
Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah.
Sampai di rumah,saya
lihat
pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa
saya telah tahu.
Sebaik
melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar
semula dengan mengacu
senapang
ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan
peluru senapang meletup
keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai
sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi
sekejap rumah ustaz sebelum
saya
dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar
di
Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala
Lumpur. Secara kebetulan rakan
saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk
Islam, tetapi mengikuti
kumpulan
Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran
lagu
koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di
Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula
Maahad Tahfiz. Alhamdulillah
saya
dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian
saya bekerja dengan
Jabatan
Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di
Negeri Sembilan, Melaka dan
Pahang. Tak sampai setahun saya letak
jawatan.Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit
over time. Saya rasa
tiada
keiklasan.
Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin
membilas dosa lalu. Saya
telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu
berjuang untuk
mengIslamkan
seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas
meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik
beradik saya. Saya
katakan
jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya
sayang emak.saya sayang
adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak
dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya,
saya hantarkan buku-buku
yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya
telefon. 7 tahun saya
hantar
surat dan buku-buku. saya menangis kerana
rindukan ayah,emak dan adik
beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad
Tahfiz, bagaikan halilintar
saya
mendapat berita........ Ayah saya menganut
Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.
Saya menangis dan
menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata
saya menjadi terlalu
murah....saya terus menangis...saya pejamkan
mata...saya bayangkan ayah
dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis
bersama........Ya
Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk
Islam turut dirasai oleh
ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh
pihak gereja. Kini saya
pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam
hari ini berpecah.
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran
dan sunnah Rasul. Kita
ambil
sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita
ambil contah
pelaksanaan
hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan
nak menentang
pelaksanaanya.
Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat
Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa
orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah
saya,"You apa
tahu...Islampun
baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau
ini sikap pendakwah
saya
tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu
Islam.
kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa
Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk
tujuan dakwah ini,untuk
bergerak
perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian.
saya juga diancam oleh
umat
Islam.
Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan
Agama,mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar
berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi
sukarnya bila Umat Islam
sendiri
menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha
yang agak ketara ialah
di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum
muslimah,pura-pura nak belajar
Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang
pura-pura masuk
Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi
banyak IPT. Saya paling
bimbang
di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya
Universiti yang ada
gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk
memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita
terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi
oleh paderi
termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita
dulu. Kalau terminum,
cari
air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 qul 1x, dan
selawat. Ambil sebahagian buat minum dan
sebahagian buat mandi.
InsyaAllah
mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.
insyaAllah.
DOA BUAT INTAN
Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat," beritahu pegawai itu lagi.
"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. Berita
gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.
"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapatpergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
"Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."
"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.
"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin
benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. "Tapi bang..."
"Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.
"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.
Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh
patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.
"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.
"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"
"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. BUkan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah." Intan cuba membuat abahnya faham.
"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!"
"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya.
"Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi.. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!" Sejak kejadian itu
Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara.
"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis Bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.
"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
"Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan."
"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.
"Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.
"Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.
"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis.
"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."
"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.
"Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.
"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.
"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.
"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.
"Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu.
Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.
Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.
"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.
"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.
Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.
"Abah ni... ke situ pulak...."
"Habis tu?"
"Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamatsebelum berangkat nanti." Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah.
Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.
"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.
"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."
"Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan...," ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
"Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
"Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang dating menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.
"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"
"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
"Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
"Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
"Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.
Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
"Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.
"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.
"Intan pun tak datang juga ke?" tanya Pak Uwei terasa hampa.
"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya.
Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.
"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.
"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.
"Tapi abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"
"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman.
"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.
SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.
"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
"Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya.
"Kenapa Az...kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.
"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.
"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah.
"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik sini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.
Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."
Wassalam
CERPEN : BUMI YANG BERDARAH
Oleh : Ummu Afeera Zainulabid
Assalamualaikum, ya Humaira, Apa khabar iman di hatimu? Sepuluh jari dipohonkan atas kelewatan marsum maya Humaira abang balasi.Abang agak sibuk akhir-akhir ini dan sudah jarang menghabiskan masa di hadapan jaringan internet. Kiranya, sebagai sayap kiri perjuangan, Humaira lebih memaklumi kesibukan abang, bukan? Bersama Aman Palestin, abang semaikan jihad berkorban dalam jihat atma yang paling dalam. Istilah penat dan mengharapkan kerehatan terpaksa abang entengkan. Bukankah dunia sebagai tempat pertempuran kerana kerehatan yang sebenarnya akan kita temui di Jannah kelak? Kamar syurga sedang menanti, ya Humaira.
Apa khabar mujahid dan mujahidah muda, Umar AlFaruq dan Sumayyah? Bagaimana hafazan mereka? Abang rindukan kalian. Namun perjuangan yang ada masih berbaki dan perlu dilunaskan. Bisikkan di cuping telinga mereka bait-bait perjuangan agar mereka mengertinya. Khabarkan mereka erti sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang tiada taranya.
Misi terus menanti ya Humaira di sini. Saudara-saudara seislam kita di kem pelarian ini amat memerlukan perhatian dan pertolongan yang tiada henti. Malangya isu Palestin ini kurang mendapat perhatian saudara seislam kita di bumi Malaysia. Terlalu jauh ungkapan akrab dalam diri setiap Muslim terhadap isu ini. Jika hati bergetar kerana isu ini, cukuplah masa yang dipanggil minit untuk menyisihkan isu ini dari minda benak kita. Andai jantung berdegup kencang bila terdengar tangisan saudara seislam di sini, renungannya hanya seketika. Tidak pernah terdengar esakan andai butir-butir air mata mengalir. Cukuplah kesatan untuk mengkhatankan apa yang dipanggil sebagai keinsafan.
Gema wahyu dalam surah al-Isra' ayat pertama mengungkapkan : " Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa". Hebatnya masjid ini tiada duanya, tiada tiganya dan tiada seterusnya kerana namanya sahaja telah diungkapkan sendiri oleh Allah dalam kalamNya. Namun telah bertahun bumi ini berdarah, Humaira. Sadis sekali Yahudi Laknatullah memperlakukan bumi ini. Keturunan-keturunan kera ini begitu menginginkan Palestin kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah dunia Islam. Palestin ibarat badan seekor burung, kedua-dua sayapnya adalah dunia Islam. Menjajahnya kiranya menakluk dunia Islam, ya Humaira. Namun umat Islam sedunia seolah-olah tidak mengetahui fakta ini, ya Humaira.
Kau tahu Humaira apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud? Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)? Kau tahu Humaira apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu? Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan. Buat pengetahuanmu, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahudi, tidak kira dari kalangan kanak-kanak mahupun orang tua yang mula dijangkiti penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Membunuh bukanlah suatu dosa! Menghancurkan sebuah binaan adalah pahala bagi mereka!
Ingin abang khabarkan sesuatu pada dirimu yang cukup membuat abang tersentak. Abang telah menemukan beberapa mayat yang keadaannya cukup mengerikan sewaktu abang membantu misi kemanusiaan di sini. Jantung, hati dan dua buah pinggang mayat-mayat tersebut telah dicuri. Ya, satu nyawa rakyat Palestin digunakan untuk menyambung nyawa empat orang Yahudi Laknatullah! Dapat kau gambarkan betapa kejamnya mereka? Dan itu bukanlah satu, malah ribuan nyawa telah diperlakukan seperti itu. Semuanya kerana doktrin yang telah disuntik oleh petikan Talmud itu. Malah pembunuhan yang ngeri sebegini adalah pahala buat mereka. Ajaran-ajaran dalam kitab Talmud membuatkan orang Yahudi menganggap bangsa lain adalah lebih rendah dari haiwan dan lebih hina dari anjing.
Humaira, sematkan kalimah-kalimah dan bait-bait ini dalam dirimu. Seandainya mereka berpegang pada Taurat yang telah diubah itu maka sewajarnya kita perlu memerangi mereka dengan AlQuran. Apabila ajaran Talmud disanjung oleh mereka, maka menjadi tanggungjawab kita untuk berpegang pada Bukhari dan Muslim. Sekiranya hari Sabtu menjadi hari kebesaran mereka, bukankah kita sewajarnya berbangga dengan hari Jumaat? Andainya mereka berimpian untuk membina Haykal Sulaiman, sewajarnya kita mempertahankan Masjidil Aqsa sepenuh hati. Sekiranya panji Yahudi mejadi lembayung kekuatan mereka, maka kita wajib berperang dengan mereka di bawah bendera Islam. Kita akan berperang atas nama Musa, Isa dan Muhammad seandainya mereka membangunkan kekuatan tentera di bawah nama Musa. Bukankah kedudukan kita adalah lebih utama terhadap Musa daripada mereka?
Humaira, kecintaan terhadap bumi AlQuds ini sewajarnya perlu ada dalam lubuk hati setiap orang beriman. Sewaktu pembukaan Mekah, hanya dua nyawa sahaja yang terkorban, namun untuk membebaskan bumi AlQuds, ribuan nyawa telah syahid untuk mengadukan kekejaman dan keterlaluan manusia kepada Allah. Humaira, mengapa Masjidil Aqsa menjadi kiblat pertama dalam Islam? Mengapa bumi ini yang dipilih Allah sebagai bumi pertama untuk mendapat kefardhuan solat? Mengapa 16 bulan lamanya Allah mengarahkan Rasulullah dan umat Islam mengadapkan wajah mereka ke arah Masjidil Aqsa sedangkan di kala itu Masjidil Aqsa di dalam pemerintahan orang Kristian? Mengapa tidak dihadapkan sahaja wajah ke arah Masjidil Haram? Bukankah Allah berkuasa untuk mengangkat Rasulullah secara terus daripada Masjidil Haram di Mekah dalam peristiwa Isra' dan Mikraj? Akan tetapi mengapa Allah sengaja 'memperjalankan' baginda ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu? Pastinya ada sesuatu yang hebat mengenai masjid ini. Betapa Allah mengetahui bahawa pada zaman ini, ramai manusia akan melupakan Masjidil Aqsa dalam diri mereka.
Ya Humaira, ingatkah kau akan peperangan Mu'tah? Peperangan yang menghimpunkan tiga panglima serangkai. Peperangan untuk melawan kerajaan Rom yang menguasai AlQuds. Sebuah peperangan di mana tiga panglima sekaligus gugur sebagai syahid seperti mana ramalan Rasulullah, "Jika Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abi Talib penggantinya, dan jika Jaafar gugur, Abdullah bin Rawwahah penggantinya". Kekuatan musuh adalah seramai 200000 orang melawan 3000 orang tentera muslim. Seorang tentera Islam perlu melawan dengan sekurang-kurangnya 67 orang musuh. Dapat kau bayangkannya Humaira? Berlawan dengan lautan manusia. Namun bergema kalimah jihad dari bibir Abdullah bin Rawwahah, "Wahai saudara-saudaraku sekalian! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang menjadi tujuan kita berangkat ke medan peperangan ini? Peperangan kita tidak bergantung kepada bilangan anggota pasukan atau besarnya kekuatan, tetapi semata-mata kerana agama yang dikurniakan Allah kepada kita. Kerana itu marilah kita maju! Tidak ada pilihan lain kecuali satu dari dua kebaikan iaitu menang atau mati syahid!". Maka gugurlah ketiga-tiga mereka sebagai syuhada'. Keinginan untuk berada di taman-taman syurga dan dikelilingi oleh bidadari menjadi azimat yang menjadikan mereka merindui syahid. Malah, keinginan mereka yang paling tinggi adalah untuk bertemu Allah, Rabb sekalian alam. Tahukah engkah wahai Humaira siapakah insan-insan yang telah terkorban? Zaid bin Harithah, anak angkat yang begitu disayangi Rasulullah sehingga terakam kisah yang melarang memberikan "bin" atau menisbatkan seseorang kepada selain bapa kandungnya sendiri di dalam AlQuran. Siapa lagi yang terkorban? Jaafar bin Abi Talib! Sepupu yang bersama Rasulullah dalam suka duka perjuangan. Peperangan Mu'tah membuatkan Rasulullah menggugurkan butir-butir air mata.
Namun, sedarkah kita mengenai pentingnya AlAqsa? Alangkah Rasulullah sendiri sanggup menghantar orang yang dikasihi ke perbatasan perang untuk membebaskan Alquds. Anak dan sepupu yang sangat disayangi. Bagaimana pula dengan kita? Apa yang telah kita korbankan untuk AlAqsa? Betapa hebat sejarah Islam. Namun, kesedaran remaja kini memandang enteng terhadap kehandalan para panglima Islam bagai hembusan angin yang tidak dihiraukan. Di bibir mereka meniti nama-nama yang hanya ada di alam fantasi. Minda benak mereka juga disuntik oleh doktrin Zionis yang ingin melihat Islam terkubur di dunia ini. Zionis yang ingin melihat AlAqsa diganti dengan Haykal Sulaiman. Mereka berusaha setiap minit dan setiap saat untuk menghancurkan AlAqsa. Terowong digali untuk merobohkan Masjil AlAqsa secara semulajadi seperti mana pendedahan Syeikh Raed Solah, ketua Harakah Islamiyah di Palestin.
Paling membuatkan hati tersiat, adalah melihat sikap berdiam diri umat Islam sedunia. Umat Islam begitu membisu memandang isu ini. Dayus apabila membiarkan Masjid Ibrahimi dibahagi dua, satu pertiga dijadikan masjid dan dua pertiga dijadikan kuil. Dayus kerana membiarkan masjid Ibrahimi dibakar di mana lebih 60 jemaah terkorban. Dayus kerana membiarkan lebih 1200 masjid dirampas dan dijadikan kandang kambing, tempat perzinaan dan juga tempat berpesta. Dayus apabila membiarkan saudara seislam dizalimi, dirogol dan disembelih.
Rasulullah telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Thauban : Hampir sahaja seluruh bangsa dari setiap penjuru dunia, berebutan terhadap kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berebut terhadap mangkuk makanannya. Para sahabat bertanya, "Apakah jumlah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?". Baginda menjawab, " Bahkan pada saat itu jumlah kamu sangat banyak, tetapi kewujudan kamu tidak ubah seperti buih air bah, sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh-musuhmu terhadap kamu dan akan melemparkan rasa wahan ke dalam hati kamu". Para sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Baginda menjawab, "Cinta dunia dan takut mati".
Sememangnya benar ramalan Rasulullah itu. Hari ini, ramai umat Islam yang telah dijangkiti penyakit wahan sehingga ukhwah sesama mereka terlalu rapuh. Tidak dapat membezakan di antara isu bangsa dan agama. Bukankah Islam tidak membezakan yang mana Arab dan yang mana bukan? Bukankah kita telah diikat dengan ikatan ukhwah di bawah panji Islam? Di mana mahu dicari pejuang-pejuang seperti Imaduddin Zanki? Di mana mahu mencari pejuang seperti anaknya, Nuruddin Zanki yang bercinta dengan solat malam? Di mana mahu mencari seorang Kurdi seperti Salahuddin Al Ayyubi, yang melatih dan mengumpul kekuatan ketenteraan selama 33 tahun sehingga tidak sempat menunaikan haji semata-mata kerana AlQuds? Bilakah sejarah peperangan Yarmuk akan berulang? Tentera Rom yang berjumlah 240 000 orang dengan peralatan yang hebat, bekalan yang cukup dan pengalaman perang berpuluh tahun boleh dikalahkan oleh tentera Islam yang hanya berjumlah 39 000 orang yang hanya memiliki peralatan ketenteraan yang sangat sederhana.Rahsianya adalah apa yang pernah diucapkan oleh seorang tua di hadapan Kaisar Herculis, "Wahai tuanku, kekalahan kita adalah disebabkan musuh yang kita hadapi adalah suatu kaum yang bangun beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari. Mereka juga adalah kaum yang berpegang pada janji, menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari berbuat perkara yang munkar dan saling menjalinkan ukhwah di antara mereka. Sedang yang menyebabkan kita kalah ialah tabiat suka minum arak, berzina, sentiasa berbuat yang haram, melanggar janji, selalu marah, menganiaya, menyuruh mengerjakan perkara yang dimurkai Allah, melarang berbuat perkara yang diredhai Allah dan membuat kerosakan di muka bumi".
Humaira, kekuatan yang menjadi kegerunan bagi pihak musuh adalah kekuatan taqwa. Bukan fizikal mahupun luaran yang akan menimbulkan ketakutan. Saidina Umar mengambil kunci kota AlQuds hanya dengan berjalan kaki dan memakai pakaian yang memiliki 17 tampalan. Namun musuh menggeruninya dan mematuhi Perjanjian Umariah. Dia bukan sahaja digeruni musuh malah dia merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang paling ditakuti oleh iblis dan syaitan. Wahai Humaira, jahitlah pakaian taqwa dalam dirimu serta diri mujahid dan mujahidah kita.
Humaira, tanamkan benih kecintaan dalam diri Umar dan Sumayyah akan kecintaan terhadap AlAqsa. Ingatkan mereka bahawa AlAqsa adalah sebuah tanah wakaf yang menjadi milik umat Islam. Sebuah tanah waqaf tidak mungkin menjadi milik musuh-musuh Islam. Berilah mereka kefahaman yang sebenarnya mengenai AlQuds, sebuah tanah haram yang tidak boleh dipijak hatta oleh seorang kuffar pun. Sematkan dalam diri mereka mengenai setiap siri peperangan untuk membebaskan AlAqsa seperti peperangan Khaibar, peperangan Mu'tah, pengutusan pasukan Usamah bin Zaid, peperangan Ajnadain, peperangan Yarmuk dan peperangan lainnya agar mereka mengerti bumi ini adalah bumi para syuhada' yang telah berjuang bermati-matian dalam usaha membebaskan bumi isra' dan mikraj ini. Khabarkan kepada mereka akan bahaya yang menimpa AlAqsa agar mereka mengerti penderitaan hati saudara seislam mereka di bumi ini.
Bumi ini telah lama berdarah. Bumi ini telah lama terluka. Bumi ini menanti fajar baru untuk terus bernyawa. Harapan abang agar kau mengertinya, Humaira. Abang terpaksa khatami marsum maya ini di sini dahulu. Moga doa menjadi penghubung hati kita. Moga doa mampu memberi kekuatan kepada saudara seislam kita yang telah lama berduka.
Nun jauh di sana,
Iwadh Soleh