BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Dengan nama-Mu aku disini memegang janji-janji yang telah diberikan kepadaku. Dengan amanah yang telah Engkau berikan ini akan aku laksanakannya dengan sebaik mungkin untuk kepentingan pelajar-pelajar di sini. Bagiku ya Allah semua perkara yang aku lakukan akan menjadi bertambah mudah dengan bantuan-Mu,bantulah aku dan sahabat-sahabatku di sini dan di mana mereka berada ya Rabb.
Keluhuran yang aku berikan di sini bukanlah semata-mata untuk menabur janji semata-mata. Namun apa yang aku buat di sini adalah untuk mencari kepentingan bersama. Ingin sekali aku melihat semuanya gembira dan berjaya. Namun, sebagai seorang hamba-Mu yang lemah, aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa ya Allah. Aku tidak mampu untuk melihat semuanya tersenyum puas dengan apa yang aku lakukan kerana bagiku sudah menjadi lumrah manusia bahawa tiada sesiapa pun dalam dunia ini yang dapat memuaskan hati manusia yang lain!
Ya Allah, bantulah aku dalam menunaikan panji amanah ini, permudahkanlah apa jua urusanku, jauhikanlah aku dari sifat malas dan perkara yang melalaikan aku dari mengingati perintah-Mu, berkatilah setiap rezeki yang Engkau berikan kepada-ku yakni dengan rezeki yang halal, aku mohon kepada-Mu ya Allah kelilingilah aku dengan insan-insan yang sentiasa membantuku serta berdamping denganku ke jalan yang benar iaitu jalan yang Engkau redhai…Amin…
Doa seorang hamba,
No comments:
Post a Comment