BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..
( 06 HB FEBUARI 2010, kawasan air terjun batangkali,Bandaraya Kuala Lumpur)
12:52 AM
aku mengungkap dan memulakan tirai malamku hari ini dengan penuh kesyukuran kepada Illahi dengan rahmat dan izinnya aku masih lagi hidup di muka bumi ini dengan penuh rasa kesyukuran kepada-Nya…tirai malam yang indah ini tidak mahu aku cemari dengan keheningan malam yang gersang,kerana aku tahu malam yang indah ini pasti akan pudar ekoran dek siang yang akan menjelma.Terima kasih Tuhan kerana Engkau membenarkan hari siang untuk menerjah ke muka bumi ini.Begitu jugalah dengan lumrah hidupku,terima kasih dan penuh kesyukuran aku panjatkan kepada Illahi kerana Engkau masih membenarkan aku untuk bernafas di buka bumi ini…walau untuk satu saat lagi…
12:57 AM,
Penulisan ini aku sisipkan lagi untuk meluahkan perasaan terbuku di dalam hati ini, pembelitan hidup yang semakin rumit membuatkan aku senantiasa mengadu kepada Illahi bagi penyelesaian persoalan manusia yang tak pernah berubah..mengapa? hati aku sentiasa bertanya pada sang pendengar setiaa di mana jawapan bagi setiap penyelesaianku? Saban hari aku senantiasa mendengar masalah manusia yang lekang dari buah mulut percakapan mereka.kadang-kala aku sundiri merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena antara mereka. Bagiku setiap masalah ada penyelesaiannya.Adakah tempat yang berbeza membuatkan setiap permasalahan semakin merumitkan?
01:02 AM,
Masa semakin pantas berputar…dalam aku tidak sedar jiwa ini semakin berolak memikirkan hujanan timbunan luahan perasaan yang tidak kunjung tiba.mengapa aku yang mereka cari? Mengapa aku diletakkan di tempat itu? Bagiku, aku tidak selayak yang mereka mahu.memang berat mengendong jutaan amanah yang dianugerahkan…tapi mengapa ada yang sanggup melepaskannya perlahan-lahan setelah puas dengan apa yang mereka lakukan???aku bertapak di sini merasakan masih tidak puas dengan apa yang aku lakukan selagi segala kata yang aku kotakan tidak aku tunaikan…Ya ALLAH, bantulah hambamu dalam pencarian ini….amin…
01:10 AM,
Air yang tenang aku sangkakan tiada buaya di situ, lantas aku perlahan-lahan hayunkan kaki dan tanganku ini cuba untuk merasakan kedamaian air yang tenang itu tanpa aku sedari rupanya buaya-buaya ganas menanti untuk membaham tangan dan kaki yang aku gunakan bukan untuk kepentingan diri ini…sampai hati ‘sang durjana’ itu mengambil tangan dan kakiku tanpa belas kasihan,walaupun aku tahu ‘mereka’ lapar dengan tindakanku… jauh di sudut hatiku hampa kerana tangan dan kakiku yang selama ini menapak indah di tubuhku ‘hilang’ tanpa belas kasihan mereka…mungkin itu rezeki yang ALLAH kurniakan untuk mereka, tapi aku??? Aku hilang arah dengan tiadanya kaki dan tangan yang selama ini membantu aku dalam banyak segi,yang selam ini akrab bersemadi bersamaku sekian lama…andainya buaya-buaya itu membaca kisah kaki dan tanganku ini,aku merayu agar kembalikan pancainderaku kembali,,,
Kisah kaki dan tanganku yang hilang ini akan tetap senantiasa aku abadikan dalam kenanganku selamanya,,selagi lama manapun mereka tidak memulangkan kaki dan tanganku itu,aku kagum dengan diriku yang masih lagi boleh bertapak dengan penuh yakin…aku bersyukur kerana aku dianugerahkan dua telinga yang boleh melihat agungnya ciptaan tuhan untuk aku hayati bahawa aku masih diperlukan untuk melihatnya, aku masih lagi mempunyai sepasang telinga untuk aku dengar dan hayati kalimah-kalimah suci-Mu yang Engkau ciptakan untuk umat akhir zaman ini.. Subhanallah,agungnya ciptaan-Mu menggariskan barisan ayat-ayat tulisan hitam untuk dibuat satu cerita yang tiada pengakhirannya bagi sesiapa yang tidak mengerti….syukur lagi aku panjatkan kepada-Mu aku punyai hidung dan mulut untuk berteriak dari hati kecil ini bahawa masih ada lagi insan malang yang tidak senasib denganku…nasib aku bukan ditentukan oleh manusia,kerana aku mampu berdiri di atas kaki sendiri bukan berlagak sombong dengan apa yang ada dalam diri…Bukan jenis peribadiku untuk memperkecilkan dengan apa yang dimiliki oleh orang lain! Aku tegaskan dalam hidup ini setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing! Tapi sebaliknya yang aku terima dari seorang manusia bernama kawan!
01:29 AM,
Malam masih muda memberikan aku bait-bait kata-kata indah untuk aku meluahkan rasa, maafkan sebagai insan kerdil andai coretan ini ada melukai hatimu,cara ini yang aku lakukan untuk mendamaikan aras perolakan hati kecil yang kadang-kala boleh merudum puncak kesabaran manusia…sabarlah ALLAH senantisa bersama hambanya yang sabar… sebab itulah aku dan kau dipilih oleh-Nya untuk mentadbir alam fana yang hidupnya Cuma sementara sahaja,namun sayangku amanah yang kau pikul ini akn dipersoalkan kelak! sanggupkah engkau? Insyaallah walaupun mulutmu berat mengiyakannya namun aku percaya hatimu berteriak boleh memikulnya, dengarkan pada hati kecilmu, usah didengar dari bisikan pada cuping telinga itu,kerana engkau sendiri tahu bahawa dua telinga itulah yang punyai ramai pengikutnya berbanding hati kecilmu yang satu itu bukan? Masyaallah besarnya peranan hati kecilmu dalam mentadbir alam yang seluas jauh ini…infertiliti dirimu bukan lagi dalam khayalan tapi satu kenyataan!
01:44 AM,
Coretan rasa aku semaikan buat mereka yang sudi mendengar,maafkan aku kerana selama ini aku terlalu berlapang dada.Tindakan separuh warasku mencerminkan diriku yang terlalu muda meneroka bidang ilmu yang melapang luas…pengetahuanku terlalu cetek,itu aku endahkan…periuk mindaku perlu aku penuhkan dengan usahaku sendiri,nawaituku perlu aku perbetulkan, agungnya ciptaan Tuhan memberikan akal kepada manusia supaya mereka lebih beriman,disamping mencipta transmisi perubahan dunia era baru, untuk itu aku disini demi kamu! Lapangnya dada malam ini, Ya ALLAH kau berikan aku kekuatan menginflakan cetusan minda buatku malam ini, hanya sekadar doa dan harapan!
01:53 AM,
Desiran bunyi alam yang tidak lesu membangkitkan lagi semangat aku untuk mencoret kalimah yang lahir ikhlas dari hati, biar jika aku dikatakan seorang yang beremosi,kerana ini dunia batinku yang hadir tanpa aku sedari,cita-citaku terlalu melangit luas dan membumbung tinggi, aku menjadi aku! Itu cita-cita dan impianku, menjadi insan yang pandai dan cerdik secerdik dan sepandai pencipta yang melakar indah lakonan kehidupan manusia di atas pentas muka bumi yang uzur dimamah keringat usia…tapi, mampukah aku???
2:00 AM,
Tepat aku mengakhiri dengkuran malam ini dengan tepias cetusan dedikasi untuk mereka yang ingat akan perubahan diniawi…masa sentiasa berubah!dalam perederan itu kadang-kala kita naik dan kadang-kala kita jatuh. Bila aku jatuh bersedialah memegang kainku sendiri agar tidak carik dipalit kotoran debu-debu halus di tanah, namun andainya aku di atas genggamlah dengan seeratnya uraian benang yang kukuh dikainanku ini agar sesiapa yang menjolokku dari bawah berputus asa dengan usaha yang mereka lakukan. USAHAKU akan aku teruskan hingga suatu hari nanti bumi dan dunia ini tidak lagi memerlukanku lagi dalam urusan pentadbiran manusia dan alam kerana pencatit amalanku semasa di dunia ingin membukanya di sana…Semoga aku diminta hulurkan dengan tangan kanan kerana di dunia bahagian itu yang aku hulurkan….Amin…
02:14AM,
* letakkanlah dirimu sebagai bayangan ‘aku’ disini …luahan hati ini aku coretkan agar kau mengerti masalah yang timbul bukan selalunya dari dirimu,tapi bagi mereka yang teraiaya dengan helahan dunia yang buta! *
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment