Friday, July 30, 2010

HAWA~~~aku dilahirkan terlalu sempurna dan cantik...SUBHANALLAAH

Wahai Hawa, Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa, Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim).




























assalamualaikum sahabatku aisyah..
sori tau dh lama x antar tinta ksh..
ni org antar byk2 trus qada' yg lps2..



KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

• Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

• Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

• Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

• Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

• Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

• Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

• Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.


Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Riwayat Bukhari, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud:
"Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan." (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:

Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. .











































Salam.. hajar kaifa haluki?

Huhu tau tak sebab aper kiter bagi citer pasal kematin pastu tetiber jek bagi ayat pasal nikmat? Hehe

Sebab baru arini kiter dapat tau, budak uia kat pj (kat tempat kiter r) baru meninggal dunia.. innalillah…
Tapi ader dua factor kiter sgt kesian kat budak tu.. dier ni pompuan sebaya kiter baru first year, yang siannye kan..

1. dier meninggal dunia esoknya nak puasa dah!! Tak sempat merasa nikmatnya ramdhan.. so.. kiter menyeru hajar n kiter skali supaya bersyukur kerana dpt menikmati ramadhan ni.. dan buatlah amal sesungguh2nya… jihad!!! Huhu walauun kiter tau sukar nak lawan nafsu, perasaan nak tidor tu, tapi aper salahnya derita skejap demi kebahagiaan abadi kan? Hehe
2. ni yana citer r.. yang kiter tau budak tu meninggal dunia seba dier jatuh dari bangunan tingkat 3 tapi yana citer dier ngah dating waktu tu.. pastu dier g toilet jap.. pastu bangunan tu kan keras sket.. pastu kene kurung aper ntah kan.. huhu amacam? Aper komen hajar? Bagi kter r.. tak tau la ni bagi pendapat kiter..maaf kalau ader berbeza pendapat sebab kiter ni bukan baik sgt pun.. huhu dier sgt2 rugi sebab dier mati waktu ngan dating n tak sempat nak taubat n tak sempat merasa bulan kebajikan n maghfirah.. ya Allah.. besarnya kuasa Ilahi … harap2 nanti kiter mati dalam keadaan kiter beriman dan tidak aib.. huhu macam kata ulama indon yang datang taiping tu.. (ingat tak yang kalau waktu dier pandang pompuan mest dier pejam mata jek.. he3) dier kata mana mungkin lori yang bawak rambutan kalau jatuh bergolek, akan terkeluar durian? Betol tak.. so maner mungkin org yang selalu mecarut, pegi disko, tak taubat paper pun kalau mati boleh mengucap atau berzikir atau mati dalam masjid? Nau’zubillahimin zalik… harap kiter dan rakan2 sumer dirahmati ALLAH..

so, samer2ler kiter sedekahkan al-fatihah untuk arwah.. amin.


Yang pasal nikmat tu plak.. kiter tergoda kata ceramah ustaz kat uia pasal ramadhan.. dier kata nikamat org berpuasa dan melakukan amal soleh dalam ramadhan ni dier akan dpt kenikmatan dalam nikmat.. he3 pahe dak maksudnyer? Maksudnyer.. kat dunia ni maner der nikmat dalam nikmat betol tak? Yang ader nikmat sahaja lah..
Tapi syurga ni sgt unik.. dier ader kenikmatan dalam nikmat.. ALLAHUAKBAR..
Hajar, sempena ramadhan ini marilah kiter meningkatkan penguasaan terhadap NAFSU, FIKIRAN, dan HATI agar tertumpu kepada Allah sahaja,, amin.. dan lagi satu yang penting terhadap al-quran juga…

Oklah takder idea lak.. ilal liqo’
Ana uhibbuki fillah

31 ogos 2008, 1 ramadhan 1428 2.21am





















































Kematian dan Persediaan
www.iluvislam.com
oleh: *Azree Hanifiah

Entah apa yang terawang-awang dalam fikiran saya ketika itu. Bermacam-macam menerjah ke kepala. Bersimpang-siur, sama seperti keadaan jalan yang bengkang-bengkok itu. Punggung sudah mula rasa tidak sedap duduk.
Berfikir tentang masalah dengan kawan yang belum selesai. Entah mengapa dia menjauhkan diri sejak beberapa hari lalu. Berfikir tentang hutang yang belum dilangsaikan. Andai saya mati dalam perjalanan ini, siapa yang tahu tentang hutang-hutang tersebut dan membayarnya?
Tiba di satu selekoh, saya menekan brek sedikit dan menggerakkan handle motor sedikit ke kanan. Tetapi tiba-tiba motor saya seperti tidak dapat dikawal. Tergelincir keluar daripada laluan jalan. Dan mula masuk jalan tanah merah yang berbecak.
Lantas motor terjatuh dan saya tercampak hampir ke tepi jalan. Saya memandang kawan saya yang tidak sedar saya terjatuh di belakang dan terus memecut laju. Sebuah kereta bergerak laju melintas hampir satu meter di hadapan kepala saya.
Sakit tidak terkata. Saya menggagahkan diri bangun lalu mengangkat motor yang terjatuh dalam becak. Wap-wap panas berterbaran. Tempat pijak brek kaki sudah bengkok ke belakang, cermin tepi motor patah.
Saya sangkakan motor sudah tidak dapat berfungsi, selepas beberapa kali mencuba akhirnya berjaya juga dihidupkan. Dalam keadaan seperti tidak sedarkan diri, saya terus mengejar kawan saya. Dan saya bertemu dengannya yang berhenti di satu selekoh. Pelik mungkin dengan kehilangan saya.
Selepas menghantar motor ke bengkel untuk dibaiki dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ijok, Alhamdulillah perjalanan kami seterusnya selepas itu lancar.
Malam itu, saya berbaring-baring di ruang tamu dan fikiran mula menerawang. Andai kata saya terjatuh di tengah jalan siang tadi, mungkin sudah dilanggar kereta. Dan mati.
Tujuan hidup
"Setiap orang memiliki tujuan, dan tujuan setiap orang yang hidup adalah kematian."
Kematian adalah akhir daripada kegembiraan dan kesedihan, kekayaan dan kemiskinan, kejayaan dalam hidup dan kegagalan mendapatkan sesuatu, dan apa jua yang kita lakukan. Kehidupan kita di dunia jelas ada hadnya, ada akhirnya. Jadi, setiap apa yang kita lakukan mestilah sebagai persediaan untuk kita menghadapi kematian.
Tetapi ayat di atas bukanlah menjadi penghalang untuk kita mengecapi kejayaan. Para sahabat Nabi Muhammad juga adalah orang yang kaya pada zaman mereka. Cuma dalam setiap apa yang kita ingin lakukan dan kecapi, biarlah ia dilakukan dengan harapan ia dapat memberikan persediaan terbaik untuk kita sebelum kita mati.
Bersiaplah untuk mati
Dulu semasa kecil, selalu ustazah menasihatkan buatlah ibadah seolah-olah esok kita akan mati. Tetapi sampai sekarang saya masih tidak dapat melakukannya. Dalam hati masih ada perasaan takut akan mati.
Islam mengajar kita berani menghadapi kematian dan hari kiamat. Islam mengajar supaya kita bersedia menghadapi kedua-duanya. Walaupun ingin jadi kaya, ingin jadi jutawan, ingin jadi doktor, ingin jadi pilot atau apa-apa jua keinginan, bersiap sedialah untuk kematian.
Sesungguhnya kematian ini adalah pasti. Kita cuma hidup entah berapa lama lagi. Entah esok entahkan malam ini sahaja kita akan mati. Kita merancang pelbagai perkara yang entahkan sempat entahkan tidak untuk kita melakukannya.
Jadi, tujuan hidup kita mesti jelas iaitu hidup untuk mati. Maka bersiaplah dengan segala macam persiapan dan persedian yang baik-baik untuk memastikan tujuan hidup itu betul-betul tercapai.
Sudah seminggu lebih peristiwa ini berlaku iaitu dua hari sebelum raya yang lepas tetapi saya masih tidak dapat berjalan seperti biasa lagi. Cuma mampu berpura-pura sihat dan melompat tidak tinggi.

                                 •        •                  
10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.
12. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
13. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

   •          
17. Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.

No comments:

Post a Comment


Followers