dari : seorang insan yang punya hati
malam ini aku tidak lagi sendiri, menghiasi diriku dengan bait-bait indah lagu-lagu menyeru Allah. ..Entah mengapa penantian cintanya padaku telah hampir bertahun...
Tidak aku sedar langsung selama ini waktu dan masa begitu ligat dan pantas berputar, meninggalkan aku dengan sisa-sisa pengalaman yang amat berharga buatku...
maafkan aku kerana menyingkirkan kamu dari perjalanan hidupku dahulu, sudah separuh hayatku lupakan masa untuk bersamaku kerana aku lebih cintakan ilmu dari kamu
Namun jauh di sudut penantian itu juga aku tidak sedar penaruhan hati ini akan berakhir...Waktu dulu mengapa aku tidak ingin berjumpa dengannya.Perkenalan kami dari satu kampus yang begitu asing bagiku, tidak aku sangka hingga ke sana aku boleh menjejakkan kakiku...
katamu juga selama kau berada di sana kau tak pernah memandang insan lain..tiba-tiba kau terpandangkan aku, persis wanita yang pernah kau kenal dulu...dari situ entah bagaimana kau berjaya dapatkan nombor telefonku sebagai perkenalan kita...namun sejak pertama kali kita berbual aku dapat rasakan kau mula perlahan-lahan ingin membuka pintu hatiku yang aku kunci serapatnya untuk lelaki....maafkan aku dulu tidak melayanmu....
waktu itu kau tidak banyak berkata-kata..hanya kawanmu yang menjadi perantara antara kita...katamu aku tidak seperti kebanyakkan wanita..gayaku tutur bicaraku amat menarik perhatianmu...bukan niatku untuk begitu namun kau pun tahu kita tidak pernah bercakap bukan?
secara lumrah memang caraku dibesarkan begitu...aku juga tidak pernah memandangmu kerana aku segan aku juga malu untuk melihatmu...memang fitrah semulajadiku begitu...
ah...
aku terlalu berkhayal dengan perasaanku...namun pertemuan kita pada suatu petang telah Allah takdirkan segalanya...
aku tak tahu mengapa petang itu aku ingin keluar bersamamu, sebelum keluar aku perlu menebusi 'benteng' yang menjadi pertahananku selama aku kau kenali...
sempat aku solat mohon perlindungan agar pertemuan kita ini diredhai ALLAH atas niat yang kita sendiri ketahui....Selesai solat asar, aku masih lagi belum putuskan di mana kita akan bertemu...Kau putuskan aku untuk membawamu ke mana sahaja...Tapi di mana aku ingin membawamu??
lantas aku pohon bantuan daripada Allah,semoga diberi petunjuk...
agar dipermudahkan bertemumu untuk urusan kita,
nah di masjid itu kali pertama kau dan aku bertemu setelah bertahun kita berpisah.Persaanku terlalu gementar ketika itu,adakah aku terlalu sempurna di sisimu? Adakah aku terlalu cantik di matamu? Adakah aku insan yang kau rindui selama ini?
secara lumrahnya hatiku sebagai seorang wanita punya perasaan seperti itu,tapi tak mampu aku bendung segalanya...
Buat engkau yang menginginkan aku menjadi milikmu...rentetan ceritaku ini hanya sekadar aku coretkan buatmu,agar mungkin kau tahu ini kali pertama dan terakhir kita bertemu...maafkan aku kerana mengungkapkan kata-kata yang mungkin mengguris perasaanmu...
kau yang aku panggil 'sayang',dengarlah jawapanku dari luahan akal dan perasaan yang bersarang di hatiku ini.....
Keletahan aku sebagai seorang wanita ada batasnya,kau yang aku kenali sebagai Adam pasti menginginkan Hawa seperti aku untuk melengkapkan hidupmu.Namun aku tidak boleh mandatangimu kerana kau yang perlu mendatangiku,kerana itulah aku tidak selalu menolak pelawaanmu untuk kita berjumpa selalu.Kerana aku takut seandainya engkau yang menjadi milikku nanti kau akan merasa jemu selalu.Hidup kita masih panjang untuk meleyari bahtera alam perkahwinan.
seandainya kau selalu juga memanggilku sayang,pastilah akan jemu jua ungkapan itu buatku suatu hari nanti...tidak aku mahu ungkapan itu berasa basi setelah aku berkahwin nanti,itu yang ingin aku jaga...
Sayang,
pertemuan pertama kita biarlah di syurga dunia yang kita ciptakan dengan tautan tali yang suci...Aku ingin mebelaimu dengan rasa syukur dan kasih sayangku selama aku pendam selama ini....Aku tidak mahu cemarinya dengan tangan-tangan kotor yang bukan lagi halal bagiku dan juga kamu...Maafkan aku Adam.....
ADAM,
Aku tidak pandang pada rupa apatah lagi hartamu...Cuma aku hanya lihat iman di hatimu,bukan mudah untuk aku mencari insan sepertimu.Kadang-kadang terasa jiwa dan ragaku ini sunyi tanpa cinta yang berputik di hati. Semakin aku menyusuri hati ini semakin kuat getaran yang aku rasakan...Tapi perlu aku kuatkan hati...aku tersungkur dalam pelukan zikir-zikir Allah...
Kadang-kadang tanganmu yang kuat dan gagah ingin sekali aku pegang, namun aku takut! Takut tangan kita ini bakal menjadi bahan api neraka...Panas sayangku..panas! Maafkan aku menolak pelawaan itu andai kau menginginkannya....aku harap kau pun tahu....
sayangku,
andai kau mahukan aku untuk bersamamu maafkan aku.. aku tak ingin lagi....
cuma aku pinta kau hadirkan dirimu bila masa kita akan bersatu nanti......
sekarang...
aku berada di hadapanmu,sebagai seorang yang sah buatmu.....
aku gembira dengan perjanjian yang yang kita telah aturkan ini, semoga aku yang sah di sisimu ini dapat kau jaga dengan penuh kasih sayang...
SAYANGKU,
baru kini aku mengerti erti cinta sejati, aku terlalu menyayangimu, Allah membukakan pintu hatiku untukmu.
setiap kali namamu disebut jantungku berdebar, entah mengapa debaran ini selalu membuatkan aku gundah bersamamu...Aku rindukan pelukan dan belaian manja darimu yang sememangnya kita bakal beroleh barakah jika kita saling menyelami perasaan masing-masing....
Sayangku,,,
ucapkanlah ucapan terima kasih pada ibu bapa kita yang menjaga dan mengawal kita sebaik mungkin sebelum aku di serahkan kepadamu, sekarang menjadi tanggungjawabmu pula untuk menjagaku, terima kasih sayang untuk cinta ini...
Buat kau yang ku panggil suami,
Demi Allah aku menyintaimu sepenuh hati, jangan kau palingkan hatimu selain dari Allah, ibu bapamu, amanahmu dan aku..Walaupun aku tahu aku berada di tangga terbawah namun aku redha...
aku dikurniakan insan sepertimu menghiasi diriku dengan agama yang kau miliki...
andai cinta suci ini kita jaga dari awal perkenalan kita maka aku mahukan berkat darinya..kau bakal 'suami' yang aku cari.......
ASSALAMUALAIKUM SAYANG, HANYA KAU YANG BERTAKHTA DI HATI...
bila mana kau terbaca warkahku ini ingatlah tarikh itu...kemudian datang kepadaku, katakan kau telah temui jawapan kepada setiap persoalanmu padaku..
aku bukan menjauhkan diri darimu, tapi aku hanya menjaga diri ini untuk kamu...
sayang,
marilah aku disisimu kini,selamanya akan menjadi milikmu...
kau yang bernama ---- ------- ------- ---- berada di luh mahfuz namamu...
mungkinkah rusukmu berada dekat dalam hatiku????
marilah sayang sesungguhnya aku menunggumu.......
SAYANG,
..............
(ISTERIMU)
No comments:
Post a Comment