4 RAMADHAN....
hari yang penuh dengan pengharapan aku mulai dengan bersujud syukur pada Illahi, alhamdulillah aku dilahirkan di dunia ini dalam keadaan yang terlalu dan cukup sempurna...
tanggal hari ini aku juga bersyukur kerana Allah telah memberikan aku peluang untuk beribadah ke jalan-Nya tanpa ada rasa takut dan bimbang untuk menuju cahaya daripada-Nya...
Aku kasihan melihat surau-surau dan masjid-masjid di negara kita kini, hanya dipenuhi oleh kaum-kaum tua yang sekian lanjut umurnya, mana dia anak-anak muda yang gagah perkasa yang kuat untuk membela agama kita..Ya Allah Kau kuatkan iman di hati mereka untuk sujud pada-Mu...
aku ringkaskan rentetan cerita yang boleh kita jadikan pengajaran untuk semua....
ceritera yang lahir dari sebuah hati yang sedih dan duka lenteran akibat sikap sesetengah orang-orang kita dalam rumah Allah...
jika ada di antara kita yang tidak selalu ke masjid, mungkin ada sesetengah ahli masjid asyik mengata itu dan ini, apatah lagi ada yang mengutuk....
wahai saudara/i islamku, aku menghormatimu namun mengapa tidak kamu sendiri yang dan kita cuba untuk membawa mereka ke rumah Allah ini...walau kita tak mampu untuk berbahas lancang mengenai agama namun cukuplah kita sekadar mendoakan supaya pintu-pintu hati mereka ini dibukakan oleh ALLAH...
Ingat saudara islamku bahawa hanya Allah yang mengerti segalanya...
hanya Allah jua yang mampu untuk memberi hidayah kepada makhluknya...dan kamu semua yang berada di rumah Allah itu patut rasa malu kerana memperkatakan hal yang tidak sewajarnya keluar dari mulut orang beragama sepertimu...
sayangnya, apabila ada di antara mereka yang jarang berkunjung ke rumah Allah dan apabila menjelangnya Ramadhan muncul muka-muka ini ingin menghadap Illahi....
kau juga yang meruntuhkan semangat saudara islammu ini..
mana tidaknya,
kau suarakan secara lantang mahupun sembunyi bahawa mereka ini bukannya mahu sembahyang sangat! hanya ingin menghabiskan makanan sahaja!!!
Ya Allah, mana perginya sopan dan adabmu sebagai insan yang taat beragama...kerana lidahmu itu, buatkan mereka ingin lagi jauh dari rumah Allah....
Mata mu juga mencerminkan siapa dirimu yang sebenarnya...
jangan kau terlalu memandang serong pada mereka ini...aku tahu kamu semua orang yang berharta punya itu dan ini serta punya amal...namun bila aku memandang semua itu bila-bila masa sahaja akan hancur dan musnah..
yang tinggal hanyalah amalan kita sahaja...
ubahlah amalanmu itu kerna di sini aku juga turut ingin mengingatkan diriku...
YA ALLAH...
ampunilah aku ya Tuhan... di kesempatan Ramadhan kali ini aku terlalu mengharap Kau membukakan semua pintu-pintu hidayah dan berikanlah hidayah-Mu pada kami semua...Kami umat kekasih-Mu yang paling lemah Ya Rabb...
kami hanya menjalankan kewajipan kami pada-Mu seikhlas-ikhlasnya...cukupkan semua rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab api neraka-Mu yang maha dashyat....
berikanlah kekuatan kepadaku untuk menjadi insan yang paling mulia di muka bumi ini...bantulah aku agar aku dapat membalas jasa kedua ibu dan bapaku serta mereka di sekelilingku...
jangan kau jauhkan aku dari rahmatmu...
jadikan aku insan yang selalu merindui-Mu....
jadikan aku insan kerdil yang tinggi ilmunya dari insan yang lain...
agar dengan ilmu ini aku dapat memanfaatkan diriku pada mereka suatu hari nanti..insyaalah...
hanya pada-Mu aku bersujud menyembah hanya yang termampu aku miliki cuma merindui-Mu Ya Rabb pada tika saat waktu....
CATATAN SUFI KAU YANG AKU RINDU....
http://www.qasehqushairah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment