Friday, October 29, 2010

Itu aku..CINTA TAK BERSYARAT..Itu kamu

Tak ada sedikitpun sesalku, tak bertahan dengan setiaku, walau di akhir jalan ku harus melepaskan dirimu, ternyata tak mampu kau melihat, dalamnya kisah cintaku yang hebat, hingga tiada alasan untukmu tinggalkan cintamu..

Demi nama cinta telah ku persembahkan hatiku hanya untuk dirimu, telah ku jaga kejujuran dalam setiap nafasku, kerana demi cinta telah ku relakan kecewaku atas ingkarmu,sebab ku mengerti…kerana ku tak pasti cinta itu tak mesti..MEMILIKI…
Andai saja bisa kau memahami, layaknya erti kasih sejati, kerana cinta yang sungguh tiada akan pernah mungkin bersyarat,

Demi nama cinta telah ku persembahkan hatiku demi untuk dirimu, telah ku jaga kejujuran dalam setiap nafasku, kerana demi cinta telah ku relakan kecewaku atas nama ingkarmu, sebab ku mengerti…kerana ku tak pasti cinta itu mesti..MEMILIKI…DIRIMU…..

Ternyata tak mampu kau melihat dalamnya cintaku yang hebat….



Ianya bukan satu luahan rasa cinta biasa, buat jiwa remaja rasa cinta mungkin indah,namun CINTA TAK BERSYARAT,BUKAN MESTI MEMILIKI….Letakkan syarat dalam cintamu, iaitu cinta berlandaskan Islam dan Iman.Saat indah bakal kecapi andai cinta yang halal cuba kau dapatkan, namun bertahankah kau,aku dan mereka?


Tunjukkan rasa cinta kita adalah rasa cinta yang paling hebat! Kita mampu kerana kita sememangnya lahir dalam sebuah kekuatan yang telah Allah anugerahkan…Kita yang tercipta antara jutaan yang ingin hidup bukan? Kita juga lahir dari rasa cinta yang telah Allah anugerahkan buat ibu bapa kita bukan?


Tinggalkan rasa cinta yang lara’.Lepaskan cinta yang yang tidak memandang rasa cinta kita yang hebat ini. Demi nama cinta itu, jagalah kejujuran cintamu dengan Illahi kerana seandainya bisa engkau fahami cinta itu tak kan bersyarat.Itulah cinta yang hakiki….


Syarat cinta dusta,’tunjukkan bukti cinta jika awak menyintai saya,’. Penyerahan segalanya demi rasa cinta dusta!cinta yang bukan lagi sah untuk aku, kau dan dia! Ya Allah lindungi kami dari syarat cinta dusta….


Jadi, pegang kata cinta ini jika kau cintai dia, cinta yang indah,bila mana kau menjaga kejujuran dalam hubunganmu dengan Illahi, kerana kau biarkan kecewamu berlalu bila mana kau lepaskan dia demi cinta yang lebih suci lebih baik dari cintamu kini…Yakinlah bahawa Allah menyediakan rahsia cinta yang paling indah buat aku, kau dan dia…CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI….


Andai katanya kau curang dan kejam bila kau putuskan padanya untuk hentikan cinta yang dibina atas dasar manusia biarkanlah….Kerana cinta kau terlalu hebat, kau lepaskan dirinya untuk mencari redha Illahi…Sayangnya, cinta itu tak akan terlihat kerana jauh dalam hati….
Allah Maha Mengetahui walaupun kita tidak tahu,ternyata dia tidak mampu untuk melihat dalamnya cinta kau yang hebat….



 titipan perenung hati : dengar lagu cinta tak bersyarat dr element. Selamat menghayati 

No comments:

Post a Comment


Followers