
Suatu hari seorang kanak-kanak perempuan yang comel dan petah bicaranya bertanya kepada saya,
'Kakak, berapa nilai batang coklat nie?' Sambil dia menunjukkan sebatang lolypop di tangannya itu pada saya.
'Owh, satu coklat ni murah aja sayang...' Saya membalasnya.
Budak perempuan itu masih lagi tak berpuas hati dengan jawapan yang saya berikan padanya.
Lantas dia bertanya lagi,
'Kakak, kenapa kakak bagi lolypop ni kat adik?'
'Owh, kakak bagi sebab kakak sayang adik lah.Sebab tu kakak bagi percuma aje kat adik. Adik tak payah bayar balik pun...'
'Kakak, kalau kita sayangkan orang tue kita kene bagi free je ke sayang kita kat orang tu..?'
'errmm....pernyataan budak itu buat saya tersentak cuma seketika!'
Ye dik, kasih sayang tu tak pernah ada nilai, tapi kita juga yang menilaikan sebuah kasih sayang itu dengan nilaian yang tiada nilai....Mahar kasih sayang itu cuma ada pada diri kita saja yang menilainya sama ada murah atau mahal... Tapi kita tak layak langsung untuk menilai harga kasih sayang tu sedangkan Allah pun tak pernah minta kita bayar balik kasih sayang Allah telah bagi pada kita...
MaharNya boleh saya bayar hanya dengan ucapan dan perlakuan tanpa saya perlu keluarkan walau satu sen pun?
Berapa Mahar kasih sayang saya pada- Nya?
Kasih-Nya saya kira bahagianya saya masih lagi berkuasa untuk berdiri solat mengadap-Nya,
Kasih-Nya pada saya telah dinilaikan dengan mahalnya 'harga' ibu bapa dan keluarga untuk saya,
Kasih-Nya pada saya telah saya nilaikan dengan indahnya nikmat iman dan Islam yang saya kecapi hari ini,
kerana Kasih-Nya saya dapat menikmati lazatnya air tangan ibu dan sedapnya milo ais!,
Kasih-Nya juga buat saya rasa hebat bila saya berpeluang menikmati sesuatu yang tidak orang lain miliki,
Kasih-Nya menjadikan ilmu itu luas buat saya 'tamak' untuk turut sama menguasai ilmu-Nya juga,
Kasih sayang-Nya juga lihatkan betapa merasa nikmatnya hidup sehingga hari ini,
Kasih-Nya juga saya nilaikan dengan keselamatan saya yang Dia telah jagakan selama ini,
Kasih-Nya juga saya darabkan lagi dengan keindahan diri saya yang telah telah Dia ciptakan hanya khas untuk saya dan bukannya untuk orang lain,
dengan Kasih-Nya juga Dia selalu menolong saya bila tiada orang pun di sisi saya dan Dia selalu ada bila waktu orang lain tidak memerlukan saya,
Kasih-Nya juga telah membutakan saya dengan urusan yang sia-sia kerana saya tahu dengan Kasih-Nya, Dia tidak akan pernah meninggalkan saya walaupun orang lain meninggalkan saya,
Kasih sayang-Nya buat saya puas, walaupun saya tak dapat peluk sayang-Nya itu sebagaimana emak dan abah selalu memeluk saya tapi saya dapat rasa indahnya Kasih-Nya dalam pelukan mereka ,
dengan Kasih-Nya juga Dia selalu memperkenalkan saya dengan sahabat-sahabat yang turut Dia kasihi,
Dia juga titipkan kemesraan antara kami jua dengan kasih sayang...
Tapi, kadang-kadang saya lupa bahawa kerana Kasih Sayang-Nya juga Dia selalu menguji saya,
Sayangnya... terkadang saya tak dapat nak harungi cubaan Kasih Sayang-Nya itu kerana saya hanya insan yang lemah,
Tapi dengan Kasih Sayang-Nya juga Dia kuatkan saya untuk harungi cubaan yang Dia bekalkan untuk saya sebab kalau saya tak mampu masakan Dia memberi cubaan itu...
Kerana hikmah-Nya yang luas dan atas dasar kasih sayang itu saya bahagia dengan segala cubaan yang Dia bekalkan...
Tapi, saya 'miskin' untuk membayar mahar kasih sayang-Nya itu, lantas saya 'bekerja ' siang dan malam untuk membayar balik mahar-Nya...Tapi apakan daya ,saya rasa maharnya belum tentu cukup....
Tapi,saya yakin Dia tidak pernah meminta sedikit pun nilai mahar untuk dibayar balik, seumpama ibu saya dia dan ibu awak, dia tidak pernah minta duit walau sesen pun sebagai bayaran melahirkan saya, menjaga saya, membelai saya dan segalanya tentang saya...Semuanya FREE of charge!
Dan abah saya dan abah awak! dia tak pernaH nak minta saya bayar balik duit belanja sekolah dan duit pengajian saya dulu.dia juga tak pernah nak minta duit dari keringat peluh yang jatuh ke bumi kerana saya! Semuanya FREE of charge!
Boleh ke saya bayar semua mahar kasih sayang itu?
Kerana Mahar Kasih Sayang-Nya untuk saya adalah mahar tinggi yang tak tercapai dek akal manusia seperti saya...
Ya Allah...SYUKUR ALHAMDULILLAH...
Aku ingin andai Ilmu ini tersebar tanpa diketahui siapa pemiliknya...
No comments:
Post a Comment