Kuselami dasar cinta paling dalam
Kepada cinta paling agung
Sedalam lautan setinggi langit nan biru
Hingga mencecah ufuk timur
Seluas daratan melimpahi khayalan fikiranmu
Begitu jauh aku selami dasar cinta kita
Sebatas sabarku menunggumu
Tatkala aku jatuh cinta tidak pernah aku duga
Akhirmu bersamaku
Sayangku,
Bait nan indah aku taburkan,
Di atas kamar persinggahan pernikahan ini,
Janji aku tunaikan melafaz akad penuh hikmah,
Aku kini suamimu, kau pula isteriku
Bersama kita melayari bahtera rumahtangga dengan iman dan takwa,
Jua restu ayahanda & bonda,
Cintaku hanya untukmu
Hanya kau yang halal bagiku
Bantuku mendidik zuriat warisan Rasul
Kerana hanya itu harta bekalan kita andai maut menjelma,
To be continue…
lieyanna
No comments:
Post a Comment