Saturday, July 30, 2011

DIA TAK SAMA!

Jiwaku terkadang diracuni,
Adakah Kau yang ku dambakan sekadar ilusi?
Mindaku terkadang cuba menerokai,
Adakah wajah-Mu, tangan-Mu, menyerupai sesuatu unsur di bumi?
Aku bisa jadi gila dengan persoalan ini,
Kalam-Mu memujukku...

Rasul-Mu pula membelai,
jangan berfikir tentang zat Allah, tetapi berfikirlah tentang ciptaan Illahi,
Mindaku berlayar lagi,
Rupa-rupanya terlalu jelas bahawa Kau memang ada sebagai Illah dan Rabbi Yang Maha Tinggi!
oh, akukah yang jahil selama ini?

No comments:

Post a Comment


Followers