Sunday, September 18, 2011

Assalamualaikum Sufi, Meninjau hari-hari yang berliku pastinya menggamit sebuah perasaan yang kusam. Hati tidak boleh dipaksa dan hati yang dipaksa sememangnya menyesakan. Meniti perjalanan dengan ranjau yang berduri bakal mengajar kita tentang harga sebuah kehidupan. Kita telah ditakdirkan untuk hidup dengan berlandaskan agama dan percaya bahawa segala ketentuan yang telah ditakdirkan untuk kita banyak tersembunyi hikmahnya. Jadi, andainya kita telah jauh meneroka kehidupan yang tersembunyi maka bersyukurlah kita masih di sini. Optimislah dengan manusia yang selalu berada di sekeliling kita dan bersyukurlah menerima mereka dengan seadanya. Mereka juga punyai kelemahan dan kelebihan seperti kita. Ikutlah apa yang terbaik boleh kita ikut dan ambillah pengajaran dari apa yang mereka lakukan. Janganlah meminggir mereka dan janganlah terlalu memilih siapa yang ingin menjadi sahabat terbaik kita. Semua manusia sama di sisiNya. Untukmu hati yang tenang, Bergembiralah andai mereka marah kepadamu kerana tandanya mereka ingin memperbetulkan khilafmu dengan caranya, Tersenyumlah andai senyumanmu tidak dibalas oleh mereka kerana tandanya mereka malu kamu yang dahulunya memberi senyuman kepada mereka , Lapangkanlah dadamu andai hari-harimu penuh dengan kegusaran dan itu tandanya Allah ingin kamu terus meminta kepadaNya dan sentiasa mengingatiNya, Lantas untuk apa kamu ingin terus memikirkan sesuatu yang tidak penting buatmu... Belajar dan teruslah untuk belajar, Sesuatu yang baru itu sentiasa perlu diperbaharui sentiasa.... LIA

No comments:

Post a Comment


Followers