Tuesday, September 20, 2011

Meniti perjalanan hidup yang makin panjang namun semakin sukar untuk meniti di atas bara yang semakin membara,
Langkah hidup ini perlu diteruskan untuk melangkah dan menapak pada satu arah yang semakin sukar untuk dilalui,
Perjalanan hidup yang tidah pernah diatur telah lama tertulis dalam alam ghaib
dalam genggaman Yang Maha Esa, Ya Allah,
akukah ini yang semakin hari merinduiMu?


Ya.. inilah aku,
hambaMu yang Engkau ciptakan dulu...


Ya ALLAH,
Aku rindu pada sesuatu yang amat Kau Rindu,
Aku cinta pada sesuatu yang amat Kau Cinta,
Aku percaya pada sesuatu yang amat Kau Percaya,
dan aku redha pada ketentuan yang amt Kau redha...
Percayalah Tuhanku,


tika kalam ini berkalam,
aku merinduiMu,
Namun aku takut rindu ini bakal bertaut pada rindu yang lain..
Walaupun aku tahu Kau sentiasa ada di ruang di dalam hatiku,
Namun aku bimbang kerana Kau selalu mengujiku dengan cinta-cinta yang lain dan kerinduan yang membida...


Ya Tuhanku,
Tangan ini menadah agar Kau memberiku kekuatan dalam mengharungi dugaan ini
Kau letakkan aku pada tempat dan sesuatu yang amat aku takuti,
Namun kau berikan aku kekuatan dari secebis kekuatanMu untuk aku mengharunginya dengan penuh sabar

Kau selalu memberiku kebahagian yang tersembunyi di balik kesulitan yang aku tanggung
Namun Kau juga yang memberiku jalannya untuk aku keluar,
Lantas aku membalasnya dengan deraian air mata kesedihan,


Ya Rabbi,
malunya aku membalas kebaikanMu itu...
Sampai suatu ketika tika aku jatuh dalam dakapan ujianMu,
Tiada siapa yang hadir memelukku cuma hanya diri dan jasad ini sahaja,
Kerana aku yang menanggung segalanya...
Hanya aku...



Kekuatanku hanya aku dengan adanya Kamu
yang sentiasa tersembunyi tapi melihatku amat dekat dalam kejauhan,
Patutkah aku untuk merasa keseorangan lagi?
dengan itu dengan memuji keagungan dan kehebatanMu buat aku makin kuat


KERANA ITU UNTUK APA AKU MESTI MENGALAH PADA MANUSIA YANG KAU CIPTAKAN SAMA SEPERTIKU???
yang mereka juga punyai rasa dan perasaan yang sama sepertiku
juga mereka juga menangis mereka juga tertawa mereka juga tersenyum
mereka juga pernah merasai sakitnya derita dan pendaam sebuah perasaan...

untuk diri ini tersenyumlah :)

walau dirimu disakiti kerana


ALLAH SENTIASA BERSAMA MEREKA YANG DIkhianati
ALLAH BERSAMAMU SELAMANYA
dengan ghaibnya yang MULIA PERCAYALAH JIKA ALLAH MEMBUKA PANDANGAN MATAMU UNTUK MELIHATNYA PASTINYA KAU TERPUKAU
sedangkan nabi Rasulullah saw terkejut sehingga pengsan melihat wajah ALLAH ....

MULIANYA WAJAH ITU.....

MASYAALLAH

nota kaki dari LIA.. :)

No comments:

Post a Comment


Followers