10111989|KELAHIRANKU KE DUNIA!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kerana aku anak abah yang ditungu-tungu. Aku sebagai bayi perempuan,gemok!gebu!montel! . Abah mabik cuti seminggu sebab nak jaga saya ni baru lahir…Dari kecil kerana abah selalu memanjakan diri ini. Bila ada yang mengusik pasti abah menjadi benteng pertahananku. Patung Barbie Doll yang sentiasa cantik dan teddy bear Doraemon dan bear yang lain sentiasa menemaniku dengan hiasan yang baru. Semua itu abah yang beli…
Sekolahku tidak pernah tiada yang baru. Kasutku, baju sekolahku, beg sekolahku semuanya abah yang beli. Pagiku yang hening selalu dibingit suara halus abah yang menggilku bangun ke sekolah. Pagiku membingit dengan manja abah yang mengeletekku untuk bangun, menarik ibu jari kakiku untuk bangun tak kurang menggigit telingaku untuk bangun…Rupanya susah juga anak perempuannya ini untuk bangun ke sekolah! Sama macam abah, kalau aku yang bersemangat bangun dulu sure abah comfirm tak bangun lagi! Aku tak suka lambat ke sekolah hari Isnin sebab ada perhimpunan, pernah lewat sampai abah hantar ke tengah perhimpunan, satu perhimpunan tengok termasuk cikgu-cikgu…. Hmmm malu..tapi sweet kot!
Abah suka anaknya ni simpan rambut panjang-panjang.Tapi aku tak berapa suka, aku cakap kat abah biar abh je yang simpan rambut panjang macam perempuan! Abah gelak..hehehe..lepas tu kene geletek lagi... Masa sekolah aku nak buat abah happy..abah selalu datang masa hari anugerah sekolah, tengok aku menyanyi, menari, berjoget-joget dan paling best tengok aku dapat anugerah,kalau tak no 1, no2, tak pun no 3….Alhamdulillah, dulu nombor-nombor ni sangat penting untuk aku berbanding nombor-nombor lain! Masa ambik hadiah tu abah datang depan stage then..clik”’ abah ambik gambar sekeping..hehehe… yang paling best lepas dapat hadiah sekolah, comfirm abah bawak g jalan-jalan atau makan sedap-sedap lepas tu…Masa kecik-kecil dulu saya sangat suka makan dengan banyaknya…
Abah tak bagi sangat berkawan dulu, sebab abah selalu pesan kawan tak selalunya terbaik untuk kita, tapi kita buat terbaik untuk kawan…sebab tulah kawan-kawan saya semuanya abah kenal…Abah suka saya main kat kawasan rumah je,kalau lebih 0.5km pun abah terus cari….Rumah kami selalu riuh dengan gelak tawa buda-budak nakal macam kami! ;) kadang-kadang abah join jugak sekali, anak-anak orang lain pun abah buat macam anak sendiri…Abah saya sangat istimewa…
Abah tak kan pernah bantah untuk beri peluang pada apa yang saya suka. Abah selalu beri ruang dan peluang untuk saya cuba dan buat sesuatu yang baru. Lepas tu abah komen, komen abah tak pernah meruntuhkan hati, selalu beri saya semangat! SAYA MESTI CUBA UNTUK BUAT YANG TERBAIK!
ABAH YANG SAYA ADA ADALAH SEORANG ABAH YANG TERBAIK DALAM DUNIA!
TIADA TERNILAI DAN TERBANDING HARGANYA...
AMARAH ABAH ADALAH SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI MENJADI SAYA YANG TERBAIK!
ABAH ADALAH ABAH TERHEBAT, DAN ANAK ABAH ADALAH PENYUSUL KEHEBATAN ABAH!
ALHAMDULILLAH.....
'Y a Allah, biarlah aku diberi kesempatan ruang dan waktu untuk aku terus berbakti kepada kedua orang tuaku, biarlah sempat mereka menangis gembira keranaku...'
No comments:
Post a Comment