Assalamualaikum &
selamat bergembira…
Duhai hati yang kuat,
Teguhlah berdiri bersama janjimu dengan PenciptaMu suatu
masa dahulu,
Teguhkan dengan pendirianmu,
Untuk menyatakan kebenaran dan menepis kekalahan,
Tegakkan panji kemenanganmu,
Bahawa engkau HAWA yang kuat, Allah ciptakan…
Duhai hati yang kental,
Kerana hati ini KAU beri terlalu kuat,
Akan aku selalu menjadi seorang yang tabah,
Haluanku KAU atur untuk menjadi si solehah yang dirindu
sahabat-sahabat dari syurga…
Tabah itu kuat,
Redha itu ikhlas,
Pasrah? HATI…itu jawapan mereka yang menyerah!
Duhai hati yang menemani,
Tika leka itu kita pernah khilaf,
Mana yang kau pilih intan, mana yang kau cari permata,
Kerana keduanya bernilai…
Ku akui, hati ini muda…. Melakukan apa sahaja dengan paksi
yg akan membinasa,
Hati…dengar ini kalamku,
Bukankan DIA selalu ada???
BersamaNYA kau tetap akan bergembira,
MengenaliNYA buat kau tetap ingin mendampingiNYA,
MentafsirNYA buat kau semakin dekat,
MenyayangiNYA buat hatimu selalu terhibur,
Apatah lagi bila kau dapat bersemuka denganNYA…?
BANGKITLAH HATI!!!
Kerana hatimu masih lagi bernyawa,
Banyak janji dan amanah dariNYA perlu kau tunaikan,
Bangkitlah… dengan kelembutanmu dan kehalusan budimu,
Bahawa sekeliling menyanjungimu dengan ikhlas,
Duhai hati,
Bantulah mereka …. Di luar sana banyak lagi yg lebih menderita,
Jangan kau biarkan sahaja,
JANJI ALLAH, DIA TETAP BERSAMAMU…
_saya gembira dilahirkan sebagai HAWA_
-NOTA KAKI LIA-
No comments:
Post a Comment