3 hari sebelum Syawal....
SUFI~teman perbahasanku didalam catatan ini...ada kisah sedih ingin aku maklumkan padamu sufi...
alhamdulillah aku menempuh satu kemalangan yang bisa meragut nyawa seorang insan bernama manusia!mungkin ini sebagai kaffarah dosaku...mungkin sebelum ini aku terlalu banyak ketawa sampaikan aku tidak sedar malaikat yang selalu datang menatap wajahku melihat aku!
astaghfirullah hal a'zim.....
andai aku lalai dalam perjalanan hidupku ini ampuni aku, berikan petunjuk buat aku..
hati aku selalu berkata benar sufi, akan ada sesuatu terjadi pada aku....sebelum kemalangan ini berlaku aku ke hospital. Melawat sahabatku yang jua kemalangan jalan raya... Tapi sufi, Allah berikan dia cubaan yang lagi hebat dariku sufi...aku tahu sepengalaman aku dalam hidup ini Allah tidak akan membebani seseorang melainkan kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hamba-Nya itu layak meringkul ujian dari-Nya!
betul tak sufi?
Sufi , kemalangan semalam banyak mengajar aku apa itu erti sabar,redha dan bersyukur...
petang semalam aku dan kawan2 berkua di luar..mulanya memang aku tak ingin berat hati aku...ada juga terlintas di hati ni aku nak ajak kawan2 berbuka di rumah aku saja...tap ada yang menolak...tapi tak apalah mungkin sudah ditakdirkan Allah aku yang dipilih...
pukul 630 petang dari simpang memang banyak kereta sufi...kejadian itu berlaku di simpang, di petak kuning....ntah aku pown tak pandai nak cerita sufi...dipendekkan cerita motor dari arah bertentangan rempuh kereta aku bila aku nak masuk simpang...sedangkan pada masa tue ada kereta dari simpang yang sama nak keluar...sufi tahu tak, semua kereta dari laluan sebelah sana berhenti...motor nie ajea laju mencilok depan kereta aku...
astaghfirrullah hal a'zim...
tercampak pemuda tu depan mata aku sufi...kawan-kawan aku dalam kereta semua terkejut!
aku dah cemas masa tu..umapama bermimpi ajea...Ya ALLAH, orang langgar aku? ke aku langgar orang?
cepat aku bawa kereta park dekat tepi jalan...cepat aku tengok pemuda tue..dalam hati aku memang sah lelaki, alhamdulillah dia tak ada apa-apa sufi, just tangan dia kebas..dia orientated nama, tempat , masa masa aku tanya dia...tapi untuk masa lepas nie tak tahulah,semoga Allah sentiasa melindungi dia...
aku check tangan dia tapi bukanlah aku pegang sufi aku tahu batas-batasnya...nadi faster runner, tachycardia sufi! sama macam aku...!
aku tak banyak soal,orang sekeliling pun tak blame aku...just aku ajea perempuan kat situ...tapi kalau dia cedera teruk terpaksalah aku jalankan kewajipan aku sebagai ahli kesihatan...
dan syukur sangat sufi dia jatuh dekat dengan air...tak lah rasa sakit sangat...kebetulan masa tu kawan dia ramai kat situ....
pasal motor dia...taklah teruk sangat seteruk kereta aku...
alhamdulillah sufi...bukan aku nak memuji pemuda tu tapi kelakuan dia baik dan sopan,langsung tak tengking-tengking aku..maklumlam ramai wanita menjadi mangsa keganasan dan kemarahan jalan raya walaupun wanita tak salah .... dia tanya aku nak buat report ke tak...aku dah tak tahu nak buat apa...dalam fikiran aku hanya ingatkan abah ajea...sebab kereta tu abah sayang....
tak sampai lama kejadian tu kawan-kawan aku semua datang...aku suggest buatlah report...lagipula pemuda tu nak nak di caj dia langgar lagi...alhamdulillah sufi..
sampai di balai polis dah dekat waktu nak berbuka...kami semua berbuka sama-sama kat balai!
Ya Allah, tak tahulah apa nak dikata sufi... :)
lepas buka polis kat situ suruh datang dalam jam 900 malam nanti...kami pun sepakat ambil no pemuda tu dengan no flat dia dan kami semua makan di KP...
solat maghrib di surau....kenapa malam tu tenang aja rasa sufi...aku tunaikan juga solat hajat semoga Allah memberikan bantuan untuk aku di atas ujian-Nya ini..
masa dalam KP aku call abang dan abah aku...mereka semua suruh tunggu sebelum buat police report...
aku tak lalu makan sufi...masa tu aku cuma ada kawan-kawan aku saja...mereka yang tenangkan aku...beri aku kekuatan dan kata semangat...aku bukan sedih atas kemalangan tu tapi sebab kawan-kawan aku...syukur ALLAH temukan aku dengan sahabat-sahabat sehebat kawan-kawan aku!
kami semua sepakat tak akan guna duit famly aku untuk repair kereta tu...alhamdulillah pemuda tu pown tak nak buat police report lagipun dia army...so kami settle down kat luar saja...
alhamdulillah malam tu jugak dia bayar ganti rugi yang dia bayar pada aku, dan malam tu jugak kawan-kawan aku ambil duit masing-masing...cukuplah untuk repair kereta kan sufi?
mereka semua cakap mereka akan bertanggungjawab lagipun mereka tetap akan jadi kawan aku masa aku susah dan senang...subhanallah sufi,doa aku sepanjang masa untuk menginginkan sahabat yang menyayangiku dunia dan akhirat hampir termakbul...dan aku dapat melihatnya malam itu sufi...mereka sahabat aku kala aku susah dan senang...
dan akhir kemalangan itu kami berdamai..kata maaf keluar dari mulut masing-masing...
Sufi, indahnya akhak terpuji! tanpa ada dendam melainkan timbulnya simpati..aku berdoa sufi, semoga Allah memurahkan rezeki untuk dia ,sahabatku dan aku...rugi di dunia saja kan sufi...!
sufi,
hidup ini indah bila kita tahu menghargainya...bagi aku keberadaan harta benda yang aku miliki sekarang semuanya milik Allah swt, bila-bila masa sahaja dia akan ambil kembali..
begitu juga dengan nyawa kita sufi, kita tak akan tahu bila kita akan mati..ntah esok, lusa,mungkin beberapa saat nanti...
sesiapa yang membaca atau terbaca catatan hati ini anggaplah segala yang berlaku itu ada hikmahnya...Allah tidak sesekali membebani kita melainkan Dia tahu kita mampu lalui semua itu...
jadi ucapkanlah alhamdulillah atas setiap yang berlaku,jika air mata yang berlinangan keluar,jadikan air mata itu sebagai air yang bakal memadamkan api yang ingin membakar kita kelak...nauzubillah...
dan sekarang kereta aku dah selamat tinggal di Hospital Workshop Kuantan... just tukat body alignment fractur kat depan sikit ajea..lampu pecah..cornnea dengan alis nak repair sikit...:)
GCS kereta tue maybe dah okay sekarang...
sufi, kalaulah kereta tu pandai bercakap mesti 'dia' sakit jugak kan..meraung-raung kesian sufi...tapi nasib baiklah kita manusia yang berakal ni Allah dah jadikan sebaik-baik kejadian...
sufi, kau selalu mengingatkan aku bahawa... :
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia akan mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dr kejahatan) yang dikerjakannya.
doaku sufi :
' YA TUHAN kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kepada kami , ampunilah kami, dan rahmatilah kami,
Engkau penolong kami, maka ampunilah kami terhadap kaum yang kafir...'
(Surah Al-Baqarah 284-286)amin ya rabbal alamin...
No comments:
Post a Comment