Thursday, September 9, 2010

Khazinatul Asrar{Khazanah segala kerahsiaan}.

Indah namamu seindah dirimu!

Kau memang menyimpan kerahsiaan…rahsia sekeping hati yang takut pada Ilahi. Di sebalik tabir dirimu, rahsia itu terus tersembunyi agung. Lantaran rahsia keindahan yang cuba kau pertahankan itu membuatkan aku rasa tercabar untuk memilikimu.

Siapa yang tidak sukakan keindahan yang terpelihara? Jikalau kau diciptakan sebagai sebutir mutiara. Kau adalah mutiara yang
bersinar gemilang jauh di dasar lautan. Bukanlah mutiara yang terdedah menjadi perhatian umum. Jatuh nilainya. Jikalau kau diciptakan sebagai sekuntum bunga.

Sudah tentu kau adalah bunga mawar yang mempunyai syauqah (duri). Dari kejauhan sudah bersinar gemerlap keindahan bersama gemersik aroma yang harum mewangi. Sentiasa menjadi angan- angan setiap kumbang meskipun gentar dan sukar untuk didekati.

Khazinatul Asrar, kaulah wanita pertama yang bertakhta di hatiku ini. Insan yang menjadi idaman untuk menjadi teman hidupku semulia Khadijah, lambang sebuah kecintaan. Kau ibarat mawar yang sedang mekar di Taman Islam. izinkan aku
menyunting dirimu kerana mengharapkan keredhaan Allah.


Aku diciptakan untuk menjadi seorang doktor yang merawat fizikal manusia. Oleh itu, ingin sekali untukku memiliki seorang permaisuri yang juga seorang doctor…doctor yang merawat keperibadian insan.
Khazinatul Asrar…sudilah kiranya kau menerimaku untuk menjadi teman hidupmu dalam meredah musafir hidup yang masih panjang menuju negeri yang abadi. Di situlah destinasi cintaku yang pasti. Aku melamarmu…

PELAMAR HATIMU...

No comments:

Post a Comment


Followers