….dakwah adalah penerusan dan kesinambungan misi dan visi abadi daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat.
Mempertikaikan mesej dakwah dengan berselindung di sebalik perbezaan persatuan dan kesibukan belajar bererti meneruskan sikap anarkis terhadap hidayah dan kebenaran. Sebagai mahasiswa apatah lagi sebagai wakil pelajar ,perlu untuk lebih berani
dalam menyatakan pendirian menegakkan al-haq.
perlu sentiasa diingat, kekentalan dalaman akan melahirkan keberanian. Solat tahajjud dan al-Quran jangan sesekali dianggap asing dalam kehidupan seharian. Pada dua senjata pejuang ini tersirat rahmat dan kasih sayang yang agung dari Allah S.W.T.
Ingatlah tanpa iman, ilmu, amal, istiqomah dan mujahadah perjuangan yang kita laung-laungkan sebenarnya tiada wawasan dan arah. Tanpa rasa cinta pada ukhuwwah dan jemaah usah namakan diri sebagai penyokong dan pendokong wehdah.
Persefahaman dan kesatuan adalah sangat penting untuk mewujudkan jemaah yang quwwah. Pengorbanan adalah lumrah. Jalan dakwah yang kita pilih ini tidak pernah menjanjikan hamparan permaidani merah malah penuh ranjau dan duri kerana ketahuilah jalan menuju ke neraka itu indah dan mengasyikkan sebaliknya jalan menuju ke syurga adalah menyakitkan.
Selagi Allah adalah matlamat utama hidup kita
dan selagi tiap tingkahlaku kita berteraskan fardi Muslim, selagi itulah kita masih di jalan yang benar ini. Wawasan kita adalah jelas dan pasti bukannya setakat wawasan 2020 tetapi wawasan kita nun lebih jauh ke hadapan mengejar wawasan akhirat yang kekal abadi…………………
No comments:
Post a Comment