Thursday, July 29, 2010

a lot of things you need know..

KEUTAMAAN SHALAT

1. Orang yang menjaga shalat lima waktu, dengan memperhatkan ruku’ susjd dan wudhu yang sempurna, maka wajib baginya syurga dan haram baginya neraka.
2. Selama seorang Muslim menjaga shalatnya, maka syaitan akan takut padanya. Tetapi jika melalaikannya, maka syaitan akan berani kepadanya dan akan menyesatkannya.
3. Amal yang paling utama adalah shalat lima waktu.
4. Shalat adalah kurbannya setiap orang yang bertaqwa.
5. Amal yang paling disukai Allah swt adalah shalat di awal waktu.
6. Barang siapa pergi untuk melaksanakan shalat Subuh, maka di tangannya dia membawa bendera iman, dan barangsiapa pergi ke pasar pada waktu subh, maka di tangannya adalah bendera syaitan.
7. Empat rakaat shalat sebelum Zuhur sama pahalanya dengan empat rakaat shalat Tahajjud.
8. Empat rakaat shalat sunat sebelum Zuhur kedudukannya sama dengan empat rakaat Tahajjud.
9. Apabila seseorang berdiri melaksanakan shalat, maka rahmat Allah tercurah kepadanya.
10. Seutama-utama shalat (setelah shalat fardhu) adalah shalat pada pertengahan malam, namun sedikit sekali orang yang mengerjakannya.
11. Jibril a.s datang kepada saya dan berkata, “Wahai Muhammad, berapapun lamanya engkau hidup, suatu hari nanti pasti akan mati jua. Siapapun yang engkau cinta, pada suatu hari nantipasti engkau akan berpisah dengannya. Dan segala amalan yang engkau kerjakan (yang baik ataupun yang buruk), pasti engkau akan mendapatkan balasannya. Tidak diragukan lagi bahawa kemuliannya seorang mukmin adalah pada Tahajjudnya, dan kemuliaannya juga adalah pada sifat qana’ahnya.
12. Dua rakaat shalat pada akhir malam adalah lebih utama daripada dunia dan seisinya. Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan mewajibkannya kepada meeka.
13. Jagalah shalat Tahajjud kerana Tahajjud adalah jalan orang-orang soleh dan jalan untuk mendekati Allah, penjaga dari perbuatan dosa, penyebab keampunan dosa, dan menyehatkan badan.
14. Allah swt berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah malas melaksanakan empat rakaat shalat pada permulaan hari, nescaya Aku pasti akan memenuhi seluruh keperluanmu pada hari itu.”
Sesungguhnya keutamaan-keutamaan shalat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menjaganya banyak sekali disebutkan di dalam kitab-kitab hadith. Namun 40 hadith yang disebutkan di atas kiranya sudah mencukupi.

________________________________________
SEKIRANYA ALLAH TERTIDUR

Diriwayatkan dalam sebuah kitab kaum Nabi Musa a.s ada bertanya kepadanya, “Adakah Tuhan kamu itu pernah tidur wahai Musa?” Nabi Musa lalu menerangkan sebagaimana ayat yang terkandung di dalam kitab Taurat firman Allah, “Dia (Allah) tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur.” Kemudian kaumnya bertanya lagi, “Mustahil Tuhan kamu itu tidak pernah tidur.” Allah s.w.t lalu menyurug Nabi Musa mengambil dua biji botol dan botol itu hendaklah di isi dengan air hingga penuh dan ianya dipegang, kemudian Allah pun menidurkan Nabi Musa. Semasa tidur tanpa disedari maka terjatuhlah botol yang sedang dipegangnya itu dan pecah berderai, Allah pun berfirman, “Wahai Musa! Katakanlah kepada umatmu, sekiranya Aku tertidur maka akan binasalah seluru alam ini.”
________________________________________
2 KEHAIRANAN IBLIS TERHADAP MANUSIA

Rasulullah saw pernah bertanya kepada iblis laknat, “Wahai iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku, aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah swt.” Iblis menjawab, Ya Tuhanku! Demi kemuliaanMu, aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran NabiMu, aku akan mencampur-gaurkan lelaki dan wanita supaya senang aku mencelah ditengahnya.” Rasulullah saw bertanya lagi, “Wahai iblis! Apa lagi yang emgkau musykilkan??”
Kata iblis, “Ya Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam 2 perkara iaitu; 1, Mereka menagku mencintai Allah swt tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat serta perkara mungkar. 2, Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.” Allah berfirman, “Sememangnya engkau makhluk terkutuk! Demi kemuliaan Ku, Aku akan berikan pada umat Muhammad 2 kebahagiaan iaitu;
1, Kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana tipu helahmu.”
2. Marah mereka itu kepada kamu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan. “Iblis menjadi tercengang bila mendengar penjelasan sedemikian dari Allah. Barulah iblis mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad adalah umat yang amat disayangi oleh Allah swt yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
________________________________________
Antara Tangisan AKADEMI Fantasia dan kekejaman Israel terhadap umat Islam
AKADEMI Fantasia (AF) telah pun melabuhkan tirainya. Walaupun ramai di kalangan ulama telah menyatakan sikap bahawa rancangan-rancangan realiti hiburan seperti Akademi Fantasia adalah haram di sisi syarak (sama ada yang menganjur, peserta, menyokong dan segala perkara yang berkaitan dengannya), pandangan itu tidak diendahkan.
Pandangan para ulama’ berhubung rancangan realiti hiburan itu telah disiarkan dalam sebuah akhbar arus perdana negara pada awal 2006 iaitu sebelum AF4, satu rancangan realiti televisyen terbitan Astro, dilangsungkan. Tiada siapa pedulinya malah rancangan-rancangan realiti hiburan itu masih tetap dianjur bagi memaut hati golongan remaja yang saban hari didedahkan dengan pelbagai jenis hiburan yang pastinya tidak menguntungkan Islam. Ia diberi laporan dan persembahan secara meluas, sama ada menerusi akhbar arus perdana mahu pun rangkaian televisyen.
Apa yang penulis nyatakan di sini, pernah satu ketika penulis pernah mengikuti satu kuliah agama di masjid yang disampaikn oelh seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Beliau berkata bahawa Nabi Muhammad saw dalam satu hadis ada menyebut, sesiapa yang hadir (mengikuti, menyokong dan segala yang berkaitan dengannya), di mana dari awal hingga akhir program itu tidak mengingatkan manusia kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi, maka orang iu akan kesal sekesal-kesalnya pada hari akhirat.
Apa pun kita masih mengharap agar AF5 tidak akan diadakan pada musim akan datang (InsyaAllah) lebih-lebih lagi jika kita amati apa yang berlaku di Lubnan dan Palestin. Di dua negara umat Islam itu, rejim Yahudi laknatullah telah melancarkan serangan ke atas kanak-kanak, wanita, orang-orang tua serta merosakkan perhubungan awam. Adakah kita pernah terlintas untuk mendoakan mereka atau memohon kepada Allah agar musuh Islam dibancurkan? Adakah kita tangisi nasib malang seperti tangisan penyokong AF pada 4 musim berturut-turut?
Cukuplah penulis petik ungkapan baginda Rasulullah saw ; “Sesiapa yang lena tidur malam dan tidak peduli masalah yang di hadapi oleh saudara-sausara Islam yang lain, maka orang itu tidak termasuk dalam kelompok orang-orang Islam.”
Justeru, pernahkah hita terfikir tentang nasib malang yang menimpa saudara-saudara kita di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Chechnya, Kashmir dan lain-lain sebagai menyatakan sokongan kita buat mereka.
Pernahkah kita menadah tangan memohon ke hadrat Allah swt bermunajat agar mereka diberi kemenangan, sekali gus musuh-musuh Allah di kalangan Yahudi dan Nasrani dimusnahkan oleh Allah swt.
Antara bentuk bantahan yang mampu kita serlahkan terhadap Yahudi laknatullah dan Nasrani adalah memboikot barangan keluaran syarikat-syarikat milik mereka seperti KFC, Coca Cola, MacDonald, Caltex, rokok dan banyak lagi. Ketahuilah kerana sumbangan kita dengan barangan-barangan itu akan dimasukkan keuntungan dalam dana Zionist yang membeli senjata membunuh umat Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.
Untuk pengetahuan juga, pengaruh-pengaruh seperti rancangan realiti huburan ini juga di bawa oleh Yahudi laknatullah untuk merosakkan seluruh umat Islam di dunia agar mengikut telunjuk mereka satu hari nanti. Mengapakah kita masih lagi menyokong apa yang di bawa oleh Yahudi ini...?

________________________________________
TUNTUTAN ORANG-ORANG BUKAN ISLAM MELALUI IFC
1. MUKADDIMAH
Satu tuntutan ang dibuat oleh sekumpulan orang bukan Islam melalui IFC, satu pertubuhan NGO, yang menyentuh beberapa perkara undang-undang Islam di Negara kita. Telah berlaku IFC menyentuh 14 perkara penting yang membakar kesabaran kita yang mana mencabar kesucian Islam, Mahkamah Syariah, Institusi Raja-Raja, Institusi Mufti, Jabatan Agama, Pertubuhan Islam dan semua orang Islam. Nama lain bagi pertubuhan IFC ini ialah dipanggil kumpulan ARTIKEL 11.

2. SIAPA DIA IFC
IFC digagaskan pertubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, and Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

3. MATLAMAT IFC
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

4. TUNTUTAN IFC
IFC menuntut 14 perkara iaitu :
i. Seseorang anak yang dilahirkan ole ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
iv. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendakla dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamnya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agamitu hendaklah diajar disemua sekolah.
xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan aripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

5. TINDAK KITA UMAT ISLAM
Semua tuntutan IFC telah dibantah oleh Majlis Agama Islam, Institusi Mufti, badan-badan dan NGO Islam yang lain. Walaubagaimanapun kita sebagai umat Islam patut tersinggung dan marah akan tuntutan IFC. Kerana tuntutan mereka berbau perkauman dan bertujuan merendahkan martabat Islam di Malaysia. Kita patut bertindak seperti berikut :
i. Membantah semua tuntutan IFC.
ii. Bersatu padu melalui institusi Masjid untuk menghalang tuntutan tersebut.
iii. Menyebarkan berita ini kepada kawan-kawan dan keluarga kita.
iv. Menyokong tindakan kerajaan kepada IFC.
v. Muat turun [DOWNLOAD] fail ini dan dengar isi kandungannya : Penerangan IFC (sila klik kanan pada link dan ke "Save Target As")

________________________________________
Indonesia Menyerang Media
Apa nak jadi dengan Malaysia? Semakin hari semakin tidak keruan. Jika sebelum ini, bagi slot drama di televisyen, popular sana sini dengan drama dari Amerika Latin, selepas itu, Hindustan juga pernah menembusi pasaran negara, kini Indonesia pula mengambil alih. Nampak gayanya, serangan Indonesia agak hebat dan unik kerana bahasanya agak difahami dan ada juga menyentuh bab agama.
Kasihan dan amat kasihan. Agama yang diselitkan dalam drama itu bukannya untuk memberi faedah, malah turut menjadi barang spare part juga. Islam ialah barang spare part. Di sana sini Islam dijaja dan dijajah. Dijaja dan dijajah oleh penganutnya sendiri!
Lihat saja Kiamat Sudah Dekat, Bawang Putih Bawang Merah, Mutiara Hati, Hidayah dan pelbagai lagi. Ini hanya drama. Lihat pula filem. Yang terkini ialah filem My Heart. Filem yang didalamnya ada adegan cium-cium yang boleh di tonton oleh remaja.!! Hai Seronoknya cium cium! Tidak cukup memasarkan filem, dipanggil juga pelakonnya datang ke malaysia! hebat!! Sanggup sponsor tambang, hotel, dan lain-lain hanya kerana nak bawa pelakon ini sahaja dan hanya menyanyi 3 lagu di atas pentas. Hebatnya pengaruh cium-cium ini!
Nilai Islam hanya spare part juga tampak pada penampilan artis-artis Indonesia ini. Kita dibanjiri oleh artis-artis Indonesia yang entah apa-apa sejak kebelakangan ini. Dengan nama yang juga entah apa-apa seperti opick, gigi, gusi, radja, dewa, sudu, dan yang bukan bukan lagi. Sejak kebelakangan ini, secara tiba-tiba kumpulan rock indonesia itu membawa mesej islam pula. Menyanyikan lagu-lagu berentak slow dan nasihat serta selawat memuji allah dan rasul. Hei!! Apa ini? Kamu ingat Islam ini apa?
Apa mesej yang hendak di bawa? Nah, yang sebenarnya, ia hanya terkonkong pada kepentingan peribadi sahaja. Tidak ada satu pun yang secara telus mahu memperjuangkan islam dan menjadikan Islam sebagai yang tertinggi. Bila pasaran 'Islam' sudah tak laku nanti, mereka akan beralih kepada genre lain pula.
Kasihannya agamaku. Diperlakukan dengan rakus dan zalim oleh DUNIA! Mengapa DUNIA begini? Tidak adakah simpati pada agama yang benar ini?
Dimana pembela agama ketika ini? Sedang buat apa? Sedang berlatihkah? Atau sibuk dengan kursus dan seminar serta himpunan? Sedang sibuk mencari pasangan kah? Atau sedang sibuk menacri harta dunia?
________________________________________
PANTUN MALAS SEMBAHYANG
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang....

Apasal la aku malas sembahyang,
kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la ak malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nakmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balung sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!!
________________________________________
BILA HATI TELAH BERKARAT
Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati
Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang
rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh
dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda: "Sesunggunya hati manusia
akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air.
Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk
menjadikan hati itu bersinar kembali?" Maka jawab Rasulullah,
"Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."

Riwayat Baihaqi dari Ibn Umr, Rasulullah bersabda :
"Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran)
pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong."
Riwayat At Tirmizi.

Jalan capai taqwa mujahadah (lawan nafsu), jaga kebersihan hati
(jangan makan banyak, membaca Al-Quran) dan bersihkan hati
dari nafsu.
________________________________________
MAKSIAT BATIN
Apabila disebut sahaja maksiat, kita tahu bahawa ia
merupakan suatu perkara yang dimurkai Allah swt. Kita
menyedari apabila kita dan orang lain melakukan maksiat. Tetapi
kita selalu hanya sedar maksiat itu dari sudut maksiat zahir sahaja.
Kita selalu alpa terhadap maksiat-maksiat batin yang kita lakukan
yang ianya boleh membahayakan diri kita sendiri. Maksiat batin
merupakan maksiat yang berlaku kerana perlakuan atau tabiat hati
dan jiwa manusia. Ahli-ahli sufi menjadikan maksiat-maksiat batin
ini sebagai musuh dan serangannya.

Diantara maksiat-maksiat batin ini adalah :-

1. Tamak
2. Marah
3. Hasad Dengki
4. Bakhil
5. Takbur
6. Hairan pada diri sendiri
7. Riak
8. Cintakan dunia
9. Cintakan kemegahan
10. Sifat lain yang setara dengannya.

Perkara ini juga disebut sebagai penyakit hati yang
wajib bagi setiap individu muslim berusaha
menghapuskannya demi kesejahteraan dunia dan
akhirat. Firman ALLAH dalam surah As-Syams Ayat 9-
10 Maksudnya:- Sesunguhnya berbahagialah
orang yang membersihkan dirinya (lahir dan batin).
Dan benar-benar rugi (menyesal) orang yang
mengotori dirinya."
________________________________________
RAHSIA MEMOTONG KUKU
Sekurang-kurangnya, setiap minggu kita pasti meluangkan
masa untuk memotong kuku. Ini disebabkan Islam mengajar umatnya
menjaga kebersihan diri. Walaupun memotong kuku dilihat
seperti suatu ibadah yang remeh, namun ada kaedah-kaedah
yang tertentu yang perlu kita ketahui.

RASULULLAH SAW BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

Hari Sabtu
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan.

Hari Khamis
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

Hari Jumaat
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh
ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tetapi ada kaedahnya.
Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita
yang perlu kita hormati. Misalnya kerat kuku ada adabnya
selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang
tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah
kerana kita juga unsur tanah. Bukannya tong sampah sekalipun
tong sampah itu bersih. Lagi satu, mulakan kerat kuku itu mulai
dengan Bismillah dan selawat Nabi saw dan kerat mulakan jari
telenjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari
kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali
ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking
kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang
paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.


Begitulah indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajar.
Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.
________________________________________
Mampukah Penasyid Istiqamah?
Pandangan peribadi saya, kalau ada pihak2 tertentu yg menyelar abg *****) sbg artis nasyid bermuka2, saya x berapa setuju sangat sebab kalau kita tengok perjuangan artis2 nasyid yg kita tau selama ni macam raihan, rabbani, hijjaz,saujana,etc, cuba pikir dah berapa lama mereka berjuang dalam arena ni? dah berpuluh tahun, dari zaman budak2 belasan tahun sampailah dah beranak pinak..perjuangan mereka semua sebenarnya telah menjadi inspirasi kepada artis2 nasyid lain untuk lebih maju dalam meletakkan nasyid setaraf dengan muzik2 mainstream yg lain..x salah kalau ikut perkara yang baik..Allah jua yg tahu hamba-Nya
Ini adalah tulisan salah seorang penasyid tanahair. Saje je paste untuk mengulas penasyid-penasyid kita.
Sebagai menjawab, jika disandarkan 'lama'nya mereka berjuang bagi menyatakan mereka tidak bermuka-muka, itu adalah hujah dangkal dan satu kesilapan yang besar. Lama mana seseorang itu berkecimpung dalam apa juga bidang, ia bukan menjamin pengekalannya hingga bila-bila.
Peduli apa mereka dah berpuluh tahun bahkan ratusan tahun sekalipun. Jika ditakdirkan mereka bermuka muka, maka bermuka lah mereka. Jangan terlalu yakin pada hari ini kerana nasib hari esok, para malaikat pun tidak tahu!!
Mungkin sahabat-sahabat pernah membaca/mendengar kisah seorang pemuda yang terlalu alim dan warak di zaman dahulu. Kehidupannya dipenuhi dengan beribadah dan mentaqarrubkan dirinya pada Allah. Suatu hari, dia didatangkan syaitan/iblis yang menyerupai seorang tua yang menyatakan ingin menumpang bermalam kerana bermusafir. Akhirnya, pemuda tersebut berjaya dikafirkan oleh iblis tadi pada saat tali gantung berada di lehernya. Nah, seorang yang warak boleh murtad, inikan kita... inikan pula penasyid...?
Lihat pula realiti di Malaysia. Saya tak mahu menyebut nama yang berubah dari baik ke jahat. Tapi saya menyebut dari jahat ke baik. Mungkin boleh disebut pertamanya Akhil Hayy. Memang beliau bermuka-muka! Dulu dia rock. Skrg dakwah. Bukankah tempoh 'lama' boleh dijadikan asbab untuk seseorang berubah?
Lihat pula Azmil Mustapha, Sheqal dan lain-lain. Mereka juga 'lama' di dalam bidang mereka, namun sekiranya Allah mengatakan 'KUN'! maka FAYAKUN! Begitu juga penasyid ini. Jika Allah takdirkan penasyid ini menjadi pencuri, siapa yang boleh menghalang? Sedangkan sudah ada Ustaz yang merogol, inikan pula penasyid?
________________________________________
Islam Bukan Barang Spare Part
Barang spare part biasanya kita gunakan bagi memenuhi kehendak dan keperluan kita. Barang spare part juga akan kita gunakan apabila berada dalam kesusahan ataupun pada keadaan tertentu sahaja. Tayar spare contohnya, amat bernilai dan dipuji-puji ketika saat tayar utama bocor. Jika tidak, kewujudannya tidak di endah, hadirnya dia tidak dipedulikan!
Agak malu hendak menyatakan hakikat bahawa, keadaan Islam seperti itulah sekarang. Islam yang sepatutnya menjadi 'kenderaan' bagi membawa penumpangnya sampai ke destinasi sebaliknya hanya menjadi barang spare part! Barang yang hanya diletakkan di 'bawah' bonet, dan di belakang sekali! Amat hina, tidak bernilai dan martabat yang rendah.
Jika di sepanjang perjalanan itu tidak terjadi apa-apa musibah umpama tayar bocor, maka tayar spare part tidak akan diendah lansung. Tidak ada cakap-cakap pun tentang tayar spare. yang ada hanya yang nampak seperti minyak hitam, air radiator, bunga tayar utama. Tayar spare part? ah, perdulikan dia.
Segala macam bukti boleh dihujahkan bagi menyatakan bahawa begitulah status Islam pada hari ini. Hanya diguna apabila perlu. Hanya disebut apabila terdesak. Ada satu Perhimpunan Agung terpaksa menggunakan Islam bagi menyatakan dan membuktikan keadaan masih lagi boleh terkawal kononnya. Pemandu utamanya dengan tidak segan silu membaca bait-bait al-Quran sedangkan penumpang-penumpangnya di belakang gelak gelak ketawa memijak-mijak Islam, mengutuk ulama, menghina syariat dan hukum Islam, mempersenda kes murtad. Mungkin pemandu itu terlupa mengingatkan penumpangnya agar jangan suka bermain ketika dalam kereta. Mungkin ada juga 'seorang' penumpang dalam kereta itu yang yang mengingatkan pemandunya agar 'jangan bawa laju-laju'. Tapi, pemandunya berkata: 'aku tau la, aku yang pandu, kau duduk diam-diam'.
Demikian juga kes seorang wira yang berjaya pusing-pusing satu dunia guna kenderaan kapal layar. Ketika belayar, mungkin lansung tak menjadikan islam barang spare part malah terus TIDAK DIBAWA bersama! Hendak buat apa bawa Islam? Bukankah menyusahkan? Misi utama harus dikejar terlebih dahulu. Jika Islam dibawa, tentu ia akan membantutkan usaha memburu impian itu!
Hari ini, dengan tidak malu dan sedikit janggal, mengambil semula Islam yang pernah ditinggalkannya dahulu. Dijaja disana sini dengan sedaya upaya bagi mengatakan 'akulah islam juga'. Hei, orang berada di pentas, tidak akan tahu bagaimana persepsi penonton! Jika tidak tahu berlakon, jangan berlakon! Jika tersalah skrip, anda menempah bahaya!!
Tidak kurang juga ulama-ulama jahat yang kini sedang membiak dan membesar dengan pantas. Ulama-ulama jahat semakin berleluasa di sana sini. Ada yang diangkat menjawat jawatan penting. Mereka ini kelak akan memakan dan meranapkan ulama-ulama yang baik agar ulama yang baik ini tidak kedengaran suaranya. Yang akan terdengar hanyalah suara-suara ulama jahat yang mahukan umat tersesat dan terpesong dengan lebih jauh. Ulama jahat ini juga lebih jahat daripada pemimpin negara yang cetek ilmu agamanya. Kerana jahatnya itu, dia memutarbelitkan fakta-fakta, sirah, syariat yang ada agar semuanya selari dengan zaman kini. Lantaran itu, golongan ulama jahat ini sepatutnya tidak disanjung dan tidak dipuji ilmunya walaupun ada manfaat di sebalik kata-katanya.
Banyak lagi keadaan yang berlaku bagi menyatakan bahawa Islam sudah tidak lagi dijunjung, malah yang menjinjing pun sudah tidak ada. Apa yang berlaku ialah Islam dipijak-pijak bagi melenyapkan addinnya supaya kehidupan mendatang tidak lagi mengikut garis panduan Islam yang anggapannya menyusahkan dan memayahkan.
Golongan pencinta dan pejuang agama seharusnya sedar akan situasi ini. Islam bukan barang spare part yang hanya digunakan ketika perlu sahaja. Islam adalah tinggi. Tiada yang lebih tinggi melainkan Islam. Islam lebih tingi daripada segenap lapisan langit hingga ke arasy Allah. Kerana itulah, Islam hanya satu-satunya penyelamat ummah dan menyatupadukan keadaan serta menyerlahkan kebenaran yang hakiki.
Bagi sesiapa yang menyatakan cintakan Islam, seharusnya mendalami dan memperhalusi setiap ajarannya dan bukan hanya diguna pada bahagian tertentu sahaja. Politik Islam tidak terkongkong hanya pada pilihanraya. Ia lebih luas merangkumi segenap aspek kehidupan.
Parti Politik ataupun pertubuhan serta NGO yang menyatakan memperjuangkan Islam harus jelas dalam menyerlahkan apa yang diperjuangkan. Jangan melakukan sesuatu yang tampak mengelirukan dan melemahkan kekuatan Islam itu sendiri. Penganjuran apa-apa program mesti selaras dengan piagam Islam dan tidak tereluar dari prinsip yang selama ini diagung-agungkan.
Kita tak perlu berubah. Kita tak perlu banyak tindakan atau program alternatif. ISTIQAMAH! Bukankah itu jalan yang Allah nilai? Jika Allah tidak berikan kemenangan hari ini, mungkin akan datang.
Ingatlah! Jika hendak mengejar sesuatu, pastikan yang dikendong tidak tercicir!
________________________________________

No comments:

Post a Comment


Followers