Thursday, July 29, 2010

saya MENYINTAI.....????

Something to think about...[re-post]
Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih.
Tiada salahnya menyintai seseorang kerana
Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurus cinta begitulah kamu mengurus dirimu dan setiap hati dan perasaan
mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dgn seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi,
tiada siapa yang harus dipersalahkan,
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi..
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa
Apabila ia datang mengetuk pintu hati mu
Terimalah kehadiran cinta itu dgn segala misteri di dalamnya
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...
Semoga semua dapat bertemu dgn cinta yg sejati dan jujur....
Insya Allah.................................
wallahu'alam....
Posted by: re-know at 06/29/06 01:35 | link | comments
Wednesday, 21 June 2006
Bacalah
Kubur itu gelap, cahayanya ialah 'LAA ILAA HA ILLALLAH'. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'LAA ILAA HA ILLALLAH' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):
"Wahai manusia! Ucaplah 'LAA ILAA HA ILLALLAH', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "LAA ILAA HA ILLALLAH!"
Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan,hanya untuk usaha kita yang sedikit ini. 'LAA ILAA HA ILLALLAH'


wallahu'alam...
Posted by: re-know at 06/21/06 18:47 | link | comments
Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus ketika terperangkap di dalam perut ikan nun...

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiya')

Amalkanlah selalu...insya Allah akan dipecahkan kebuntuan dan dipermudahkan urusan.

wallahu'alam...
Posted by: re-know at 06/21/06 18:40 | link | comments
untuk renungan bersama..
"A'uzubillah himinash syaithon nirrajiim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

Bacalah ayat di atas sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah dan jangan tinggalkan solat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Seperti mana sabda Rasulullah SAW:
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.'

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Wallahu'alam...
Posted by: re-know at 06/21/06 18:02 | link | comments
Rahsia Surah Al-Ikhlas
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga."
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada para sahabatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang masih kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

Sabda Rasulullah SAW lagi :
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahadu' itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, 'Allahhus Somad' itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 'Lamyalid walam yuulad' tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 'Walam yakullahu kufuwan ahadu' tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."



Wallahu'alam...
Posted by: re-know at 06/21/06 17:56 | link | comments
Rahsia Ayat 58 Surah Yasin
Barang siapa yang membaca surah YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut
"SALAMUUN QAULAN MIN RABBIRRAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu,
Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Misalnya boleh niatkan sebegini:
1. YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri/suami,anak-anak yang soleh dan mencintai Islam.
3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan kejayaan di dunia dan akhirat.
4. YA-ALLAH YA-JABBAR, Kurniakan aku keimanan yg tiada lagi kekufuran sesudahnya.
5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat takbur,khianat dan munafiq.
6. YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir dan batin
7. YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua doa dan permintaanku, dan redhailah aku YA ALLAH.....
AMIN.

p/s: cuma sekadar cadangan penulis...berdoalah mengikut kehendak anda utk kebaikan anda...
penulis cuma menyampaikan apa yg disampaikan padanya dan diubah sedikit mengikut
kesesuaian dan difikirkan perlu oleh penulis...

Wallahu'alam...
Posted by: re-know at 06/21/06 17:33 | link | comments
Friday, 16 June 2006
~KhaS BuaT InSaN BerGeLar LeLaki~
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika kau tidak menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki, sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa krn ibu juga insan biasa yg x lepas dr melakukan dosa. Selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Wallahu'alam...
we are what we eat..
Diet pemakanan Rasulullah S.A.W
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU, CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


p/s: post ini pernah aku sebarkan pada awal penulisan aku dlm blog ini...mungkin ade yg belum tahu...klu dah tau pun tak salah kan klu kite ulangkaji semula =)

semoga sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah...
wallahu'alam...
Posted by: re-know at 04/25/06 21:06 | link | comments
sakit...
hari nih tak pegi keje..sakit perut..pegi klinik doktor kate salah makan kot..food poisoning la lebih kurang kot...ermmm...ntah..tak kisah ar..dpt mc sehari...igtkan duk umah leh ar nak buat report projek 2 tu..tp tak buat jugak..dgn sakit perut nye..hmmm..tak daya nak buat...ngadap internet ngan tv lagi..dah tu mcm mane nak buat report tu? huhuhu..hopefully i'll get better tomorrow...take care everybody...jagalah ape yang anda makan...adios..semoga berada di dalam lindungan dan rahmat Allah..insya Allah...

wallahu'alam
akhbarino
ruang tamu
07:42pm
Posted by: re-know at 04/25/06 20:43 | link | comments
Sunday, 23 April 2006

"Kemahuanku akan membentuk masa depanku. Samada aku berjaya atau gagal mencapainya, tiada siapa yang patut dipersalahkan melainkan diri aku sendiri. Kuasa ditanganku. Aku perlu berusaha mengatasi apa jua halangan yang menantiku atau aku akan sesat dalam jalan yang berliku. Pilihan yang aku buat adalah tanggungjawabku sepenuhnya; menang atau kalah, berjaya atau tidak, benar atau salah; cuma aku yang mempunyai kunci untuk menentukan hala tuju hidupku."


-dipetik dan diolah dari kata-kata Elaine Maxwell
Mangkuk Yang Cantik, Madu Dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a. dan Utsman r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah r.ha., putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, "Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


wallahu'alam..
Posted by: re-know at 04/14/06 11:00 | link | comments
Jumaat, 14 April 2006 (2.38 am)....
pada waktu dinihari begini alangkah indahnya kalau dpt melelapkan mata merasai nikmat tidur seperti yang lazimnya dilakukan oleh insan lain....namun ade kerja yang harus aku siapkan...salah aku jugak suka menangguhkan kerja..sekarang, rasailah akibatnya..bermacam perkara terpaksa dikorbankan termasuklah masa tidur ku.....skrg tgh buntu, sbb tu boleh menaip kat sini....kpd yg tak tau ape yg sedang aku lakukan pd waktu2 korang sedang sedap tido nih, aku tgh siapkan projek 2 aku...nk kene present hari isnin nih tp aku tak siapkannye lagi...supervisor aku pun mcm kecewa jugak bile tgk hasil kerja aku yg tak seberapa tu...aku kene buktikan yang aku boleh buat.....insya Allah....

wallahu'alam............
akhbarino
sebelah bilik aku
2.47am


Tazkirah Pagi: Dosa Kecil Menjadi Dosa Besar
Kita tidak boleh memandang endah tak endah terhadap dosa-dosa kecil yang kita lakukan kerana ia dapat juga berkembang dan berubah menjadi dosa besar dengan adanya berbagai sebab iaitu:

1. Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya.

Seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu, lama kelamaan tentulah berbekas pula.Tetapi tidak akan berbekas jika batu itu dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang!
Dalam soal amal baik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya, sekalipun hanya sedikit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Kerana adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya.

Jika seseorang menganggap dosa yang dilakukannya besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika seseorang itu menganggap dosa yang dilakukannya kecil, maka disisi Allah dipandang besar. Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukannya atau ingin menjauhinya. Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga, hal ini berlaku sebab hebatnya godaan dan lain sebagainya. Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya.

Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat condong melakukannya. Kecondongan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas dalam hatinya. Selain itu, sikap memandang kecil akan dosa mempunyai kesan negatif. Orang menjadi tidak takut lagi untuk berbuat dosa dan kurang peduli terhadap dosa.

3. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.

Sebabnya ialah kerana dosa yang dikerjakan dengan gembira dan nikmat, ia akan terbuku di dalam batin, bahkan juga akan menimbulkan kehitaman yang amat sangat dalam kalbu. Tidak ada rasa penyesalan dan selalu ingin mengulanginya kembali. Perasaan berbahgia di dalam dosa satu hal yang sangat buruk.

4. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan perasaan aman/bebas dari balasan Allah.

Sebetulnya perbuatan apa pun samada besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah. Allah teramat teliti mengawasi segala sesuatu. Hanya orang yang bodoh/sesat sahaja yang merasa dirinya aman/bebas dari pengawasan Allah. Walaupun (nampaknya) aman dari balasan Allah, barangkali kerana Allah memang menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaanNya, agar dengan demikian makin banyak lagi dosa yang dikerjakannya dan akan dibalas di akhirat kelak. Perasaan aman dari pengawasan/balasan Allah, meyebabkan seseorang itu berterusan berkecimpung dalam dosa dan noda dan semakin berani melakukanya.

5.Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.

Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain, tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain. Dan ada kalanya pula waktu melakukannya memang di hadapan orang lain. Orang yang demikian telah melakukan dua macam pelanggaran. Dosanya kerana melakukan kesalahan dan dosa memperlihatkan kesalahan kepada orang. Sebenarnya dosa yang dikerjakan menjadi rahsia dirinya sendiri sebab hanya dia sendiri dan Allah yang mengetahui. Begitu juga dosa yang sebenarnya dapat dilakukan dengan diam-diam dengan tidak diketahui orang lain, mengapa dilakukan di muka orang lain?
Jadi pelanggaranya yang pertama, kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan pelanggarannya yang kedua kerana cara ia melakukan dosanya itu dapat menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya. Dengan begitu, satu perbuatan kemaksiatan menyebabkan dua bentuk dosa. Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.

6. Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.

Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya.Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya. Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar.
Dalam sebuah hadis disebutkan: "Siapa menciptakan sunnah yang buruk, dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukannya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun" Tetapi sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu, maka berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya,apabila banyak orang yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.




Taubat orang jahil tetap diterima

Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

ISLAM tidak menutup pintu kepada umatnya yang bersalah, jika mereka mahu kembali kepada kebenaran dengan membersihkan diri dengan bertaubat. Malah, Islam membuka seluas-luasnya dan menggalakkan mereka berbuat demikian. Galakan diberikan setinggi-tingginya kepada mereka sehingga Allah meletakkan sebagai tanggungjawab-Nya untuk menerima taubat yang datang daripada hati tulus ikhlas. Hal ini kurniaan yang tiada tolok bandingnya bagi orang Islam. Sekali gus, menunjukkan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Allah mengurniakan kepada hamba-Nya yang lemah peluang untuk kembali ke barisan yang suci. Dia tidak menyingkirkan mereka buat selama-lamanya seandainya hamba-Nya mempunyai keinginan untuk mendapat perlindungan yang abadi di sisi-Nya.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menerima taubat orang yang melakukan perbuatan keji kerana kebodohannya. Kemudian mereka bertaubat walaupun malaikat telah bersedia untuk mencabut rohnya sebelum sampai ke tenggoroknya. Mujahid berkata: “Setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, baik keliru atau sengaja, bererti dia bodoh hingga menghindari dosa itu.”

Abdul Razaq berkata: “Ma'mar telah khabarkan kepada kami daripada Qatadah, dia berkata: Sahabat Rasulullah SAW sepakat mengatakan bahawa setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, maka bererti dia jahil, baik sengaja atau tidak.”

Mufassirin juga bersepakat berpendapat yang dimaksudkan dengan kejahilan adalah kesesatan dari jalan hidayah sama ada panjang atau pendek masanya, selagi tidak berterusan sehingga roh sampai ke halkum.

Begitu pun, bagi mereka yang mengetahui atau sedar mengenai kesalahan perbuatan yang dilakukan, mereka dilarang mengulanginya.

Rasulullah menempelak mereka yang melakukan kejahatan terus menerus, sedangkan mereka mengetahui kejahatan yang dilakukannya. Sepatutnya, mereka meminta keampunan kepada Allah di atas kesilapan pertamanya tanpa mengulangi kesalahan itu.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b Amr, daripada Nabi ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah bersabda bermaksud: “Berilah kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).”

Ada beberapa keadaan taubat seseorang itu diterima oleh Allah. Antaranya taubat hendaklah terbit dari lubuk hati hamba-Nya. Hati itu adalah hati yang baru, iaitu hati yang penuh dengan penyesalan di atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sehingga menjadikannya benar-benar sedar dan insaf.

Taubat yang diterima Allah juga adalah taubat dalam keadaan segera sebelum roh sampai ke tenggoroknya. Hal ini seperti dijelaskan oleh Imam Ahmad yang meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba selama (rohnya) belum sampai ke tenggorok.”

Hal itu bererti apabila sudah putus harapan untuk hidup, malaikat mula datang menjemput, roh mula keluar dari tenggoroknya, dada mula terasa sesak dan mencapai tenggoroknya. Pada saat itu taubat tidak lagi diterima. Hal ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” (Surah al-Nisa’, ayat 18)

Taubat juga tidak diterima ketika datangnya sebahagian tanda besar kiamat akan muncul. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud : “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda Tuhanmu itu (yang menjadi alamat hari kiamat), tidaklah berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.” (Surah al-Am’am, ayat 158)

Taubat juga tidak diterima oleh Allah di kalangan hamba-Nya yang mati dalam kekafiran. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah juga dalam surah an-Nisa, ayat 18 yang bermaksud: “Dan tidak pula diterima taubat orang yang mati, sedangkan mereka dalam kekafiran.”

Ibn Abbas menerangkan ayat itu diturunkan kepada pelaku amalan syirik.

Oleh itu, manusia perlu mengelak daripada berada dalam tiga keadaan di atas untuk bertaubat. Sebaik-baiknya bersegera bertaubat di atas setiap kesilapan yang dilakukan.

Sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada memohon taubat kepada Allah. Perkara ini kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkan dosa manusia, selain Allah. Firman-Nya bermaksud: “Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 135)

Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu memberi keampunan kepada hamba-Nya selagi mana hamba-Nya memohon keampunan kepada-Nya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Said, daripada Nabi bersabda bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhan, dan demi kemuliaan-Mu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka. Allah pun menjawab: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tetap akan memberi ampunan kepada mereka selama mereka segera bertaubat dan memohon ampunan kepada-Ku.”


Memang leceh dan payah sungguh nak buat org lain paham dan mengerti apa maksud yang ingin kita sampaikan





syirik yang tersembunyi
Jan 31, '07 2:32 AM
for everyone
Ada sejenis syirik dinamakan syirik tersembunyi.
Ia dikatakan tersembunyi kerana kita cuai dan gagal untuk mengesannya. Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah mengingatkan umatnya tentang bahaya syirik tersebut.

Baginda amat khuatir terhadap umat sesudahnya sebagaimana yang tercatat dalam sebuah hadiths bermaksud:
Perkara yang paling aku takuti atas umatku ialah syirik kecil.

Para sahabat bertanya: "Apakah erti syirik kecil itu, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Riak".

Sebahagian ulama berpendapat bahawa syirik ada dua jenis -syirik besar dan syirik kecil.

Imam Syamsuddin Az Zahabi dalam kitabnya Al Kabaair menyifatkan syirik itu sebagai dosa terbesar. Menyebut tentang syirik, beliau mengatakan bahawa syirik kepada ALLAH terbahagi dua itu:
Orang yang menyekutukan ALLAH dan menyembah selain daripada NYA seperti batu, matahari, bulan, Nabi, syeikh, raja dan sebagainya.

Inilah syirik yang terbesar.
Sila hayati maksud ayat-ayat berikut ini, yang bermaksud:
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan NYA (dengan sesuatu dan apa jua),
dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki NYA (menurut aturan syariat NYA).
(Surah An-Nisaa: 48 )

Firman NYA lagi, yang bermaksud:
"Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman: 13 )

ALLAH Subhana wa Ta'ala berfirman seterusnya, bermaksud:
"Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka sesunggunya ALLAH haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka." (Surah Al-Maaidah: 72 )

Rasulullah Salallahualaihiwasalam juga telah mengingatkan kita bahawa syirik itu adalah dosa yang terbesar. Dalam sebuah hadithsnya Baginda bersabda: "Bukankah aku telah mengingatkan kamu tentang dosa yang terbesar?"

Para sahabat menjawab: "Ya, wahai Rasulullah."
Baginda pun bersabda: "Mempersekutukan ALLAH dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa."

Syirik kecil atau tersembunyi pula sebahagian besar dari kita kurang prihatin padanya. Syirik yang dimaksudkan itu ialah riak dalam setiap amalan. Asas amalan yang soleh ialah ikhlas kerana ALLAH sama ada dalam solat, zakat, haji, puasa, sedekah atau sebagainya.

ALLAH Subhana wa Ta'ala telah memerintahkan kita supaya ikhlas kepada NYA sebagaiman yang telah di firmankan dalam surah Al-Khadi ayat 110 yang bermaksud:
"Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah beliau mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah beliau mempersekutukan
sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Rasulullah Salallahualaihiwasalam pernah menggambarkan kepada kita tentang orang yang menunjuk-nunjukkan amalannya.

Orang itu umpamakan seperti orang mengisi dompetnya dengan ketulan batu dan kemudian ke pasar untuk membeli sesuatu dengannya. Orang mentertawakannya dan beliau berasa malu kerana ketulan batu itu tidak memberi manfaat baginya, malah menjadi buah mulut orang.

Amalan riak itu tidak ada ganjarannya di akhirta kelak.

ALLAH Subhana wa Ta'ala berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 23 yang menyentuh tentang amalan riak:
"Dan KAMI hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu KAMI jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan."

Apa jua amal yang baik yang pernah dilakukan oleh orang-orang kafir di dunia dahulu, akan terbuang sahaja
pada hari kiamat dan tidak dapat memberikan sebarang pertolongan dengan sebab kekufuran mereka.

Rasulullah Salallahualaihiwasalam pernah menasihatkan seorang lelaki dari para sahabat, bersabdanya:
"Janganlah sekali-kali kamu menipu ALLAH."
Lantas sahabatnya itu bertanya: "Bagaimana dianggap seorang menipu ALLAH?"
Baginda pun menerangkan kepadanya bahawa hendaklah
"kamu turut perintah ALLAH dan Rasul NYA- janganlah kamu memalingkan amalan kamu itu selain daripada ALLAH- jauhi perbuatan riak kerana ia merupakan syirik yang kecil."

Firman ALLAH Subhana wa Ta'ala, yang bermaksud:
"Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk ALLAH,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah Al-Anaam: 162 )

ALLAHualam



Title: Sombong Pusaka Iblis
=============================================================
Tajuk :Sombong Pusaka Iblis
Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :
http://wwwmymasjid.com.my/article/show.asp?id=2114
=============================================================
Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar :
Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.

Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:

1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.

Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah.

Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.

Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka. Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri:
"Wahai diri...kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan itu??"

Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari:
1. Baca Surah Ad Dukhan
2. Selawat
3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.

InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu.
Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah :

"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit."
Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dgn Allah

Copy & paste
Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.




Siapakah Musuh Syaitan & Sahabat Syaitan
....

Siapakah Musuh Syaitan

1. Rasulullah s.a.w.
2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat diatas dosa dan setiap kesalahannya.
5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
6. Orang beriman yang banyak melakukan sedekah jariah.
7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk dan menjaga wuduknya.
9. Orang beriman yang sentiasa tidak berkeinginan untuk melakukan sesuatu yang haram.
10. Orang beriman yang sentiasa menjaga sembahyangnya dan melakukannya dengan penuh khusyuk.
11. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al Quran.
12. Orang kaya yang sentiasa merendah diri.
13. Orang yang bangun sembahyang di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.
14. Peniaga yang jujur dan tidak pernah menipu akan sukatan timbangannya.
15. Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil

Siapakah Sahabat Syaitan

Ø Orang kaya yang sombong.
Ø Peminum arak.
Ø Hakim yang tidak adil.
Ø Peniaga yang tidak jujur.
Ø Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
Ø Orang yang meremehkan sembahyangnya.
Ø Orang yang menganiaya, menzalimi dan memakan harta anak yatim.
Ø Orang yang beramal kerana ingin mendapatkan pujian dan nama.
Ø Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
Ø Penghasud dan pendengki bila orang lain mendapat kesenangan

No comments:

Post a Comment


Followers