Suara yang didengari mayat ..
Yang akan mengikut Mayat adalah 3 hal iaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya
Ada 2 yg kembali dan 1 yg akan tinggal bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya akan kembali
2. Sementara amalnya akan tinggal bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika Mayat Diusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Disolatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian.... Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW menganjurkan agar kita senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, Baginda bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Alhamdulillah, anda beruntung kerana telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca e-mail ini.
Akti viti seharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. Kita seolah-olah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu akan kedatangannya. Tahukah bila kematian akan menjemput kita???
semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Tazkirah untuk para Muslimah
1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki
JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi
itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah
yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn
memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi
tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa
sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @
jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu
bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas
dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah
sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan
kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan
syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya
sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian
dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59
al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi
peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah
dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki
yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika
aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik
perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang
bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg
bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih
kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap
yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
"Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan
sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd
seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia
bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah
anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg
tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai
tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi
dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan
mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga
dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya
dengan cara yang terbaik
Bismillahirrahmanirrahim.
Allah berfirman yang bermaksud:
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan
sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara
lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya
kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai
keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)
Allah berfirman yang bermaksud:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan)Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di
antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)
Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.
Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang
ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah
telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?
Lihat lagi ayat di atas Allah berfirman "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.
Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan
kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.
Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 87
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment