Thursday, July 29, 2010

……..MATAHARI&BULAN……

3.00-6.25 PETANG
Hujan renyai – renyai sepanjang jalan menuju Kuala Lumpur membuatkan aku kurang selesa. Titis –titis hujan memenuhi segenap cermin bas. Membentuk seakan-akan manik-manik kecil yang cantik. Aku pula semakin kesejukan di dalam perut bas. Kesejukan yang semakin mencengkam ke tulang. Mungkin kerana cuaca di luar yang semakin dingin. Di tambah pula dengan penghawa dingin yang sengaja di pasang dengan kuat menyebabkan aku menjadi kaku. Perjalanan yang memakan masa selama 3jam ini benar-benar membuatkan aku letih. Letih mengharungi perjalanan yang panjang.mujur, aku membawa novel kegemaranku “ Salina” bersama. Aku isikan masa dengan membaca novel. Penumpang tidak begitu ramai. Ini membuatkan aku aman dan selesa untuk membaca. Kebanyakan penumpang lelap. Mungkin terlena kerana kedinginan cuaca di luar. Ataupun kedinginan Penghawa Dingin. Aku meneruskan pembacaan. Bas meluncur laju menuju ke destinasi. Tanpa di sedari, bas telah pun memasuki Bandaraya Kuala Lumpur. Bergerak menuju ke Hentian Puduraya. Bas bergerak perlahan memasuki hentian Puduraya. Sebaik sahaja bas berhenti,aku bergerak menyusuri penumpang-penumpang lain untuk keluar. Hujan masih lagi renyai. Aku bergegas meninggalkan Puduraya menuju ke MacDonalds yang terletak kira-kira 100 meter dari puduraya. Aku mempercepatkan langkahan. Aku bimbang pakaian akan basah kuyup. Pelanggan tidak begitu ramai ketika aku sampai. Mungkin hujan yang melanda Kuala Lumpur menyebabkan para penghuninya kurang berminat untuk keluar melakukan aktiviti rutin. Mungkin senang duduk di rumah menonton T.V. atau pun keluar menonton wayang.

6.00-7.00 PETANG
Aku memerhatikan kesibukan kota dari dalam. Hari semakin petang. Lampu-lampu neon mula bemergelapan di sekitar kota raya. Kuala Lumpur mula bermandi cahaya. Jam menghampiri 6.45 petang. Pelanggan mula memenuhi segenap pelusuk Restoran segera. Aku masih lagi menantikan kehadiran seseorang.seseorang yang pernah mewarnai hati ini. Seseorang yang pernah menjadi teman dalam mimpi ku. Kerana dia, aku ke kota metropolis ini.. Aku mulai gentar. Jantung mulai berdegup laju. Bimbang mungkin. Bagaimana pandangannya terhadap ku nanti? Inilah pertemuan kali pertama kami setelah 3 tahun tidak bersua semenjak menamatkan pengajian di Universiti dulu. Dan kepalaku ligat berputar memikirkan persoalan dan tanggapan yang bakal timbul dalam pertemuan kali ini. Adakah dia seperti dulu? Sama seperti yang aku kenali dari segi fiil dan sikapnya. Dan segalanya semacam payah untuk difikirkan. Aku membiarkan segala persoalan dan tanggapan yang buruk-buruk itu berlalu pergi. Pergi bersama angin senja yang kian menghambat waktu.
Penantian sememangnya menyakitkan. Aku cuba untuk bersabar semampu yang mungkin. Hati mulai dipaut rasa resah. Mungkinkah pertemuan yang di rancangkan tidak menjadi kenyataan? Aku buangkan segala andaian jauh-jauh. Berfikir secara positif dan logik adalah yang terbaik ketika waktu-waktu begini. Tiba-tiba sahaja telefon bimbit ku berbunyi mematikan lamunan yang sedang memuncak. SMS darinya.
“Maaf aku lambat sikit. Kereta aku ada masalah. Harap kau tak marah. Dalam jam 8.00, aku sampai”. LIZA. Ringkas dan penuh dengan simbolik. Aku menggeleng-geleng kan kepala. Tanda kecewa. Aku cuba untuk menahan rasa kecewa yang kian menebal. Aku mengingati kembali isi SMS yang di hantar pada ku minggu lepas. Liza beria-ia meminta aku untuk datang menemuinya di Kuala Lumpur bertemu di Restoran segera MacDonalds.. Katanya ada ‘perkara besar’ yang ingin di bicarakan. Dan hari ini adalah harinya. Aku tidak ingin memikirkan ‘perkara besar’ yang ingin di sampaikan nanti. Cuma aku kian kecewa dengan sikap Liza. Jam menunjukkan 7.30 petang. Aku segera keluar bergegas ke Puduraya mencari surau. Melaksanakan perintahNYA, tunduk mengagungkan kebesaran dan kehebatanNYA. Aku terasa tenang dan damai jauh di pelusuk hati. Aku benar-benar merasai nikmatNYA.
Selesai solat, aku berdoa memohon di beri kecekalan jiwa agar dapat menghadapi hidup yang serba mencabar. Berharap juga agar pertemuan ini menjadi realiti dan segalanya lancar dengan izin maha Esa. Selesai berdoa, aku kembali ke MacDonalds menantikan Liza. Aku segera teringat kembali kisah silam kami berdua ketika di Universiti dulu. Bagaimana kami kenal, bagaimana kami menjadi kawan baik dan akhirnya aku sendiri jatuh cinta pada Liza. Bagaimana Liza menolak niat hati ku yang murni. Segalanya berputar bagai lembayung. Aku terluka dengan penolakkan Liza terhadap niat suciku. Lebih parah bila mengetahui hatinya kini milik seseorang. Menyembuhkan luka yang tampak di mata terlalu mudah. Tapi untuk menyembuh luka di hati mungkin sukar. Dan itu adalah fakta. Fakta yang tidak mungkin di padamkan kebenarannya. Hakikatnya, aku tidak pernah sembuh dari kelukaan tersebut. Aku mengakui bahawa aku masih punyai perasaan sayang pada Liza. Sama ada Liza menyedari atau tidak, aku tidak pasti. Aku hanya memiliki baying-bayangnya cuma. Tidak pernah sekalipun mampu memiliki hatinya. Dan setiap saat dan tika aku mengharapkan agar ada keajaiban muncul dalam hubungan kami. Tapi aku sedar segalanya adalah mustahil. Keajaiban itu hanya milik maha Esa. Aku sedar hal itu. Liza hanya menganggap aku cuma seorang kawan baiknya. Dan itulah seringkali diucapkan ketika di Universiti dulu. Segalanya tetap sama hingga kini. Dan aku tidak akan sesekali melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh Liza. Walaupun, batasan itu membuatkan aku derita.
“Lama dah tunggu?”. Aku terkejut dengan sapaan tersebut.sekaligus mematikan lamunan. Liza tersenyum memandang kearah ku. Liza duduk di depan ku tanpa di pelawa.

8.00-9.00 MALAM
Hujan tetap renyai. Serenyai perasaan aku ketika ini. Cuaca bertambah sejuk di luar. Para pelanggan semakin kurang di dalam restoran. Beberapa meja kelihatan kosong. Di tingkat atas; di mana aku dan Liza berada, Cuma kelihatan sepasang pasangan Cina yang sedang enak menikmati hidangan yang di pesan. Kesenyapan mengigit kejap suasana. Aku membisu. Begitu juga Liza. Mungkin perasaan gementar masih lagi membaluti perasaan.
“ Macam mana perjalanan tadi?” soal Liza. Suasana sunyi mulai berakhir.
“Seronok. Mungkin sebab aku dah lama tak naik bas, aku menikmati setiap perjalan tadi”. Ujar ku. Aku melontarkan senyuman.
“ Maaf pasal terlewat tadi. Kereta ‘buat hal’. Sebenarnya aku nak beritahu lebih awal, tapi aku terlupa. Maaf ya?” Liza memberi penjelasan. Ada raut kekesalan di wajahnya.
“ Tak mengapa, semua itu bukan kehendak kau. Lagipun perkara dah terjadi kan?” Aku cuba menggembirakan hatinya. Ternyata aku berjaya. Wajahnya beransur-ansur ceria. Segaris senyuman mulai terukir di bibirnya yang mugil.
“ Aku tau, kau tak kan ambil hati pasal hal remeh macam ni. Itu sebabnya aku suka kawan dengan kau”, ujar Liza.
“Jadi, apa perkara besar yang kau nak cakapkan pada aku?”. Aku mengerling ke arah Liza. Dia tenang dengan pertanyaan aku. Setenang bulan yang bersinar di malam hari. Tiada reaksi. Aku kaget. Bimbang soalan ku tadi menyentap rasa emosinya.
“ Habiskan hidangan dulu. Aku nak bawa kau pergi ke satu tempat. Mungkin kita boleh berbicara di sana. Tempat ini tidak sesuai untuk perkara sebegitu. Liza bersuara dengan tiba-tiba. Bagaikan ada kuasa yang merasuki,aku patuh tanpa bicara. Segera menghabiskan hidangan yang masih bersisa.
“Ke mana kau nak bawa aku ni?”. Soal ku. Liza mendiamkan diri. Menghabiskan makanan yang masih tinggal. Reaksi Liza itu membuatkan aku tertanya-tanya. Pelbagai-bagai soalan berlegar-legar di kotak minda.

10.00 MALAM- 6.00 PAGI

Bayu laut yang menghembus terasa dingin. Aku terpegun melihat keindahan pantai di malam hari. Cahaya dari tongkang-tongkang kecil milik nelayan berkelip-kelip. Seperti kunang-kunang yang menari-nari di dalam hutan. Aku menikmati keindahan ciptaanNYA dengan rasa syukur dan takjub. Pandangan ku beralih kepada Liza yang berada di sebelah. Ternyata dia juga menikmati keindahan sama seperti mana aku menikmatinya.
“ Hidup ini tidak semudah yang kita sangkakan, betul?”. Liza membuka bicaranya. Sambil itu matanya tidak lepas-lepas memandang ke arah tongkang-togkang kecil di tengah laut. Bicara Liza membuatkan aku tersentak dari lamunan. Aku segera berminat dengan persoalannya.
“ Itulah kehidupan. Tiada apa yang mudah dalam kehidupan. Hidup ini adalah pertembungan antara realiti dan fantasi. Dan selalunya realiti sentiasa melingkari hidup lebih dari fantasi,walaupun ada kalanya fantasi itu indah untuk difikirkan,” aku menjawab dengan tenang. Jawapan yang tidak disangka-sangka itu segera menyentap Liza. Dia berpaling kearah aku. Tersenyum.
“ Sejak bila pula kau pandai berfalsafah tentang kehidupan ni?”. Liza melahirkan rasa kurang senang dengan jawapan aku tadi.
“itu bukan falsafah. Tapi hakikat kehidupan yang mesti di tempuhi oleh setiap manusia,” ujar ku. Liza terdiam dengan kata-kata tersebut. Riak wajahnya seolah-olah mengakui kebenaran kata-kata yang terbit dari bibirku sendiri.
“Kau lihat di sana; tanganku segera menuding ke arah tongkang-tongkang nelayan yang sibuk mencari rezeki di dalam kepekatan malam.
“Mereka juga punyai impian untuk hidup dalam kesenangan. Impian yang serupa seperti orang lain”. Aku berhenti.seraya memandang Liza. Liza kelihatan memberi perhatian pada hujah ku. Dia agak terganggu dengan pandangan ku.
“Teruskan kata-kata kau tu. Aku hairan kenapa kau bersikap skeptikal malam ni?. Kau bukan seperti Zam yang aku kenal selama ni” Ujar Liza. Dia agak hairan dengan sikap ku itu.
“Mereka ada impian dan fantasi sendiri. Mahu hidup mewah, ada banglo besar. Ada kereta dan mampu membahagiakan keluarga. Tapi itu Cuma impian dan fantasi yang tidak mungkin dapat digapai oleh mereka. Dan realitinya, mereka terpaksa menyabung nyawa, mencari penghidupan yang sempurna di mata mereka. Seperti mana sekarang. Aku mengakhiri kataku yang agak panjang.
“Jadi maksudnya, setiap manusia itu punyai cita-cita dan impian seperti yang pernah mereka fantasikan atau fikirkan. Pada akhirnya, kita terpaksa berpijak pada kenyataan walaupun ia tidak seindah dan semanis yang kita sangka. Betul?”. Liza cuba metafsir simbolik dari kata-kata ku. Aku tersenyum.begitu juga Liza.
Angin dari laut terus menerus bertiup lembut di pantai ini. Pantai ini mungkin memberi harapan kepada para penduduknya yang rata-ratanya adalah nelayan. Harapan dalam segala bentuk. Harapan untuk memajukan kehidupan mereka yang serba daif. Harapan agar generasi selepas mereka dapat menyambung perjuangan mereka dalam mencari rezeki di pantai ini. Harapan kepada masyarakat agar menghargai keindahan pantai ini dengan sebaik mungkin. Aku berfikir sendirian. Kerana itu jugalah pantai ini dinamakan Pantai Harapan. Mungkin juga. Siapa tahu. Liza kelihatan leka bermain di gigi air. Lakunya itu membuatkan aku ketawa kecil. Masih lagi keanak-anakkan. Tidak sepadan dengan usianya yang semakin matang. Aku bersantai di dada pasir,tidak jauh dari tempat Liza bermain. Aku segera mendekatinya. Rembulan yang tadi pucat di balik awan, kini bersinar megah menemani malam yang kian tua.
“ Ada masanya kita perlu menjadi keanak-anakkan dalam sesuatu hal. Barulah hidup ini akan lebih bererti”. Ujar Liza setelah menyedari kehadiran ku. Mungkin juga dia dapat membaca apa yang terlintas di hatiku tentang dirinya itu. Aku tersenyum dengan kata-katanya.
Aku berjalan menyusuri sepanjang pantai.beriringan dengan Liza. Dia kelihatan ceria sekali bercerita tentang kenangan semasa di Universiti dulu. Sesekali aku menyampuk percakapannya. Membuatkan rembulan makin tersenyum di balik awan. Setelah penat menyusuri pantai,kami berehat di dada pasir. Ketika ini aku bertanya kepada Liza.
“Jadi apa perkara besar yang ingin kau beritahu padaku?”. Liza menghalakan pandangannya pada ku. Lama dia terdiam.
“Aku akan bertunang hujung minggu depan”. Tutur Liza. Aku tersentap dengan kata-kata Liza. Tapi aku cuba menenangkan perasaan. Berpura-pura tidak ada apa yang terjadi.
“Cuma itu saja? Tidaklah besar sangat. Aku gembira mendengarkannya”. Aku tersenyum. Aku tidak tahu mengapa aku tiba-tiba tersenyum mendengarkan berita itu, sedangkan hati benar-benar terluka dengan perkhabaran tersebut. Buat seketika aku tertunduk lesu. Memejamkan mata. Memaksa diri menerima hakikat bahawa penantian selama ini adalah sia-sia.
“ Ada yang lebih besar dari itu yang ingin aku bicarakan”. Ujar Liza. Aku Cuma mendiamkan diri ketika ini.
“Aku tahu, kau masih ada perasaan pada ku bukan?”. Liza segera mengalihkan pandangannya pada ku. Aku tersentak dengan pertanyaan yang tidak di duga itu.
“Bertepuk sebelah tangan tidak mungkin akan berbunyi. Aku cuma berharap pada yang tidak pasti. Aku sedar hal itu.” Aku membalas kata-kata Liza.
“Kalau kau sedar, kenapa masih berharap lagi?”. Pertanyaan Liza makin menyempitkan perasaan ku ketika ini.
“Aku percaya bahawa pasti ada keajaiban di suatu hari nanti. Tuhan pasti akan menolong aku”. Ujar ku penuh keyakinan. Liza hampir menangis mendengar pernyataan itu. Aku tahu dia terlalu kecewa dengan pernyataan tersebut. Dia terdiam. Kehilangan kata-kata.
“Aku cuma anggap kau sebagai teman baik ku sahaja. Tidak lebih dari itu. Dan itu yang pernah aku katakan dulu. Hakikatnya tidak pernah berubah”. Ada kesayuan dalam nada suaranya. Aku mendengarnya dengan tenang.
“Maaf…Aku terpaksa melukakan hati kau kali ini. Hati ini bukan milik kau. Harap kau memahaminya.” Liza menyambung kata-katanya. Membuatkan aku bertambah duka. Hati kecil ku kini menangis mendengar pernyataan Liza. Aku cuba menguatkan perasaan yang semakin sayu.
“ Tidak mengapa, aku faham. Itu kata hati kau. Aku doakan yang terbaik buat kau.”. Aku melemparkan senyuman pada Liza. Sambil memujuk hati menerima rasa kecewa yang makin berombak-ombak di jiwa.
“ Terima kasih. Aku sentiasa berharap kau akan berjumpa dengan seorang wanita idaman kau. Suatu hari nanti.” Liza tersenyum riang.
“ Aku benar-benar berharap agar kau dapat lupakan aku. Kita lebih sesuai untuk menjadi teman. Itu harapan ku.” Ujar Liza dengan penuh pengharapan. Aku diam membisu. Saat ini tiada apa ungkapan yang dapat aku lafazkan. Rasa pilu dan kecewa memenuhi segenap jiwa.
“ Kau pernah dengar cerita Pungguk rindukan bulan?”. Aku menyoal Liza. Segera ku tanyakan soalan itu pada Liza. Liza kelihatan tertawa. Dia segera mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Pernah. Zam, kisah Pungguk itu cuma dongengan. Hanya cerita karut yang dibuat-buat. Mana mungkin Pungguk memiliki si Bulan yang jauh tinggi di awan. Jangan kata bahawa kau percaya cerita sebegitu”. Perli Liza padaku. Aku tersenyum dengan kata-kata Liza.
“Cerita itu cuma punya makna tersirat. Cerita yang punyai kiasan. Kisah seseorang lelaki yang setia menanti wanita yang disayanginya kembali. Kembali menerima cintanya, walaupun dia sedar dia tidak mungkin memiliki hati wanita itu. Bukan cuma cerita karut semata-mata. Cerita tentang kesetiaan dan cinta suci seorang lelaki. Dongeng yang indah bukan?”. Ujar ku. Wajah Liza berubah dengan tiba-tiba. Masam. Sindirannya tadi berpatah kembali.terkena diri sendiri.
“Zam. Tolong jangan nak mulakan kembali pasal kita. Keputusan aku tidak mungkin berubah. Faham?”. Nada suara Liza mula berubah warna. Ada ketegasan dalam nadanya. Matanya merah menahan marah yang tiba-tiba meluap. Aku kembali terdiam.
Bulan semakin pucat di balik awan. Suasana di pantai kelihatan sunyi. Sesekali terdengar desiran ombak memukul pantai. Tongkang-tongkang nelayan sudah tidak lagi kelihatan. Mungkin para nelayan-nelayan itu telah kembali ke jeti membawa pulang rezeki masing-masing. Liza Cuma mendiamkan diri melihat pantai yang kosong dan sepi. Aku turut sama memerhatikan pantai yang kosong dan luas. Seperti kosongnya perasaan aku ketika ini.
“Zam, cuba belajar untuk lupakan aku boleh?. Aku tahu bukan mudah untuk kau, tapi itu yang terbaik buat diri kau. Masa akan membuatkan kau lupa pada ku. Janji pada ku boleh?. Janji lupakan hasrat kau untuk memiliki aku.”. Liza merayu. Saat ini tangannya erat menggengam tanganku. Aku terkesima. Mulutku terkunci rapat. Kehangatan jari-jemarinya benar-benar membuatkan aku tiba-tiba sebak. Sebak dengan permintaan Liza yang sudah pasti payah untuk aku tunaikan. Hati ku makin sebak merasakan eratnya genggaman tangan Liza. Tangan yang tidak mungkin dapat di kucup mesra atau digenggam erat seperti mana yang sering aku mimpikan dalam mimpi-mimpi tidurku selama ini. Aku pasti ini adalah pertemuan terakhir dengannya. Aku pasti. Aku tertunduk lesu. Tika ini, segala kata tidak lagi bermakna. Jiwa kian duka tersungkur di pintu kasih. Aku cuma mengangguk lemah tanda setuju.
“Harap kau akan mengotakan janji-janji itu.” Liza mengorak senyuman. Secantik mawar yang berkembang di pagi hari.
“Kita akan tetap jadi sahabat sampai bila-bila Zam. Itu janji aku”. Sambung Liza. Saat ini aku berpaling merenungnya. Berfikir, mencari kebenaran kata-katanya. Apakah mungkin seorang wanita sepertinya. Yang hatinya bakal dimiliki oleh lelaki idaman hati, mampu menjadi sahabat kepada ku. Kesangsian mulai hadir di hati. Apakah kata-kata Liza sekadar pujukan untuk membaluti hati yang kian luka? Atau kata-kata itu lahir dari hatinya yang benar-benar tulus ikhlas sebagai sahabat. Semua itu menjengah fikiran ku ketika ini.
Bulan kembali bersinar terang. Meloloskan diri dari kepungan sang awan. Terang cahayanya tidak jua mampu menerangi jiwa yang kosong dan hampa. Kedinginan malam kian terasa. Menghambat segala saraf. Aku masih lagi membisu.
“Zam, aku ingin kau jadi seperti sang bulan itu”. Suara Liza mengejutkan aku. Lantas tangannya ditudingkan ke arah bulan yang memancar megah.
“Bulan memancarkan sinarnya demi menemani malam yang penuh kegelapan. Mewarnai lukisan kehidupan semesta. Begitu juga sahabat. Sentiasa di sisi ketika di perlukan. Itulah kau Zam….”. Ujar Liza sambil senyuman terukir di bibir. Pandangannya segera beralih kearah bulan. Aku segera mendongak ke langit memandang bulan yang megah bersinar di dada langit. Kata- kata Liza sudah ku jangkakan.
“Aku lebih suka jadi matahari”. Ujarku gurau. Aku tersenyum. Liza turut tersenyum.
“Apa bezanya?. Dua-duanya sama. Menyinari alam ini. Bukankah itu sifat sahabat”. Liza memberi pendapatnya. Kami tertawa bersama. Walaupun kecewa dengan kata-kata Liza, tapi itulah realiti yang pahit untuk diterima oleh hati. Kadang-kala, melepaskan sesuatu yang ingin kita miliki adalah sesuatu perkara yang dungu. Namun, ada masanya lebih baik melepaskan dari memiliki kerana tidak semua yang kita miliki itu indah. Aku tiba-tiba bermonolog dengan hatiku sendiri. Aku dan Liza berjalan menuju ke kereta meninggalkan pantai Harapan yang semakin damai menanti sang pagi menunjukkan wajah. Aku pasti pagi nanti para nelayan akan kembali menjengah pantai ini. Seperti selalu.

6.00-10.00 PAGI
“Pukul berapa bas kau”?. Liza bertanya sebaik sahaja aku selesai membeli tiket.
“Jam 6.30 pagi. Kenapa?”. Soal ku. Waktu ini orang tidak begitu ramai di Puduraya. Banyak kaunter tiket masih lagi belum di buka.
“Saja aku tanya. Terima kasih Zam,” sambil tersenyum. Aku terkejut dengan ucapan yang tidak disangka-sangka itu.
“Untuk apa?”. Aku menggaru-garu kepala ku yang tidak gatal.
“Untuk malam yang indah. Kau sudi menemani aku. Sepanjang kita berkawan, semalam merupakan hari yang paling gembira buat aku. Aku akan sentiasa mengingatinya”. Ada keriangan dan kepuasan terlukis di wajah ayunya.
“Aku pun begitu. terima kasih”. Aku mengukir senyuman.
“Liza, aku banyak berfikir malam tadi. Berfikir tentang hal kita”. Kata-kata ku membuatkan Liza terperanjat.
“Aku memikirkan kata-kata kau semalam.Mungkin itu yang terbaik buat kita”. Ujar ku. Liza diam. Dia kelihatan serius mendengar setiap patah kata yang ku tuturkan. Sejurus itu dia menghulurkan tangan untuk berjabat. Aku terpinga-pinga. Kurang mengerti dengan maksud Liza.
“Sahabat?”. Tutur Liza. kegembiraan jelas terpancar di matanya. Seketika itu aku memahami maksud Liza.Aku segara menghulurkan tangan untuk berjabat.Aku tersenyum mesra.
“Ya, sahabat buat selamanya.” Kata ku. Kami tersenyum.
“Selagi ada matahari menyuluh alam, dan selagi bulan setia menemani malam. Persahabatan ini akan sentiasa kekal”. Liza bersuara. Hentian Puduraya mulai sibuk. Kaunter-kaunter tiket mulai dibuka. Orang kelihatan berpusu-pusu membeli tiket menuju ke destinasi yang diinginkan. Aku dan Liza segera bergerak ke tangga platform menuju ke deretan bas yang sedia menunggu para penumpang.
“Jadi, sampai sini saja ‘pengembaraan’ kita kali ini”. Liza menghulurkan tangan untuk berjabat. Tanda selamat jalan dari seorang sahabat.
“Tidak. ‘Pengembaraan’ kita baru saja bermula.Gurau ku. Tiba-tiba lengan ku terasa pedih. Liza mencubit lenganku. Mungkin geram dengan seloroh ku. Mukanya masam. Aku ketawa melihat wajahnya itu. Sebelum aku menaiki bas, Liza sempat berbisik sesuatu.
“Zam, tiada sesuatu yang berharga dalam hidup ini melainkan mendapat seorang sahabat sejati. Aku benar-benar bersyukur kerana Tuhan mengurniakan kau sebagai anugerahNYA kepada ku.” Bisik Liza.
Bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan Hentian Puduraya. Aku memandang ke luar tingkap bas. Liza melambai-lambaikan tangannya. Aku membalas lambaiannya. Ada garis-garis duka diwajahnya. Setitis dua airmatanya tumpah membasahi pipinya. Dan wajahnya Liza kian menghilang setelah bas mulai meninggalkan Puduraya. Aku terharu dengan Liza. mungkin jua aku terharu dengan keikhlasan hatinya yang tidak pernah ku cuba untuk fahami. Mungkin jua terharu kerana ini merupakan pertemuan kali akhir sebagai sahabat. Mustahil buat aku untuk bertemu Liza lagi. Aku bertambah terharu bila mengenangkan ‘kebodohan’ yang aku cipta sendiri. Bodoh kerana cuba menagih cinta dari seorang perempuan yang hatinya mustahil untuk dimiliki. Sedangkan dia benar-benar ikhlas dan setia dalam persahabatan. Aku segera bersandar. Merehatkan badan yang di serang keletihan. Memejamkan mata.,seraya berdoa di dalam hati
“Ya Allah, Kau berkati dan rahmatilah persahabatan kami ini. Jadikanlah persahabatan ini kekal sehingga hari kami menghembuskan nafas akhir kelak. Amin. Bas meluncur laju meninggalkan Kuala Lumpur. Kata orang persahabatan dan cinta itu adalah dua perkara yang berbeza dalam kehidupan ini. Kedua-duanya sama penting dalam hidup ini. Hidup tidak akan sempurna tanpanya. Entah! Bagi aku, kedua-duanya adalah sama. Nilainya punyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia. Apa pun, aku mengerti bahawa cinta bukan mudah untuk dipaksa. Persahabatan pula akan berkembang mekar andainya sentiasa bersifat tulus, ikhlas dan jujur. Aku terlena di dalam bas yang meluncur laju.


TAJUK :: PERTEMUAN SEMALAM
KATEGORI :: CERPEN
Kring........... Loceng yang berada di sekolah bergema tepat pada jam 7.15 pagi, menandakan perhimpunan sekolah akan bermula.

Hana merupakan salah seorang pelajar tingkatan empat bergerak longlai menuju ke tapak perhimpunan.

"Oi Hana,cepatlah.Kita dah lambat ni.Tak pasal-pasal kene panggil berdiri kat depan," Zulaika mengingatkannya.

Setelah dua puluh minit berlalu, para pelajar diarahkan masuk ke kelas masing-masing, termasuklah Hana yang mengiringi rakan-rakannya masuk ke kelas 4 Cekap. Selama tiga puluh minit berada di dalam kelas, salah seorang rakannya, yang merupakan ketua kelas mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar bahawa tugasnya telah selesai. Sekarang sudah tiba masanya untuk Hana dan rakannya yang lain bergegas ke tempat persalinan baju untuk menukar pakaian jasmani.

Sesekali Hana menjeling ke arah sebuah kelas kerana di situ ada seseorang yang menarik perhatiannya. 'Rizman tidakkah kau perasan bahawa aku sentiasa memandangmu.'

Rizman merupakan pelajar baru di sekolah tersebut. Hana sendiri tidak menyangka bahawa dia telah terpikat dengan pelajar tersebut. Kadang kala terdetik juga di hatinya, 'Apakah tiada ruang untukku berada di dalam hatimu?' Hana bertanya sendirian.

"Hei Ann, apa yang kau menungkan tu? Aku kat sebelah kau ni pun tak perasan. Dah sampai ke bulan ke?" Zu cuba mengusik. Hana cuba memberi senyuman, namun hambar.

Pelajar kelas 4Cekap masuk semula ke kelas setelah selesai pendidikan jasmani. Tiba-tiba Hana terasa seperti mahu menoleh ke belakang. Namun dia tidak menghiraukan perasaannya itu.

Kring........loceng dibunyikan menandakan waktu rehat. Sewaktu makan Hana lebih suka mendiamkan diri. Tiba-tiba....

"Ann, kau tak perasan ke ada budak baru dalam kelas kita tadi?" Jun sungguh-sungguh bertanya.

Hana memandang Jun, sekaligus kunyahannya terhenti. 'Patut la aku asyik nak toleh je kat belakang, rupanya ada budak baru,' dalam hatinya berkata. Sebenarnya kelas 4 Cekap telah sedia maklum bahawa ada pelajar baru akan masuk, cuma tidak tahu bila masanya.

Setelah selesai waktu rehat, pelajar masuk ke kelas masing-masing. Hana dapat melihat dengan jelas raut wajah pelajar itu. Dia hanya tunduk apabila si gadis-gadis manis memandangnya. Malu agaknya. Sekarang tibalah masanya guru kelas 4 Cekap masuk ke kelas untuk memulakan pelajaran.

"Sila bagi perhatian, sekarang kamu semua dah tau ada pelajar baru masuk ke kelas kita. Jadi kita akan mulakan perkenalan kita. Muz, sila datang ke depan dan perkenalkan diri."

"Saya Muzaffar, berasal dari Kedah." Muz memulakan bicara, mula-mula dia agak gugup tapi setelah melihat rakan sekelasnya seolah-olah menunjukkan minat, lalu meneruskan bicaranya.

"Macam mana awak boleh sampai ke sini?" Firdaus memulakan pertanyaan. Beginilah cara kelas 4Cekap apabila ada pelajar baru masuk, mereka suka bertanya supaya rakan baru mereka tidak kekok untuk beramah mesra.

"Ayah saya bertugas sebagai pengurus TNB di sini, jadi kami sekeluarga terpaksa berpindah ke sini."

Setelah selesai di temuramah,Muz kembali ke tempatnya lalu duduk.

---
Setelah dua bulan berada di dalam kelas tersebut, Muz sangat selesa dan gembira barsama rakan-rakannya.

"Ann, aku nak tanya kat kau sikit bleh tak?" Jun sedikit gugup.

"Apa dia,cakaplah..." Ann kehairanan.

"Semalam, waktu aku masuk dalam perpustakaan, aku terdengar ada orang sebut nama kau. Tapi aku tak tau suara siapa. Lepas tu aku cuba buat-buat baca buku dekat ngan diorang. Yang sorang tu cakap macam ni,' betul ke kau suka kat Hana tu? Kenapa kau tak terus-terang je ngan dia?'"

Hana mendengar dengan penuh minat.

"Bukan aku tak nak cakap, tapi aku malulah. Aku tak biasa dengan perempuan, apatah lagi nak bertegur sapa ngan dia. Biarlah aku pendamkan aje perasaan aku ni". Lepas tu,diaorang terus keluar. Aku tak sempat nak tengok muka budak tu. Aku kejar diorang kat belakang tapi dah hilang.

Semenjak peristiwa itu Hana sentiasa terfikir siapakah gerangan yang meminatinya itu. Kadangkala dia terfikir, tiada gunanya menanti sesuatu yang bukan pasti akan menjadi miliknya. Akhirnya segala pertanyaan itu lenyap sehingga Hana tamat SPM.

---

Kini tiga tahun telah berlalu, Hana bekerja sebagai setiausaha di salah sebuah syarikat di ibu kota. Ingatannya terhadap Rizman tidak pernah pudar. Mungkin dia kini berada di menara gading,mengejar impian.

Sedang asyik menjamu selera, tiba-tiba ada panggilan dari pihak hospital mengatakan rakan sekerjanya telah dimasukkan ke wad. Hana terkejut dengan berita itu. Dia dapat tahu dari rakannya yang lain bahawa rakannya itu telah ambil cuti dua hari. Seleranya sudah tertutup, perutnya yang lapar kini kenyang serta merta. Hana bergegas untuk kembali ke pejabatnya. Tanpa disedari, berlaku perlanggaran antara Hana dengan seorang lelaki.

"Oh, maafkan saya encik, saya tak sengaja." Hana cepat-cepat memohon maaf dari lelaki itu. Tanpa sempat berkata apa-apa, Hana terus berlari anak meninggalkan lelaki itu keseorangan. Dia hanya tersenyum melihat gelagat gadis itu.

---

Setelah seharian penat bekerja, Rizman mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Malas rasanya untuk menjamu selera bersama rakan-rakannya. Mungkin malam nanti dia akan keluar apabila terasa lapar. Setelah selesai mandi, Rizman terus menunaikan solat asar. Niatnya untuk tidur sahaja. Rizman terus merebahkan badannya ke atas katil. Akhirnya terlena jua.

Rizman tersedar apabila terdengar jam locengnya berdering. Dia terus bangun lantas melihat jam di dinding sudah pukul 7.30 malam. Lalu menuju ke bilik air mengambil wuduk. Setelah selesai menunaikan solat mahgrib, perutnya memulas. Lapar agaknya. Dia bergegas menuju ke almari pakaiannya. Dia memakai t-shirt bewarna biru lembut di padankan dengan seluar jeans biru seakan lusuh warnanya. Sebelum keluar dia sempat lagi memandang dirinya di cermin sambil tersenyum.

Dia sengaja tidak mengajak kawan-kawnnya yang lain kerana mereka telah pun menjamu selera petang tadi. Sudah biasa dia keseorangan. Sedang asyik menjamu selera tiba-tiba pandangannya tertumpu pada seorang wanita. Matanya tidak berkelip melihat wanita itu. Dialah wanita yang melanggarnya pagi tadi. Diamatinya wanita itu. Seperti pernah melihat wanita itu sebelum ini, tapi di mana ya?

Setelah selesai menjamu selera,akhirnya Rizman pulang ke rumah bersama persoalan itu. Malam ini Rizman tidak dapat melelapkan mata. Di fikirannya masih lagi terbayang wajah ayu wanita itu. Terlalu lama dia cuba untuk mrngingatinya. Akhirnya dia terlena juga bersama persoalan wanita misteri itu.

---

Sedang asyik Rizman memandu keretanya menuju ke tempat kerja, tiba-tiba pandangannya beralih pada seorang wanita yang sedang berdiri menunggu bas.Rizman perlahankan keretanya sambil memandang ke arah wanita itu.

"Siapa pulak yang senyum kat aku ni?" Hana bertanya di dalam hati.

Tiba-tiba lelaki itu menghampirinya. "Assalamualaikum, cik ni tengah tunggu bas ke? Tapi sekarang ni dah lewat, apa kata cik tumpang kereta saya." Rizman bersungguh-sungguh.

Hana tau dia telah lewat, tapi dia lebih selesa naik bas daripada menumpang orang yang tidak di kenali. Tanpa disedari Rizman telah membuka pintu kereta untuk Hana. Hana masih lagi ragu-ragu.

"Saya bukannya orang jahat, saya ikhlas nak tolong awak. Lagi pun kita kan satu jalan."

Melihat kesungguhan Rizman akhirnya dia akur, memang dia betul-betul lewat hari ini. Di dalam kereta mereka tidak banyak bercakap. Rizman memasang pita rakaman lagu kegemarannya. Hana hanya mendengar.

"Sejak akhir-akhir ini,saya selalu terserempak ngan awak,tapi saya tak tau pun nama awak," Rizman memulakan bicara.

'Dah tak tanya, macam mana nak tau,' desus hati kecil Hana.

"Saya Rizman, awak nak panggil Riz pun boleh, Man pun boleh." Hana hanya mengangguk. "Nama awak apa pulak, dari tadi saya tanya."Rizman menegurnya.

"Err... maafkan saya. Nama saya Hana, tapi kawan-kawan panggil saya Ann je. Riz, sekarang ni dah sampai tempat kerja saya,boleh tak awak tolong berhentikan kereta kat sini aje," Hana bersuara lalu membuka pintu kereta itu sambil berkata, "Riz terima kasih kerana sudi hantarkan Ann sampai kat tempat kerja. Kalau Riz tak datang tadi,entah pukul berapa lah agaknya baru sampai."

"Tu lah, lain kali kalau dah ada orang nak tolong terima aje, janganlah malu-malu," Rizman sengaja bergurau."Lain kali boleh tak kalau saya nak tolong awak lagi?" Rizman sempat lagi bergurau. Hana memandangnya sanbil tersenyum lantas berlalu pergi.

---

Sejak pertemuan itu mereka semakin rapat dan sering keluar bersama. Melihat kemesraan itu akhirnya termeterailah mereka sebagai pasangan kekasih. Lagu 'Jika Kau Tiada' berkumandang di telefon bimbit Hana. Hana tersenyum melihat nama 'Lover' yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

" Hello.." Hana bersuara manja.

"Assalamualaikum sayang, tengah wat pe? Lame tak dengar suara, rindu lah..." Hana ketawa kecil mendengar kata-kata Rizman. "Sayang,apa kata malam ni kita keluar, ada hal sikit lah nak cakap."

Hana akui sudah dua minggu mereka tidak berjumpa.Akhirnya Hana setuju. Tepat jam 8.30 malam,Rizman sampai di rumah Hana. Hana mengenakan gaun putih, kasut bertumit tinggi. Walau pun bertudung, namun sesuai dengan badannya yang kecil molek. Masuk saja di dalam kereta, Rizman tidak berkelip memandangnya.Wangiannya menusuk ke kalbu ,seperti tidak mahu melepaskan Hana malam itu.

Akhirnya, sampai juga destinasi yang di tuju.Rizman membawa Hana ke sebuah restoran. Romantik suasana di dalamnya. Sambil menikmati juadah yang dipesan, tiba-tiba Rizman menarik lembut tangan Hana. Hana membiarkan sahaja. "Hana, lebih dua tahun kita berkenalan, Riz tak sanggup berjauhan dengan Ann lagi. Cukuplah sampai di sini saja. Riz nak Ann sentiasa berada di sisi Riz. Ke mana pun Riz pergi, alangkah bahagianya kalau Ann sentiasa menemani."

Sambil tangannya menyeluk poket,matanya tepat memandang Hana. Sambil memegang kotak kecil di genggamannya, lalu dia meluahkan rasa isi hatinya yang telah sekian lama terpendam. "Hana, sudikah menjadi isteriku? Insan yang sentiasa menemani, sanggup harungi susah dan senang bersama." Rizman membuktikan cintanya.

Hana sungguh terharu mendengar luahan hati Rizman. "Demi Tuhan aku amat menyintaimu Rizman."

---

Janji sudah diikat,kata sudah di padu. Termeterailah mereka menjadi pasangan suami isteri. Rizman telah membeli sebuah rumah berkembar dua tingkat sebagai hadiah perkahwinan mereka untuk Hana.

"Sayang, Aiman nangis ni, mungkin dia lapar kot!" jerit Rizman sambil mendukung anak kesayangan mereka. Isterinya sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga. Aiman yang baru berusia satu tahun diam apabila berada di sisi ibunya. Rizman tersenyum melihat gelagat anaknya itu, seolah-olah mengerti anaknya terlalu rapat dengan ibunya.

Setelah selesai bersarapan,mereka bergegas pulang ke kampung kerana sudah lama tidak menjenguk ibu dan ayah. Mereka pun sangat rindukan cucu kesayangan mereka. Kadang kala Hana tersenyum sendirian melihat kemesraan ahli keluarganya. Hana begitu bahagia berada di samping suami dan anaknya. Tiada apa yang lebih menggembirakan hatinya melainkan melihat keluarganya yang tercinta."Ya ALLAH, AKU BERSYUKUR PADAMU kerana memberiku sebuah keluarga yang bahagia.Akan ku semai benih-benih kasih sayang untuk kelurgaku".

Rizman merangkul pinggang Hana apabila melihat isterinya termenung sendirian. Mereka pun meninggalkan rumah berkembar itu dengan menaiki kereta Satria Neo milik Rizman. Setelah kenyang,akhirnya Aiman terlena di pangkuan ibunya.


TAJUK :: BINGUNG
KATEGORI :: CERPEN
“Hei, kain saya.”

Dengan muka selamba lelaki itu mengalihkan kedudukan kakinya. Aku merengus sendirian. Kurang asam punya mamat. Bukan nak minta maaf. Buat muka bodoh pulak tu. Aku membersihkan hujung kain yang kotor. Bukan salah kain aku yang labuh tetapi lelaki itu yang berdiri terlalu rapat ketika di dalam lif.
Kami sama-sama melangkah keluar dari perut lif. Aku menjeling melihat wajah lelaki itu. Cepat-cepat aku mempercepatkan langkah menuju ke pejabat.
“Hallo... Awat hang monyok je.....” Teguran Hasnita buat langkahku terhenti. Aku mencebik.
“Bengang dengan mamat semalam tu.” Ngadu ku pada Hasnita.
“Mamat mana pulak?” Terkerut dahi Hasnita ku lihat.
“Hai lupa ke... Mamat bisu tu ler. Semalam tumpahkan air dekat food court. Tadi dia pijak kain aku. Dah tu buat muka bodoh je...”Kulihat Hasnita sekadar senyum sinis.
“Aku pun heran. Mamat tu dari bahagian mana ek. Muka pulak sesuci lebaran je.”

Aku menepuk bahu Hasnita. “Dengan mamat macam tu pun kau boleh angau. Tolonglah...” Segera aku berlalu ke kedudukan asalku.

*******************************************************************

Hujan di luar buat rancangan kami terbantut. Aku memeluk tubuh. Sesekali kain yang labuh ku tarik hingga ke paras betis. Hasnita asyik terbersin sahaja dari tadi. Beginilah kalau nasib penumpang tetap bas awam. Nak meredah hujan lebat ku tak sanggup. Belum sampai hentian bas pasti baju ku basah kuyup.
“Tu lah kau Shila... Dari semalam suruh bawa payung ko eksen.” Mataku sibuk melihat kereta yang keluar masuk dari syarikat Menora Holding.
“Kau jangan nak salahkan aku. Kau yang terlupa bawa payung kata aku pulak. Aku tak kisah setakat nak redah hujan ni. Tapi tak sampai hati nak tinggalkan kawan aku yang ada asma ni. Sakit kang payah pulak aku.” Kena sedas dari aku. Konon nak kenakan aku.
Tin! Tin! Tiba-tiba sahaja Kereta Honda Civic berhenti di hadapan kami.
“Hai Nita... Nak saya tumpangkan ke?”

Kami saling berpandangan. Dari gerak mata Hasnita ku tahu dia tertanya apa harus buat.
“Hai Nita je ke... Saya ni sebesar gajah takkan Encik Rosyam tak nampak.” Perliku pada Encik Rosyam.
“Sengaja buat tak nampak...Gajah mana boleh naik. Hancur keta kawan saya ni.” Gigi Encik Rosyam menyeringai. Bukan kami tidak kenal pada En.Rosyam yang peramah. Biarpun aku dan Hasnita sekadar orang bawahannya dia tidak bersikap sombong. Sikap ramahnya buat aku dan Hasnita tidak kekok dengannya biarpun baru dua bulan aku dan Hasnita berkhidmat di Menora Holding.
“Eh cepatlah Naik. Basah ni..” Tanpa banyak soal aku dan Nita melangkah ke dalam.

Perjalanan menuju ke Oda Ocean aku rasa begitu lama. Perasaanku tak keruan. Sesekali ku perasan pemandu di hadapan curi-curi memandangku melalui cermin. Dan yang buat aku resah kawan En. Rosyam rupanya mamat yang sombong tu.
“Awak berdua dah makan belum? Kita pergi makan dulu ye....saya lapar. Awak belanja tau Shila.”

Terkejut beruk aku mendengar kata En.Rosyam. “Hallo... En.Rosyam yang nak melantak saya yang nak kena belanja. Banyak cantik muka. Kalau tak ikhlas nak tumpangkan kitaorang baik tak payah. Berhentikan kitaorang je dekat mana-mana bus stand.”Acah ku. Nak tengok sejauh mana keikhlasan En.Rosyam. Tiba-tiba sahaja kereta itu terhenti. Kepalaku terhantuk di kerusi hadapan.
“Bus stand dah sampai. Awak boleh turun.” Kedengaran suara mamat yang memandu. Tak bisu rupanya... Ku lihat Hasnita terpinga-pinga.
“Jomlah Nita.” Aku tarik tangan Nita turun. Jejak saja kedua kaki kami ke bumi kereta itu meluncur laju.
“Kenapa dengan mamat tu? Sakit otak ke?”Aku mengomel sendirian sambil tanganku mennggosok dahi.
********************************************************************

Suasana food court agak lengang. Aku dan Hasnita sedang menghabiskan makanan tengahari kami. Muncul En.Rosyam secara tiba-tiba membuat aku tersedak.
“Maaflah pasal semalam... Kawan saya ada masalah sikit.”

Aku buat pekak. Hasnita turut tak mengendahkan En.Rosyam yang terkulat-kulat meminta maaf. Beria-ia dia memohon maaf. Aku tahu dia takut Hasnita berkecil hati. Cuak En Rosyam bersebab. Hatinya dah tertawan pada Hasnita. Risau Hasnita berkecil hati. Mataku memandang ke arah lain. Aku menguntum senyuman melihat dari jauh kelihatan Azmil Shah melambai ke arahku. Dari gerak langkahnya ku tahu dia ingin menyertai kami. Aku rasa berdebar-debar. Dialah selama ini yang mencuri pandanganku. Matanya yang redup dan senyumannya yang mampu buat aku terbuai. Tapi ku tak mampu meluah apa yang tersirat. Dia anak orang berada yang mempunyai kedudukan penting dalam syarikat besar kami.
“Sayang dah makan?Kenapa tak tunggu abang?” Aku tahu Azmil suka bergurau. Sempat dia mengenyit mata sebelah padaku. Hampir ku tergelak melihat mata Rosyam terbeliak.
“Wei bila masa kau jalin hubungan dengan staf aku ni ha?” Rosyam menuding jari pada Azmil. Gaya Azmil ternyata selamba. Dia mengambil kedudukan di sebelahku tanpa segan silu. Perbuatan Azmil membuat hatiku bertambah berdebar. Dia selalu buat aku bingung. Melayan aku lagak bagai sang kekasih.
“Air abang dah habis ler. Bagi abang sikit.” Tanpa peduli kan mata yang memandang En.Azmil mengambil cawanku yang berisi milo dan di teguknya. Bertambah-tambahlah tercengang En.Rosyam di hadapanku.
*******************************

“Betulke kau dengan En.Azmil?”Mulut Hasnita tak henti-henti menyoal. Dari waktu rehat sampai balik dia masih bertanya. Dia tetap tidak berpuas hati dengan gelengan aku sahaja.
“Shila, Kenapa kau tak cakap dengan aku. Pandai kau berahsia dari aku.” Ungkit Hasnita sewaktu kami menuruni lif.
“Ssssyh. Mulut kau tu jaga sikit. Sini kan ramai orang. Kan aku dah cakap aku tiada apa-apa dengan Lelaki melayu terakhir kau tu.” Aku genggam kemas fail di tangan. Mulut Hasnita mencebik. Aku tahu Hasnita masih ragu-ragu. Melihat pintu lif terbuka aku atur kemas keluar lft. Tidak semena-mena badan ku di rempuh. Fail ku pegang bertaburan. Nasib baik aku tidak jatuh.
“Jalan tu jangan asyik nak mengumpat je. Tengok orang sikit!” Ternganga mulutku seketika. Patutnya aku yang cakap macam tu. Dahlah langgar orang. Lepas tu marah kita. Dah buat salah dia main cabut je. Dah sah ada masalah otak. Mamat yang saban hari membuat benci di hatiku membukit. Rasa mahu sahaja aku mengherdik lelaki yang kurang ajar ni.
“Ayang ok?” Muncul Azmil membuat perasaan aku brcampur baur. Hasnita yang tadi turut berkongsi amarah padaku mula menyengih mendengar suara. Bibirku turut mengorak senyuman.
“Encik Azmil... stop joking ok..Sayang tu jangan buat main-main tau. Kalau dah saya betul-betul sayang kan dah susah.” Dalam nada amaran ada berbaur usikan kataku.
“Its ok. Awak berdua nak balik kan. Mari saya tolong hantarkan. Tapi apa kata kita pergi minum petang. Boleh saya tolong redakan hati awak yang menyala tu.” Kata Encik Azmil memang selalu sopan di kedengaran telingaku.

Ajakan En.Azmil tidak pernah ku hampakan. Maklumlah orang dah syok. Malangnya citarasa aku dan Hasnita sama pulak. Terpaksalah aku berbohong pada Hasnita yang aku tidak meminati En.Azmil. Tetapi memang kami selalu berkongsi minat yang sama sejak di matrikulasi Kolej Kurniawan dulu. Habis belajar ternyata jodoh kami panjang. Jumpa semula di tempat kerja yang sama. Bohong sangat kalau perempuan yang melihat En.Azmil tidak akan terpikat. Senyuman dia terlalu sweet.
*******************************************************************
Hari ini Hasnita MC. Sudah 3 hari Hasnita pulang ke kampungnya di Jerteh, Terengganu. Tiga hari jugalah aku macam cicak berak kapur. Pergi kerja tidak berteman. Makan pun susah nak berteman. Bukan aku tidak ada kawan dekat ofis. Tetapi majoriti staf sudah berkawin. Cuma aku dan beberapa kerat sahaja yang belum berkahwin. Lagipun sukar aku nak menjalin persahabatan dengan perempuan lain memandangkan aku adalah staf baru yang belum sah lagi jawatan sebagai Pembantu Pentadbiran. Hari ni pula aku tidak tahu mengapa nasibku kurang baik. Datang kerja dahlah tertinggal bas. Dalam mesyuarat kena brainstorming dengan bos. Ni nak balik dalam lif boleh pulak tinggal aku berdua dengan mamat yang tidak pernah ku ketahui namanya. Suasana yang dingin buat aku resah. Mataku asyik melihat kedudukan lif setiap masa. Di level 1 tiba giliran aku melangkah keluar. Aku tahu mamat ni pasti menuju ke level G di mana kereta di parking. Belum sempat aku melangkah kaki tersandung. Pintu lif pulak hampir tertutup.

Dah kain pulak tersangkut. Aku hampir menjerit. Kalau lif ni bergerak pasti kainku koyak. Tetapi ketangkasan tangan mamat tu buatku terselamat. Hajat di hati ingin mengucap terima kasih terbantut. Sekali lagi aku dimarahi.
“Lain kali tu pakai kain labuh lagi. Boleh orang lain share kain dengan awak. Ingatkan nak sapu lantai je, lif pun awak nak sapu bawa balik.”
Seraya itu lif itu menelan mamat tu pergi. Aku masih terkedu di depan lif. Benci sangat mamat ni padaku. Kain ni pun satu hal. Bila depan mamat ni lah dia nak buat hal. Rungutku sendirian.
Belum habis sakit di hatiku. Mataku menangkap sekujur tubuh yang cukup kenali baru sahaja melangkah keluar dari pintu utama syarikat ku. Rasa kecewa mula menerpa. Mesranya mereka. Saling berpegangan tangan ketika menuju ke tempat kereta. Aku percepatkan langkahku. Pasti En. Azmil menunggu orang mengambil kereta di tempat letak kereta. Sengaja aku berdiri di sebelah En.Azmil. Hatiku panas pabila En. Azmil seolah-olah tidak mengenaliku. Sampainya hati dia buat aku macam ni. Lagipun apa salah ditegur aku sebagai kawan. Sukar aku bendung mendung yang menjelma di hati.

Longlai langkahku menuju ke perhentian bas. Layakah ku di katakan putus cinta. Alamak! Hujan tiba-tiba tanpa ku sedari. Aku tak berdaya berlari.
“Woi...mimpi apa kau naik teksi. Biasa punya kedekut ko bila aku suruh naik teksi.” Aku tahu wajah monyokku mengundang persoalan di benak Hasnita. Aku berlalu ke bilik membiarkan Hasnita diterpa kehairanan.
***************************
Sejak peristiwa aku tidak dapat menutup kemurungan wajahku. Puas Hasnita bertanya. Hanya gelengan kepala mampu ku berikan jawapan. Rasa kecewa menggunung di hatiku. Hilang rasa hormatku pada En. Azmil. Pabila melihat wajahnya cepat-cepat aku memalingkan wajahku.
“Hai sayang.....Hari ni saya belanja korang berdua makan ye.” Secara kebetulan aku bertembung dengan En.Azmil. Hasnita sekadar senyum. Aku sikit pun tidak memandang wajah En.Azmil. Marahku lagak seperti sang kekasih yang merajuk.
“Nita, Kenapa dengan buah hati saya sorang ni? Masam je....”Aku memberhentikan langkahku. Aku memandang Hasnita. Wajah masamku buat Hasnita kaget.
“Aku rasa tak sihatlah. Aku naik ofis dululah.”Langkahku percepatkan tanpa mempedulikkan Hasnita dan En.Azmil yang terpinga-pinga. Namun langkahku tidak ku atur ke lif. Sebaliknya ke pintu keluar utama. Entah tidak ku tahu ke mana harus ku bawa diri. Amarah di hati buat aku hilang pertimbangan diri. Tiba-tiba ku rasa lenganku di sentap dari arah belakang. Rupanya tanpa ku sedari jejakku di kejari En.Azmil.
“Kenapa dengan awak ni? Awak marah dengan saya ke?” Soalan itu terpacul dari mulut En.Azmil. Airmataku mengalir. Mengapa dia perlakukan begini. Sikapnya kekadang buatku seperti sang kekasih. Tetapi ku tidak mahu tertipu dengan perasaanku lagi.
“Kenapa awak berubah macam ni. Awak tak kesian dekat saya ke? Saya macam orang gila rindu dekat awak.” Hatiku tak dapat membendung rasa marah padanya. Masih lagi dia mahu berpura-pura di hadapanku.
“Shila!...”Aku terkejut. Namaku di laung dari arah belakang. Entah mengapa tiba-tiba aku berlari ke arah mamat yang selama ini aku anggap misteri. Lengan lelaki itu ku pegang kemas.
“Dia tunang Shila” Tegasku. Kuharap En.Azmil dapat semua jawapan yang bermain di benaknya. Berlalu sahaja En. Azmil tanganku terus ditarik.
“Awak nak bawa saya pergi mana?” Kepala otakku masih ligat bermain. Bagaimana di boleh tahu nama aku?
******************
“ Awak tak ingat saya? Betul awak tak ingat? Mohd Haikal Bin Amran awak ingat nama ni..” Aku cuba mengingat sesuatu.
“Sayalah bakal tunang awak yang tak jadi.” Aku terkedu. Ya nama inilah yang selalu di sebut ayah 2 tahun lalu. Ayah kata Haikal bakal tunangku. Tapi aku tidak dapat terima semuanya. Entah mengapa sewaktu keluarga Haikal merisik aku sekadar berdiam diri. Ah! Mungkin takut dengn kebengisan ayah. Tapi entah dimana aku dapat kekuatan aku tidak tahu. Sehari sebelum majlis pertunangan aku lari meninggalkan kampung. Aku belum bersedia menjadi tunangan orang yang tidak ku kenali.
“Saya dah lama menjejaki awak. Dan emak awak juga yang bagitahu tempat awak bekerja.”
“Awak tahu tak kenapa saya benci pada awak. Di sebabkan awak mak pergi meninggalkan kami sekeluarga. Pemergian awak tanpa kata membuat kami rasa terhina.”Aku kaget mendengar cerita Haikal. Makcik Siah dah meninggal? Mataku mula bergenang. Rasa bersalah timbul di hati.
“Atas amanat mak saya juga saya menjejaki awak. Dan apabila melihat awak hati saya seperti ditikam. Betapa bencinya saya pada awak. Benci saya bertambah bila mendengar awak bercinta dengan Azmil. Ternyata rupa dan kekayaan menjadi pegangan awak. Padanlah awak melarikan diri.”

Aku tertunduk mendengar kata-kata Haikal. Padanlah bencinya menggunung padaku. Semuanya baru ku ketahui sebentar tadi. Kini baru ku sedar bagaimana peritnya kasih tidak berbalas. Dan aku tidak dapat bayangkan penghinaan yang dirasakan keluarga Haikal biarpun semuanya bukan niatku.
“Tetapi... saya sedar semuanya bukan salah awak. Saya juga bersalah kerana tidak tanya perasaan awak ketika itu. Dan saya nak awak tahu benci di hati inilah yang mengundang rindu pabila tidak melihat wajah awak. Dan saya harap peluang saya masih terbuka...”

Kata-kata Haikal buat mataku terbuntang. Masihkah ada maaf di hatinya. Sedangkan luka yang tercarik belum mampu ku ubati. Masihkah ada ruang untuk dia di hatiku. Aku bingung memikirkannya.


TAJUK :: CINTA CYBER....
KATEGORI :: CERPEN
"Ish! Camner nak log in chat room nie?Dahlah ni first time aku chat." Getus hati kecilku sebaik sahaja berada di depan PC di makmal komputer.
"Woit! Kau chatting ek? Amboi...dah pandai sekarang." Tegur Moon dari belakang sehingga membuatkan aku terkejut.
"Wei.. Kau tolonglah aku masuk chat room nie. Aku tak pandailah. Kau kan selalu duk chat." Pintaku perlahan kepada Moon.
"Boleh tu memang boleh. Tapi kau kenalah janji dengan aku yang kau takkan chat yang mengarut-ngarut."
"Ok. No problem." Riakku sedikit berubah daripada gusar menjadi gembira. Moon seterusnya telah mengajarku cara-cara untuk memasuki sebuah laman web chat yang terkenal.
"Lambatnya." Getusku memandangkan ia mengambil masa yang agak lama berbanding yang aku bayangkan selama ni.
"Ok. Dah siap pun. Lepas ni, pandai-pandailah kau handle sendiri k. Aku nak pergi kat PC depan tu jap." Terang Moon kepadaku sebaik sahaja dia habis menolongku.
'He.. He.. He.. Akhirnya, tercapai juga hasrat aku untuk chat buat pertama kali. Tapi, aku nak tulis apa ek?' Fikiran aku sedikit celaru kerana kebanyakan individu yang chat di laman web tersebut begitu ramai. Mujurlah aku faham B.Inggeris sikit-sikit .Lalu aku pun pergi ke icon "make friends". Di situ aku tengok ada ramai orang yang boleh aku chat bersama.
"Erm... Aku rasa macam nak pilih nick "b" nielah.. Nama dia best jek.
"Camner? Ok tak? Kat sini macam2 orang kau boleh jumper tau.." Moon bertanya dari belakang... Lalu aku menjawab... "Ok jek. Bestlah chat kat sini.Ramai orang." Aku menerangkan kepadanya dengan penuh rasa gembira.
Sesudah itu, aku pun berkenalan dengan "b". Hari itu, buat permulaan akau hanya berkenalan dengannya.Aku tanya nama, tempat tinggal serta alamatnya. Aku melihat dia sebagai seorang yang mudah untuk didekati... Di situlah segalanya bermula.
Hari demi hari yang aku lalui sama sahaja berbanding hari semalam.Aku masih menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar dan pergi ke kuliah.
"Woit! Camner chat semalam? Dapat ramai kawan tak?" Tanya Moon dengan penuh minat.
"Alah.... Biasa jek.. Cam kau lah jugak.. Tapi, aku ada kenal dengan sorang mamat tu. Dia nampak ok jek. Aku chat dengan dia je semalam." Terang aku dengan penuh keyakinan. Sebuah senyuman mengiringi penerangan aku kepada Moon.
"Ntah-ntah, kau dah feeling ngan mamat tu? Eh! Bagilah tau aku nama mamat bertuah tu.." Pinta Moon sambil menarik lengan baju aku..
"Ish!Kau nie.. aku chat sampai kat situ jek. Takder aper-aper pun.Kn kau jugak yang pesan jangan percaya sangat dengan chat nie.." Pantas aku menerangkan kepada Moon walaupun aku rasa ianya sedikit beralasan.
Hari Rabu : 2/6/... Tiba-tiba aku rasa mcm nk antar e-mail kat "b". Lalu kesempatan untuk mendownload nota kuliah aku manfaatkan dengan sepenuhnya.
"Akm...hai..awk wat aper tu? Tengah kejer ker?.. Maaf ganggu awk wat kejer. Sy nie tengah free. Sambil download nota sy antar e-mail kt awk.."

Sesudah menaip beberapa bait perkataan lalu aku pun mengirimkannya kepada "b".
Selang beberapa hari kemudian, aku pergi lagi ke makmal komputer untuk menyemak e-mail. Aku tak menyangka bahawa e-mail yang aku hantar tempoh hari telah diterima oleh "b" dan dibalasnya..
Mulai detik itu, aku sering menghantar e-mail kepadanya memandangkan kami hanya bertukar-tukar e-mail.. Semakin hari hubungan kami semakin akrab. Sebarang masalah yang aku hadapi akan aku rujuk kepadanya walhal hanya masalah biasa... Kawan-kawan juga sudah mulai merasakan perubahan diri aku.. Aku rasa dia amat istiewa memandangkan aku belum pernah jatuh cinta sebelum nie..
"Kau dengan "b" macam maner? Kawan lagi ke atau dah ber'couple'?..Tanya Niza, kawan baik dan selaku roommate aku..

"Aku kwn jek dengan dia..kenapa?" Pantas aku menerangkan kepada Niza dan jawapan yang aku berikan itu ternyata telah menimbulkan syak wasangka di hatinya.
"Iya ke? Aku tgk kau macam dah berubah sikitlah.. Happy semacam."

"Hai... takkan tak boleh happy sikit kot?"

"Kau bercinta ke sekarang nie?" Tanya Niza dengan penuh minat.

"Erm... macamana aku nak cakap ek? Sebenarnya aku baru jek couple ngan "b". Dia tanya aku 3 ari lepas and aku setuju. Aku tak tau kenapa aku setuju tp yang pasti, aku dah mula syang kat dia..Dia baik.." Aku menerangkan dengan penuh jujur.
"Erm....oklah tu. Kau pun bukannya ada boyfriend lagi kan.Tapi satu aku nk nasihat kat kau, bebaik k. Aku tak nak kau kecewa... Tambah plak kau tak pernah jumpa dia lagi."
"Ok.. aku janji dengan kau. Aku pun ingat nk jumpa dia dalam masa terdekat nie. Aku nk pergi Penang jumper dia. Kau temankan aku boleh?"
"Boleh tu boleh.. tapi, kenalah confirmkan dengan "b" dulu."
"Ok..Nanti aku bgtau kat dia."
Mulai saat itu, aku rasa gembira sebab aku kini sudah bergelar 'awek orang"..
Tapi, perjumpaan yang aku rancang bertukar menjadi peristiwa sedih dalam hidup aku kerana setelah aku berjumpa "b"...
"Sebenarnya, sy chat hanya untuk menghilangkan bosan sebab sy baru putus cinta dengan bekas kekasih sy yang lama...sekarang kami dah berbaik semula..Tapi, pertemuan singkat antara kita berdua semamangnya telah mewujudkan rasa cinta sy kepada awk..sy sayang kamu berdua..." Terang "b" dengan sedikit tunduk memandang ke meja di sebuah restoran di Pantai Teluk Air Molek.
Walaupun penerangan darinya itu cukup jelas namun, aku tak sanggup menerima insan yang telahpun mempunyai orang lain dalam hidupnya semata-mata kerana mahukan kebahgiaan untuk diri aku sendiri.. Puas aku berfikir namun aku buntu.. Aku terlalu menyayangi dan mempercayainya lebih dari diri aku sendiri..Walau ke mana kaki aku melangkah dan dengan sesiapapun aku berjumpa, hanya dia yang menjadi pengubat rindu walaupun tidak pernah bertemu..
Lalu keputusan yang amat sukar aku ambil memandangkan aku tidak mahu ada orang yang terluka kerana aku.. Biarlah "b' bahagia di samping perempuan yang lebih dulu dia kenali..Perjalanan hidup aku kasih jauh..Aku masih ada tanggungjawab terhadap orang yang aku lebih sayangi iaitu mak dan abah.. Aku meminta untuk memutuskan perhubungan singkat kami di situ juga..

No comments:

Post a Comment


Followers