Thursday, July 29, 2010

PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA?

Assalammualikum……

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab "penderitaan mengundang bahagia".

Untuk menilai cinta kita itu benar-benar kerana Allah swt, saya terpaksa mengambil dua email ini sebagai perbandingan. Bukanlah niat saya hendak memalukan atau membuka aib kedua-dua orang yang mengirim email tersebut, tetapi sebagai panduan memudahkan lagi pemahaman. Email tersebut pembaca boleh baca di akhir bicara bab pada siapa patut letaknya cinta?

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Setelah pembaca semua faham, cuba pembaca tafsirkan dua email dibawah ini mengikut kefahaman yang telah saya berikan kepada pembaca semua, di mana silapnya mereka, bukan untuk mencari kesalahan atau keaiban orang tetapi sebagai panduan yang tidak patut dicontohi.

------------------------------------------------------
Assalamualaikum..

Saya pernah menguji cinta suami terhadap saya. Saya tanya dia: "Kata la one day ada perempuan lain tergila-gilakan you dan nak kawin dengan you tapi dia tak nak bermadu, you rasa apa i buat?"

Suami: you sure melenting..

Saya: no.. u silap, i rela dilepaskan daripada
bercekau tak berkesudahan. silap2 sampai main bomoh.. lagi i tak rela..

Suami: you tak sayang i sungguh2..

Saya: bukan macam tu.. cuma kita kena ingat.. satu hari nanti i akan mati, you pun akan mati.. so, kalau kita nak berkasih sayang macam nak rak pun kasih abadi kita tetap pada yang Satu. Cinta manusia tak ke mana.. contohnya, katalah you memang ada rasa cinta kat perempuan lain, bermakna lagikah cinta i pada you?
cinta manusia mudah berubah.. so, insyallah i akan tabah jika di uji sebegitu..

Saya: you pulak, kalau dapat tahu ada lelaki lain yang nak sangat amik i sebagai isterinya sedangkan dia tahu i isteri orang.. apa tindakan you.. sanggup you lepaskan i?

Suami: Mana boleh.. you masih isteri i..

Saya: Iya la.. memang i masih isteri you, tapi.. jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan.. dugaan akan datang pada setiap manusia.. ermm.. you lepaskan i tak?

Suami: Nak kena tembak...!! tembak dua2 baru puas hati!

Hmm.. nampaknya suami saya tak nampak nilai cinta yang cuba saya terapkan.. Cinta kepada Allah adalah yang paling abadi.. yang lainnya ada dugaan dunia..



waalaikumussalam... membaca "perbualan" antara puan Cancer dan suaminya.. teringat pula cek pada perbualan cek ngan suami satu waktu dulu.. baru lagi berumahtangga .. antara kata2 yang masih cek simpan buat ingatan...

Suami: Kalau abang mati dulu..abang tak nak linda
kawin lagi kalau dah ada anak..tapi kalau belum ada ..tak pa...

Cek: (tersenyum) .. kenapa plak... abang nie teruk la.. baru jer kawin dah dok kata dia mati... (marah gak ler time tu..yer ler baru nak bermanja tup..tup.. dia ingatkan kita kes macam tu..)

Suami: sebab abang tak nak anak2 abang terbiar... kalau anak2 abang terbiar...pasti takkan ader yang mendoakan abang di "sana"...

Cek: (terkedu gak ler..).. abang janganlah ingat macam tu... kita sama2 minta panjangkan umur kita sehingga anak2 kita besar dan jadi orang yang baik2 dan berguna macam abang.. kita berdoalah agar kita sama2 susah dan senang sehingga akhir hayat kita....soal linda nak kawin lagi atau tak..tu biar Allah yang tentukan.. kita nie kan hambaNya... kalau ditakdirkan linda kawin lagi pun... takkan la linda nak biarkan anak2 linda dari zuriat abang.. tapiiii.. hishhhh.. tak nak la linda.. kalau dah ada anak2.. bior ler linda ngan anak2.. tak nak la fikir2 pasal nak kawin lain...

Suami: Eh.. mana boleh tak nak kawin lagi.. takkan nak dok sorang2? kalau ada anak2... mungkin bleh menumpang mereka.. kalau tak der.. tak kan tak teringin nak bersuami lagi.. ?

Tu diaaaaaa haiiihhh... ada ka.. hehehe.. jawapan cek tak yah ler cek bagi tau.. biaq cek simpan jadi
rahsia..hehehe. Tapi yang pasti.. cek tau apa yang
suami cek harapkan pada cek..

Satu lagi perbualan ... yang membuatkan cek sedar ... bahawa kasih sayang antara manusia itu boleh dikekalkan sekiranya kita tetap ingat akan kasih sayang Allah pada hambaNya...

Cek: Bang.. kalau ader pompuan berkenan kat abang..agak2 abang layan dak?

Suami: Tengok keadaan...

Cek: camner plak tu..

Suami: kalau abang bujang lagi.. mungkin kot... tapi kalau la nie..tak tau ler...linda plak camner, kalau ada betul..nak ker bermadu...?

Cek: Linda tak kesah nak bermadu..tapi yang problemnya nanti abang.. kesian kat abang..kena bagi tanggungjawab sama rata.. linda rasa.. maser tu nanti..mungkin dah sampai masanya.. biarlah orang lain pula rasakan kasih sayang abang macam yang pernah linda rasa.... lagipun daripada saling mengutuk walau dalam hati .. dia dapat aku tak dapat.. baik linda hidup sendiri.. sekurangnya2..linda tak berdosa kat abang...

Suami: Aikkk... macam tu plak.. yer ker nie?

Cek: Abang jangan lupa.. apa yang kita ada nie kan semuanya pinjaman.. so buat apa la linda nak berpegang pada tu semua.. linda percaya.. apa yang terjadi ... dah tertulis.. kalau linda kata linda tak bagi abang kawin lagi satu.. takut nanti.. abang buat dosa..linda pun dapat dosa sama sebab halang abang..

Since then, kami bukan lagi seperti suami isteri malah kawan.. masih boleh bertepuk tampar (tak der ler keterlaluan) masih boleh bergurau ... malah suami cek semakin hari.. semakin memahami diri cek... hmmmm tu yang buat lagi sayang tu.. hehehe


** semoga Ramadhan kali ini memberikan
kita lebih kebahagiaan..

"Siapalah aku di sisi MU ya Allah"











Orang-orang Yang Didoakan Oleh Malaikat
Aug 26, '06 5:02 AM
for everyone
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
• •

Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)
• •

Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
• •

Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
• •

Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)
• •

Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)





Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH






Mengapa ramalan dari tukang ramal, dukun, paranormal, atau tukang sihir terkadang sesuai dengan kenyataan? Ternyata ada yang mencuri berita dari langit. Mereka bekerjasama dengan syaithan dari bangsa jin yang berusaha menyadap berita yang terjadi dari langit.

Alloh menciptakan langit berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat. Alloh berfirman, yang artinya: “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang.” (QS Al Mulk: 3). “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Alloh telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?” QS (Nuh: 15)

Tiap-tiap lapisan ada penghuninya sebagaimana halnya bumi. Alloh berfirman, yang artinya: “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Alloh.” (QS Al Isra: 44)

BERITA LANGIT
Sebagaimana telah maklum bahwa sumber segala urusan adalah berasal dari Alloh. Dia berfirman,

يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاء رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ

“Alloh mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Rabbmu.” (QS Ar Ra’d: 2)

Jadi, Alloh mengatur segala urusan sesuai dengan kehendaknya. Alloh berfirman,

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

“Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:”Jadilah!” maka terjadilah ia.” (QS Yasin: 82)

Inilah yang disebut dengan berita langit. Apapun yang terjadi di alam semesta ini tidak lepas dari ilmu, kehendak, ciptaan dan takdir Alloh subhanahu wa ta’ala.

يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ

“Semua yang ada di langit dan di bumi selalu minta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.” (QS Ar Rahman: 29)

Maksudnya Alloh senantiasa dalam keadaan menciptakan, menghidupkan, mematikan, memelihara, memberi rezeki, dan lain-lain.

FUNGSI BINTANG DI LANGIT
Alloh menciptakan segala sesuatu tidak sia-sia. Semua mengandung hikmah. Alloh menjadikan bintang-bintang di langit selain sebagai hiasan dan penunjuk arah adalah untuk menjaga langit dari para pencuri beritanya. Alloh berfirman,

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ وَحِفْظاً مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ دُحُوراً وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

“Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat (langit dunia) dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka, syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.” (QS Ash Shaffat: 6-10)

Qotadah berkata, “Bintang-bintang diciptakan untuk 3 perkara; sebagai hiasan langit, alat pelempar syaithan-syaithan, dan penunjuk arah. Barangsiapa yang menafsirkan keberadaan bintang-bintang itu untuk selain dari 3 perkara tersebut maka dia telah salah dan menyia-nyiakan amalnya serta memberat-beratkan dirinya dengan sesuatu yang tidak ia ketahui. (HR. Al Bukhori)

PENJAGAAN LANGIT
Jin-jin itu berkata sebagaimana diceritakan Alloh,

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاء فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَساً شَدِيداً وَشُهُباً وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَن يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَاباً رَّصَداً

“Dan sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).” (Al Jin: 8-9)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila Alloh menetapkan perintah di atas langit, para malaikat mengepakkan sayap-sayapnya karena patuh akan firman-Nya, seakan-akan firman (yang didengar) itu seperti gemerincing rantai besi (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu memekakkan mereka (sehingga mereka jatuh pingsan karena ketakutan). Maka apabila telah dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata: “Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu?”Mereka menjawab: “(Perkataan) yang benar. Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Ketika itulah, (syaitan-syaitan) penyadap berita (wahyu) mendengarnya. Keadaan penyadap berita itu seperti ini: sebagian mereka di atas sebagian yang lain -digambarkan Sufyan dengan telapak tangannya, dengan direnggangkan dan dibuka jari-jemarinya– maka ketika penyadap berita (yang di atas) mendengar kalimat (firman) itu, disampaikanlah kepada yang di bawahnya, kemudian disampaikan lagi kepada yang ada di bawahnya, dan demikian seterusnya hingga disampaikan ke mulut tukang sihir atau tukang ramal. Akan tetapi kadangkala syaitan penyadap berita itu terkena syihab (panah api) sebelum sempat menyampaikan kalimat (firman) tersebut, dan kadang kala sudah sempat menyampaikannya sebelum terkena syihab; dengan satu kalimat yang didengarnya itulah, tukang sihir atau tukang ramal meIakukan seratus macam kebohongan. Mereka (yang mendatangi tukang sihir atau tukang ramal) mengatakan: “Bukankah dia telah memberitahu kita bahwa pada hari anu akan terjadi anu (dan itu terjadi benar)”, sehingga dipercayalah tukang sihir atau tukang ramal tersebut karena satu kalimat yang telah didengar dari Iangit. (HR. Al Bukhori)

ILMU GHOIB HANYA MILIK ALLAH Ta'ala
Akhirnya kita mengetahui bahwa ilmu para dukun dan konco-konconya hanyalah berasal dari syaithan, si pencuri berita langit. Sebelum sampai kepada para dukun, syaitan telah menambah kedustaan-kedustaan di dalamnya. Berita atau informasi yang ia sampaikan terkadang bisa benar dan lebih banyak salahnya. Ditambah lagi dengan berbagai macam bumbu-bumbu kebohongan oleh sang dukun, seperti pemenuhan syarat-syarat supaya lebih terkesan ‘meyakinkan’. Tapi anehnya masih banyak juga orang yang mendatangi dukun atau yang sejenisnya untuk bertanya perkara-perkara ghoib, yang dukun itu sendiri tidak mengetahuinya. Kalau kita mau berpikir sedikit kritis, siapakah yang mengabarkan kepada para dukun berita-berita seputar nasib seseorang, mencari barang yang hilang? Apakah Alloh mewahyukan kepadanya? Ataukah Jibril mendatanginya?

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

“Katakanlah: “Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Alloh”, dan mereka tidak mengetahui kapan mereka akan dibangkitkan.” (QS An Naml: 65)

Mari Kita Renungkan!
Manusia mempunyai kecenderungan untuk menerima sesuatu yang bathil. Buktinya, bagaimana mereka bisa bersandar hanya kepada satu kebenaran saja yang diucapkan tukang ramal, tanpa memperhitungkan atau mempertimbangkan seratus kebohongan yang disampaikannya? Oleh karena itu serahkanlah segala urusan kepada pemiliknya. Segala sesuatu telah ditakdirkan oleh Alloh. Jika kita ditimpa musibah kehilangan sesuatu yang amat kita cintai, maka jangan mendatangi para dukun apalagi paranormal. Tapi kembalikanlah kepada Alloh.

“Dan hanya kepada Alloh dikembalikan segala urusan.” (QS Al Baqoroh: 210). Yakinlah, Alloh akan mengganti dengan yang lebih baik. Insya Alloh.

http://www.mediamuslim.info
_________________
Kunjungi Situs Favorit www.mediamuslim.info Jangan lupa ya....
Situs Media & Ensiklopedi Umat Muslim Terpercaya & Terlengkap





Musuh Sahabat Iblis


MUSUH-MUSUH IBLIS

1. Rasulullah s.a.w.
2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya .
5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
6. Orang beriman yang suka bersedekah.
7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
9. Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang dilarang.
10. Orang beriman yang mengerjakan sembahyang dengan penuh khusyuk.
11. Pemerintah,orang atasan atau imam yang adil.
12. Orang kaya yang rendah hati.
13. Peniaga yang jujur dan amanah.
14. Orang beriman yang beristiqamah dalam membaca Al-Quran.
15. Orang yang bangun sembahyang di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.

SAHABAT-SAHABAT IBLIS

1. Orang kaya yang sombong.
2. Orang yang minum arak.
3. Hakim yang tidak adil.
4. Peniaga yang tidak adil.
5. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
6. Orang yang meringankan sembahyang.
7. Orang yang memakan harta anak yatim.
8. Orang yang beramal kerana nama .
9. Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
10. Penghasud dan pendengki apabila orang lain mendapat kesenangan.






Hidup tidak akan ceria sekiranya kita keseorangan.Berbekalkan fitrah semulajadi yang telah Allah tentukan,kita rasa bahagia bila dapat berkawan.Bersama kawanlah kita mengenal erti kasih dan sayang sesama insan,menyulam ilmu dan pengalaman dalam kehidupan.

Alangkah bertuahnya badan jika kita mendapat sahabat yang sejati,yang memahami diri kita,selalu menasihatkan bila terlupa,sentiasa membantu dan mengutamakan perasaan kita,susah dan senang bersama............untuk renungan bersama


fReN... iz A tisSue wHen yOu cAn't
sTop cRying
fReN... iz A shOuldEr whEn yoU feEl
likZ dYing
fReN... iz alWays liSteNs wHen yOu
hAve soMethiNg tO sAy
fReN... iz A weEk whEn yoU neEd a
dAe
fReN... iz a cRutCh wHen yOu haVe A
brOkenHeart
fReN... iz sOme glUe whEn evErythiNg
faLl aParT
fReN... iz A sUn wHen thE rAin jUst
wOn'T sTop
fReN... iz yOur mOm whEn yoU ruN
inTo A coP
fReN... iz A pHone caLl wHen yOu
cAn'T lEave yoUr hOme
fReN... iz A haNd whEn yoU feEl aLl
aLonE
fReN... iz a WinG iF yOu wAnt tO fLy
fReN... iz uNdeRstaNd wiThoUt
kNowinG wHy
fReN... iz An eaR fOr a sEcreT tO teLl
fReN... iz aN aSpiriN wHen yoUr hEad
huRts liKe heLl
fReN... iz a lOve tHat cAn nEver leT gO
fReN... iz yOu N i wAnteD yoU tO know





















Saya belajar,bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..

Saya belajar bahawa utuh waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik
Saja untuk menghancurkannya..

Saya belajar bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memilki waktu yang terbaik

Saya belajar bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali serta orang yang begitu perhatian pada saya..

Saya belajar bahawa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh..
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati..

Saya belajar..bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan..
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya..

Saya belajar bahawa sebaik-baiknya pasangan itu..mereka pasti pernah melukai perasaan saya..
Dan untuk itu saya harus memaafkannya..

Saya belajar bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain..
Kalau tidak mau dikuasai perasaan bersalah terus-menerus..

Saya balajar bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya..tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan..

Saya belajar bahawa menusia dapat melihat sebuah benda tapi kadang dari sudut pandang yang berbeza,

Saya belajar bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki..tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya.

Saya belajar bahawa tidak ada yang instant atau serba cepat di dunia ini..semua utuh proses dan pertumbuhan kecuali saya ingin sakit hati..

Saya belajar bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi yang menguasai diri saya..

Saya belajar bahawa saya punya hak untuk marah tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis.

Saya belajar bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai.

Saya belajar bahawa orang-orang yang saya kasihi justeru sering diambil segera dari kehidupan saya..







Nabi Muhammad bersabda wajib disegerakan 9 perkara
Nabi Muhammad bersabda wajib disegerakan 9 perkara.



1.Apabila masuk waktu segera sembahyang

2.Apabila berdosa segera taubat

3.Apabila mati, segera tanam

4.Apabila berhutang, segera bayar.

5.Apabila ada duit, segera bayar zakat.

6.Apabila cukup hisab, segera pergi haji.

7.Apabila nampak anak bulan, segera puasa.

8.Apabila bersetubuh, segera mandi.

9.Aapabila anak cukup umur, apabila ada orang minta segera nikahkan.



Orang yang meninggalkan sembahyang dan orang yang meringankan sembahyang disiksa 15 perkara iaitu 6 perkara didunia, 3 perkara dikala hendak mati, 3 perkara di alam kubur dan 3 perkara apabila bertemu dengan Allah.



1.Hidupnya (umur) tidak berkat

2.Mengaku sahaja Islam, tapi sering meninggalkan sembahyang dan melewatkan waktu, perkara ini ditanya oleh sahabat nabi berhubung dengan perkara tersebut di atas.

“YA Rasullallah, apakah seksa orang yang meninggalkan sembahyang dan melewatkan sembahyang.

Orang yang melewatkan sembahyang itu hukumnya haram berdosa.

Seksa orang itu, Allah taala akan membalasnya dengan 15 seksa,

6 seksa di dunia,

3 diseksa diterima ketika hendak mati,

3 seksa berlaku di dalam kubur.

3 seksa diterima semasa hari kiamat.



Yang pertamanya, bersabda rasul (saw) dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong) Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi menfaat dalam hidupnya.



2.Allah taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.



3.Segala apa ja kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah taala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.



4.Tidak makbul oleh Allah taala akan doanya., Doa ditolak.



5.Tidak diakui ia masuk golongan Islam.



Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.



6.Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.



Bertanya kepada sahabat itu, YA Rasulallah, (SAW) apakah seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajal matinya.



Sabda rasul (SAW) Adalah matinya sehina-hinanya iaini mencabut rohnya dengan bengis dan tiada belas kasihan.



Kedua, matinya dalam kelaparan bukan tiadanya makanan yang disediakan tetapi nafasnya tiada lagi, perutnya lapar tetapi tiada dapat makan. Walaupun sesuappun kerana sakitnya sewaktu rohnya akan keluar.



Ketiga, MAtinya dalam keadaan dahaga , walaupun sekiranya dituangkan air dimulutnya, air yang ada didunia ini, mulutnya tidak memberi bekas akan dahaga kerana sakit.



Bertanya sahabat, Ya, rasulallah (SAW) Apakah seksa yang akan diterima di dalam kuburnya.



Sabda rasulallah (saw) Allah taala sempit akan kuburnya berselisih akan kedua tulang rusuknya, kuburnya gelap, 2.Diazabkan dengan api neraka dan ia berbalik-balik diatas bara api neraka siang dan malam., 3.Didatangkan ular bernama ‘Sajahul ikrak’ yang mana matanya dari api dan kukunya dari besi dan panjang kukunya kira-kira satu hari perjalanan dengan suaranya, bagai guruh ia dating kepada simati sambil berkata’ Akulah Sajahul Iqrak’ yang disuruh oleh tuhanku memukul sekiranya simati meninggalkan sembahyang subuh hingga ke zuhur, zuhul hingga ke asar, dari Asar hingga ke magrib, magrib hingga ke Isyak, Begitulah seterusnya hinggalah hari kiamat. Tiap kali dipukulnya simati tengelam 70 hasta masuk kedalam bumi, maka dicungkil balik dengan kukunya, begitulah diulang-ulang dipukulnya tidak berhenti-henti hingga hari kiamat.





Menurut riwayat ibnu Abas (r.a) berkata aku dengan rasul (saw) bersabda, Bermula orang meninggalkan sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah tidak terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya walaupun ia boleh mengucap.



Bertanya sahabat, YA Rasulullah (saw) apakah pula seksa yang diterima di hari kiamat .



Sabda rasul (SAW) Pertama dihalau oleh malaikat azab kepada neraka jahanam, kedua memandang Allah taala kepadanya dengan pandangan murka dan dihisab dengan berat hingga jatuh daging mukanya. Ketiga dihisab oleh Allah taala dengan kiraan yang halus dan dihantar keneraka iaitu seburuk-buruk tempat kediaman.





Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening



FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)



Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)


Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)


Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)


Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.


Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).


Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....

No comments:

Post a Comment


Followers